Sei sulla pagina 1di 6

Adolf Hitler(-1945)

Adolf Hitler telah dilahirkan disebuah rumah tumpangan "Braunau am" di Austria
dan merupakan dari berketurunan Jerman. Ayah Adolf Hitler merupakan seorang
pegawai kastam sementara ibunya pula sangat memanjakannya. Hitler tidak begitu
cermelang dari segi pelajaran dan tidak begitu menggemari kota Vienna tempat dia
dilahirkan. Hitler sebaliknya lebih mengemari kota Munich, tempat dia tinggal
semenjak 1912. Hitler mempunyai sikap suka termenung, tidak ramah dan mudah
mengikut perasaan. Sifatnya ini mungkin terbentuk akibat kekecewaan ketika Hitler
menjadi seorang artis di Vienna.
Apabila peperangan Dunia Pertama meletus, Hitler turut serta sebagai penghantar
perutusan dalam pasukan Infantari Regimen Bavaria ke 16. Hitler turut terba.bit
dalam 48 pertempuran dan pernah tercedera dan juga terkena gas beracun. Ketika
perletakan senjata 'Armistice' ditandatangani pada 11 November 1918, Hitler sedang
dirawat di hospital. Ketika itu Hitler memangku jawatan sebagai lance-koperal.
Hitler pernah menjadi seorang pegawai penyiasat tentera di Munich dan terlibat
dengan penyiasatan tentang aktiviti Parti Pekerja German.Disitu Hitler mula
berkecimpung dalam politik secara tidak langsung. Hitler kemudiannya
berkecimpung secara langsung dalam politik dan menjadi pengerusi kepada Parti
Pekerja German pada bulan Julai 1921. Hitler kemudiannya menukar nama Parti
Pekerja German kepada Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP)
ataupun parti Nazi. Perlahan-lahan parti Nazi terbentuk dengan logo swastika,
membenruk pasukan penguatkuasa yang dikenali sebagai 'storm troopers' dan anti
Yahudi. Hitler mengecam secara mutlak Perjanjian Perdamaian Versailles dan
mereka yang terlibat dengannya. Pada bulan November 1923, Hitler melancarkan
'putsch' percubaan rampasan kuasa di Munich tetapi gagal. Akibat dari itu, Hitler
telah dipenjarakan di penjara Landesburg dan apabila dia keluar, Hitler menjadi lebih
arif dalam selok belok politik. Hitler masih mengamalkan taktik kekerasan tetapi
pada masa yang sama Hitler menjalin hubungan erat dengan pihak konservatif yang
ingin menggunakannya sebagai alat menentang ancaman komunis.
Hitler kemudiannya menggunakan kebolehan berpidatonya untuk menjadi ketua
parti, dan menukar nama parti kepada parti Nazi 'National Socialist German Labour
Party'. Hitler membentuk dasar anti yahudi, anti demokrasi dan kepercayaan kepada
kuasa mutlak. Hitler menjalankan dasar memberi sedikit keistimewaan kepada
mereka yang menyokong, mengancam mereka yang menentang dan propaganda
bersifat patriotik kepada orang awam.
Hanya pada tahun 1929 parti Nazi memenangi majoriti dalam pengundian kota
Coburg, dan kemudiannya memenangi pengundian daerah Thuringia. Bagaimanapun
semenjak 1928, Nazi memenangi daerah demi daerah secara berterusan. Dalam
pengundian parlimen Reichstag 1928, parti Nazi memenangi 809,000 undian. Pada
tahun 1930, parti Nazi memenangi 6,401,016 undi untuk perwakilan Nazi, sementara
tahun 1932 sebanyak 13,732,779. Walaupun tidak mendapat majoriti, ini merupakan
bukti keberkesanan pengaruh Hitler. Selain itu, sokongan kepada Hitler disebabkan
banyak perkara lain termasuk kemelesetan ekonomi yang tenat akibat pembayaran
pampasan perang, penghinaan oleh Perjanjian Perdamaian Versailles, dan keinginan
oleh rakyat Jerman untuk mempunyai seorang pemimpin yang dapat membawa
mereka mencapai kembali kegemilangan yang lampau.
Ekonomi Jerman yang musnah akibat inflasi 1929 - 1934 dan kadar pengangguran
sehingga 7,000,000 menyebabkan seluruh industri berhadapan dengan kegagalan dan
menjadi muflis. Sepanjang 1930 dan sehingga 30 Januari 1933, undian parti Nazi
meningkat secara berterusan dan Presiden Paul von Hindenburg akhirnya melantik
Hitler sebagai Perdana Menteri 'Chancellor'. Hitler menggunakan kedudukannya
sebagai Chancellor untuk menghapuskan penentang-penentangnya. Pada malam yang
dikenali sebagai Malam Pisau Panjang "The Night of the Long Knives" Hitler
membunuh semua penentangnya dalam parti Nazi. Hitler juga menyalahkan Komunis
dan Yahudi atas kelembapan ekonomi dan berjaya meraih sokongan angkatan tentera
dengan melaksanakan polisi melengkapkan peralatan senjata Jerman.
Dia menyelesaikan pengangguran dengan melancarkan projek pembangunan
umum dan perlengkapan senjata yang pesat, termasuk pembentukan tentera tetap baru
yang besar. Dia menubuhkan Jabatan Buruh Negara Jerman 'German Labour Corps'
dan memaksa musuh politik, Yahudi, Komunis, dan Sosialis untuk bekerja keras di
kemah tahanan sehingga mati. Hitler berjaya mengobarkan semangat rakyat Jerman
yang selama ini muram akibat kalah perang. Hitler kini mendapat sokong penuh
semangat oleh kebanyakan rakyat Jerman. Di bawah pemerintahan diktaktor Hitler
dan parti Nazi, rakyat Jerman bersatu. Hitler membakar semangat rakyat Jerman
dengan pencapaian hebatnya. Parti Nazi terus menerima sokongan umum walaupun
Komunis menolak dakwaan parti Nazi bahawa ia merupakan parti yang
mementingkan orang ramai 'sosialis'. Parti Nazi telah membina lebuhraya sepanjang
1,500 batu, menjanjikan rancangan kereta murah untuk rakyat, kemudahan untuk
pekerja, termasuk rancangan pembangunan kota Jerman yang hebat. Setelah
mengalami masalah pengangguran dan kesempitan ekonomi, pencapaian dan janji
Hitler menyebabkan rakyat biasa Jerman menjadi bangga dan menguatkan lagi
sokongan kepada Hitler.
Polisi negara asing Hitler memukau rakyat Jerman dan negara asing. Dengan
mempamirkan kekuatan ketenteraan Jerman, Hitler merampas daerah Saar,
Rhineland, Austria and Sudetenland and Memel. Hitler berazam untuk mendirikan
Reich Ketiga 'Persekutuan Ketiga' seperti yang pernah didirikan oleh Reich Pertama
Empire Roman Suci 962 - 1806, Reich Kedua 1817 - 1918. Dengan itu, dalam satu
perjumpaan 29 September 1938 di Fuhrerhaus, Munich, Jerman, dengan Perdana
Menteri Neville Chamberlain dari Great Britain; Premier Edouard Daladier dari
France; and Diktator Benito Mussolini dari Italy, Hitler memansuhkan Perjanjian
Versailles.
Hitler kemudiannya menakluk Austria dan pada musim panas dan awal musim
luruh Hitler bertindak mengancam Czechoslovakia, memaksa Czechoslovakia untuk
menyerah tanpa pertumpahan darah dan menjadikan bekas presiden Czechoslovakia,
Eduoard Bones sebagai orangan buangan daripada negara yang pernah dibentuk
olehnya sendiri. Czechoslovakia menjadi negara yang tunduk kepada Jerman. Hitler
berjaya berbuat sesuka hatinya di Eropah Barat disebabkan oleh keakuran British dan
kemudiannya Perancis untuk memenuhi keinginannya dengan harapan Hitler akan
berhenti setelah mencapai segala maksudnya. Ini disebabkan pihak British dan
Perancis sudah serik dengan peperangan Dunia Pertama dan ingin mengelakkan
peperangan sekali lagi. Pada akhir 1938, ternyata polisi keamanan dengan maruah
"peace with honor" yang diamalkan oleh Perdana Menteri Neville Chamberlain dari
Great Britain gagal. Ramai rakyat British, diketuai oleh Churchill mempersoal dan
memberi amaran akibat buruk tentang polisi memuaskan hati Hitler. Dikalangan
rakyat Perancis juga timbul perasaan bahawa Premier Edouard Daladier telah
menjadikan Perancis sebagai kuasa kelas kedua dengan hanya menandatangani
perjanjian Munich.
Adolf Hitler mengancam seluruh Eropah dengan kekuatan ketenteraan Jerman dan
pada akhir tahun 1938, Hitler telah menguasai tambahan 10,500,000 orang (7,000,000
Austrian, 3,500,000 Sudeten) di bawah pemerintahannya, menjadikannya sebagai
pemerintah mutlak yang paling merbahaya diseluruh dunia pada masa itu. Pengaruh
Hitler melampaui sempadan Jerman dan negara-negara jiran yang kecil seperti
Denmark, Norway, Czechoslovakia, Lithuania, Negara-negara Balkan, Luxembourg,
Belanda 'Netherland' bimbang untuk membantah perbuatannya. Parti Nazi terlibat
terang-terangan di Sepanyol, memulatak pemberontakan di Brazil, dan membantu
kebangkitan di Romania, Hungary, Poland dan Lithuania. Aktiviti Hitler mendapat
tentangan hebat oleh pencinta kebebasan dan parti Nazi mendapati ianya merbahaya
kepada keselamatan mereka. Menteri propoganda Hitler, Paul Joseph Goebbels
melancarkan peperangan terhadap kebebasan bersuara dengan menuduh mereka
sebagai komunis dan melancarkan propaganda hancurkan komunis "Down with
Communism!". Pendidikan di Jerman hanyalah pelajaran wajib tentang parti Nazi.
Kesemua tekanan ini menjadikan semakin ramai yang tidak tahan dengan tindak-
tanduk Nazi bertindak meninggalkan Jerman. Mereka termasuk puak Yahudi, liberal,
konservatif, Khatolik, dan Protestan. Jerman menjadi negara ketenteraan di mana
kanak-kanak belajar melontar bom tangan, wanita dianggap hanya sebagai alat untuk
beranak.
Pada permulaan kebangkitan Hitler menjadi Chancellor, dia mendapat sokongan
dari kapitalis Jerman dan ahli perniagaan menyokong parti Nazi sebagai satu cara
menyelamatkan perniagaan mereka yang tenat. Tetapi apabila mereka berjaya mereka
mendapati kepercayaan Nazi bahawa individual kepunyaan negara mula dikenakan
kepada perniagaan. Sesetengah perniagaan dirampas sementara yang lain dikenakan
cukai modal dan keuntungan dikawal dengan tegas. Untuk memberi gambaran jelas
tentang kawalan kerajaan keatas perindustrian Jerman pada tahun 1938, dianggarkan
80% daripada semua bangunan dan 50% dari permintaan industri di Jerman
datangnya daripada kerajaan.
Apabila Jerman menguasai Austria, ia terpaksa menampung pertambahan
penduduk seramai 7,000,000 orang dan apabila Jerman menguasai Sudeten yang
berada di sempadan Jermany dan Czechoslovakia, terdapat tambahan 3,500,000
orang perlu dijaga. Jerman tertekan untuk membekalkan makanan dan duit, oleh itu
regim Nazi merampas tanah ladang dan melaksanakan pertanian kongsi menyerupai
yang dilaksanakan oleh parti komunis Russia. Pada akhir 1938 terdapat banyak tanda
bahawa ekonomi Nazi berasaskan sistem barter, kawalan pertukaran asing, taraf
hidup yang lebih rendah, dan berdikari sepenuhnya telah menemui gagal. Hitler cuba
mengalih perhatian rakyat Jerman daripada masalah tersebut dengan menyuruh
menteri propagandanya Paul Joseph Goebbels untuk menyerang musuh yang sebenar
atau khayalan. Sungguhpun begitu, dalam tempoh lima tahun, Hitler berjaya
meningkatkan Jerman sebagai salah satu kuasa besar ketenteraan dunia. Ini termasuk
membina senjata moden seperti angkatan kereta kebal, angkatan kapal selam, konsep
serangan kilat (blitzkrieg), dan pakatan ketenteraan dengan Jepun dan Turki.
Pada September 1939, Hitler menyerang Poland dengan serangan taktik blitzkrieg
(serangan darat, udara yang melampau dan mengejut) mencapai kejayaan yang
memeranjatkan musuh dan generalnya sendiri. Serangan terhadap Poland
bagaimanapun menyebabkan musuh-musuhnya kini bertindak balas dan pihak British
dan Perancis mengumumkan perang terhadap Jerman. Kejayaan awal Hitler
menjadikannya terlalu yakin dan mengambil alih pemerintahan tentera Jerman pada
Disember 1941. Hitler mengganggu cara para jeneralnya merancang peperangan dan
terlalu mempercayai kepada keberkesanaan senjata sulit, dan kepada ramalan kaji
bintang. Setelah lama berperang dan setelah mengalami kekalahan di setiap medan
pertempuran, Hitler menyedari bahawa kekalahan sudah tidak dapat dielakkan. Hitler
kemudiannya mengahwini wanita simpanannya Eve, dan kemudiannya membunuh
diri bersama-sama pada 30 April 1945. Mayatnya dibakar untuk mengelak daripada
jatuh ketangan musuh.

Potrebbero piacerti anche