Sei sulla pagina 1di 20

1.0.

PENGENALAN Pendidikan berkualiti yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk

menghasilkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai sikap serta nilai yang positif. Bagi membina murid yang bersemangat waja, mempunyai kemahiran menangani risiko, menjaga kesihatan diri dan mengamalkan cara hidup yang sihat, unsur Pendidikan Kesihatan Diri dan Pendidikan Kesihatan Keluarga diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di peringkat sekolah rendah dan menengah. Definisi pengurusan kesihatan diri ialah kesihatan fizikal yang optimum yang dapat diperolehi melalui penjagaan kebersihan persekitaran, amalan asas kesihatan dan penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri. Penjagaan kesihatan asas diri merangkumi kebersihan tubuh badan, pakaian dan peralatan yang digunakan, pengurusan pemakanan yang betul, pengurusan berat badan, pengurusan tekanan dan pemeriksaan kesihatan.Kesihatan diri yang sejahtera akan memastikan setiap individu menjalankan fungsi sosial mereka dengan berkesan.Lelaki dan perempuan dapat memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Definisi pendidikan kesihatan keluarga berkaitan dengan definisi pendidikan kesihatan.
Health education is any combination of learning experiences designed to facilitate voluntary adaptions of behavior conducive to health. (Green,1980)

Daripada definisi tersebut, kita boleh membuat kesimpulan bahawa pendidikan kesihatan adalah proses perubahan tingkah laku yang berlaku dalam lingkungan individu dan komuniti. Pendidikan kesihatan keluarga bertujuan untuk meningkatkan status kesihatan ke peringkat yang optimum melalui usaha dan kemampuan setiap ahlinya. Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga, kesihatan dilihat bukan sebagai suatu matlamat yang ingin dikejar tetapi ia dijadikan sebagai suatu amalan kehidupan seharian. Pendek kata, ia melibatkan usaha-usaha setiap ahli dalam keluarga itu untuk mencapai tahap kesihatan yang baik demi untuk kesejahteraan mereka. Dalam pendidikan kesihatan keluarga, cara hidup sihat adalah satu aset untuk kehidupan seharian. Kita perlu mencapai dan mengekalkan kesihatan yang baik supaya kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan yang terbaik mengikut kemampuan kita.Oleh itu, pendidikan kesihatan keluarga bukan setakat melihat kepada aspek kesihatan sahaja tetapi perlu melihat kepada aspek ekonomi dan sosial.
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

2.0.

PENGURUSAN GRAFIK

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Berdasarkan rajah pengurusan grafik (graphic organizer) di atas, Kesihatan Diri dan Keluarga adalah salah satu daripada tiga tunjang utama kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Kesihatan KBSR selain dari dua lagi tunjang utama iaitu Gaya Hidup Sihat serta Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Konsep Kesihatan Diri dan Keluarga adalah penjagaan asas kesihatan diri, keluarga dan masyarakat secara proses berterusan. Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan. Di bawah dihuraikan kepentingan dan keutamaan aspek pengurusan kesihatan diri dan pendidikan kesihatan keluarga secara lebih lanjut dan terperinci. 2.1. Kepentingan dan keutamaan pengurusan kesihatan diri Semua golongan manusia dalam semua peringkat komuniti,kebangsaan atau antarabangsa perlu menjaga dan mengawal kesihatan diri demi kesejahteraan sejagat. Konsep ini penting kerana kerjasama setiap anggota masyarakat amatlah perlu untuk membendung dan menangani konflik pelbagai penyakit yang menyerang manusia di masa kini. Maka dengan itu penjagaan kesihatan diri bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh oleh setiap orang namun tidak ramai yang begitu menitikberatkan soal penjagaan kesihatan diri masing-masing seterusnya mengundang kepada pelbagai penyakit. Oleh itu pengurusan kesihatan diri yang baik akan menjamin tahap kesihatan yang sentiasa sempurna. Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan diri menjadi aset yang penting untuk hidup sihat sepanjang hayat. Ada enam aspek pengurusan kesihatan diri yang dibincangkan dibawah iaitu aspek pengurusan kebersihan pakaian, pengurusan kebersihan tubuh, pengurusan tahap kesihatan, pengurusan pemakanan yang sihat, pengurusan berat badan dan pengurusan stress(tekanan). 2.1.1. Pengurusan kebersihan tubuh Unsur penting dalam pengurusan kesihatan diri ialah menjaga kebersihan tubuh. Kebersihan tubuh adalah asas kepada kesihatan. Semua agama menuntut penganutnya agar menjaga kebersihan tubuh dan amat menyukai orang yang cintakan kebersihan serta sentiasa menjaga kebersihan diri kerana sihat adalah suatu nikmat yang amat besar nilainya yang perlu dijaga dan dipelihara. Oleh yang demikian untuk membina keluarga yang sihat dan sejahtera, kebersihan tubuh badan amat dititik-beratkan. Difahami bahawa membersihkan badan seperti mandi, mencuci dan mendandan rambut, memotong kuku, membersihkan tangan dan kaki, memberus gigi serta dan banyak lagi amalan lain berkaitan dengan tubuh, adalah amalan yang baik.Amalan-amalan seperti itu perlulah dilakukan oleh setiap ahli keluarga kerana ia merupakan
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

usaha untuk mengelakkan diri daripada mendapat pelbagai penyakit di samping menjadi lambang kecantikan, kekemasan, kebersihan dan nilai personaliti seseorang individu. Pengurusan kebersihan tubuh boleh di pupuk pada peringkat kanak-kanak lagi. Contohnya, amalan mencuci tangan perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak sejak awal lagi kerana ia merupakan langkah awal dalam menjaga kebersihan diri. Kepentingan menjaga kebersihan tangan akan membuatkan diri seseorang itu lebih sihat selain mengurangkan risiko terkena jangkitan penyakit khususnya kepada kanak-kanak.Amalan membasuh tangan ini boleh memastikan badan kita sihat dengan cara memakan makanan dengan tangan yang bersih.Malah, amalan tersebut juga boleh dijadikan usaha permulaan terbaik dalam melahirkan generasi yang peka terhadap kebersihan diri dan persekitaran. Amalan mandi pula bertujuan dan sangat penting untuk membersihkan kekotoran dan kuman.Kita boleh dijangkiti penyakit kulit jika tidak selalu mandi. Amalan memotong kuku juga tidak kurang pentingnya. Kuku tangan yang panjang adalah tempat yang baik untuk kuman membiak atau bersembunyi, jadi memotong kuku tangan akan mempastikan kuku tangan pendek dan bersih. 2.1.2. Pengurusan pemakanan yang sihat Dewasa ini pelbagai jenis penyakit timbul kesan dari pemakanan yang tidak sihat dan teratur. Tanpa kesihatan, manusia sukar menjalani kehidupan dengan selesa. Oleh itu, kita perlu menjaga kesihatan dengan mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang. Makanan yang seimbang bermaksud makanan yang terdiri dari komponen karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan lain-lain. Dengan mengamalkan makanan yang seimbang dari komponen makanan seimbang itu tadi seseorang akan beroleh tenaga, pertumbuhan badan yang baik dan mencegah dirinya daripada penyakit. Malahan seseorang itu juga dapat menjalani kehidupan seharian dengan sempurna. Pengurusan pemakanan yang sihat juga merujuk amalan pengambilan makanan kita iaitu waktu makan utama seperti sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Pengambilan makanan di waktu sarapan pagi yang betul misalannya, mampu memberikan kita tenaga untuk memulakan kerja serta memulih tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. Makan mengikut keperluan juga merupakan salah satu daripada pengurusan pemakanan yang sihat. Seseorang hendaklah makan mengikut jumlah yang betul iaitu mengikut kesesuaian jenis pekerjaan dan penggunaan tenaga hariannya. Misalannya orang dewasa yang bekerja di pejabat adalah tidak digalakkan mengambil makanan yang berlebihan kerana pekerjaan mereka
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

tidak memerlukan penggunaan tenaga yang banyak berbanding dengan orang dewasa yang bekerja sebagai petani, pekebun, buruh kasar dan nelayan. Oleh itu, amalan pengambilan makanan yang berlebihan boleh menyebabkan badan mereka menjadi gemuk. Oleh demikian, betapa tingginya nilai pengurusan pemakanan yang sihat mempengaruhi kehidupan manusia. Ramai manusia hanya menyedari nilai kesihatan apabila mereka ditimpa penyakit. Ketika itu barulah mereka insaf betapa pengurusan makanan yang sihat amat penting supaya kehidupan mereka tidak terganggu. 2.1.3. Pengurusan kebersihan pakaian Unsur pengurusan kesihatan diri seterusnya ialah unsur pengurusan kebersihan pakaian. Pakaian seperti baju,seluar,kain, sarung kaki,kasut dan sebagainya perlu dibasuh dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan semula bagi mengelakkan dari penyakit kulit dan lain-lain. Pakaian yang lembab boleh mengakibatkan pembiakan kulat pada kulit badan. Faktor cuaca negara kita yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi juga menyebabkan kita mudah berpeluh. Badan yang berpeluh menyebabkan ketidakselesaan serta kuman melekat pada kulit tubuh. Oleh itu adalah wajar untuk kita menggantikan pakaian yang kotor dan berpeluh tadi setiap hari. Kebersihan pakaian sangat penting sebab pakaian yang kotor akan menimbulkan penyakit, misalnya menimbulkan gatal-gatal pada badan dan tidak selesa dipakai. Bila pakaian sudah kotor hendaklah segera dicuci. 2.1.4. Pengurusan tahap kesihatan Pepatah mengatakan, mencegah lebih baik dari merawat. Tetapi ramai yang ambil acuh tak acuh dalam bab ini. Bila dah kena baru nak menyesal.Sesetengah penyakit adalah pembunuh senyap, contohnya penyakit jantung dan strok. Penyakit ini adalah merupakan antara punca kematian penduduk Malaysia. Jika anda diserang penyakit ini, banyak perkara yang tidak boleh dilakukan. Jadi kita boleh mengurus tahap kesihatan melalui pemeriksaan kesihatan di klinik maupun hospital. Kesedaran pemeriksaan awal penyakit amat penting.Selain mengamalkan gaya hidup sihat, orang ramai perlu sedar tentang keperluan pemeriksaan penyakit. Pemeriksaan awal perlu dilakukan kerana ia dapat mengesan penyakit yang mungkin akan menjadi serius pada masa akan datang. Jadualkan pemeriksaan anda, seperti pemeriksaan kereta anda dijadualkan. Kalau kereta untuk berjalan jauh perlu periksa minyak hitam dan sebagainya, apalagi untuk diri sendiri. Beberapa pemeriksaan kesihatan yang wajar dilakukan oleh seorang individu ialah pemeriksaan tekanan darah, saringan paras glukos darah, saringan
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

paras kolesterol, indeks jisim badan, pemeriksaan kanser serviks dan payu dara, ujian kadar lemak dan saringan minda sihat. Pemeriksaan payu dara sendiri (PSP) misalnya, mampu mengelakkan penyakit ini menjadi kronik hingga menyebabkan pesakit terpaksa melalui rutin rawatan yang melibatkan perbelanjaan yang banyak. Selain dari itu, memandangkan tiada simptom untuk masalah kolesterol tinggi jadi ramai kalangan individu yang hanya mengetahui masalah ini jika mereka mengalami serangan jantung ataupun strok. Pada tahap ini pastinya sudah terlewat untuk merawatnya.Oleh itu disarankan individu menjalani pemeriksaan ini setiap tahun atau lebih kerap lagi jika mempunyai ahli keluarga dengan masalah ini. 2.1.5. Pengurusan berat badan Dengan pembandaran, pembangunan ekonomi dan gaya hidup dan diet yang semakin berubah, berat badan yang berlebihan dan obesiti (kegemukan) semakin meningkat di Malaysia. Ini mengakibatkan peningkatan kadar penyakit-penyakit yang berkaitan dengan berat badan berlebihan, termasuk diabetes (kencing manis) jenis 2, penyakit jantung, angin amar dan tekanan darah tinggi. Obesiti dan berat badan berlebihan juga meningkatkan risiko kejadian sesetengah kanser, batu karang, penyakit gout, osteoartritis, kemandulan dan lain-lain penyakit. Individu yang berlebihan berat badan dan obes juga mempunyai harga diri yang rendah dan selalu berasa muram disebabkan oleh imej badan yang tidak menarik. Pendek kata, keadaan berat badan berlebihan mengurangkan kualiti dan keriangan hidup. Dan yang paling penting sekali, berat badan yang berlebihan biasanya ada kaitan dengan penyakit lain lagi seperti lemah jantung dan sakit kaki akibat terpaksa menyokong berat badan. Moralnya, penjagaan pengurusan berat badan adalah penting untuk memastikan kesihatan yang terjamin sepanjang hayat.. Keadaan berat badan berlebihan dalam kanak-kanak dan remaja misalannya, boleh membawa akibat kesihatan serius yang sama seperti keadaan berat badan berlebihan dalam dewasa. Kajian jelas menunjukkan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai berat badan berlebihan dan gemuk akan mengekalkan keadaan itu sehingga dewasa, oleh itu pengurusan berat badan aktif di peringkat kanak-kanak sangatlah penting. Pendekatan yang melibatkan seluruh keluarga adalah cara yang paling berkesan untuk membantu kanak-kanak atau remaja mengekalkan berat badan yang sihat. Mencari gaya hidup yang merangkumi aktiviti fizikal yang kerap, diet yang enak lagi tidak berapa padat tenaga; dan sesuai untuk seisi keluarga boleh dibuat secara berperingkat, dengan penekanan terhadap keseronokan dan penyertaan semua ahli.

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

2.1.6. Pengurusan tekanan(stress) Apabila kita mengalami stress atau tekanan kita berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, ulsers, insomnia (tak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai jenis sakit yang disebabkan stress. Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu macam keadaan di mana jantung kita berdegup dengan kuat, badan (terutama bahagian tangan) terasa sejuk, berpeluh dan otot menjadi tegang. Contohnya apabila kita diminta bercakap di khalayak ramai jika kita jadi gementar terutamanya jika kita jarang sekali berbuat demikian. Ini menjadi lebih teruk jika orang yang kita hadapi itu merupakan orang yang asing bagi kita. Perkara yang penting bagi kita lakukan ialah untuk menguruskan diri kita secara efisen. Pada asasnya sebahagian besar dari anda (pelajar) terpaksa hidup berdikari dan kegagalan untuk menguruskan kehidupan harian adalah punca utama stress. Menangguh kerja, kekurangan wang, konflik dengan sahabat atau kekasih, masalah kekeluargaan dan berbagai lagi situasi adalah perkara-perkara yang biasa kita hadapi. Kejayaan kita menguruskan perkara-perkara ini dengan baik akan menentukan tahap stress kita. Dengan perkataan lain bagaimana kita menguruskan tekanan adalah cara utama untuk mengurangkan tahap stress yang kita alami.

2.2.

Kepentingan dan keutamaan pendidikan kesihatan keluarga Keluarga adalah istitusi yang paling penting bagi menjamin kehidupan yang bermakna,

penuh dengan kasih saying dan kebahagiaan. Aspek kesihatan fizikal dalam sesebuah keluarga adalah perlu. Ini kerana kesejahteraan pemikiran dan kerohanian seseorang individu berkait rapat dengan kesejahteraan fizikal. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh yang sihat. Sesebuah keliuarga harus mengamalkan cara hidup sihat yang merangkumi pelbagai amalan yang positif. Pendidikan kesihatan keluarga merangkumi tiga aspek penting iaitu tubuh badan, kesihatan diri dan keluarga serta nilai moral dan agama. 2.2.1. Tubuh badan manusia Tubuh badan manusia juga terdiri daripada ciri-ciri luar yang dapat dilihat seperti kulit, muka, hidung, telinga, mata, gigi, rambut, tangan, kaki dan kuku. Pendidikan tentang anggota tubuh badan manusia ini sangat mustahak dan mesti diketahui oleh setiap orang bagi memastikan mereka faham dan sedar mengenai peranan setiap anggota tubuh badan. Mereka juga akan dapat meramal apa akan terjadi jika salah satu bahagian dalam sistem tubuh badan tidak dapat berfungsi dengan lancar.
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Anggota tubuh badan manusia terbahagi kepada beberapa sistem yang terdapat beberapa organ dan jaringan yang mempunyai peranan tersendiri. Setiap organ dan jaringan dalam sebuah sistem saling bergantungan di antara satu sama lain dengan matlamat yang sama iaitu mengekalkan keseimbangan tubuh badan. Bahagian sistem rangka berperanan memberi sokongan, perlindungan dan struktur kepada organ-organ dalam badan. Sistem penghadaman berfungsi untuk memproses makanan yang diambil daripada mulut, perut, pankreas, esofagus, hati dan usus. Semua zat makanan yang diambil untuk digunakan oleh tubuh bagi meneruskan kehidupan. Bahagian sistem otot berperanan membantu pergerakan anggota tubuh badan. Sistem limfatik pula berfungsi dalam pemindahan limfa di antara tisu dan darah. Sistem endokrin merupakan suatu bentuk komunikasi dalam badan menggunakan hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar hormon seperti hipotalamus, kelenjar tiroid, kelenjar adrenal dan sebagainya. Sistem saraf berperanan mengumpul, menghantar dan memproses maklumat di antara otak, saraf tunjang, saraf pheriferal dan saraf. Sistem kardiovaskular berfungsi untuk mengepam dan menghantar darah dalam badan. Sistem reproduktif mengandungi organ

reproduktif lelaki dan perempuan. Sistem perkumuhan pula berperanan menyeimbangkan bendalir dalam badan, perkumuhan air kencing serta keseimbangan elektrolit. Sistem respiratori membolehkan proses pernafasan dilakukan dengan melibatkan organ seperti paru-paru. 2.2.2. Kesihatan diri dan keluarga Kesihatan diri dan keluarga merangkumi unsur-unsur seperti berikut: 2.2.2.1. Melakukan aktiviti senaman dan kecergasan fizikal

Amalan cara hidup sihat adalah tunjang utama kepada kesihatan diri dan keluarga. Aktiviti senaman dan kecergasan fizikal merupakan salah satu bentuk aktiviti fizikal yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Terdapat beberapa kepentingan aktiviti senaman dan kecergasan fizikal untuk kesihatan antaranya ialah saluran darah yang lancar, mental dan fizikal yang cergas dan otak yang cerdas. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas. Kita memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Selepas berehat daripada bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa. Selain dari itu aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan.

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

2.2.2.2.

Amalan kesihatan mental yang baik

Tekanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang hidup berkeluarga. Dengan mengenali bentuk serta ciri-ciri tekanan ini maka kita dapat menentukan kaedah yang paling efektif untuk menangani atau menguruskannya. Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti menjadi penyebab berlakunya tekanan keluarga antaranya kurangnya interaksi antara anggota keluarga dalam menangani masalah, konflik nilai dan sikap ahli-ahlinya, faktor latar belakang dan sosioekonomi keluarga. Oleh itu beberapa kaedah telah dicadangkan untuk menguruskan tekanan keluarga. Pertama sekali ialah cuba untuk mengetahui masalah yang di hadapi oleh keluarga dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik dengan mencari masalah yang paling utama menerusi teknik berunding atau berbincang. Seterusnya belajar untuk mengatakan tidak bagi aktiviti yang kita tidak dapat laksanakan, mengamalkan cara hidup sihat seperti bersenam, makan makanan yang berkhasiat serta mengelakkan pengambilan alkohol. Beberapa kaedah pengurusan kesihatan mental ini membantu serta dapat menjamin kesihatan mental kita sentiasa berada dalam keadaan baik dan mencapai tahap kesihatan hidup yang baik dan bahagia. 2.2.2.3. Kebersihan tubuh badan

Kesihatan muka, gigi, tangan, kaki dan kulit serta penjagaan kebersihan rambut merupakan asas kepada kebersihan tubuh badan. Kesemua asas kebersihan tubuh badan ini dijaga melalui aktiviti mandi, memotong kuku, memberus gigi, membasuh tangan, merapai dan membersihkan rambut. Penjagaan kebersihan tubuh badan adalah penting untuk menghindari seseorang dari jangkitan kuman. Ianya tidak semestinya menggunakan sabun, syampu atau pembersih muka yang mahal tetapi memadailah menggunakan sabun biasa. 2.2.2.4. Amalan pemakanan sihat

Amalan pemakanan yang sihat merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

tidak teratur memburukkan kesihatan. Oleh itu pemakanan yang sihat penting dalam membantu kecemerlangan dalam hidup seseorang individu. 2.2.2.5. Tidak merokok Jangan Merokok boleh menjadikan kita sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan. Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Kepentingan berhenti merokok ialah menjamin usia yang panjang kerana satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Tidak merokok juga mengelakkan kita dari bahan-bahan berbahaya kerana asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser. Disamping itu tidak merokok penting bagi mencegah penyakit kerana hampir 40 jenis penyakit yang ada berkaitan dengan merokok contohnya kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paruparu yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok. 2.2.2.6. Penjagaan kesihatan ibu dan anak (perancangan keluarga/kesihatan ibu hamil & selepas bersalin dan kesihatan bayi) Aspek penjagaan kesihatan ibu dan anak merangkumi kesihatan bayi, kesihatan ibu hamil dan selepas bersalin serta perancangan keluarga.Unsur imunisasi penting bagi mengelakkan kanak-kanak daripada dijangkiti penyakit seperti batuk kering, lumpuh(polio), kancing gigi(tetanus), batuk kokol dan demam campak. Kanak-kanak yang mendapat imunisasi menerusi suntikan vaksin atau vaksin yang dititis ke dalam mulut akan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih kuat berbanding mereka yang tidak diberi imunisasi. Imunisasi dilakukan sebaik sahaja bayi lahir dan mngikut jadual yang ditetapkan. Unsur perancangan keluarga penting bagi membolehkan pasangan suami isteri bijak merancang dan mengurus keluarga mengikut kemampuan ekonomi dan sosial. Pasangan suami isteri boleh mendapatkan khidmat nasihat mengenai perancangan keluarga daripada pakar kesihatan keluarga di klinik maupun hospital swasta atau hospital kerajaan. Disamping itu, perancangan keluarga juga penting bagi memastikan anak-anak mempunyai pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan menyeluruh dan mengamalkan tingkah laku yang sihat daripada ibu bapa mereka.
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

10

Unsur kesihatan ibu hamil dan selepas bersalin ialah pemeriksaan berkala dan pendidikan amalan pemakanan yang sihat sebelum dan selepas bersalin. Unsur ini sangat penting supaya masalah awal semasa hamil boleh dirawat dan dikenalpasti, si ibu dan bayi dalam kandungan mengamalkan pemakanan sihat. Hal ini juga bagi mengelakkan si ibu yang mengandung terpengaruh dengan pantang larang atau petua yang boleh memudaratkan kesihatannya serta bayi yang dilahirkan. 2.2.2.7. Peranan keluarga

Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan negara tidak akan sempurna. kepimpinan keluarga pada asasnya terletak pada kaum lelaki. Walau bagaimanapun dalam memastikan kejayaan institusi ini, kedua-dua belah pihak iaitu ibu dan bapa seharusnya memainkan peranan yang sama penting. Peranan ibu bapa penting bagi mendidik anak-anak dari rumah menjadi sebelum memasuki alam persekolahan. Sekiranya pendidikan dasar ini tidak kukuh, pendidikan di sekolah pun akan kurang manfaatnya. Untuk menjadi pendidikan jiwa yang berjaya, ibu dan bapa seharusnya memiliki ilmu pengetahuan bagi memastikan anak-anak mereka sentiasa berjaya dan maju ke hadapan.Pendidikan yang berkualiti daripada ibu bapa juga sangat diperlukan dalam cabaran dunia globalisasi masa kini. Hal ini amat penting terutamanya dalam menyediakan bekalan ilmu untuk mengharungi kehidupan pada masa depan.Kegagalan ibu bapa untuk berperanan sebagai pendidik akan mengundang pelbagai gejala sosial yang boleh memudaratkan masyarakat dan negara.Suami isteri yang hidup rukun dan damai, saling menyenangkan dan menggembirakan dengan perasaan tulus dan ikhlas akan menikmati kebahagiaan hidup yang sebenarnya.Mereka perlu saling memahami. Hasilnya berbahagialah anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sedemikian. Perasaan inilah yang akan menyuburkan sifat-sifat mulia dalam jiwa anak-anak. 2.2.2.8. Institusi perkahwinan

Pada zaman kini, kemodenan dunia bukan sahaja membawa arus perubahan politik dan ekonomi. Aspek sosial masyarakat seolah-olah menjadi tong sampah, menerima segala keburukan akibat pemodenan. Akibatnya institusi perkahwinan dan keluarga semakin longgar kerana aspek sosial tidak dilihat sebagai sesuatu yang produktif. Antara cabaran yang dihadapi adalah pergaulan bebas dan hubungan seks luar nikah. Ini telah meragut perkahwinan daripada kepentingan untuk berkahwin, dimana menjanjikan pengiktirafan dan perlindungan oleh undangHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

11

undang terhadap pasangan. Dengan tiadanya konsep main peranan, penjalinan hubungan seks secara bebas, hidup berorientasikan keseronokan semata-mata, penceraian yang semakin meningkat dan perubahan arus moden yang lain, maka kebergantungan dalam institusi perkahwinan boleh dikatakan ketandusan. Oleh itu institusi perkahwinan sangatlah penting bagi mengatasi masalah seks bebas, penceraian dan keruntuhan sesebuah institusi keluarga itu sendiri. 2.2.3. Nilai moral dan agama Aspek nilai moral dan agama dibincangkan melalui unsur berikut: 2.2.3.1. Seksualiti

Kebelakangan ini berlaku beberapa isu berkaitan dengan masalah kesihatan seksualiti seperti kehamilan remaja atau ibu muda, kes membuang anak luar nikah, kes rogol kanak-kanak, kes pencabulan, homoseksual, sumbang mahram dan sebagainya. Maka dengan itu adalah amat penting pendidikan kesihatan keluarga dipelajari dan disebarluaskan kepada murid-murid sekolah. Ini bagi memastikan peringkat awal perkembangan kanak-kanak sudah mempunyai asas tentang keperluan menjaga kehormatan diri dan menjauhkan ancaman terhadap kehormatan diri. Mereka dididik supaya tidak mudah terpedaya dengan ajakan atau tipu muslihat orang yang sentiasa berniat jahat dan mengambil kesempatan terhadap mereka yang lemah (wanita dan kanak-kanak). 2.2.3.2. Gender

Beberapa isu yang berkaitan dengan peranan gender pula adalah seperti bertingkah laku melampaui batas dari nilai dan norma yang ditetapkan oleh masyarakat sebagai sesuai untuk lelaki dan perempuan. Pendidikan kesihatan keluarga ada menjelaskan tentang norma dan batasbatas perlakuan bagi jantina lelaki maupun perempuan. Ia penting kerana kecelaruan peranan gender menyebabkan rakan sebaya atau masyarakat sekitar akan mencemuh dan menghina perlakuan yang di luar batas norma. Namun begitu ia bergantung kepada latar belakang masyarakat, budaya setempat dan peredaran zaman. Apa yang penting peranan gender adalah sesuatu yang sesuai dan diterima oleh masyarakat sekeliling.

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

12

3.0.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5. Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan diri menjadi aset yang penting untuk hidup sihat sepanjang hayat. Mengetahui

dan mengenalpasti pengurusan kesihatan diri dari segi aspek pengurusan tahap kesihatan, pemakanan yang sihat dan berat badan iaitu antara aspek-aspek dalam pengurusan kesihatan diri, membantu dan menangani konflik pelbagai penyakit yang menyerang manusia di alaf ini. Dalam menghadapi isu-isu penyakit masa kini, murid perlu meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran serta memupuk dan menanam sikap dan nilai yang sihat dalam diri. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di bawah adalah bertujuan untuk membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Adalah diharap guru dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan bagi memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan aspek pengurusan kesihatan diri terhadap kesejahteraan dalam kehidupan.

Rancangan pengajaran harian Pendidikan Kesihatan

Matapelajaran Tunjang Tajuk Tarikh Masa Tahun Bil. Murid Objektif Kognitif

: Pendidikan Kesihatan : Kesihatan diri & keluarga : Penyakit tidak berjangkit : 02 Mac 2010 : 07.30-8.30 (60 minit) : 5 Hang Tuah : 25 orang :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat ; :1. 2. Menyatakan empat sebab berlakunya penyakit tidak berjangkit Bersyukur terhadap kesihatan diri sendiri 13

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

3. Afektif :1. 2. 3.

Menyenaraikan cara pencegahan penyakit tidak berjangkit Bekerjasama antara satu sama lain. Berasa seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bertanggungjawab dan dapat membina keyakinan diri.

Pengalaman sedia ada : Murid telah mengetahui penyakit-penyakit tidak berjangkit dari suratkhabar, majalah, buku, televisyen dan radio. Penerapan nilai BBM : Berdisiplin dan bertanggungjawab, kerjasama dan menyayangi diri sendiri. : Gambar penyakit jantung, penyakit diabetes, penyakit asma, penyakit buah pinggang dan karies gigi, risalah penyakit kertas manila, pen marker berwarna, warna poster dan berus mewarna. Penggabungjalinan : Sains dan Pendidikan Moral.

Bahagian /Masa Set Induksi

Aktiviti

Fokus Pembelajaran

Organisasi

Strategi P&P dan BBM

Pengenalan kepada maksud penyakit tidak berjangkit melalui gambar.

1.Guru menunjukkan gambargambar berkaitan penyakit jantung, penyakit diabetes dan penyakit asma. 2.Guru mengadakan sesi soal jawab: a)Meminta murid mengenalpasti perkara berkenaan gambar. b)Meminta murid mengenalpasti

1.Guru mempamerkan gambar penyakit jantung, penyakit diabetes dan penyakit asma. 2.Guru cuba berbincang dan bertanya kepada murid mengenai gambar yang dipamer di hadapan kelas untuk mendapatkan maklumat mengenai tajuk.

1.Perbincangan 2.Soaljawab 3.Sumbangsaran

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

14

jenis-jenis penyakit berdasarkan gambar. Perkemba Mengenalpasti ngan Langkah 1 maksud penyakit tidak berjangkit dan jenis-jenis penyakit tidak berjangkit. 1.Guru menerangkan maksud penyakit tidak berjangkit dan kaitannya dengan gambar-gambar penyakit yang ditayangkan pada sesi induksi. 2.Murid memberi pendapat mengenai penyakit tidak berjangkit berdasarkan pengetahuan sedia ada. Langkah 2 Mencari maklumat punca dan cara mencegah penyakit tidak berjangkit: 1.Murid dibahagi kepada 5 kumpulan. 2. Guru mengedarkan risalah berkaitan penyakit-penyakit tersebut dan menyuruh murid membacanya. 3.Guru mengarahkan murid secara berkumpulan , mencari maklumat berikut: a)Punca penyakit jantung, diabetes, asma, buah pinggang dan karies gigi.
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1.Guru menjelaskan kaitan gambar dengan tajuk pelajaran pada hari itu. 2.Guru menggalakkan murid memberi pendapat melalui pengetahuan sedia ada mengenai penyakit tidak berjangkit.

1.Perbincangan 2.Mencatat nota 3.Memberi pendapat

1.Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2.Guru memberikan tugasan seperti berikut: Kumpulan 1-membincangkan punca dan cara mencegah penyakit jantung. Kumpulan 2-membincangkan punca dan cara mencegah penyakit asma. Kumpulan 3-membincangkan punca

1.Pembelajaran berkumpulan 2.Mencari maklumat 3.Mencatat nota 4.KBKK 5.Menjana idea

Penerapan nilai: 1.Bekerjasama

dan cara mencegah penyakit diabetes. 2.Bertanggungjawab Kumpulan 4-membincangkan punca dan cara mencegah penyakit buah 15

b)Cara mencegah penyakitjantung, diabetes, asma, buah pinggang dan karies gigi. 4.Hasil perbincangan harus dalam bentuk peta minda.

pinggang. Kumpulan 5-membincangkan punca dan cara mencegah karies gigi.

Langkah 3

Pembentangan kumpulan

1.Murid-murid membuat pembentangan menggunakan peta minda, hasil dari perbincangan berkumpulan.

1.Guru memberi panduan dan tunjuk ajar kepada murid-murid semasa sesi pembentangan dan mengaitkan dengan isu-isu semasa.

Penerapan nilai: 1.Bertanggungjawab 2.Bantumembantu/kerjasama 3.Berkeyakinan

Langkah 4

Melukis dan mewarna poster berdasarkan tajuk Penyakit Tidak Berjangkit.

1.Guru mengarahkan murid dalam kumpulan asal untuk menghasilkan poster berdasarkan tajuk penyakit jantung, diabetes, asma, penyakit buah pinggang dan karies gigi. 2.Murid membuat poster merujuk pada risalah dan gambar-gambar penyakit. 3.Murid mempamerkan poster penyakit tidak berjangkit di sudut kesihatan kelas.

1. Guru memberi panduan dan bimbingan kepada murid-murid semasa melakukan aktiviti melukis dan mewarna poster. 2.Guru mempamer hasil kerja murid di sudut kesihatan kelas.

1.Teori kecerdasan pelbagai: -Kecerdasan interpersonal -Kecerdasan intrapersonal 2.Belajar cara belajar 3.Kontekstual

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

16

Penutup

Rumusan isi pelajaran iaitu: a) Definisi penyakit tidak berjangkit

1.Guru bersoal jawab dan membuat refleksi tentang isi pelajaran. a)Apakah definisi penyakit tidak berjangkit? b)Apakah punca penyakit tidak

1.Guru akan merumuskan dan menerangkan tentang definisi, punca dan cara mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, diabetes, asma, buah pinggang dan karies gigi.

Penerapan nilai: 1.Bertanggungjawab

b)Punca penyakit berjangkit? berjangkit c)Bagaimanakah cara untuk

c)Cara mencegah mencegah penyakit tidak penyakit berjangkit berjangkit? 2.Guru membuat rumusan /ulasan di akhir perbincangan kelas.

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

17

4.0.

PENUTUP Kes-kes yang dilapor dan didedahkan di dada-dada akhbar, majalah, dan sumber-sumber

lain amat menakutkan kita kerana anak-anak dan cucu-cicit kita dan generasi pewaris akan datang bakal berhadapan dengan bermacam lagi permasalahan berkaitan tingkah laku sosial. Faktor-faktor penyumbang kepada permasalahan ini perlu sentiasa diperhalusi dan dijadikan iktibar oleh generasi sekarang dalam menangani masalah yang timbul. Pelajar-pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Sekali gus, perkara sedemikian dapat memberi pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka. Kesedaran tentang diri dan keluarga harus diterapkan kepada anak-anak kita sejak zaman awal kanak-kanak lagi. Ibubapa dan guru tidak harus jemu dalam memberikan pendidikan yang cemerlang kepada anak-anak yang meliputi semua aspek kehidupan. Sentiasa bersikap ambil tahu ke atas segala apa yang berlaku kepada keluarga dan perkara di persekitaran. Terdapat banyak faedah yang kita mampu peroleh apabila mempraktikkan nilai kekeluargaan dalam kehidupan seharian. Situasi ini dapat memastikan kehidupan yang kita jalani pada masa hadapan lebih berkualiti dan bermakna kerana kita mempunyai keluarga yang menjadi penyebab seseorang itu meneruskan kehidupannya. Justeru, masyarakat tidak boleh bersikap acuh tak acuh dengan nilai-nilai murni ini agar mereka dapat melahirkan sebuah keluarga yang sempurna. Lahirnya sebuah keluarga yang sihat adalah yang terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang sihat dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian. Kesemuanya bermula di rumah dalam sesebuah kehidupan berumahtangga. Keluarga yang sihat adalah sumber utama kepada setiap sokongan aspek sosial, pendidikan dan penjagaan kesihatan diri. Setiap keluarga yang sihat akan mengamalkan pemakanan secara sihat, melakukan senaman secara berjadual, menjaga kebersihan tubuh badan, menjauhi rokok, menjalinkan hubungan baik antara ahli keluarga, berkongsi masalah bersama, memastikan rumah sentiasa dalam keadaan selamat, sentiasa memupuk semangat kejiranan dan membudayakan kehidupan beragama dan moral.

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

18

RUJUKAN

Albeny Joslyn Panting dan Pises Busu (2009). Kesihatan diri dan keluarga. Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia.

Borhannudin bin Abdullah et. al (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Buku Teks Tahun 5: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Borhannudin bin Abdullah et. al (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru Tahun 5: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kepentingan pengambilan makanan berkhasiat (1997). Utusan pengguna . Dimuat turun dari http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/makanan_berkhasiat.htm pada 10 Februari 2010.

Pengurusan stress oleh Puan Norhazlena Bt. Sabtu. Dimuat turun dari http://www.utem.edu.my/pusat_komputer/index2.php?option=com_docman&task=doc_v iew&gid=97&Itemid=58 pada 10 Februari 2010.

Zarina Law bt. Abdullah dan Abdul Latif bin Ahmad (2007). Pengenalan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia.

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

19

LAMPIRAN 1. Gambar-gambar penyakit jantung, penyakit diabetes, penyakit buah pinggang, karies gigi dan penyakit asma. 2. Risalah penyakit jantung, penyakit diabetes, penyakit buah pinggang, karies gigi dan penyakit asma.

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

20

Potrebbero piacerti anche