Sei sulla pagina 1di 14

SEKOLAH RENDAH ARAB MERLIMAU PASIR

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH 2010

KANDUNGAN :
I.

II. III. IV. V.

Surat permohonan penubuhan persatuan Surat kelulusan penubuhan persatuan Draf perlembagaan Draf aktiviti asas Senarai nama Jawatankuasa Penaja.

Disediakan oleh: Pn Jamelah binti Md Yasin Guru Pemimpin Persatuan Bulan Sabit Merah

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SRAMP 2010 Ruj : SRAMP 06/06/3 ( ) Tarikh : 25 Januari 2010 Guru Besar Sekolah Rendah Arab Merlimau Pasir KM 26 Jalan Batu Gajah 77300 Merlimau Melaka Tuan, PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH 2010 Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, Jamelah binti Md Yasin berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21hb Mei 1998 P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan PERSATUAN BULAN SABIT MERAH Sek. Ren. Arab Merlimau Pasir, Merlimau, Melaka mulai 1hb Februari 2010. Bersama-sama ini disertakan : i. ii. iii. Draf Perlembagaan Draf Aktiviti Asas Senarai Nama Jawatankuasa Penaja

Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

.. ( Jamelah binti Md Yasin ) Guru Pemimpin Persatuan Bulan Sabit Merah SRAMP s.k 1. Fail Persatuan Bulan Sabit Merah 2. Fail Kokurikulum

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SRAMP 2010

DRAF PERLEMBAGAAN
1. Nama dan Alamat a) Nama persatuan b) Alamat :

PERSATUAN

: Persatuan Bulan Sabit Merah Km 26, Jalan Batu Gajah 77300 Merlimau Melaka

2.

Matlamat
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.

Objektif
a) Mendedahkan ahli kepada kemahiran asas pertolongan cemas secara berperingkat.

b) Ahli persatuan dapat mempelajarai beberapa aktiviti asas pasukan beruniform seperti perkhemahan, kawad kaki dan khidmat masyarakat. c) Menjalankan aktiviti pengajaran. yang memberikan pengalaman dan

d) Memupuk semangat kerjasama di kalangan rakan sebaya dalam persatuan. e) Membiasakan dan menyediakan diri untuk memimpin persatuan.

4.
a) b)

Keahlian
Dibuka kepada semua murid sekolah ini. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SRAMP 2010

5.

Guru Penasihat
a) b) c) Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini. Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu apabila difikirkan perlu. Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

6.

Ahli Jawatankuasa
a) b) c) d) e) f) Dilantik semasa Mesyuarat Agung Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagi Ahli Jawatankuasa. Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan, haruslah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat. Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri : -Pengerusi -Naib Pengerusi -Setiausaha -Penolong Setiausaha -Bendahari -Penolong Bendahari -Ahli Jawatankuasa -Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)

7.

Tugasan dan Tanggungjawab Jawatankuasa


a) Pengerusi i) ii) Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. Meniliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

iii)

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SRAMP 2010

b)

Naib Pengerusi
i) ii) iii) Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tangungjawab yang diberi. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

c)

Setiausaha
i) ii) iii) iv) v) Menguruskan hal-hal surat menyurat. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan-kegiatan. Mencatat kehadiran ahli. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

d)

Penolong Setiausaha
i) ii) iii) Membantu setiausaha dalam menjalankan segla tugas dan tanggungjawabnya. Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

e)

Bendahari i) ii) iii) Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya. Menyediakan penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.

iv) v)

Melaporkan kedudukan keangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SRAMP 2010

vi)

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pensihat dari semasa kesemasa.

f)

Penolong Bendahari i) ii) Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari. Menjalankan tugas-tuagas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

g)

Ahli Jawatankuasa i) ii) iii) Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. Menjalankan tugas-tuags lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa kesemasa

h)

Pemeriksa Kira-Kira i) Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertanggungjawab keatasnya. ii) Memastikan pengurusan kewangan diurus dengan betul.

8.

Kewangan
a) Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung. b) Persatuan juga boleh memperoleh kewangn melalui aktiviti. c) Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

d) Semua pungutan/penyimpanan hendaklah dimasukkan ke dalam Akuan Suwa sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Guru Besar.

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SRAMP 2010

9.

Kehadiran/Penyertaan
a) Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun. b) Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turu dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

10.

Aktiviti
a) Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa. b) Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

11.

Peraturan-peraturan
a) b) c) Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. Ahli-ahli yang melangar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

12.

Tindakan Disiplin
a) b) Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: Amaran lisan Amaran bertulis

c)

Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat peraturan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SRAMP 2010

13.

Pindaan Perlembagaan a)
b) Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa.

c) Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. d) Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Guru Besar.

14.

Perbubaran Persatuan
a) Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. b) Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

15.

Hal-hal lain
a) Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. b) Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SRAMP 2010

.. ( Setiausaha

... ( Pengerusi

... ( Guru Penasihat


Tarikh : 25 januari 2010

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SRAMP 2010

Draf aktiviti asas : Aktiviti : Semua aktiviti persatuan adalah bersesuaian dengan objektif persatuan. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah : 1.0. 2.0 3.0. 4.0. 5.0. 6.0 7.0 8.0 9.0 Perlantikan Jawatankuasa Penaja Perlantikan Jawatankuasa Ucapan pengerusi dan peraturan persatuan Mesyuarat persatuan dan perancangan aktiviti Lagu PBSM dan prinsip-prinsip PBSM Kawad kaki asas Kawad kaki dalam barisan Rawatan Pertolongan Cemas Gotong-royong

10.0 Kawad kaki kombinasi 11.0 Latihan perkhemahan

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SRAMP 2010 Senarai nama Jawatankuasa Penaja Bil 1. Nama Muhammad Hanif bin Hamdan Tahun 6

2.

Ahmad Mursyid Munawwar bin Muhd Muchtar

3.

Mohd Sabiq Siddiqui bin Md Razmi

4.

Nur Lina Khalida binti Aminuddin

5.

Nurul Aisyah binti Abd Aziz

6.

Siti Halijah binti Jalil

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SRAMP 2008 8. CARTA GANTT PERLAKSANAAN PERANCANGAN PERSATUAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

BIL / BULAN JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV 1.0 2.0 3.0

Taklimat Ko-kurikulum Pengurusan Badan Beruniform

Perlantikan Jawatankuasa Penaja, Jawatankuasa dan ucapan pengerusi persatuan 4.0 Mesyuarat persatuan kali pertama dan perancangan aktiviti tahunan 5.0 Sejarah Ringkas Palang Merah dan Prinsip PBSM 6.0 Kawad kaki asas dan dalam barisan 7.0 Rawatan Pertolongan Cemas 8.0 Gotong-royong 9.0 Kawad Kaki Kombinasi 10.0 Latihan Perkhemahan dan Jamuan Tahunan PBSM

SEKOLAH RENDAH ARAB MERLIMAU PASIR KM 26, JALAN BATU GAJAH, 77300 MERLIMAU,MELAKA.
Ruj. Tuan : SRAMP / 06 / 06 / 3 ( ) Ruj. Kami : Pn Jamelah binti Md Yasin Guru Pemimpin Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolaha Rendah Arab Merlimau Pasir,MELAKA. Puan, KELULUSAN PENUBUHAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH Merujuk surat tuan SRAMP / 06 / 06 / 3 ( ) bertarikh 25 Januari 2010 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21hb Mei 1998 P.U. (A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan puan untuk menubuhkan PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SRA MERLIMAU PASIR,MELAKA adalah DILULUSKAN berkuatkuasa mulai 2 Februari 2010. 2. Semoga puan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Sekian,terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

27 Januari 2010

Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2. GPK Kokurikulum 3. Fail Persatuan Bulan Sabit Merah.

Potrebbero piacerti anche