Sei sulla pagina 1di 15

Kepentingan Warna Dalam Kehidupan Harian

Kegunaan warna dalam kehidupan harian.


Kegunaan warna dalam kehidupan ahrian adalah seperti berikut:
Percetakan Pendawaian elektrik Lampu isyarat Simbol dan isyarat

Percetakan

Gambar berwarna dicetak dengan menggunakan empat jenis warna iaitu kuning, magenta, sian dan hitam pada plat-plat yang berasingan. Warna hitam digunakan untuk menjadikan gambar itu tajam dan jelas.

Pendawaian Elektrik
Kod warna antarabangsa digunakan dalam pendawaian palam tiga-pin. Dawai hidup berwarna perang, dawai neutral berwarna biru dan dawai bumi berwarna kuning berbelang hijau.

Lampu Isyarat
Lampu isyarat terdiri daripada tiga warna, iaitu merah, kuning dan hijau. Setiap warna mewakili isyarat tertentu.

Simbol dan Isyarat


Lampu merah pada ambulans menandakan keadaan cemas. Garisan kuning disepanjang tepi jalan menandakan kawasan larangan meletak kenderaan. Satu garisan putih ditengah jalan memisahkan lorong kiri dengan lorong kanan jalan. Dua garisan putih ditengah jalan menandakan bahawa memotong kereta tidak dibenarkan.

Kepentingan Warna Dalam Kehidupan


Warna juga penting dalam kehidupan. Warna membolehkan haiwan melindungi diri daripada bahaya atau memudahkan haiwan itu memburu mangsanya.

Sebagai contohnya, kuda belang mempunyai belang hitam putih pada badannya untuk membantunya menyamarkan diri.

Beruang kutub mempunyai bulu putih yang sama warna dengan salji disekelilingnya untuk membolehkannya melindungi diri dan memudahkannya memburu mangsa.

Sesetengah haiwan seperti bengkarung pula berupaya untuk menukar warna badannya mengikut warna persekitaran.

Kebanyakan spesies burung jantan seperti burung merah mempunyai bulu pelepah yang berwarna-warni untuk menarik perhatian burung betina bagi tujuan pembiakan.

Bunga yang berwarna-warni menarik perhatian serangga untuk tujuan pendebungaan.

Haiwan yang beracun biasanya mempunyai warna yang terang untuk memberi amaran kepada haiwan yang lain.