Sei sulla pagina 1di 15

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH

Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem
pendidikan dalam negara. Pada peringkat rendah terdapat Sekolah Kebangsaan
( SK ), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC ), dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil ( SJKT ). Manakala bagi peringkat Menengah pula terdapat
SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah
Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.

Dalam kalangan sekolah ini pula terdapat sekolahyang di kategorikan sebagai


Sekolah Premier. KPM turut mengadakan sekolah khas untuk pendidikan khas
pada peringkat rendah dan menengah.Selain itu, terdapat juga sekolah seperti
Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Swasta dan Sekolah Antarabangsa

Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang


terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Sekolah
Wawasan juga ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid
di sekolah. Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapa
tberinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu
generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya.

PISMP SEMESTER 5 2011


EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN ( RIMUP )

Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan


bagi membangunkan identiti nasional, semangat kebangsaan, perpaduan dan
cinta akan negara dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Menyedari pentingnya peranan sistem pendidikan dalam menyediakan
persekitaran untuk sosialisasi sebilangan besar golongan muda di negara ini,
maka aspek memperkasakan sistem pendidikan di sekolah-sekolah telah diberi
penekanan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang telah
dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri .

KONSEP

 RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat


setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan
khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan,
penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT

 Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu


pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat
muhibah dan mapu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN

RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:


 Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird
serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah
menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
 Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan
suasana muhibah secara sedar dan terancang.
 Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di
sekolah.

PISMP SEMESTER 5 2011


EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

 Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk


menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.

KONSEP 1 MALAYSIA DI SEKOLAH


Menurut Dato Sri Najib Tun Abd. Razak, dalam konsep 1 Malaysia,
kerajaan perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan
komitmen membantu tanpa melihat ras dan etnik. Selagi seseorang itu
memegang status sebagai warga Negara Malaysia, mereka layak menerima
bantuan tanpa melihat dari kaum mana mereka datang. Setiap rakyat Malaysia
sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri
mereka tanpa mengira jantina.

Tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang mengajar


mengenal tulis baca. Guru perlu berkemahiran menangani masalah
kepelbagaian sosio-budaya murid – murid agar masalah dalam mengajar tidak
berlaku. Sewajibnya guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan
pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara
optimum. Sebagai seorang guru perkara – perkara pokok seperti perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif
pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil
pelajar mengikut tahap kecerdasan. Dalam erti kata lain, elemen yang perlu
dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan pengajarannya berkesan meliputi
kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, penglibatan aktif murid,
penilaian prestasi, pengukuran dan penambahbaikan. Selain itu guru perlu mahir
dalam menguruskan bilik darjah dan mengintegrasikan TMK. Murid adalah
pelanggan manakala guru merupakan individu yang menawarkan perkhidmatan.
Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah mengikut standard yang telah
ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia.

KURIKULUM TERSIRAT

PISMP SEMESTER 5 2011


EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Kurikulum tersirat ialah perkara yang dipelajari secara tidak langsung oleh
pelajar :
o Di dalam bilik darjah
o Di luar bilik darjah
o Pengurusan dan pentadbiran
o Kurikulum dan Ko-kurikulum

Kurikulum ini ialah kurikulum yang digariskan oleh Kementeriaan Pelajaran


Malaysia yang diamalkan di sekolah untuk mengatasi masalah kepelbagaian
etnik :
o Mengajar mengunakan konekstual
o Pembelajaran mastri, simulasi
o Inkuiri, Akses Kendiri dan Ekspose

4 STRATEGI UNTUK MEREALISASIKAN PEMBENTUKAN 1 MALAYSIA


MELALUI KURIKULUM TERSIRAT

1. DI DALAM BILIK DARJAH


Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan
Malaysia, (2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan
dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya ialah:
1. Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan
melibatkan murid secara aktif;
2. Berpandukan bahan – bahan sokongan yang relevan dengan tahap
pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid;
3. Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.
Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, seseorang guru haruslah peka
dengan kepelbagaian sosio-budaya murid – muridnya.

PISMP SEMESTER 5 2011


EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas


sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka
dari kelas atasan atau bawahan. Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus
dititik beratkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran. Guru harus
mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Perkara
ini perlu untuk mengelakkan murid – murid merasa bosan dan seterusnya akan
mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal.

Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra


rakan. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa
dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama
mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu.
Murid yang lambat menerima pembelajaran tidak diabaikan. Pelbagai kaedah
dan strategi boleh dirancang dan dilaksanakan dalam mengatasi masalah murid
– murid sedemikian.

Penggunaan bahasa standard iaitu bahasa rasmi kebangsaan iaitu


bahasa Melayu hendaklah digunakan tanpa pengaruh bahasa dialek. Ini akan
memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian
dalam aktiviti pembelajaran.

Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh


memberi peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang
mempunyai unsur bias kepada mana – mana jantina mesti dielakkan untuk
member peluang sama rata pada setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran.
Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk
membentuk persepsi yang positif di kalangan murid supaya mereka tidak terus
hidup dengan kecelaruan tersebut.

PISMP SEMESTER 5 2011


EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama
sekali. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap
guru. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada
penglibatan semua murid tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan
agama mereka.

2. DI LUAR BILIK DARJAH


Dalam konteks negara membangun, Malaysia memerlukan pemimpin
yang bukan sahaja mempunyai latar belakang akademik yang memuaskan,
tetapi juga cekap menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan yang sentiasa
berubah. Bagi mencapai keperluan ini, rancangan kokurikulum yang
dilaksanakan di sekolah mempunyai falsafah yang berlandaskan kepada nilai-
nilai hidup, moral dan disiplin, di samping berusaha memperluas skop
pendedahan kepada pelajar dalam pelbagai aspek hidup, selain ilmu yang
didapati di bilik darjah . Berdasarkan falsafah seperti yang dinyatakan di atas,
maka usaha-usaha telah diambil untuk melaksanakan rancangan kokurikulum di
sekolah dengan memberi penekanan kepada aspek-aspekseperti:
(a) Memberi peluang yang seluas-luasnya kepada murid untuk melibatkan diri
dalam kegiatan sosiobudaya mengikut pilihan pelajar berdasarkan kepada minat
dan keupayaan masing-masing melalui penglibatan dalam persatuan dan
pertandingan dan juga sambutan perayaan bagi setiap kaum
(b) Memberi pendedahan kepada murid tentang isu-isu penting berkaitan dengan
pembangunan negara melalui kegiatan-kegiatan khidmat masyarakat seperti
dengan melakukan aktiviti gotong royong, menderma bahan bacaan di pusat
sumber dan pelabagai lagi aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah .
(c) Mencungkil dan memajukan bakat-bakat terpendam murid dalam bidang
kebudayaan dan sukan. Di samping itu, dapat mempertingkatkan minat dan
bakat kecemerlangan yang sudah wujud.
(d) Melalui kegiatan kokurikulum ini adalah diharapkan agar sosiobudaya masa
kini dipertahan serta diperkembangkan.

PISMP SEMESTER 5 2011


EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

3. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ( SEKOLAH )

Pihak pengurusan dan pentadbiran ( Sekolah ) dan guru-guru haruslah


memastikan persekitaran di sekolah adalah persekitaran yang sejagat dan
segala kemudahan serta keperluan sesuai dengan semua kaum. Begitu juga
dengan sudut-sudut di sekolah, bahan-bahan dan juga aktiviti yang dijalankan.

Sumber-sumber fizikal atau infrastruktur adalah seperti pejabat, pusat


sumber sekolah (PSS), bilik darjah, kerusi dan meja, makmal, kantin, padang
permainan, kawasan rekreasi , sudut-sudut pembelajaran memainkan peranan
dalam membentuk sekolah yang dapat mengintegrasikan kaum dengan baik .

Pejabat sekolah adalah pusat di mana semua urusan luar dan dalaman
dilakukan. Di sini letaknya pengurusan yang menjadi asas organisasi pendidikan
itu. Di sini tenaga perkeranian memainkan peranan utama. Hubungan sekolah
dengan pihak atasan yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga
hubungan dengan institusi-institusi lain dan masyarakat sekitar banyak berlaku di
sini. Kepakaran guru besar, penolong-penolong kanan dan juga pembantu tadbir
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dan murid
membolehkah pengurusan pendidikan itu berjalan lancar.

Pusat sumber sekolah pula memainkan peranan memaksimumkan


pendedahan maklumat dan bahan kepada pengguna. Guru tidak lagi dianggap
sebagai satu-satunya punca pengetahuan dalam proses P&P di bilik darjah,
tetapi lebih berperanan sebagai fasilitator pembelajaran. Fasilitator mempunyai
tanggungjawab dengan memberi kesempatan kepada murid menggunakan
keupayaannya secara optimum. Peranan murid pula diubah dari pada pasif
kepada penglibatan dan pelakuan yang aktif. Di antara kemudahan-kemudahan
yang disediakan di pusat sumber sekolah ialah bilik bacaan yang selesa, bahan-
bahan cetak, carta, peta, transparensi, slaid, pita rakaman audio dan video dan
pelbagai koleksi buku bacaan pelbagai bahasa.

PISMP SEMESTER 5 2011


EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Padang permainan disediakan untuk murid-murid melakukan aktiviti


pendidikan jasmani dan juga kegiatan kokurikulum seperti bersukan dan
olahraga. Pendidikan jasmani sememangnya perlu selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara iaitu melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek,
emosi, rohani dan jasmani.

Selain itu, ekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan keparcayaan


dan nilai dalam masyarakat. Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai
yang baik tanpa mengira latar sosio-budaya mereka. Murid juga haruslah
sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.
Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap
murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti


yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran di sekolah bagi memastikan
perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama,
kaum, jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan
sokongan samada dalam bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan
lagi pengetahuan dan perpaduan di kalangan murid. Guru memainkan peranan
penting bagi menjayakan kembali program ini

4. KURIKULUM DAN KO-KURIKULUM

Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik


merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk
dilaksanakan. Kurikulum tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan
kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi di sekolah.
Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di
kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai
kurikulum tersirat.

PISMP SEMESTER 5 2011


EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum


seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya. Menyertai aktiviti
kokurikulum juga membolehkan para pelajar mengenali dan memahami budaya
dan adat resam kaum-kaum lain di Malaysia.  Hal ini juga dapat mewujudkan
rasa bangga dalam kalangan pelajar dengan budaya dan cara hidup masyarakat
di negara ini. Dengan menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum, seseorang pelajar
dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan otak serta dapat membina
keyakinan diri dalam mengharungi kehidupan dan ini juga secara tidak langsung
akan mengurangkan berlakunya gejala sosial yang melibatkan pelajar kerana
masa lapang pelajar telah diisi dengan aktiviti yang berfaedah.

Kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap


persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai
kaum. Ada yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang
dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Mereka boleh berbincang untuk
bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama
mereka. Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum, perpaduan kaum dapat
diwujudkan. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan
kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk
menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan
anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat
menghasilkan pelajar yang cemerlang

Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga


sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di
sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari
tingkah laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapat
di antara warga sekolah dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek
dan apa juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan
secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid.

PISMP SEMESTER 5 2011


EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang


mempunyai konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin
menjurus kepada hal-hal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid
dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan
menjurus kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal
ini, guru perlu memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum
tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial
berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat.

PELAN TINDAKAN UNTUK MEREALISASIKAN PEMBENTUKAN


1 MALAYSIA MELALUI KURIKULUM TERSIRAT

STRATEGI : PENDEKATAN KURIKULUM DALAM MEREALISASIKAN


PEMBENTUKAN 1 MALAYSIA MELALUI KURIKULUM
TERSIRAT
o Mempelbagaikan kaedah pengajaran
o Situasi pembelajaran yang mesra rakan
o Penggunaan bahasa standard ( Bahasa Melayu)
o Aktiviti pembelajaran yang dirancang memberi
peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri
tanpa mengira kaum, kepercayaan dan agama
o Mengelakkan isu sensitif semasa sesi pengajaran dan

Objektif : Perduan antara kaum akan terbentuk melalui penglibatan


murid-murid dalam aktiviti kurikulum yang dijalankan di
dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Hasil : Murid-murid dapat menguasai pembelajaran dengan lebih


Pembelajaran terancangan tanpa mengira kaum majoriti atau minoriti.
Mereka tidak akan berasa terasing kerana mereka adalah

PISMP SEMESTER 5 2011


EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

golongan minoriti dan dapat menikmati pengajaran dan


pembelajaran dengan lebih kondusif

REFLEKSI
NAMA : YAN FATHEEHAH BINTI ZUBER
KELAS : PISMP 5J
NO. K.P : 870913-01-5354
NO MATRIK : PISMP 9194462
PENSYARAH: DR. TAJULDDIN BIN MUHAMMAD

Bagi tugasan Budaya dan Pembelajaran EDU 3106, tugasan yang perlu
dilakukan ialah berkaitan dengan Konsep “1Malaysia” iaitu merealisasikan
pembentukan Masyarakat 1 Malaysia di sekolah . Konsep “1Malaysia adalah
konsep yang yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd  Najib Tun Abdul
Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke - 6. Tugasan ini dibuat secara
berpasangan iaitu bersama Ainie Norina Ismail.

Bagi tugasan ini saya dapati banyak sumber yang boleh di dapati di
internet. Ini kerana Konsep “1 Malaysia” ini mempunyai laman webnya sendiri.
Tedapat juga penerang yang dihuraikan oleh beberapa Jabatan Kerajaan seperti
Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Penerangan Malaysia.

Oleh kerana kekurangan sumber rujukan dari buku, saya


mengambil inisiatif menggunakan maklumat dari internet yang merupakan fakta
yang tepat tentang Konsep “1 Malaysia” ini. Saya juga menggunakan surat
khabar sebagai bahan rujukan kerana konsep ini adalah isu semasa yang
sedang hangat diperkatakan. Oleh itu banyak bahan bacaan yang berkaitan
dengan konsep ini. Saya juga menggunakan rujukan tugasan yang lepas iaitu
Matapelajaran Hubungan Etnik di mana tugasan ini menghuraikan konsep 1
Malaysia.

PISMP SEMESTER 5 2011


EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Namun begitu tugasan ini, hanya memerlukan pemahaman memalui


konsep 1 Malaysia dan tugasan yang lebih mencabar adalah mengaitkan 1
Malaysia dengan situasi di sekolah. Dengan memberikan tumpuan aspek
kurikulum tersirat kami perlu memikirkan strategi untuk merealisasikan
pembentukan Masyarakat 1 Malaysia di sekolah.

Dalam memikirkan strategi-strategi yang boleh dilaksanakan, Pensyarah


Pembimbing iaitu Dr. Tajulddin ada memberikan contoh-contoh strategi yang
boleh dilaksanakan. Beliau juga menerangkan cara-cara kami membuat pelan
tindakan bagi merealisaikan pembentukan Masyarakat 1 Malaysia melalui
kurikulum tersirat.

Kami menggunakan konsep tempat dan siapa iaitu di mana dan pihak
yang menjalankan strategi ini. Strategi ini boleh dilaksanakan iaitu di dalam bilik
darjah, di luar bilik darjah. Pihak pengurusan dan pentadbiran dan juga pihak
atasan yang menggubal kurikulum dan kokurikum sebagai pelaksana strategi ini.

Konsep tempat iaitu di dalam dan luar bilik darjah merupakan tempat yang
paling sesuai dalam menjalankan strategi ini kerana dia dalam bilik darjah,
murid-murid pelbagai kaum akan ditempat dalam satu ruang yang sama. Jadi
mereka akan belajar untuk mengenali antara satu sama lain. Guru adalan
peranan terbesar dalam memastikan perhubungan sosial ini bejalan dengan
lancar selain sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga berperanan untuk
memastikan kaum minoriti tidak merasa terasing dalam kelas mereka sendiri dan
sentiasa manjaga sensitiviti antara kaum.

Di luar bilik darjah pula pelbagai aktiviti dapat dilakukan bagi


melaksanakan strategi ini. Di samping aktiviti kurikulum, aktiviti kokurikulum juga
dapat di jalankan dalam memupuk perpaduan dan memberikan pendedahan
kepada murid-murid tenyang budaya lain. Selain itu memberikan kesedaran
bahawa perpaduan adalah tonggak negara bangsa.

PISMP SEMESTER 5 2011


EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Bagi aspek pengurusan dan pentadbiran pula iaitu pihak sekolah. Pihak
sekolah haruslah memastikan persekitaran di sekolah adalah persekitaran yang
sejagat. Segala kemudahan dan keperluan adalah untuk semua kaum tanpa
bersikap bias atau prejudis. Segala aktiviti yang dirancang harusla mengambil
kira semua kaum dan aktiviti yang dijalankan membolehkan semua kaum terlibat.

Bagi aspek kurikulum dan kokurikulum pula merangkumi nilai-nilai yang


dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan,
pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti
murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi
pekerti, hubungan rapat di antara warga sekolah dan sebagainya.

Bagi pelan tindakan yang akan dilaksanakan kami telah memilih strategi
berkonsepkan dalam bilik darjah untuk merealisasikan Pembentukan Masyarakat
1 Malaysia. Bagi pembelajaran di dalam bilik darjah semesti sesi pengajaran dan
pembelajaran adalah fokus utama. Kami juga menyelitkan beberapa program
seperti Sambutan Perayaan dan Sambutan Kemerdekaan. Murid- murid akan
lebih fokus apabila ia dibuat dalam peringkat kelas. Namun penyertaan kelas lain
juga di alu-alukan. Selain itu program Kenali Malaysia juga di terapkan dalam
beberapa Matapelajaran.

Kami berharap strategi dan pelan tindakan yang telah kami rancang
adalah satu idea yang dapat diterima untuk membentik Masyarakat ! Malaysia
melalui Kurikulum tersirat di sekolah.

PISMP SEMESTER 5 2011


EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

RUJUKAN

Choong Lean Keaw, (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Omardin Ashaari, (1996). Pengurusan Sekolah - Suatu Pandangan Lengkap.


Kuala Lumpur : Utusan Publications

Syed Ismail b. Syed Mustapa& Ahmad Subki bin Maskon, (2010). Budaya dan
Pembelajaran.Puchong,Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Laman web:
 www.1malaysia.com.my/ ( 25 Februari 2011)

 www.wikipedia.org/wiki/1Malaysia ( 25 Februari 2011)

 www.1malaysia.org.my ( 25 Februari 2011)

 http://www.pmo.gov.my/ ( 28 Februari 2011)

 www.penerangan.gov.my ( 28 Februari 2011)

 http://www.slideshare.net/khalidipda/edu3106-kuliah4implikasi-kepelbagaian-
sosiobudaya ( 28 Februari 2011 )

 http://rimupsmktp09.blogspot.com/2009/07/konsep-matlamat-objektif.html
( 28 Februari 2011)

 http://rimupsmktp09.blogspot.com/2009/07/panduan-pelaksanaan-aktiviti-
rimup.html ( 28 Februari 2011 )

 http://www.scribd.com/doc/47766287/kurikulum-tersirat (28 Februari 2011)

PISMP SEMESTER 5 2011


EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

PISMP SEMESTER 5 2011

Potrebbero piacerti anche