P. 1
Cukai Jualan Malaysia

Cukai Jualan Malaysia

|Views: 5,179|Likes:
Published by lailoh9

More info:

Published by: lailoh9 on Sep 04, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/01/2013

pdf

text

original

Kastam Diraja Malaysia: Royal Malaysian Customs - Apa ltu Cukai Ju ...

http://www.customs.gov.my/index2.php?option=com _ content&task=vi ...

Apa Itu Cukai Jualan?

APAKAH CUKAI JUALAN?

Cukai Jualan yang dipraktikkan di negara ini adalah cukai seperingkat yang dikenakan atas barang-barang tertentu yang diimport dan barang-barang buatan tempatan. la dikenakan ketika barang-barang tersebut diimport atau dijual, diguna atau dilupuskan dengan cara lain oleh pengilang-pengilang.

KADAR CUKAI JUALAN

la adalah cukai ad valorem dan kadarnya pada masa ini ialah seperti berikut :

Buah-buahan, makanan dan bahan-bahan pembinaan-5% Semua barangan am (termasuk kereta)-10%

Arak dan minuman beralkohol-20%

Rokok dan cerut-25%

BARANG-BARANG BERCUKAI

Semua barang yang diimport atau dikilang di Malaysia (kecuali Labuan, Langkawi dan Tioman) adalah bercukai jualan melainkan ia dikecualikan khusus oleh Menteri Kewangan.

Petroleum dan produk petroleum juga tertakluk kepada cukai jualan seperti yang dinyatakan di bawah Jadual Ketiga, Perintah Cukai Jualan (Kadar-Kadar Cukai) 1997.

BARANG-BARNAG YANG OIKECUALIKAN

Barang-barang yang dikecualikan ialah barang-barang yang disenaraikan dalam Jadual A kepada Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980.

ORANG YANG OIKECUALIKAN

Golongan orang yang dikecualikan daripada cukai jualan ada tersenarai di bawah Jadual B dan C Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980

BILAKAH CUKAI JUALAN PERLU OIKENAKAN & 01 LEVI?

Cukai ke atas barang-barang yang diimport akan ditaksir dan dibayar pada masa barang-barang tersebut dilepaskan daripada kawalan kastam. Cukai akan dikira dan ditunjukkan di atas borang ikrar import bersama-sama duti kastam yang akan dibayar Gika ada).

Cukai ke atas barang-barang yang dikilang di dalam negera dikenakan dan dilevi oleh pengilang berlesen pada masa barang-barang tersebut dijual. Cukai jualan juga hendaklah dikenakan ke atas barang bercukai yang dilupuskan dengan cara selain dari jualan seperti digunakan sendiri, dimusnahkan, didermakan, dihadiahkan atau dibekalkan percuma.

NILAI JUALAN

Nilai jualan ialah nilai di mana cukai jualan dikira dan ditaksiran.

Berkenaan dengan barang-barang yang diimport ke dalam Malaysia untuk kegunaan dalam negeri, nilai jualan barang-barang itu ialah jumlah amaun yang berikut, iaitu-

Nilai barang-barang itu bagi maksud duti kastam yang ditentukan mengikut Akta Kastam 1967 Amaun duti kastam ,jika ada, yang kena bayar atas barang-barang itu; dan

Amaun duti eksais , jika ada, yang kena bayar atas barang-barang itu;

Bagi barang-barang yang dikilangkan dalam negeri:

Nilai jualan akan ditentukan berdasarkan nilai transaksi barangan sebagai asas utama penilaian yang digariskan dibawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Cukai Jualan (Kaedah Penilaian) 2002 .

Jika nilai transaksi barangan tidak dapat ditentukan dibawah Peraturan 4, nilai jualan hendaklah berdasarkan susunan penilaian seperti berikut:

i. Nilai transaksi barang-barang yang sarna. ii. Nilai transaksi barang-barang yang serupa. iii. Nilai campuran

iv. Nilai tolakan

v. Nilai anjal.

TRANSAKSI YANG OIANGGAP SEBAGAI JUALAN

Secara am satu jualan itu berlaku apabila sesuatu harta atau barang-barang itu bertukar tangan/berpindah dari seorang penjual kepada pembeli. Bagi tujuan pengenaan cukai jualan, transaksi di bawah ini dianggap sebagai jualan:

Barang-barang yang dijual secara ansuran atau secara sewabeli. Barang-barang yang disewa.

10f5

2/20/20073:01 PM

Kastam Diraja Malaysia: Royal Malaysian Customs - Apa ltu Cukai Ju ...

http://www.customs.gov.my/index2.php?option=com _ content&task=vi ...

Barang-barang jualan dalam tempoh percubaan yang boleh dipulangkan balik.

Barang-barang yang dihantar (consigned) oleh pengilang kepada seorang pembeli dengan syarat bahawa penjual memiliki hak atas barang-barang tersebut diserah di bawah apa-apa syarat berhubung dengan bayaran pada masa hadapan.

IN BOIS JUALAN

Jumlah cukai jualan yang dikenakan dalam penjualan barang-barang bercukai hendaklah ditunjukkan secara berasingan dalam in bois jualan. Inbois jualan yang mengandungi butir-butir barang-barang bercukai dan barang-barang tidak bercukai mestilah menunjukkan dengan terang mana-mana barang yang dikenakan cukai.

PENYATA

Pengilang-pengilang berlesen adalah dikehendaki mengemukakan penyata kepada Kastam Diraja Malaysia dengan menggunakan Borang C.J No.3 dalam tempoh dua puluh lapan hari selepas tamat tempoh cukai. Tempoh bercukai adalah tempoh dua bulan kalendar.

Penyata tersebut hendaklah menunjukkan jumlah nilai bagi semua barang bercukai yang dijualkan dalam tempoh bercukai tersebut.

BILAKAH CUKAI JUALAN PERLU DI BAYAR?

Cukai jualan yang dikenakan oleh pengilang berlesen hendaklah dibayar kepada Kastam Diraja Malaysia dalam tempoh dua puluh lapan hari dari tarikh tamatnya tempoh cukai.

Bayaran boleh dibuat dalam bentuk:

Wangtunai

Cek atau bank deraf Kiriman /wang pas

PENAL TI ATAS BAYARAN CUKAI YANG LEWAT

Setiap pembayaran cukai jualan yang lewat akan dikenakan penalti. Penalti akan dikenakan pada kadar 10%. Jika cukai masih tidak dibayar dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh ia patut dibayar, kadar penalti akan di naikkan 10% dan terus dikenakan sehingga cukai tersebut dibayar. Kadar maksimum penalti yang boleh dikenakan ialah 50%.

SIAPAKAH YANG DIKEHENDAKI DILESENKAN?

Seseorang yang terlibat dalam pengilangan barang-barang bercukai adalah dikehendaki memohon lesen.

PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN CUKAI JUALAN

Permohonan lesen adalah dibuat dalam Borang JKED No.1 kepada Pegawai Kanan Cukai Jualan yang menjaga daerah dimana terletak tempat urusan utama si pemohon.

Lesen cukai jualan akan dikeluarkan kepada pemohon dalam bentuk Borang C.J No.2 dan tidak dikenakan bayaran. Pelesen hendaklah mempamerkan lesen cukai jualan di tempat-tempat yang mudah dilihat di tempat perniagaan utama. Pelesen hendaklah maklumkan jika berlaku pertukaran maklumat-maklumat atas lesen seperti berikut:-

pindaan atas pemiagaan syarikat pertukaran alamat

membuka atau menutup tempat perniagaan

segal a pertukaran atau penambahan komoditi yang dikilang

SIAPAKAH YANG TIDAK DIKEHENDAKI DlLESENKAN?

Terdapat tiga kategori orang yang tidak dikehendaki dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan 1972.

Seorang yang mengilang hanya barang-barang yang dikecualikan sepertimana yang disenaraikan di dalam Jadual A kepada Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980.

Pengilang yang mengilang barang-barang bercukai dimana nilaijualan tahunannya tidak melebihi RM100,000/-. Walau bagaimanapun kategori pengilang ini mesti memohon untuk sijil pengecualian dari pelesenan.

Pengilang barang-barang bercukai dimana operasi pengilangannya dikecualikan daripada pelesenan (Lihat Lampiran 1).

SIJIL PENGECUALIAN DARIPADA LESEN

Sesiapa yang dapat memuaskan hati Pegawai Kanan Cukai Jualan bahawa nilai jualan atas penjualan atau pelupusan barang-barang bercukai yang dikilangnya tidak melebihi threshold RM 100,0001- dalam masa dua belas bulan dan nilai jualan barang-barang bercukai yang hendak dikilangkan dan akan dijual atau dilupuskan olehnya dalam tempoh dua belas bulan dan nilai jualan barang-barang bercukai yang hendak dikilangkan dan akan dijual atau dilupuskan olehnya dalam tempoh dua belas bulan akan datang dijangkakan tidak akan melebihi jumlah tersebut, boleh memohon untuk mendapatkan Sijil Pengecualian daripada pelesenan.

Permohonan adalah dibuat di dalam Borang Cukai Jualan No.6. Sijil pengecualian daripada lesen dikeluarkan dalam C.J No.7 dengan percuma. Pemegang Sijil Pengecualian (C.J No.7) tidak dikehendaki mengenakan cukai jualan ke atas barang-barang yang dikilang dan dijualnya.

Walaubagaimana pun kategori pengilang ini boleh memohon untuk dilesenkan sebagai pengilang berlesen untuk menikmati

20f5

2/20/20073:01 PM

Kastam Diraja Malaysia: Royal Malaysian Customs - Apa ltu Cukai Ju ...

http://www.customs.gov.my/index2.php?option=com _ content&task=vi ...

kemudahan-kemudahan yang diberi kepada pengilang berlesen.

BARANG-BARANG UNTUK EKPORT

Semua barang yang dikilang dan kemudian dieksport oleh pengilang berlesen adalah dikecualikan dari bayaran cukai jualan di bawah butiran 16, Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980. Borang Ikrar Eksport (Kastam No.2) dan inbois jualan eksport pengilang adalah penting sebagai bukti pengeksportan. Jika gagal, barang-barang tersebut akan dianggap telah dijual di pasaran tempatan.

Sesiapa selain dari pengilang berlesen yang mengkesport barang-barang yang dibeli dari pengilang berlesen boleh juga dikecualikan dari pembayaran cukai jualan dengan syarat barang-barang tersebut dieksport dalam tempoh 6 bulan dari tarikh barang-barang tersebut dibeli. Pengecualian adalah di bawah Butiran 91, Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980.

Permohonan untuk kelulusan adalah dibuat di dalam borang C.J (Pentad) 2 dan dihantar kepada Pejabat Cukai Jualan . Apabila pengecualian diluluskan, pembelian dari pengilang berlesen boleh dibuat tanpa dikenakan cukai jualan dan barang-barang tersebut hendaklah dieksport dalam tempoh 6 bulan dari tarikh belian.

KEMUDHAN YANG DIBERIKAN KEPADA PENGILANG BERLESEN

Seorang pengilang berlesen boleh mendapat kemudahan membeli bahan-bahan mentah, komponen-komponen dan bahan pembungkusan tanpa dikenakan cukai jualan untuk digunakan dalam pengilangan. la boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan dengan tiga cara:-

Sistem Ring

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang C.J .No.5 yang ditetapkan, kepada Pejabat Cukai Jualan dimana permohonan itu dilesenkan. Rekod pembelian hendaklah disediakan.

Sistem Pulangbalik

Bagi pengilang berlesen yang mendapatkan bahan-bahan mentah, komponen-komponen atau bahan pembungkusan tanpa cukai jualan daripada peniaga (vendor) dimana cukai jualan ke atas barang tersebut telah dibayar oleh peniaga tersebut, peniaga tersebut boleh memohon pulangbalik cukai yang terlibat dengan jualan tersebut dengan menggunakan Borang JKED No.2.

Sistem Kredit

Kemudahan Sistem kredit diberikan kepada pengilang berlesen mendapatkan bekalan bahan mentah/komponen dari syarikat trading atau vendor dimana pengilang merasakan tidak sesuai untuk membelinya melalui 'Ring Sistem' seperti memerlukan kuantiti yang sedikit atau menghadapi masalah dengan pembekal.

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang C.J No.1 O. Pengilang berlesen diberi potongan cukai ke atas bahan-bahan mentah, komponen dan bahan pembungkusan bercukai jualan yang digunakan dalam pengilangan. Potongan yang diberi adalah bergantung kepada kategori barang-barang bercukai yang diberi, seperti berikut :-

I Borang-borang II Kegunaan Borang I
Barang-barang bercukai yang dikenakan cukai jualan 5% 4 per centum atas jumlah nilai barang- barang yang dibeli.
Barang-barang bercukai yang dikenakan cukai jualan 10% yang dibeli 8 per centum atas jumlah nilai barang-barang
Barang-barang bercukai yang dikenakan cukai jualan 20% 16 per centum atas jumlah nilai barang-barang yang dibeli
Barang-barang bercukai yang dikenakan cukai jualan 25% 20 per centum atas jumlah nilai barang-barang yang dibeli Tuntutan potongan mesti dibuat di dalam penyata C.J No.3 bagi tempoh cukai yang sama dengan pembelian dibuat.

KEMUDAHANTAMBAHAN

Seorang vendor boleh memohon untuk mengimport atau mendapatkan barang-barang bercukai tanpa cukai jualan bagi kegunaan pengilang berlesen yang mempunyai C.J No.5. Permohonan untuk mendapatkan kemudahan ini boleh dibuat oleh vendor di dalam borang C.J No.5A.

Apabila seorang pengilang berlesen memerlukan seorang pengilang berlesen lain menyiapkan pengilangan barang bercukainya, untuk menghantar dan mendapatkan kemudahan tersebut dengan membuat permohonan di dalam Borang C.J No.5B.

PENYIMPAN REKOD DAN AKAUN

Pengilang berlesen mesti menyimpan rekod yang tepat dan betul. Semua transaksi perniagaan hendaklah disimpan kemaskini dan dicatat dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Rekod-rekod ini mestilah disimpan bagi tempoh 6 bulan.

Penyimpanan rekod di dalam bahasa lain adalah tidak menjadi kesalahan tetapi pengilang berlesen hendaklah menyediakan terjemahan atas permintaan Pegawai Kanan Cukai Jualan dan penterjemahan tersebut mestilah dipilih oleh Pegawai Cukai Jualan dan perbelanjaan menterjemah ditanggung oleh pengilang berlesen sendiri.

Pengilang berlesen juga perlu mengemukakan satu sijil audit yang ditandatangani oleh seorang akauntan yang bertauliah dan hendaklah dihantar setiap tahun bagi rekod-rekod berikut-

bahan mentah, pembelian, penggunaan dan baki dalam stok (kuantiti dan nilai); barang-barang yang dikilang, dijual atau dilupus;

baki dalam stok (kuantiti dan nilai); dan

jumlah cukai jualan tahunan dibayar.

30f5

2/20/20073:01 PM

Kastam Diraja Malaysia: Royal Malaysian Customs - Apa ltu Cukai Ju ...

http://www.customs.gov.my/index2.php?option=com _ content&task=vi ...

PULANGBALlK, AMBILBALlK, PULANGBALIK, PULANGBALIK HUTANG LAPUK & REMISI

Pengilang berlesen atau pengimport boleh memohon pulangbalik cukai jualan yang telah salah dibayar sarna ada dari segi takta atau dari segi undang-undang. Permohonan boleh dibuat dalam tempoh satu tahun selepas pembayaran dibuat. Permohonan hendaklah dibuat kepada Cawangan Tuntutan, Pejabat Pengarah Kastam Negeri.

PULANGBALIK HUTANG LAPUK

Cukai jualan yang telah dibayar oleh pengilang berlesen tetapi cukai tersebut tidak dapat dipungut daripada pelanggan. Pengilang berlesen boleh memohon pulangbalik cukai jualan yang tersebut dengan syarat amaun tersebut telah dihapuskira dan akaunnya sebagai hutang lapuk.

Pengilang berlesen atau pengimport boleh memohon ambilanbalik cukai jualan ke atas barang-barang bercukai yang telah dibayar cukai jualan, yang kemudiannya dieksportkan semula. Permohonan untuk menuntut hendaklah dibuat menggunakan Borang JKED No.2 dengan syarat permohonan dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh dieksport, barang-barang tersebut mesti dieksport dalam tempoh 12 bulan dari tarikh cukai jualan dibayar dan satu notis untuk menuntut ambilanbalik cukai diendoskan pada Borang Ikrar Eksport. Permohonan hendaklah dibuat di tempat dimana barang tersebut dieksport.

Bagi pengilang-pengilang yang tidak berpuashati dengan tuntutan cukai dan penalti ia boleh merayu kepada Menteri Kewangan untuk remitan.

PERTIKAlAN DAN RAYUAN KEPADA KETUA PENGARAH KASTAM

Seseorang yang tidak berpuashati dengan keputusan Pegawai Kanan Cukai Jualan boleh merayu kepada Ketua Pengarah Kastam terhadap keputusan tersebut. Sekiranya mereka tidak berpuashati dengan keputusan Ketua Pengarah Kastam, ia boleh merayu kepada Menteri Kewangan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia menerima keputusan Ketua Pengarah Kastam. Keputusannya adalah muktamad dan tidak tertakluk untuk rayuan di Mahkamah. Dalam kes berkenaan dengan pulangbalik cukai jualan atas hutang lapuk, rayuan akan dibuat di Mahkamah.

PENYERAHAN BALIK DAN PEMBATALAN LESEN

Pengilang berlesen adalah dikehendaki memberitahu dan menyerahkan lesennya kepada Pejabat Cukai Jualan yang mengeluarkan lesen itu dan satu lesen baru akan dikeluarkan bagi kes-kes seperti berikut :

apabila pemiagaan dipajakkan (Iesen baru mestilah atas nama pemajak) bertukar tarat bagi syarikat (contohnya dari private kepada public) bertukar ahli perkongsian

Pengilang berlesen yang menamatkan perniagaan atau bermaksud sedemikian juga dikehendaki menyerahkan lesen itu dan hendaklah menjelaskan kesemua cukai jualan yang masih terhutang kepada kerajaan.

Jika mana-mana pengilang berlesen itu mati atau sebagai syarikat adalah dibubarkan. Ketua Pengarah Kastam hendaklah dimaklumkan dan lesen di batalkan.

PENGGULUNGAN & PENERIMAAN

Seorang penggulung syarikat atau orang yang dilantik sebagai penerima kepada pengilang berlesen mesti memberitahu Ketua Pengarah Kastam dalam tempoh 14 hari dari tarikh perlantikan. Sebelum melepaskan apa-apa harta, beliau hendaklah mengenepikan sejumlah wang untuk menjelaskan cukai jualan yang patut dibayar oleh pelesen.

Jika penggulung syarikat atau penerima gagal berbuat demikian maka menjadi tanggungannya atas apa-apa cukai jualan yang kena dibayar dan perlu dibayar selepas beliau dilantik.

KESALAHAN & PENAL TI

Pengimport dan pengilang barang-barang bercukai yang tidak mematuhi syarat-syarat di bawah Akta Cukai Jualan 1972, adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 43 kepada Akta tersebut yang boleh dipenjarakan tidak lebih daripada 12 bulan atau denda tidak lebih daripada RM5,000 atau kedua-dua sekali iaitu dipenjara dan denda.

WAKTU KERJA

Bagi negeri-negeri di mana hari rehat mingguan ialah Ahad:

Hari kerja penuh 8.00 pg - 4.30 ptg

Setengah hari kerja 8.00 pg - 12.20 ptg

Di negeri-negeri dimana hari rehat mingguan ialah Jumaat:

Hari kerja penuh 8.00 pg - 4.15 ptg

Setengah hari kerja 8.00 pg - 12.25 ptg

PEJABAT CUKAI JUALAN

Pejabat Cukai Jualan biasanya ditempatkan bersama-sama Pejabat Kastam dan diletakkan di dalam daerah yang ditetapkan di bawah Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Cukai Jualan (Lihat Lampiran 2).

40f5

2/20/20073:01 PM

Kastam Diraja Malaysia: Royal Malaysian Customs - Apa ltu Cukai Ju ...

http://www.customs.gov.my/index2.php?option=com _ content&task=vi ...

BORANG-BORANG YANG DIGUNAKAN

Borang-borang Kegunaan Borang

JKED No.1 Permohonan lesen

C.J. No.2 Lesen Pengilang

C.J. No.3 Penyata Cukai Jualan

C.J. No.3A Penyata cukai jualan Petroleum

JKED No.2 Permohonan Pulangbalik dan Ambilanbalik

C.J. No.5 Permohonan MengimporVmembeli bahan/komponen bebas dari cukai

C.J. No.5A Permohonan untuk mengimporVmemperolehi bagi pihak dan untuk diserahkan kepada pengilang berlesen.

C.J. No.5B Permohonan oleh suatu pengilang berlesen untuk menghantar barang-barang kepada suatu pengilang belesen lain bagi menyiapkan pengilangannya

C.J. No.6 Permohonan Sijil Pengecualian

C.J. No.7 Sijil Pengecualian Daripada Pelesenan

C.J. No.9 Maklumat saman

C.J. No.10 Akaun tuntutan potongan Cukai Jualan.

PERUNDANGAN

Perundangan-perundangan yang mentadbir cukai jualan ialah seperti berikut :

Akta Cukai Jualan 1972

Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972.

Peraturan-Peraturan Cukai Jualan (Kaedah Penilaian) 2002 Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan) 1997 Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 1972.

Perintah Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai) 1997.

Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980

Perintah Cukai Jualan (Petroleum) (Pembayaran) 1999

Buku-buku perundangan yang tersebut di atas boleh didapati dari Percetakan Nasional Malaysia atau penjual-penjual buku yang bertauliah.

PENUTUP

Orang awam yang berminat dan ingin mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan, sila hubungi Pejabat Kastam yang terdekat atau:

Ibu Pejabat Kastam Diraja, Bahagian Cukai Dalaman,

Aras 4 Selatan, Blok 2G1 B, Komplek Kementerian Kewangan, Presint 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya.

Tel.: (603) 8882 2624

Faks: (603) 8889 5869

Close Window

50f5

2/20/20073:01 PM

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->