Sei sulla pagina 1di 7

Adolf Hitler

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: navigasi, gelintar
Adolf Hitler

Canselor
(Reichskanzler)/
Jawatan
Ketua Negara (Führer
und Reichskanzler)
Canselor:
30 Januari 1933-
Tempoh 30 April 1945
perkhidmatan Presiden:
2 Ogos 1934-
30 April 1945
Timbalan Tiada maklumat
Canselor:Kurt Von
Scleicher
Menurut
Presiden:Paul von
Hindenberg
Canselor:Joseph
Menggantikan Goebbels
Presiden:Karl Dönitz
National Socialist
Parti politik German Workers Party
(NSDAP)
Tarikh lahir 20 April 1889
Tempat lahir Braunau Am Inn, Austria
Tarikh kematian 30 April 1945
Tempat kematian Berlin, Jerman

Adolf Hitler (20 April 1889 - 30 April 1945) adalah seorang perancang yang pintar, pemidato
yang hebat dan seorang tokoh politik yang telah menjadi idola di Jerman antara akhir 1920-an
dan 1940-an. Beliau terlibat dalam Perang Dunia I tetapi memain peranan penting dalam Perang
Dunia II. Beliau terkenal sebagai orang yang berjaya menyatukan penduduk berbahasa Jerman
walaupun akhirnya negara itu berpecah kepada dua bahagian iaitu Jerman Timur dan Barat. Kini
beliau dilabel oleh kebanyakan orang Barat sebagai orang yang kejam, bengis dan diktator yang
gila kuasa.

Senarai kandungan
[lipat]
• 1 Sejarah awal
○ 1.1 Zaman remajanya
○ 1.2 Penyertaan dalam Perang Dunia I
• 2 Pembabitan Hitler awal dalam politik
• 3 Kebangkitan Hitler sebagai Fuhrer parti Nazi
• 4 Jerman dibawah kerajaan "Third Reich"
• 5 Bermulanya Perang Dunia II
• 6 Pautan luar

[sunting] Sejarah awal


Pada 6:30 petang 20 April, 1889, beliau telah dilahirkan disebuah perkampungan kecil Braunau
Am Inn, Austria berhampiran dengan sempadan Jerman di Bavaria.
Bapanya, Alois Hitler seorang pegawai kastam telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum
mengahwini ibu Hitler, iaitu Klara Pölzl. Sebelum melahirkan beliau, ibunya telah melahirkan
dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Malangnya, ketiga-tiga anaknya mati pada usia
yang muda. Oleh itu, apabila beliau dilahirkan, ibunya telah memanjakannya bagai 'menatang
minyak yang penuh'.
Hitler (panggilan manja 'Adi') semasa bayi
Pada usia enam tahun, beliau masuk gred pertama di sebuah sekolah awam di Fischlham
berhampiran Linz, Austria. Pada tahun yang sama bapanya telah bersara dan dari situ
bermulanya zaman kesusahan bagi keluarga Hitler. Bapanya yang biasa dengan disiplin di tempat
kerjanya telah cuba untuk mengamalkannya di rumah. Abang angkatnya, Alois Jr., sering dipukul
oleh bapanya dan pada umur 14 tahun, dia telah lari dari rumah. Akibatnya, Hitler pula telah
menjadi mangsa kezaliman bapanya.
Sewaktu di sekolah rendah beliau telah menunjukkan bakatnya dalam beberapa bidang seperti
lukisan dan nyanyian. Malah sewaktu belajar di sebuah sekolah Katolik, beliau pernah menyertai
kumpulan koir di situ di mana beliau dipuji kerana suaranya yang merdu. Di samping itu, beliau
amat meminati seni reka bangunan dan mampu melakarkan semula sebuah bangunan hanya
dengan menggunakan ingatannya. Kegemarannya yang lain ialah membaca buku terutamanya
kisah koboi dan Indian dari Amerika Syarikat dan juga kisah perang yang melibatkan Empayar
Jerman yang lampau. Namun demikian, beliau sangat lemah dalam mata pelajaran matematik
dan juga bahasa.
Oleh itu sebelum melangkah kesekolah menengah, beliau ingin masuk kesekolah berjurusan
klasik di mana beliau boleh belajar lebih mendalam tentang lukisan. Namun bapanya
membantah, dan mahukan anaknya masuk kesekolah teknik dan menjadi seorang pegawai
kerajaan. Oleh itu, Hitler terpaksa akur dengan kehendak bapanya dan memasuk kesekolah
teknik. Tetapi beliau sering berselisih dengan bapanya sehinggalah bapanya meninggal dunia
secara tiba-tiba pada Januari 1903 akibat pendarahan paru-paru.
[sunting] Zaman remajanya
Selepas bapanya meninggal dunia, Hitler menjadi seperti "layang-layang terputus tali". Beliau
melakukan apa sahaja yang disukainya tanpa menghiraukan orang lain. Grednya semakin
menurun dan beliau sering melakukan perkara yang nakal di sekolah dan menentang autoriti
guru-gurunya. Semasa di sekolah, beliau hanya meminati dua subjek iaitu sejarah dan lukisan.
Beliau amat mengkagumi guru sejarahnya, Dr. Leopold Pötsch, yang suka menceritakan tentang
perwira-perwira Jerman yang lampau. Pada usia awal remaja beliau amat meminati nasionalisme
Jerman dan lukisan serta seni reka.
Sewaktu berusia 15 tahun beliau diserang pendarahan paru-paru suatu penyakit turun temurun
dan setahun kemudian meninggalkan alam persekolahan atas alasan kesihatan. Selepas itu beliau
membuang masanya berjalan disekitar bandar raya Linz, Austria, melawati muzium, opera, dan
duduk ditebing Sungai Danube sambil bermimpi menjadi seorang pelukis yang terkenal.
Pada usia 17 tahun beliau melawat ibu negara Austria iaitu Vienna. Beliau amat kagum dengan
keindahan seni reka bangunan disana seperti opera house dan bangunan Parlimen serta bangunan
disekitar Ring Boulevard. Justeru itu, beliau mengambil keputusan untuk mendaftar di "Vienna
Academy of Fine Arts" sebuah sekolah kesenian yang berprestij. Setahun kemudian beliau
mengeluarkan wang harta pusakanya untuk tinggal dan belajar di Vienna. Pada masa ini ibunya
semakin tenat akibat penyakit barah payudara. Namun cita-cita beliau yang tinggi untuk menjadi
seorang pelukis terkemuka telah membuat beliau meninggalkan ibunya sendiri. Walaupun begitu
cita-cita beliau musnah apabila gagal dalam peperiksaan kemasukan akademi tersebut. Malah
beliau telah gagal peperiksaan ini sebanyak dua kali dan tidak berjaya memasuki akademi yang
berprestij ini. Kesedihan ini bertambah apabila ibunya meninggal dunia pada Disember 1907.
Selepas kematian ibunya, Hitler masih mencuba nasibnya di Vienna. Dengan gaya hidupnya
yang mewah, pendapatan Hitler semakin menurun dan akhirnya beliau terpaksa tidur di bangku
taman parkbenches dan bergantung pada derma daripada orang ramai. Kehidupannya yang
sengsara ini telah menjadikannya berhati keras dan mempunyai mentaliti untuk terus hidup
(survival) dan tiada ruang untuk belas kasihan.
Pada usia 21 tahun beliau mendapat mata pencariannya melalui penjualan gambar-gambar
bangunan yang disalin dari poskad. Selain itu beliau mula membaca buku-buku falsafah dari
penulis seperti Nietzsche, Hegel, Fichte, Treitschke dan Houston Stewart Chamberlain.
[sunting] Penyertaan dalam Perang Dunia I
Penyertaan Jerman di dalam Perang Dunia I merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh Hitler.
Beliau dengan penuh semangat telah menyertai pasukan tenteranya untuk berjuang menentang
musuh negara. Tugasnya yang pertama ialah sebagai penghantar perutusan dalam pasukan
Infantri Regimen Bavaria ke 16. Beliau terkenal oleh sahabat-handainya sebagai seorang yang
licik dan selalu terlepas dari maut. Oleh sebab keberaniannya, beliau telah dianugerahkan
beberapa pingat termasuklah pingat berprestij iaitu "Iron Cross". Tujuan utama Hitler menyertai
peperangan ini ialah untuk bersama pasukan tentera yang akan menemui kemenangan yang
gemilang. Malangnya, yang sebalik telah berlaku dan Jerman terpaksa mengaku kalah kepada
Perancis dan konconya. Jerman telah dihina apabila mereka dipaksa membayar sejumlah wang
yang besar kepada negara Perancis. Ramai rakyat Jerman merasa dikhianati oleh kerajaan sendiri
yang mereka anggap telah menikam Jerman dari belakang dan ini termasuklah Hitler sendiri.
Beliau amat kecewa kerana negara Jerman yang beliau sanjungi terpaksa tunduk kepada kuasa
lain terutamanya musuh ketat mereka iaitu Perancis. (Sila lihat Perjanjian Versailles) Ketika
perletakan senjata 'Armistice' ditandatangani pada 11 November 1918, Hitler sedang dirawat di
hospital. Ketika itu beliau memangku jawatan sebagai lans-kopral.
[sunting] Pembabitan Hitler awal dalam politik
Selepas Perang Dunia I berakhir, Hitler telah ditempatkan di Munich, ibunegeri Bavaria. Pada
ketika itu Bavaria berada dalam keadaan revolusi. Kurt Eisner, pemimpin parti Sosialis Bebas
Independent Socialist Party, telah mengisytiharkan Bavaria sebagai sebuah republik sosialis.
Akibatnya pada Mei, 1919 Tentera Jerman telah memasuki Munich dan menumpaskan kerajaan
sosialis tersebut. Hitler sendiri telah ditahan kerana disyaki sebagai seorang berfahaman sosialis.
Namun beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk membantu mereka mengenal pasti tentera yang
menyokong kerajaan revolusi pimpinan Kurt Eisner. Beliau kemudiannya, diberi tugasan yang
baru iaitu sebagai perisik gerakan revolusi di Munich.
Pada September 1919, beliau diarahkan untuk menghadiri mesyuarat German Worker's Party
(GWP). Pihak tentera bimbang parti baru ini yang diterajui Anton Drexler, cenderung ke arah
revolusi komunis. Sewaktu menghadiri mesyuarat ini beliau bersetuju dengan misi parti ini iaitu
kearah nasionalisme Jerman dan anti-Semitisme. Walaupun beliau hadir sebagai seorang perisik,
beliau tidak dapat menahan dirinya daripada memberi ucapan yang berkobar-kobar. Drexler amat
tertarik dengan karisma Hitler sewaktu berpidato dan kemudiannya menjemput beliau menyertai
parti ini.
Sewaktu Hitler menyertai parti GWP, keahliannya amatlah sedikit iaitu hanya seramai 46 orang.
Namun beliau tidak berputus asa dan menggunakannya keahliannya sebagai medan latihan untuk
memperbaiki kemahiran berpidatonya. Lama kelamaan beliau telah digilap menjadi bintang yang
bersinar dan kebolehannya untuk berpidato telah menarik ramai orang untuk menyertai parti
tersebut. Hitler kemudiannya terus berkecimpung dalam arena politik. Antara lain beliau telah
membawa masuk beberapa kawan tenteranya termasuk Kaptan Ernst Roehm. Kemasukan
Roehm amat bermakna kepada parti yang baru ini, kerana dia mempunyai akses kepada tabung
tentera dan wang ini telah disalurkan kepada parti tersebut. Hitler kemudiannya diberi tugas
menguruskan jentera propaganda parti pekerja ini dan beliau kemudiannya menukar nama Parti
Pekerja German kepada Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) ataupun parti
Nazi.
Pada Februari 1920, parti NSDAP telah mencetak programnya yang pertama dipanggil "25
Points" (25 perkara). Antara lain, program ini telah menolak syarat-syarat Perjanjian Versailles
dan menyeru rakyat Jerman untuk bersatu. Program ini telah memperkukuhkan ideologi
nasionalisme, dengan memberi hak saksama kepada rakyat Jerman sahaja dan bukannya orang
luar atau orang asing. Pada 24 Februari 1920, sebuah perjumpaan besar-besaran telah diadakan
untuk mengumum program ini kepada rakyat jelata dan ia dihadiri oleh seramai 2,000 orang.
Hitler sedar kejayaan parti Nazi adalah atas daya usahanya sendiri dan Drexler terpaksa meletak
jawatan untuk memberi laluan kepada Hitler.
Pada awal penubuhannya, gerakan parti ini terbatas di Munich iaitu ibunegeri Bavaria. Pada
1923, ekonomi Jerman telah dilanda krisis apabila pekerja di Ruhr telah mengadakan mogok.
Mogok ini berlaku kerana tentera Perancis telah menduduki wilayah tersebut setelah kerajaan
Jerman gagal membayar pampasan perang mereka kepada Perancis. Pada 13 Ogos Canselor
Jerman yang baru, Gustav Stresemann bersetuju untuk kembali membayar wang pampasan
kepada Perancis dan ini mencetuskan kemarahan rakyat Jerman. Hitler menganggap peristiwa ini
sebagai suatu kesempatan untuk menumbangkan kerajaan Bavaria dan juga kerajaan demokratik
Jerman. Walaupun begitu, revolusinya yang dikenali sebagai "Beer Hall Putsch" telah
digagalkan. Pemberontakan selama dua hari ini telah ditumpaskan oleh pihak berkuasa Munich
dan beberapa ahli Nazi telah terbunuh. Hitler dan para penasihatnya telah disabitkan dengan
kesalahan dan dipenjarakan atas tuduhan khianat. Pada waktu ini karier politik Hitler telah
berakhir selama beberapa tahun.
[sunting] Kebangkitan Hitler sebagai Fuhrer parti Nazi
Hitler dibebaskan dari penjara pada 20 Disember, 1924. Jerman pada waktu itu sedang
mengalami pemulihan ekonomi dan rakyatnya mula yakin kembali dengan sistem demokratik
negara. Antara 1924 hingga 1929, partinya mengalami zaman yang malap. Sewaktu pilihan raya
1924 dan 1928, parti NSDAP memenangi kerusi yang sedikit di Reichstag iaitu kurang daripada
20 kerusi. Pada waktu ini, beberapa orang penting telah menyertai parti NSDAP iaitu Joseph
Goebbels dan Heinrich Himmler. Mereka kemudiannya menjadi penyokong Hitler yang paling
berpengaruh semasa beliau memimpin negara Jerman.
Walaupun begitu nasib mula menyebelahi Hitler pada 1929, apabila Amerika Syarikat dilanda
Kemelesatan Besar akibat kejatuhan di Wall Street. Pada akhir 1930, hampir 4 juta rakyat Jerman
telah menjadi penganggur. Sokongan kepada parti NSDAP semakin melonjak. Pada tahun 1929
parti NSDAP memenangi undi majoriti dalam pengundian bandar Coburg, dan kemudiannya
memenangi pengundian daerah Thuringia. Akhirnya pada pilihan raya umum September 1930,
parti pimpinan Hitler telah menambahkan kerusinya dari 14 ke 107, menjadikannya parti kedua
terbesar di Reichstag.
Pada 1932, parti NSDAP telah menjadi parti terbesar di Reichstag, namun parti beliau disekat
oleh parti lain seperti parti Jerman Sosial Demokrat dan parti Komunis Jerman. Sebelum ini,
beliau telah berulang kali meminta Presiden Paul von Hindenburg untuk menjadi Canselor tetapi
telah menemui kegagalan. Akhirnya beliau telah hilang sabar dengan demokrasi dan
melancarkan keganasan terhadap penyokong sosialisme dan komunisme. Ramai penyokong parti
telah dibunuh dan beberapa ahli parti Nazi telah dipenjarakan. Akibatnya, ramai rakyat Jerman
menolak Nazi yang dianggap sebagai parti samseng dan pada pilihan raya 1932, sokongan parti
ini telah menurun. Manakala, parti komunis pula telah mendapat sokongan padu dan telah
berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen sebanyak 100 kerusi.
Walaupun begitu, Hitler telah menggunakan kemenangan parti komunis sebagai suatu
kesempatan untuk menyebar huru-hara. Beliau dengan jentera propagandanya telah berusaha
menakutkan rakyat jelata dengan menyebarkan berita kononnya kebangkitan Bolshevik akan
berlaku dan hanya NSDAP mampu membendungnya. Beberapa ahli perniagaan terkenal yang
risau dengan revolusi tersebut telah merayu kepada Paul von Hindenburg supaya Hitler dilantik
sebagai Canselor. Hindenberg akhirnya terpaksa akur dengan desakan mereka dan melantik
Hitler yang berusia 43 tahun sebagai Perdana Menteri 'Chancellor' Jerman.
[sunting] Jerman dibawah kerajaan "Third Reich"
Selepas pilihan raya 1932, Hitler mencadangkan Rang Undang-Undang Enabling Bill yang
memberi kuasa diktator kepadanya. Rang Undang-Undang tersebut memerlukan tiga perempat
undi Reichstag dan partinya hanya mempunyai satu pertiga kerusi. Walaupun begitu, sebahagian
besar wakil parti komunis telah dimasukkan ke kem tahanan. Hitler hanya memerlukan sokongan
Catholic Centre Party (BVP) untuk meluluskan akta ini. Hitler kemudiannya berjumpa dengan
perwakilan parti ini dan menjamin hak saksama untuk gereja Katolik. Akhirnya parti Nazi
berjaya mendapat sokongan parti BVP dan akta ini diluluskan.
Langkahnya yang pertama ialah mengambilalih persatuan sekerja. Selepas itu parti komunis dan
Sosial Demokrat telah diharamkan. Ini disusuli pula parti lain termasuk Catholic Centre Party,
Nationalist Party dan parti-parti lain selain NSDAP telah diisytiharkan sebagai parti haram, dan
pada akhir 1933 terdapat lebih 150,000 tahanan politik dihantar ke kem tahanan. Joseph
Goebbels telah dilantik sebagai Menteri Propaganda dan sentiasa memantau maklumat yang
disebarkan melalui semua suratkhabar, majalah-majalah, buku-buku, radio dan sebagainya.
Manakala Goering, yang merupakan Menteri Dalam Negeri telah membuang pegawai-pegawai
tinggi polis dan menggantikannya dengan penyokong Nazi. Mereka ini kemudiannya dipanggil
Gestapo.
Pada awal pemerintahan Hitler, sebagai seorang yang gila kuasa beliau sentiasa bimbang dengan
perebutan kuasa dalam partinya sendiri. Oleh yang demikian beliau telah melaksanakan sistem
pecah dan perintah divide and rule bersama pegawai-pegawainya yang berpengaruh seperti
Goebbels, Roehms dan Goering. Antara mereka bertiga, Roehms merupakan orang yang paling
dicemburui kerana mengetuai pasukan SA yang besar dan berkuasa. Oleh itu, beliau telah
dituduh sebagai seorang homoseks oleh musuh-musuhnya. Walaupun, Hitler pada mulanya tidak
mempercayai cerita ini tetapi beliau mempercayainya apabila melihat dengan sendiri pegawai
yang digemarinya itu melakukan hubungan homoseks dengan pegawai bawahannya.
Pada malam yang dikenali sebagai Malam Pisau Panjang "The Night of the Long Knives" Hitler
membunuh semua penentangnya termasuk Roehms dalam parti Nazi. Hitler juga menyalahkan
Komunis dan Yahudi atas kelembapan ekonomi dan berjaya meraih sokongan angkatan tentera
dengan melaksanakan polisi melengkapkan peralatan senjata Jerman.
Namun demikian, banyak kejayaan telah berlaku sewaktu beliau berkuasa di Jerman. Antara lain,
Jerman merupakan negara Eropah pertama yang pulih sepenuhnya daripada kemelesetan
ekonomi "the Great Depression". Kadar pengangguran telah dikurangkan apabila kaum wanita
digalakkan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah, lantas memberi laluan kepada kaum
lelaki untuk mendapat kerja yang baru. Disamping itu, beliau telah memulakan industri automatif
secara besar-besaran di Jerman dengan pembuatan kereta Volkswagen (yang bermaksud "kereta
rakyat" dalam bahasa Jerman) dan juga membangunkan sistem lebuhraya autobahn disana.
[sunting] Bermulanya Perang Dunia II
Pada September 1939, Hitler menyerang Poland dengan serangan taktik blitzkrieg (serangan
darat, udara secara besar-besaran dan mengejut) mencapai kejayaan yang memeranjatkan musuh
dan jeneralnya sendiri. Serangan terhadap Poland bagaimanapun menyebabkan musuh-
musuhnya kini bertindak balas dan pihak British dan Perancis mengumumkan perang terhadap
Jerman, dengan itu memulakan Perang Dunia II.
Ketika berlakunya Peperangan Dunia II, pihak British dipimpin oleh Sir Winston Churchill.
Setelah lama berperang dan setelah mengalami kekalahan di setiap medan pertempuran, Hitler
menyedari bahawa kekalahan sudah tidak dapat dielakkan. Hitler kemudiannya mengahwini
wanita simpanannya Eva Braun, dan kemudiannya membunuh diri bersama-sama pada 30 April
1945. Mayatnya dibakar untuk mengelak daripada jatuh ke tangan musuh.
[sunting] Pautan luar
• (Melayu) Kehidupan Adolf Hitler.