Sei sulla pagina 1di 10

EKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUPAN SEMINAR BUDAYA KERJA CEMERLANG GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT DAERAH KULAI

TAHUN 2009 DEWAN SMK SENAI, KULAI 25 JULAI 2009 1 Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Tuan Hj. Hassan bin Issa, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. 2 Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis. BismilLahirRahmanirRahim. Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh. Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Johor Yang Dihormati En. Anuar bin Jais Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Kulai Yang Dihormati En. Jais bin Sudin Guru Besar SK Senai

selaku wakil Jawatankuasa Kurikulum Daerah Panitia Agama Islam Menengah dan Rendah Program j-QAF dan Panitia Bahasa Arab Yang Berusaha Ustaz Ziman bin Mohammad Penyelia Kanan Pendidikan Islam Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kulai Yang Berusaha Ustazah Kalthom binti Abd. Rahman Penyelia Pendidikan Islam Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kulai Yang Dihormati Tn. Hj. Zakaria bin Omar Guru Penolong Kanan (HEM) SMK Senai selaku wakil kepada tuan rumah Yang Dihormati Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Daerah Panitia Agama Islam Menengah Program j-QAF dan Panitia Bahasa Arab Yang Dihormati Naib Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Daerah Panitia Agama Islam Rendah dan Program j-QAF

seterusnya Yang Dihormati Ahli Jawatankuasa Pelaksana Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 barisan para pendidik; ustaz dan ustazah

hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. 3 Selamat datang ke : Majlis Penutupan Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009. Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ila Majlisil Ikhtitam li Nadwati Saqafiatil `Amaliyatil Mumtazah li Asatidzit Tarbiyyatil Islamiyyah bi Kulai li Sanah Alfin wat Taasi`ah. 4 Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara. Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri. 5 Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Ariffin bin Zakaria. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Ariffin bin Zakaria atas bacaan doa itu tadi. 6 Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa, hadirin dan hadirat sekalian, Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 bukan sekadar sebuah nama. Ianya merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan yang menghimpunkan seluruh guru Pendidikan Islam, Menengah dan Rendah, dan juga guru-guru bagi Program j-QAF di Daerah Kulai ini. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan penghayatan budaya kerja cemerlang di kalangan guru-guru Pendidikan Islam di Daerah Kulai ini; agar hasrat untuk melahirkan guru yang bukan sahaja mempunyai ciri-ciri mudarris, malahan mu`allim, mursyid, mu`addib dan murabbi. Indah mekar si bunga kiambang Mekar mewangi di taman larangan Seminar Budaya Kerja Cemerlang harapannya gemilang Melahirkan mudarris mumtaz lagi berketrampilan. 7 Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Anuar bin Jais, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan Tuan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Anuar bin Jais atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. 8 Hadirin dan hadirat sekalian, Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar ucapan perasmian penutup Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009. Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan Tuan. Setinggi-tingi penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. 9 Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kesudian Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa hadir ke dalam Majlis kita pada hari ini, dan sudi untuk menyempurnakan upacara perasmian penutup Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai tahun 2009, Majlis ingin menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada beliau. Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Jais bin Sudin untuk mengiringi Yang Dihormati En. Anuar bin Jais untuk menyampaikan tanda penghargaan tersebut. Dipersilakan dengan segala hormatnya. 10 Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Anuar bin Jais di atas kesudian menyampaian tanda penghargaan sebentar tadi. Dan Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa di atas kesudian hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini. Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan

Buat kenangan sepanjang hayat. Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir ke halaqah ilmu; Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 dan memeriahkan Majlis Penutupan kita pada hari yang penuh keberkatan ini. Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009, terutamanya pihak Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, SMK Senai selaku tuan rumah, Ahli Jawatankuasa Pelaksana, para pendidik yang terdiri daripada barisan ustaz dan ustazah, dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Tanam langguna tumbuh kelapa Terbit bunga pucuknya mati Budi semua tak kami lupa Sudah terpaku di dalam hati. 11 Hadirin dan hadirat sekalian, Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi. Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis. 12 Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali. Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

13 Dijemput kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa diiringi dif-dif jemputan untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dan dijemput juga kepada semua tetamu untuk turut mengiringi dan menikmati jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan. Majlis bersurai.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dr. Aris Kasan, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam diiringi Tuan Haji Abdul Ghani Ishak, Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara dan Tuan Haji Razmi b. Abdul Majid, Ketua Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Yang Berbahagia Dr. Aris Kasan, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Ghani Ishak, Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Yang Berusaha Tuan Haji Razmi b. Abdul Majid, Ketua Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara merangkap Pengurus Program Pengurusan Bakat Pelajar 2010. Yang dihormati En. Mohd Zaid Abu, Penghulu Program Bakat Pelajar serta penghuluwati. Barisan Personalia Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Istitut Aminuddin Baki serta barisan urusetia. Seterusnya rakan-rakan guru Bimbingan dan Kaunseling peserta kursus yang dimuliakan. Assalamualaikum wbh, salam sejahtera juga salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dr. Aris Kasan ke Negeri Kedah Darul Aman khususnya ke Bandar Darul Aman, Jitra khas untuk menjayakan majlis Penutupan Program Pengurusan Bakat Pelajar yang telah berlangsung dari 8 hingga 10 Mei 2010. Pucuk Pauh delima batu, Anak Sembilang di tapak tangan; Terima kasih tuan sudi bertamu, Penutupan program yang dijalankan.

Untuk mendapat keberkatan Allah SWT, majlis penutupan Program Pengurusan Bakat Pelajar dimulakan dengan mempersilakan Ustaz Abdullah Hj. Ahmad dari SMK Sik untuk memimpin bacaan doa. Alfadzil ustaz dipersilakan. Alhamdulillah. Sepanjang 3 hari 2 malam beliau diberi mandat sebagai penghulu untuk kursus ini. Untuk itu sebelum tirai perpisahan berlabuh, majlis dengan sukacitanya menjemput En. Mohd. Zaid b. Abu dari SMK Sayung Kuala kangsar, Perak untuk memberikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih atas ucapan daripada Tok Penghulu kita sebentar tadi. Seterusnya saya bagi pihak majlis mempersilakan Tuan Rumah, Tuan Pengarah Institut Aminuddin Baki (cawangan Utara), Tuan Haji Abdul Ghani Ishak untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan. Sekalung penghargaan dan terima kasih atas ucapan tuan sebenatar tadi. Tuan-tuan dan puan-puan, sidang dewan yang dimuliakan, Bagi melengkapkan acara kita pada petang ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Aris Kasan Pengarah Bahgian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Penutupan Program Pengurusan bakat Pelajar kali ke-2 bagi tahun 2010. Dengan segala hormatnya tuan dipersilakan. Terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Dr. memeberikan ucapan dan setersunya merasmikan penutupan program pada hari ini. Majlis pada petang ini akan diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil dan cenderamata. Untuk itu majlis sekali lagi menjemput Yang Berbahagia Dr. Aris Kasan untuk menyampaikan sijil kepada wakil urusetia dan peserta dari 4 buah negeri yang terlibat dalam program ini. Dipersilakan Tuan haji Razmi b. Abd. Majid wakil IAB untuk menerima sijil bagi pihak urusetia. En. Mohd. Radzi b. Abdullah wakil peserta dari Negeri Kedah Darul Aman. En. Ruzaimi Othman wakil peserta dari Negeri Perlis Indera Kayangan. En. Mohd. Zakaria b. Zain - wakil peserta dari Negeri Pulau Pinang. En. Mohd. Khairul Abd. Hak - wakil peserta dari Negeri Perak Darul Ridzuan. Seterusnya dipersilakan En. Mohd. Zaid Abu untuk menyampaikan cenderamata. Diperilakan; Tuan Haji Razmi b. Abd. Majid Ketua Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara merangkap Pengurus Program Pengurusan Bakat Pelajar 2010.

Tuan Haji Abdul Ghani Ishak, Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Dr. Aris Kasan, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Terima kasih En. Mohd. Zaid Abu. Dijemput pula Tuan Haji Abdul Ghani Ishak, Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara untuk menyampaikan cenderamata kepada Dr. Aris Kasan, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan berdua kerana sudi menyempurnakan majlis. Tuan-tuan dan puan-puan, Dengan berakhirnya acara penyampaian sijil dan cenderamata sebentar tadi, maka berakhirlah Program Pengurusan Bakat Pelajar yang telah berlangsung dari 8 Mei hingga hari ini 10 Mei 2010. Sebelum berakhir izinkan saya sebagai halwa telinga membacakan 3 rangkap pantun untuk tuan-tuan dan puan-puan imbau sebagai kenangan sebelum kaki melangkah pulang; Shopping-shopping di pekan Nilai, Singgah di KL naik menara; Ilmu dan maklumat tidak ternilai, Jasa dikenang selam-lama. Di puncak menara di tengah Bandar, Makan rojak bersama mee; Ada taklimat, kursus dan seminar, Selitlah lagi nama kami. Melangkah pulang anaklah alansannya, Beli hadiah berkotak-kotak; Berpisah sementara mudahan tak lama, Dijemput lagi mesti tak tolak. Sekian, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Aris Kasan, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam diiringi Tuan Haji Abdul Ghani Ishak, Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara dan Tuan Haji Razmi b. Abdul Majid, Ketua Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara ke jamuan petang yang disediakan di cafeteria. Sehingga kita bertemu semula dalam kesempatan yang lain, sesungguhnya yang

baik itu dari Allah SWT yang telah mencipta saya dan yang buruk itu dari saya yang telah dicipta oleh-Nya. Assalmualaikum wbh. Dan salam sejahtera.