Sei sulla pagina 1di 27

1.

PENGENALAN Kertas kerja ialah hasil usaha mengenai sesuatu yang ditulis atau dicatatkan di dalam kertas untuk dibentangkan kepada orang ramai atau kumpulan dalam seminar atau bengkel. Penulisan kertas kerja dibuat bagi mencadangkan program ataupun projek yang ingin dijalankan sekali gus memberikan maklumat sebagai memenuhi arahan ataupun permintaan daripada pelbagai pihak. Contohnya, kertas kerja yang disediakan bagi memohon peruntukan daripada pihak atasan dan sebagai prasyarat memohon pinjaman daripada bank serta dana usahawan. Justeru, penulisan kertas kerja tidak boleh dilakukan tanpa sebarang perancangan apatah lagi sambil lewa. Bagi menghasilkan satu kertas kerja yang berkualiti, seseorang itu perlu untuk mengetahui aspek- aspek yang perlu dimuatkan dan juga mematuhi segala garis panduan yang sedia ada. Kertas kerja yang berkualiti bukan sahaja Berjaya memuaskan hati seseorang tetapi yang paling penting ialah ia berupaya menyakinkan pembaca sasaran.

1.2

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk pelajar: 1.1.1 mengumpul dan membuat pemerhatian maklumat daripada pelbagai bahan tentang kertas kerja projek 1.1.2 hasilkan panduan penulisan kertas kerja projek 1.1.3 hasilkan satu kertas kerja projek berkaitan bahasa Melayu

1.3

KAEDAH KAJIAN Saya telah menggunakan kaedah perpustakaan iaitu membuat rujukan melalui pusat sumber, internet dan buku rujukan tentang penulisan kertas kerja projek yang baik. Saya juga telah menggunakan kaedah perbincangan

kumpulan. Kami telah berkumpul untuk berbincang antara satu sama lain tentang cara- cara membuat kertas kerja projek. Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah merujuk. Saya akan merujuk kepada pensyarah sekiranya saya tidak tahu cara-cara membuat kerja kertas projek. 1.4 BATASAN KAJIIAN Kajian ini hanya terbatas kepada penulisan kertas kerja projek Bahasa Melayu, iaitu konsep dan panduan penulisan kertas kerja projek serta menghasilkan satu kertas kerja projek yang berkenaan dengan Bahasa Melayu dan projek ini hanya boleh dijalankan di sekolah

1.5

DEFINISI OPERASIONAL Menurut Nuraini Yusoff(1991:99), kertas kerja bermaksud hasil usaha mengenal sesuatu yang ditulis atau dicatatkan di dalam kertas untuk dibentangkan kepada orang ramai atau kumpulan dalam seminar atau bengkel. Manakala Abdull Sukor Shaari, Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff dan Mohd Isha Awang(2003: 133), kertas kerja bermaksud hasil tulisan untuk dibentangkan kepada khalayak. Manakala Maimunah Haji Omar(1993:27) mengatakan kertas kerja merupakan sebahagian daripada bentuk penulisan ilmiah. Kertas kerja(working paper) biasanya ditulis untuk dibentangkan sama ada dalam persidangan, seminar atau bengkel.

2.1

KONSEP KERTAS KERJA PROJEK Menurut Nuraini Yusoff(1991:99) mengatakan kertas ialah bahan untuk menulis

atau mencatatkan sesuatu perkara. Manakala kerja bermaksud kegiatan yang bertujuan menghasilkan atau menyediakan sesuatu. Oleh itu, kertas kerja bermaksud hasil usaha mengenal sesuatu yang ditulis atau dicatatkan di dalam kertas untuk dibentangkan kepada orang ramai atau kumpulan dalam seminar atau bengkel. Kertas kerja bukan sahaja disediakan untuk dibentangkan dalam sesuatu majlis seminar atau bengkel, tetapi juga dalam urusan-urusan lain. Ini termasuklah dalam perancangan sesuatu projek, kajian dan sebagainya oleh sesuatu jabatan, syarikat dan lain-lainnya. Kertas kerja perlulah diserahkan terlebih dahulu untuk disemak dengan teliti bagi menentukan cadangan-cadangan yang disebutkan di dalamnya boleh diluluskan atau sebaliknya. Oleh itu, kertas kerja haruslah disediakan dengan baik dan rapi, terutamanya bagi projek-projek yang memerlukan perbelanjaan yang besar. Penyediaan kertas kerja adalah bergantung kepada siapa kertas kerja itu mahu ditujukan. Misalnya, kertas kerja untuk dibentangkan dalam sesuatu ceramah dengan kertas kerja untuk membentangkan sesuatu projek atau kajian, perlu diberi penekanan yang berlainan. . Manakala menurut Maimunah Haji Omar(1993:27) mengatakan kertas kerja

merupakan sebahagian daripada bentuk penulisan ilmiah. Kertas kerja(working paper) biasanya ditulis untuk dibentangkan sama ada dalam persidangan, seminar atau bengkel. Oleh kerana tidak ada proses referring (kecuali dalam persidanganpersidangan antarabangsa), mutu penulisan ini tidak boleh ditetapkan sebelum ditetapkan. Selain itu, Abdull Sukor Shaari, Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff dan Mohd Isha Awang(2003: 133) mengatakan bahawa kertas kerja bermaksud hasil tulisan untuk dibentangkan kepada khalayak. Khalayak ini boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan. Kertas kerja perlu diserahkan terlebih dahulu untuk disemak dengan teliti bagi menentukan cadangan- cadangan yang disebutkan di dalamnya boleh diluluskan

ataupun sebaliknya. Oleh itu, kertas kerja haruslah disediakan dengan baik dan rapi, terutamanya bagi projek- projek yang memerlukan perbelanjaan yang besar.

2.1

PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA PROJEK Kertas kerja projek merupakan hasil usaha sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepada pihak atasan seperti guru besar, pengetua atau majikan untuk mendapatkan kelulusan untuk dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja perlulah dilakukan dengan cermat. Berikut adalah panduan umum penulisan kertas kerja projek:

2.2.1

Tajuk Tajuk sesuatu kertas kerja bergantung kepada tujuan kertas kerja dibuat dan hendaklah meliputi segala idea utama yang hendak disampaikan. Tajuk kertas kerja perlu ringkas, sebaik-baiknya tidak melebihi 15 patah perkataan.

2.2.2

Rasional/ Abstrak Rasional atau abstrak ialah ringkasan tujuan dan kandungan kertas kerja dibuat. Rasional tidak perlu ditulis terlalu panjang, memandai sekadar antara 100 hingga 150 patah perkataan.

2.2.3

Objektif Objektif ialah matlamat atau tujuan penulis menulis kertas kerja. Objektif lebih merupakan idea penulis dan menentukan daya menarik kepada audien untuk mendengar atau menilai isi kandungan kertas kerja tersebut. Objektif ditulis dalam bentuk pecahan yang menggunakan nombor seperti 1.1.1, 1.1.2, 1.1.3 dan seterusnya.

2.2.4

Jangka Masa

Jangka masa yang diperlukan dalam melaksanakan projek tersebut, contohnya satu jam sehari ataupun seminggu. 2.2.5 Kumpulan Sasaran Audien adalah khalayak langsung dan serta merta. Sasaran terdiri daripada khalayak langsung dan pembaca umum kertas kerja tertentu. Pertimbangan sewajarnya perlu diambil terhadap kedua-dua kumpulan sasaran sebelum menulis kertas kerja berkenaan. 2.2.6 Andaian-Andaian Halangan yang Mungkin Timbul Sewaktu menghasilkan kertas kerja penulis juga perlu memikirkan halangan-halangan yang mungkin timbul semasa menghasilkan kertas kerja atau penerimaan audien terhadap hasil kertas kerja. Penulis perlulah fleksibel dalam menghasilkan kertas kerja, hal ini kerana jika hasil kertas kerja yang tidak memuaskan hati audien maka kertas kerja tersebut perlulah dibaiki agar dapat diterima oleh semua. 2.2.7 Sumber Kewangan/Perbelanjaan Kewangan merupakan titik tolak penerimaan atau penolakan sesuatu kertas kerja. Hal ini, sesuatu kertas kerja yang dihasilkan perlulah relevan dengan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang dijalankan perlulah dilakukan mengikut piawaian yang diperuntukan. Jika mendapat sumbangan perlulah dinyatakan dengan tepat serta terperinci agar tiada hal-hal yang dibangkitkan kemudian hari. Fahami dengan jelas implikasi kewangan yang terlibat dalam kertas kerja anda. Cadangkan perkara yang melibatkan kos yang efektif dan efisien.

2.2.8

Penubuhan Jawatankuasa Kertas kerja yang berjaya dihasilkan oleh kumpulan yang bekerjasama. Oleh itu, ahli jawatankuasa perlulah ditubuhkan untuk melancarkan

penghasilan keberkesanan sesuatu kertas kerja tersebut. Perlantikan ahli jawatankuasa perlulah dilaksanakan daripada hierarki tertinggi hingga jawatan yang terkecil. Hal ini, kerana setiap jawatan dapat memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ia mesti dimulakan dengan jawatan tertinggi seperti penaung, penasihat, pengerusi, naib pengerusi, setiausaha dan seterusnya. 2.2.9 Menentukan Jadual Tugas Setiap pembentangan kertas kerja akan ada senarai atau jadual tugas yang dirangka untuk memudahkan perlaksanaan projek yang dirancang. Oleh itu jadual yang hendak disusun perlulah dilakukan dengan sisitematik agar perlaksanaan berjalan dengan lancar. Disamping itu, penentuan kertas kerja juga dapat mengagihkan tugasan kertas kerja dan semua pihak bertanggungjawab dalam tugas masing-masing. 2.2.10 Perlaksanaan Kertas kerja yang baik perlu menyatakan cara-cara perlaksanaan (modus operandi) yang efisien dapat memaksimumkan pencapaian objektif yang hendak dicapai. Perlaksanaan yang cekap perlulah dilakukan dengan sistematik dengan itu tercapailah matlamat yang hendak dilaksanakan. 2.2.11 Cara menaip Dalam penulisan kertas kerja, sebaik- baiknya digunakan kertas taip berukuran A4. Tinggalkan jarak anggaran satu setengah inci di sebelah tepi kiri kertas taip itu. Jarakkan satu inci di bahagian tepi sebelah kanan dan juga di bahagian atas dan bawah.

Objektif/ Menentukan Jadual Tugasan matlamat


Penubuhan jawatankuasa

Pelaksana an
Penulisan Kertas Kerja projek

Kewangan

AndaianAndaian Halangan

Tajuk

Rasional

Jangkamasa yang diperlukan

Kumpula n sasaran

KERTAS KERJA
Program Minggu Bahasa Melayu 2011

TARIKH 04 sehingga 09 Oktober 2011 TEMPAT Sekolah Menengah St. Michael, Penampang,Sabah ANJURAN Panitia Bahasa Melayu

TEMA (Bahasa Jiwa Bangsa)

KERTAS KERJA

Program Minggu Bahasa Melayu 2011


Panatia Bahasa Melayu Sekolah Menengah St. Michael,Penampang,Sabah 1.0 TUJUAN Kertas kerja cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan pihak penganjur untuk membantu dari segi sokongan dan bantuan dalam menjayakan pogram untuk kemajuan akademik para pelajar dari segi bahasa.

2.0

PENGENALAN / LATAR BELAKANG Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yag termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mncerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan, dan pekerjaaan, maka Kelab Bahasa Melayu dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Menengah St. Michael menganjurkan Minggu Bahasa Melayu 2011.

3.0

RASIONAL Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya pelajar-pelajar agar lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan cinta akan bahasa kebangsaan.

4.0

MATLAMAT Minggu Bahasa Melayu membimbing dan mempertingkat pengetahuan tentang aspek budaya sesuatu bahasa terutamanya dari segi kesantunan dan kepersisan bahasa.

5.0

OBJEKTIF

5.1 Mendedahkan keunikan bahasa Melayu dari pelbagai aspek 5.2 Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan bahasa Melayu. 5.3 Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai bahasa Melayu. 5.4 Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, dan semangat patriik bertunjangkan bahasa Melayu.

6.0

TEMA Bahasa Jiwa Bangsa

7.0

ANJURAN Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Menengah St. Michael

8.0

TARIKH DAN MASA Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 04 sehingga 09 Oktober 2011 Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang. 9.0 TEMPAT PROGRAM Tempat program yang dicadangkan ialah Sekolah Menengah St. Michael, Penampang

10.0

KUMPULAN SASARAN Pelajar- pelajar Sekolah Menengah St. Michael

10

11.0

CADANGAN PERASMI i. Perasmian Pembukaan Tn. Hj. Zolkaply bin Yunus, Pengetua Sekolah Menengah St. Michael

12.0

STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A

13.0

TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B

14.0

SENARAI TUGAS Rujuk Lampiran C

15.0

BELANJAWAN Rujuk Lampiran D

16.0

CADANGAN BANNER Rujuk Lampiran E

17.0

SYOR / PENUTUP Segala program yang dirancang adala untuk mencapai objektif yang tela digarisi. Semoga semua perancangan yang tlah diatur mendapat pertimbangan dan kellusan daripada pihak tuan.

Disediakan oleh . (ZAWIYAH BINTI MOHD) Ketua Panitia Bahasa Melayu SM.St. Michael, Penampang

11

Disahkan dan diluluskan oleh: . (HJ.ZOLKAPLY BIN YUNUS) Pengetua SM.St. Michael, Penampang

Catatan Kelulusan Saya dengan ini meluluskan/tidak meluluskan pelaksanaan program . Dilaksanakan dengan perbelanjaan sebanyak RM (Ringgit sahaja).

Catatan :

Tandatangan/Cop :

Tarikh :

12

LAMPIRAN A STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU Pengerusi Tuan Haji Zolkaphy Bin Yunus Pengetua SMK St. Michael Naib Pengerusi Pn. Hjh Kamariah Bt Hj. Othman Guru Penolong Kanan 1 SMK St. Michael Penyelaras Puan Lalifah bt. Hassan Guru Kanan Mata Pelajaran (Bahasa) SMK St. Michael Setiausaha Puan Zawiyah Binti Mohd Ketua Panitia Bahasa Melayu SMK St. Michael Penolong Setiausaha Puan Roshaya Bt. Mohamed Sohor Bendahari Pn. Jamaliah Bt.Karim

AJK Perasmian & Persembahan

: En. Muhammad Izuan B. Rejab : Pn. Duzaimah Bt. Kamarudin

AJK Banner & Brosur

: Pn. Punitha A/P Rajinram : Pn. Zaida Bt. Mat Yasin

AJK Perakam & Dokumentasi

: En. Abdul Kadir B. Idris : Cik Koh Siok Len

AJK Juruacara Majlis AJK Bacaan Doa AJK PA sistem

: Pn. Jamaliah Bt. Karim : Ustaz Razak Bin Baba : En Zakaria B. Ahmad

13

LAMPIRAN B PELAKSANAAN PROGRAM 04 OKTOBER 2011 (ISNIN) MASA PROGRAM TEMPAT GURU YANG TERLIBAT

Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu Deklamasi Sajak & Nyanyian Lagu Pusi Persembahan Koir & Pidato 7.20 pagi [ Sesi Pagi ] Pertandingan Mengarang Esei [ Blog Panatia BM ] Sepanjang Minggu Bahasa Melayu 12.35 petang Dataran perhimpunan

AJK Terlibat

Pertandingan Nyanyian (sesi pagi)

Bilik Tayang

AJK Terlibat

Perhimpunan murid petang - Kuiz peribahasa 12.00 tghr - Pertandingan Shahibba (sesi petang) Dewan Mutahr AJK Terlibat

14

05 OKTOBER 2011 (SELASA)

MASA

PROGRAM

TEMPAT

GURU YANG TERLIBAT

Bersama deejay radio anda 7.20 pagi Kuiz peribahasa [sesi pagi]

Bilik siaraya AJK Terlibat Tapak perhimpunana

Program kecemerlangan BM SPM: 12.00 petang Kumpulan Cemerlanag Kumpulan Galus Dewan sekolah Bilik tayang AJK Terlibat

Perhimpunan murid petang - Kuiz peribahasa 12.00 tghr - Pertandingan Shahibba (sesi petang) Pusat Sumber Sekolah Dewan Mutahr AJK Terlibat

15

06 OKTOBER 2011 (RABU)

MASA

PROGRAM

TEMPAT

GURU YANG TERLIBAT

Bersama Deejay Radio Anda 7.20 pagi Kuiz Peribahasa [Sesi Pagi]

Bilik siaraya AJK Terlibat Tapak perhimpunana

12.00 tengah hari

Pertandingan Deklamasi Sajak(sesi pagi)

Dewan sekolah

AJK Terlibat

- Kembara bahasa (sesi petang) 12.00 tengah hari -Kuiz peribahasa (sesi ptang) Dewan Mutahir Kawasan sekolah AJK Terlibat

16

07 OKTOBER 2011 (KHAMIS)

MASA

PROGRAM

TEMPAT

GURU YANG TERLIBAT

Bersama Deejay Radio Anda 7.20 pagi Kuiz Peribahasa [Sesi Pagi]

Bilik siaraya AJK Terlibat Tapak perhimpunana

- Kembara bahasa (sesi petang) 12.00 tengah hari -Kuiz peribahasa (sesi ptang) Dewan Mutahr Kawasan sekolah AJK Terlibat

17

08 OKTOBER 2011 (JUMAAT)

MASA

PROGRAM

TEMPAT

GURU YANG TERLIBAT

Bersama Deejay Radio Anda 7.20 pagi Kuiz Peribahasa [Sesi Pagi]

Bilik siaraya AJK Terlibat Tapak perhimpunana

- Kembara bahasa (sesi petang) 12.00 tengah hari -Kuiz peribahasa (sesi ptang) Dewan Sekolah Kawasan sekolah AJK Terlibat

18

LAMPIRAN C

SENARAI TUGAS AJK BROSUR DAN BANNER: 1) Menyediakan banner Minggu Bahasa Melayu 2) Menyediakan brosur Minggu Bahasa Melayu. 3) Mengedarkan brosur pada hari pelancaran AJK PERAKAM & DOKUMENTASI 1) Mengambil gambar sepanjang Minggu Bahasa Melayu 2) Merakamkan peritiwa di blog sekolah 3) Membuat dokumentasi. AJK JURUACARA MAJLIS 1) Melantik dan membimbing pelajar menjalankan majlis perasmian. 2) Memantau perjalanan majlis supaya berjalan lancar. AJK BACAAN DOA 1) Membaca doa ketika majls pelancaran dan penutupan Minggu Bahasa Melayu. AJK PERSEMBAHAN 1) Melatih pelajar untuk acara yang bersesuian untk persembahan perasmian Minggu Bahasa Melayu.

19

Senarai nama guru yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti yang dirancang : Pertandingan Bercerita (sesi petang sahaja) Pertandingan Sahibba (sesi petang sahaja) Pertandingan mendeklamasi sajak (sesi pagi) : Pn Siti Aisyah binti Ahmad

: En Zahari bin Jason

: En. Mohd Saiful bin Izuan

Pertandingan mencipta dan mendeklamasi sajak : Cik Anis Yunaha (sesi petang) Kembara bahasa Cari Salah Saya (sesi pagi) Kembara bahasa Cari Salah Saya (sesi petang) Pertandingan kuiz peribahasa (sesi pagi) : Pn Jamaliah binti Juanis : Cik Ezryn Fasya : En Ahmad Faez bin Nordin : Cik Elisya Calista : Pn Lyn De Ungria : Cik Viviana Richard

Bersama Deejay Radio & Aktiviti Blog : Cik Rinie Viera Callist (Pertandingan Mengarang Esei Blog Panatia BM) : Pn Zawiyah Bt Mohd Pertandingan Nyanyian Lagu (sesi pagi& petang) : En Zakaria bin Hadi : En Rarjit Munar

20

LAMPIRAN D

BELANJAWAN Anggaran Perbelanjaan BIL 1. Publisiti o Banner Hadiah Alat tulis & pelbagai bahan * boleh masukkan lain-perbelanjaan jika berkaitan JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN Perincian anggaran belajawan untuk hadiah pertandingan: BILANGAN 1. PERTANDINGAN PERTANDINGAN BERCERITA: Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga Sagu hati Sagu hati Jumlah = RM36.00 RRM15.00 RM10.00 RM5.00 RM3.00 RM3.00 880.00 PERKARA RM

(RM 80 x 1 helai)

80.00 750.00 50.00

2. 3.

2.

PERTANDINGAN SHAHIBBA: Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga Sagu hati Sagu hati Jumlah = RM36.00 RRM15.00 RM10.00 RM5.00 RM3.00 RM3.00

21

3.

PERTANDINGAN MENCIPTA & MENDEKLAMASI SAJAK: Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga Sagu hati Sagu hati RRM15.00 RM10.00 RM5.00 RM3.00 RM3.00

Jumlah = RM36.00 X 2 = RM 72.00 4. KEMBARA BAHASA: Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga Sagu hati Sagu hati RRM15.00 RM10.00 RM5.00 RM3.00 RM3.00

Jumlah = RM36.00 X 2 = RM72.00 5. PERTANDINGAN KUIZ PERIBAHASA: 5 soalan kuiz sehari x 5 hari = 25 25 x RM 3.00 =RM75.00 X 2 sesi = RM150.00

6.

PERTANDINGAN NYANYIAN: Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga Sagu hati Sagu hati RRM15.00 RM10.00 RM5.00 RM5.00 RM5.00

Jumlah = RM55.00 X 2 sesi = RM110.00 7. PERTANDINGAN MENGARANG ESEI: Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga Sagu hati Sagu hati Jumlah = RM36.00 RRM15.00 RM10.00 RM5.00 RM3.00 RM3.00

22

23

LAMPIRAN E

MINGGU BAHASA MELAYU


04 09 0KTOBER 2011

BAHASA BANGSA JIWA


Cadangan Banner

24

Kesimpulan

Secara konklusinya, kertas kerja merupakan sebahagian daripada bentuk penulisan ilmiah. Kertas kerja ialah hasil usaha mengenal sesuatu yang ditulis atau dicatatkan di dalam kertas untuk dibentangkan kepada orang ramai atau kumpulan dalam seminar atau bengkel. Tujuan kertas kerja ini adalah bagi mencadangkan program atau projek yang ingin dijalankan sekaligus memberikan maklumat perniagaan bagi memenuhi permintaan daripada pelbagai pihak. Kertas kerja perlu diserahkan terlebih dahulu untuk disemak dengan teliti bagi menentukan cadangan- cadangan yang disebutkan di dalamnya boleh diluluskan ataupun sebaliknya. Oleh itu, kertas kerja haruslah disediakan dengan baik dan rapi. Untuk menghasilkan satu kerja yang baik dan rapi, seseorang itu perlu mengikuti garis panduan penulisan kertas kerja. Sesebuah kertas kerja yang baik dan rapi mempunyai sepuluh ciri. Sepuluh ciri tersebut ialah tajuk, latar belakang, objektif, jangka masa yang diperlukan, kumpulan sasaran, andaian- anaian halangan, anggaran belanjawan, penubuhan jawatankuasa, menetukan jadual tugas dan pelaksanaan. Oleh itu, sebagai seorang bakal pendidik seharusya mempunyai pengetahuan tentang penulisan kertas kerja projek. Hal ini kerana pengetahuan ini amat berguna pada masa akan datang. Sudah pasti seorang pendidik akan disuruh menjalankan satu projek. Tetapi sebelum projek itu dapat dijalankan, pendidik itu perlu menyediakan satu kertas kerja. Sekiranya pendidik itu mempunyai pengetahuan tentang garis panduan penulisan kertas kerja projek, pendidik itu dapat mengaplikasikan penggunaan bahasa penulisan kertas kerja projek bagi menghasilkan kertas kerja projek.

25

Rujukan
Bahan buku Ahmad Fadzli Yusof, A. Razak A. Muthalib, 2007. Resipi Kejayaan untuk Bendahari, Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn Bhd

Abdull Sukor Shaari, Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang, 2010. Bahasa Melayu Komunikasi. PTS Publication & Distributor Sdn Bhd

Goh Ying Soon, Wan Mohd Nazif Wan Mohd Nori, 2006. Kemahiran Menulis. Kuala Lumpur: BS print(M) Sdn Bhd.

Maimunah Haji Omar. 1995. Panduan Pengendalian Seminar & Penulisan Kertas Kerja. Selangor: Machemar Printer Sdn Bhd

Nuraini Yusoff, 2010. Penulisan Berformat, Kuala Lumpur: Pustaka Pertiwi Sdn Bhd

Shahrul N.R, Amin Hazya, 2008. Aneka Contoh Kertas Kerja Pengurusan. Selangor: Penerbit AL FATAH

Bahan bukan buku Kertas Kerja Projek. Dipetik pada 15 Ogos 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/62407656/bm1-sem-3 Kertas Kerja Minggu Bahasa Melayu. Dipetik pada 18 Ogos 2011 daripada http://panbmsmktunmutahir.blogspot.com/2011/03/kertas-kerja-minggu-bahasamelayu 2011.html kertas kerja bulan bahasa melayu. Dipetik pada 20 ogos 2011 daripada http://www.slideshare.net/kheru2006/kertas-kerja-mpp-bulan-bahasa

26

Format Kertas Kerja. Dipetik pada 26 Ogos 2011 daripada https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:rOR4CAVpmlQJ:www.ukm.my/izish/file% 2520tools/projek/PPP%2520Contoh%2520kertas%2520kerja%2520program%2520pela jar%255B1%255D.doc+kertas+kerja+minggu+bahasa+melayu&hl=en&gl=my&pid=bl&s rcid=ADGEESh4i2Emhwfkktu3dPZMYCTCkybWT6chsZkrCBiKx7R9tUNBvXExo2dK1C UNytHNe5pWlZBzO0rLnav7R4-uSlc_16VhR8JHi_5WXOQZyZC8GgNUmBaTJKxyqRl5Qts1hC3xdv&sig=AHIEtbQ6JjHQ3qPF0hLxEznSrPHtwW2nYg

27

Potrebbero piacerti anche