Sei sulla pagina 1di 4

Bidang Tugas Penyelaras Kelab / Persatuan / Unit Pakaian Seragam / Kelab Sukan Permainan 1.

Meneliti dan memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh setiap unit dilaksanakan dengan sempurna. Mengumpul buku laporan kegiatan setiap unit dan diserahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum setiap hujung minggu perjumpaan. Menyediakan dan mengedarkan borang bagi tujuan penilaian gerakerja kokurikulum kepada guru-guru penasihat untuk disikan dan disahkan. Meneliti dan menilai kegiatan setiap unit dan jika perlu mengubahsuaikan kegiatan serta mengadakan mesyuarat sekali di dalam sepenggal persekolahan. Membantu Penolong Kanan KK menyusun dan merancang semua gerakerja kokurikulum di sekolah. Membantu Penolong KK menyelaras, menyelia/memantau dan menilai perlaksanaan semua program gerakerja kokurikulum sekolah. Menentukan dan memastikan semua gerakerja dijalankan dengan berkesan dan berterusan sepanjang tahun. Berhubung dengan pihak-pihak luar dalam hal-hal gerakerja kokurikulum. Membantu mendapatkan laporan mengenai kegiatan setiap bidang kokurikulum untuk diserahkan kepada Penolong Kanan KK.

2.
3.

4.
5.

6.
7. 8. 9.

10. Membantu Penolong Kanan KK menguruskan penilaian gerakerja kokurikulum.

11. Membantu Penolong Kanan KK merancang kursus jangka pendek kepada guruguru penasihat dan AJK Tertinggi setiap unit (mengikut keperluan) mengenai caracara menggerakkan atau memajukan unit masing-masing.

PROSES KERJA 1. Proses Kerja : Meneliti dan memastikan aktiviti yang dirancangkan oleh setiap unit dilaksanakan dengan sempurna. Menerima takwim gerakerja kokurikulum sepanjang tahun. Menentukan jadual pemantauan untuk setiap unit gerko. Menjalankan pemantau dan pemeriksaan aktiviti setiap gerko. Menyediakan dan menghantar buku laporan pemantauan perlaksanaan aktiviti setiap unit. Mengemukan cadangan untuk memajukan unit-unit gerko. 2. Proses Kerja : Mengumpul buku laporan kegiatan daripada setiap unit. Mengedarkan buku laporan yang standard kepada semua guru penasihat. Menetapkan tarikh-tarikh untuk menghantar buku laporan. Mengumpul buku laporan daripada semua guru penasihat. Memastikan buku laporan telah lengkap diisi sebelum diserahkan kepada Penolong Kanan KK. Merekodkan penghantaran buku laporan setiap unit. Menyerahkan buku laporan secara kelompok kepad Penolong Kanan KK. 3. Proses Kerja : Menyedia dan mengedarkan borang dagi tujuan penilaian gerakerja kokurikulum. Mencadangkan aspek dan kriteria penilaian bersama AJK gerko. Menetapkan aspek dan kriteria penilaian berdasarkan dasar sekolah. Menyediakan borang penilaian. Mengedarkan borang penilaian kepada semua guru penasihat. Menetapkan tarikh untuk menghantar borang penilaian kepada guru tingkatan. Mengumpul borang penilaian yang telah dicetak (dalam dua salinan) daripada guru tingkatan untuk diserahkan kepada Penolong Kanan KK. 4. Proses Kerja : Menelti dan menilai kegiatan setiap unit. Memastikan semua borang borang penilaiandan buku gerko setiap unit telah dilengkapisi. Menilai keaktifan setiap unit dan keberkesanan guru-guru penasihat dalam membimbing unit tersebut. Mencadangkan penganugerahan kepada unit yang cemerlang. 5. Proses Kerja : Membantu merancang dan menyusun gerakerja kokurikulum. Menghadiri semua mesyuarat penyelaras. Menentukan jenis sukan, permainan, kelab, persatuan dan unit pakaian seragam. Mencadangkan guru-guru penasihat. Menentukan jadual perlaksanaan gerko sepanjang tahun.

Menentukan dasar penyertaan pelajar dalam setiap gerko. 6.


Memaparkan jadual perlaksanaan di papan kenyataan/notis. Proses Kerja : Menyelia dan menilai keberkesanan perlaksanaan semua program gerakerja kokurikulum Memberi taklimat kepada semua guru di bawah bidang masing-masing tentang tugas Guru Penasihat gerko. Memberi taklimat kepada pelajar tentang aktiviti kokurikulum. Memastikan guru penasihat mematuhi peraturan gerakerja kokurikulum. Menerima maklumbalas daripada guru penasihat tentang aktiviti dan program gerko dari masa ke semasa. Membuat pemeriksaan terhadap fail, surat-surat untuk setiap unit kokurikulum. Memastikan semua maklumat untuk tujuan penilaian adalah kemaskini dan lengkap. Membuat laporan tentang keberkesanan dan keaktifan gerko. Mengambil tindakan susulan berdasarkan 7. Proses Kerja : Membantu menyelesaikan masalah berbangkit tentang gerakerja kokurikulum Mengenalpasti jenis dan punca masalah Mendapatkan penjelasan dan maklumbalas tentang masalah berbangkit daripada guru penasihat/pembimbing Mengemukakan masalh kepada Jawatankuasa Kokurikulum Mengemukakan strategi untuk menyelesaikan masalah Memastikan masalah telah diselesaikan. 8. Proses Kerja : Berhubung dengan pihak atau agensi luar dalam gerakerja kokurikulum Mengenalpasti agensi luar yang mempunyai hubungan dengan gerakerja kokurikulum Mengenalpasti jenis bantuan yang boleh diberikan kepada kelab, persatuan dan unit pakaian seragam yang sejajar dengan dasar pendidikan dan peraturan sekolah. Agensi luar mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah. Memastikan agensi luar mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan ole hp[ihak sekolah. Memantau penglibatan agensi luar dalam aktiviti gerko. 9. Proses Kerja : Membantu menguruskan penilaian gerakerja kokurikulum pelajar. Memastikan guru penasihat/pembimbing telah membuat penilaian untuk setiap ahli berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Menerima cadangan senarai nama pelajar yang layak untuk diberi pensijilan. Meneliti senarai pelajar yang layak diberi pensijilan. Mengesahkan senarai nama pelajar daripada guru penasihat/pembimbing. Mencetak sijil untuk pelajar yang layak.

10. Proses Kerja : Membantu merancang kursus jangka pendek kepada AJK Tertinggi Menganalisis jenis kursus yang diperlukan untuk AJK Tertinggi. Menetapkan tarikh, tempat dan masa kursus. Membentuk Jawatankuasa kerja untuk mengelolakan kursus. Mendapatkan penceramah yang bersesuaian dengan tema dan kehendak kursus. Memantau perjalanan kursus. Membantu laporan tentang keberkesanan kursus.

Potrebbero piacerti anche