Sei sulla pagina 1di 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING HILIR 2 (F), 72120 BDR SERI JEMPOL, N.SEMBILAN.

MINIT MESYUARAT PERMOHONAN MELANJUTKAN TEMPOH PENGUSAHAAN KANTIN SEKOLAH 2011

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: 15 Ogos 2011 (Isnin) : 12.00 tengahari : Bilik Gerakan SKSH2(F) :1. En. Hazamudin bin Jaafar 2. Pn. Zainab bt. Mohd Yusof 3. Pn. Niti Puspa bt. Mokri 4. Pn. Inam bt. Md Yunus 5. Pn. Hjh Anisah bt. Abu 4. Pn. Norlailawani bt. Bakhari ( PPD Jempol/Jelebu ) ( Guru Besar ) ( GPK Kurikulum ) ( GPK Hal Ehwal Murid ) ( GPK Kokurikulum ) ( Penyelaras Kantin )

AGENDA 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Salam keagamaan dan berterima kasih atas kehadiran En.Hazamudin ke Mesyuarat Permohonan Melanjutkan Tempoh Pengusahaan Kantin Sekolah. AGENDA 2.0 Ucapan Guru Besar (Pn. Zainab bt. Mohd Yusof) 2.1 Pengusaha kantin telah menghantar surat untuk memohon melanjutkan tempoh pengusahaan kantin sekolah untuk tahun hadapan.(2012) AGENDA 3.0 Ucapan PPD Jempol/Jelebu (En. Hazamudin bin Jaafar) 3.1 Pihak PPD Jempol/Jelebu telah menerima permohonan pengusaha kantin sekolah berminat untuk melanjutkan tempoh pengusahaan kantin sekolah bagi tempoh 1 tahun lagi. 3.2 Pihak PPD menerima segala keputusan yang dibuat oleh pihak sekolah.

3.3 Beliau memaklumkan agar pihak sekolah mengingatkan pengusaha kantin tentang bayaran sewa kantin. Berunding dengan pihak pengusaha kantin tentang bayaran sewa untuk tahun hadapan. 3.4 Surat Perjanjian Kantin tidak perlu dibuat baru hanya buat surat pengakuan mengambil alih daripada pengusaha asal dalam tempoh 1 tahun. Ahli menyuarat sebulat suara bersetuju menyambung perkhidmatan pihak kantin dalam tempoh 1 tahun lagi. 3.5 Beliau mengingatkan bahawa peraturan kantin masih sama. Pastikan semua pekerja mengambil suntikan. Sentiasa memantau kebersihan diri pekerja dan juga kantin sekolah. 3.6 Sebelum pihak kantin menerima surat untuk menyambung tender kantin, pihak sekolah perlu mengingatkan semula kepada pengusaha kantin mengenai peraturan kantin. 3.7 Pihak sekolah dan juga pihak kantin mestilah sentiasa membuat pemantauan kebersihan setiap hari. 3.8 Pihak sekolah perlu buat satu lagi mesyuarat bersama pengusaha kantin untuk membincangkan tentang sewa kantin. 3.9 Masalah kebocoran di kantin perlu berbincang dengan Bahagian Pembangunan di PPDJJ. 3.10 Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah boleh mengambil borang laporan kantin di PPDJJ jika ada sebarang kecemasan / kemalangan (borang 137).

AGENDA 4.0 Ucapan Penutup (Pn. Zainab bt. Mohd Yusof) 4.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada En.Hazamudin kerana sudi hadir untuk memberi buah fikiran dan cadangan. Semua ahli mesyuarat bersetuju menerima permohonan daripada pengusaha kantin untuk melanjutkan perkhidmatan selama 1 tahun. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.45 tengahari. Disediakan oleh; Disemak oleh;

(Pn.Norlailawani bt. Bakhari) Setiausaha Unit Kantin SK Serting Hilir 2 (F)

. (Pn.Inam bt. Md Yunus ) Pengerusi Unit Kantin SK Serting Hilir 2 (F)