Sei sulla pagina 1di 5

PK05

Pengurusan Panitia

PK05/3 SISTEM PENGURUSAN KUALITI SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

LAPORAN TAHUNAN PANTIA PENDIDIKAN MORAL 2011

1. Nama Panitia

: Panitia Pendidikan Moral SKPP 11(2) : Cik Siti Nor Fadhilah bt Sabbar

2. Nama Ketua Panitia 3. Nama AJK Panitia Pengerusi

: Pn. Hjh. Robiah bt Yahaya (PK Tadbir & Kurikulum)

Penolong Pengerusi : Pn. Rohani bt Hj. Ahmad Setiausaha Ahli Jawatankuasa : Cik Siti Nor Fadhilah bt Sabbar (Ketua Panitia Pendidikan Moral) : Pn.Yim Zhi Hui Cik Intan Bah Din Doi Pn. Marlina bt Mohamed

Hak Cipta Terpelihara Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 Jun 2011 - Kel. 02 | Pin. 00

PK05

Pengurusan Panitia

4. Aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2011 4.1 Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral telah dilaksanakan sebanyak sekali sepanjang tahun 2011. Ini berikutan tidak banyaknya aktiviti yang dirancang dan kebanyakan yang dirancang pula adalah aktiviti yang dijalankan bersama panitia-panitia lain. Tambahan pula, murid yang terlibat dengan subjek Pendidikan Moral hanyalah 3 orang iaitu 2 orang murid perempuan daripada tahun 2 dan seorang murid lelaki daripada tahun 3. 4.2 Aktiviti-aktiviti tahunan yang dirancang dalam takwim

sekolah dapat

dilaksanakan mengikut jadual. murid-murid bukan beragama islam sempena

4.2.1 Persembahan

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sekolah. Persembahan beragama islam menyampaikan sajak oleh murid-murid Hari bukan

bersempena

dengan

Sambutan

Kanak-Kanak

Sekolah ini telah dikendalikan oleh Pn. Yim Zhi Hui. Murid yang terlibat di dalam persembahan ialah 2 orang murid perempuan berasal dari Sabah dari kelas tahun 2 Rosa dan 2 Petunia, seorang murid lelaki India dari kelas tahun 3 Petunia dan seorang murid lelaki berketurunan Iban dari pra-sekolah. 4.2.2 Pertandingan Mewarna dan Melukis sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Sekolah Panitia Pendidikan Moral telah bergabung dengan Panitia Pendidikan Seni Visual dan Panitia Muzik dalam menjayakan salah satu aktiviti bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Sekolah. Aktiviti Mewarna dan Melukis ini adalah antara aktiviti yang telah dirancang oleh unit Kurikulum
Hak Cipta Terpelihara Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 Jun 2011 - Kel. 02 | Pin. 00

PK05

Pengurusan Panitia

sekolah bersempena Bulan Patriotisme. Pertandingan Mewarna dijalankan untuk Tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3 manakala Pertandingan Melukis adalah untuk Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6. 4.2.3 Tayangan video Bukit Kepong sempena Bulan Patriotisme Sekolah Bersempena dengan bulan Patriotisme Sekolah, pihak Panitia Pendidikan Moral bersama dengan panitia lain bekerjasama bagi menjayakan aktiviti tayangan video berunsurkan patriotisme bersempena kedatangan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2011. Video yang telah dipilih ialah video Bukit Kepong. Video akan ditayangkan di Bilik Tayangan sekolah dan jadual bagi giliran menonton video juga disediakan oleh AJK yang berkenaan. Guru yang bertugas bagi mengawal murid ketika video ditayangkan ialah guru mata pelajaran yang mengajar ketika itu bagi kelas-kelas yang terlibat. 4.2.4 Pertandingan Pakaian Beragam Sempena Sambutan Hari

Kemerdekaan (murid Tahun 1 sahaja). Bersempena dengan Hari Sambutan Kemerdekaan Peringkat

Sekolah, Panitia Pendidikan Moral telah diberi kepercayaan untuk menjayakan pertandingan Pakaian Beragam bagi Tahun 1. Tahun 1 terdiri daripada 4 kelas iaitu 1 Petunia, 1 Rosa, 1 Eugenia dan 1 Scabiosa. Setiap kelas wajib menghantar sekurang-kurangya 5 orang wakil lelaki dan perempuan. Wakil bagi setiap kelas diuruskan oleh guru kelas bagi kelas masing-masing. Tema bagi pertandingan pakaian beragam ialah pakaian yang mencerminkan identiti kaum di Malaysia dengan sedikit suntikan fabrik berasaskan bendera Malaysia. Program telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencungkil bakat-bakat muda murid Tahun 1.

Hak Cipta Terpelihara Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 Jun 2011 - Kel. 02 | Pin. 00

PK05

Pengurusan Panitia

4.3 Kebersihan diri murid 4.3.1 Guru-guru panitia memeriksa kekemasan diri murid. Jika didapati terdapat murid yang melanggar peraturan sekolah, murid tersebut akan diberi amaran sebanyak 3 kali dan jika tiada apa-apa tindakan oleh murid, perkara itu akan dilaporkan kepada pihak disiplin untuk tindakan selanjutnya.

Hak Cipta Terpelihara Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 Jun 2011 - Kel. 02 | Pin. 00

PK05

Pengurusan Panitia

5.0 Lampiran gambar sepanjang aktiviti-aktiviti yang dijalankan 5.1 Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna dan Melukis sempena Sambutan Hari Kemerdekaan

Disediakan :

Disemak:

(SITI NOR FADHILAH SABBAR) Ketua Panitia Pendidikan Moral 2011

(PUAN ROHANI BT HJ. AHMAD) PK Tadbir dan Kurikulum SK Putrajaya Presint 11 (2)

Hak Cipta Terpelihara Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 Jun 2011 - Kel. 02 | Pin. 00

Potrebbero piacerti anche