Sei sulla pagina 1di 11

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN


PENYELIDIKAN TINDAKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
DENGAN KEPUJIAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

25 Mei 2010
PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

1.0 PENDAHULUAN

Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan
penyelidikan tindakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana
Muda Perguruan.

2.0 KERTAS
2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)
2.2 Warna: Putih

3.0 PENAIPAN
3.1 Jenis Huruf: ‘Times New Roman’ bersaiz 12 yang ditaip ‘justify’
3.2 Selang Baris: DUA (2) langkau ‘double spacing’ bagi teks am.
Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan
Terjemahan Abstrak dan Rujukan
3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:
• Atas : 2.5 cm daripada jidai atas
• Bawa : 2.5 cm daripada jidai bawah
• Kanan: 2.5 cm daripada jidai kanan
• Kiri : 4.0 cm daripada jidai kiri

Peringatan:

i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada birai


atas kecuali tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran.

ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman


mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip.
Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman
berikutnya sebagai perenggan baru.

iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan


tanda sempang.

iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi


sekurang-kurangnya DUA baris teks.
3.4 Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali
subtajuk.

3.5 Nombor Halaman :

i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah


1.5 cm daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada
birai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan
huruf teks, tanpa hiasan.

ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada


halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan
angka kecil roman secara berturut-turut
sepertimana berikut: i, ii, iii, iv …….

Peringatan: halaman permulaan dianggap


sebagai halaman (i), tetapi tidak ditaip pada
halaman pertama.

iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah


menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 …….

Peringatan: halaman pertama teks dianggap


sebagai halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai
(1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiap
bab yang tidak perlu ditulis nombor halamannya,
tetapi diambil kira ketika menomborkan halaman
berikutnya.

4.0 CETAKAN

Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah


pada sebelah kanan.

5.0 PENJILIDAN

5.1 Serahan : Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis. Naskah


untuk pemeriksaan (penyelia/penilai kedua)
hendaklah dijilid menggunakan kulit ‘keras’ jenis
biasa SAHAJA.

Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan


setiap pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan
pembentangan dalam seminar penyelidikan.
5.2 Penduaan : Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah
menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik
sekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja.

5.3 Warna : Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengan


kulit jenis “buckram” dan bertulisan emas. Warna
kulit adalah Merah Tua (maroon).

6.0 KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN

6.1 Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun


mengikut urutan berikut:
• Judul lengkap penyelidikan
• Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan
• Penyataan tujuan penyelidikan
• Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar
• Bulan dan Tahun diserahkan

Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan


‘Tajuk Penyelidikan’ (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran
5.0 cm daripada birai atas dan berakhir dengan ‘Tahun’ 5.0 cm
daripada birai bawah.

Sila lihat contoh di Lampiran A.

6.2 Tulang Kulit

Maklumat pada ruang ‘tulang laporan penyelidikan’ hendaklah


dicetak dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada
muka hadapan laporan dan hendaklah mengikut susunan yang
berikut:

Nama IPG (singkatan)


Nama Calon
Ijazah
Tahun

Contoh:

5.0 cm
IPG-KBA MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR PISMP 2010
5.0 cm
7.0 FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Laporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun
mengikut format Penyelidikan Tindakan.

8.0 SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN

Laporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:


8.1 Kertas Kosong
8.2 Pengesahan Penyelia
Laporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan
penilaian hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih
dahulu. Sila lihat contoh pada Lampiran B.
8.3 Halaman Pengakuan Penulis
Halaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian
penyelidikan. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis. Sila lihat
contoh pada Lampiran C.
8.4 Halaman Dedikasi (Pilihan)
Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada
satu perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta
atau gambar. Sila lihat contoh pada Lampiran D.
8.5 Halaman Penghargaan (Pilihan)
Halaman ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat.
Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau
organisasi yang telah memberikan sebarang bantuan dalam
penyediaan kajian. Sila lihat contoh pada Lampiran E.
8.6 Abstrak
Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu
dan diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang
digunakan dalam kursus major di muka surat yang berikutnya.
Abstrak mestilah ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak
melebihi 250 patah perkataan dalam satu muka surat sahaja. Ia
hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penyelidikan,
kumpulan sasaran (sampel), instrumen penyelidikan, tindakan yang
dijalankan, keputusan yang diperoleh dan tindakan susulan. Sila
lihat contoh pada Lampiran F dan G.
8.7 Halaman Kandungan
Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan
mengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada
tajuk yang terdapat dalam penyelidikan. Sila lihat contoh pada
Lampiran H.
8.8 Halaman Senarai Jadual
Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam
penyelidikan ini. Sila lihat contoh pada Lampiran I.
8.9 Halaman Senarai Rajah
Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan
peta. Senarai rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang
memuatkan rajah tersebut. Sila lihat contoh pada Lampiran J.
8.10 Halaman Senarai Lampiran
Senaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan
penyelidikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:
a. Laporan penyelidikan tidak semestinya mengandungi
lampiran. Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan,
jadual, soal-selidik, peta, gambar dan sebagainya yang
terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang
tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara
yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke
dalam lampiran.
b. Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B
dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya
bahan yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga
boleh diberi tajuk-tajuk tertentu. Sila lihat contoh pada
Lampiran K.
8.11 Teks
a. Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah
mengandungi tajuk/judul yang membayangkan
kandungannya berdasarkan format penulisan Penyelidikan
Tindakan. Setiap tajuk/judul boleh dipecahkan kepada sub
tajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu.
b. Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan. Elakkan
menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan
sebaiknya dapat menerangkan satu isu atau perkara yang
ada kesinambungan dengan perenggan berikutnya.
c. Berikut adalah contoh tajuk/judul teks dalam laporan
Penyelidikan Tindakan.

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Isu Kajian
2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

10.0 SENARAI RUJUKAN


Tajuk Alternatif

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Saya Yang Lalu
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Saya

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Apakah Isu Kajian Saya?
2.2 Apakah Yang Telah Saya Pelajari Tentang Isu Kajian
Saya?

3.0 APAKAH SOALAN KAJIAN SAYA?

4.0 SIAPAKAH MURID SAYA DALAM KAJIAN INI?

5.0 APAKAH TINDAKAN SAYA?

6.0 BAGAIMANAKAH TELAH SAYA MENGUMPUL DATA?

7.0 APAKAH KEPUTUSAN KAJIAN SAYA?

8.0 APAKAH YANG TELAH SAYA PELAJARI?

9.0 APAKAH AKAN SAYA BUAT SETERUSNYA?

10.0 SENARAI RUJUKAN

[Perhatian: Tajuk-tajuk di atas hanya merupakan contoh sahaja; Pelajar


boleh menulis laporan mengikut peringkat dalam Model
Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) & Laidlaw (1992)]

8.12 Sistem Rujukan


8.12.1 Menulis Rujukan Dalam Teks
Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber,
penulis hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks.
Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis
mengikut sistem American Psychological Association (APA) yang
terkini. Contoh rujukan dalam teks adalah seperti yang berikut:
(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:

Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan…

Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan


individu yang menyeluruh (Choy, 2006).

(b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang:

Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan…

Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee &


Boon, 2005).
(c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:

Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006)


menyatakan …

Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon,


1998; Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan…

(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:

Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan


peperiksaan (Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990).

Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990),


sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan
peperiksaan.

8.12.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan


Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:

(a) Buku

Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney:


Hodder Headline.

(b) Jurnal

Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher


education: The efficiency dimension [Prestasi institusi
dalam pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.] Review of
Educational Research, 2, 175-199.
(c) Surat khabar

Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan


Malaysia, hlm. 15.

(d) Tesis tidak diterbitkan

Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru


Wilayah Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

(e) Media elektronik

Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan


15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/
survey-1997-10/

(f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)

GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004
dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/
survey-1997-10/

8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia

Dalam Teks

Pengarang Melayu Mohd. Ali (2005) menyatakan …

Pengarang Cina Lim (2006) menyokong …

Pengarang India Krishnan (2003) menerangkan…

Dalam Senarai Rujukan Mohd. Ali b. Mohd. Bakar. (2005).


Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit
Dalam senarai rujukan, tulis Taufik Intelek Sdn. Bhd.
nama penuh pengarang yang
tidak mempunyai nama keluarga. Lim, C. B. (2006). Politik dan saya.
Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd.

Krishnan a/l Thambipillay. (2003).


Dunia politik. Kuala Lumpur:
Tasha Publications.
9.0 Had Maksimum
Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidak
melebihi 10 000 patah perkataan.