P. 1
Rogol [Compatibility Mode]

Rogol [Compatibility Mode]

|Views: 105|Likes:
Published by Mat Rijal

More info:

Published by: Mat Rijal on Aug 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/25/2012

pdf

text

original

PB30703 BeliaBerisiko Tajuk: Rogol

MOHD RIZAL BIN MOHD SHAM HR2006-1532

DefinisiRogol….
• Definisi teknikal untuk "rogol" merangkumi sebarang serangan serius dan yang merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan orang, istilah tersebut adalah mengenai serangan seksual (Ab.Alim Abdul Rahim,1994). • Istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual.

Samb….
• Di bawah Akta kesalahan Kesalahan Seksual 2003, yang berkuat kuasa pada April 2004, istilah "rogol" didefinisikan semula. Maksud asal iaitu rogol sebagai perbuatan "bersetubuh melalui kemaluan wanita atau lubang dubur tanpa persetujuan" diubah kepada "memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita, lubang dubur atau mulut seseorang yang lain secara paksaan.“. • "Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undangundang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori"

Isu-isusemasa…
• Pada Oktober 2006, bekas pelatih program latihan khidmat negara (PLKN) di Setiu, Terengganu telah dirogol oleh jurulatihnya semasa berada di dalam latihan tersebut. • Pada 18 Mei 1999 Audrey Melissa Bathinathan, 17 tahun telah dijumpai berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya. • Noor Suzaily Mukhtar,24 tahun telah ditemui di Taman Bukit Tinggi pada 7 Oktober 2000 Klang. Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuahjalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang

Statistik
• Statistik di Malaysia menunjukkan dari tahun 1984 hingga Februari 2007 terdapat 87 kes rogol dan bunuh di laporkan, daripada jumlah tersebut hanya 23 kes atau 26.4 peratus sahaja yang selesai dengan pesalah di jatuhi hukuman • Dari statistik jenayah keganasan yang dikeluarkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM), terdapat peningkatan yang ketara dalam kes-kes rogol yang dilaporkan semenjak tahun 2000. Sebanyak 1,210 kes rogol dilaporkan pada tahun 2000, 1,354 kes lagi sepanjang tahun 2001 dan 1,418 kes dalam tahun 2002. Hingga bulan Mac 2003, sudah sebanyak 237 kes rogol dilaporkan di negara ini.

persekitaran

Pengaruh media massa Faktor-faktor Pengambilan Alkohol Keluarga yang tidak berfungsi

Teori……….
1.Teori pikoanalitik.
• Antara teori yang boleh diketengahkan ialah teori psikoanalisis yang diperkenalkan oleh Sigmund Feud. • menekankan struktur keperibadian. Antaranya ialah id, ego dan super ego. • Apabila Id pada seseorang itu melebihi kekuatan ego dan super ego akan menyebabkan seseorang itu lebih terdedah kepada perkara-perkara yang negatif atau lebih kepada perkara yang memberikan keseronokan sahaja.

2.Teori biologikal
• Pendekatan ini, mengandaikan bahawa tingkah laku seseorang itu adalah berasaskan ciri-ciri biologinya (genes, keturunan darah, dan sebagainya). Keadaan ini bermaksud teori biologi menerangkan berlaku perubahan hormon yang tidak stabil menyebabkan seseorang untuk bertingkah laku yang lain daripada orang lain.. • Seseorang lelaki yang mempunyai kromosom Y (XYY) yang menyebabkan seseorang itu mempunyai tendensi yang tinggi ke arah tingkah laku jenayah. • Terdapat kajian yang dilakukan oleh Rada. Laws dan Keller (1989) mendapati perogol itu mempunyai tahap plasma testosteron yang tinggi.

3. Teori pembelajaran sosial. •
menekankan aspek pembelajaran (process learning). Pembelajaran sosial sering di kaitkan seseorang itu bertingkah laku di sebabkan oleh pembelajaran atau persekitaran yang dilihat dan akhirnya di aplikasikan dalam bentuk praktikal dan sebagainya.

• pengaruh persekitaran rakan sebaya mahupun faktorfaktor dalam keluarga itu sendiri yang menyebabkan seseorang itu melihat sebagai “role model“ dan akhirnya menjadi satu bentuk tingkah laku yang tekal (akibat daripada peniruan) dan di aplikasikan pada sosial.

Intervensi……
1. Terapi kongnitif Beck.
• • • Di hasilkan oleh Aaron Beck. Beliau telah membentuk satu terapi kognitif untuk merawat masalah psikologi, khususnya berkaitan dengan masalah kemurungan. Selalunya mangsa rogol akan mengalami kemurungan, Post traumatik disorder dan kecenderungan untuk membunuh diri. Terapi ini adalah fokus untuk membantu mangsa rogol ini menyedari dan membuang kognisi menyerah kalah, rasa tidak yakin pada diri serta cuba menghilangkan rasa trauma yang ada pada diri mangsa.

Sambg…
• Terapi ini akan cuba mengembalikan semula pemikiran yang realistik dan rasional untuk memulihkan tingkah laku klien. Pada peringkat awal terapi, ahli terapi membantu mereka untuk mengenal pasti pemikiran automatik mereka dan menyimpan rekod tentang kandungan pemikiran dan reaksi emosi mereka. Dengan bantuan terapi, individu di ajar mengenai kesilapan logik dalam pemikiran mereka dan belajar untuk mencabar ketepatan kepercayaan automatik tersebut. • Terapi ini juga lebih kepada dialog yang bersifat terbuka dia antara ahli terapi dengan klien. Matlamat dialog ini adalah untuk membawa individu mencerminkan isi-isu peribadi mereka dan menemui konsepsi kendiri mereka dan menggalakkan mereka untuk mengeksperimenkan, yang akhirnya dapat mengutarakan kepercayaan-kepercayaan yang tidak tepat itu.

• 2. Program kaunseling keluarga.
• melibatkan kelompok bersama-sama ahli keluarga. Program kaunseling keluarga ini adalah satu kaunseling yang cuba memberi pendedahan kepada keluarga serta cuba memberi maklumat-maklumat penting dalam institusi keluarga tersebut. • Berperanan untuk memberi pengatahuan (keluarga) untuk memberi sokongan moral kepada anak mereka (mangsa rogol). Kaunselor akan memberi maklumat dalam menguruskan anak yang mengalami masalah (kes rogol)

• Banyak kajian yang membuktikan mangsa rogol yang kurang mendapat sokongan daripada keluarga, lebih-lebih lagi apabila keluarga tersebut tidak mempunyai ilmu atau pendedahan anak-anak yang bermasalah, menyebabkan anak mereka melakukan perkara yang lebih teruk seperti membunuh diri dan sebaginya


3. Peer support network.
Program “peer support network” adalah satu program yang unik, ini kerana program ini membabitkan rakan sebaya. Peer support network di hasilkan dengan membentuk kumpulan dengan persetujuan bersama. Keadaan ini bermaksud ahli-ahli dalam kumpulan adalah terdiri daripada individu-individu (senior) yang mengalami masalah seperti subjek yang baru (junior). Walau bagaimanapun, rakan sebaya (senior) yang dipilih ini adalah individu yang berjaya dan mempunyai sifat resilient yang tinggi.

• Fungsi rakan sebaya tersebut adalah membantu pesakit baru (mangsa rogol) dengan cuba memberi sokongan moral, bimbingan kepada individu yang lemah. Selain itu fungsi lain adalah mewujudkan hubungan komunikasi dan meningkat interaksi antara kumpulan rakan sebaya dengan individu tersebut. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan individu (mangsa rogol) tadi akan rasa selesa kerana dia akan merasakan dirinya di hargai dan memudahkan individu itu berkongsi masalah dengan kumpulan rakan sebaya tadi . • Program ini dilihat satu program yang cuba meningkatkan pencapaian kendiri seseorang, mewujudkan sifat resilient dalam diri. Banyak kejayaan dalam program ini, di Malaysia program seumpama ini sering dilakukan di pusatpusat kebajikan yang menempatkan kesalahan-kesalahan delinkuen.

4. Program latihan vokasional (dalam institusi kebajikan) .
• Program-program berbentuk latihan vokasional. Program sedemikian adalah satu program yang bertujuan untuk membantu pelatih seperti mangsa rogol, penderaan seksual dan sebagainya agar mempunyai kemahiran sekali gus dapat meningkatkan pencapaian kendiri serta dapat membentuk keyakinan dalam diri. • khusus-khusus yang lebih kepada kemahiran atau praktikal antaranya seperti belajar menjahit, kursus Culinary Skill (Sijil MLVK), kelas jahitan, belajar kursus asas komputer, memasak dan sebagainya. Rasional nya program ini, adalah untuk melatih mereka lebih yakin, dan sekali gus dapat menghilangkan perasaan rendah diri, rasa tidak berguna dan sebagainya

• Tujuan lain program ini adalah untuk memberi kekuatan dari segi dalaman pelatih, ini kerana apabila mereka sudah keluar dan bergaul dengan masyarakat mereka tidak akan merasa terpinggir, tidak akan rasa diri tidak berguna dan sebagainya. Dan sekali gus dapat menghilangkan perasaan trauma dalam diri mereka. • Di Malaysia program seumpama ini sering di lakukan, program seumpama ini juga dilihat berkesan dalam memulihkan jiwa serta masalah dalam mangsa.

Kesimpulan……..
• Oleh itu program-program intervensi di wujudkan untuk membantu klien atau mangsa kembali ke tahap yang normal. Intervensi yang di lakukan ini adalah untuk memberi keyakinan dalam diri mereka, dan membantu menghilangkan trauma dan rasa kesalahan terhadap diri mereka. Selain itu intervensi yang telah di bincangkan di atas, adalah untuk mengelakkan klien atau mangsa rogol ini pergi ke tahap yang lebih berbahaya seperti berfikiran dan bertingkah laku untuk membunuh diri. Oleh peranan ibu bapa dan juga peranan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu memberi perhatian akan kes rogol ini, agar masalah ini tidak akan sampai ke tahap yang lebih berbahaya. Selain itu peranan kerajaan dalam menangani masalah ini perlu di ambil perhatian. Ini kerana pihak kerajaan perlu peka dan prihatin akan keselamatan negara bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Gambar….rogolbunuh..

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->