Sei sulla pagina 1di 25

27 MAC 2008 [PKK_OKED]

PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF


KANAK-KANAK PERINGKAT UMUR 6 – 12 TAHUN

Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan


perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat
perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah
berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu.

10 Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-kanak


Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’
serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling
berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama
ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah,
adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara
ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara
perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang
dijangkakan.
D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan
yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma
dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.
Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat
diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru
berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa
berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat
organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma
ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat
kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari
awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.
Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam
gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis
1
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949)
menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global
semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang
biasa dilalui oleh kanak-kanak.

1.1 Ciri-ciri Perkembangan Individu


Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri
perkembangan yang penting adalah seperti berikut:

• Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang


saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran.
• Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan
sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif.
• Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi.
• Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang
sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak-
kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum
berdiri dan berjalan sebelum berlari.
• Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu
• Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan
menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu.
• Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke
arah tertentu serta dijangkakan.
• Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka
menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong
perkembangan mencapai tahap yang maksimum.

1.2 Prinsip-prinsip Perkembangan


Berikut adalah prinsip-prinsip perkembangan;

• Ada arah tertentu yang dapat diramalkan:

– Arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal)


2
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

– Arah dari tengah ke tepi (proximodistal)

• Susunannya adalah serupa bagi semua ahli: ada yang dahulu dan ada
yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Contohnya: duduk sebelum
berdiri atau berdiri sebelum berjalan.

• Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya


umum kemudian khusus.

• Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masa


fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian.

• Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi


beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza.

• Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang


lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan
kematangan mental.

• Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak


mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.

• Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir,


bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi
perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut
melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.
Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses
penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di
dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:
• Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti;
• Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal;
• Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan
kognitif;

3
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

• Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.

1.3 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget


Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan
kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat
persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina
pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini
berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran
fizikalnya.
Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini, Piaget
memperkenalkan 4 konsep utama:

• Skema (Schema)

• Penyerapan (Assimilation)

• Pengubahsuaian (Accomodation) dan

• Keseimbangan (Equilibrium)

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu


mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.
Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap
fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum
dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema
itu semakin diperhalusi.
Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun
dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah
menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya
akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum
dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana
hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.
Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-
maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada,
4
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku
sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman.
Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila
ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara
kuantitatif atau bukan kualitatif.
Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta
perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai
dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika
maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai.
Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah
suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman
baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia
ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap
pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.
Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan
proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak
menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya.
Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak
dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema
atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka
tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari
bayi sehingga dewasa.
Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan
kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut
perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat
sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

• Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun)

Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk


memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama
dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam
5
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang


yang mudah. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan
gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek
yang dapat dilihat dalam persekitarannya.

• Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)

Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan


sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh
bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan
kognitifnya kian menjadi pesat.
Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah
serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong
kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan
memahami konsep keabadian bilangan.

• Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun)

Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses


kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-
kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa.
Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat
menguasai konsep masa dan kelajuan.
Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada
konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara
abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di
dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih
bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

• Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah
yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif,
6
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta


membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja
juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan
konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta
menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik.

20 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan


Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan
dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang
dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna
mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak.
Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had
keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.
Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia,
bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam
peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan
setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari
segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan
bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama.
Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan
kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama
lain.
Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu
pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam
nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom
mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang
mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan
kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet
jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat
23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di

7
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka
tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajah
berikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosom
berlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum.

8
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

Rajah 1: Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan


perempuan

9
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

Berdasarkan huraian di atas, gen merupakan penentu utama dalam perwarisan


ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetik
terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu
dari segi fizikal, mental dan emosi.
Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri
fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria
serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal
luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu
bapa.
Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan
Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan
kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di
antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.
Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu
dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan
melahirkan anak yang juga cerdas pintar.
Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi
daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil
dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.
Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi,
kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula
mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.
Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia.
Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana
rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui
umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga
melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.
Misalnya;

• Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan
kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.

10
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

• Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak


memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.

• Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami
perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna.
• Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu
perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana
keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang
serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.

Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak,


khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak
bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan
intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan
rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif
daripada mereka.
Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children),
perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang
melingkunginya, seperti rumah dan sekolah. Perkaitan antara ibu bapa dan rumah
dengan guru dan sekolah dapat dilihat seperti dalam Rajah di bawah.

Perkembangan kognitif kanak-kanak

11
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

Ibu bapa dan rumah Guru dan sekolah


Rajah 2: Perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran iaitu
rumah dan sekolah

Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan


masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek
sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya:

• Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan


individu.

• Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup


serta tingkah laku manusia.
• Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan
membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha,
bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang
sempurna.

• Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap


manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta
mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan.

• Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan


melahirkan individu yang beriman.

Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber


teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada
maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti
suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita
ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan
meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-
kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning
atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini.

12
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam


perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat
penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah
akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang
kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran
akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.
Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas
untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah
dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun
1988.

30 Perkembangan Fizikal dan Kognitif Peringkat Kanak-kanak


Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan
fizikal (pertumbuhan fizikal akan terhenti apabila seseorang mencapai kematangan).
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif
tetapi jelas berubah melalui peredaran masa.

3.1 Perkembangan Fizikal


Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan
bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.1
Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat
badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih
kompleks.
Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara
langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal
1
Woolfolk & Margetts, 2007
13
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka


bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan.
Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh
pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga
pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek
fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah
lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna
mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau
pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga
memainkan peranan penting.
Kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan
dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang
terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai
pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.2

3.2 Perkembangan Kognitif


Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran,
pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana
akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan
membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang
dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran
yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan
mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan
kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang.
Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola
berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari
lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak
atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman,
merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. Dalam konteks ini, kita tidak
boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh

2
Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004)
14
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

Jean Piaget. Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan
berkembang secara berperingkat-peringkat.
Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan
menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada
peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya
sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang
baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau
skipping, berenang, menunggang basikal dan meluncur (skating). Misalnya,kanak-
kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat
tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan pensel untuk
menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak antara 8
hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan
menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka
semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun menunjukkan kemahiran manipulatif
yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik.
Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan
memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar
mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.
Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak,
Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak
melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini
membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan
kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP)
meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanak-
kanak. Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada
peringkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk
menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam
memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling.
Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas.
Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa
depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol

15
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain.
Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat
dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dapat
meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari
yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad
dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol.
Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan
menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan
enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia
merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral,
perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala
perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi,
ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan,
padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran.3
Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan
aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang
sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa
untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami.
Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang
tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan
kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak
sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak
tersekat atau terganggu.
Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan
mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada
tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah
memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga
mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap
ini juga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak dan
pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain.

3
Ketua Bidang Dasar, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Sharifah Nor Puteh
16
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

MODEL KANAK-KANAK PERINGKAT PRA OPERASI


(2 TAHUN HINGGA 7 TAHUN)

Nama : Nor Sakinah Arfah binti Zainal Abidin


Umur : 6 tahun

Ukuran Fizikal
• Berat : 20 kilogram

• Tinggi : 111 sentimeter

• Tangan : 45 sentimeter

• Pinggang-kaki : 69 sentimeter

• Perimeter kepala : 56 sentimeter

• Ukurlilit pinggang : 61 sentimeter

Perkembangan Fizikal Perkembangan Kognitif


• Skip secara berselang seli dengan • Boleh mengumpul serta menyusun
baik. objek dengan baik.
• Boleh melontar objek dengan tepat. • Penggunaan bahasa dengan baik.

• Menangkap bola dengan baik. • Dapat mengaitkan perkataan

• Dapat menggunting kertas dengan gambar yang diberikan

mengikut garisan. kepadanya.

• Menulis huruf dan nombor tetapi • Boleh mengikut arahan guru.

masih tidak kemas. • Mengetahui warna.

• Dapat melekatkan gambar


menggunakan gam.
17
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

Jadual 1: Perkembangan kanak-kanak peringkat pra operasi

MODEL KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI KONKRIT


(7 TAHUN HINGGA 12 TAHUN)

Nama : Dyana Rani A/P Muthusamy


Umur : 9 tahun

Ukuran Fizikal
• Berat : 22 kilogram

• Tinggi : 123 sentimeter

• Tangan : 50 sentimeter

• Pinggang-kaki : 76 sentimeter

18
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

• Perimeter kepala : 53 sentimeter

• Ukurlilit pinggang : 59 sentimeter

Perkembangan Fizikal Perkembangan Kognitif


• Penyelarasan dan kawalan tubuh • Menguasai konsep pengekalan
badan tambah baik. tentang nombor, berat dan isipadu

• Pendengaran sudah tajam dan apabila diberi beberapa soalan

boleh membezakan bunyi yang kepadanya.

berlainan. • Boleh mengenalpasti objek dan

• Sel-sel otak telah mencapai 60% hubungannya dengan simbol

berat orang dewasa. bahasa.

• Kanak-kanak boleh memahami dan


menggunakan operasi logik untuk
menyelesaikan masalah.
Jadual 2: Perkembangan kanak-kanak peringkat operasi konkrit

19
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

MODEL KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI FORMAL


(12 TAHUN HINGGA DEWASA)

Nama : Nor Anis Liyana binti Asyraf


Umur : 12 tahun

Ukuran Fizikal
• Berat : 34 kilogram

• Tinggi : 149 sentimeter

• Tangan : 65 sentimeter

• Pinggang-kaki : 86 sentimeter

• Perimeter kepala : 57 sentimeter

• Ukurlilit pinggang : 62 sentimeter

Perkembangan Fizikal Perkembangan Kognitif


• Mengalami pertumbuhan biologi • Mula berdikari, membentuk identiti,
yang pesat. berfikiran logik, abstrak dan

• Perkembangan fizikalnya idealistik.

mengalami ketidaktentuan dan tidak • Kanak-kanak boleh membayangkan


seimbang. perkara-perkara yang tidak pernah

• Tubuh badan yang semakin besar dilihat atau dialami sebelum ini dan
mampu menyusun idea secara
dan semakin tinggi. Bentuk tubuh
sistematik, berfikir secara deduktif
mengalami perubahan yang ketara
dan menjangka akibat daripada
iaitu saiz dan berat mereka semakin
keputusan yang dibuat.
bertambah.
• Keputusan yang dibuat adalah
• Berlaku pertumbuhan sel-sel lemak
berdasarkan pertimbangan yang
terutama di bahagian punggung
munasabah.
dan dada.
20
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

• Boleh melakukan aktiviti-aktiviti


yang lasak.

• Tulisan kemas dan kecil.


Jadual 3: Perkembangan kanak-kanak peringkat operasi formal

40 Implikasi Perkembangan Fizikal dan Kognitif


Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia
melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara
satu dengan yang lain. Ini bermakna, setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah unik
dan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti
pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru harus
menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan,
pemulihan, pengayaan dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi
jasmani, intelek, emosi dan sosialnya.

21
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

Gambar 1: Setiap pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza

Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya


mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan
menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat
kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Untuk membantu murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program
pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling
berkesan.
Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas
berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan
sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di
dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan-perbezaan ini
sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya.
Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru
terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam
keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak
boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di
belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan.
22
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan
serta-merta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke
peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.
Murid-murid yang lemah dalam pelajaran mereka memang memerlukan
perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran dan
membuat kerja bertulis. Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi
untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah di samping tidak
berdisiplin semasa belajar. Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus asa.
Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak serta cepat lupa
kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-murid ini memang memerlukan banyak
perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan kecil atau secara individu.
Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu mereka
mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi.

50 Rumusan
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif
tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam
keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu.
Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu
serta dijangkakan.
Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had
perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap
perkembangan yang maksimum.
Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu
wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak
perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik
perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut
peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan
seterusnya.

23
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

RUJUKAN

Mohd Salleh Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur :


Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak.


Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psiologi Pendidikan 1 Konsep Asas


Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Subang Jaya:
Longman

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanak-kanak


Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nor’aini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria (2007). Perkembangan Kognitif


dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf

24
27 MAC 2008 [PKK_OKED]

25

Potrebbero piacerti anche