Sei sulla pagina 1di 1

Nurul Nawilah binti Roslan

No,10 Lorong Universiti 1, Taman Universiti,


Universiti Utara Malaysia,
06010 Sintok,
Kedah Darul Aman.

Pengarah
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE),
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
08 November 2010

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PENSYARAH SAMBILAN KEPIMPINAN

Perkara di atas dirujuk.

Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan
jawatan sebagai Pensyarah Sambilan Kepimpinan di institusi tuan/puan.

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemengang Ijazah dalam bidang


Kaunseling dengan kepujian daripada Universiti Utara Malaysia,Sintok Kedah. Saya telah
menamatkan pelajaran saya pada bulan Ogos 2010 dan telah bergraduan pada 02 November
2010.

3. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai jurujual disalah sebuah syarikat
perniagaan, Signoriz Sdn.Bhd Mall UUM, yang berkecimpung dalam bidang penjualan pakaian
dan tempahan pakaian. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan
sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan yang berkelayakan dengan
akademik yang saya perolehi.

4. Oleh itu, disini saya sertakan biodata diri dan salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan
untuk perhatian dan rujukan pihak tuan/puan.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak
tuan/puan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar.

(NURUL NAWILAH BINTI ROSLAN)