Sei sulla pagina 1di 6

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2012 UNIT HAL EHWAL MURID SEKOLAH KEBANGSAAN WIRA.

TARIKH HARI MASA TEMPAT

: : : :

28 DISEMBER 2011 KHAMIS 8.30 PAGI BILIK MESYUARAT

AGENDA MESYUARAT : 1. Ucapan Pengerusi 2. Ucapan Guru Besar 3. Pelantikan AJK HEM 2012 4. Perancangan tahun HEM 5. Pengurusan Unit HEM 6. Pengurusan kelas 7. Guru bertugas 8. Bilik bilik khas 9. Orentasi tahun 1 10. Orentasi pra sekolah 11. Hal-hal lain 12. Penangguhan mesyuarat. Kehadiran : Semua guru SK Wira

BIL
1.

AGENDA
Ucapan aluan pengerusi majlis. 1.1 Bacaan doa 1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terimakasih atas kehadiran guru-guru dan mengucapkan selamat bertemu kembali kepada Hjh Noraini binti Wahab kerana berjaya menjalankan ibadah haji . 1.3 Mengucapkan selamat datang kepada warga baru Sk Wira. 1.4 Pengerusi mengharapkan semua guru telah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi tugasan 2012 di SK Wira.

TINDAKAN
Makluman

2.

Ucapan Guru Besar 2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis dan guru guru kerana dapat memberikan komitmen yang jitu. 2.2 Penekanan kepada SKPM 2010 (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia). Semua guru 2.3 SKPM meliputi 5 standard utama iaitu kepimpinan dan halatuju, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan HEM, pengajaran dan pembelajaran, kemenjadian murid. 2.4 Semua guru dipertanggungjawabkan untuk kemenjadian murid. 2.5 SKPM perlu meliputi beberapa aspek utama : Tugas dan tanggungjawab Latihan dan bimbingan Tunjuk tauladan

3.

Peluang persekitaran dan kemudahan. Penghargaan dan pengiktirafan. Kemenjadian sahsiah murid. Displin. SKPM 2010 Kriteria kritikal Bimbingan dan kaunseling Kebajikan, keselamatan dan kesihatan murid.

Pelantikan Ahli jawatankuasa HEM 2012 Makluman 3.1 Memperkenalkan ahli jawatankuasa HEM 2012. 3.2 Membentangkan agihan tugas ahlijawatankuasa. 3.3 Membuat perbandingan jawatan setiap unit di SK Wira (HEM, Ko k, Kurikulum). 3.4 PK HEM melafazkan Dengan Kuasa yang diberikan kepada Guru Besar oleh Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam peraturan (4) warta kerajaan bertarikh 21 Mei 1998 P.U (A) 196, bahawa guru guru yang tersenarai dalam jawatankuasa Unit HEM telah dilantik. 3.5 Surat pelantikan akan diedarkan pada setiap ahli jawatankuasa.

4.

Perancangan tahunan Unit HEM 4.1 Rujuk kepada prospektus SK Wira 2012. 4.2 Perancangan merangkumi semua unit di bawah HEM iaitu : 4.2.1 Bimbingan dan kaunseling 4.2.2 Displin dan pengawas. 4.2.3 Bina Insan 4.2.4 Sekolah Selamat 4.2.5 SMM 4.2.6 Perabot 4.2.7 SPBT 4.2.8 RMT 4.2.9 Kantin 4.2.10 Kesihatan 4.2.11 PPda 4.2.12 Kebajikan 4.2.13 Bantuan Peringkat Sekolah 4.2.14 Tingkatan satu.

Makluman

5.

Pengurusan Fail Unit HEM Semua guru 5.1 Setiap fail unit jawatankuasa di bawah HEM perlu dilengkapkan seperti berikut : 5.1.1 Senarai nama ahli jawatankuasa. 5.1.2 Senarai aktiviti dan carta gantt 5.1.3 Kertas kerja dan anggaran keperluan kewangan. 5.1.4 Minit mesyuarat. 5.5.5 Surat menyurat (dalam fail unit dan sekolah) 5.5.6 Laporan berkala seperti diarahkan oleh PPD dan JPN

5.5.7 5.5.8

Penerangan mengenai pengurusan data dan laporan unit HEM. Guru bertugas ( guru perlu tulis buku laporan program mingguan) 5.5.9 AJK kantin akan menggunakan rumusan mingguan ( 3 kali kesalahan berulang akan dikira satu kelemahan). 5.5.10 Pastikan kantin sentiasa bersih untuk keselamatan diri. 5.5.11 RMT perlu dilaporkan setiap hari. 5.5.12 Kemaskini borang setiap minggu. 6. Pengurusan Unit HEM. Semua guru 6.1 Setiap unit di bawah HEM perlu menjalankan pengurusan dengan cekap seperti berikut : 6.1.1 Perancangan Unit. 6.1.2 Polisi yang dijalankan di setiap unit . 6.1.3 Mesyuarat peringkat Jawatankuasa. 6.1.4 Dokumentasi laporan bertulis dan laporan bergambar setiap aktiviti yang dilaksanakan. 6.1.5 Wujudkan laman web untuk unit dibawah laman rasmi jawatankuasa HEM SK Wira Pengurusan kelas. Semua guru 7.1 Keutamaan kepada Keceriaan dan kebersihan kelas. Berikut merupakan perkara yang perlu diambil perhatian: 7.1.1 Meja dan kerusi pastikan cukup. 7.1.2 Penyapu, bakul sampah, pencedok, penyapu habuk pastikan ada di dalam kelas. 7.1.3 Papan kenyataan kelas perlu dilengkapkan. 7.1.4 Jadual waktu murid perlu ditampal. 7.1.5 Jadual tugasan murid 7.1.6 Peraturan kelas, senarai inventori dan pelan keselamatan . 7.1.7 Wang peruntukan untuk keceriaan boleh diambil hasil dari projek usahawan muda 2011. Rujuk kepada Puan Sabariah. 7.1.8 Sebarang permasalahan Keperluan perabot tambahan seperti kerusi dan meja murid sila rujuk kepada Ketua Jawatankuasa Perabot. Pastikan kerusi dan meja cukup 35 hingga 40 buah. 7.1.9 Sebarang permasalahan mengenai kebersihan dan bantuan daripada pekerja kebersihan sekolah sila rujuk kepada : Blok A = Puan Ani Blok B = Puan Suria Blok C = Puan Rohaya Blok D = Puan Yanti. Bilik Khas = Puan Yati. 7.2 Buku kehadiran murid. 7.2.1 Perlu disampul dengan menggunakan plastik yang cerah. 7.2.2 Tuliskan nama guru dan kelas di hadapan buku rekod.( Label akan diseragamkan) 7.2.3 Daftar nama murid ke dalam register pada minggu kedua bulan Januari 2012. 7.2.4 Susunkan nama murid mengikut susunan abjad dan asingkan

jantina murid. 7.2.5 Tulis menggunakan pen mata bebola berwarna hitam. 7.2.6 Tulisan hendaklah kemas dan seragam. 7.2.7 Lengkapkan maklumat murid dan lain-lain dalam tempoh sebulan . 7.3 Bancian kehadiran murid. 7.3.1 Guru kelas hendaklah mengambil buku kedatangan murid di pejabat selepas punch card. 7.3.2 Guru hendaklah menanda sendiri kehadiran murid. 7.3.3 Buku rekod kedatangan murid hendaklah dihantar ke kaunter pejabat selewat-lewatnya masa ke 3 pengajaran dan pembelajaran. 7.4 Fail murid 7.4.1 Guru kelas hendaklah mengmaskini semua fail murid. 7.5 Kemasukan murid. 7.5.1 Masukkan semua maklumat murid tahun 1 mengikut kelas masing-masing ke dalam buku pendaftaran. Tahun 2 - pada 13 Februari 2012 Tahun 3 - pada 14 Februari 2012 Tahun 4 - pada 15 Februari 2012. Tahun 5 - pada 16 Februari 2012 Tahun 6 pada 17 Februari 2012. 7.5.2 Pendidikan Khas pada 20 Februari 2012. 7.5.3 Pendidikan Pra sekolah pada 21 Februari 2012. 7.6 Pertukaran murid. 7.6.1 Catatan bertukar dikira pada hari persekolahan. 7.6.2 Jika murid bertukar pada hari persekolahan dalam bulan berkenaan sila catatkan dalam rekod kedatangan bahawa murid tersebut bertukar dan rekodkan sekolah yang bertukar. Ini beerti murid berkenaan di kira bertukar pada awal bulan berikutnya. 7.7 Data Sistem Maklumat Murid (SMM) 7.7.1 Edarkan borang SMM kepada murid. 7.7.2 Ibu bapa atau penjaga murid mengemaskini pembetulan dan penambahan maklumat menggunakan dakwat merah.

8.

Guru bertugas. Semua guru 8.1 Laporan harian. 8.1.1 Gunakan laporan bercetak. 8.1.2 Simpan dalam fail khas. 8.1.3 Lapor maklumat di dalam perhimpunan mingguan. 8.1.4 Laporkan peratus kehadiran murid. 8.1.5 Ingatkan kepada semua guru kelas yang belum menanda kedatangan murid. 8.1.6 Tinjauan keselamatan murid di dalam kawasan dan luar pagar sekolah. 8.1.7 Bekerjasama dengan Jawatankuasa Displin dan Jawatankuasa Sekolah Selamat jika ada aduan berkaitan.

9.

Bilik bilik khas (perlu diselenggara dengan baik) 9.1 Bilik kesihatan 9.2 Bilik Bimbingan dan kaunseling 9.3 Bilik Displin 9.4 Bilik BOSS 9.5 Bilik PPDa 9.6 Tandas 9.7 Kantin 9.8 Papan kenyataan Unit Hem.

Semua guru

10.

Orentasi pra sekolah dan tahun 1 (29 Disember 2012) Makluman 10.1 Pembentangan orentasi pra sekolah oleh Puan Zuraini binti Awang. Segala ahlijawatankuasa kerja menjalankan tugas dan membuat persiapan dengan baik. 10.2 Pembentangan orentasi tahun 1 oleh Pn Nurulhuda binti Masaod. Hal-hal lain Semua guru 11.1 Murid RMT 11.1.1 Pihak sekolah belum menerima sebarang kelulusan muktamad dari JPNP. 11.1.2 Anggaran yang dibuat ialah : Tahun 1 = 10 orang Tahun 2 = 16 orang Tahun 3 = 9 orang Tahun 4 = 7 orang Tahun 5 = 13 orang Tahun 6 = 11 orang Jumlah = 66 orang. 11.2 Murid KWAMP. 11.2.1 Permohonan KWAMP tahun 1 2012 akan dibuka kepada murid tahun 1. Guru hendaklah mengedarkan borang permohonan dan tidak perlu lampirkan salinan slip gaji. 11.3 Yayasan Pahang. 11.3.1 Biasiswa Yayasan Pahang 2012. Tahun 4 = 23 orang Tahun 5 = 11 orang Tahun 6 = 12 orang. 11.3.2 Senarai nama penerima akan diberi kepada guru kelas murid berkenaan. 11.3.3 Rekodkan dalam Sistem Maklumat Murid. 11.4 Guru hendaklah menyemak semua aktiviti di dalam takwim sekolah sekiranya ada perubahan tarikh. 11.5 Guru guru perlu bekerjasama di dalam dengan unit pentadbiran dn mengalakkan murid mengamalkan budaya nilai-nilai murni serta hormat menghormati antara satu sama lain. 11.6 Pn Zaitun Izam juga akan memastikan semua Unit di bawah pentadbiran HEM akan dijalankan dengan baik. 11.7 En Halimee meminta pintu gate sekolah sebelah kiri dibuka agar memudahkan laluan keluar dan masuk.

11.

11.7.1 Pn Nooraziza memberi maklum balas bahawa pihak sekolah telah menghantar surat ke YB tetapi tiada jawapan sehingga sekarang. 11.7.2 Beliau juga dan atas persetujuan semua guru akan menyerahkan kepada AJK Kelab Guru dan Kakitangan sekolah mengambil inisiatif untuk menampal jalan yang berlopak dan menangani isu ini segera. 11.8 Bayaran PIBG 11.8.1 Pn Nooraziza binti Sabarudin meminta pandangan dan cadangan daripada semua guru untuk membuka kaunter bayaran PIBG pada hari orentasi tahun 1 dan pra sekolah. 11.8.2 Beliau juga mewajibkan tahun 1 untuk membayar yuran PIBG. 11.8.3 Pn Siti Zaiton binti Lela ditugaskan untuk membahagikan tugas kepada guru secara sukarela menjaga kaunter bayaran bagi setiap kelas. 11.9 Kad Bestari Solat. 11.9.1 Pn Nor Aisyah binti Abdullah Hashim mewajibkan semua murid untuk membeli kad bestari solat dengan harga RM1.00. 11.10 Pn Norsilawati binti Abd Hamid memaklumkan bahawa bekalan buku baru telah sampai . Guru kelas boleh ambil buku baru pada hari Khamis dan jumaat. 11.10.1 Guru kelas mewajibkan murid membalut buku teks. 11.10.2 Guru besar mencadangkan pemeriksaan mengejut dijalankan ke atas murid dan buku teks. 11.10.3 Guru kelas juga diminta memastikan murid tidak meninggalkan buku teks di dalam kelas. 11.11 Pn Noor Ismaliza binti Mohamed meminta semua guru mendapatkan maklumat gaji (pendapatan kasar), tanggungan keluarga, salinan slip gaji, dan kemaskini SMM dengan segera. 11.12 Pn Noor Haza Azura binti Hashim memaklumkan kepada semua guru mengedarkan data Emis. Guru-guru hendaklah memberikan kerjasama dengan memulangkan data Emis yang tepat dan lengkap . 12. Guru Besar menangguhkan mesyuarat pada jam 10.50 pagi hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan.

Disediakan oleh : ---------------------------------(SITI RAHAYU BINTI OMAR)

Disemak oleh : ---------------------------------(ZAITUN IZAM BT MD TAHIR) Penolong Kanan HEM SK Wira.

Disahkan oleh: ----------------------------------(NOORAZIZA BT SABARUDIN) Guru Besar SK Wira.

Potrebbero piacerti anche