Sei sulla pagina 1di 1

Murina Binti Mamat

No. 179, Rumah Rakyat,


Kampung Paya Baru,
71000, Port Dickson,
Negeri Sembilan
____________________________________________________________________________

Penolong Pengarah Perjawatan


Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia
No. 2&4, Jalan Medan Setia 2,
Plaza Damansara, Bukit Damansara,
50490, Kuala Lumpur 19 SEPTEMBER 2010

Tuan/Puan,

PERMOHONAN UNTUK JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PEJABAT

Merujuk perkara di atas, saya Murina Binti Mamat (831203-03-5666) dengan sukacitanya ingin
mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Pejabat di organisasi Tuan/Puan
sepertimana yang telah di iklankan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia dalam sebuah akhbar
tempatan.

2. Untuk makluman Tuan/Puan, saya memegang jawatan sebagai Pembantu Pejabat dan
Juru Kira di Kimrima Enterprise Port Dickson. Saya juga mempunyai pengalaman yang luas
dalam urusan pentadbiran pejabat. Jawatan ini merupakan jawatan sementara dan saya kini
dalam usaha untuk mencari dan memohon jawatan secara tetap di organisasi Tuan/Puan.

3. Saya juga mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer dan mahir dalam
membuat surat menyurat. Saya juga merupakan seorang individu yang sentiasa berdedikasi,
jujur dan bertanggungjawab dalam apa jua bidang yang saya ceburi.

4. Pengalaman saya dalam bidang pengkeranian ini telah banyak mengajar saya
bagaimana untuk bekerja lebih efisyen dan efektif serta membantu saya membina hubungan
kerja yang harmoni dengan pelbagai manusia yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

5. Untuk memudahkan pihak Tuan/Puan, saya juga menyertakan butiran peribadi yang
lebih terperinci serta lamipran sijil-sijil yang telah disahkan untuk rujukan Tuan/Puan. Saya juga
memohon agar Tuan/Puan menghubungi saya di talian 017-2963459 bagi mendapat tahu
prospek dan peluang saya untuk berkerja di salah sebuah organisasi kebajikan yang sangat
prihatin kepada masyarakat.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak
Tuan/Puan. Keprihatinan Tuan/Puan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar.

......................................
( MURINA BINTI MAMAT )
831203-03-5666
017-2963459