Sei sulla pagina 1di 23

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR

TING TIEW SIEN 930809-13-6019 TINGKATAN 6 ATAS

KAJIAN PENYELIDIKAN TINGKATAN 6 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELANG USAN 2012

ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN ABSTRAK BAB 1 : PENGENALAN 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Pengenalan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Objektif Kajian Matlamat Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kepentingan Kajian Batasan Kajian

MUKA SURAT

BAB 2 : SOROTAN KAJIAN BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 Reka Bentuk Kajian Populasi Persampelan

3.4 3.5 3.6

Lokasi Kajian Instrumen Kajian Prosedur Kajian

BAB 4: DAPATAN KAJIAN BAB 5: RUMUSAN DAN KESIMPULAN RUJUKAN

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Sh. Zuriah selaku guru pembimbing yang mengajar kami untuk menyelesaikan tugasan ini. Selama proses kajian ini dijalankan kami mengharungi banyak kenangan manis dan pahit. Lebih banyak kenangan pahit yang saya lalui kerana kajian yang saya jalankan berkaitan dengan perokok. Namun begitu, saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih ini kepada Puan Pengetua Cik Seripah Azizah kerana telah membenarkan kami untuk membuat soal selidik berkaitan merokok ke atas pelajar. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang memberikan sokongan dari segi mental dan kewangan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru bimbingan dan kaunseling kami iaitu Cikgu Azmizan kerana telah membantu saya untuk mengumpul pelajar yang dikenalpasti merokok untuk menjawab borang soal selidik yang telah saya sediakan. TERIMA KASIH.

ABSTRAK

Kajian yang saya jalankan adalah bertujuan untuk mengetahui masalah merokok dalam kalangan pelajar di SMK Telang Usan. Gejala merokok dalam kalangan pelajar di SMK Telang Usan semakin menjadi jadi disebabkan oleh faktor faktor persekitaran seperti pengaruh rakan sebaya, media massa dan masalah keluarga. Kajian ini dijalankan terhadap pelajar yang dikenalpasti merokok di dalam kawasan sekolah. Pelajar pelajar yang dikenalpasti merokok adalah pelajar yang berada di kelas tercorot. Saya memilih pelajar yang berada di tingkatan 3D, 4A, 4B, 5A dan 5B. Saya mendapati pelajar yang ada dalam kelas ini melakukan aktiviti merokok di dalam kawasan sekolah. Mereka sering melakukan aktiviti merokok pada waktu pelajaran dan pembelajaran(PNP) dan ini akan menjejaskan proses PNP di dalam kelas. Oleh itu, saya telah menjalankan satu kajian berkaitan masalah merokok dalam kalangan pelajar untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar yang merokok. Dalam kajian ini saya telah menyediakan borang soal selidik untuk diisi oleh pelajar yang merokok supaya saya dapat mengetahui apakah punca sebenar yang mendorong kepada masalah merokok dalam kalangan pelajar sekolah.

BAB 2 SOROTAN KAJIAN Menurut perangkaan buku Pengaruh Rakan Sebaya, (Marzuki Ismail 1998), Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul malahan penngaruh kuat rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya diambil menjadi anggota kumpulan geng ini. Aktiviti mereka bersifat memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng sekolah, merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol.Di seluruh dunia, 4 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan penggunaan tembakau dan menjelang penghujung tahun 2020, dianggarkan kadar kematian akan mencecah 10 juta orang. Fakta yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menyatakan setiap hari, lebih kurang 45 hingga 59 remaja di bawah umur 18 mula merokok di negara kita. Jumlah remaja lelaki yang merokok berusia 12 hingga 18 tahun pula adalah sebanyak 30 peratus. Sementara itu, bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4 peratus ke 8 peratus.

Usia remaja merupakan fasa yang paling sensitif kepada permulaan tingkah laku merokok. Perubahan demi perubahan dalam diri remaja bersama transisi zaman kanak-kanak ke alam dewasa membawa kepada pelbagai keinginan untuk mencuba perkara-perkara yang baru termasuklah merokok. Penggunaan rokok dalam usia remaja dilihat sebagai tingkah laku untuk bereksperimen sebelum remaja tersebut kekal menjadi perokok apabila dewasa. Hajah Faizah Awg Ramlie dalam kajian (1996 2001) Risiko seseorang remaja untuk kekal menjadi perokok bermula dengan percubaan pertamanya. Remaja yang mencuba untuk merokok akan lebih cenderung untuk terus merokok sehingga dewasa, berbanding dengan remaja yang tidak mencuba. Ini kerana, nikotin boleh membawa kepada sindrom ketagihan yang sama dengan ketagihan heroin dan kokain. Jika dilihat, sangat sedikit remaja yang berjaya meninggalkan tabiat merokok apabila mereka telah mula merokok. Disebabkan inilah kita akan

mendapati tidak ramai perokok tetap mula merokok di usia dewasa. Terdapat tiga peringkat yang membawa kepada ketagihan nikotin di kalangan remaja. Peringkatperingkat tersebut ialah permulaan (initiation), penggunaan bermasalah (problem use) dan pergantungan (dependency). Peringkat yang pertama iaitu permulaan, merujuk kepada faktor-faktor yang mempengaruhi dan mendorong remaja untuk merokok. Faktor-faktornya termasuklah tahap pendidikan yang rendah, terdapat perokok di kalangan ahli keluarga, sama ada ibu bapa atau adik-beradik dan terdapat perokok di kalangan rakan sebaya. Pada peringkat permulaan, remaja yang merokok mahu dilihat sebagai seorang yang berdikari dan bebas untuk melakukan apa yang disukai. Isu rupa fizikal juga memainkan peranan apabila terdapat remaja perempuan yang percaya dengan merokok mereka dapat kekal langsing. Pengaruh media, artis dan filem juga berperanan dalam peringkat pertama ini. Remaja akan terdorong untuk merokok, apabila media menggambarkan tingkah laku tersebut sebagai satu tingkah laku yang bergaya dan sebagai ekspresi penentangan jiwa mereka. Peringkat permulaan merokok ini kemudiannya akan membawa kepada peringkat ketagihan, apabila remaja merasakan merokok dapat memberi kelegaan dan menenangkan diri mereka.

Peringkat kedua, iaitu penggunaan bermasalah merujuk kepada keadaan remaja yang akan merokok apabila mereka bersama rakan-rakan atau ketika mereka bosan dan gelisah. Lama-kelamaan, tingkah laku merokok ini terus akan menjadi tabiat yang tidak dapat dibuang. Peringkat pergantungan bermula apabila remaja yang merokok merasakan tingkah laku tersebut sebagai satu keseronokan. Namun begitu, akhirnya nikotin bertindak sebagai cara untuk remaja berhadapan dengan tekanan dan masalah seharian. Remaja yang ketagihan nikotin akan mencari rokok sebagai satu cara mereka melepaskan rasa rungsing dan kebimbangan. Apabila berada di peringkat ini, remaja sebenarnya sudah mengalami ketagihan nikotin, yang menyebabkan mereka berasa tidak selesa dan murung sekiranya mereka tidak merokok. Nik Kamil Nik Hussein (Kecenderungan Remaja Untuk Merokok, 2001 2005) Kecenderungan remaja untuk merokok atau tidak merokok adalah berdasarkan kekerapan dan jangka masa mereka berhubungan dengan individu yang merokok. Hubungan yang lebih rapat dan lebih lama yang muncul dalam diri

remaja adalah sangat penting dalam proses pembelajaran sosial. Untuk itulah, keluarga dan rakan-rakan berada dalam kategori utama yang boleh mempengaruhi tingkah laku remaja seperti merokok. Remaja yang merokok mungkin berasa lebih yakin dengan diri mereka atau merasa lebih disukai oleh orang lain disebabkan oleh tingkah laku tersebut. Sekiranya tidak ada kawalan, sekatan dan hukuman kepada tingkah laku merokok, pola tingkah laku merokok ini akan kekal dan penglibatan seseorang dalam tingkah laku merokok ini akan menjadi lebih serius. Konsep kendiri yang dibina oleh remaja dalam diri mereka adalah penting dalam menentukan identiti sosial dan kumpulan. Lalu ia membawa kepada kecenderungan untuk mempunyai tingkah laku yang sama di kalangan remaja dalam satu kumpulan.

Remaja menjadikan tingkah laku tertentu seperti merokok ini sebagai tunjang kepada identiti kumpulan mereka. Jika status perokok dan bukan perokok dilihat penting dalam menentukan identiti sosial kumpulan, maka ahli-ahli sesebuah kumpulan selalunya akan berkongsi tingkah laku yang sama. Ideanya ialah akan terdapat kumpulan-kumpulan remaja yang boleh dikategorikan sebagai kumpulan merokok dan tidak merokok. Proses sosialisasi mempengaruhi pembentukan tingkah laku dan personaliti remaja. Proses ini membolehkan seseorang itu mengenal diri sendiri dan mempelajari apa yang dipercayai oleh orang lain di sekelilingnya, dan mempelajari bagaimanakah cara bertingkah laku yang bersesuaian (Musgrave, 1988). Melalui proses inilah, individu belajar tentang nilai dan norma dalam budaya. Individu akan terdorong untuk mengikuti perkaraperkara yang dianjurkan oleh budaya masyarakat di sekeilingnya. Sosialisasi juga membolehkan individu mengenal dirinya dan belajar menempatkan dirinya dalam masyarakat.

Richard Veill (Pengaruh Keluarga Dan Rakan Sebaya, 2005) Keluarga dan rakan-rakan merupakan dua kumpulan agen sosialisasi terpenting selain sekolah dan media. Sebagai agen sosialisasi, keluarga dan rakan-rakan memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk tingkah laku dan kendiri seseorang remaja. Keluarga merupakan agen sosialisasi utama bermula dari awal kelahiran sehinggalah seseorang itu dewasa. Apabila seseorang itu meninggalkan alam kanak-kanak dan memasuki alam remaja, pengaruh ibu bapa sebagai agen

sosialisasi mula diganti dengan peranan rakan-rakan. Rakan-rakan menjadi tempat untuk remaja berkongsi interaksi sosial dan mengatasi ketakutan, kekeliruan dan masalah. Selain itu, rakan-rakan menjadi tempat untuk remaja bersama-sama cuba untuk keluar daripada kawalan orang dewasa dan peraturan-peraturan.

Pengaruh keluarga dalam menentukan tingkah laku merokok telah menarik minat ramai pengkaji-pengkaji isu sosial. Terdapat banyak kajian yang menyatakan hubungan antara tingkah laku merokok dengan faktor keluarga. Kajian mendapati tingkah laku merokok di kalangan adik beradik yang lebih tua mendorong remaja untuk turut sama merokok. Sebagai agen sosialisasi utama, tingkah laku ahli keluarga terutamanya ibu bapa menjadi contoh dan ikutan oleh anak-anak. Ibu atau bapa yang merokok memberi gambaran awal kepada anak-anak bahawa tingkah laku tersebut adalah sebahagian daripada norma yang biasa dalam keluarga. Apabila tingkah laku tersebut dilihat sebagai norma dan kebiasaan, maka anak-anak akan menjadi lebih cenderung untuk turut serta.

Jika tingkah laku merokok oleh ahli keluarga menjadi ikutan oleh remaja kerana kebiasaan melihat tingkah laku tersebut seharian, pengaruh oleh rakanrakan pula lebih menjurus kepada tekanan. Walaupun tidak dipaksa secara langsung oleh rakan-rakan untuk merokok, remaja sebenarnya berasa tertekan untuk turut merokok sekiranya rakan-rakan di sekeliling mereka adalah perokok. Dalam hal ini, remaja merokok disebabkan mereka mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan, dan untuk mengelakkan mereka daripada tersisih. Dengan turut sama merokok, remaja memperolehi pengesahan sosial dan interaksi sesama rakan sekumpulan.

Mustafa Mohd, buku bertajuk (Tingkah Laku Remaja Menyebabkan Penggunaan Rokok, 1995 2001 ) Tingkah laku merokok di kalangan remaja juga membuatkan remaja berasa memperoleh kebebasan dan autonomi. Tekanan lain yang turut dihadapi oleh remaja agar menghisap rokok juga berlaku secara langsung. Remaja sering berhadapan dengan rakan-rakan yang akan menggalakkan mereka agar mencuba merokok. Remaja mungkin akan dipaksa dan juga diusik sekiranya enggan berbuat demikian. Kedua-dua agen ini memainkan peranan yang amat besar dalam membentuk tingkah laku dan tabiat

merokok di kalangan remaja. Remaja bukanlah satu entiti yang berasingan dengan kedua agen ini, sebaliknya ia saling mempengaruhi. Ibu atau bapa yang merokok memberi gambaran awal kepada anak - anak bahawa tingkah laku tersebut adalah sebahagian daripada norma yang biasa dalam keluarga. Apabila tingkah laku tersebut dilihat sebagai norma dan kebiasaan, maka anak-anak akan menjadi lebih cenderung untuk turut serta.

Jika tingkah laku merokok oleh ahli keluarga menjadi ikutan oleh remaja kerana kebiasaan melihat tingkah laku tersebut seharian, pengaruh oleh rakanrakan pula lebih menjurus kepada tekanan. Walaupun tidak dipaksa secara langsung oleh rakan-rakan untuk merokok, remaja sebenarnya berasa tertekan untuk turut merokok sekiranya rakan-rakan di sekeliling mereka adalah perokok. Dalam hal ini, remaja merokok disebabkan mereka mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan, dan untuk mengelakkan mereka daripada tersisih. Dengan turut sama merokok, remaja memperolehi pengesahan sosial dan interaksi sesama rakan sekumpulan.

Tingkah laku merokok di kalangan remaja juga membuatkan remaja berasa memperoleh kebebasan dan autonomi. Tekanan lain yang turut dihadapi oleh remaja agar menghisap rokok juga berlaku secara langsung. Remaja sering berhadapan dengan rakan-rakan yang akan menggalakkan mereka agar mencuba merokok. Remaja mungkin akan dipaksa dan juga diusik sekiranya enggan berbuat demikian. Kedua-dua agen ini memainkan peranan yang amat besar dalam membentuk tingkah laku dan tabiat merokok di kalangan remaja. Remaja bukanlah satu entiti yang berasingan dengan kedua agen ini, sebaliknya ia saling mempengaruhi. Sebenarnya agen sosialisasi yang kedua iaitu rakan-rakan, juga sebenarnya bermula dengan peranan keluarga. Rakan sebaya ini juga mempunyai keluarga dan dipengaruhi oleh tingkah laku keluarga mereka. Kedua-dua agen ini seolah-olah berantai dan saling mempengaruhi. Keluarga berperanan mengawal pemilihan rakan sebaya anak-anak. Keluarga yang sensitif akan cenderung untuk mengenali rakan sebaya remaja dan boleh mempengaruhi keputusan remaja untuk memilih rakan mereka. Untuk mengawal atau mengelakkan remaja merokok, ibu bapa berperanan mengenal pasti sama ada anak-anak mereka berkawan dengan golongan yang merokok ataupun tidak.

Seseorang yang telah membentuk tabiat merokok pada usia yang muda akan mempunyai tahap ketagihan nikotin yang lebih serius berbanding dengan mereka yang bermula merokok pada usia yang lebih tua. Tingkah laku merokok yang kerap di kalangan remaja akan membawa kepada masalah kesihatan semasa dan juga kelak apabila dewasa. Tabiat merokok seawal usia remaja akan mengurangkan kadar tumbesaran paru-paru untuk berfungsi pada kadar maksimum. Remaja yang merokok juga mempunyai kadar kecergasan yang lebih rendah berbanding dengan remaja yang tidak merokok. Tahap kecergasan seseorang perokok itu adalah berkadar langsung dengan jangka masa dan kekerapan merokok. Remaja yang merokok akan sering mengalami sesak nafas, batuk, pitam, berkahak dan secara keseluruhannya mempunyai tahap kesihatan yang rendah.

Selain dari itu, penglibatan awal remaja dalam tingkah laku merokok juga berkait dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular dan gangguan kepada kadar kolesterol. Jika tingkah laku merokok berlarutan sehingga dewasa, tabiat ini akan meningkatkan risiko pembentukan awal penyakit kardiovaskular. Kebimbangan kepada pertambahan jumlah perokok di negara kita, membawa kepada usaha kerajaan melancarkan Kempen Tak Nak iaitu kempen kesedaran yang disasarkan kepada golongan remaja pada 9 Februari 2004. YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya di perasmian kempen tersebut menganjurkan agar golongan dewasa dapat memberi teladan dengan berhenti merokok.

Kempen ini bertujuan mencegah keinginan golongan remaja untuk merokok dan menyangkal tanggapan bahawa tabiat merokok adalah suatu yang diterima dalam masyarakat. Kerajaan sebenarnya telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk kempen anti merokok sejak tahun 2000 lagi.

Jadual Perbelanjaan Kempen Anti Merokok oleh Kerajaan, 2000-2003 Tahun 2000 2001 2002 2003 Jumlah RM RM 70,000 RM 94,000 RM 88,000 RM 80,000 RM 332,000

(Sumber: Bernama, 22 September 2004.)

Sebagaimana kerajaan melihat kepentingan menjadikan golongan remaja sebagai sasaran kempen anti merokok, industri tembakau pula sebaliknya terlebih dahulu telah melihat kepentingan golongan ini dalam usaha mengukuhkan pasaran mereka. Untuk itu, kita sering melihat promosi demi promosi oleh industri ini yang dibuat dalam persekitaran sosial yang digemari oleh remaja. Sebagai contoh, memberi tajaan kepada aktiviti-aktiviti sukan dan di pusat-pusat hiburan.

Perkara sebeginilah yang menyebabkan golongan remaja memberi gambaran yang positif kepada tingkah laku merokok ini. Golongan remaja merupakan pasaran utama kepada produk tembakau. Ini berkaitan dengan percubaan awal merokok bermula pada usia awal remaja. Golongan kanak-kanak dan remaja terus-terusan didedahkan dengan kaedah pemasaran oleh syarikatsyarikat tembakau yang mampu mempengaruhi tingkah laku remaja. Kaedah pe ngiklanan yang mempromosikan gaya hidup bergaya misalnya mampu menggalakkan remaja berkeinginan untuk turut serta.

Para remaja sering mengaitkan diri mereka sebagai perokok sosial yakni mereka merokok untuk mendapat tempat dalam persekitaran sosial mereka dan tidak percaya bahawa mereka sebenarnya telah ketagih kepada rokok. Ini telah memudahkan lagi promosi pasaran tembakau kerana remaja mengaitkannya dengan cara bersosial, bukannya sebagai satu bentuk ketagihan yang berbahaya dan perlu dijauhi. Isu merokok di kalangan remaja bukanlah satu isu kelompok tertentu atau dalam jangka masa tertentu sahaja. Kempen yang berterusan mungkin dapat membantu usaha mengurangkan jumlah perokok remaja sementara kawalan dan penguatkuasaan secara fizikalnya menyukarkan remaja

untuk mendapatkan bekalan rokok. Namun, perkara ini bukanlah petunjuk yang kukuh kepada perubahan sikap dan definisi yang diberikan oleh remaja kepada tingkah laku merokok.

Perkara utama yang penting untuk diusahakan ialah perubahan kepada definisi yang diberikan oleh remaja terhadap tingkah laku tersebut. Perubahan definisi merokok sebagai diterima secara sosial perlu bermula dengan pendidikan. Pendidikan ini merangkumi kesedaran kepenti ngan kehidupan yang berkualiti, bebas daripada sebarang bentuk ketagihan. Perlu ditanam dalam diri remaja bermula dari keluarga bahawa kebolehan untuk tidak terlibat atau meninggalkan tabiat merokok sebagai sesuatu yang membanggakan. Cabarannya ialah untuk membolehkan remaja mendefinisikan tingkah laku tidak merokok sebagai keupayaan mereka untuk memilih gaya hidup. Remaja perlu dibakar semangat mereka bagi meyakinkan mereka, di usia yang muda mereka sudah boleh memilih gaya hidup yang berkualiti dan tidak tunduk dengan tekanan dan pengaruh.

Ibu bapa dan keluarga perlu menyedari keunggulan jiwa dan kekuatan remaja untuk tidak terlibat dengan tabiat merokok, sangat bergantung dengan pendekatan dan tingkah laku seharian isi rumah. Dan perkara ini bermula daripada pendidikan isi rumah. Keluarga perlu mempunyai maklumat dan kesedaran tentang bahaya merokok dan melihat tingkah laku tersebut lebih daripada perspektif budaya dan kesihatan.

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 REKA BENTUK KAJIAN Kajian yang biasa dijalankan adalah berbentuk deskriptif iaitu menganalisis data menggunakan kaedah statistic asas kekerapan dan peratus untuk

menerangkan jumlah kekerapan setiap ciri pembolehubah. Walaubagaimanapun, dalam kajian ini saya menggunakan statistic asas peratusan data data mengenai persoalan kajian diperolehi melalui kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana ianya sesuai digunakan bagi mengetahui sikap seseorang.

3.2 POPULASI Kajian ini dijalankan menggunakan sebanyak 20 orang pelajar di mana pelajar yang dipilh berdasarkan tingkatan. Populasi pelajar merokok dikatakan meningkat tiap tahun kerana pembendungan tidak dilakukan bagi menyelesaikan masalah merokok.

3.3 PERSAMPELAN Kajian ini terhadap 20 orang pelajar dari tingkatan 3D, 4A, 4B. 5A dan 5B di SMKTU. Oleh kerana saiz populasi adalah kecil, maka seramai 20 orang pelajar yang merokok telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Penentuan bilangan sampel dalam sesuatu kajian adalah penting supaya sampel tersebut dapat mewakili populasi yang dikaji. Saranan agar lebih banyak nilai peratusan sampel daripada populasi adalah lebih baik kerana sampel yang dipilh berkemungkinan besar mempunyai ciri ciri populasi.

3.4 LOKASI KAJIAN Kajian ini dijalankan di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Telang Usan, Marudi. Kajian ini dilakukan dengan pengedaran borang soal selidik di kelas pelajar yang merokok.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat mengumpulkan maklumat. Instrumen ini dibina untuk meninjau sejauh mana tahap keseriusan masalah merokok di kalangan pelajar sekolah menengah.

3.6 PROSEDUR KAJIAN Kajian dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada pelajar 3D, 4A, 4B, 5A dan 5B yang dikenalpasti sebagai perokok. Mereka dikumpulkan di dalam bilik kaunseling dan diminta menjawab 20 soalan. Bahagian A (factor keluarga) dan bahagian B (factor rakan sebaya). Daripada borang soal selidik, data akan dianalisis dan diterjemah dalam bentuk graf.

BORANG SOAL SELIDIK FAKTOR PERSEKITARAN DALAM MEMPENGARUHI MASALAH MEROKOK DI KALANGAN PELAJAR Sila jawab YA jika anda bersetuju dan TIDAK jika anda tidak bersetuju FAKTOR KELUARGA BIL 1 2 3 4 5 6 SEBAB Ibu bapa selalu mengabaikan saya, oleh itu saya menghabiskan masa dengan kawan kawan dan merokok Saya merokok kerana melihat ibu bapa saya sendiri merokok di rumah Ibu bapa terlalu mengongkong saya , sehinggakan saya mula mencuba diri untuk merokok bagi menghilangkan tekanan Saya kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapa saya sehinggakan saya merasa bosan dan membeli rokok untuk menghilangkan kesunyian Penceraian ibu dan bapa menyebabkan saya menjadi seorang perokok Masalah keluarga dan masalah di sekolah menyebabkan saya bosan dan tekanan. Dengan merokok saya dapat menghilangkan tekanan dan kegelisahan Faktor masalah keluarga menyebabkan saya merokok FAKTOR RAKAN SEBAYA BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 SEBAB Adakah anda merokok hanya disebabkan oleh rasa suka suka sahaja Kawan kawan selalu memaksa saya untuk merokok Saya merokok untuk menghilangkan rasa bosan Dengan merokok saya dapat merasakan keseronokan Merokok membuat saya kelihatan segak dan bergaya Saya mula merokok bila saya melihat cikgu di sekolah merokok di luar sekolah Saya jadi seorang perokok apabila menginjak alam sekolah menengah Saya menjadi ketagih untuk merokok apabila saya mencuba merokok pada kali pertama umur saya 13 tahun Saya tidak dapat menghilangkan ketagihan merokok kerana kawan kawan selalu mengajak saya merokok bersama sama Fikiran saya kerap kali terganggu dengan pelbagai masalah dan menyebabkan saya merokok untuk menghilangkan ketegangan Dengan merokok , saya kelihatan kuat dan berani serta ditakuti oleh semua pelajar Kawan kawan selalu mencabar saya dan menghina saya pengecut kerana saya takut untuk merokok Di sekeliling dan sekitar saya, semua dihimpuni oleh perokok perokok dan menyebabkan saya menjadi seorang perokok YA TIDAK YA TIDAK

FAKTOR MEDIA MASSA BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 SEBAB YA TIDAK

Jadual 1 di bawah mempamerkan keputusan soal selidik. bil 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Faktor keluarga Ya (%) Tidak (%)

Faktor rakan sebaya

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN FAKTOR KELUARGA Dapatan kajian menunjukkan kongkongan ibu bapa mempunyai peratusan yang tinggi berbanding factor yang lain. Factor ini yang mempunyai peratusan 70 % untuk jawapan YA dan 30 % bagi jawapan TIDAK. Hal ini adalah disebabkan oleh ibu bapa yang terlalu tegas sehinggakan anak anak mula mencari kaedah yang lain untuk menghilangkan kegelisahan akibat kongkongan ibu bapa. Pendapat ini disokong oleh Shafie Mohd (1997) yang mengatakan anak anak mudah rasa terkongkong apabila ibu bapa mengawal aktiviti seharian mereka. Dari kajian ini juga menunjukkan kekurangan kasih sayang menduduki peratusan yang tinggi di mana bagi jawapan YA mempunyai peratusan 80 % dan jawapan TIDAK 20 %. Peratusan yang tinggi ini menunjukkan bahawa pelajar kekurangan kasih sayang sehinggakan mereka merokok bagi menghilangkan kebosanan. Sesetengah pelajar mula menggiatkan diri dari aktiviti merokok ke aktiviti lain dan akan menjurus kepada jenayah yang lain. Pendapat ini juga disokong oleh Haji Sulaiman Taha (2001) di mana beliau menjalankan kajian berkenaan kurangnya kasih sayang sehingga menyebabkan pelajar merokok. Ternyata kajian ini menunjukkan anak anak ataupun pelajar sememangnya kekurangan kasih sayang sehinggakan mereka mencuba sesuatu yang baru untuk menghilangkan kebosanan. Ibu bapa yang berkerjaya dan sibuk mendorong kepada permasalahan ini. Ibu bapa yang kurang memberi perhatian kepada anak anak juga menyebabkan anak anak kekurangan kasih sayang. Anak anak yang kebosanan di rumah akan mencari keseronokan di luar dengan bergaul bebas dan menjurus kepada pengaruh negatif. Namun begitu, masalah keluarga dan masalah sekolah juga menunjukkan peratusan YA iaitu 75 % dan TIDAK, 25 %. Hal ini demikian kerana pelajar mempunyai masalah yang berat di rumah dan di sekolah. Masalah di rumah seperti kekurangan wang, adik beradik yang banyak, ibu bapa yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, pergaduhan ibu bapa menyebabkan pelajar tertekan dan sekaligus menjejaskan prestasi pelajaran mereka. Apabila hal ini terjadi, pelajar akan mencari sesuatu bagi menghilangkan masalah yang mereka alami dengan merokok. Menurut kajian Hasmah Hashim (2001 2005) pelajar yang berada di

bangku sekolah yang mempunyai masalah di rumah akan membebani fikiran pelajar dan menyebabkan pelajar mula merokok untuk menghilangkan tekanan. Dengan merokok pelajar akan dapat mengurangkan masalah mereka. Tetapi pelajar tidak memikirkan kesan yang akan mereka alami kemudiannya yang akan mengakibatkan fatal. Kesan jangka panjang yang mungkin mereka akan alami ialah seperti penyakit jantung, paru paru yang akan menyebabkan kematian.

FAKTOR RAKAN SEBAYA Dapatan kajian menunjukkan peratusan menghilangkan rasa bosan iaitu 70 % bagi jawapan YA dan 30 % bagi jawapan TIDAK. Hal ini disebabkan oleh kawan kawan yang mempunyai umur yang sama di mana mereka membawa pengaruh negative dan positif. Pengaruh yang sering membawa pelajar untuk merokok ialah pengaruh negative dalam kalangan rakan sebaya. Rakan sebaya selalunya membawa pengaruh yang negative di mana mereka mengajak rakan rakan yang seusia untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti merokok untuk menghilangkan rasa bosan. Keadaan ini menggambarkan bahawa factor hubungan social adalah satu komponen yang perlu diberi perhatian dalam menangani masalah merokok dalam kalangan pelajar. Peniruan yang dilakukan adalah diambil dari pengalaman sama ada positif atu negative tanpa memikirkan kesan terhadap diri mereka. Mereka akan merokok sebelum memulakan perbualan dan membina hubungan yang baik dalam kumpulan. Dapatan ini disokong oleh Hasnah Johari dalam kajiannya pada tahun (1994) mengatakan remaja lebih cenderung untuk memilih rakan sebaya dan tingkah laku mereka diukur oleh kelakuan rakan sebaya. Kajian ini juga menunjukkan peratusan bagi rasa suka suka sahaja iaitu 55 % bagi jawapan YA dan 45 % bagi jawapan TIDAK. Pelajar cenderung merokok untuk rasa suka suka sahaja di mana mereka merokok untuk mempamerkan diri mereka yang bergaya dan berketerampilan. Kadang kala pelajar merokok untuk menghilangkan masalah ataupun beban yang negative dan akan menjurus kepada hubungan social antara rakan sebaya. Menurut kajian Suzanne Amylin (2005) remaja selalunya akan merokok apabila melihat persekitarannya dipenuhi oleh golongan perokok. apabila melihat keadaan itu, remaja akan mula merokok kerana rasa suka suka melihat persekitarannya juga turut merokok bersamanya.

Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar merokok untuk kelihatan kuat dan berani iaitu menunjukkan peratusan 90 % bagi jawapan YA dan 10 % bagi jawapan TIDAK. Peratusan ini membuktikan pelajar di sekolah khususnya menengah atas yang merasakan diri mereka yang kuat untuk menunjukkan kepada pelajar menengah rendah supaya pelajar menengah rendah takut dan segan dengan mereka. Sesetengah pelajar merasakan diri mereka yang kebal daripada kawalan lembaga disiplin akan merokok di kawasan sekolah bagi menunjukkan kepada pelajar yang lain bahawa mereka kuat dan berani untuk melawan disiplin sekolah. Kajian ini juga menunjukkan bagi factor fikiran terganggu iaitu 80 % bagi jawapan YA dan 20 % bagi jawapan TIDAK. Pelajar merokok apabila mereka mengalami masalah yang berat dan menyebabkan fikiran mereka terganggu. Pelajar yakin dengan merokok mereka akan dapat ketengangan dan masalah mereka akan berkurangan sedikit daripada sebelumnya. Factor ini didorong oleh permasalahan di rumah ataupun sekolah yang membuat fikiran pelajar akan terganggu. Hal ini akan membuat pelajar berasa bosan dan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah untuk mengatasi masalah yang mereka alami. Aktiviti merokok dijadikan sasaran untuk remaja lepaskan masalah. Jamayah Mohd (2003) dalam kajiannya menunjukkan pelajar mudah untuk merokok apabila masalah yang melanda diri mereka tidak dapat diatasi dan akan mendorong pelajar untuk melakukan perkara yang lain di luar jangkaan

FAKTOR MEDIA MASSA

BAB 5 : RUMUSAN DAN KESIMPULAN 5.1 RUMUSAN Kajian lanjutan perlu dijalankan supaya dapatan yang lebih baik diperolehi. Kajian yang dilakukan hanyalah dijalankan di SMK Telang Usan sahaja. Keputusan daripada kajian ini menunjukkan peratusan yang tidak seimbang kerana keseluruhan perokok tidak diketahui. Kajin ini boleh dimantapkan lagi pada masa hadapan dengan menjalankan kajian yang lebih sistematik dan efisien. Kajian ini juga hanya dijalankan dalam kelompok yang kecil sahaja. Oleh itu, dicadangkan agar kajian ini akan dapat dijalankan dengan lebih baik dan diperluaskan atau diperincikan seperti hubungan tempoh masa dan kuantiti merokok dengan tahap kesukaran untuk berhenti merokok.

5.2 KESIMPULAN Dapatan kajian yang dijalankan terhadap 20 responden dari tingkatan 3D, 4A, 4B, 5A dan 5B di SMK Telang Usan mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya menjadi factor yang paling tinggi untuk mendorong pelajar menjadi seorang perokok daripada factor keluarga. Selain itu, pelajar tidak mengetahui kesan yang akan dihadapi pada masa akan datang sekiranya mereka tidak menghentikan penggunaan merokok pada masa kini. Hasil kajian ini diharap dapat memantapkan dan meningkatkan pengetahuan bahawa bahayanya merokok dalam diri remaja. Oleh itu, kempen kesedaran haruslah dilaksanakan di sekolah bagi mengurangkan kuota merokok di sekolah.

RUJUKAN (1) Gragey, William, 1970, The Psychology of Diciplines, University of London, London (2) (3) (4) (5) Masalah merokok dalam kalangan remaja.htm Rokok Wikipedia bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Merokok.htm Marzuki Ismail 1998

Potrebbero piacerti anche