P. 1
Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

|Views: 10,017|Likes:
Published by Kalaivani

More info:

Published by: Kalaivani on Aug 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/29/2013

pdf

text

original

Persamaan dan perbezaan antara Tamadun Islam, Cina dan India.

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN Persamaan - wujudnya budaya dan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama antara mereka Dalam setiap tamadun ± semua ini diamalkan oleh masyarakat sebagai satu budaya & nilai hidup Nilai itu mesti positif seperti dalam ???? Perbezaan ± wujud ekoran asas pembinaan tamadun yang berbeza ± paling asas agama PERSAMAAN & PERBEZAAN DILIHAT
Kekeluargaan & kemasyarakatan Alam sekitar Idea intelektual Agama Pendidikan

Kekeluargaan & Kemasyarakatan Persamaan Kekeluargaan semua tamadun menekankan pembinaan nilai & etika yang baik - penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun Ajaran Islam, Buddha, Konfusian berbeza namun pandangan hampir sama dalam membicarakan hal kekeluargaan dan kemasyarakatan Agama Confucius meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia (konsep li):Anak patuh pada ibu bapa Adik patuh pada abang Isteri patuh pada suami Murid patuh pada guru Rakyat patuh pada raja Islam juga menyeru kepada perkara yang sama ± pentingkan kekeluargaan ± berdasarkan al-Quran ± hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawab Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan ± pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal & kerohanian serta penerus keturunan Persamaan Kemasyarakatan

t Persamaan Alam Sekitar Kebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk hidup bersama dengan manusia Confusius ± alam perlu dijaga agar tidak menjejaskan kehidupan secara keseluruhan Masyarakat Jepun tradisional ± unsur alam diberi penghormatan secara berlebihan ± sembah batu adan pokok anggap ada kuasa ketuhanan ± ³kami´ Islam juga lebih jelas kepentingan menjaga alam sekitar kerana ia adalah kurniaan Allah yang digunakan untuk faedah dan kepentingan hidup manusia Persamaan Idea Intelektual Juga dapat dtinjau melalui idea para intelektual dalam tamadun masing-masing Walaupun berbeza tamadun namun menyuaraan pendapat yang sama dalam beberapa perkara penting seperti soal kerajaan. bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat.w.Masyarakat juga dilihat sebagai unit penting dalam setiap tamadun kerana ??? Masyarakat adalah sistem sokongan yang penting bagi seseorang individu Tamadun Islam ± ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam) Mementingkan ikatan kasih sayang. dll Falsafah tradisional menekankan moraliti @ akhlak sebagai asas kerajaan Peranan & tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan & tanggungjawab pemerintah Raja ± gelaran tertinggi ± mesti adil & ada akhlak yang baik Kun Fu Tze (Confucius) ± perkenalkan kod 17 perkara Tamadun India .Kautilya .mementingkan golongan lelaki dan wanita ± sama rata ( egalitarian) Tidak wujud kelas hamba ± semua manusia sama ± takwa yang membezakan Tamadun Cina ± pembentukan masyarakat banyak dipengaruhi sistem kekeluargaan mereka . sistem pemerintahan.kuasa bapa atau lelaki adalah penting Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah penting dalam pembentukan masyarakat Cina ± sistem kelas dalam amsyarakat ditentukan oleh tahap pendidikan & kemahiran Tamadun India ± masyarakat juga memainkan peranan penting ± berbeza dengan tamadun lain ± masyarakat mempunyai peraturan-peraturan yang ketat Sistem sosial dalam masyarakat ± sistem kasta yang rigid ± penentuan kasta diwarisi oleh nenek moyang Zaman awal perkembangan Tamadun India ± sistem kasta tentukan pekerjaan dan layanan kepada individu ± pengaruhi semua aktiviti Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam masyarakat Perbezaan Kekeluargaan & Kemasyarakatan Ajaran agama-agama lain menyeru untuk mewujudkan suasna harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius sedangkan agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah s.

al-Ghazali dll ± tumupan kepada pemimpin & kepimpinan Bersandar agama tidak boleh dipisahkan dengan politik ± berbeza dengan sekularisme Al-Quran * al-Hadis ± panduan Keadilan ± prinsip utama ± cth : Nabi Muhammad s. Kristian. Hang Jebat Sistem pemerintahan ± Socrates dan Plato (Greek & Yunani) lahirkan idea sistem pemerintahan demokrasi ± menghapuskan sistem pemusatan kuasa Persamaan Agama (Teologi) Semua agama menekankan konsep ketuhanan Cth : agama Islam.Tamadun Islam. Kristian dan Islam ± beberapa aspek-aspek tertentu sama seperti lonsep syurga. Hindu berbeza Wujud perbezaan agama Hindu dan Buddhisme tentang konsep reinkarnasi Setiap agama juga ada institusi keagamaan sendiri Mempunyai peranan yang sama dalam masyarakat Sebagai tempat ibadah & upacara keagamaan Persamaan Pendidikan Semua tamadun pentingkan pendidikan yang bertujuan untuk membentuk peribadai seseorang individu Oleh itu tugas menyampaikan ilmu -tanggungjawab mulia Dimensi inner being diberi kepentingan dalam konsep pendidikan Islam. neraka. Ristian.konsep tauhid Budhha & beberapa ajaran Hindu ± transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri Rumusan Lebih mudah cari perbezaan daripada persamaan Berbeza kerana setiap tamadun dibina atas unsur agama & budaya berbeza Perkara paling asas ± AGAMA Cth : Islam. Cina Perbezaan jangan jadikan penghalang usaha jalin hubungan baik dan harmoni antara setiap tamadun ± misalnya ?????? Tamadun Barat Kontemporari dan Tamadun Islam berbeza dalam memahami matlamat & dasar wujudnya sebuah tamadun ± lihat penekanan . Kristian dan Hindusisme percaya konsep monoteisme Semua agama mempunyai doktrin & amalan2 tertentu Yahudi.a.w Tamadun Melayu ± setia pada raja ± zaman tradisional ± wujud ungkapan ³takkan Melayu menderhaka´ Cth . Barat.penulis-penulis seperti al-Farabi. Hindu dan agama-agama lain Transformasi dalaman mestilah dilakukan atau berlaku pada seseorang sebelum dia menguasai persekitaran luarannya ± perlu tahu bagaimana transformasi berlaku dan apakah elemen-elemen yang dipentingkan Islam. hari pembalasan dll Konsep Buddihisme sama dengan Hinduisme ± kelahiran semula & karma Perbezaan Agama (Teologi) Manifestasi ketuhanan yang berbeza ± konsep monoteisme Islam.

Keadilan sosial Tidak seimbang dari segi pengagihan kekayaan ± wujud jurang ekonomi Kuasa-kuasa besar menindas negara-negara miskin dan eksploitasi kekayaan negara yang ditindas ± gunakan kuasa ..Perbezaan inilah harus ditangani secara berhati-hati dan bertolak ansur ± elakkan konflik terutama negara bermasyarakat majmuk Oleh itu persamaan & perbezaan memang wujud Lihatlah perbezaan bukan penghalang untuk hidup dalam aman dan harmoni Jangan jadikan perbezaan ini juga alasan untuk hidup terasing & pentingkan diri sendiri Jangan perbesarkan perbezaan sebuah tamadun ± anggap itu satu keunikan Lihat persamaan sebagai peluang untuk jalin hubungan yang baik Paling penting amalkan sikap hormat-menghormati & mengiktiraf tamadun orang lain Cabaran Terhadap Kehidupan Bertamadun Peperangan Kuat atasi lemah Konflik antara agama dan kaum Masalah / Kegawatan Sosial Kemuliaan insan Keadilan sosial Keruntuhan institusi kekeluargaan Penyakit kronik Kemelesetan Ekonomi Dunia / Negara Peperangan Berlaku perang ± kuat atasi lemah konflik agama dan kaum Berlaku sejak abad ke -20 ± sudah hadapi tiga perang Perang Dunia Pertama (1914-1919) Perang Dunia Kedua (1939-1945) Perang Dingin (1947-1992) Kini matlamat perang lebih kejam ± penghapusan etnik Kenapa ini berlaku ????? Masalah kegawatan sosial Krisis sosial yang merosakkan kehidupan manusia Kehidupan pasca moden ± budaya dan nilai negatif semakin merebak ± agama dan nilai murni diketepikan dilihat dqlam . Kemuliaan insan Ukuran tingkat peradaban sesebuah masyarakat Nilai-nilai murni terhakis ± nilai indivisualistik & nilai materialistik berkembang ± terpengaruh dengan nilai Tamadun Barat ± tiada penekanan kehidupan bermasyarakat Ancaman kepada hubungan sesama manusia ii....

iii. iaitu daripada perkataan mudun dan madain.com/2009/09/persamaan-dan-perbezaan-antara-tamadun.blogspot. Penyakit kronik muncul Mengancam kelangsungan kehidupan manusia Kelangsungan tamadun terjejas & masyarakat dalam tamadun akan mundur Kemelesetan Ekonomi Dunia / Negara Kemakmuran (century properties) akan terjejas dengan ancaman kemelesetan ekonomi dunia yang akan berlaku Negara-negara industri utama dunia (G-7) ± alami kadar pertumbuhan perlahan sejak dekad 80-an ± beri kesan secara langusng atau tidak kepada negara lain Cth : kadar pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang lembap (1995-2000) ± aliran perdagangan perlahan antara negara berkenaan dengan rantau Asia Cth : ekonomi Asia Timur belum pulih sepenuhya daripada kegawatan ekonomi akibat serangan mata wang ( 1996-1998) Cth : Pencerobohan Amerika & Britain ke atas Iraq ± beri kesan buruk ekonomi dunia ± risiko kenaikan harga minyak & kos pengangkutan ± perlu ambil masa panjang bagi mengatasi masalah ini Pembangunan ekonomi dan kebendaan tidak bersepadu dengan pembangunan rohaniah Penyakit sosial merebak Aspek kemanusiaan tidak lagi menjadi penting Rumusan Kehidupan pada abad ini tidak semudah yang dijangka Banyak cabaran yang dihadapi manusia ± semua cabaran menguji ketamadunan mereka Dalam masa sama manusia mencapai banyak kemajuan dalam pelbagai bidang ± dalam sekelip mata semua ni boleh dihancurkan oleh manusia http://rujuknota. iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek.html 1. Keruntuhan institusi kekeluargaan Semakin lemah diserapkan dengan unsur modenisasi Juga terpengaruh dengan Tamadun Barat Moden ± institusi kekeluargaan & perkahwinan tidak lagi penting Dilihat :Kefahaman tentang makna perkahwinan kehidupan bersedudukan hubungan sonsang iv. Bagi masyarakat Barat.0 PENGENALAN Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab. iaitu civitas yang bermaksud bandar. Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep tamadun. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban. tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal .

A. Oleh itu. pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat. Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun. Secara umumnya. perkembangan ilmu pengetahuan. proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini. . undang-undang. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat.kebudayaan seperti penulisan.0 CIRI-CIRI TAMADUN Usaha manusia untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling telah menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif. misalnya. 3. Kreativiti dan inovasi manusia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka.0 KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. Ini adalah kerana kedua-duanya amat berkait dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah. tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Menurut Islam. Oleh itu. Bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar. pembahagian sosial masyarakat. sistem pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal. Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. tatasusila dan moral. 2. kesenian dan pembandaran. Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun. Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial. Kewujudan sistem pemerintahan membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun. Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun. konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib alAttas. Pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada pengkhususan pekerjaan dalam tamadun awal. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik. ekonomi dan politik. Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting.Darcy Riberio dan R. Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan. Kehidupan secara berorganisasi ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka. Gordon Childe.

Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. berlaku juga pemindahan dan perkongsian ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Tuban. Kesan yang ditinggalkan melalui aktiviti perdagangan dapat dilihat dengan begitu ketara. Pattani. Tamadun Islam juga meninggalkan pengaruh yang besar dari segi perundangan. Hasil daripada interaksi ini. Selain itu. kebendaan seperti pakaian.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam. bahasa dan kebudayaan tamadun. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Johor-Riau. Dari segi kepercayaan. Interaksi-interaksi yang wujud di antara tamadun-tamadun ini meninggalkan pelbagai bentuk kesan samaada positif mahupun negatif. Sebagai contoh. Selain itu. Interaksi tamadun China dan tamadun Melayu pula banyak memberi kesan dalam bidang kemahiran. kesusateraan. Sesuatu tamadun perlu mengenali antara satu sama lain merupakan asas kepada persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama. kesenian. Melaka. agama Buddha berjaya disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. wujud penyebaran agama Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. tamadun China juga bertanggungjawab memperkenalkan perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. dalam aspek matematik pula. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan. Kesan positif yang paling penting ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai. Interaksi tamadun Islam dengan tamadun China memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan. Selain itu. berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. tamadun Cina dan tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama. Acheh. emigrasi dan hubungan diplomatik. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. tamadun China membawa kemahiran membuat tembikar serta pertukangan logam. kemuncak hubungan diplomatik negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tamadun Islam. Sulu. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu. teknologi serta kebendaan. tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan. India turut memperkembangkan bidang astronominya di negara China melalui ahli-ahli astronominya. 4. budaya dan juga budaya. kemahiran membuat gula daripada tebu dengan menggunakan teknik dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Apa yang dimaksudkan disini ialah. . bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. Brunei. Contohnya. Tamadun China membawa teknologi membuat tebu (yang dipelajari dari India) ke Kepulauan Melayu. Interaksi antara tamadun India dan tamadun Cina juga meninggalkan kesan yang positif kepada masyarakat. Banten.Menerusi interaksi. Tamadun India dan Tamadun China merupakan antara tamadun yang saling berinteraksi antara satu sama lain. Dalam aspek kemahiran. Interaksi antara tamadun Islam dan tamadun Melayu turut memberi impak yang positif. Usaha untuk mengenali antara satu sama lain perlu dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan. Mataram dan lain-lain lagi. Demak.

Sebagai salah satu contoh. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula. Tetapi Kung Fu Tzu. terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. perkara penting ialah perpaduan ummah. semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Kita harus menghormati setiap persamaan yang ada dan menerima perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal harmoni dan aman. . Tamadun Islam menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Dalam aspek pemerintahan pula. masyarakat tamadun Islam. Kautilya dan ajaran Buddha. Di Asia Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan bertanggungjawab. Vishnu dan Siva. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu. rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah. Contohnya. China dan juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. perniagaan ditegah sama sekali kerana taraf peniaga diletakkan paling bawah keran amenindas golongan lain. mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik. Misalnya. Walaubagaimanapun. Kesimpulannya. ahli falsafah China. Aspek yang berikutnya ialah kemasyrakatan. Loa Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat. setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. apa yang dapat dirumuskan ialah. hubungan perdagangan dan banyak lagi. Ini juga disarankan oleh ahli falsafah dari tamadun lain seperti Al-Ghazali. hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun. Dalam aspek etika. Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Bagi masyarakat primitif pula. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China). Muncul konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil tuhan. pertembungan interaksi antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara-perkara baru seperti percambahan ilmu pengetahuan. mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Dalam aspek kebudayaan pula. interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat. Walaubagaimanapun. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar. Ini memberi penegasan kepada rakyat supaya dapat menumpahkan taat dan setia kepada raja. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Terdapat banyak kesan positif dan ada juga kesan-kesan yang negatif. Contohnya haram mengambil riba. Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi pula. Contohnya. Dalam tamadun Islam. dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Tamadun-tamadun ini juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan juga etika.Dalam aspek agama. ada juga yang tidak bersetuju. Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman. Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan dengan baik dan mengutamakan kebajikan rakyat. Begitu juga dengan tamadun India. Walaubagaimanapun.

html PENGENALAN Setiap tarnadun yang pemah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalarn memastikan kelangsungan dan perkembangannya. pemikiran. pencerobohan. Jika dilihat dalam pembinaan sesebuah tamadun dan negara. Sebaliknya. Musa. Proses penyedutan unsur-unsur luar yang telah diasimilasi dan diadaptasikan dengan kebijaksanaan tempatan (local genius) telah menjadi pemangkin bagi sesebuah tamadun melangkah maju ke tahap yang lebih tinggi. Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M). institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Kesinarnbungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenamya hasil sikap terbuka dalarn menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. falsafah. peperangan. Walau perhubungan yang ingin dibina melalui asas perdamaian. He-Ling (Jawa) dan lain-lain. Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar. Dinasti Song (960-1279) juga telah meneruskan hubungan baik dengan negerinegeri luar tetapi . Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Kewujudan interaksi antara tarnadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Kesan negatif hasil interaksi tamadun ialah penduduk Kristian Eropah telah membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9. ke-18 dan Perang Dunia Kedua disebabkan faktor agarna. SEJARAH INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA ZAMAN PRA-PENJAJAH BARAT Hubungan antara China dengan Alarn Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S. Parsi dan Arab melalui Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu. peperangan mahupun penjajahan.blogspot. keharmonian yang dimanfaatkan antara satu sarna lain. (Hashim Hj. astronomi dan kesusasteraan India dikembangkan di negara India. teknologi pengeluaran gula daripada tebu. satu daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India. ketidakseimbangan ekonomi dan sosial. pengetahuan membuat kertas. 2005 : 144). penduduk asal bangsa Melayu telah melalui tempoh yang panjang berinteraksi dengan dua tarnadun yang dominan iaitu tarnadun Cina dan India. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sarna ada di peringkat perkongsian nilai. dua orang utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu serta mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka. Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percarnbahan pemikiran dan budaya lalu mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun. narnun adakalanya hubungan tersebut tidak dapat lari dari sebarang konflik berdarah.com/2009/04/tamadun-islam-dan-tamadun-asia. bahan letupan dan penggunaan kompas dari tamadun China dapat dipelajari oleh tamadun India. Interaksi antara tamadun India dan China telah memberi kesan positif iaitu penyebaran agarna Buddha. Srivijaya. kewujudan interaksi antara tarnadun penting demi kelangsungan dan kemajuannya.M).http://notapismp. Dalarn konteks pembinaan negara Malaysia.

Bahkan ada kecenderungan pada pihak China untuk mempelajari dan memanfaatkan khazanah budaya bangsa tamadun tempatan. . 2005: 145). Seterusnya beberapa orang Raja Melaka telah melawat China iaitu Parameswara (1411). Sikap mereka saling hormat-menghormati dan mengiktiraf kedudukan dan kewibawaan kerajaan dan ciri budaya masing-masing. Larut. Matdiana. Kelang dan Kuala Lumpur. Ini kerana kedatangan orang Cina ke Alam Melayu dan negara-negara luar lain pada zaman itu tidak didorong oleh perasaan hegemoni dan niat untuk menjajah dan mendominasi negaranegara itu. yang dibalas pula oleh Parameswara pada tahun 1407. (Hasnah. Begitu juga Laksamana Muhammad Cheng Ho dan orang-orangnya apabila melawat Melaka pada zaman kesultanannya. Interaksi dan pertalian kerajaan tamadun Melayu dengan tamadun Cina pad a zaman prapenjajah Barat tidak banyak membuahkan kesan mendalam dan besar ke atas tamadun Melayu. Musa.786 pada tahun 1891 adalah orang Cina. Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila seorang utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun 1403 dan Parameswara membalas dengan satu perutusan ke China pada tahun 1405. Musa. orang Cina tertumpu di kawasan bandar terutama sekali di kawasan perlombongan seperti Kuala Lumpur yang mempunyai 79% daripada penduduk seramai 43. Antara sebabnya kawasan penempatan yang berasingan. (Hashim Hj. Musa. Kawasan penempatan orang Cina juga merupakan kawasan yang berdikari (self-contained) dengan penduduknya tidak perlu berinteraksi dengan orang luar untuk kelangsungan hidup mereka (Hashim Hj. Penghijrahan secara beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku selepas Inggeris mengambilalih Pulau Pinang pada tahun 1826. Sen-Yu. Kebanyakan mereka berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin. Sultan Muhammad Syah (1424) dan Sultan Abu Syahid (1445) (Hashim Hj. Singapura pada tahun 1819 dan penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. Amoy. Sungai Ujong. 2005: 146). Asia Selatan dan Asia Barat. Namun dari segi interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat Cina dan Melayu terdapat jurang yang luas. contohnya I-Ching yang belajar dan berkarya di Srivijaya selama belasan tahun. Polisi pentadbiran Inggeris juga secara sengaja memisahkan penempatan antara kaum ini. Di samping itu orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu yang membenarkan mereka bekerja di ladang lada dan gambir. Mereka terlibat dalam sektor perlombongan di Lukut. 2000: 155). Hubungan paling gemilang dan bermakna antara Alam Melayu dengan China ialah yang dijalinkan antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15.menumpukan lebih banyak kepada bidang perniagaan terutama dengan negeri-negeri di Asia Tenggara. Laksamana Cheng Ho telah membawa hadiah bingkisan daripada Raja China. Megat Iskandar Syah (1414). Eng Chon dan lain-lain. Hok-Chiu. 2005 : 148-149). ZAMAN PENJAJAHAN BARAT Sebelum kedatangan British bilangan masyarakat Cina terlalu kedl dan terlibat dalam bidang perniagaan.

gincu. bangs aI. lai (buah). kucai. angklong. dacing. band. kekwa (bunga). sia. Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat. cawan. tekoh. kine am (sayur kering). mereka telah menetap di kawasan tebing Sungai Kelantan dari Kuala Krai di . beca. candu. suwe. to'yu. tahil. cinggeh. (d) Manusia dan ehwalnya Apek. taugeh. Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa Melayu baku dari beberapa sudut. tongkang. sampan. cukai dan mahjong Budaya dan Kesenian Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan suatu interaksi yang ketara dalam masyarakat Melayu. tanglong. pangkin. pongkis. samsing. teh. kuaci. Pulau Pinang. tokang. 1962 : 275) : (a) Makanan dan buah-buahan Bakmi. Kini ramai di kalangan komuniti Baba telah berkahwin dengan komuniti Cina yang lain dan menyerap kembali ciri-ciri budaya Cina (Hashim Hj. koyan. angki (pisang kaki). tangsi. (b) Pakaian dan barang-barang dagangan Cukin. (c) Rumah dan peralatan Loting. pakau. jong. loki. kangka. cuak. gimpai. taijin. kekeluargaan dan agama orang Cina. kueh. sengse singkek. joseh. tauhu. langkan. culai. bepang. loceng. hun (1/100 tahil. Satu ragam atau dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba walaupun mereka sendiri mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja. tocang. cempiang. tekong. congkak. koyok.KESAN INTERAKSI TAMADUN CHINA DALAM TAMADUN MELAYU Bahasa dan Kesusasteraan Pengaruh tamadun China ke dalam tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu. Singapura dan Jakarta. samsu. seperti berikut (Za'ba. ang oh. kicak. kanar. lancau. kongsi. 10' cuan. Oleh sebab itu mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga mereka sendiri. uncoi. Musa. toa pekong. kuntau. kaci. mesua. capjeki. behon. Dengan demikian proses pembudayaan Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya. Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka. Mengikut kajian. nyonya. (e) Permainan Ceki. langca. tokok. Mengikut catatan De Eredia orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita tempatan. tohar. cat. Di samping komuniti Baba dan Nyonya terdapat satu lagi komuniti peranakan Cina di Kelantan. ci (1/10 tahil). 1 inci). lancong. me. kok (belenggu tengkok haiwan). lu. laid. cincau. taukeh. gua. sempua. 2005: 146-147). amp au. cacing. cine au.

Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan jenis pakaian yang serupa. Tun Ali. Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo. yang seterusnya melahirkan pembesarpembesar dan pemerintah Melaka dari keturunan Melayu Tamil. Keturunan Tun Ali juga telah melahirkan pembesar-pembesar seperti Temenggung Tun Tahir. Khoja Hasan berasal daripada Parsi atau Utara India telah berkahwin dengan anak Hang Tuah dan dilantik menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah. Mereka datang daripada pesisir Koromandel. Ada yang tinggal menetap di Melaka dan sesetengahnya berkahwin dengan wanita dari golongan bangsawan Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka. membezakannya daripada masyarakat dan budaya Melayu yang berasaskan agama Islam (Zulkiflee Haron. Cucunya Raja Kasim telah menjadi Sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah yang masyhur itu (1446-1456). wayang gedek. Negara terawal muncul yang mendapat pengaruh India ialah Funan sekitar akhir kurun ke-2 Masihi. Orang Cina tetap mengekalkan am alan kepercayaan dan agama mereka yang berasaskan politeisme. kepercayaan kepada roh nenek moyang dan juga amalan agama Buddha. Surat dan Randir). Namun ciri budaya Cina yang menjadi kekangan penyerapan sepenuhnya peranakan Cina ke dalam masyarakat Melayu. Mohd Nasir Ripin. Raja Mendaliar seorang pedagang Keling telah dilantik menjadi Shahbandar Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1500). 1981 : 23). bertapak di Muara Sungai Mekong dengan pelabuhannya Oc Eo. menora dan bagi kumpulan pinggiran. Kedah. Kam-to'-li di Sumatera. pedagang India merupakan golongan pedagang yang utama. (Hall.hulu sehingga ke Tumpat di muaranya. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka. anak kepada seorang pemborong permata Tamil Muslim yang telah berkahwin dengan anak Sri Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444) telah dilantik menjadi Sri Nara Diraja menggantikan datuknya. Ramli Awang. (Hashim Hj. SEJARAH INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN INDIA ZAMAN PRA-PENJAJAH BARAT Menurut Himansu Bhusan Sarkar (1970) dalam Some Contribution Of India To Ancient Civilization Of Indonesia And Malaysia. 2005: 41). Benggala dan Gujerat (Cambay. Bendahara Tun Mutahir dan Temenggung Tun Husain.. Musa. interaksi tamadun India dan tamadun-tamadun Asia bermula kira-kira 2000 tahun yang lalu (Amran. bahkan yang menjadi faktor pengekalan budaya Cinanya. Kalingga. pakau dan capjeki. Kuala Selinsing dan Tanah Merah di Semenanjung. Wujudnya perasaan saling hormat-menghormati dan cita rasa yang sepunya misalnya kegemaran kepada wayang kulit. Kewujudan hubungan yang rap at antara Melayu Kelantan dengan komuniti peranakan Cina menyebabkan penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. ialah agamanya. 1995 : 120). permainan mahjong. ZAMAN PENJAJAHAN BARAT Kedatangan dan perpindahan orang India ke Semenanjung Tanah Melayu bermula abad ke-19 . 2005 : 138). Selain itu ada beberapa buah negeri lain yang diandaikan muncul dan menerima pengaruh India antaranya Langkasuka. Faktor perdagangan memainkan peranan penting dalam interaksi tersebut melibatkan laluan sutera yang melintasi Asia Tengah dan jalan laut melalui Selat Melaka.

proses dengan masyarakat setempat terutamanya orang Melayu tidak meluas dan berkembang. morfologi. pihak Inggeris membawa masuk orang Ceylon dan Malayalee untuk berkhidmat sebagai kerani. . 2005: 142-143). dan istiadat Raja-Raja Melayu serta ad at resam dan hiburan. Namun kedatangan kaum India pada zaman penjajah British berbeza dengan pada zaman Srivijaya dan Kesultanan Melaka. (a) Pinjaman daripada Sanskrit: Dari segi fonologi. sintaksis dan semantik bahasa Melayu seperti contoh di bawah (Hashim Hj. Ini kerana pendatang India zaman prapenjajah terdiri daripada kelas tinggi dan diserap masuk ke dalam institusi istana dan institusi negeri yang lain. KESAN INTERAKSI T AMADUN MELA YU DENGAN T AMADUN INDIA Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu boleh dikesan dalam bahasa dan kesusasteraan. institusi pemerintahan.996 dan di negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seramai 110. Musa. Sehingga tahun 1931 terdapat seramai 132. orang India di negeri-negeri Selat. Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Dalam bidang bahasa kemasukan konsep dan idea baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India diserap masuk menjadi unsur pinjaman. pembantu hospital serta mengawas dan menyelia ladangIadang kerana mereka berpendidikan Inggeris. Faktor tersebut menyebabkan peranan mereka ke atas masyarakat dan budaya Melayu amat minimum. Peningkatan jumlah orang India di Tanah Melayu semakin pesat menjelang tahun awal abad ke-20. V okal /a/ dalam suku kata pertama digantikan dengan e pepet: Nagaram-negara Panajaram . Di samping itu. di negeri-negeri Melayu Bersekutu seramai 379. Oleh demikian.penjara danda-denda . 2000: 176177).277. Khidmat mereka diperlukan sebagai buruh di ladang tebu. Pendatang India zaman penjajah kebanyakannya terdiri daripada kelas rendah. menetap dalam kawasan geografi dan so sial yang tersendiri serta terasing. Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit daripada bahasa Tamil. Namun proses peminjaman kebanyakannya disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi. V okal e pepet disisipkan di temp at gugus konsonan: . aspirasi /h/ dalam Sanskrit digugurkan atau dipindahkan tempat: Bhumi-bumi Bheda-beda/beza Bhasa-bahasa Arthah-harta Bhakti-bakti Bhudi-budi arghah-harga .951 orang (Malaysia Kita.selepas Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. kopi dan teh dan kebanyakan mereka orang Tamildan Telegu dari wilayah Andhra Pradesh.

ciri kepanjangan vokal dan penggandaan konsonan dihilangkan. unsur mitos pengembaraan Raja Suran ke dalam laut serta hubungannya dengan lagenda puteri naga menunjukkan unsur bahawa unsur mitos tersebut dalam Sejarah Melayu menegaskan hak kekuasaan yang sah kepada Sang Sapurba dan diwarisi oleh raja-raja Melaka (M.emak Jika kita lihat dalam kesusasteraan Melayu terdapat pengaruh daripada tradisi kesusasteraan India.kakak Amma. .bende . kemuliaan.Putrah-putera Cakravala-cakerawala sastram-sastera cakram-cakera . (b) Pinjaman daripada Bahasa Tamil. martabat serta menunjukkan kuasa raja yang istimewa. Ciri-ciri penyesuaian juga berlaku ke atas kata pinjaman Tamil iaitu konsonan retrofleks.kolam . 1985: 111). 1999: 143-144). Contoh. contohnya: Kendii-kendi Kappal -kapal Petti-peti . V okal /u/ digantikan dengan vokal /0/: Mutal-modal Kulam . Setiap unsur dan mitos yang digunakan dalam sejarah Melayu membawa maksud penting dalam menggambarkan kebesaran.. V okal panjang di hujung perkataan digantikan dengan bunyi tekak atau glotis: A yyaa-ayah Akkaa . Cerita-cerita yang bersumberkan kitab agama Hindu seperti epik Seri Rama dan Mahabrata menarik minat masyarakat Melayu seperti cerita penglipur lara yang dituturkan oleh tukang-tukang cerita atau melalui wayang kulit (Ismail.bagai Kaval-kawal Vanali . Rajantheran. Konsonan /v/ digantikan dengan /b/ atau /w/: Vagai . Vokal /a/ digantikan dengan e pepet : Kadai-kedai Mampalam . Konsonan sengau/nasal disisipkan antara vokal: Akasah-angkasa upama-umpama .mempelam Paricai .perisai . Begitu juga unsur mitos dan lagenda dalam karya sejarah Melayu berkaitan dengan tradisi mitos India yang tersebar luas di Asia Tenggara sejak beberapa abad Masihi lagi.

persoalan teologi berhubung monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God). 2004 : 141). Candi sebagai monumen batu dibina untuk menjadi temp at jamuan makan bagi Devaraja supaya pemerintahannya dianggap suci oleh rakyat. Penggunaan nama-nama gelaran pemerintah dan pembesar negeri seperti Duli yang Maha Mulia (Debu (di bawah tapak kaki Raja) Yang Paling Suci) Seri Paduka Baginda (Capal Suci di bawah tapak kaki Devaraja). boria. 32 berasaskan empat kardinal penjuru alam yang dikali dengan empat. 2003 : 184). yang melahirkan konsep Deva-Raja. Istana dibina di atas tanah tinggi di tengah negeri sebagai replika kepada Gunung Kosmik Mahameru rumah Tuhan yang terletak di tengah Alam Semesta. 1995 : 136). menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam. Amalan-amalan seperti wanita hamil membawa pisau bagi melindunginya daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan dengan amalan orang Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantuhantu yang jahat (Amran. Persoalan-persoalan teologi sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat. Di samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng. Nama-nama pembesar negeri juga adalah pinjaman daripada unsur India iaitu Seri Nara Diraja yang bertugas mengisytiharkan pelantikan Raja. tidak dapat dinafikan banyak persamaan yang dikongsi antara beberapa tamadun tersebut. Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik. Islam. Antara contoh pengaruh Hindu yang paling ketara dalam adat resam Melayu ialah dalam soal kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan perkahwinan. 16. Kristian dan Yahudi. dan penggunaan bilangan pembesar dan hulubalang 4.Institusi Pemerintahan dan Istiadat Raja-raja Melayu Institusi pemerintahan dan istiadat raja-raja Melayu dikatakan telah menyerap masuk beberapa konsep kosmologi sinkretisme Hindu-Buddha untuk menubuhkan legimitasi ke atas golongan pemerintah bangsawannya. Laksamana sebagai ketua tentera dan lain-lain (Hashim Musa. PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN Tamadun-tamadun yang pernah lahir di dunia mempunyai latar belakang yang tersendiri. Beberapa upacara pertabalan diraja seperti pembinaan Balai Panca Prasada lima tingkat mewakili puncak Gunung Kosmik Mahameru. wayang kulit dan mak yong (Afifah. Ciriciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya teologi dan etika. tetapi kepercayaan mereka berbeza antara satu sama lain. Bendahara sebagai menteri. Hinduisme pula sebaliknya. maka terdapat begitu banyak perbezaan antara satu dengan satu tamadun yang lain. ercanggahan . Kerajaan di dunia dianggap sebagai bayangan kerajaan di syurga dan raja sebagai titisan dan penjelmaan Tuhan Siva-Buddha. Adat Resam dan Hiburan Pengaruh India boleh dikatakan menyerap hampir keseluruhan adat resam Melayu. Sebagai contoh. Namun begitu.

KOMUNITI Komuniti merupakan satu persoalan yang begitu penting dalam setiap tamadun tradisional. malah dalam sesebuah agama itu sendiri. engamalan seperti ini telah menjadi warisan turuntemurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Dikotomi perseorangan . tamadun-tamadun tradisional secara umum tidak memusnahkan alam sekitar. ALAM SEKITAR Hidup harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima ~mua agama. Keluarga yang dimaksudkan pada lzimnya adalah keluarga extended. komuniti dapat memberi sokongan moral. Sungguhpun terdapat perbezaan ini. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan ~perti ini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. atau pengamalan budaya. Hakikat ini dapat lenjelaskan bahawa dialog tamadun atau peradaban boleh berlangsung dalam eharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan etika. tetapi setiap mereka harus menunaikan tanggungjawab lasing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati. haruslah disedari bahawa penciptaan ~knologi dan penggunaannya sangat dipengaruhi oleh pandangan semesta sesuatu lmadUl). :onsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang an hormat-menghormati. alam sekitar dilihat sebagai tmgerah Tuhan. tujuh persoalan etika berikut dikemukakan =handra Muzaffar. Buddhisme an beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan tmgerah Tuhan secara bertanggungjawab. Di samping itu. Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi. Sekiranya dibandingkan dengan ersoalan teologi. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa ang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. tetapi boleh juga berlaku dalam sesebuah lmadun. Be:rdasarkan hakikat tersebut. Bagaimanapun. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (Custodian tau Steward) yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. bukanlah persoalan edudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang lenjadi persoalan utama. 2002). Berdasarkan pengajaran sesetengah agama. material dan psikologikal kepada anggota-anggotanya.pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku antara satu lmadun dengan satu tamadun yang lain. KELUARGA Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu ihayati oleh tamadun-tamadun tradisional. Hashim Hj Musa. memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah an dilihat sebagai Divine Power. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan onsep kekeluargaan yang paling penting. Sesetengah pihak lempunyai tanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan tahap teknologi yang lasih rendah pada zaman itu. persoalan etika sebenarnya kurang kontroversi. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Tetapi dalam tamadun tertentu. Bagi Islam. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan normanorma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. lohd Zuhdi Marsuki. Dalam onteks melihat perbezaan antara tamadun.

Tze. dimensi Inner Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam. maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya. KEGIATAN EKONOMI Dalam tamadun-tamadun tradisional. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam. Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam eight fold path. Lao.Tze. alMawardi.(individu) dan komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Konsep 'wang'. Kristian. Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil. kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Bagaimanapun. Kung Fu. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-Iunas keadilan. Meng Tze dan beberapa tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. seperti juga al-Farabi. al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Islam yang turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sarna. tetapi dalam ajaran . Hinduisme dan agama-agama yang lain. Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya. prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. KERAJAAN Falsafah tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan ekonomi moden. 'laba'. Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral Universe). Dalam sejarah ketamadunan manusia. kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Kedua-dua pihak berpegang pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasa transenden. dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme. tulisan Moh.Tze. Dalam ajaran Islam. 'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbanganpertimbangan moral. Bagaimanapun. Dalam tamadun China. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itu tidak mempunyai identiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Perkara yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dari ekonomi zaman moden adalah kayu pengukurnya. Dengan menyedari perkara tersebut. Begitu juga dalam India. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional. PENDIDIKAN Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun-tamadun tradisional adalah pembinaan sifat-sifat seseorang (character-building). Namun demikian. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia. 'ganjaran'. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja.

memisahkan pelbagai kaum tanpa banyak interaksi antara satu sarna lain. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. agama dan bahasa yang berbeza-beza. Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun. konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama.Buddha dan beberapa ajaran Hindu. transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri. Kesan besar daripada konsep holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam. Sifat penting konsep kesihatan tamaduntamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. dalam persoalan-persoalan tertentu. Dasar pelajaran P. Namun begitu. Selepas Tragedi 13 Mei 1969. Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh. melalui penubuhan Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO. Konsep holistik berdasarkan idea bahawa segala-galanya yang wujud adalah saling berhubungan. mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.T. Rukun Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telah dibentuk. Dengan itu telah melahirkan masyarakat majmuk dengan ciri-ciri budaya. ekonomi. Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya. terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. 2. demi mengurangkan jurang pemisahan antara kaum membolehkan perpaduan dan muhibah dapat disemai. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) telah dilancarkan untuk menstruktur semula masyarakat dan . jelas bahawa teras kepada konsepkonsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamaduntamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Ini diikuti pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan dan pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai pengantar pendidikan dipesatkan. Kesimpulannya. MCA dan MIC yang bertanding dan menang dalam pilihan raya 1955 dan seterusnya membentuk Kerajaan Perikatan. Kawasan penempatan yang berasingan diperkukuhkan oleh kegiatan ekonomi yang berbezabeza. menyebabkan tidak terdapat interaksi meluas antara kaum di Malaya. Selepas kemerdekaan telah timbul kesedaran yang kuat di kalangan para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu untuk menggubal polisi dan langkah-Iangkah bagi mewujudkan interaksi dan hubungan yang lebih rapat antara kaum.M iaitu Penyata Abdul Razak 1956 dan Penyata Abdul Rahman Talib 1960 telah memperakukan sistem pendidikan kebangsaan yang tunggal bagi menyatukan semua murid sekolah dari pelbagai kaum dalam satu sistem sahaja. KESIHATAN Seperti bidang pendidikan. pemerintahan kerajaan dan bidang-bidang masyarakat yang lain.5 KESIMPULAN Pada zaman penjajahan British kesan daripada polisi "pecah dan perintah".

http://bmm222. Semua itu adalah polisi dan langkah-Iangkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan dan pemimpin Malaysia bagi mewujudkan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu untuk mengatasi suasana berbilang kaum dan masyarakat majmuk yang berkonflik dan berpisah warisan dan tinggalan daripada amalan penjajahan British. Seterusnya Rancangan Jangka Panjang Pembangunan Kedua (RJPP2) (1990-2000) telah dilancarkan pula untuk menyusuri dan melengkapi DEB yang telah tamat itu.html .blogspot.mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara Bumiputera dan kaum Cina yang menjadi punca utama konflik perkauman.com/2008/10/bab-2-interaksi-antara-pelbagai.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->