Sei sulla pagina 1di 24

Anti Kemurungan

Pengenalan
Ubat antikemurungan (antidepresi) ialah ubat yang digunakan untuk melegakan tanda-tanda
kemurungan. Ia juga mempunyai kesan penenang. Terdapat empat jenis ubat anti kemurungan iaitu:

 Trisiklik (Tricyclic)
 RIMAs (Reversible Inhibitors of Monoamine Oxidase type A)
 SSRIs (Selective Serotonin Reuptake Inhibitors)
 SNRIs (Serotonin and Noradrenaline Reuptake Inhibitors)

Bagaimana ia bertindak?

Kemungkinan besar ubat ini menambah aktiviti bahan kimia di dalam otak yang dikenali sebagai
pemancar neuro. Pemancar neuro menghantar isyarat dari satu sel otak kepada sel otak yang lain.
Bahan kimia yang terbabit dengan kemurungan dikenali sebagai Serotonin dan Noradrenalin.

Bagaimana anda mengambil ubat ini?

 Ambil ubat setiap hari seperti yang diarahkan. Jangan ubah dos ubat sendiri.
 Kesan terapeutik ubat hanya boleh dilihat selepas dua minggu, jadi menunggu adalah
penting.
 Kesan sampingan ubat akan berkurangan setelah beberapa lama diambil.
 Rujuk kepada doktor anda sekiranya kesan sampingan tidak disenangi. Doktor mungkin
mencadangkan ubat dari jenis yang lain.

Kesan Mudarat

Trisiklik

Kesan sampingan ubat trisiklik yang biasa adalah kering mulut, menggeletar, peningkatan degupan
jantung, sembelit, mengantuk dan kenaikan berat badan. Di kalangan warga emas, ubat ini mungkin
menyebabkan kekeliruan, kesukaran untuk membuang air kecil, rasa hendak pitam dan jatuh. Elak
dari menggunakan trisiklik sekiranya anda mempunyai masalah jantung. Bagi kaum lelaki, mereka
mungkin mengalami mati pucuk atau ejakulasi yang lambat.

RIMAS
Elakkan mengambil ubat RIMAs dengan makanan yang mengandungi Tyramine (contoh: keju,
minuman beralkohol, cokelat, dadih, sos soya) kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.
Jika anda mengambil ubat RIMA, doktor atau ahli farmasi akan memberikan anda senarai makanan
yang perlu dielakkan.
SSRIs
Kesan sampingan pada perut adalah biasa dan ianya berkait rapat dengan dos ubat. Ini termasuklah
rasa mual, muntah, perut tidak selesa (dyspepsia), sakit perut, cirit birit, sembelit, tiada selera
makan dan kehilangan berat badan. Terdapat juga kesan sampingan lain yang berkaitan dengan
ubat ini.
Sekiranya anda rasa kesan sampingan ini adalah disebabkan oleh SSRI yang anda ambil, sila
sahkan dengan doktor atau ahli farmasi.

SNRIs
Kesan sampingan ubat ini adalah serupa dengan SSRIs.

Langkah Berjaga-jaga

1. Memandu atau menggunakan jentera

Terdapat ubat antikemurungan yang menyebabkan kesan mengantuk dan melambatkan tindakbalas
anda. Sila rujuk kepada doktor anda sekiranya pekerjaan anda melibatkan pengendalian mesin atau
pemanduan.

2. Gejala gian

Ubat antikemurungan selalunya tidak menyebabkan ketagihan tetapi sesetengah orang mungkin
mengalami gejala gian apabila mereka berhenti menggunakan ubat SSRIs or SNRIs. Kesannya
termasuklah perut tidak selesa, gejala selsema, keresahan, pening, mimpi ngeri pada waktu malam
dan mengalami sensasi seperti terkena kejutan elektrik. Bagi mengurangkan kesan sampingan ubat
ini, doktor akan menurunkan dos ubat secara berkala. Jangan berhenti mengambil ubat ini
secara mendadak.

3. Golongan remaja

Jika mendapat preskripsi doktor, Ubat SSRIs boleh diambil oleh golongan yang berumur di bawah
18 tahun, tetapi dengan lebih berhati-hati.

4. Kehamilan

Elakkan daripada menggunakan sebarang jenis ubat antikemurungan sewaktu hamil, terutamanya
dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan kerana ia menyebabkan risiko kecacatan pada bayi yang
bakal dilahirkan. Pada kebiasaannya rawatan alternatif akan dipertimbangkan kecuali dalam
keadaan kemurungan yang teruk dan boleh mengancam nyawa ibu atau anak, penggunaan ubat
anti kemurungan tidak dapat dielakkan.

Kaedah Penyimpanan
Simpan ubat anda di dalam bekas asal dan ditutup ketat. Simpan pada suhu bilik dan jauhkan
daripada kanak-kanak, keadaan panas dan kelembapan yang melampau.
Antipsikotik ubat utk sakit mental

Pengenalan

 Antipsikotik adalah kelas ubat yang digunakan untuk merawat psikosis (penyakit mental
yang menyebabkan perubahan personaliti dan tidak peka dengan realiti).
 Ubat-ubatan ini juga dikenali sebagai 'neuroleptik'.
 Ubat-ubatan ini memberi kesan kepada sistem perhubungan khas yang membenarkan
komunikasi antara sel-sel otak dan membolehkan otak berfungsi secara normal.
 Hasilnya, pesakit akan dapat pulih dari gejala psikotik dan melalui kehidupan yang normal
semula.

Jenis-jenis Antipsikotik

1. Antipsikotik Tipikal (juga dikenali sebagai antipsikotik generasi pertama):


o Phenothiazines (Chlorpromazine "Largactil®", Thioridazine "Melleril®",
Fluphenazine, Perphenazine, Prochlorperazine "Stemetil®", Trifluoperazine
"Stelazine®").
o Butyrophenones (Haloperidol)
o Thioxanthenes (Flupenthixol "Fluanzol®", Zuclopenthixol "Clopixol®")
o Benzamides yang diubah (Sulpiride)
2. Antipsikotik Atipikal (juga dikenali sebagai antipsikotik generasi kedua):
o Clozapine (Clozaril®)
o Olanzapine (Zyprexa®)
o Risperidone (Risperdal®)
o Quetiapine (Seroquel®)
o Aripiprazole (Abilify®)
o Ziprasidone (Geodon®)
o Sertindole (Serlect®)Clozapine

Kesan Sampingan
Kesan sampingan yang dikaitkan dengan Antipsikotik termasuklah :

1. Kesan sampingan Ekstrapiramidal:


o Kejang dan menggeletar (gejala Parkinson) – biasa berlaku secara beransur-ansur
pada pesakit dewasa atau warga tua
o Pergerakan muka dan badan yang tidak normal –biasanya pada kanak-kanak atau
remaja
o Perasaan tidak selesa –boleh berlaku selepas pengambilan dos yang tinggi
o Pergerakan beritma tidak terkawal pada lidah, muka dan rahang – biasanya berlaku
selepas rawatan jangka panjang atau dengan dos ubat yang tinggi
2. Kesan sampingan yang lain
o Peningkatan selera makan
o Pertambahan berat badan
o Perubahan paras gula dalam darah lalu meningkatkan risiko kencing manis
o Kehilangan sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit
o Mengantuk
o Tekanan darah rendah

Langkah Berjaga-jaga
Antipsikotik harus digunakan dengan berhati-hati dalam keadaan :

 Kerosakan hati
 Kerosakan ginjal
 Masalah jantung
 Penyakit Parkinson
 Epilepsi (sawan)
 Kemurungan
 Myasthenia gravis (masalah fungsi otot disebabkan otot menjadi lemah)
 Pembesaran prostat
 Glaukoma

Peringatan

 Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor

Maklumat Am

 Sebelum mengambil ubat ini, sila maklumkan kepada doktor tentang sejarah perubatan
terutama tentang penyakit hati atau ginjal serta alahan kepada ubat
 Gabungan ubat kumpulan ini dengan alkohol atau ubat-ubatan jenis sedatif yang lain boleh
menyebabkan kesan mengantuk yang kuat
 Hadkan pengambilan alkohol
 Guna dengan berhati-hati ke atas warga tua kerana mereka lebih terdedah kepada kesan
sampingan ubat ini
 Perlu perhatian yang lebih kepada mereka yang mengandung
 Bincang tentang risiko dan kebaikan menggunakan ubat ini dengan doktor anda
 Maklumkan kepada doktor anda jika anda menyusukan anak kerana dos ubat perlu diubah

Kaedah Penyimpanan
 Kaedah penyimpanan perlu diberi lebih perhatian kerana ubat jenis ini selalu disalahguna
 Jangan campurkan ubat ini dengan ubat-ubatan lain
 Simpan ubat di dalam tempat yang sejuk, kering dan sukar dicapai oleh kanak-kanak

  Arak / Minuman Keras / Alkohol

Adakah anda tahu apa itu alkohol?

 Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya


diminum ketika bersosial atau digunakanuntuk mempertingkatkan
"mood"
 Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum
 Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir,
wain, brandi dan wiski

Adakah anda tahu kesannya terhadap badan?

 Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat


 Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang

Apakah faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum berlebihan?

 Faktor persekitaran contohnya :


o Mudah didapati
o Tidak mahal
o Pengiklanan yang menarik di media

 Faktor Sosial :
o Pengaruh rakan sebaya
o Latarbelakang keluarga
o Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal
o Budaya

 Faktor Biologi :
o Keturunan
o Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)

Mitos dan realiti tentang kegunaan alkohol

Mitos Realiti
 Penggunaan alkohol membuat  Remaja yang tidak mengambil alkohol adalah
seseorang individu berasa lebih matang dan dapat berfikir secara rasional.
seperti dewasa. Mereka juga kurang bermasalah.

 Alkohol memudahkan mereka  Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh lebih
mendapat ramai kawan dan dipercayai dan merupakan kawan yang sentiasa
diterima sebagai sebahagian mengambil berat. Perhubungan antara kawan
dari kumpulan tersebut. juga lebih sihat tanpa penggunaan alkohol.

 Alkohol membuatkan seseorang  Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana ini


itu nampak "cool" dan berjaya. jelas tidak "cool" dan juga merbahaya.  

 Alkohol menghilangkan rasa  Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila


bosan dan memberi seseorang itu mengambil bahagian dalam aktiviti
keseronokan. sihat dan tidak mabuk. Kegembiraan di bawah
pengaruh alkohol tidak bertahan lama dan
mudah dilupakan.  

 Adalah lebih baik mengambil  Remaja juga mempunyai tanggungjawab yang


alkohol semasa remaja supaya penting. Malahan, Alkohol boleh mengakibatkan
anda boleh berhenti ketagihan hingga ke peringkat dewasa.
mengambilnya semasa dewasa Memulakan aktiviti sihat pada usia yang muda
ketika anda mempunyai lebih menjadikan seseorang itu lebih baik dan sihat
tanggungjawab. apabila dewasa kelak.

 Alkohol dapat membantu  Menghilangkan masalah melalui penggunaan


melepaskan anda dari alkohol merupakan penyelesaian jangka pendek
permasalahan dalam hidup. sahaja. Menggunakan alkohol sebagai cara
untuk menangani masalah adalah tidak benar.
Penggunaannya akan menimbulkan lebih
banyak masalah dalam jangka pendek dan
panjang.

Apakah kesan-kesan pengambilan alkohol ?


Kesan pengambilan alkohol merangkumi berbagai aspek kehidupan seseorang. Implikasi sosial
termasuk :

 Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran


 Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik
 Kelakuan Delinkuen/salah laku
 Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol

Kesan fizikal alkohol adalah:

 Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betul atau
jelas, bingung dan bercelaru).
 Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar
bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).

Gangguan kesihatan termasuk:

 Kerosakan otak yang kekal


 Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
 Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)
 Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
 Kanser usus
 Penurunan naluri seks dan mati pucuk
 Keguguran spontan
 Bayi yang tidak normal
 Anaemia (kandungan darah rendah)

Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya :

 Perubahan personaliti
 Kemurungan
 Bunuh diri
 Kelakuan agresif

Adakah terdapat sebarang risiko tidak langsung terhadap kesihatan?


Ya, seseorang yang ketagihan alkohol lebih cenderung untuk :

 Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi mendapat HIV/AIDS).
 Menunjukkan perilaku yang ganas.
 Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan jalanraya.
Apakah itu ketagihan alkohol?
Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya sepanjang masa.
Bilakah seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol?

 Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol


 Gagal untuk berhenti dari terus minum
 Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya)
 Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum
 Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak masalah yang diakibatkan oleh
alkohol

Bagaimana anda boleh menghindari dari alkohol?


Anda sepatutnya :

 Mengamalkan gaya hidup sihat


 Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi
 Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol
 Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program senaman
atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti PROSTAR dan
Rakan Muda
 Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja
 Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab malam,
disko dan sebagainya.
 Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang tertera di
atas (Lihat Penyelesaian masalah)

Apakah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai masalah alkohol?

 Dapatkan pertolongan secepat mungkin


 Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor, kaunselor
sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan

Bunuh diri dan cubaan membunuh diri

Pengenalan
Bunuh diri adalah perbuatan dengan niat untuk menamatkan riwayat /nyawa. Apabila perbuatan itu
gagal, ianya dipanggil cubaan membunuh diri. Kadar membunuh diri berbeza mengikut negara
bangsa dan budaya. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lebih kurang satu juta
manusia mati akibat membunuh diri dalam setahun. Kebiasaannya kematian akibat membunuh diri
di kalangan lelaki adalah tiga hingga empat kali berbanding dengan perempuan, walaupun cubaan
membunuh diri lebih tinggi di kalangan perempuan.

Kadar membunuh diri juga lebih tinggi di kalangan warga emas sahaja. Penyakit mental yang serius
seperti kemurungan, skizofrenia, bipolar juga menyumbang kepada berlakunya bunuh diri. Antara
faktor-faktor yang menyumbang kepada perbuatan bunuh diri di kalangan warga emas termasuklah
mempunyai penyakit fizikal (barah arthritis), tiada sokongan keluarga, kemurungan, kematian
mereka yang disayangi dan kesepian.

Bagaimana mengenal pasti seseorang yang berisiko membunuh diri?


Semua percubaan membunuh diri perlu diberi perhatian!

 Seseorang yang bercakap tentang idea atau hasrat untuk membunuh diri.
 Seseorang yang pernah mencuba membunuh diri.
 Seseorang yang mempunyai sejarah keluarga bunuh diri.
 Mempunyai tanda-tanda kemurungan seperti tidak mempunyai harapan
 Penyalahgunaan dadah
 Seseorang membuat rancangan untuk membunuh diri seperti mula mengagihkan harta dan
menulis 'suicide note'

Komplikasi
Mereka yang membuat cubaan membunuh diri akan meninggalkan kesan kepada keluarga dan
rakan-rakan. Ia mungkin menimbulkan perasaan bersalah dan marah. Ia boleh mengakibatkan
kesedihan yang berpanjangan, penyakit mental yang teruk seperti kemurungan dan
penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

Rawatan
Bagaimanakah anda dapat membantu diri sekiranya anda mengalami perasaan ingin membunuh
diri?

 Belajar cara kemahiran pengurusan diri seperti menetapkan keutamaan.


 Simpan ubatan di tempat yang susah di capai sekiranya anda berniat untuk mengambil dos
yang berlebihan.
 Berbicara dengan mereka yang boleh dipercayai.
 Bergaul dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan
 Elakkan dari mengambil alkohol dan dadah-dadah lain yang boleh mengakibatkan hilang
pertimbangan anda.
 Dapatkan bantuan kaunseling melalui telefon
 Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan rawatan yang
selanjutnya
Bagaimana anda boleh membantu seseorang yang ingin membunuh diri?

 Ambil berat/serius luahan/aduan


 Jangan mengkritik
 Jangan berjanji tentang kerahsiaan
 Dapatkan bantuan profesional
 Pelajari tanda-tanda awal
 Jangan mencabar mereka untuk membunuh diri
 Berikan alternatif lain untuk mengatasi masalah
 Dapatkan bantuan anggota kesihatan, doktor atau pakar.

Rehabilitasi
Belajar teknik menangani stres

Kumpulan sokongan
THE BEFRIENDERS

Bunuh Diri

Apa itu bunuh diri?

Bunuh diri ialah satu tindakan yang diambil untuk mencabut nyawa sendiri sehingga menyebabkan
kematian.
Remaja yang membunuh diri biasanya mempunyai sejarah seperti:

 Konflik keluarga
 Kegagalan personaliti
 Kehilangan sesuatu
 Kesukaran berkomunikasi
 Penyalahgunaan bahan terlarang
 Sejarah cubaan bunuh diri sebelum ini

Mengapakah seseorang itu cuba membunuh diri?


Sebab-sebab seseorang mengambil keputusan cuba membunuh diri
termasuklah:

 Kemurungan
 Salah faham dengan ibu bapa
 Gagal dalam perhubungan  
 Gagal dalam peperiksaan
 Didera
 Dibuli
 Di tinggal sendirian

Adakah tanda atau gejala awal seseorang itu hendak membunuh diri?

Seseorang yang cuba bunuh diri selalunya menunjukkan atau mempunyai keadaan berikut:

 Berperasaan

 Sedih
 Marah
 Gelisah
 Rasa bersalah
 Menyisihkan diri dari aktiviti sosial
 Tidak boleh tidur
 Hilang selera makan
 Sentiasa memikirkan tentang kematian
 Tidak boleh melakukan aktiviti harian
 Mendedahkan dirinya kepada masalah seperti:

 Minum arak
 Merokok
 Mengambil ubat yang berinskripsi atau penyalahgunaan dadah
 Perubahan kelakuan secara mendadak seperti:

 Memberi barang yang disayangi


 Meminta maaf
 Bercakap tentang kematian

Bagaimana cara mencegah perlakuan membunuh diri?


Minta bantuan segera:

 Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai


 Hubungi talian bantuan

 Seperti: BEFRIENDERS
 Dapatkan nasihat keagamaan
 Jumpa doktor

Apa yang berlaku sekiranya bantuan tidak diberi?

Ianya akan berakhir dengan KEMATIAN!!!

Di manakah seseorang itu boleh mendapat bantuan?

Bercakap kepada seseorang yang anda percayai seperti:

 Ibu bapa
 Rakan karib
 Guru kaunseling
 Guru agama

Cari seseorang yang boleh:

 Mendengar
 Memujuk
 Mampu memberi nasihat

ATAU
Minta nasihat daripada:

 Doktor
 Pakar psikologi
 Pakar psikiatri

Delirium (Meracau/kekeliruan akut)

Pengenalan

'Delirium' adalah satu gejala kekeliruan dan kebingungan orientasi yang berlaku secara tiba-tiba
atau akut (dalam jangka masa beberapa jam atau hari). 'Delirium' atau kekeliruan yang akut,
bukanlah sejenis penyakit. Malah ia adalah satu sindrom klinikal (berciri oleh beberapa jenis gejala-
gejala) yang berlaku akibat proses penyakit. 'Delirium' ini kerap berlaku di kalangan pesakit dalam
hospital, melingkungi 10-20% pesakit di wad perubatan dan pembedahan. Kadar kekerapan
berlakunya 'delirium' di kalangan pesakit warga emas meningkat lebih tinggi, menjangkau 30-40%.
Kadar di kalangan kanak-kanak juga tinggi.

Ada banyak sebab-sebab 'delirium' berlaku, termasuk penyakit fizikal yang teruk, penyakit yang
berlaku secara langsung atau tidak langsung ( contohnya; jangkitan, kecederaan, keracunan, dan
sebagainya); atau boleh di sebabkan dadah dan alkohol. Di kalangan warga emas, penyebab yang
paling kerap adalah jangkitan saluran kencing.

Tanda-tanda dan gejala


'Delirium', mungkin di kelirukan dengan penyakit mental yang lain seperti dimensia, penyakit
kemurungan dan penyakit psikosis. Tanda-tanda yang utama 'delirium' adalah:

 Rasa mengantuk/ ingatan melayang di mana paras kesedaran yang berubah-ubah.


 Keliru terhadap masa, tempat dan orang.
 Hilang tumpuan
 Sukar mengingati peristiwa yang baru berlaku

Tanda-tanda lain termasuk perubahan tingkah laku seperti menjadi resah dan ganas; tanda-tanda
psikotik termasuk halusinasi dan delusi (kepercayaan yang pelik dan tidak munasabah); perubahan
emosi dan juga gangguan tidur. 'Delirium'di kalangan warga emas, mungkin akan mengambil masa
yang agak lama untuk pulih.

Komplikasi
Kebanyakan daripada pesakit yang mengalami delirium pulih sepenuhnya. Walau bagaimanapun
kadar untuk pulih di kalangan warga emas berbeza, dari 4 hingga 40%, dan masalah ingatan
mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih.
'Delirium' boleh menyebabkan seseorang berada di hospital pada masa yang lebih, dan boleh
meningkatkan risiko kematian.

Rawatan
Oleh kerana 'delirium' adalah satu masalah yang serius, adalah baik sekiranya pesakit dimasukkan
ke hospital. Perawat perlulah lebih peka kepada tanda-tanda delirium terutamanya di kalangan
warga emas.
Kenal pasti dan rawat punca 'delirium' secepat mungkin.
Rawatan sokongan termasuk membantu pesakit mengorientasikan diri mereka kepada persekitaran,
memberi arahan seringkas yang mungkin, dan sebagainya. Strategi-strategi lain termasuk memberi
pembelajaran kepada ahli keluarga tentang keadaan pesakit serta menggalakkan mereka supaya
menemani pesakit semasa dalam wad.
Kadang-kadang rawatan ubatan perlu digunakan untuk mengawal masalah psikotik dan tingkah
laku.

Faktor-faktor risiko

 Faktor-faktor individu termasuk umur, penurunan kognitif [cognitive deficit], penyakit lain
yang berlaku pada masa yang sama [ko-morbid] dan episod-episod 'delirium' yang lepas.
 Faktor-faktor bersabit prosedur semasa pembedahan.
 Penyakit-penyakit lain seperti kelecuran akibat kebakaran, AIDS, jangkitan lain, perubahan
metabolik dan sebagainya.
 Faktor-faktor berkait dengan ubatan termasuk ketagihan dadah dan alkohol.
 Faktor-faktor sekitar termasuk stres, pengasingan sosial, kerosakan deria dan kelumpuhan
yang berpanjangan dan sebagainya.

Rehabilitasi
Setelah keluar dari hospital, pesakit mungkin memerlukan penilaian yang berterusan, dan juga
perawatan dari segi defisit kognitif dan fungsi harian. Kebiasaannya ia di dalam bentuk rawatan cara
kerja dan fisioterapi yang berterusan

Dementia (nyanyuk)

Pengenalan
Dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Ia boleh membawa kepada penurunan dalam
menjalankan aktiviti harian dan boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan masa panjang.
Sebahagian dari pesakit dementia kurang/tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian. Mereka
juga sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.

Berapa kerap berlakunya dementia?


Kadar kekerapan dementia berlaku adalah di antara 2% hingga 20%. Ianya berganda setiap 5 tahun
peningkatan usia bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Lebih dari separuh pesakit dementia
mengalami penyakit Alzheimer.

Siapakah yang mempunyai lebih tinggi risiko mendapat dementia?

 Setengah jenis dementia lebih tinggi di kalangan wanita.


 Mereka yang mengalami masalah tekanan darah yang tak terkawal, penyakit kencing manis,
penyakit jantung, paras lemak dalam darah yang tinggi
 Pesakit yang mengalami penyakit Parkinson.
 Mereka yang terencat akal atau tahap pembelajaran yang rendah.
Ada juga terdapat fakta genetik/ keturunan yang didapati meninggikan risiko tanpa menyebabkan
penyakit berlaku.

Tanda-tanda dan gejala

 Hilang daya ingatan yang menyebabkan masalah dalam pekerjaan atau perjalanan
kehidupan harian.
 Masalah dengan aktiviti yang biasa dilakukan, seperti memasak, mandi dan mengenakan
pakaian.
 Sukar mencari perkataan yang mudah, sukar menerangkan sesuatu, atau kerap mengulangi
percakapan (echolalia).
 Masalah dalam orientasi, contohnya kerap hilang arah walaupun di kawasan yang biasa
dilalui
 Hilang keupayaan membuat penilaian
 Masalah dalam pemikiran abstrak, misalnya mengalami masalah menentukan apa yang
ingin di beli semasa keluar membeli belah.
 Meletak barang di tempat lain atau kerap tertinggal barang.
 Perubahan emosi secara tiba-tiba, biasanya dengan tidak bersebab. Mereka mungkin
mengalami perubahan dalam tingkah laku.
 Perubahan dalam perwatakan, daripada seseorang yang peramah kepada seseorang yang
cepat marah, cemburu atau penakut (timid)
 Hilang minat dan kecenderungan dalam pekerjaan dan hobi mereka.

Anda boleh mencuba ujian ini (SDS, Mundt et al,) untuk mendapati adakah anda atau mana-mana
ahli keluarga anda mungkin mengalami dementia

Komplikasi
Jika dementia tidak dikesan awal, beberapa akibat mungkin terjadi, seperti:

 Peningkatan dalam penyakit fizikal atau penyakit mental


 Peningkatan dalam kadar kematian.
 Dementia boleh membawa kepada kemasukan dalam institusi penjagaan dengan lebih awal.
 Ia boleh menimbulkan tekanan kepada penjaga dan menimbulkan penyakit fizikal dan
mental di kalangan penjaga.
 Ia boleh menyebabkan penderaan ke atas pesakit.

Bolehkah dementia dirawat?


Pada masa ini dementia tidak boleh diubati, tetapi pembelajaran dan sokongan kepada pesakit dan
penjaga pesakit dementia dapat membantu dalam mengawal sesetengah gejala penyakit. Ada
terdapat beberapa jenis ubatan yang boleh menolong dalam mengawal gejala dan meningkatkan
fungsi kognitif. Ada juga ubatan yang digunakan untuk merawat psikosis, kemurungan dan masalah
emosi.

Pencegahan
Kajian mendapati bahawa aktiviti yang merangsang intelek seperti bermain catur, membaca dan
sebagainya dapat mengurangkan risiko berlakunya dementia. Amalan cara hidup sihat boleh juga
mengurangkan risiko mendapat dementia.

Rehabilitasi
Terdapat banyak terapi psikososial yang memberi manfaat kepada pesakit dementia. Ini termasuk
memberi sokongan kepada pesakit dalam menjalani aktiviti harian mereka, menggalakkan aktiviti
yang merangsang fungsi mental dan pancaindera mereka serta banyak lagi
Kumpulan sokongan yang berdekatan anda dapat membantu anda dalam memberi cadangan
tentang aktiviti yang berkesan.

Kumpulan sokongan
Alzheimer's Disease Foundation of Malaysia
Johor Bahru Alzheimer's Disease Association (JOBADA)

Ekstasi

Apakah Ekstasi?

Ia adalah sejenis dadah dari kumpulan Amphetamine-Type Stimulant (ATS). Secara kimianya, ia
dikenali sebagai 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) Seperti lain-lain dadah yang
diharamkan, tiada kawalan kepada faktor seperti keberkesanan dan kebersihan semasa proses
pembuatannya yang dijalankan secara haram. Penipuan sering berlaku dengan penambahan bahan
lain yang lebih murah.

Dadah begini mempunyai jumlah MDMA yang berbeza. Oleh itu ia boleh meningkatkan risiko untuk
mengambil dos yang berlebihan, mengalami keracunan atau mengalami kesan sampingan selepas
mengambilnya.

Apakah nama lain untuk Ekstasi?

Ekstasi juga dikenali sebagai 'love drug', 'yuppie drug', 'pink lady' dan 'playboy'.

Adakah Ekstasi merbahaya kepada kesihatan?

Ya. Ekstasi mempunyai banyak kesan yang buruk kepada kesihatan.

Ekstasi Menyebabkan Ketagihan Secara Psikologi


 Penagihnya akan bergantung kepada dadah ini secara psikologi. Mengambil dadah ini
menjadi lebih utama dari segala aktiviti lain dalam kehidupan penagihnya. Ia akan menjadi
semakin sukar untuk penagih berhenti atau mengurangkan penggunaan Ekstasi.

Ekstasi Menyebabkan Masalah Psikiatri

 Kelakuan yang pelik, paranoia (perasaan syak wasangka yang melampau tanpa sebab yang
kukuh), kemurungan dan berhalusinasi (mengalami sesuatu yang tidak wujud).

Kesan Ekstasi Pada Sistem Saraf Pusat

 Kesan dadah ini kepada sistem saraf pusat tubuh ialah dengan meningkatkan suhu badan,
peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah. Ini ditambah pula dengan terlalu panas
dan meminum air yang banyak akan menyebabkan otak menjadi bengkak, pendarahan
dalam otak, kerosakan otak dan kematian.
 Kesan jangka panjang dadah ini ialah kerosakan yang kekal pada urat saraf dan sebahagian
daripada otak

Ekstasi Merosakan Jantung

 Ia menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat dari biasa


 Ia juga meningkatkan tekanan darah
 Ini akan menyebabkan denyutan jantung yang tidak menentu, kegagalan jantung dan
kematian

Ekstasi Merosakan Otot, Sendi dan Tulang

 Menari terlalu lama yang disebabkan oleh Ekstasi boleh mencederakan otot, sendi-sendi
dan tulang.

Ekstasi Menganggu Keupayaan Darah Untuk Membeku

 Ekstasi mungkin akan memberhentikan keupayaan darah untuk membeku yang


mengakibatkan pendarahan dalaman dan kematian kepada penagihnya

Ekstasi Membahayakan Kehamilan

 Ekstasi mungkin dapat melepasi uri dan membahayakan janin dalam kandungan.
Keguguran boleh berlaku.
Ekstasi Membahayakan Pengguna Jalanraya

 Risiko untuk berlakunya kemalangan bertambah apabila pemandu kenderaan berada di


bawah pengaruh Ekstasi kerana gangguan peglihatan, halusinasi dan pengurusan yang
lemah

Ekstasi Mendedahkan Penagihnya Kepada Eksploitasi Seksual dan Seks Yang Tidak Selamat

 Remaja, terutama sekali gadis yang berada di bawah pengaruh Ekstasi, akan terdedah
kepada bahaya eksploitasi seksual, seperti seks yang tidak selamat, kemungkinan untuk
mendapat jangkitan HIV, Hepatitis dan lain-lain sakit kelamin.

Siapa sahaja yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetis, penyakit hati,
sawan (epilepsy) dan sejarah penyakit mental atau mudah panik berhadapan dengan bahaya
secara fizikal dan psikologi apabila mengambil Ekstasi.

Bagaimana kematian boleh berlaku pada penagih Ekstasi?

Tiada kaitan antara dos yang diambil dengan risiko kesan sampingan yang serius atau kematian.
Seseorang itu boleh maut hanya dengan mengambil cuma sebiji sahaja pil Ekstasi. Kebanyakan kes
kematian akibat Ekstasi berlaku pada penagih yang biasa mengambilnya tanpa sebarang kesan
sampingan yang merbahaya. Tiada siapa tahu mengapa setengah orang mempunyai kesan
sampingan yang teruk kepada dadah ini.

 Kesan rangsangan dadah ini menyebabkan tekanan darah terlalu tinggi, suhu badan naik
terlalu tinggi dan denyutan jantung yang terlalu laju. Ini akan mengakibatkan serangan sakit
jantung dan pendarahan dalam otak
 Kepanasan yang melampau dan kekeringan
o Berpeluh yang berlebihan yang disebabkan oleh kepanasan dan kegagalan untuk
menggantikan garam dan air yang hilang melalui peluh yang berlebihan
menyebabkan kekeringan. Tubuh akan cuba mengekalkan air didalam badan
dengan memberhentikan fungsi perpeluhan dan buah pinggang
o Kepanasan menyebabkan terjadinya kekejangan, koma kegagalan buah pinggang
yang akut dan kematian

 Meminum terlalu banyak air


o Beberapa kes kematian telah berlaku akibat dari meminum air yang terlalu banyak
dalam masa yang singkat kerana terlalu dahaga
o Di bawah pengaruh Ekstasi, pernah terjadi penagihnya meminum air sebanyak 20
liter dalam masa 3 jam. Kesannya darah menjadi cair dan sel-sel tubuh
mengembang yang mana boleh membawa kematian di otak kerana sel-sel otak
mengembang dan akhirnya tertekan oleh tulang tengkorak.
o Bahagian otak yang mengawal jantung dan pernafasan akan mengalami kerosakan
kekal dan orang itu akan mati
o Dadah ini menyebabkan tubuh mengeluarkan sejenis hormon iaitu hormon
antidiuretic yang menghalang buah pinggang membuang air yang berlebihan yang
menyebabkan ia menjadi semakin teruk

Apa pandangan undang-undang mengenai Ekstasi?


Menurut Akta Dadah Merbahaya (Pindaan 1998), sesiapa yang memiliki dadah jenis MDMA:

 Kurang dari 5mg boleh dihukum dibawah seksyen 12(3) akta tersebut yang membawa
kepada hukuman denda tidak lebih dari RM 100,000 dan/atau penjara penjara tidak lebih
dari 5 tahun
 5mg dan kurang dari 30mg, boleh didakwa di bawah seksyen 39A(1) akta tersebut yang
membawa hukuman penjara antara 2-3 tahun dan dirotan sebanyak 3 - 9 kali.
 30mg dan kurang dari 50mg boleh didakwa dibawah seksyen 39A(2) akta dadah merbahaya
yang membawa hukuman penjara antara 5 tahun ke seumur hidup dan rotan tidak kurang
dari 10 kali
 50mg atau lebih, dianggap sebagai pengedar dadah dan membawa hukuman mandatori
hukuman mati jika disabitkan kesalahan di bawah seksyen 39B akta

Di bawah akta ini hukuman mandatori rotan sehingga 3 kali, untuk kakitangan kerajaan yang
berkerja di pusat pemulihan, lokap polis, penjara dan pusat tahanan yang ditangkap bersama
dengan dadah tersebut.

Gangguan mental selepas bersalin

Pengenalan
Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu fasa perubahan dalam kehidupan seorang wanita
yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut. Ia boleh
dianggap sebagai satu proses kematangan diri, walaupun sesetengah wanita, mungkin menghadapi
masalah. Penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

 Gangguan emosi postpartum


 Kemurungan postpartum atau meroyan
 Psikosis postpartum, juga disebut meroyan

(Postpartum=waktu selepas bersalin)


Ganguan emosi postpartum
 Ia berlaku ke atas 25 - 85% wanita yang baru bersalin. Tanda-tanda penyakit ini timbul
beberapa hari selepas bersalin dan ia memuncak pada hari kelima. Namun begitu,
gangguan emosi ringan ini biasanya pulih dalam masa dua minggu.

Kemurungan postpartum

 Ianya berlaku di kalangan 10 - 20% wanita selepas bersalin. Gejala-gejala timbul dalam
masa sebulan selepas bersalin. Pada kebiasaannya, penyakit ini sembuh dengan tersendiri
dalam jangka masa tiga hingga enam bulan, tetapi bagi kes-kes yang berat ia mungkin
berterusan sehingga dua tahun.

Psikosis postpartum

 Keadaan ini jarang dijumpai tetapi serius dan berlaku dalam setiap 500 - 1000 jumlah
kelahiran. Gejala penyakit ini timbul dengan pantas dan biasanya timbul beberapa hari
sehingga dua atau tiga minggu selepas bersalin. Walaupun begitu,risiko tetap tinggi selepas
beberapa bulan kemudian.

Tanda-tanda dan gejala


Gangguan emosi postpartum

 Kemurungan yang ringan dan emosi yang berubah-ubah


 Mudah menangis
 Mudah melenting
 Gelisah
 Kurang penumpuan
 Kurang selera makan dan gangguan tidur

Kemurungan postpartum

 Perasaan murung
 Letih lesu dan tidak bermaya
 Suka memencilkan diri
 Kerap mengadu akan kurang sokongan sosial
 Salah faham akan kehendak bayi
 Kurang penumpuan dan daya ingatan

Psikosis postpartum

 Gangguan tidur dan perubahan selera makan


 Mudah resah
 Berfikir untuk membunuh diri dan melakukan pembunuhan
 Perasaan dan kelakuan yang pelik
 Gejala psikosis. Contoh seperti mendengar suara walaupun pada zahirnya tiada orang di
sekeliling (halusinasi) atau kepercayaan yang tidak rasional (delusi)

Komplikasi
Bayi-bayi kepada ibu yang menghidapi penyakit mental selepas bersalin kelak berkemungkinan
mempunyai masalah dalam emosi, tingkah laku dan pembelajaran. Di samping itu di kalangan kes-
kes yang melampau, ibu yang mempunyai penyakit mental selepas bersalin ini boleh mencederakan
bayi mereka.

Rawatan
Gangguan emosi ringan postpartum

 Pendidikan mengenai gangguan emosi ini amatlah penting. Ibu yang diganggu dengan
masalah emosi ini memerlukan sokongan daripada ahli keluarga dan juga bantuan dalam
mengurangkan punca tekanan psikologi. Ahli keluarga hendaklah membawa ibu untuk
berjumpa dengan doktor sekiranya tanda-tanda penyakit didapati semakin teruk.

Kemurungan postpartum

 Pendidikan, memberi ketenangan dan sokongan terutamanya daripada ahli keluarga adalah
amat digalakkan untuk membantu dalam proses pemulihan. Psikoterapi sokongan dan terapi
kognitif didapati berkesan, di samping ubat-ubatan yang diberikan dalam kes-kes tertentu.
Bagi kes-kes yang teruk, pesakit mungkin akan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut dan
dalam kes begini, perjumpaan antara ibu dan anak digalakkan.

Psikosis postpartum

 Kemasukan ke wad mungkin diperlukan. Ubat-ubatan diberikan untuk mengawal gejala-


gejala. Dalam setengah kes-kes yang teruk terapi "elektrokonvulsif" mungkin diperlukan. Ahli
keluarga pula perlu diberi penerangan mengenai penyakit ini.

Pencegahan
Pengesanan awal ke atas ibu yang berisiko untuk mendapat penyakit mental postpartum amatlah
penting agar rawatan dapat dimulakan dengan secepat mungkin. Wanita yang dikategorikan
sebagai mempunyai risiko yang tinggi termasuk mereka pernah mengalami penyakit mental
postpartum, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental, kehamilan yang tidak dirancang
dan kepincangan rumah tangga. Sokongan emosi, rohani, fizikal dan sosial amatlah penting bagi
ibu-ibu selepas bersalin sebagai satu aspek pencegahan penyakit mental selepas berkahwin.
Rehabilitation
Kemurungan postpartum
Psikosis postpartum

Kumpulan sokongan
www.postpartum.net

Rujukan
Postpartum Depression Fact Sheet: National Women's Health Information Centre. (www.4woman.gov)
American Association of Family Physicians (www.aafp.org)

Kemurungan

Pengenalan

Kemurungan adalah kesedihan. Kesedihan adalah emosi normal bila seseorang menghadapi
peristiwa yang tidak menggembirakan. Kemurungan boleh menjadi penyakit jika terlalu serius atau
terlalu lama hingga menjejaskan keupayaan seseorang menjalani aktiviti harian. Kemurungan
adalah sesuatu yang biasa berlaku. Dianggarkan sebanyak 30% daripada golongan orang dewasa
menghidap kemurungan sekali atau lebih dalam masa hidupnya.

Tanda & gejala

1. Perubahan perasaan
o Kesedihan yang berpanjangan melebihi 2 minggu.
2. Gangguan terhadap fungsi kognitif
o Berasa putus asa, tidak mempunyai harapan.
o Berasa bersalah, tidak berharga, tidak bermaya.
o Fikiran ingin membunuh diri.
o Hilang keseronokan
o Hilang tumpuan
o Hilang minat
3. Tanda Biologi
o Hilang selera makan
o Hilang berat badan
o Gangguan tidur
o Hilang keinginan seksual
o Gangguan kitaran haid
o Cepat lesu.

Komplikasi
Kemurungan menyebabkan seseorang itu lebih berkemungkinan mengalami kemalangan.
Kemurungan memberi kesan terhadap keyakinan dan merendahkan jati diri seseorang. Ia
mengurangkan keupayaan seseorang untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Rawatan

Kemurungan boleh dirawat secara berkesan. Terdapat banyak cara rawatan dan gabungan rawatan
adalah lebih berkesan. Penilaian menyeluruh oleh doktor adalah perlu sebelum sesuatu diagnosa
dibuat dan rawatan dimulakan.

1. Pharmacotherapy:
o Terdapat banyak ubat-ubatan anti kemurungan pada masa sekarang. Ubat-ubatan
ini membantu merubah perasaan dan membuatkan seseorang itu lebih bersedia
menerima lain-lain rawatan.
2. Terapi Psychologikal:
o Ianya meliputi psikoterapi dan kaunseling untuk membuatkan seseorang itu
memahami dirinya dan menemui kemahiran dalam menyelesaikan masalah bagi
mengatasi tekanan yang dihadapinya.
3. Terapi Kognitif
o Terapi ini membantu mengubah cara pemikiran dan menerima peristiwa yang
berlaku di sekelilingnya dan membantu mencapai pemahaman yang lebih baik
terhadap maksud kejadian itu kepadanya dan meminimakan kesan disebalik
kejadian itu.
4. Terapi Berkumpulan
o Ianya melibatkan perjumpaan satu kumpulan orang yang mempunyai masalah yang
sama seperti pesakit yang mengalami kemurungan, duduk bersama berbincang
pengalaman, kesukaran dan cara mereka mengatasi masalah tersebut.
5. Terapi "Electro-convulsive"
o Cara ini boleh dilakukan kepada mereka yang tidak menunjukkan sebarang
perubahan selepas dos yang sesuai dan tempoh rawatan ubat anti kemurungan. Ia
juga boleh digunakan bila perubahan segera diperlukan contohnya dalam situasi
mengancam nyawa atau dalam masa selepasbersalin dimana bayi memerlukan
penyusuan dan penjagaan ibu dan bagi pesakit yang tahap pemikiran membunuh diri
yang tinggi.

 
Langkah Pencegahan
Teknik mengurangkan stress.

Pemulihan
Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan
pemulihan yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di
dalam masyarakat seperti sediakala.

Setiap Jabatan psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh Negara mempunyai unit pemulihan
carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda.
Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di
dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk
berkerja dan berinteraksi dengan mayarakat.

Kumpulan Sokongan

 KAMI (kumpulan sokongan keluarga Johor)


 MMHA (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia-Petaling Jaya)
 Kumpulan-kumpulan Sokongan Kelurga disetiap negeri

Potrebbero piacerti anche