Sei sulla pagina 1di 7

Pemantauan Kurikulum Berkualiti

PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI (PKB)


PENDAHULUAN Program Pemantauan Kurikulum Berkualiti diperkenalkan bertujuan untuk menaikkan taraf pengurusan kurikulum Sekolah Kiblah. Elemen-elemen yang terkandung dalam program ini ialah: i. Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran ii. Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran iii. Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Pelajar iv. Pemantauan Prestasi Pelajar v. Pemantauan Pengurusan Kelas Berdasarkan Buku Perancangan Strategik Jemaah Nazir Sekolah 2001 2010, antara dapatan pemeriksaan yang menyebabkan pengurusan sekolah tidak berkesan ialah kurangnya pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan oleh pengetua dan guru besar sama ada dalam pengurusan program pendidikan mahupun dalam pemantauan dan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran. Amalan negatif ini berlaku kerana ada antara pihak pengurusan sekolah: i. tidak melaksanakan pemantauan ii. tidak memahami peraturan (berdasarkan garis panduan atau surat-surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia) yang dapat membantu mereka melaksanakan pemantauan dan penyeliaan yang betul iii. melaksanakan pemantauan tetapi tidak tepat atau tidak menilai perkara yang sepatutnya sebagaimana yang dikehendaki dalam peraturan yang ditetapkan sehingga membawa impak yang negatif iv. menurunkan kuasa (empowerment) memantau kepada subordinates tanpa bimbingan yang betul. Tidak berlaku perkongsian ilmu dalam proses memantau dan menyelia antara kedua-dua belah pihak. Kerap berlaku abdication of power pengetua dan guru besar kepada guru-guru penolong kanan dan ketua-ketua bidang v. tiada ilmu, kemahiran dan pengalaman memantau secara berfokus dan berstruktur vi. tiada ruang dan peluang untuk mereka mendapatkan ilmu dan kemahiran atau mengikuti kaedah dan cara memantau atau menyelia yang betul dan berkesan dari mana-mana institusi latihan Kementerian Pelajaran Malaysia Seperti yang telah sedia termaklum bahawa pelaksanaan kurikulum merupakan core business setiap sekolah, manakala pemantauan kurikulum merupakan satu daripada tugas utama pengetua dan guru besar sebagai pengurus pendidikan di sekolah. Berdasarkan Himpunan Modul Kursus Pengurusan Kepimpinan Sekolah oleh Institut Aminuddin Baki, pemantauan kurikulum bermaksud satu proses mendapatkan maklumat bagi memastikan pengurusan kurikulum di institusi pendidikan, iaitu sekolah, dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.
1

Pemantauan Kurikulum Berkualiti

Pernyataan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia menekankan bahawa pengetua dan guru besar perlu memainkan peranan sebagai pemimpin kurikulum dengan mengambil tindakantindakan berikut: i. mengajar sejumlah waktu, iaitu sekurang-kurangnya lima waktu pengajaran mengikut surat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Bilangan 5, Tahun 1998 ii. menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas, Bilangan 3, Tahun 1987 iii. memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran iv. menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan berfikir dalam kalangan warga sekolah melalui kursus perkembangan staf v. menggerakkan dan memantau perjalanan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah, dan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran vi. memantau kemajuan murid Dengan melaksanakan pemantauan kurikulum, diharapkan dapat membantu pengetua dan stake holders melihat keberkesanan program dan membolehkan penambahbaikan dilaksanakan secara lebih berfokus dan terancang. Data dan maklumat yang diperoleh hasil pemantauan kurikulum dapat membantu pengetua mempercepat peningkatan kemenjadian murid dalam bidang akademik. Namun begitu, bagi menjayakan hasrat tersebut semua guru termasuk guru-guru kanan, ketua bidang dan ketua panitia mata pelajaran perlu berkongsi tanggungjawab bersama-sama pengetua. MATLAMAT Memantapkan pengurusan dan keberkesanan sektor akademik Sekolah Kiblah. OBJEKTIF i. ii. iii.

Membina komitmen pihak pentadbir sekolah dalam program Pemantauan Kurikulum Berkualiti Melihat keberkesanan pemantauan terhadap peningkatan kecemerlangan akademik pelajar Melaksanakan selia bimbing kepada guru-guru serta meningkatkan prestasi juga komitmen guru terhadap program PKB

Pemantauan Kurikulum Berkualiti

SISTEM FAIL 1 Fail Induk Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) i. Buku Panduan ii. Surat-menyurat (perlu ada kertas minit) - Surat dari/ kepada PPD/ JPN - Surat peringatan/ tunjuk sebab (jika ada) iii. Rumusan Bulanan Pemantauan Kurikulum Berkualiti (Lampiran F) iv. Senarai Semak Persediaan Pemantauan Kurikulum Berkualiti (Lampiran I) 2 Fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran i. Jadual Agihan Semakan Rekod Pengajaran & Pembelajaran (Lampiran A1) ii. Rekod Semakan Maklumat Asas Dalam Rekod Pengajaran & Pembelajaran (Lampiran A2) iii. Rekod Semakan Mingguan Rekod Pengajaran & Pembelajaran (Lampiran A3) iv. Memo Semakan Rekod Pengajaran & Pembelajaran (Lampiran A4) 3 Fail Pemantauan Pembelajaran & Pengajaran i. Jadual Agihan Pencerapan Pembelajaran & Pengajaran (Lampiran B1) ii. Borang Pencerapan Pembelajaran & Pengajaran Standard 4 (Lampiran B2) 4 Fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid i. Jadual Agihan Semakan Kekerapan Latihan Murid (Lampiran C1) ii. Rekod Semakan Kekerapan Latihan Murid (Lampiran C2) 5 Fail Pemantauan Prestasi Murid i. Jadual Agihan Pemantauan Prestasi Murid (Lampiran D1) ii. Rekod Bimbingan Prestasi Murid (Lampiran D2) 6 Fail Pemantauan Pengurusan Bilik Darjah i. Jadual Agihan Tugas Pengurusan Bilik Darjah (Lampiran E1) ii. Rekod Pemantauan Pengurusan Bilik Darjah (Lampiran E2) PELAKSANAAN PROGRAM i. ii. iii. iv. v. Pihak sekolah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB), iaitu juga Jawatankuasa Induk Kurikulum Sekolah Kiblah Taklimat kepada semua guru tentang program dan pelaksanaan PKB diberikan dalam mesyuarat guru yang pertama. Sekolah menyediakan takwim sekolah untuk menyelaraskan program PKB. Agihan tugas melibatkan kelima-lima elemen pemantauan diberikan dalam kalangan pentadbir di sekolah. Pihak sekolah melaksanakan program PKB berdasarkan takwim sekolah menggunakan instrumen pemantauan yang disediakan.

Pemantauan Kurikulum Berkualiti

vi. Hasil pemantauan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan sekolah, mesyuarat guru, mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum Sekolah dan mesyuarat panitia serta diambil tindakan. vii. Semua fail dan bahan sokongan disimpan di sekolah supaya mudah diakses. viii.Semua fail dan bahan sokongan (minit mesyuarat pengurusan sekolah, minit mesyuarat guru, minit mesyuarat panitia, minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum Sekolah yang berkaitan dengan PKB) dikemukakan kepada pemantau untuk tujuan semakan. ix. Rumusan bulanan (Lampiran F) disimpan di dalam fail induk PKB x. Borang-borang pemantauan utama ialah: a) Jadual Agihan Semakan Rekod Pengajaran & Pembelajaran (Lampiran A1) b) Jadual Agihan Pencerapan Pembelajaran & Pengajaran (Lampiran B1) c) Jadual Agihan Semakan Kekerapan Latihan Murid (Lampiran C1) d) Jadual Agihan Pemantauan Prestasi Murid (Lampiran D1) e) Jadual Agihan Tugas Pemantauan Pengurusan Bilik Darjah (Lampiran E1) f) Borang Senarai Semak Persediaan Pemantauan Kurkulum Berkualiti (Lampiran IX) MODUS OPERANDI SETIAP ELEMEN I Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran (RPP) i. RPP dihantar kepada pihak pentadbir sekolah setiap hari Khamis. ii. Semakan RPP melibatkan semua pentadbir sekolah. iii. Sekiranya salah seorang pentadbir sekolah tidak dapat menyemak RPP pada minggu berkenaan disebabkan cuti sakit, berkursus, menunaikan fardu haji, jawatan belum diisi/ bertukar dan sebagainya, tugas semakan RPP dilakukan oleh pihak pentadbir yang lain atas arahan Pengetua. iv. Semakan RPP pada awal tahun yang melibatkan maklumat asas dalam RPP dilakukan oleh Pengetua sahaja dan hendaklah disempurnakan sebelum berakhir bulan Februari. Pengetua hendaklah menurunkan tandatangan dan cap jawatan di setiap item maklumat asas yang disemak. Rekod semakan maklumat asas tersebut diisi dalam borang Rekod Semakan Maklumat Asas dalam RPP (Lampiran A2). v. Jadual Agihan Semakan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran sepanjang tahun perlu disediakan pada awal tahun (rujuk contoh di Lampiran A1) vi. Pemeriksaan RPP dibuat seperti berikut (rujuk contoh di Lampiran A1) a) Pengetua menyemak RPP semua guru secara pusingan b) Timbalan Pengetua menyemak RPP kumpulan guru tertentu. c) Ketua Jabatan menyemak RPP kumpulan guru tertentu (ditentukan oleh Pengetua) secara pusingan d) Ketua-ketua Bidang menyemak RPP guru bidang masing-masing. vii. Pemeriksaan dibuat secara teliti melibatkan isi kandungan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Sekiranya terdapat kelemahan dalam penulisan RPH, sila catat dalam Rekod Semakan Mingguan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran (Lampiran A3). Catatan tersebut dihantar kepada guru berkenaan melalui Memo Semakan Rekod Pengajaran

Pemantauan Kurikulum Berkualiti

dan Pembelajaran (Lampiran A4). Salinan memo tersebut (Lampiran A4) disimpan di dalam fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran. viii.Sekiranya, ada guru yang tidak menghantar RPP tanpa sebab, sila catat dalam Rekod Semakan Mingguan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran (Lampiran A3). Sediakan Memo Semakan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran (Lampiran A4) dalam empat salinan, iaitu kepada guru berkenaan, simpanan fail dan kepada Timbalan Pengetua I dan Pengetua. ix. Sekiranya guru berkenaan masih tidak menghantar RPP untuk semakan selepas memo yang ketiga, Pengetua perlu mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada guru berkenaan dan satu salinan surat tersebut dihantar ke Lembaga Pengarah Sekolah Kiblah x. Hasil pemantauan pemeriksaan RPP dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan sekolah mesyuarat guru, mesyuarat jawatankuasa induk kurikulum, dan mesyuarat panitia. xi. Minit mesyuarat pengurusan sekolah/ mesyuarat guru/ mesyuarat jawatankuasa kurikulum/mesyuarat panitia tentang hasil pencerapan dikemukakan apabila pemantauan dibuat Lembaga Pengarah Sekolah Kiblah. xii. RPP Pengetua, pihak pengurusan sekolah yang lain dan guru-guru akan disemak semasa pemantauan dibuat oleh Lembaga Pengarah Sekolah Kiblah. II Pemantauan Pembelajaran & Pengajaran (Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran) Jadual pencerapan perlu disediakan pada awal tahun (lihat contoh di Lampiran B1). Pastikan setiap guru telah dicerap sekurang-kurangnya sekali sehingga bulan Mei. ii. Setiap guru dicerap sekurang-kurangnya dua kali setahun. iii. Pencerapan perlu dibuat sepenuhnya sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran (mengikut SPI Bil 3/1987). Gunakan Borang Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran (Lampiran B2). iv. Sila isi butiran pencerapan di ruangan Catatan Penyeliaan di dalam RPP guru berkenaan. v. Isi Borang Pencerapan (Lampiran B2) selengkapnya (termasuk ruangan catatan) dan ditandatangani. Hasil pencerapan dibincangkan dengan guru berkenaan dan satu salinan Borang Pencerapan (Lampiran B2) diserahkan kepada guru berkenaan untuk dikokotkan/ disimpan di dalam RPP guru tersebut. vi. Empat salinan Borang Standard 4 (Lampiran B2) disediakan dan disimpan di dalam fail Pemantauan Pembelajaran & Pengajaran, satu salinan kepada Pengetua dan satu kepada satu Timbalan Pengetua I dan satu KJ KBSM/ KJ MKSK. vii. Dapatan pencerapan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan sekolah, mesyuarat guru, mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum dan mesyuarat panitia. viii.Minit mesyuarat pengurusan sekolah/ mesyuarat guru/ mesyuarat jawatankuasa induk kurikulum/ mesyuarat panitia tentang hasil pencerapan dikemukakan apabila pemantauan dibuat oleh Lembaga Pengarah Sekolah Kiblah. i.

Pemantauan Kurikulum Berkualiti

III Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid i. Jadual Agihan Semakan Kekerapan Latihan Murid disediakan pada awal tahun (lihat contoh di Lampiran C1) ii. Semakan buku latihan murid hendaklah mengambil kira kontrak latihan murid yang telah diputuskan dalam mesyuarat panitia. Guru perlu menyerahkan salinan Borang Kontrak Latihan Murid (Lampiran G) semasa menyerahkan buku latihan murid untuk semakan. iii. Guru menyerahkan semua buku latihan murid kepada penilai. Pihak penilai memilih sekurang-kurang lima buah buku bagi setiap jenis latihan untuk dipantau. iv. Dapatan pemantauan diisi dalam borang Rekod Semakan Kekerapan Latihan Murid selengkapnya Lampiran C2 (termasuk ruangan catatan/ ulasan penilai) dan ditandatangani. v. Lima salinan Borang Semakan Kekerapan Latihan Murid disediakan. Satu salinan Borang Semakan Kekerapan Latihan Murid (Lampiran C2) disimpan di dalam fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid, satu untuk Pengetua, Timbalan Pengetua I, KJ KBSM/ KJ MKSK dan guru mata pelajaran. vi. Hasil pemantauan dibincangkan dengan guru berkenaan. vii. Dapatan pemantauan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan sekolah, mesyuarat guru, mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum, dan mesyuarat panitia. viii. Minit mesyuarat pengurusan sekolah/ mesyuarat jawatankuasa kurikulum/ mesyuarat guru/ mesyuarat panitia tentang hasil pemantauan dikemukakan apabila pemantauan dibuat oleh Lembaga Pengarah Sekolah Kiblah. IV Pemantauan Prestasi Pelajar i. Jadual Agihan Pemantauan Prestasi Pelajar disediakan pada awal tahun (lihat contoh di Lampiran D1). Jadual agihan dibuat berdasarkan kumpulan prestasi pelajar dalam head count. Keutamaan diberikan kepada kelas peperiksaan. Sekiranya mampu, pihak sekolah boleh melantik guru-guru lain memantau prestasi pelajar kelas bukan peperiksaan (dicadangkan guru usrah diberikan tanggungjawab berkenaan). Walau bagaimanapun borang prestasi pelajar kelas bukan peperiksaan tidak perlu dimasukkan ke dalam fail. Pihak pengurusan memantau kumpulan murid yang sama sepanjang tahun. Semua maklumat, laporan, tindakan yang diambil, kehadiran murid dan tandatangan murid diisi dalam borang Rekod Bimbingan Prestasi Pelajar (Lampiran D2). Kepilkan Borang Maklumat Prestasi Pelajar (borang head count 4) bersama Lampiran D2 dan failkan serta serahkan salinan kepada Pengetua, Timbalan Pengetua I dan Ketua Jabatan. Dapatan pemantauan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan sekolah, mesyuarat guru, mesyuarat jawatankuasa induk kurikulum, dan mesyuarat panitia. Minit mesyuarat pengurusan sekolah/ mesyuarat jawatankuasa induk kurikulum/ mesyuarat guru/ mesyuarat panitia tentang hasil pemantauan dikemukakan apabila pemantauan dibuat oleh Lembaga Pengarah Sekolah Kiblah.
6

ii. iii. iv.

v. vi.

Pemantauan Kurikulum Berkualiti

V Pemantauan Pengurusan Bilik Darjah i. Jadual Agihan Tugas Pemantauan Pengurusan Bilik Darjah disediakan pada awal tahun (lihat contoh di Lampiran E1). Pemantauan ini melibatkan pihak pengurusan sekolah, bukan guru bertugas. Hasil dapatan diisi di dalam borang Rekod Pemantauan Pengurusan Bilik Darjah (Lampiran E2) Hasil dapatan (Lampiran E2) diserahkan kepada Pengetua, Timbalan Pengetua I, Ketua Jabatan dan guru tingkatan untuk diambil tindakan. Dapatan pemantauan dibincangkan dalam mesyuarat guru/ perjumpaan mingguan/ perjumpaan bulanan. Minit mesyuarat guru/ catatan perjumpaan mingguan/ catatan perjumpaan bulanan tentang hasil pemantauan Pengurusan Bilik Darjah dikemukakan apabila pemantauan dibuat oleh Lembaga Pengarah Sekolah Kiblah. Semua borang pemantauan kecuali Borang : Pembelajaran dan Pengajaran (Lampiran B2) boleh diubah suai tanpa menggugurkan maklumat yang diperlukan. Walau bagaimanapun label LAMPIRAN perlu diletakkan di penjuru kanan atas setiap borang.

ii. iii. iv. v.

Potrebbero piacerti anche