Sei sulla pagina 1di 3

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI MAHMUD

31200 CHEMOR PERAK

MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB LAWN BOWLS


SK HJ MAHMUD CHEMOR
KALI PERTAMA TAHUN 2011

TARIKH : 8.1.2011
HARI : Sabtu
MASA : 9.00 pagi
TEMPAT : Kelas Tahun 6 Mulia

Bil Agenda Perkara Tindakan

1. Ucapan Ketua 1.1 Ketua Penasihat mengucapkan selamat datang ke


Penasihat Kelab Mesyuarat Agung Kelab Lawn Bowls kali pertama.
1.2 Ketua Penasihat memaklumkan penubuhan Kelab lawn
Bowls adalah baru dimulakan pada tahun ini.
1.3 Ketua Penasihat mengharapkan segala aktiviti yang
dirancang pada tahun 2011 dapat dijalankan dengan lancar
dan mendapat kerjasam semua pihak terutamanya
kehadiran murid.

2. Perlantikan 2.1 Pemilihan dan undian yang dijalankan telah menetapkan Guru
Jawatankuasa Jawatankuasa Kelab Lawn Bowls Tahun 2011 adalah Penasihat
Tahun 2011 seperti berikut :

Pengerusi : Norfatihah Akma bt. Abd.Manaf (6U)


Naib Pengerusi : Fairuz Amira Syazlin bt. Roslan (6T)
Setiausaha : Qurratu Aini bt. Mohd Akil (6T)
Naib Setiausaha : Muhammad Haziq Zikri b. Azli Faizal(6U)
Bendahari : Muhammad Zulazli b. Zabidi (6T)
AJK : 1. Nor Suryati bt. Usman (6U)
2. Muhammad Faiz b. Azwan (6T)
3. Muhammad Tahir b. Rosli (5K)
4. Nurul Syafiqah Najwa Mohd Niza (4U)
Juru Audit Murid : 1. Noor Sakinah bt. Suhaimi (6T)
Juru Audit Guru : 2. Pn. Halimatul Saadiah Kamarulzaman
3. Perancangan 3.1 Kelab Lawn Bowls telah merancang untuk aktiviti-aktiviti Guru
Aktiviti Tahun seperti di bawah : Penasihat
2011
1. Sejarah / Pengenalan Asas Permainan
2. Undang-undang / Peraturan-peraturan Permainan
3. Teknik-teknik Permainan
4. Latihan Teknikal Permainan
5. Pertandingan Mini / Dalaman Antara Ahli-ahli
6. Pemilihan Pemain untuk Pasukan Elit Sekolah
7. Bengkel / Kursus Asas Permainan
8. Pertandingan Mencipta Logo Kelab

4. Hal-hal lain 4.1 Buku Log / Catatan Guru


Ketua Penasihat meminta semua ahli mempunyai sebuah Penasihat
Buku Log / Catatan baru untuk Kelab Lawn Bowls.

4.2 Pakaian Seragam


Ketua Penasihat menggalakkan ahli memakai pakaian
sukan untuk perjumpaan akan datang kerana kelab belum
ada pakaian rasmi.

4.3 Kad Gerko / Kedatangan


Ketua Penasihat mengingatkan semua ahli agar sentiasa
membawa Kad Gerko setiap kali perjumpaan dan aktiviti
Kelab Lawn Bowls untuk ditandatangani oleh Guru
Penasihat. Beliau juga menekankan kedatangan wajib
setiap ahli dalam semua aktiviti yang dijalankan.

5. Ucapan 5.1 Ketua Penasihat mengucapkan tahniah kepada AJK Kelab


Penangguhan Jawatankuasa yang dilantik dan mengharapkan agar AJK
yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik. Beliau
seterusnya menangguhkan mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

..................................... ............................................. ...........................................


(Qurratu Aini Mohd Akil) (Norfatihah Akma Abd Manaf) (En Kamarul Zaman Zakaria)

Setiausaha, Pengerusi, Ketua Penasihat,


Kelab Lawn Bowls Kelab Lawn Bowls Kelab Lawn Bowls
SK Hj Mahmud. SK Hj Mahmud. SK Hj Mahmud.

Potrebbero piacerti anche