Sei sulla pagina 1di 26

SEKOLAH KEBANGSAAN

TAMAN SERI PAGI


70450 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
DARUL KHUSUS

PERANCANGAN STRATERGIK
PERSATUAN PUTERI ISLAM
2010
LATAR BELAKANG PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah


pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di
sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan
serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.

Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing


puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-
potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Allah S.W.T

SEJARAH PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun
60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang
diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong
yang pertama.

Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu,


kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat
masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh


DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang
Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum
Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan
Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua
PPIM Pertama. Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi
memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat
kebangsaan pada 20 Jun 1987. 

Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah


mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh
Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku
Bainun. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai
Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab
perguruan di seluruh Malaysia. 

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan
Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan
remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat
seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. 
PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi
pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon
Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa. 

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah
Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke
Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku
Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi


oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa
bertanding pada sesi pemilihan 2007-2009.
VISI PPIM

BERILMU, BERIMAN, BERAMAL

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai


ciri-ciri berikut :

 Beriman dan berakhlak murni berdasarkan


prinsip-prinsip Islam.

 Mempunyai kesihatan diri dan mampu


;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari
segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan
fizikal.

 Mempunyai rasa kasih dan hubungan


silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri,
keluarga, masyarakat dan negara.
MISI PPIM

 Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-


Quran dan hadith di dalam konteks alam dan
kehidupan yang nyata melalui program- program
yang dijalankan.

 Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal


kepada masyarakat khususnya puteri melalui
aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.

 Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan


pengetahuan dan kemahiran supaya dapat
menyumbang secara positif kepada diri, keluarga
dan masyarakat.
MATLAMAT PPIM
SK TAMAN SERI PAGI

Membimbing ahli menjadi anggota masyarakat yang


bertanggungjawab, berdikari serta dapat memberi sumbangan
kepada keharmonian dan kesejahteraan Negara.

OBJEKTIF PPIM
SK TAMAN SERI PAGI

 Melahirkan insan yang mempunyai keperibadian yang mulia


 Melahirkan ahli puteri islam yang dapat menyumbang
khidmat bakti kepada ibu bapa, keluarga, masyarakat dan
negara.
 Melahirakan ahli puteri islamyang berdaya usaha, berdisiplin,
dan berdikari disamping bersedia menjalinkan rasa muhibbah
dan kerjasama.
 Memupuk peribadi setiap ahli supaya berikhtiar mendapatkan
ilmu serta tidak mengabaikan kewajipan terhadap ibu bapa,
keluarga, agama dan masyarakat
BENDERA PPIM

 
 
 Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah
terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran
bendera.

   
 Penggunaan

         - Setiap upacara rasmi


         - Tatacara Perjumpaan
   
 Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan

Bendera Negeri
Bendera Malaysia
Bendera PPIM

LOGO PPIM
PENGERTIAN LOGO

 Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan
lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

 Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di  dalamnya ditulis
dengan huruf jawi Permulaan daripada  perkataan “PERGERAKAN PUTERI
ISLAM."( Pa Pa Alif)

 Di bawah logo ini tertulis perkataan :-

         “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri @ “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin

PENGERTIAN WARNA

 Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan

 Hijau : Agama

 Taqwa sebagai TERAS

 Putih : Kesucian

 Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

Kurikulum PPIM di Sekolah


Berikut adalah panduan bidang-bidang kurikulum yang harus dijadikan asas program dan
aktiviti-aktiviti PPIM di sekolah:

BIL BIDANG CONTOH-CONTOH TAJUK

Tatacara perjumpaan
1 Pengenalan
1.2 Sejarah
PPIM 1.3 Falsafah
1.4 Objektif

2 Kerohanian
Pemahaman dan Pengukuhan Al-Quran
dan Hadis melalui Aktiviti Kritis.
2.1 Kenabian dan Nabi-Nabi
2.2 Malaikat
2.3 Sifat 20
2.4 Asma Ul-Husna
2.5 Al-Quran
2.6 Hadith (mengenai berbagai topik)
2.7 Ayat Al-Quran
·  An Nissa (tentang berbagai topik)
·  Luqman (tentang berbagai topik)
·  Maryam (tentang berbagai topik)
2.8 Manusia sebagai Khalifah di Bumi
2.9 Adab dan Panduan Membaca Al-Quran

3 Kesihatan dan
3.1 Maksud Kesihatan
Tugas
Pembangunan Diri 3.2 Citra (Imej) Diri
3.2.1 Kebersihan Diri (Fizikal)
·  Penjagaan kulit muka.
·  Penjagaan kaki, tangan, telinga, mulut dan
·  rambut.
3.2.2 Pakaian / Alas Kaki / Stokin
·  memilih / mendobi / menjaga
·  merawat, menghilang tanda.
3.2.3 Penampilan Diri
·  cara duduk, berjalan, bercakap
3.3 Pembangunan Diri
3.3.1 Perubahan diri (remaja)
3.3.2 haid
3.3.3 cara mandi wajib, hormon percintaan
3.4 Makanan Dan Pemakanan
3.4.1 Asas Pemakanan
3.4.2 Kandungan dan nilai.
·  pilihan makanan :
i. makanan untuk mandiri
ii. makanan segera
iii.makanan untuk orang sakit.
iv.makanan untuk kanak-kanak.
v. sarapan.
·  cara memasak
·  cara menghidung
·  cara mengemas dan membersih

4 Keluarga dan
4.1 Kitaran Hidup
Masyarakat
4.1.1 Peringkat-peringkat umur dan ciri-ciri setiap
peringkat.
4.1.2 Tugas dan tanggungjawab jenis setiap peringkat.
4.2 Pengenalan diri
4.2.1 Siapa saya
4.2.2 Perbezaan lelaki dan wanita
4.2.3 Tugas-tugas pembangunan diri
4.3 Khidmat Masyarakat
4.3.1 Gotong-royong
4.3.2 Derma pakaian / duit / buku terpakai
4.3.3 Lawatan ke rumah orang tua, anak-anak yatim.
4.3.4 hospital, kanak-kanak cacat / istimewa.

5 Kemahiran
5.1 Seni dan Budaya
5.1.1 Seni pertahankan diri
·  sifat
·  tekwando
·  tai chi
5.1.2 Apresiasi Seni (Semua jenis)
·  Drama
·  Pantomin
·  c. Seni Suara:-
- nyanyi
- koir
- nasyid
- lagu patriotik
·  Sketsa
·  e. Puisi:-
- sajak
- syair
- gurindam
- pantun
·  Gimrama, Gimnastik, Artistik, Senamrobik.
5.1.3 Seni Halus
·  tekat
·  sulaman
·  jahitan (asas):-
- sembat
- jelujur
- merangka pola
- tampal jerumat
- jahitan manik
·  tenunan
·  anyaman:-
- bakul
- ketupat
- tikar
- saji
·  Membatik:-
- cap canting
- ikat
- celup
·  Ukiran:-
- Buah
- Kayu
- sabun
·  Seramik termasuk hiasan
·  Cengkerang
·  Lipatan:-
- origami
- kain
- surviette
·  Gubahan:-
- bunga
- buah
- riben
5.1.4 Seni Cetak
·  T-Shirt
·  Kad
·  Proses percetakan, penjilidan, Resos top publishing.
5.1.5 Seni Lukis
·  Kolej
·  Catan
·  Lukisan
5.1.6 Seni Khat
·  Copper tooling
5.2 Celik Komputer
5.2.1 Asas
5.2.2 Grafik
5.2.3 Typesetting
5.3 Pengurusan Rumah Tangga
5.3.1 Menjaga / Mengemas / membersih (dalam
rumah)
·  bilik tidur
·  dapur
·  tandas
·  stor
5.3.2 Menjaga & Membersih (luar rumah)
·  Taman (lanskap)
·  Kolam Ikan
·  Kolam Renang
·  Air pancut mini
5.3.3 Hiasan Dalaman
·  Skima warna
·  Pilihan Fabrik
·  Mengatur Perabot
·  Menjaga perhiasan (tembaga, perak)
·  Menjaga kaca & cermin
·  Menjaga tikar getar, jerami, plastik, permaidani,
pandan, mengkuang.
5.4 Ekonomi
5.4.1 Merancang ekonomi
5.4.2 Asas Perniagaan

6 Rekreasi Dan
6.1 Perkhemahan
Aktiviti Luar
·  mendirikan Khemah
·  ikatan
·  gajet
·  masakan
·  kawad.
6.2 Aktiviti Luar
6.2.1 Sukan dan Permainan
·  Dalam (cator, saidina, shahiba, dart)
·  Luaran:-
i. Gelanggang (Bola jaring, Bola Tampar, dll.)
ii. Padang (Lawn Bowl, Lompat Jauh, Lompat Tinggi
dll.)
·  Tradisional
- congkak, seremban, gelang panjang.
6.2.2 Kembara / Orienteering
·  mendaki gunung
·  membaca kompas
·  membaca peta
6.2.3 Aktiviti Lasak
·  Berkeno (Canoeing)
·  Berakit
·  Flying fox
·  Rope Crossing
·  River Crossing
·  Absailing
·  Memanah
·  Berkuda
·  Berbasikal Lasak
·  Mendaki
·  Menembak
6.2.4 Sukan/Air
·  Berenang
·  Snorkeling
·  Permainan Pantai (Bola Tampar, Istana Pasir)
·  Berkelah

7 Pertolongan
7.1 Memahami tentang Kecederaan dan Rawatan
Cemas 7.2 Alat dan Bahan Berbahaya: Tahu cara
penggunaan dan penjagaan yang betul.
7.3 Anduh dan balutan
7.4 Kotak Pertolongan Cemas
7.5 Mengetahui tentang kemalangan di rumah
yang berpunca daripada kelalaian.
7.6 Cara rawatan kemalangan di dalam dan di luar
rumah.
7.7 Cara memberi rawatan kecemasan.
7.8 Mendapat Pendedahan dan tahu
melaksanakan.
7.9 Tahu membantu Teknik-teknik kelahiran
kecemasan.
7.10 Bersalin
8 Alam Sekitar
Alam Sekitar dan Agama
dan Agama 8.1 Alam Sekitar Sebagai Kitabullah Yang Kedua.
8.2 Alam Sekitar Sebagai Amanah
8.3 Pencemaran dan Degradasi Alam Sekitar dari
sudut Al-Quran.
8.4 Pemeliharaan Alam Sekitar
8.4.1 Kitar Semula
·  Kertas
·  Aluminium
·  Komposting
8.4.2 Memelihara sungai/air
8.4.3 Memelihara hutan / tumbuhan
·  menanam pokok
·  membersih pantai, tepi sungai
8.4.4 Menjimat tenaga

Jenis dan Tahap Latihan


Guru/ pensyarah/ pemimpin yang berminat untuk menjadi Jurulatih dikehendaki
mengikuti kursus secara berperingkat pada semua tahap dan kursus kejurulatihan (TOT)
di semua peringkat.

 STRUKTUR
PENSIJILAN, TAULIAH DAN LENCANA
PEMIMPIN
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

TAHAP PERINGKAT  SIJIL  TAHAP  LENCANA


KURSUS

Kursus
Sijil & Tauliah Pemimpin Tauliah Jurulatih Lencana Jurulatih
 ASAS Pemimpin
Peringkat Asas Asas Asas
Peringkat
Asas

Kursus
Pemimpin Tauliah Jurulatih Lencana Jurulatih
 II Sijil & Tauliah Pemimpin
Peringkat Mahir Mahir
Peringkat Kemahiran
Kemahiran

Kursus
Pemimpin Sijil & Tauliah Pemimpin Tauliah Lencana
 III
Peringkat Peringkat Lanjutan Jurulatih  Jurulatih
Lanjutan Lanjutan Lanjutan

# Penilaian untuk Pengiktirafan adalah TOT bagi semua tahap

STRUKTUR ORGANISASI PPIM


PERINGKAT SEKOLAH 2010

PENGERUSI
EN RUZLAN BIN MOHD YUSOF (GURU BESAR)

PENASIHAT
PN RUSLINAH (GPK KOKURIKULUM)

KETUA PEMIMPIN
PN SUTINA MUHAMMAD HANIP

SETIAUSAHA
PN HALIJAH BT MANAP

PEMIMPIN-PEMIMPIN
PN SHAHI NAZLI
PN ZAKIYAH
PN SITI NORLINDA
PN NOR AZILA
PN SYARIFAH ZUHAIRA
PN SHRIFAH ROSHANIDAH
PN SITI NORHAMIZAH
PN FATIMAH
PN ROBIAH
PN WAN HASNI
PN AZLINA
PN FARIEDAH
PN NOORZARIDA
PN ROHIMAH
PN EZDIANEY
PN KAMISAH

STRUKTUR ORGANISASI PPIM


MURID 2010

PENGHULUWATI
FATIAH ZAHIDAH BT MOHD FAUDZI -6A

NAIB PENGHULUWATI
NUR AFIQAH BT ZAHARI -5B

SETIAUSAHA
AINUR YASMIN BT MOHD YUSOF -6D

BENDAHARI
SITI NOR FARAH BT ABU BAKAR -6A

AHLI JAWATANKUASA
SARAH HASHIM -4D
NOOR FARAH HANIS AZHAR -4D
RADINAEISYAH BT BEE SHAM -5E
NOR AFIFAH BALQIS BT BADLISHAH -5C
NUR FARRA SYUHADA BT MD ZIN -6E
IZMIE SYAZLIN BT IZHAR -6D
NABILA AMIRA BT RIZAN -6B

AHLI
TAHUN 4 = 35
TAHUN 5 = 50
TAHUN 6 = 47

PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN


PPIM SK TAMAN SERI PAGI
2010

TARIKH AKTIVITI TINDAKAN


28 JANUARI - MESYUARAT PPIM KALI-1 PN SUTINA
20 FEBRUARI - PENGENALAN PUTERI PN SUTINA

- LAFAZ IKRAR PUTERI PN HALIJAH

- MELUKIS LOGO PUTERI PN SYRIFAH ZUHAIRA

- NASYID ASMA UL HUSNA


10 APRIL - RIWAYAT HIDUP RASULULLAH - PN SHAHI NAZLI

- CIRI AKHLAK MULIA - PN WAN HASNI

- SIFAT 20 - PN KAMISAH

- RUKUN ISLAM & IMAN


24 APRIL - PENAMPILAN DIRI - SITI NORLINDA

- PENJAGAAN DIRI - PN SITI NORHAMIZAH

- PENYAKIT BERJANGKIT - PN EZDIANEY

- MAKANAN SEIMBANG
MEI PERKHEMAHAN - SEMUA PEMIMPIN

PERINGKAT DAERAH PUTERI


3 JULAI - GOTONG-ROYONG - PN ZAKIYAH

MEMBERSIHKAN KAWASAN - PN AZLINA

SEKOLAH - PN NOORZARIDA
31 JULAI - MENYEDIAKAN SARAPAN - PN NORAZILA

SEPERTI SANDWICH DAN AIR - PN FATIMAH

MILO DAN TEH - PN ROHIMAH


25 SEPTEMBER - JAHITAN ASAS SEPERTI - PN SYARIFAH

JELUJUR DAN SEMBAT ROSHANIDAH

- MEMASANG CADAR - PN FARIEDAH


- PN ROBIAH
23 OKTOBER - GUBAHAN DARI BAHAN - GURU PEMIMPIN

TERBUANG BAGI SETIAP SETIAP KUMPULAN

KUMPULAN

PROSEDUR PENDAFTARAN

1. Senarai Nama Sekolah dan Ahli

 Sekolah / Institusi (Senarai sekolah-sekolah berdaftar ikut Perhubungan Negeri)

 Ahli Skuad Puteri

 Ahli Seumur Hidup


2. Cara Menganggotai PPIM

2.1 Prosedur Penubuhan PPIM di Sekolah   

i) Guru-guru pemimpin memaklumkan kepada Pengetua atau penolong Kanan Ko-


Kurikulum    tentang penubuhan PPIM dan menerangkan tentang organisasi di peringkat
sekolah.

   
ii) Menguruskan pendaftaran penubuhan PPIM sekolah dengan mengisi Borang
Pendaftaran   Penubuhan PPIM secara online (Format A). Sila cetak sebanyak 4 salinan.

 Salinan 1 kepada Setiausaha Perhubungan Negeri


 Salinan 2 kepada Setiausaha Perhubungan Daerah
 Salinan 3 kepada Jabatan Pendidikan Negeri
 Salinan 4 untuk simpanan sekolah

#  Tidak perlu menghantar  salinan kepada Setiausaha Kehormat PPIM di Ibu Pejabat
PPIM Kebangsaan kerana pendaftaran penubuhan telah dilakukan secara online.

iii) Ibu Pejabat PPIM akan menghantar Surat Pengesahan Pendaftaran, kepada Sekolah /
Kolej / maktab / Universiti dan Salinan kepada:

 Pengerusi Perhubungan Negeri

 Setiausaha Perhubungan Negeri

 Jabatan Pendidikan Negeri   

iv) Sekolah juga akan menerima 'Kad perakuan Pendaftaran berserta Nombor
Pendaftaran'.
CONTOH PERAKUAN PENDAFTARAN

      
PERSATUAN PUTERI ISLAM
SEKOLAH KEBANGSAAN
TAMAN SERI PAGI
70450 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
DARUL KHUSUS

SESSI 2010

Potrebbero piacerti anche