Sei sulla pagina 1di 11

KOMPONEN 1

SOALAN 1A

(i) JeIaskan syarat-syarat kenaikan pangkat yang digunakan oIeh
Lembaga Kenaikan Pangkat untuk memperakukan kenaikan pangkat
guru tersebut


Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini menyedari
tugas dan amanah yang diberikan adalah untuk mendidik generasi yang akan
menjadi dewasa nanti. Perubahan dalam sistem pendidikan memerlukan guru
melakukan reformasi diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan
diri dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran mengajar yang cangih dan
bersepadu dalam usaha mempertingkatkan keupayaan dan prestasi mereka dalam
kerjaya yang kian mencabar ini.

'Kenaikan Pangkat' didefinisikan sebagai peningkatan secara hakiki daripada
satu gred kepada satu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim
perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat. Kenaikan
pangkat seseorang pegawai adalah berdasarkan merit yang ditentukan mengikut
kecekapan dan prestasi kerja, kelayakan, pengetahuan, kemahiran, dan
pengalaman. Kemudian, sifat-sifat peribadi termasuk kesesuaian, keutuhan, potensi
dan kepimpinan menjadi asas yang penting kenaikan pangkat.

Sebagai satu langkah Kementerian Pelajaran dalam mendorong semangat
guru-guru untuk berusaha lebih gigih kearah ini seterusnya memartabatkan lagi
profesion keguruan, Gagasan Guru Cemerlang (GC) telah diperkenalkan pada tahun
1993. Anugerah dan jawatan GC lebih merupakan suatu bentuk insentif kepada guru
yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang dan matapelajaran masing-
masing. Anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 1994 berdasarkan
memorandum (April 1993) Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Kabinet yang

bertajuk "Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan. anya lebih


merupakan satu cadangan ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan
dan menghasilkan guru yang cemerlang.
Antara tujuan utama diadakan anugerah kenaikan pangkat GC ini ialah untuk
i. Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan
kemahiran Guru Cemerlang.
ii. Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran
atau bidang pengkhususan masing-masing.
iii. Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
iv. Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
v. Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi
secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).
vi. Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas
mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
vii. Sebagai role model kepada guru lain.
viii. Meningkatkan motivasi guru itu sendiri dan juga rakan sejawat .

Berikut adalah antara syarat-syarat kenaikan pangkat yang digunakan oleh
Lembaga Kenaikan Pangkat untuk memperakukan kenaikan pangkat seseorang
guru.

a. Sokongan Ketua Jabatan.
Untuk seseorang itu dinaikkan pangkat, beliau mestilah mendapat sokongan
ketua jabatan. Ketua Jabatan haruslah berpuas hati dengan kemampuan dan
kelayakan bawahannya barulah ia akan disokong untuk dinaikkan pangkat.
ni kerana, Ketua Jabatan adalah orang yang mengetahui segala kemampuan
dan kebolehan anak buahnya. Tanpa sokongan dari Ketua Jabatan maka
seseorang itu tidak akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.

b. Kecekapan dan prestasi kerja pegawai seIama 3 tahun berturut-turut.


Prestasi kerja dan kecekapan pegawai juga diambilkira untuk kenaikan
pangkat. Prestasi kerja selama tiga tahun berturut-turut akan dinilai.
Sekiranya prestasi kerja pegawai ini memenuhi syarat maka ia akan
dipertimbangkan untuk pangkat. a dilihat dari Laporan Nilaian Prestasi
Tahunan (LNPT) 3 tahun terakhir dengan wajaran seperti berikut :-
a) Tahun Pertama 20%
b) Tahun Kedua 35%
c) Tahun Ketiga 45%
Jumlah = 100

c. Tiada menerima sebarang tindakan tatatertib.
Sebarang tindakan tatatertib yang pernah diambil terhadap seseorang
pegawai mungkin akan menyebabkan masalah untuk dipertimbangkan untuk
kenaikan pangkat. ni kerana sekiranya pegawai itu pernah dikenakan
tindakan tatatertib maka ia akan menggambarkan bahawa pegawai tersebut
tidak telus dan tidak bertanggungjawab terhadap tugasnya. Antara tindakan
tatatertib yang mungkin boleh diambil terhadap seseorang penjawat awam
ialah penahan kerja dan digantung dari tugas.

d. Pengistiharan harta.
Setiap pegawai kerajaan mestilah mengisytiharkan hartanya. Pengisytiharan
harta ini mestilah dibuat setiap tiga tahun. Kegagalan berbuat demikian
boleh membuatkan pegawai tersebut disoal. Proses pengisytiharan harta ini
juga akan menunjukkan sikap jujur pegawai tersebut. Pengisytiharan harta ini
boleh mengelakkan gejala rasuah berlaku dalam perkhidmatan awam.

e. Keutuhan pegawai
Keutuhan pegawai di sini boleh dilihat dari segi moral pegawai. Antara sikap
moral yang perlu ada pada seseorang pegawai adalah seperti bersikap
amanah, bertanggungjawab, berhemah tinggi, kerajinan dan keadilan.

uraian bagi amanah ialah sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan


kepercayaan dan keyakinan orang lain. Tanggungjawab pula ialah
kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta
kewajipan dengan sempurna. Berhemah tinggi pula bermaksud beradap
sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Dalam erti kata
lain pegawai harusmenjaga nama baik kerajaan, memberi imej bersih kepada
penjawat awam, berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab serta
amanah dalam menjalankkan tugas yang diberikan.

1. Berasaskan merit.
Merit digunakan sebagai pengukur untuk megukur seseorang penjawat awam
dinaikkan pangkat. Berikut merupakan instrument dan kaedah dalam
menentukan merit kenaikan pangkat temuduga, peperiksaan/ujian, kursus
juga digunakan selain kaedah atau kriteria lain yang sesuai.











(ii) Nyatakan jenis-jenis eIaun yang Iayak dituntut dan dinikmati oIeh cikgu
Nadia

Definisi elaun dalam Dewan edisi keempat 'Elaun merupakan bayaran yang
diberikan kepada seseorang secara tetap kerana menjalankan tugas'. Antara elaun-
elaun yang boleh dituntut ialah elaun keraian, elaun kesukaran, elaun wilayah, elaun
angkut barang dan paking, elaun makan, elaun perbatuan dan lain-lain. Elaun ini
merupakan satu kemudahan kepada penjawat awam untuk melaksanakan kerja di
luar pejabat dengan penuh dedikasi. Selain itu ia juga dapat mengurangkan beban
pegawai di satu-satu kawasan beliau bertugas.
Berikut pula merupakan jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati
oleh Cikgu Nadia sebagai ganjaran kepada beliau yang mendapat kenaikan pangkat
dan telah diarahkan untuk berpindah dari Sekolah Menengah Sultan Sulaiman,
Kuala Terengganu ke Sekolah Menengah Bukit Payung ulu Besut.

(a) EIaun keraian
Elaun keraian merupakan elaun yang dibayar kepada pegawai kerajaan bagi
tujuan meraikan tetamu dan orang kenamaan kerajaan atau sebagai imbuhan
tambahan kerajaan. Elaun untuk gred DG44 ialah sebanyak RM500.
Kelayakan untuk mendapat elaun ini ialah ia akan dibayar terus kepada
kategori iii iaitu pegawai yang bergaji RM3,228.00 ke atas. Pegawai di bawah
kategori iii juga layak sekiranya mendapat kelulusan JPA berdasarkan sifat
tugasnya. Surat pekeliling perkhidmatan: SPP 8/80, PP 9/91.

(b) EIaun angkut barang dan paking (ikut resit dan munasabah)
Cikgu Nadia berpindah dari daerah Kuala Terengganu ke ulu Besut, maka
barangan turut akan dibawa bersama. Maka dengan ini tuntutan bagi elaun ini
penting kepada Cikgu Nadia kerana ia akan memudahkan beliau untuk
mengangkut barang-barang keperluan diri dan keluarga.

(c) EIaun Cost o1 Living AIIowance (COLA)


Elaun yang dibayar kepada semua kumpulan pengurusan, kumpulan
profesional serta kumpulan sokongan. Cikgu Nadia telah dinaikkan pangkat
daripada guru biasa kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Maka beliau
layak menerima elaun COLA kerana terlibat dengan pengurusan organisasi di
sekolah barunya.

(d) EIaun Tanggungjawab
Cikgu Nadia layak menerima elaun Tanggungjawab kerana menurut Surat
Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil.3 Tahun 2002, Elaun Tanggungjawab (ETJ)
layak diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) seperti
Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Akan tetapi beliau tidak layak mendapat
elaun tersebut apabila menunaikan haji atau cuti selama 28 hari ke atas
berturut-turut.

(e) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
Merupakan imbuhan tetap yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu
penjawat awam menampung kos sara hidup untuk perbelanjaan tertentu
seperti kos pengangkutan, pelajaran, pelbagai barangan dan perkhidmatan.

Secara keseluruhannya, pemberian elaun dan insentif kepada guru-guru
dilihat satu usaha berterusan kerajaan dalam memartabatkan lagi profesion ini
selaras dengan kehendak dan tuntutan semasa. Apa yang menjadi intipati penting
dalam menghadapi situasai ini ialah sejauhmana sumbangan guru mampu
merialisasikan hasrat dan kehendak kerajaan dan Kementerian Pelajaran amnya.
Guru-guru ditagih memberi sumbangan setimpal dengan galakan yang diberikan
kepada mereka. Revolusi ilmu pengetahuan menuntut pengorbanan guru yang tiada
hadnya dalam melahirkan pelajar sebagai modal insan yang akan menjadi aset
penting dalam memacu kegemilangan Negara pada masa akan datang.


KOMPONEN 2
SOALAN 2B

(i) Nyatakan empat sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan

Etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau
profesion terhadap masyarakat. Seseorang anggota perkhidmatan awam
berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang
pekerja dalam kerajaan (Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan
Awam-NTAN, 1991 ). a juga merupakan himpunan nilai dan norma serta piawai
moral yang mendasari tingkahlaku individu, organisasi dan profesion. Etika kerja
adalah prinsip-prinsip moral yang ditetapkan dalam sesebuah organisasi bagi
mengawal tingkah laku pekerja organisasi tersebut. a juga bertujuan
mengoptimumkan faedah atau manfaat bagi individu dan orang ramai dalam
kehidupan bersama. Usaha sebegini juga bertujuan untuk melahirkan kesedaran di
kalangan anggota Perkhidmatan Awam tentang betapa pentingnya pembaharuan
dilakukan dari segi budaya kerja, cara operasi, sistem dan prosedur serta teknologi.
Pada hakikatnya, kejayaan usaha ini bergantung kepada komitmen dan sokongan
semua anggota Perkhidmatan Awam. Empat sebab Etika Perkhidmatan Awam
diwujudkan ialah :

(a) Untuk mewujudkan kakitangan awam yang dapat memberi perkhidmatan
yang cekap dan berkesan.
ni adalah kerana permintaan rakyat terhadap perkhidmatan awam terus
meningkat dan mereka mahukan satu pentadbiran yang cemerlang. Keperluan
dan permintaan orang ramai di atas perkhidmatan yang berkesan mengakibatkan
anggota Perkhidmatan Awam terpaksa menanggung beban kerja yang kian
bertambah.


(b) Diwujudkan kerana adanya tuduhan, rasa curiga dan syak wasangka
tentang kemampuan perkhidmatan awam
Terdapat pelbagai aduan tentang kecekapan perkhidmatan awam sama ada dari
segi mutu perkhidmatan, layanan yang diberikan kepada orang ramai mahupun
sikap serta tingkah laku penjawat awam itu sendiri. Untuk itu, etika perkhidmatan
awam diwujudkan supaya dapat mengurangkan segala teguran dan pandangan
negatif masyarakat terhadap perkhidmatan awam seterusnya dapat mewujudkan
anggota perkhidmatan awam yang amanah, jujur dan bertanggungjawab.

(c) Menjadi matIamat dan azam kerajaan untuk meninggikan kecekapan, imej
dan mutu perkhidmatan awam.
Dengan adanya etika ini, tahap kualiti dalam pemberian perkhidmatan kepada
masyarakat dapat dipertingkatkan. Justeru, pegawai perkhidmatan awam perlu
berusaha untuk meningkatkan taraf dirinya. ni dapat dilakukan dengan
meningkatkan kemahiran menerusi latihan, pembacaan serta menghadiri
seminar.

(d) Faktor-1aktor Iuar yang mendorong kerajaan mewujudkan etika ini.
Antaranya ialah kemerosotan ekonomi, ancaman keselamatan di rantau ini dan
berlakunya gejala-gejala yang kurang sihat seperti rasuah, penipuan serta
penyelewengan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Dalam
petikan ucapan ketika melancarkan Panduan Perkhidmatan Cemerlang pada
tahun 1979, Ketua Setiausaha Negara telah mengatakan bahawa "Keputusan
Kerajaan untuk mewujudkan satu etika bagi Perkhidmatan Awam pada asasnya
bertujuan untuk menyerapkan kepada semua kakitangan Kerajaan semangat
kerja dan dedikasi bagi menentukan supaya mutu prestasi Perkhidmatan Awam
dapat ditngkatkan lagi. Oleh yang demikian, dengan wujudnya etika
perkhidmatan awam, diharapkan agar mutu perkhidmatan awam dapat
dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Anggota perkhidmatan awam juga
perlulah sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat ini.

Maka, jelaslah bahawa penjawat awam perlu mengamalkan Etika
Perkhidmatan Awam dan menjadikan etika ini sebagai pedoman ketika

melaksanakan tugas. ni adalah penting bagi memartabatkan profesion


perkhidmatan awam.


(ii) Huraikan enam amaIan yang boIeh diIaksanakan oIeh sesebuah
organisasi kerajaan bagi mereaIisasikan etika tersebut.

Antara enam amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi
kerajaan bagi merealisasikan etika tersebut ialah :


(a) Memberi penganugerahan kepada penjawat awam yang teIah
meIaksanakan perkhidmatan yang cemerIang.
Anugerah penghargaan dalam bentuk pengesyoran untuk menerima pingat-
pingat, sijil-sijil kepujian, cenderamata, pertimbangan untuk kursus-kursus dan
lain-lain bagi mereka yang telah memberi perkhidmtan yang cemerlang. Selain
itu, anugerah penghargaan ini perlu dibuat setiap bulan dan tahun bagi
meransang dan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan yang cemerlang dalam
kalangan penjawat awam.

(b) Mengadakan kursus atau Iatihan yang sesuai terhadap pegawai-pegawai
yang berkhidmat atau diIantik.
ni bertujuan bagi menambahkan kecekapan bekerja dalam kalangan penjawat
awam.Selain itu, proses pembelajaran tidak terhad kepada zaman persekolahan,
tetapi ia berterusan sehingga akhir hayat. Dalam era CT, maklumat, data, fakta
dan pengetahuan menjadi lapuk setiap masa. Manakala kemahiran pula perlu
diperbaharui setiap masa untuk membolehkan pengendalian peralatan yang
sentiasa berubah dan semakin canggih. Supaya tidak ketinggalan, setiap individu
dalam organisasi perlu sedar mengenai keperluan berterusan untuk menambah
ilmu dan membaiki kompetensi. Dengan itu, kita perlu sentiasa mengambil
peluang yang sedia ada untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran,
terutamanya untuk memastikan kualiti kerja kita dilaksanakan dengan cekap dan
sempurna.

(c) Menubuhkan jawatankuasa KeIab Sukan, Kebajikan dan SosiaI daIam


sesebuah organisasi
Penubuhan jawatankuasa ini adalah bagi mengeratkan hubungan kemesraan
dalam kalangan ahli sesebuah organisasi perkhidmatan awam selain menjaga
kebajikan sosial ahli-ahlinya. Kemudian, penubuhan kelab dan persatuan ini juga
boleh mengasah bakat dan melibatkan penglibatan kesemua ahli.

(d) Mengadakan majIis keraian pada sambutan tertentu yang boIeh menyemai
semangat kekitaan.
Mengadakan majlis jamuan teh atau makan pada hari yang sambutan tertentu
untuk memberi kesempatan kepada semua pegawai dan kakitangan bergaul
mesra antara satu sama lain dan menanamkan semangat kekitaan.

(e) Menganjurkan majIis syarahan atau majIis iImu.
anya boleh dilaksanakan pada tiap-tiap minggu atau bulanan. Tujuannya adalah
bagi memantapkan ilmu dan menaikkan semangat ketika melaksanakan
tanggungjawab dalam kumpulan. Selain itu, ilmu yang diperoleh boleh diaplikasi
dalam tugasan bagi meningkatkan profesionalisme penjawat awam.

(1) MengamaIkan 'team work yang padu ketika meIaksanakan sesuatu
tugasan.
Pembinaan '9eam work' yang padu adalah asas kepimpinan dalam organisasi
kerajaan. Pemimpin yang menerajui sesebuah organisasi kerajaan perlu
menyedari bahawa staf di bawah kepimpinannya adalah penting dan
memainkan peranan masing-masing dalam bidang tugas tertentu. Situasi ini
melahirkan satu pasukan yang sama-sama menerima tugas yang diamanahkan
dan seterusnya keseronokan bekerja dalam sesebuah organisasi akan
membuahkan kejayaan kepada organisasi tersebut.

Secara konklusinya, Amalan-amalan untuk Perkhidmatan cemerlang yang
perlu diwujudkan harus bergantung bukan kepada aktiviti di atas tetapi juga kepada
tiga faktor lain iaitu penguatkuasaan undang-undang dan peraturan, pengwujudan
institusi pelaksanaan tertentu dan pemilihan nilai dan budi yang baik oleh setiap
kakitangan kerajaan. Etika Perkhidmatan Awam lahir daripada kesedaran bahawa

profesionalisme Perkhidmatan Awam perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih


tinggi dan kakitangannya hendaklah bekerja dengan penuh dedikasi dan
bertangungjawab.

Potrebbero piacerti anche