Sei sulla pagina 1di 1

Tarikh : 15 Rejab 1429H 18 Julai 2008 Kepada : Pengurusan dan Pentadbiran, Pejabat Pendidikan Daerah Kerian, Kompleks Sekolah

Wawasan, 34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Tuan, MEMOHON JAWATAN GURU GANTI Berhubung perkara di atas, saya Mohd Yunus Bin Jalani, No. Kad pengenalan 840327-08-5141, graduan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) ingin memohon kepada pihak tuan untuk bekerja sebagai ganti di sekitar daerah kerian seandainya ada. Untuk makluman tuan, di UPM saya mengambil jurusan Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian)-Biologi dan saya baru sahaja tamat daripada pengajian di UPM. Maklumat yang saya perolehi daripada Bahagian Akademik UPM mengatakan kebiasaannya pelajar jurusan pendidikan akan posting/mengajar di sekolah pada bulan Januari setiap tahun. Dengan demikian, saya mempunyai tempoh 7 bulan daripada sekarang masa terluang sebelum posting mengajar di sekolah sebagai guru. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon kepada pihak tuan jawatan berkenaan sebagai mengisi masa yang terluang. Saya amat memerlukan pekerjaan kerana perlu membantu ibu dan ayah serta keluarga di kampung yang serba kekurangan. Bersama dengan surat ini saya sertakan Resume saya sepanjang belajar di UPM. Akhirnya, saya juga amat berharap agar permohonan saya ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dan diterima oleh pihak tuan. Sekian, terima kasih. Berilmu Berbakti Yang Benar, (Mohd Yunus Bn Jalani) Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) Biologi, Universiti Putra Malaysia, UPM. 013-6530930 / y_myj@hotmail.com