Sei sulla pagina 1di 8

KERTAS KERJA MINGGU KEUSAHAWANAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)


SK BANDAR BARU RAWANG

1. PENGENALAN

Program Minggu Keusahawanan merupakan acara PPKI SK Bandar Baru Rawang yang
diadakan buat julung kalinya. Penyertaaan pelajar khas sama ada secara langsung atau tidak
langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas
yang perlu didedahkan kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, Program Hari
Keusahawanan ini telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi
melahirkan pelajar khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat
mengaplikasikan kemahiran  di dalam menguruskan kehidupan.

Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah berbentuk
program pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi pendedahan dan melihat
sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang adalah
aktiviti hari keusahawanan. Ia merupakan satu program untuk membantu meningkatkan
potensi diri murid-murid dari segi fizikal dan kognitif.

Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dan menzahirkan
semangat kekitaan antara semua warga SK Bandar Baru Rawang terutamanya antara murid
berpendidikan khas dengan murid aliran perdana.

2. RASIONAL

Memberi pendekatan berkaitan kepimpinan,disiplin dan kemahiran pengurusan yang


perlu ada dalam diri para pelajar Pendidikan Khas.Ia bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri dan ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap pelajar.

3. OBJEKTIF
i. Mendapatkan dana bagi pelbagai aktiviti murid PPKI
ii. Memberi pendedahan kepada murid mengenai kaedah perniagaan dan
mengaplikasikan pembelajaran di dalam kehidupan seharian.
iii. Melibatkan pelajar melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan

4. TEMA
“SUMBANGAN ANDA KEBANGGAAN KAMI”
5. PERINCIAN PROGRAM
Tarikh : 23 – 26 Mei 2011
Masa : 9.30 – 10.30 setiap hari
Tempat : Perkarangan PPKI dan Kantin SK Bandar Baru Rawang
Penglibatan : Semua guru, kakitangan, ibubapa PPKI dan murid SK Bandar Baru
Rawang

6. AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Puan Hamidah binti Ismail (Guru Besar)


Pengerusi : Puan Siti Hawa binti Hj Nawawi (Guru Penolong Kanan)
Naib Pengerusi 1 : Puan Sabariah binti Isa (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi II : Puan Rahayu binti Abdul Manan (GPK Kokurikulum)
Penyelaras Program: Encik Azman Latiff
Setiausaha : Puan Junaida binti Ramli
Bendahari : Puan Sabrina binti Sulaiman
Siaraya/Peralatan : Puan Marlina
Buku Aturcara : Puan Kistina
P.A Sistem : Encik Azman Latiff
Dokumentasi : Puan Nurul Hidayah binti Abu Bakar
Gerai Jualan : Ibu/bapa murid PPKI

7. PENGISIAN PROGRAM
i. Jualan Hasil Kerja Murid
ii. Jualan Makanan
iii. “Jumble Sale”
iv. Pameran Hasil Kerja Murid
v. Pameran Bahan Bantu Mengajar
vi. “Slide Show” PPKI

8. TENTATIF PROGRAM

7.40 - PERHIMPUNAN
- pelancaran Minggu Keusahawanan
9.30-1030 - Jualan Bermula di perkarangan PPKI
9. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


1. Modal Jualan
i. Cup Cake i RM 200.00 RM 200.00
ii. Chocolate Stik ii RM 100.00 RM 100.00
iii. Kerepek Ubi iii RM 40.00 RM 40.00
iv. Chocolate Susu iv RM 30.00 RM 30.00
v. Wafer v RM 20.00 RM 20.00
vi. Buah Tembikai vi RM 20.00 RM 20.00
vii. “Sand Art” vii RM 30.00 RM 30.00
viii. Getah Rambut viii RM 30.00 RM 30.00

2. Lain-lain RM 30.00
JUMLAH BESAR RM 500.00

10. PENUTUP

Dengan terlaksananya Program Minggu Keusahawanan ini diharapkan dapat


mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan muhibbah dalam kalangan warga SK Bandar
Baru Rawang, ibubapa murid PPKI, di samping dapat mewujudkan persefahaman dan
semangat kerja berpasukan sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan
mencapai objektif.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................... ........................................................
(PUAN JUNAIDA BINTI RAMLI) (ENCIK AZMAN LATIFF)
Setiausaha Penyelaras PPKI
Program Minggu Keusahawanan PPKI
SK BANDAR BARU RAWANG

KERTAS KERJA
MINGGU KEUSAHAWANAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
2011

TARIKH:
23-26 MEI 2011

TEMPAT:
PERKARANGAN PPKI
DAN
KANTIN SEKOLAH
MATLAMAT

Matlamat pendidikan keusahawanan sekolah ialah untuk membentuk pelajar khas sebagai pencipta kerja yang
berpotensi dan bukan sebagai sebagai pencari kerja.Bekerja sendiri dan memiliki perniagaan adalah satu obsyen yang
realistik untuk pelajar Khas yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal.
Matlamat program ini adalah untuk member pendekatan berkaitan kepimpinan,disiplin dan kemahiran pengurusan
yang perlu ada dalam diri para pelajar Pendidikan Khas.Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman
mental serta ketahanan fizikal setiap pelajar.Aktiviti ,produk dan modul yang disusun di dalam program ini adalah
bertujuan untuk menonjolkan bakat dan kemahiran para pelajar khas dalam menempuh cabaran globalisasi yang bakal
mendatang.

OBJEKTIF
a.       Membolehkan pelajar khas menjalankan kerja buat sendiri,menyenggara dan membaik pulih mudah dan menyedari
potensi kea rah keusahawanan.
b.      Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan supaya boleh bertindak
sebagai seorang pengguna atau pengeluar yang sejajar dengan nilai etika perniagaan.
c.       Memupuk sifat kreatif ,inovatif ,suka berusaha ,jujur,bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang bersistem ,tabiat
kerja yang selamat,sihat dan bertanggungjawab.
d.      Memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasai pengalaman berniaga.
e.       Memberi peluang kepada pelajar khas untuk berinteraksi dengan pelajar perdana,masyarakat dan sebagainya.
f.         Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar khas.
g. Melatih pelajar-pelajar khas dalam bidang perniagaan secara amali.
h. Memberi pendedahan peringkat awal kepada pelajar-pelajar  khas tentang pelbagai cabaran dan
persaingan dalam dunia perniagaan.
i. Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dan melatih mengamalkan nilai-nilai
etika dan perniagaan.
j. Melahirkan usahawan dari PPKI SMK Demak Baru yang berkualiti dan berdaya maju menjelang tahun
2020.
TARIKH PERLAKSANAAN
Bermula Jan 2011

TEMPAT
Tempat yang telah dipilih untuk aktiviti ini adalah kelas PKBP 6 kerana kedudukannya yang strategik untuk pelajar khas
dan pelajar perdana.Kelas ini dipilih juga kerana tempat yang terbuka dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan.
KUMPULAN SASARAN
Keperluan  sasaran iaitu pelajar Pendidikan Khas yang telah menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.
(PMR).Mereka ini yang akan menguruskan bilik yang dikhas untuk aktiviti jual beli dengan dibantu oleh seorang guru.
SASARAN JUALAN
Pelajar Pendidikan Khas,Pelajar Aliran Perdana ,Guru Khas serta para pelawat dari sekolah-sekolah yang lain.

PRODUK JUALAN DAN RASIONAL


Antara produk jualan yang bakal dipamerkan dan dijual ialah:
a)      Kraftangan hasil pelajar khas
b)      Lukisan hasil pelajar khas
c)       Hasil jahitan dan anyaman(sarung bantal,sarung bakul sampah,tuala,bakul)
d)      Hasil Masakan
e)      Hasil Pertanian
f)       Barang makanan ringan seperti keropok,kerepek yang dibuat sendiri atau yang dibeli secara borong dan dibungkus
semula oleh pelajar khas.
g)      Mesin fotostat.
Rasional jualan produk yang disebutkan adalah untuk membuktikan kepada masyarakat yang para pelajar khas mampu
bersaing dalam menghasilkan produk dan mampu untuk menampung keperluan diri sendiri kelak.Semua keuntungan
hasil dari jualan ini juga akan digunakan untuk menampung pembelian alatan pelajar dan keperluan para pelajar khas.

KEPERLUAN LOGISTIK
a) Meja
b) Rak
c) Mesin kira
d) Buku kira-kira
e) Papan Putih

PELAN PERLAKSANAAN STRATEGI


Bagi memastikan perlaksanaan mengikut perancangan sebuah jawatankuasa kerja telah dilantik untuk menjayakan
program ini.

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK DEMAK BARU.
Pengerusi :
 En Ramli Bin Hj Hasbi
Naib Pengerusi:
En Jamal Shukuri Bolhassan
Setiausaha: Pn Norzita Mohamed
Bendahari : Cik Khadijah Zolfeley
AJK
Pn. Dayang Hasimah Awang Madian (Guru PPKI)
Cik Nillip (PPM PPKI)
Zul Helmi Majeni (Murid PPKI)
Maxwell AK Aping (Murid PPKI)
Awang Muhamad Izudin (Murid PPKI)
Kristie Umi Bt Raya (Murid PPKI)
Abdul Mukmin (Murid PPKI)
Nur fazilah  (Murid PPKI)
JADUAL PROGRAM/MASA
1. Setiap hari  waktu persekolahan (8.20-9.00/9.30-10.10)
LATAR BELAKANG PROGRAM KEUSAHAWANAN
Pelaksanaan program dibuat melalui dua pendekatan iaitu latihan dalam kelas dan latihan praktikal yang dijalankan di
sekolah seperti di koperasi.
1. Latihan Dalam Kelas
Program akan dikendalikan pada dua peringkat iaitu program pengenalan/Asas Keusahawanan yang dijalankan pada
awal tahun dan program pengukuhan dan penilaian yang dibuat pada akhir tahun.
Modul 1 : Program Pengenalan/Asas Keusahawanan
Pendedahan secara teori dan latihan akan diberikan melalui modul-modul yang telah dibina khas untuk program ini
iaitu;
i) Mengenali Dunia Keusahawanan
Sesi Perkongsian Pengalaman dengan usahawan-usahawan yang terpilih bagi menarik minat murid-murid dalam
bidang keusahawanan.
ii) Kepimpinan dan “Teamwork”
Aktiviti berkumpulan tertumpu kepada membina kekuatan kumpulan dan kepimpinan.
iii) Asas Kewangan dan Pemasaran
Melalui program ini murid-murid didedahkan dengan konsep tentang asas kewangan; modal, perbelanjaan dan
pendapatan.
Melalui program ini juga mereka dikehendaki membuat latihan ‘role play’ berkaitan aktiviti pengurusan kewangan dan
aktiviti jualan
Murid-murid akan diberi bimbingan me1alui sesi perbincangan, bengkel, permainan perniagaan dan latihan
keusahawanan untuk mengukur sejauh mana kefahaman murid-murid mengenai konsep keusahawanan yang
disampaikan. Segala aktiviti murid-murid akan dinilai dan diberikan markah.
Modul 2 : Program Pengukuhan Dan Penilaian
Di peringkat ini, murid-murid akan diberi latihan lanjutan keusahawanan secara berkumpulan dan membuat
persembahan perniagaan dan menjalani program berbentuk “role play” dan “Business Games” dengan melakonkan
watak berkaitan dengan keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan. Melalui aktiviti ini juga murid-murid akan dinilai
penglibatan mereka secara berkumpulan.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI SEKIRANYA DIJALANKAN.
a)      Bersesuaian dengan misi dan visi PPKI SMK Demak Baru iaitu yang menitikberatkan kemahiran ke arah
berdikari.Adalah amat wajar program keusahawanan ini dimulakan.
b)      Berdasarkan ketidakupayaan pelajar menguasai bidang akademik adalah amat wajar memupuk kesedaran dan
persediaan memilih keusahawanan sebagai satu alternatif  kepada kerjaya mereka pada masa hadapan.
c)       PPKI SMK Demak Baru akan menjadi perintis kepada semua sekolah yang ada di bahagian Kuching kursusnya.
d)      Mengambil pandangan daripada ramai pengkaji tentang keperluan komponen keusahawan untuk para pelajar khas
tidak dapat disangkal lagi.Human (1988) umpamanya menyarankan agar latihan keusahawanan perlu untuk memberi
pendedahan kepada para pelajar semasa usia masih muda.Sexton dan Kasarda (1992)berpendapat para pelajar
memerlukan kefahaman konsep yang berkaitan dengan keusahawanan serta penerapan ilmu pengetahuan perniagaan
merentasi bidang lain agar dapat mengenal pasti bakat yang ada serta merangsang kemahiran  dan perubahan
sikap.Meyer (1992) menyarankan adalah sesuatu yang bijak untuk melatih atau menyediakan pelajar khas untuk
proses keusahawanan kerana apabila mereka tamat persekolahan nanti ,minat untuk memulakan perniagaan akan
wujud.

e)      Menerusi program ini diharap dapat membantu pelajar khas menukar corak pemikiran minda mereka dalam bekerja
makan gaji,mengharapkan bantuan kerajaan dan menangih simpati kepada pemikiran uasahawan yang berjaya yang
mampu bersaing dengan insan biasa.

f)       Program ini perlu dilaksanakan kerana ia adalah penting dan merupakan satu aktiviti pembelajaran yang menarik
kerana hampir keseluruhan pelajar khas mempunyai kekurangan dari segi  kemahiran dan peluang untuk melakukan
aktiviti jualan hasil ciptaan mereka. Tambahan lagi, hasil tangan murid-murid ini adalah hasil dari
pembelajaran mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Seni,Kemahiran Hidup (Masakan /Jahitan/Pertanian). Apabila
hasil tangan ini dijual, murid-murid akan mendapat kesedaran tentang kepentingan dan kaitan mata pelajaran
Pendidikan Seni dalam kehidupan sebenar. Semasa menjalankan program ini, murid-murid juga akan menyedari
kepentingan penggunaan mata pelajaran Matematik semasa proses jual beli dijalankan.

RUMUSAN
Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di samping menimbulkan semangat
yang lebih gigih untuk memajukan mereka.Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan sokongan
padu pihak pengurusan terutamanya dari segi kewangan,masa serta sokongan daripada guru-guru khas .Dengan
adanya sokongan ini dapat memberikan gambaran yang positif terhadap keupayaan pelajar khas ini.Selain daripada
itu,ia juga merupakan salah satu cara yang terbaik yang dapat guru-guru lakukan khas untuk pelajar yang kurang upaya
ini.

Disediakan oleh:                                                                                Disemak oleh:

....................................                                                                  ..............................................
(NORZITA MOHAMED)

Potrebbero piacerti anche