Sei sulla pagina 1di 14

SEJARAH LABU SAYONG

Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana juga .

Nyiru
Nyiru diperbuat daripada buluh yang diraut menjadi nipis dan dianyam berbentuk bujur. Bingkainya juga diperbuat daripada buluh. Ia digunakan untuk menampi bijirin. Kegunaannya untuk mengasingkan bijirin daripada hampasnya.

Lekar, Sudip Dan Kepul


Lekar diperbuat daripada lidi yang diraut dan dianyam berbentuk bulat dan berkaki. Ia digunakan sebagai pelapik periuk dan kuali. Manakala sudip diperbuat daripada kayu atau buluh yang berbentuk seperti pendayung sampan tetapi bersaiz kecil. Ia digunakan untuk mengacau makanan yang dimasak. Kepul pula diperbuat daripada tempurung jantan yang telah dilicinkan dan digunakan sebagai penyukat beras.

Tudung Saji
Tudung saji berbentuk seperti kon yang diperbuat daripada buluh. Bagi memperlihatkan kesenian, biasanya tudung saji ini dihias dengan pelbagai corak. Biasanya tudung saji ini digunakan untuk menutup makanan yang dihidang.

Tepak Sirih
Tepak sirih diperbuat daripada tembaga yang direka unik, dilengkapi dengan bekas-bekas kecil yang digunakan untuk mengisi kapur, gambir, pinang yang telah dikacip kecil-kecil dan tembakau. Selalunya sirih dan kacip akan dimasukkan sekali dalam tepak sirih ini.

Batu Giling Diperbuat seratus peratus daripada batu bukit. Terdiri daripada ibu yang berbentuk empat segi bujur dan anaknya yang berbentuk memanjang. Biasanya batu giling ini digunakan untuk melumatkan rempah ratus. Caranya dengan meletakkan bahan-bahan yang hendak digiling di atas ibu dan digelek dengan anaknya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.

Bubu Sejenis alat penangkapan yang bersaiz sederhana dan mudah dibawa. Kegunaannya dilabuh di dasar-dasar sungai selalunya di kawasan yg mempunyai reba di mana ikan atau udang galah suka berkumpul. Tempat diletak "bubu" akan ditanda untuk mengecam kedudukannya. Biasanya "bubu" akan dibawa dengan perahu. Umpan seperti isi kelapa dibubuh untuk menarik perhatian ikan masuk. Sebuah "bubu" dibentuk daripada satu tapak berbentuk bulat yang diperbuat daripada rotan dan buluh. Dibentuk besar di bahagian hadapan dan mengecil ke belakang. Di bahagian hadapan "bubu" dibuat satu pintu masuk yang dipangil injap. Injap ini berbentuk seperti kon. Ia membenarkan ikan masuk tetapi menghalang mereka daripada keluar. Satu lagi pintu yang

boleh dibuka dan ditutup disediakan di bahagian belakang bagi mengeluarkan ikan yang terperangkap. "Bubu" biasanya ditahan begitu saja semalaman atau dua hingga tiga hari di dalam air sebelum ia ditarik naik untuk melihat hasil tangkapannya.

SEJARAH CONGKAK
Nama congkak dipecayai berasal daripada perkataan "congak" atau"kira" kerana permainan ini menduga kepantasan pemain mengira. Pemainyang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul buah atau mata untukmemenangi permainan. Permainan ini dikisahkan tersebar ke Asia Tenggara melaluipedagang yang datang ke pelabuhan Melaka pada zaman kegemilangannyasebagai empayar perdagangan pada kurun ke-15. Congkak pada awal pengenalannya merupakan permainan golongankerabat diraja dan penghuni Istana sebelum tersebar menjadi permainan rakyat.

APA ITU PERMAINAN CONGKAK


Congkak ialah sejenis permainan tradisional yang sering dijadikanaktiviti dalaman, bermain secara duduk dan rupa bentuk papannyadipercayai berasaskan bentuk bot tongkang atau dipanggil "jongkak" atau"congkak". Papan congkak kebiasaannya mempunyai tujuh lubang pada setiapbaris dan mempunyai satu lubang besar pada hujung kiri dan kanannya.Kedua-dua baris lubang pada papan congkak mewakili 14 "kampung"manakala dua lubang besar di hujung kiri dan kanannya dinamakan "rumah". Permainan ini melibatkan dua orang dan suatu ketika dulu, pemainmenggunakan batu kecil, kulit siput, biji getah atau biji asam jawauntuk mengisi lubang "kampung" dan "rumah". Bagaimanapun kini gulilebih banyak digunakan.

CARA BERMAIN
Di Muzium Kraf ini, pengunjung disediakan penerangan bagaimana cara bermain congkak. Kepada yang berminat -- permainan dimulakan serentak, denganpemain A dan B memasukkan buah satu demi satu ke dalam setiap lubang"kampung" mereka dari kanan ke kiri, Apabila pemain sampai ke "rumah"masingmasing, mereka akan memasukkan buah ke dalamnya, lalumeneruskannya ke "kampung" lawan, tetapi tiada buah yang perludimasukkan ke dalam "rumah" lawan. Permainan ini berterusan hingga pemain A menamatkan perjalananbuah ke dalam "kampung" yang kosong. Jika buah itu terhenti di"kampung" sendiri, pemain berkenaan akan mengambil buah itu di sampingmengaut buah di "kampung" bertentangan, untuk dimasukkan ke dalamrumahnya. Tetapi jika buah itu jatuh ke dalam "kampung" yang kosong milik B,buah itu harus dibiarkan di dalam lubang itu. Permainan kemudianditeruskan oleh pemain B pula.

Pemain B meneruskan permainan sehingga ke buah terakhir di dalamtangan yang dimasukkannya ke dalam lubang dan permainan kemudian disambung semula oleh pemain A. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain akan mengisi semula"kampung" mereka dengan buah yang berjaya dikumpul di "rumah"masing-masing. Seorang daripada pemain akan mendapati buah yang terkumpul tidakmencukupi untuk diisi ke dalam "kampung" dan kampung itu akan dianggapterbakar dan tidak boleh digunakan. Pemain itu seterusnya akan bermaindengan buah yang sedikit. Permainan akan diteruskan sehingga keseluruhan "kampung" seorangdaripada mereka terbakar dan pemain itu kalah atau sehingga jumlahpusingan yang dipersetujui berakhir, dan pemain yang memiliki kampungpaling banyak tidak terbakar, dianggap pemenang.

BATOK
Batok ini ialah penyedok air yang diperbuat daripada tempurung yang digunakan pada zaman dulu-dulu di rumah atok nenek kita untuk menyedok air didalam tempayang untuk basuh kaki. Selepas kita gunakan sepatutnya diletak semula didalam tempayang atau di atas penutup tempayang bukannya di atas tangga

Kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain. Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka. Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Valuta