Sei sulla pagina 1di 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT

14100 SIMPANG AMPAT


SEBERANG PERAI SELATAN

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU


KALI KEEMPAT 2010

TARIKH : 8 NOVEMBER 2010


MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH

KEHADIRAN TIDAK HADIR BERSEBAB

1. Pn. Mazani binti Abu Osman 1. En. Mohd. Kamil bin Yusop
2. En. Adzhari bin Lokman 2. Pn. Masita binti Rejab
3. Cik Noor Farhana binti Jamaludin 3. Pn. Roni binti Samsuddin
4. Pn. Hairunnazirah binti Manap 4. En. Mansor bin Othman
5. Pn. Zurina binti Ismail 5. Pn. Rohana binti Shapii
6. Pn. Noorhazlina binti Awaludin
7. Pn. Suriyani binti Hassan
8. Pn. Puziah binti Puteh
9. Pn. Goh Bee Tin
10. Pn. Tiyu Chai Kiok
11. Pn. Rohana binti Salleh
12. Pn. Usharani A/P Chinaya
13. Pn. Nor Zaidiyah bin Sidek
14. Pn. Hartini binti Jamaludin

AGENDA

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Ketiga

2.1 Puan Puziah binti Puteh mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

2.2 Puan Tiyu Chai Kiok menyokong.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Kelas Tambahan fasa kedua selepas waktu persekolahan tidak dapat dilaksanakan
tetapi digantikan dengan program latih tubi pada waktu Kokurikulum, Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Sivik.
Tindakan : Untuk Makluman

1
4.0 Kewangan

4.1 Baki kewangan pada bulan September ialah RM 2, 423.16. Baki wang PCG mata
pelajaran akan digunakan untuk membeli buku latihan tahun 2011.

Tindakan : Ketua Panitia

5.0 Analisis Keputusan Peperiksaan Percubaan PMR / SPM

5.1 Peperiksaan Percubaan PMR


Lulus : 55.33 % GP : 3.89
ETR : 87.75 % GP : 3.07

5.2 Peperiksaan Percubaan SPM


Lulus : 51.27 % GP : 7.26
ETR : 74.2 % GP : 6.17

Tindakan : Untuk Makluman

6.0 Peperiksaan Akhir Tahun T4, T2, T1 dan TP

6.1 Peperiksaan Akhir Tahun T4, T1 dan TP sudah selesai. Markah perlu diserahkan
kepada guru tingkatan.

6.2 Peperiksaan Akhir Tahun T2 sedang berlangsung.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

7.0 Post – mortem Perancangan 2010

7.1 Rujuk lampiran

8.0 Perancangan Strategik / Perancangan Kurikulum Tahun 2011

8.1 Ahli – ahli panitia ditugaskan untuk menyediakan Perancangan Strategik. Bagi
SPM tugas diberikan kepada Puan Zurina dan Puan Hairunnazirah.

8.2 Bagi Perancangan Strategik PMR tugas diberikan kepada Puan Puziah, Puan
Rohana Salleh, Puan Tiyu Chai Kiok dan Cik Noor Farhana.

Tindakan : Ahli Panitia

9.0 Laporan ULBS dan PLBS

9.1 Puan Puziah binti Puteh meminta guru Tingkatan 1 dan 2 menyerahkan fail PLBS
pada hari Sabtu, 15 November 2010. Beliau juga mengingatkan supaya

2
menghantar fail yang lengkapbagi memudahkan guru Bahasa Melayu pada tahun
hadapan. Selain itu, beliau juga berharap guru Tingkatan 1 dan 2 dapat
memastikan maklumat PLBS ada bagi setiap pelajar.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran


Tingkatan 1 dan 2

9.2 Puan Hairunnazirah pula mengingatkan tentang ULBS bagi guru Tingkatan 4.
Guru mata pelajaran Tingkatan 4 perlu menyerahkan fail ULBS kepada ketua
pentaksir sekolah sebelum cuti sekolah.

Tindakan : Guru mata pelajaran


Tingkatan 4

10.0 Hal-hal lain

10.1 Pengerusi menerangkan cara mengajar Karangan dan Komsas untuk kelas yang
lemah.

Karangan - Isi tempat kosong atau tulis satu isi sahaja.

Komsas - Bina soalan bagi setiap helaian teks.

10.2 Buku Rekod Mengajar perlu dilengkapkan dengan tiga objektif. Rancangan
Harian mestilah sama dengan Rancangan Tahunan yang disediakan. Aktiviti
mestilah sekurang-kurangnya tiga aktiviti. Objektif mestilah tepat dengan hasil
pembelajaran. Impak / Refleksi mesti ditulis jumlah bilangan.

10.3 Guru-guru juga diingatkan supaya ke semua TOV, Headcount dan markah pelajar
dilekatkan di belakang buku rekod mengajar. Buat analisis pencapaian.

10.4 Guru juga perlu mempunyai kemahiran menyoal dan semasa berkomunikasi
dengan pelajar jangan menggunakan bahasa daerah.

Tindakan : Untuk makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.15 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh ,

(PN. HARTINI BINTI JAMALUDIN) (PN. MAZANI BT ABU OSMAN)


Setiausaha Panitia Bahasa Melayu, Ketua Panitia Bahasa Melayu,
SMK Simpang Empat. SMK Simpang Empat.

Potrebbero piacerti anche