Sei sulla pagina 1di 2

Jawatan Kuasa Masjid Asasul Islam

Kampung Alit, 93500 Kabong


SARAWAK

YB Encik Abdul Wahab bin Aziz,


No. 621, Lorong 11B,
Jalan Pisang Barat,
93400 Kuching. 11 Oktober
2010

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN


UNTUK AKTIVITI GOTONG ROYONG MASJID KAMPUNG ALIT

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa AJK Masjid Kampung Alit dengan


kerjasama Kolej Komuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Cawangan
Betong dan Kolej Komuniti Cawangan Santubong akan
menjalankan Program Khidmat Bakti Siswa pada 22 hingga 24
Oktober 2010. Di antara aktiviti – aktiviti yang akan dijalankan
ialah aktiviti gotong royong yang bakal diadakan seperti
berikut :

Tarikh : 23 Oktober 2010


Masa : 8.00 pagi higga 12 tengahari
Tempat : Masjid Kampung Alit, Betong

3. Sehubungan itu, saya mewakili AJK Masjid Kampung Alit memohon


jasa baik tuan sekiranya dapat menghulurkan sedikit
sumbangan kewangan bagi menjayakan program tersebut.

4. Bersama ini saya lampirkan salinan kertas kerja program tersebut


untuk rujukan pihak tuan.

5. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan amat dihargai dan


didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

………………………………………….
( MOHAMAD BIN KAMERI )
Setiausaha
Masjid Asasul Islam, Kg Alit
Kabong