Sei sulla pagina 1di 3
UNIVERSITI MALAYA PEPERIKSAAN IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN TAHUN AKADEMIK 2004/2005 : SEMESTER 1 IDEU 2313 : PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAKWAH Oktober 2004 MASA : 2 jam ARAHAN KEPADA CALON : Calon dikehendaki menjawab 4 soalan sahaja. (Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 3 halaman yang dicetak) IDEU 2313/02 1. Anda dikehendaki memberi jawapan bagi perkara-perkara berikut : a) Aminah dijangka akan melangsungkan perkahwinannya dalam tempoh 6 bulan. Sebagai persiapan bakal pengantin, nyatakan jenis kaunseling yang diperlukan oleh Aminah dan jelaskan kriteria-kriteria Penting bagi kaunseling jenis ini (5 markah) b) Kenyataan klien : ‘Saya runsing dengan pencapaian akademik saya sekarang ini. Walaupun, rakan-rakan kata saya tergolong dalam kelompok yang pandai, tetapi saya tidak rasa sedemikian’ Berikan respon anda menggunakan teknik yang mengandungi skala empati pada tahap 1, 2 dan 3. (6 markah) ©) Sila nyatakan sebab soalan ‘mengapa’ tidak digalakkan dalam teknik penyoalan dan tukar soalan ‘mengapa awak bertingkahlaku demikian?’ kepada teknik penyoalan yang lebih baik, (4 markah) 2. Bincangkan proses interaksi temuduga kaunseling dakwah dalam kaedah penyelesaian masalah berserta dengan gambarajah (15 markah) 3. Golongan pelajar yang keliru dengan diri mereka merupakan salah satu golongan yang terdapat di sekolah. Terangkan ciri-ciri pelajar golongan tersebut dan 3 perkhidmatan asas bimbingan dan kaunseling yang diperlukan oleh golongan ini (15 markah) IDEU2313/03 4. Kebanyakan kes intimasi seksual dalam keluarga (ISK) atau sumbang mahram lewat dikesan berpunca daripada sindrom ibu senyap yang menyebabkan anak perempuan sering menjadi mangsa. —_Berikan pemahaman anda berkaitan jenis kategori ibu yang menghadapi sindrom ini (15 markah) 5. Berikan perbezaan definisi di antara kecelaruan personaliti dengan kecelaruan gender dan huraikan jenis personaliti di bawah : a) Personaliti narsistik b) Personaliti kebergantungan c) Personaliti obsesif-kompulsif d) Personaliti penghindar (15 markah) 6. Apa yang dimaksudkan dengan tekanan dalam pekerjaan? _Bincangkan bagaimana proses sembahyang dan berzikir boleh menjadi salah satu kaedah ketingkahlakuan yang boleh mengurangkan tekanan. (15 markah) 90007"

Potrebbero piacerti anche