Sei sulla pagina 1di 1

Terdapat 7 prinsip Asas Palang Merah iaitu :-

1. Kemanusiaan (Humanity)
- Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan
peperangan
- mencegah dan meredakan kesengsaraan
- melindungi nyawa dan kesihatan
- memupuk kesefahaman , kerjasama, hormat-menghormati dan kedamaian sesama manusia

2. Kesaksamaan ( Impartility)
- Palang Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau pun fahaman politik dalam
kegiatannya.
- Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan.

3. Keberkecualian ( Neutrality)
- Palang Merah tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan
- Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi

4. Kebebasan( Independence)
- Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip pergerakannya
walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam.

5. Khidmat Sukarela ( Voluntary Service)


- Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang tidak didorong
oleh sebarang tujuan mencari keuntungan

6. Ketunggalan ( Unity)
- Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah negara.
- Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak
- Aktivitinya meliputi seluruh negara

7. Kesejagatan (Universality)
- Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh
dunia.
- Mempunyai tanggung jawab bersama
- Saling bantu membantu di antara satu dengan lain antara negara.