Sei sulla pagina 1di 14

TUTORIAL 3

KEMAHIRAN MENGEJA
PENSYARAH:
PUAN ZALEHA TAMBI ADAM

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL HIDAYAH BINTI OMAR
SITI ZAHRAH BINTI MD YUSUF

remedialedu.blogspot.com
DEFINISI
• Ejaan adalah proses memilih serta
mengadunkan lambang-lambang untuk
melahirkan bunyi-bunyi perkataan secara lisan
dan bertulis.
• Kemahiran mengeja boleh diperolehi melalui
kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-
kanak yang boleh membaca tetapi lemah
dalam ejaan.

remedialedu.blogspot.com
TUJUAN

- Melatih murid mendengar perkataan


- melatih pengamatan melalui deria telinga
- menulis melalui pengamatan pendengaran
- kepekaan terhadap perkataan tertentu
- memperluaskan perbendaharaan kata

remedialedu.blogspot.com
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI
KEMAHIRAN MENGEJA

• Kematangan
• Persekitaran
• Faktor fizikal

remedialedu.blogspot.com
Kematangan
• Kelewatan kematangan merupakan satu kemungkinan
punca kanak-kanak mengalami masalah mengeja.
• Terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf
manusia.
• Kebiasaannya kanak-kanak lelaki lebih lambat matang
daripada kanak-kanak perempuan.
• Perkembangan kematangan kanak-kanak lelaki berlaku
secara mendadak berbanding dengan kanak-kanak
perempuan yang berlaku secara lebih berperingkat-
peringkat.

remedialedu.blogspot.com
Persekitaran
• Keadaan rumah tangga dan cara asuhan
mempengaruhi perkembangan dan gangguan
emosi.
• Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap
suka membaca .
• Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal,
murung, tidak suka bercakap dan lain-lain.

remedialedu.blogspot.com
Keadaan Fizikal

• Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang.

• Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik.

• Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu.

• Kemampuan urat saraf: Otot-otot mata khususnya.

• Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am.

remedialedu.blogspot.com
URUTAN DALAM MENGEJA
• Membezakan bunyi.
– Boleh membezakan bunyi yang hampir sama.
– Contoh:
• b dan d, m dan n, f dan h dan sebagainya.

– Tidak keliru dengan huruf ber’frequency’ rendah.


– Contohnya:
• [c] , [b] , [d] , [e] , [g] , [t]

remedialedu.blogspot.com
• Mengenal abjad

– Dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.


– Dapat membezakan bentuk-bentuk abjad yang
hampir serupa.

remedialedu.blogspot.com
• Mengenal perkataan.
– Dapat mengenal dan mengeja perkataan
berdasarkan gambar dan kad perkataan.
• Contoh:
batu

– Murid dapat memadankan gambar dengan kad


perkataan.
• Contoh: bola

satu

buku 1
remedialedu.blogspot.com
• Menghubungkan fonem dengan simbol/abjad

– Murid dapat mengecam dan membezakan bunyi


huruf dengan simbol atau abjad yang betul.
• Contoh:
» seh – s , feh – f
» beh – b , deh – d
» meh – m, neh – n

remedialedu.blogspot.com
• Mengeja perkataan mudah dengan ejaan
yang betul.
– Boleh membatangkan suku kata yang mempunyai
suku kata terbuka dan tertutup.
• Contoh: satu, batu, buah, basuh.

– Boleh membatangkan perkataan yang mempunyai


lebih dari dua suku kata.
• Contoh: sekolah, kerusi, seluar.

– Boleh mengeja perkataan yang mempunyai huruf


e taling dan e pepet mengikut situasi.
• Contoh: sepak – sepak, perang – perang.

remedialedu.blogspot.com
RUJUKAN
• Buku Panduan Pelaksanaan Kelas Intervensi:
Awal Membaca Dan Menulis Tahun 1,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Abu Basar Mohd Shah: Bahasa (Kursus Khas
Pendidikan Pemulihan, Kuala Lumpur.
• Modul Bmm 3104: Pengajaran Kemahiran
Bahasa Melayu.

remedialedu.blogspot.com
Sekian
Terima kasih

remedialedu.blogspot.com

Potrebbero piacerti anche