Sei sulla pagina 1di 6

LAPORAN KEMAJUAN KERJA SEMESTER 1 DAN 2 TAHUN 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG JAYA


UNIT:KURIKULUM/HEM/KOKURIKULUM/PANITIA/PENYELARAS

1.0 PENDAHULUAN
Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan salah satu unit beruniform di SK Matang
Jaya.Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah SK Matang Jaya sesi 2010 ialah seramai 150
orang yang terdiri daripada murid tahun 4,5 dan 6.Guru penasihat bagi persatuan ini
ialah seramai 9 orang.Persatuan ini dijalankan pada setiap hari Selasa ,bermula daripada
pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.

2.0 PELAKSANAAN
a) Program/Aktiviti

Aktiviti bagi Persatuan Bulan Sabit Merah sesi 2010 adalah berpandukan Buku
Panduan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bagi Sekolah Rendah.Aktiviti –
aktivitinya adalah
seperti:
i. Pendaftaran ahli-ahli baru sesi 2010
Pendaftaran ahli diadakan pada 23 Februari 2010.Para guru penasihat
memperkanalkan diri kepada ahli-ahli PBSM.Pembahagian kumpulan
mengikut tahun iaitu tahun 4,5 dan 6. Ahli PBSM tahun 4 menggunakan kelas
4A,Tahun5 menggunakan kelas 4B dan tahun 6 menggunakan kelas 1D.Setiap
kumpulan akan dikendalikan oleh beberapa orang guru.Pemilihan Ahli
Jawatankuasa Baru sesi 2010 dan penerangan tentang peraturan-peraturan
ketika berpersatuan kepada para ahli. Sejarah PBSM diperkenalkan kepada
ahli-ahli.

ii. Nyanyian Lagu PBSM dan Ikrar PBSM


Pada 2 Mac 2010, ahli-ahli diberi salinan senikata Lagu PBSM dan ikrar
PBSM.Pertandingan nyanyian antara kumpulan diadakan bagi menarik minat
ahli-ahli untuk mengingati lagu PBSM.

iii. Kebersihan diri


Aktiviti tentang kebersihan diri diadakan pada 30 Mac 2010. Ahli-ahli diberi
penerangan,kemudia menyalin nota tentang kebersihan diri seperti
membasuh tangan dengan sabun,memberus gigi,kebersihan kuku
,mandi,cara pembuangan air kecil dan besar dengan betul,pembuangan
sampah dengan cara yang betul dan pemakanan yang bersih.Ahli-ahli mesti
menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid yang lain.

iv. Pertolongan Cemas


Ahli-ahli diberi pendedahan tentang pertolongan cemas.Aktiviti ini diadakan
pada 23 Mac dan 6 April 2010. Jenis pertolongan cemas yang diterangkan
ialah tentang tindakan yang harus diambil ketika berhadapan luka
ringan,cirit-birit,muntah,demam,kecederaan pada mata,otot,tulang dan
sendi.

v. Kawad Kaki
Aktiviti ini diadakan pada 13 April dan 20 April.Ahli-ahli mempelajari tentang
teori dan praktikal Kawad Kaki.Kawad Kaki diajar oleh guru-guru PBSM
sendiri.

vi. Penggunaan Kain Anduh


Ahli-ahli diberi tunjukajar tentang teori dan praktikal penggunaan kain
anduh. Aktiviti ini diadakan pada 27 April 2010. Ahli-ahli wajib mempunyai
sehelai kain anduh.Setiap ahli PBSM membuat praktikal (penggunaan kain
anduh ketika berhadapan dengan mangsa yang pengsan,patah tulang dan
sebagainya.

vii. Kuiz Kesihatan


Kuiz ini hanya melibatkan ahli – ahli PBSM.Kuiz ini diadakan pada 22 Jun
2010.Aktiviti ini bertujuan agar semua ahli menyedari tentang kepentingan
kesihatan dalam perkembangan murid-murid.

viii. Permainan
Permainan yang diadakan ialah ‘Ayam dan Musang’. Aktiviti ini diadakan
pada 22 Jun 2010. Permainan ini boleh memupuk semangat sayang-
menyayangi khasnya orang yang disayangi.
3.0 PENILAIAN

3.1 Kekuatan/Pencapaian
Kebanyakan aktiviti –aktiviti dalam Rancangan Tahunan dapat dijalankan dengan
jayanya.Semua guru penasihat PBSM memberi kerjasama yang sangat baik
khasnya kehadiran. Walaupun ada guru-guru penasihat PBSM yang tidak
mempunyai pengetahuan langsung tentang PBSM , guru –guru penasihat
berusaha untuk memperolehi maklumat dan pengetahuan tentang PBSM serta
menyebarkan pengetahuan kepada ahli-ahli.

3.2 Kelemahan/Masalah yang dihadapi

i. Masalah yang sering dihadapi ialah ahli –ahli sering bertukar


persatuan.Ini akan mendatangkan masalah kepada guru –guru penasihat
ketika mencatat kehadiran dan mencacatkan buku kehadiran.

ii. Terdapat guru-guru penasihat yang tidak mempunyai pengetahuan


tentang PBSM.Masalah ini sedikit sebanyak menjejaskan perlaksanaan
aktiviti yang dijalankan.

iii. Guru-guru penasihat yang mengajar tahun 6 tidak terlibat dengan aktiviti-
aktiviti persatuan yang dijalankan sepanjang tahun .

iv. Kehadiran ahli agak tidak memuaskan.Masalah ketidakhadiran ini


disebabkan sikap ahli dan ada juga disebabkan masalah pengangkutan.

v. Guru – guru penasihat sering ditukar-tukar persatuan.

vi. Pelantikan bagi Ketua Guru Penasihat PBSM untuk setiap tahun sering
orang yang sama.

3.2 Cadangan/Cara memperbaiki.


i. Permintaan murid-murid untuk menukar persatuan mereka seharusnya
tidak dilayan kerana mereka sudahpun diagihkan kepada persatuan
masing-masing.

ii. Pelantikan guru-guru penasihat bagi setiap persatuan hendaklah


berdasarkan pengetahuan,kemahiran dan kepakaran mereka.Tindakan ini
adalah lebih baik dan memberi manfaat untuk sesebuah persatuan.

iii. Sekiranya guru – guru tersebut tidak terlibat dengan aktiviti persatuan
sepanjang tahun,tidak perlulah dilantik guru –guru tersebut dalam
sesebuah persatuan.

iv. Masalah pengangkutan mungkin dapat diatasi sekiranya aktiviti


kokurikulum diawalkan iaitu selepas kelas.Murid-murid diberi masa untuk
makan tengah hari di sekolah.Mereka perlu membawa bekalan untuk
makan tengah hari.

v. Guru-guru yang sudah dilantik tidak seharusnya ditukar-tukar persatuan


supaya guru –guru tersebut dapat mengukuhkan lagi pengetahuan dan
menambahkan pengalaman mereka dalam bidang tersebut.Pengalaman
seseorang guru dalam bidang tersebut adalah lebih penting.

vi. Setiap guru harus digilirkan untuk menjadi ketua Guru Penasihat
sesebuah persatuan.Sistem ini adalah lebih baik supaya setiap guru sama-
sama merasai bebanan kerja yang sama rata.

4.0 PENUTUP
Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti PBSM yang telah
dijalankan sepanjang tahun 2010.Sebagai ketua PBSM SK Matang Jaya,saya berharap
PBSM tahun 2010 akan lebih maju jaya.
Disediakn oleh, Disahkan oleh,

(THERESA AMBOI ANAK BAGOS) (AWANG


Ketua PBSM , Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Matang Jaya. SK Matang Jaya.

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH


SK MATANG JAYA SESI 2010

GURU PENASIHAT PBSM

Theresa Amboi ak Bagos


Hjh Hasanah Hj Udin
Milus Ambun
Refidah Seman
Salbiah bt Hj Leng
Ustazah Siti Ruhaila bt Abu Bakar
Ustazah Suriyana bt Supono
Tan Liew Eng
Zuriyana bt Mohd Nawi

Potrebbero piacerti anche