Sei sulla pagina 1di 30

BAB 10

ETIKA
&
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
PERNIAGAAN

1
ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL PERNIAGAAN

10.1 Pengenalan Etika


a) Definisi & Kepentingan Etika
b) Jenis-jenis Tindakan Beretika

10.2 Pengenalan Tanggungjawab Sosial


a) Definisi & Kepentingan Tanggungjawab Sosial
b) Jenis-jenis Tindakan Sosial yang Bertanggungjawab

10.3 Mengurus Etika & Tanggungjawab sosial


a) Faktor-faktor yang Mendorong Tindakan Beretika

10.4 Prestasi Tanggungjawab Sosial


a) Tindakan Korporat ke atas Tuntutan Sosial
b) Pematuhan & Piawaian Tanggungjawab Sosial Korporat

2
10.1 PENGENALAN ETIKA

a) DEFINISI ETIKA

Kenyataan moral dan etika akan dapat menerangkan


perbuatan itu betul atau salah, atau perbuatan yang
sejenis dengannya betul atau salah;

ia mampu menyediakan garis perbezaan antara kebaikan


dan keburukan mengenai perbuatan atau kecenderungan
seseorang;

atau sekurang-kurangnya ia dapat memajukan garis


panduan yang dengannya boleh dibuat berbagai-bagai
pertimbangan moral.

J.L Mackie, 1971


3
ULASAN DEFINISI ETIKA

Peraturan yang menentukan samada sesuatu


perbuatan itu betul atau salah

ATAU

Peraturan yang menjadi panduan hidup manusia

4
KEPENTINGAN ETIKA

 Menentukan arah pemikiran, tindakan dan


tingkahlaku anggota organisasi bagi memenuhi
tanggungjawab dan amanah mereka sebagai
pekerja.
 Standard mutlak mendorong bekerja dengan
ikhlas dan berkesan.
 Mewujudkan pernyataan dan penyelarasan di
antara anggota perkhidmatan awam sebagai
institusi utama kepada pembangunan negara.
 Mengekalkan/Meningkatkan kepercayaan
pemegang saham terhadap organisasi.
 Penghasilan produk berkualiti tinggi.
– memuaskan hati pelanggan, masyarakat dan
negara.
5
b) JENIS-JENIS TINDAKAN BERETIKA

• UTILITARIAN
• INDIVIDU
• HAK MORAL
• KESAKSAMAAN/ KEADILAN

6
UTILITARIAN

Pendekatan ini memberi penekanan kepada akibat dari sesuatu


tindakan yang dapat memberi faedah terbaik kepada bilangan
teramai. _ “ the greatest good for the greatest number ”

Peraturan utilitarian bergantung kepada peraturan sedia ada


untuk mendapatkan faedah terbaik untuk bilangan yang
teramai.

Contoh : Projek Pembinaan Empangan Bakun menjejaskan


kedudukan masyarakat pribumi tempatan tetapi dirasakan
dapat memberi manfaat dari segi ekonomi negara.

7
INDIVIDU

Pendekatan yang diambil oleh seseorang individu itu dapat


memberikan kebaikan jangka panjang maka dianggap betul.

Contoh : Whistle Blowers – seseorang yang menghebahkan


kepincangan organisasi walaupun akan menjejaskan reputasi
organisasi tersebut tetapi dalam jangka masa panjang ia
mungkin dapat meningkatkan kewibawaan/integriti
organisasi tersebut.

Contoh : Pembuangan pekerja mungkin memberikan kesan


yang buruk kepada pekerja tetapi kepada syarikat
merupakan satu kebaikan.

8
HAK MORAL
Pendekatan ini menyatakan bahawa manusia memiliki hak-hak
yang tidak boleh dilucutkan semata-mata oleh keputusan
individu.

Selagi sesuatu tindakan @ keputusan itu dapat mengekalkan


hak-hak tersebut, ia dianggap betul.

Cth: Hak menyatakan pendapat.

9
KESAKSAMAAN

Pendekatan ini menilai keputusan dan kelakuan ahli perniagaan


dalam sejauhmana keadilan mereka membahagikan ganjaran
dan perbelanjaan di antara individu, kumpulan atau organisasi.

Keputusan dan tindakan ahli perniagaan ini dinilai dari sudut


‘faedah’ dan ‘kos’ di kalangan peniaga dan pelanggan.

Cth:
Perniagaan Adil
Pelanggan – sukarela menerima faedah dari peluang yang
ditawarkan oleh organisasi untuk kepentingan mereka, seperti
pembelian @ pinjaman oleh pelanggan dibuat secara sukarela.

10
10.2 PENGENALAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

a) DEFINISI TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Perbuatan memilih dan mengambil tindakan yang dapat


memberikan manfaat kepada kesejahteraan dan kepentingan
masyarakat dan organisasi.

11
KEPENTINGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

• Meninggikan taraf hidup komuniti di


mana perniagaan beroperasi
• Memupuk semangat kerjasama antara
pengusaha perniagaan, kerajaan &
orang awam.
• Meningkatkan keuntungan syarikat.
• Mengelakkan bencana alam seperti
kejadian tanah runtuh, pencemaran
udara & sungai akibat pengabaian
tanggungjawab sosial.

12
b) JENIS-JENIS TINDAKAN SOSIAL YANG
BERTANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab Terhadap Pengguna.


Pembungkusan label yang memberitahu tentang kualiti &
kegunaan produk dgn tepat & dapat difahami pengguna.

Tanggungjawab Untuk Pekerja.


Jaminan kesihatan & keselamatan semasa bekerja.

Tanggungjawab Terhadap Insan Yang Kurang


Bernasib Baik.
Menyediakan latihan & aktiviti kepada mereka yang tidak
bernasib baik untuk diambil bekerja.
13
Sambungan:-

Tanggungjawab Terhadap Komuniti.


Penempatan pejabat @ kemudahan pengeluaran di dalam
kawasan luar bandar.

Tanggungjawab Terhadap Pendidikan.


Memberi bantuan kewangan kpd. Institusi pendidkan
tempatan.
Contoh : Biasiswa ( Petronas. SHELL dan lain-lain )

Tanggungjawab Terhadap Persekitaran.


Pelaksanaan polisi membersih semula sumber-sumber
pencemaran industri.

Tanggungjawab Terhadap Kerajaan.


Bekerjasama dgn. Kerajaan & undang-undang tempatan
yang mengatur aktiviti perniagaan.
14
10.3 MENGURUS ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL

a) FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG


TINDAKAN BERETIKA

• pendidikan nilai murni


• sistem perundangan
• sistem aduan awam
• pemecah rahsia

15
Pendidikan nilai murni

• Penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan


bermula sama ada secara formal atau tidak formal.
• Individu yang mempunyai nilai-nilai murni akan
mengamalkan nilai ini dalam perlakuan mereka dan
menunjukkan personaliti yang baik.
• Individu yang mempunyai personaliti yg baik akan
mempengaruhi etikanya iaitu tindakan / keputusan
yg diambil untuk selesaikan sesuatu masalah.
• Diantara personaliti yg menggalakkan seseorang
individu beretika ialah:
- pengaruh agama
- pengaruh keluarga
- keyakinan diri

16
Sistem Perundangan

Undang-undang yang telah termaktub di perlembagaan


Negara.

- Cth: mengedar dadah akan dihukum gantung mati


mandatori.
Oleh itu, orang ramai tidak akan terlibat dalam
perniagaan mengedar dadah.
Akta Mencegah Rasuah 1997
- mentakrifkan jenis-jenis kesalahan dan
hukumannya khususnya kepada perbuatan jenayah
perdagangan.

17
Sistem aduan awam

Sistem aduan awam dibangunkan dengan tujuan


menyediakan satu bentuk saluran maklumat
kepada agensi-agensi Kerajaan, badan-badan
berkanun, pertubuhan, syarikat & seumpamanya.

Kategori Aduan Awam


1. Kelewatan atau tindakan tidak adil.
2. Kekurangan kemudahan awam.
3. Kepincangan pelaksanaan dasar dan kelemahan
undang-undang.
4. Penyalahgunaan kuasa / penyelewengan.
5. Salah laku anggota awam.
6. Kegagalan mengikut prosudur yang ditetapkan.
7. Kegagalan penguatkuasaan.
18
Pemecah rahsia

Menyediakan saluran & sokongan kepada anggota


organisasi yang ingin mendedahkan sebarang amalan
tidak beretika yang wujud.

Program2 khas haruslah disediakan untuk membolehkan


maklumat tentang salah laku/melanggar peraturan
didedahkan tanpa memberi implikasi negatif kepada
pemecah rahsia.

19
10.4 PRESTASI TANGGUNGJAWAB SOSIAL

a) TINDAKAN KORPORAT KE ATAS TUNTUTAN


SOSIAL

• PROAKTIF
• DEFENSIF
• PEMUDAHCARAAN

20
a) TINDAKAN KORPORAT KE ATAS TUNTUTAN
SOSIAL

• Proaktif
– Kepentingan umum akan dipelajari & dipenuhi tanpa
menunggu tekanan daripada mana-mana pihak yang
berkepentingan.

– Tanggungjawab budibicara digunakan untuk mengukuhkan


kebajikan masyarakat.

21
a) TINDAKAN KORPORAT KE ATAS TUNTUTAN
SOSIAL
• Defensif

– Organisasi akan mengakui sebahagian daripada


kesalahannya jika dituntut oleh mana-mana pihak
berkepentingan.

– Organisasi berusaha mempertahankan dirinya supaya tidak


menanggung keseluruhan tuntutan & juga tidak akan
menentang tuduhan tersebut.

– Cth: Pengilang/pengeluar haruslah mengambil perhatian


terhadap tanggungan produk dimana pengilang haruslah
memastikan barangan yang dikeluarkan bebas daripada
kerosakan yang boleh menyebab kecederaan.

22
a) TINDAKAN KORPORAT KE ATAS TUNTUTAN
SOSIAL

– Aspek2 yang dinilai/diambil perhatian ialah rekabentuk,


bahan, proses pemasangan, kawalan kualiti, pembungkusan,
pelabelan & amaran.

– Jika semua aspek ini dinyatakan dengan jelas maka


pengeluar berhak untuk mempertahankan diri daripada
tuntutan pengguna sekiranya berlaku kecederaan.

23
a) TINDAKAN KORPORAT KE ATAS TUNTUTAN
SOSIAL

• Pemudahcaraan

– Menerima tanggungjawab sosial sebagai salah satu


tanggungjawab yang perlu disempurnakan (secara
minima).

– Cth: mengeluarkan barangan/perkhidmatan yang


diperlukan oleh masyarakat & menjualnya untuk
mendapatkan keuntungan. Nilai keuntungan haruslah
mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

24
b) PEMATUHAN & PIAWAIAN TANGGUNGJAWAB
SOSIAL KORPORAT

• Kod Etika
• Struktur Etika
• Konsep kepimpinan melalui teladan
• Pelan Integriti Nasional (PIN)

25
b) PEMATUHAN & PIAWAIAN TANGGUNGJAWAB
SOSIAL KORPORAT

• Kod Etika

– Satu pernyataan formal tentang nilai organisasi


berhubung isu etika & isu2 sosial.
– Akan mempengaruhi budaya korporat seperti
tanggungjawab organisasi, layanan kepada
pelanggan & kualiti produk yang dikeluarkan.
– Menggariskan prosedur yang perlu diikuti dalam
menangani sesuatu isu etika.
– Cth: amalan mendapatkan kontrak, memberi
sumbangan kewangan & pematuhan undang-
undang.

26
b) PEMATUHAN & PIAWAIAN TANGGUNGJAWAB
SOSIAL KORPORAT
• Struktur Etika

– Diwujudkan adalah untuk menggalakkan tindakan


beretika dimana ia membolehkan pekerja sentiasa
peka kepada amalan yang beretika & menghalang
sebarang tindakan yang tidak beretika.
– Di antara struktur etika yang diwujudkan oleh
organisasi ialah:

a) Mewujudkan program latihan.


 Kod etika organisasi akan diperjelaskan dalam
sesi2 latihan bagi menyokong kod yang dibentuk.

27
b) PEMATUHAN & PIAWAIAN TANGGUNGJAWAB
SOSIAL KORPORAT

b) Mewujudkan jawatankuasa etika

 Jawatan kuasa etika yang dianggotai oleh sekumpulan


kakitangan eksekutif ditugaskan untuk memantau amalan
etika organisasi.

 Perkara2 yang dipantau ialah keputusan2 yang dibuat dan


berkaitan dengan etika & juga mendisiplinkan mana 2
individu yang melanggar peraturan etika organisasi.

28
b) PEMATUHAN & PIAWAIAN TANGGUNGJAWAB
SOSIAL KORPORAT

• Konsep Kepimpinan Melalui Teladan

– Merupakan teladan yang diberikan oleh pihak-pihak


pengurusan atasan.

– Pihak pengurusan haruslah menunjukkan contoh yang


baik iaitu beretika kepada persekitaran umum dan juga
persekitaran tugas.

29
b) PEMATUHAN & PIAWAIAN TANGGUNGJAWAB
SOSIAL KORPORAT

• Pelan Integriti Nasional


– Pelan ini dibangunkan dengan fokus utamanya untuk
menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di
kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.
– Dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi,
– Ia adalah selaras dengan cabaran ke empat Wawasan 2020
iaitu untuk “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-
ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai
nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi
oleh budi pekerti yang luhur”.

30

Potrebbero piacerti anche