Sei sulla pagina 1di 4

KERTAS CADANGAN UNTUK MENGADAKAN SKIM

KHAIRAT UNTUK MURID-MURID SEKOLAH, GURU-


GURU DAN STAF SOKONGAN- SMK TUN MUTAHIR

Saya sebagai YDP PIBG SMK Tun Mutahir bercadang agar sekolah kita mengwujudkan satu skim
dinamakan SKIM KHAIRAT bertujuan semata-mata bagi membantu murid-murid , guru-guru , staf
sokongan dan juga ahli keluarga terdekat mereka sekolah ini didalam soal menjaga kebajikan
mereka .

Objektif
Matlamat dan objektif utama pengwujudan skim ini ialah bagi membantu murid-murid sekolah ,
guru-guru , staf sokongan dan ahli keluarga yang terdekat (ahli keluarga terdekat terdiri daripada
ibu/bapa/mertua/adik/beradik yang tinggal bersama dengan ahli)untuk meringankan kebebanan
kewangan mereka apabila mereka berhadapan dengan masalah-masalah berikut:-

1. Jika ada murid-murid ,guru-guru atau staf sokongan dan juga ahli keluarga terdekat
mengalami gangguan kesihatan dan dimasukan diwad.

2. Jika ada kematian dikalangan murid-murid , guru-guru, staff sokongan dan ahli keluarga
yang terdekat

3. Jika berlaku sebarang kesulitan diatas sebab-sebab malapetaka .

4. Jika ada kelahiran bayi dikalangan guru-guru atau staf sokongan.

5. JIka berlaku kecederaan disebabkan kemalangan atau rosak pada kenderaan


disebabkan oleh murid-murid

Sasaran

1. Golongan yang disasarkan ialah setiap murid sekolah, setiap guru dan setiap staf sokongan
dan juga ahli keluarga mereka yang terdekat sekolah ini. Semua murid-murid ,guru-guru dan
staf sokongan sekolah ini diwajibkan menyertai didalam skim ini dengan kadar yuran yang
ditentukan.

-1-
Yuran Skim Khairat
1. Saya bercadang agar setiap murid , setiap guru dan setiap staf sokongan membayar RM
3.00 seorang/setiap tahun sekali sahaja sebagai yuran menyertai didalam Skim Khairat ini.
Yuran ini dikutip awal tahun bermakna mulanya sesi sekolah bersama-sama dengan yuran-
yuran lain. Wang ini akan dimasukkan kedalam akaun PIBG dan satu akaun berasingan akan
dibuka. Satu buku rekod mengenai semua transaksi-transaksi berkenaan dengan penerimaan
dan pembayaran serta dokumen-dokumen yang diterima akan disimpan oleh pihak PIBG.

Wang khairat ini khasnya dibelanjakan untuk hal-hal kebajikan murid-murid, guru-guru , staf
sokongan dan ahli keluarga mereka yang terdekat sahaja dan wang khairat ini tidak boleh
digunakan untuk kebajikan orang luar selain murid-murid , guru-guru , staf sokongan dan ahli
keluarga mereka yang terdekat sepertimana tercatit diatas.

Akaun skim khairat ini akan dibentangkan didalam semua mesyuarat AJK PIBG bagi
memastikan bahawa semua penerimaan dan pembayaran adalah betul dan tulus mengikut
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Jumlah Yang dicadang keatas Pemberian Wang Khairat


1. Pemberian wang khairat bagi kes-kes tertentu adalah dicadangan seperti berikut:-

A) Bagi kes kematian ahli daripada kalangan murid , guru atau staf sokongan – RM 500.00

B) Bagi kes kemasukan ahli didalam wad diatas sebab-sebab penyakit dikalangan murid,
guru atau staf sokongan lebih daripada 4 hari- RM 100.00 (kurang daripada 3 hari tidak
layak menerima wang khairat ini.)

C) Bagi kes kematian ahli keluarga terdekat murid, guru atau staf sokongan – RM 150.00(Satu
bayaran sahaja untuk satu keluarga walaupun lebih daripada seorang pelajar disekolah ini
dalam satu masa)

D) Bagi kes-kes menghadapi banjir atau lain-lain malapetaka dikalangan ahli terdiri daripada
murid , guru atau staf sokongan RM 100. (Satu bayaran sahaja untuk satu keluarga
walaupun lebih daripada seorang pelajar disekolah ini dalam satu masa)

E) Bagi kes-kes kelahiran anak di kalangan ahli guru-guru atau staf sokongan –
RM200.00.Hadkan kepada 5 orang anak sahaja.

-2-
Cara Pembayaran Wang Khairat

1. Jika berlaku kematian dikalangan murid, guru atau staf sokongan, salinan sijil kematian
hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah dan pihak AJK yang dipilih bagi mengendalikan
wang khairat ini akan meluluskan pemberian dana tersebut tertakluk kepada kes-kes dan
jumlah yang ditentukan oleh AJK. Cara yang sama akan digunapakai jika berlaku kematain
keatas ahli keluarga murid, guru atau staf sokongan.

2. Bagi kes-kes kemasukan dihospital, salinan surat sijil pembayaran hospital atau surat
kemasukan hospital hendaklah diserah sebagai bukti kepada pihak sekolah untuk
dimajukan kepada AJK bagi pemberian wang khairat tersebut.

3. Bagi kes-kes malapetaka seperti mengalami banjir , pihak tuntut hendaklah kemukakan bukti
seperti salinan report polis atau surat pengesahan daripada ketua kampong dan
sebagainya sebagai bukti untuk kelulusan bayaran wang khairat.

4. Bagi kes-kes kelahiran bayi, salinan sijil kelahiran hendaklah dikemukakan bersama-sama
dengan borang tuntutan sebagai bukti.

AJK Wang Skim Khairat Dan AJK Kelulusan Pemberian Wang Khairat
Semua AJK PIBG akan menjadi AJK Skim Khairat secara automatik dimana Tuan
Pengetua sekolah juga akan menjadi sebagai penasihat.

AJK yang dipilih untuk kelulusan semua bayaran adalah terdiri daripada 2 AJK PIBG kalangan
Ibubapa dan 2 orang lagi daripada kalangan guru.

AJK Ibubapa – YDP dan NYPD atau mana-mana AJK ibubapa.


AJK Guru - Setiausaha & Bendahari

Tuan Pengetua hendaklah menyemak dan menyokong semua tuntutan sebelum bayaran
dikeluarkan.

Tuntutan wang khairat


Semua tuntutan wang khairat ini hendaklah melalui satu surat permohonan yang disediakan
berserta dengan dokumen-dokumen yang sah bagi sesuatu kes.

Borang permohonan yang tidak lengkap dan dokumen-dokumen yang tidak lengkap tidak
akan diproses untuk pembayaran.

Borang tuntutan skim khairat hendaklah diisi sendiri oleh orang yang membuat tuntutan.

-3-
Tempoh Bayaran wang khairat
Semua tuntutan berhubung dengan wang khairat hendaklah dibayar dalam tempoh masa
segera atau selewat-lewatnya dalam masa 2 hari jika semua borang tuntutan dan
dokumen ya ng diserah itu disahkan betul dan benar.

Penerima Bayaran wang khairat


Wang khairat ini akan diberi kepada waris terdekat atau orang yang diberi kuasa
sepenuhnya jika berlaku kematian .

Setiap penerima hendaklah tandatangan borang tuntutan dan boucer bayaran yang
disediakan sebagai bukti penerimaan wang khairat berkenaan dan salinan kad pengenalan
penerima wang skim khairat hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan borang bayaran
sebagai bukti.

Kekurangan Wang Khairat


Jika kutipan wang khairat yang disimpan ini telah kehabisan diatas sebab-sebab tuntutan
yang banyak dalam satu tempoh masa yang terdekat, maka pihak PIBG akan memberi
pinjaman kepada skim ini dan ianya akan digantikan apabila kutipan semula bermula kelak.
Semua pinjaman kepada wang khairat ini hendaklah dibuat secara rasmi memohon kepada
pihak PIBG dengan surat permohonan untuk mendapatkanpersetujuan oleh AJK PIBG dalam
mesyuarat dimana ianya akan diluluskan oleh Yang Dipertua PIBG setelah mendapat
persetujuan semasa mesyuarat AJK PIBG. Didalam keadaan kecemasan, persetujuan Yang
Dipertua PIBG sahaja mencukupi jika jumlahnya ialah tidak melebehi RM 500.00. Sebelum
skim ini dilaksanakan ianya harus dapat persetujuan didalam mesyuarat AJK PIBG yang akan
diadakan untuk catitan rekod.

-4-

Potrebbero piacerti anche