Sei sulla pagina 1di 4

PENGERTIAN LOGO

Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)

Di bawah logo ini tertulis perkataan :PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin

PENGERTIAN WARNA

Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan

Hijau : Agama

Taqwa sebagai TERAS

Putih : Kesucian

Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :

Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.

Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

MISI PPIM

Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan.

Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.

Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengahtengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.

IKRAR
BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA, BERIKRAR AKAN :

Taat kepada allah, rasul, pemerintah, guru dan ibubapa

Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak


Membangunkan diri dengan sempurna Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri

Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara

SENIKATA LAGU
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia Berusaha Mencari Pengetahuan Berbakti Membuat Kebajikan Belajar Mencapai Kemajuan Bersemangat Penuh Keimanan Puteri Lembaga Islam Riang Gembira

Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Diilhamkan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Malaysia (LKPIM) pada tahun 60-an yang diasaskan oleh Yang Amat Mulia Tungku Puan Besar Kursiah, Raja Permaisuri Agung Malaysia yang pertama. Pada 06 Mei 1980, PPIM diterima sebagai pergerakan beruniform di peringkat sekolah menengah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tanggal 17 Jun 1981, PPIM dilancarkan dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Ke- 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajjah Afzan Binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhamad Rahimahallah, di Dewan Cancelor Tun Abdul Razak, UKM.

Pada tanggal 08 Disember 1988, PPIM diiktiraf dan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang berperlembagaan sendiri.

Potrebbero piacerti anche