Sei sulla pagina 1di 2

Garis Panduan Tugas Penyelaras Unit Beruniform/Kelab/Persatuan

1. Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat unit gerak kerja kokurikulum


masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam sepenggal.
2. Menyelaras pembahagian pelajar dalam unit masing-masing.
3. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
4. Jadual perjumpaan aktiviti hendaklah diserahkan kepada setiausaha
jawatankuasa kokurikulum untuk penyelarasan.
5. Meneliti dan memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh setiap unit di
laksanakan dengan sempurna.
6. Mengumpul laporan kegiatan setiap unit dan diserahkan kepada Setiausaha
Kokurikulum untuk rekod sekolah.
7. Meneliti dan menilai kegiatan setiap unit dan jika perlu mengubahsuaikan
program yang telah diatur.
8. Merekod penglibatan dan pencapaian pelajar dalam kegiatan yang disertai.
9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke
semasa.

Garis Panduan Tugas Penasihat Persatuan/Kelab/Badan Beruniform

1. Mengadakan mesyuarat agung Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform pada


sekurang-kurangnya minggu kedua bulan Januari untuk melantik AJK Kelab/
Persatuan/ Unit Beruniform.
2. Mengadakan peraturan/ perlembagaan Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform.
3. Merancang kegiatan Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform untuk setahun.
4. Memastikan ahli-ahli lulus ujian/ pengiktirafan dari badan induk.
5. Memastikan perjalanan Persatuan/Kelab/Badan Beruniform tidak menyalahi
peraturan sekolah dan tidak menyeleweng dari perlembagaan Persatuan Kelab/
Badan Beruniform
6. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum melalui
penyelaras unit kokurikulum masing-masing
i Perlembagaan
ii Senarai AJK
iii Rancangan/Kegiatan setahun
iv Anggaran perbelanjaan/keperluan
Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform
7. Memastikan setiap aktiviti mengikut jadual berjalan lancar guru penasihat
hendaklah menghadiri setiap mesyuarat atau perjumpaan Kelab/ Persatuan/
Unit Beruniform
8. Kehadiran pelajar mesti ditandatangani didalam kad/ buku rekod kehadiran
selepas tamat perjumpaan.
9. Mengawal dan mengemaskini papan kenyataan Kelab/ Persatuan/ Unit
Beruniform untuk mengelakkan di salahguna.
10. Bertanggungjawab membimbing pelajar-pelajar menyediakan laporan kegiatan
mengikur format yang betul.
11. Mengiringi setiap rombongan yang dianjurkan oleh Kelab/ Persatuan/ Unit
Beruniform
12. Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar dalam satu-satu pertandingan.
13. Menguruskan penyertaan ahli Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform dalam
kegiatan/ pertandingan di semua peringkat.
14. Memajukan Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform dengan cara yang difikirkan
sesuai.
15. Melengkapkan pengetahuan sebagai jurulatih pasukan beruniform atau
penasihat kelab atau menjemput jurulatih/penasihat luar.
16. Semua kegiatan lawatan anjuran Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform hendaklah
mendapat kebenaran Pengetua.
17. Mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga apabila pelajar diperlukan
untuk sesuatu aktiviti di luar kawasan sekolah.
18. Bertanggungjawab menyerahkan senarai nama pelajar-pelajar yang menyertai
kegiatan di luar kawasan sekolah kepada PK HEM, Setiausaha Kokurikulum, guru
kelas dan sesiapa yang difikirkan perlu.
19. Bertanggungjawab serta mengagihkan alat-alat dan pakaian pemain dan
memungut balik disimpan tempat yang selamat.
20. Menentukan semua surat menyurat daripada pihak luar hendaklah dibuat
melalui Pengetua dan surat-surat dari luar hendaklah dirujuk kepada Pengetua
sebelum mengambil sebarang tindakan.
21. Bertanggungjawab membuat tempahan pengangkutan/ bas sekiranya
diperlukan.
22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke
semasa.

Potrebbero piacerti anche