Sei sulla pagina 1di 1

Aduan Rasmi Tindakan Pesuruhjaya Selangor dan Timbalan Presiden PAS Pusat

Kerana Mendedahkan Rahsia Parti Dalam Isu Baiaah Taklik

TARIKH : 12 February 2010

Assalamualaikum,

Kepada: Tuan Haji Mustafa Ali dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,

Saya, Abdul Rahman Abdul Talib, bernombor ahli 253812, Kawasan Lembah Pantai
dengan tarikh daftar ahli 09/09/1987, ingin membuat aduan rasmi berkenaan salah laku
Dato’ Hasan Ali dan YB Nasaruddin Mat Isa, masing-masing Pesuruhjaya Selangor dan
Timbalan Presiden PAS Pusat.

Bahawa pada Oktober 25 haribulan di kediaman Dato Hasan Ali di Pinggir Taman Tun
Dr Ismail, kedua-dua Pesuruhjaya Selangor dan Timbalan Presiden telah mendedahkan
rahsia parti (yakni Baiaah Taklik) kepada bloggers yang terdiri dari bloggers UMNO, pro
UMNO dan PAS.

Rahsia parti ini tidak seharusnya didedahkan kepada sesiapa sahaja hatta kepada ahli
PAS biasa sendiri.

Bukti dalam bentuk rakaman audio dilampirkan bersama-sama aduan rasmi ini.

Aduan Berkaitan
Baaiah Taklik.mp3

Rakaman audio juga boleh dimuatturun


dihttp://www.4shared.com/file/151768791/d972c12e/Baiaah_Taalik_Didedahkan.html.

Alasan bahawa mereka tidak mengetahui ada blogger UMNO tidak dapat dipakai
kerana kesemua mereka sedar adanya Sanusi Akramsyah dalam majlis tersebut.
Beliau mampu membawa apa-apa maklumat kepada pemimpin UMNO. Masakan
Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa tidak mengetahui bahawa Akramsyah ada dalam
majlis tersebut sedangkan mereka bergambar bersama seperti di bawah:

Potrebbero piacerti anche