Sei sulla pagina 1di 1

LAMPIRAN A

Menjawab Aduan :
Aduan Pelbagai Masalah di Taman Desa Gemilang, 53100 Gombak, Selangor.

 email 27/5/2011

 STARS 0211/05/11-(1)

 STARS 0027/06/11-(1)

1. Jambatan Runtuh

Pada 19/05/2011 (Khamis) hujan lebat pada jam 6.30 petang dan beransur reda pada jam
9.00 malam. Akibat daripada itu berlaku limpahan air sungai di atas jalan utama Kg. Sg.
Pusu disebabkan culvert yang sediada telah tersumbat dengan sampah sarap dan kayu
kayan. Pihak JKR dan kontraktor projek telah pun membersihkan culvert tersumbat dan
membaikpulih permukaan jalan lencongan sementara tersebut serta menambah keperluan
papantanda, delineator string, blinker, barrier dan kon bagi keselamatan pengguna jalan
raya.

Untuk makluman, jalan tersebut dalam pembinaan menaiktaraf jalan termasuk menaiktaraf
pembentung sediada kepada Arch culvert. Oleh kerana sejak akhir-akhir seringkali hujan,
maka kerja-kerja pembinaan nampak perlahan. Pihak kontraktor terpaksa mengambil masa
membersihkan pasir/batuan yang memasuki kawasan pembinaan foundation dan wingwall.
Selain itu pengalihan kabel elektrik 11kv masih belum dialihkan oleh TNB, di mana ianya
menyebabkan kerja-kerja pembinaan terganggu.

Keperluan papantanda dan lain-lain alatan bagi pengurusan trafik lencongan sementara
telah pun dilaksanakan. Antara keperluannya adalah seperti papantanda, blinker, delineator
sting, kun dan barrier. Malang sekali vandalisme selalu berlaku di mana terdapat blinker
yang dipecahkan dan dicuri. Dengan ini menyebabkan kawasan tersebut seolah nampak
tidak selamat kepada laluan trafik. Keadaan ini akan dipantau secara berterusan bagi
memastikan keselamatan pengguna terjamin.

2. Tiang Lampu Terbalik


Di luar penyelenggaraan
3. Iklan Haram Yang Bersepah
JKR Gombak,didapati di
4. Padang Permainan Di Taman Desa Gemilang Berbahaya dalan kawasan seliaan
MPS.
5. Lereng bukit di sekitar tangki terhakis

Potrebbero piacerti anche