Sei sulla pagina 1di 28

OLEH: NOR FAZILA SEMAN NOR AZIZAH AHMAD NORATIQAH AYOB NUR SAKINAH JONIT

Kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli masyarakat. (Ralp Linton, 1945) Menurut Chang Lee Hoon, 2004: Kepelbagaian bahasa, etnik, agama, budaya, fizikal, gender, bakat dan kebolehan adalah realiti masyarakat Malaysia. Ini boleh menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warganya untuk hidup bersama dan bersatu ke arah kehidupan yang harmoni dan sejahtera..

Pembangunan pendidikan di Malaysia pada awalnya tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi negara Tumpuan harus diberikan kepada masyarakat orang Asli, indigenious dan pendalaman: agak ketinggalan dalam arus perdana sistem pendidikan negara.

Komunikasi

Mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar

Merancang strategik P&P yang sesuai

Meneroka latar belakang murid

Strategi mewujudkan kurikulum yang mesra budaya

Merancang penaksiran mesra budaya

Memahami adat resam murid

Menyediakan infrastruktur dan latihan-latihan sesuai

Kerajaan : Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) RIMUP (RANCANGAN INTEGRASI MURID UNK PERPADUAN)

Tindakan pihak sekolah dalam menyemai perpaduan dlm kalangan murid sekolah rendah
Pelan 5 tahun JPN & Integrasi Menghapuskan Nasional amalan dengan Malalui amalan rasisme dan kerjasama rukun negara bersifat KPM, KBS, perkauman KPT & NGO: terapkan nilai perpaduan

KPM berusaha untuk mendemokrasikan pendidikan bagi merapatkan jurang dalam kalangan masyarakat berbilang etnik, budaya dan sosio ekonomi di negara ini. Daripada Mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, KPM sentiasa mengambil langkah ke hadapan bagi memastikan tidak ada murid yang akan ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan pendidikan di negara ini. Dalam konteks pembelajaran anak-anak Orang Asli, kementerian memberikan penekanan dan fokus kepada keperluan mendefinisikan semula persekolahan mereka untuk membantu agar mereka tidak terus tercicir dalam pendidikan dan merapatkan jurang pendidikan antara murid di kawasan bandar dan luar bandar.

 Perancangan

pelan ini dibuat bersama oleh JHEOA dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

OBJEKTIF

Menyediakan program/aktiviti khusus dan keperluan peruntukan di kawasan pinggir.

Iklim Sekolah yang Kondusif dan Mesra Budaya

Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.

Faktor-faktor iklim sekolah turut membantu mewujudkan sekolah yang berkesan

HUBUNGAN MURID-GURU
`

` `

Melibatkan interaksi sosial antara guru dengan murid berlaku secara berterusan di dalam dan di luar bilik darjah. Guru juga perlu bijak melayan murid. Sikap pelajar yang positif, bermaksud keperibadian yang baik yang ditunjukkan oleh pelajar sama ada semasa berada di sekolah atau luar kawasan sekolah. Sekiranya pelajar mempunyai sikap positif ini, mereka boleh menguruskan sesuatu kerja dengan bebas dan boleh berdikari tanpa perlu dipaksa. Guru-guru hanya perlu memantau tingkah laku pelajar tersebut dan hanya perlu menegur tanpa perlu mengambil tindakan yang berat.

Pelajar-pelajar perlu dilatih supaya sentiasa berakhlak mulia, menghormati guru, sedia memberi bantuan kepada guru apabila diminta, sentiasa berbincang dengan guru apabila menghadapi kesukaran dalam pelajaran, menjaga kebersihan diri, menjaga bilik darjah dan kawasan persekitaran sekolah, dan kurang menghadapi masalah disiplin di dalam atau luar kawasan sekolah.

Shahril (1997) yang mendapati iklim sekolah yang berkesan terhasil apabila suasana sekolah aman, cantik, selamat dan cukup ruang untuk belajar. Bangunan sekolah dijaga dengan baik dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas. Selain itu, mengadakan kempen sekolahku rumahku yang dicakna oleh KPM.

Dengan aktiviti sebegini, pihak sekolah bukan sahaja berjaya mengekalkan tahap keceriaan kawasan tersebut, bahkan berjaya mewujudkan semangat kerjasama dan tolong menolong di kalangan warga sekolah. Ini dapat membantu pelajar memperoleh pencapaian yang cemerlang dan guru-guru serta kakitangan lain akan turut merasa keseronokan dan kepuasan bekerja di sekolah berkesan ini.

Guru besar mengamalkan komunikasi terbuka di dalam pergaulan dengan guru dan pelajar. Sikap guru besar yang mudah bergaul akan memudahkan setiap warga sekolah berani untuk berbincang tentang apa jua masalah. Kewujudan suasana sebegini akan mengurangkan rasa tekanan dan akan membantu meningkatkan motivasi.

Apa yang lebih penting lagi ialah seseorang pengetua itu mampu bertindak sebagai model terbaik kepada guru dan pelajar. Keterbukaan komunikasi oleh guru besar ini akan menghilangkan rasa ketidakpuasaan hati di kalangan guru atau pelajar. Keadaan ini sangat membantu peningkatan motivasi kepada guru untuk melaksanakan tugasan pada tahap yang terbaik dan pelajar pula akan belajar dengan bersungguh-sungguh.

Menurut Rahimah (1998), guru merupakan faktor paling penting dan menjadi tunjang kepada sekolah berkesan kerana guru merupakan juruteknik yang bertanggungjawab terhadap core business of schools, khususnya pembelajaran anak didiknya melalui pengajaran dan bimbingan.

Antara tindakan yang perlu dilakukan oleh guru adalah: 1) Dengan mengadakan perancangan awal untuk menyesuaikan isi pengajaran dan penilaian dengan kebolehan pelajar. 2) Sentiasa memberi panduan kepada para pelajar tentang tindakan yang perlu dilakukan untuk mendapat pencapaian yang baik. 3) Memberi bantuan kepada pelajar yang memerlukannya terutama dalam soal pengajaran dan pembelajaran. 4) Memastikan rancangan pengajarannya sentiasa menarik. 5) Mencabar kemahiran pelajar-pelajar terutamanya kemahiran berfikir.

Ibrahim (1993:78) menegaskan bahawa iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat hubung kait yang rapat antara iklim sekolah dengan kejayaan murid. Sekiranya iklim baik, guru dan murid akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik.

Kesimpulannya, komitmen guru yang tinggi dan ditambah pula dengan kemahiran perguruan akan mewujudkan suasana pembelajaran yang sentiasa bersemangat. Penyelidikan yang dijalankan pula akan menghasilkan idea-idea baru untuk menjadikan sesi pengajaran pembelajaran lebih menarik minat pelajar.

Kumpulan minoriti 141, 230 orang penduduk orang Asli di Malaysia tidak pernah tercicir atau dinafikan dalam arus pembangunan perdana. Bermula RancanganMalaysia ke-7 iaitu ketika pembangunan fizikal masyarakat orang asli diberikan tumpuan sepenuhnya terutama dalam usaha-usaha keselamatan dan mewujudkan integrasi kaum, kumpulan ini semakin mendapat hak dan keistimewaan sesuai dengan kemajuan yang dikecapi negara.

Sepanjang RMK-8 tumpuan pembangunan orang Asli semakin meluas dengan peningkatan peruntukan kerajaan RM303.5 juta berbanding RM148.9juta pada RMK-7. Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Bahagian Perancangan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Objektif pelan ini adalah bertujuan menyediakan keperluan peruntukan di kawasan orang asli. Kumpulan sasar untuk program ini terdiri dari 4 kumpulan iaitu peringkat pra-sekolah (5-6 tahun) , peringkat rendah (7-12 tahun) , peringkat menengah (13-18 tahun) dan peringkat tertiari.

Peringkat pertama peringkat prasekolah, 5-6 tahun, melalui pendidikan formal pra-sekolah; persediaan dari segi emosi dan kemahiran social supaya bersedia menerima perubahan apabila bersekolah kelak. Peringkat kedua peringkat rendah, 7-12 tahun, menyediakan asas kukuh dalam kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira; juga didedahkan aspek kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni dan rekreasi, penerapan nilai-nilai murni khususnya program pra-sekolah dan rendah kepada pembangunan domain kognitif, afektif dan selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Peringkat ketiga peringkat menengah, 13-18 tahun, memberi tumpuan pendidikan komprehensif dan berkualiti kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 12 hingga 17 tahun. Penekanan diberi kepada kemahiran berfikir sevara kritis dan kreatif. Peringkat keempat peringkat tertiari, tumpuan kepada pendidikan tinggi supaya pembangunan minda orang-orang asli menjadi liebih kritis, kreatif dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan Negara dalam persaingan global.

Latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan mereka akan diperkenalkan supaya mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan mendapat peluang-peluang pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Peringkat dewasa masyarakat dianjurkan program kemasyarakatan oleh pertubuhan seperti Penggerak Wanita Orang Asli. Antaranya program kesejahteraan keluarga, latihan-latihan kemahiran dan keusahawanan serta program celik huruf.

Bagi meningkatkan minat orang Asli terhadap pendidikan dan seterusnya mengurangkan penciciran pelajaran, pihak sekolah telah berusaha mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M (menulis, membaca dan mengira) kepada 6M (mata pelajaran luar darjah, rancangan makanan tambahan dan muzik, tarian dan kegiatan kebudayaan.)