KANDUNGAN ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 PENDAHULUAN ETIKA DALAM SUKAN 2.0.1 Undang-undang dan peraturan am 2.0.

2 Etika atlet dan penonton dalam sukan dan permainan 2.0.3 Semangat Kesukanan 2.0.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi sukan 2.0.5 Mengawal perasaan dalam sukan Perlakuan Tidak Beretika Cara Mengatasi Masalah Tidak Beretika ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 3.1 RASUAH DAN PERJUDIAN DALAM SUKAN 3.1.1 Kesan Rasuah dan Perjudian 3.1.2 Cara-cara Mengatasi Rasuah dan Perjudian 7 9 10 M/ SURAT 2 3 3 3 4 4 5 6 6

2.1 2.2 3.0

3.2 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5 3.2.6 3.2.7 3.2.8 3.3 3.3.1 3.3.2 3.3.3 3.3.4 3.3.5 3.3.6 3.3.7 3.3.8 4.0

KEGANASAN DALAM SUKAN 11 Sebab-sebab berlaku kecederaan semasa bersukan. 12 Jenis-jenis kecederaan 12 Kecederaan yang jarang berlaku 12 Perbezaan antara terseliuh dan ketegangan 12 Tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan 13 Perkara yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan 13 Cara menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersukan 14 Cara mencegah kecederaan semasa bersukan 15 PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN Ubat dan dadah dalam sukan Isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan Sejarah penggunaan dadah dalam sukan Sebab sesetengah bahan dan kaedah diharamkan Polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di Malaysia Langkah berjaga-jaga Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang Kaedah-kaedah yang dilarang 17 17 18 19 20 20 21 21 24 26

PENUTUP

5.0

BIBLIOGRAFI

27

PENGHARGAAN Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa saya tempuhi.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Pendidikan Jasmani & Kesihatan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka, Pn. Fatimah kerana telah membimbing dan memberikan tunjuk ajar dan penerangan yang berguna kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Seterusnya saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua Panitia Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah Arab Merlimau Pasir kerana telah membantu saya untuk menyediakan bahan-bahan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.

2

Para atlet di penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 juga telah mengambil kesempatan menggunakan kafein dan strychnine. pengurus sukan dan penonton. jurulatih. Penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan prestasi ketika bertanding bukanlah satu fenomena baru.1.0 PENDAHULUAN Setiap sesuatu itu mempunyai peraturan atau undang-undang tersendiri. 3 . Tiga tahun selepas pelumba basikal Belanda mati kerana mengambil dadah di Sukan Olimpik 1960. Beribu-ribu tahun lalu telah ada cerita tentang atlet mengambil dadah untuk kepentingan mereka di Sukan Olimpik kuno dan acara lain. Teknologi perubatan yang sofistikated beberapa abad kebelakangan ini telah menghasilkan pelbagai jenis dadah baru dan peraturan-peraturan yang membolehkan para atlet menggunakannya. barulah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengeluarkan senarai dadah yang dilarang. pegawai kejohanan. Bidang sukan juga mempunyai aturan yang perlu dipatuhi oleh setiap atlet. semua pihak harus berganding bahu untuk menghapuskan gejala yang buruk ini agar tidak terus menular dalam bidang sukan yang mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan. Aturan inilah yang dikenali sebagai etika kesukanan yang akan diterangkan secara panjang lebar. Walaupun telah terbukti sahih akan kesan dadah memperkuat prestasi dari segi kesihatan. Oleh itu. Malah. pembangunan dan penggunaan bahan-bahan tersebut terus meningkat. rasuah dan perjudian serta keganasan dan kecederaan dalam sukan. Isu-isu Pendidikan Jasmani dan sukan juga akan diterangkan dengan teliti terutama isu mengenai penyalahgunaan dadah. rasuah juga tidak asing lagi dalam bidang sukan.

2. Etika yang perlu diamalkan oleh atlet dan penonton dalam sukan dan permainan adalah seperti berikut: Atlet • • • • • Mematuhi undang-undang dan peraturan permainan Bertanding dengan penuh semangat kesukanan Mempamerkan mutu permainan yang tinggi Bersikap amanah dan tidak mengamalkan rasuah Menghormati pegawai sukan dan pihak lawan 4 . Antara keperluan mengadakan undang-undang dan peraturan am adalah seperti yang berikut: • • • • Menjadi panduan kepada pemain yang terlibat dalam sesuatu sukan dan permainan Menjadi rujukan dan bagi pihak yang mengelola sesuatu pertandingan Mengelakkan penipuan Memastikan setiap individu atau pasukan mempunyai peluang yang sama untuk berjaya.0.0.2 Etika atlet dan penonton dalam sukan dan permainan Etika dalam sukan dapat mewujudkan budaya besukan yang sihat. pegawai kejohanan.0 ETIKA DALAM SUKAN Etika sukan ialah suatu panduan tingkah laku yang harus diamalkan ketika bersukan. jurulatih.1 Undang-undang dan peraturan am Setiap jenis sukan dan permainan mempunyai undang-undang dan peraturan amnya sendiri. 2. Etika seharusnya menjadi pegangan setiap atlet. pihak penganjur dan peminat sukan. Ahli sukan yang beretika dapat mewujudkan suasana sukan dan permainan yang harmoni. Atlet dan penonton perlu memahami dan mengamalkan etika ketika bersukan. 2. pengurus pasukan.

kita juga patut mengikuti acara sukan secara beretika. Melalui amalan ini. Sikap saling menghormati antara pegawai. 2. Sebagai penonton. Kita sepatutnya dapat menerima kekalahan sebagaimana kita menerima kemenangan. Jika kalah. kita perlu mengawal kekecewaan dan mengucapkan tahniah kepada pemenang.• • • Menjauhi sikap mementingkan diri dalam pertandingan Mengawal emosi dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokasi pemain lawan dan penonton Sentiasa berusaha meningkatkan presasi diri. Kita tidak patut mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung dan menyakiti hati mereka yang kalah. etika dan semangat kesukanan yang tinggi dapat diwujudkan dalam arena sukan kita.0. Penonton • • • • • • • Mematuhi peraturan tempat pertandingan Memberikan sokongan padu kepada pasukan sendiri Menghormati pegawai sukan dan penyokong pasukan lawan Menjauhi unsur-unsur rasuah dan perjudian Menghargai persembahan permainan yang berkualiti Menerima keputusan pertandingan dengan semangat kesukanan Mengelakkan provokasi.3 Semangat Kesukanan Semasa menyertai pertandingan.0. ahli sukan dan penonton patut diamalkan. 2.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi sukan 5 . tentu ada pihak yang menang dan kalah.

Merancang strategi permainan dengan teratur dapat membantu kita mencapai kejayaan.0. 2. mewujudkan persefahaman dan merancang strategi. Sikap menghormati kebolehan rakan dan bekerjasama yang tinggi dapat meningkatkan mutu dan prestasi sukan Merancang Strategi RASUAH • Memberi tumpuan semasa latihan dapat membantu kita melaksanakan rancangan yang telah diatur dalam permainan.5 Mengawal perasaan dalam sukan Seseorang ahli sukan yang beretika dapat mengawal perasaan dan menerima keputusan pertandingan dengan penuh semangat kesukanan. Mewujudkan persefahaman • Persefahaman yang baik antara pemain perlu diwujudkan dalam pasukan. Menguasai teknik • Menguasai teknik perlakuan yang betul amat penting untuk meningkatkan kemahiran permainan. Teknik perlakuan ini boleh dikuasi melalui disiplin dan latihan yang sistematik. 6 . Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kita dalam sukan adalah seprti menguasai teknik.Ahli sukan perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi untuk mengekalkan pestasi yang cemerlang.

2. Pendidikan ialah pendekatan yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah atlet dan penonton yang tidak beretika.Ahli sukan perlu member tumpuan terhadap maklum balas jurulatih.2 Atlet • Program Motivasi Setiap peserta perlu mengikuti program motivasi secara berkala atau sebelum musim pertandingan. Cara Mengatasi Masalah Tidak Beretika 7 . 2. Semangat kesukanan dan disiplin diri patut ada pada ahli sukan. Nasihat dan katakata peransang daripada jurulatih mampu mengekalkan semangat kesukanan ahli sukan. Etika ini penting bagi membolehkan ahli sukan mencapai prestasi cemerlang. Penjelasan tentang peranan dan hala tuju penglibatan mereka dalam biang sukan perlu diberikan. • Mentor Setiap atlet haruslah diberi peranan sebagai mentor kepada seseoang atlet atau sesebuah pasukan junior sekolah. daerah atau negeri.1 Perlakuan Tidak Beretika Terdapat atlet dan penonton yang mempunyai sikap tidak beretika. Peranan ini dapat mendidik atlet dengan sikap bertanggungjawab dan menjaga imej mereka sebagai role model kepada atlet junior. Antara tindakan atlet dan penonton yang tidak beretika termasuklah: • • • • Bergaduh ketika pertandingan Terlibat dengan rasuah dan perjudian dalam sukan Merosakkan kemudahan awam di tempat pertandingan Menimbulkan provokasi Kita perlu mengatasi masalah ini dengan bijak.

Namun. Maklumat tersebut dapat menjadi panduan kepada penonton supaya menjaga tingkah laku semasa menyaksikan pertandingan. jurulatih dan penganjur sukan memperoleh pendapatan yang tinggi dan ganjaran yang lumayan bagi setiap kejayaan yang dicapai. • Menyediakan papan tanda Pihak pengurusan perlu menyediakan papan tanda tentang etika sebagai penonton di pintu-pintu masuk tempat pertandingan. terdapat segelintir individu mengambil kesempatan bertaruh bagi menentukan pemenang dan jumlah jaringan yang akan dihasilkan. penyalahgunaan dadah. rasuah dan perjudian. Isu ini perlu ditangani dengan baik untuk memberikan kesedaran kepada kita.1 RASUAH DAN PERJUDIAN DALAM SUKAN Sukan telah menjadi satu kerjaya dan industri yang menguntungkan masa ini. 3. Atlet. Risalah ini dapat memberikan maklumat tentang peranan mereka sebagai penonton.0 ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN Terdapat pelbagai isu kontroversi dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Sukan. 8 . Isu tersebut termasuklah pengambilan ubat berlebihan.Penonton • Mengedarkan risalah Pihak penganjur bertanggungjawab menyediakan dan mengedarkan risalah tentang etika dalam sukan kepada penonton ketika membeli tiket. 3.

Bagi penonton dan penyokong pasukan pula. Terdapat beberapa contoh rasuah dan perjudian dalam sukan dan permainan termasuklah: • Bertaruh keputusan pertandingan Menjelang sesuatu pertandingan. emosi dan intelek seseorang. bermain mengikut peraturan. tidak mudah patah semangat serta bermotivasi. semangat berpasukan. pernah melahirkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir pemain bola sepak tempatan dan 'bookie' yang mengamalkan rasuah dalam sukan dan menganggap mereka sebagai individu tidak berintegriti. Begitu juga apabila seseorang ahli sukan masuk ke gelanggang atau padang. Semua unsur positif itu luntur apabila rasuah menjadi objektif utama. • Menentukan dan mengatur keputusan pertandingan 9 . Rasional diri hilang begitu mudah apabila dijanjikan habuan lumayan oleh 'bookie'. usaha terancang dilaksanakan untuk memenuhi kehendak perasuah seperti kualiti permainan sengaja direndahkan. pembangunan kemudahan fizikal. ini adalah sandiwara yang tidak mereka sedari. sambil lewa dan membelakangkan aspirasi semangat berpasukan. Perbuatan ini merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan melanggar etika sukan. berdisiplin. rohani. peminat-peminat sukan akan bertaruh ke atas keputusan pertandingan dan jumlah jaringan yang akan dihasilkan. pelbagai unsur positif dibawa bersama dalam dirinya seperti semangat perjuangan. Sepatutnya sukan menjadi platform untuk menyihatkan dan menyeimbangkan potensi dan kekuatan jasmani. tenaga dan pemikiran yang dilaksanakan oleh persatuan sukan dan kerajaan. Akibatnya. Semangat penyokong untuk datang ke gelanggang perlawanan bagi memberikan sokongan moral seperti 'susu dibalas dengan tuba.Timbalan Perdana Menteri. tidak patriotik dan menggagalkan usaha kerajaan untuk memajukan sektor sukan negara. Sia-sia pelaburan wang. Datuk Seri Najib Razak.' Mereka tertipu dengan gelagat pemain yang 'dibeli' dan tidak menunjukkan prestasi sebenar di padang.

1. Antaranya seperti berikut: 3.Sebelum sesuatu pertandingan dilangsungkan. Sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai pasukan bagi mengatur keputusan pertandingan. Selain itu. keputusan bagi pertandingan tersebut telah ditentukan terlebih dahulu. Mereka yang terlibat dengan gejala negatif ini menggunakan pelbagai bentuk rasuah dalam pertandingan sukan dan permainan.1 Kesan Rasuah dan Perjudian Rasuah dan perjudian memberikan kesan yang negatif kepada atlet dan kemajuan sukan negara. mereka juga disogok supaya memastikan pasukan mereka tewas. Antara contoh keburukan rasuah dan perjudian dalam sukan dan permainan termasuklah: • Mencemarkan imej sukan negara Isu rasuah dan perjudian dalam sukan yang tersebar melalui media massa akan menyebabkan imej sukan negara tercemar. Kekalahan pasukan tersebut pastinya tidak akan dijangka oleh peminat sukan. 10 .

Mereka tidak akan menyokong atlet atau pasukan yang terlibat dengan rasuah dan perjudian. Biar kesilapan mereka menjadi pengajaran kepada pihak lain yang mungkin sedang menimbang tawaran lumayan daripada 'bookie' agar melupakan terus niat jahat mereka.• Mutu sukan merosot Tindakan menerima rasuah menyebabkan atlet tidak mempamerkan prestasi yang sebenar. tindakan tegas perlu diambil dengan segera termasuk mengheret mereka ini ke muka pengadilan. Jangan nanti sudah terhantuk baru terngadah.2 Cara-cara Mengatasi Rasuah dan Perjudian Jika terbukti ada ahli sukan terbabit rasuah. Rakan-rakan sepasukan akan berasa kecewa dan menyebabkan prestasi pasukan akan merosot. Matlamat dan aspirasi sebenar yang harus dimiliki apabila menyertai dunia sukan harus disuburkan di kalangan ahli sukan secara berterusan. Buka platform yang luas untuk ahli sukan untuk mengadu sebarang usaha pihak luar yang cuba memancing mereka terjebak dengan gejala rasuah. Pendidikan mengenai kesan negatif amalan rasuah perlu diberikan secara serius kepada semua ahli sukan dan pentadbiran persatuan sukan. prestasi atlet tersebut akan menurun dan akan menjejaskan mutu sukan negara. Mereka perlu diberi pengajaran setimpal dengan kerakusan membaham hasil rasuah demi menjaga kesucian dunia kesukanan. 11 . 3. • Kepercayaan peminat sukan terjejas Peminat-peminat sukan berasa tertipu dengan setiap keputusan pertandingan. Tindakan proaktif perlu dilaksanakan semua pihak. Sekiranya sikap ini berterusan.1. • Menjejaskan hubungan dalam pasukan Atlet yang terlibat dengan rasuah dan perjudian akan disisih oleh rakan-rakan sepasukan yang lain.

Kempen ini berperanan menyeru peminat sukan membenci dan membanteras gejala rasuah dan perjudian. Di samping itu. • Peranan Kelab Penyokong Kelab-kelab penyokong berperanan menganjurkan kempen anti rasuah dan perjudian bagi ahli-ahlinya dan peminat sukan. Usaha ini akan dapat meningkatkan kesedaran. fikirkanlah mudarat dan bahaya rasuah dalam konteks moral dan agama. bangsa dan negara • Memberikan penerangan tentang gejala rasuah dan perjudian Media massa berperanan menerangkan kesan rasuah dan perjudian. keinsafan dan semangat kerja berpasukan. • Penglibatan dalam ceramah agama dan kursus motivasi Mereka yang terlibat dengan sukan perlu mengikuti ceramah agama dan kursus motivasi. • Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara Mereka yang terlibat dengan sukan perlu menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara. mereka juga perlu diberi insentif agar dapat menaikkan semangat mereka. Peminatpeminat sukan akan menyedari kesan negatif gejala rasuah dan perjudian terhadap mutu dan imej sukan negara.Kepada ahli sukan. Tidak ada agama dalam dunia ini yang menghalalkan rasuah. 12 . Kesedaran daripada setiap individu diperlukan untuk mengatasi rasuah dan perjudian. Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Amalan ini akan memberikan kesedaran kepada mereka tentang tanggungjawab kepada agama.

Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut.2 Jenis-jenis kecederaan  Luka-luka  Hentakan  Terkehel/tergeliat  Ketegangan  Terseliuh  Patah tulang 3.1 • • • • Sebab-sebab berlaku kecederaan semasa bersukan Pertembungan di antara satu sama lain Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan Jatuh Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan 3.2.3.2.2 KEGANASAN DALAM SUKAN Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada keganasan dan kecederaan.2. 3.3 Kecederaan yang jarang berlaku  Kapsul sendi koyak  Konklusi otak akibat hantukkan  Kecederaan dalam abdomen  Patah/terseliuh pada tulang dan sendi – sendi 13 . Walau bagaimanapun kecederaan adalah biasa semasa bersukan.

Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang professional.di tempat yang cedera Bengkak . (seperti patah.5 • • • • Tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan Sakit . 3.beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi) Sakit kepala .3.2.contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh dan patah) Kecederaan fungsi .kebiruan di tempat kecederaan Kecacatan struktur . manakala ketegangan merujuk kepada ketegangan di otot.dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan Pening .terjadi semasa kecederaan otak Loya dan muntah .2.biasa berlaku berikutan kecederaan otak • • • • Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapat kecederaan semasa bersukan. Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti biasa. 3.4 Perbezaan antara terseliuh dan ketegangan Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen. 14 . walau bagaimanapun.di tempat yang cedera Lebam . jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan bahaya.6 Perkara yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan.2.

bermaksud memberikan tekanan. ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin. bermaksud ais. Jangan balut terlalu ketat. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. 3. kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk. Ini dipanggil Cold Compression.'C' Untuk 'Compression'. 15 . I .7 Cara menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersukan Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang tercedera.2.Prinsip asas ialah RICE. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan.'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage. Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi.'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. R . Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera. bagi mengelakkan bengkak. E . C .'I' Untuk 'Ice'. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah.

5 kali sehari selama 15 . Dapatkan rawatan segera di hospital • • • • • 3. gunakan air bagi menggantikan ketulan air. 16 . pening.20 minit 3 jam pertama • 48 jam yang berikut Selepas 48 jam • Kompresi panas mungkin boleh digunakan Peringatan: Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat • Tanda-tanda seperti kesakitan. • Lakukan Cold Compression selama 10 .8 Cara mencegah kecederaan semasa bersukan Langkah-langkah yang penting ialah: • Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis sukan seperti topi keledar untuk menunggang. bagi kecederaan kecil. Jika berada di rumah.15 minit setiap setengah jam Lakukan Cold Compression sebanyak 4 . sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagian terlibat sebelum meletakkan ais. loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk.Untuk mengelakkan kulit melecur.2. bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas 24 jam Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh Kecacatan struktur yang jelas Sakit semasa tidur Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa Sakit kepala.

gigi. lidah semasa aktiviti sukan seperti hoki. Alat pelindung mulut juga perlu digunakan untuk melindungi mulut. siku dan lutut semasa aktiviti sukan meluncur skateboard atau in-line skate Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan Elakkan diri dari bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau selesema Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan. di mana ia boleh melindungi anda dari kecederaan Gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih anda • • • • • 17 . Digalakkan menggunakan alat pelindung mata (goggle) ketika di padang atau gelanggang. bola keranjang dan sukan tinju • Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan.meluncur atau menggunakan papan luncur • Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan.

3. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan. Ia digunakan oleh atlet semata-mata untuk memberi kelebihan ketika bertanding dalam sesuatu acara sukan. Beribu-ribu tahun lalu telah ada cerita tentang atlet mengambil dadah 18 . Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan. akan menyebabkan perubahan dalam badan.3.1 Ubat dan dadah dalam sukan Dadah menguatkan prestasi atau dikenali dalam bahasa Inggeris Performance-Enhancing Drugs. Dadah-dadah ini memberi kesan pada tubuh badan dengan cara berbeza seperti dapat membesarkan otot-otot atau meningkatkan kapasiti aliran oksigen darah. Penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan prestasi ketika bertanding bukanlah satu fenomena baru. penggunaan dadah terlarang dianggap tidak beretika dan berbahaya dari segi perubatan. 'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. ianya disebut sebagai racun. 3. Walau apa pun anggapan kelebihan mengambil dadah. Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.3 PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN Maksud Drug Drug adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil. Maksud 'doping' 'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit. drug ini disebut sebagai ubat.

19 . Atlet berlatih bertahun-tahun bagi mengejar kejayaan dan menghasilkan rekod kejohanan. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit. • Dalam tahun 1967. Para atlet amatur terbaik akan menerima biasiswa universiti atau kolej sebagai ganjaran hasil dari pencapaian yang telah ditunjukkan. Teknologi perubatan yang sofistikated beberapa abad kebelakangan ini telah menghasilkan pelbagai jenis dadah baru dan peraturan-peraturan yang membolehkan para atlet menggunakannya. Permintaan bahan-bahan ini terus meningkat dari semasa ke semasa disebabkan habuan insentif ke atas kecemerlangan sukan. isu ini telah menjadi masalah yang paling serius dalam dunia sukan hari ini. pembangunan dan penggunaan bahan-bahan tersebut terus meningkat. 3. Ahli sukan profesional terkemuka dalam banyak jenis sukan pula memperoleh pendapatan berjuta-juta ringgit. barulah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengeluarkan senarai dadah yang dilarang. Para atlet di penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 juga telah mengambil kesempatan menggunakan kafein dan strychnine.3. Ada di kalangan atlet mengambil dadah kerana khuatir tertinggal di belakang atlet lain. Banyak kajian menunjukkan ramai atlet tidak mempedulikan risiko kesihatan yang akan dihadapi sekiranya mereka mampu mendapatkan kelebihan dengan cara tidak tulen. Tiga tahun selepas pelumba basikal Belanda mati kerana mengambil dadah di Sukan Olimpik 1960. Walaupun telah terbukti sahih akan kesan dadah memperkuat prestasi dari segi kesihatan.2 • Isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun.untuk kepentingan mereka di Sukan Olimpik kuno dan acara lain. Oleh yang demikian. wang hadiah dan endorsement komersial.

• Penggunaan dadah telah merebak sehingga membawa kepada penamatan Sukan Olimpik zaman purba. profesionalisme and komersialisme di Greek pada zaman purba.3. Mereka juga akan merana akibat kesan drug samada secara jangka pendek dan panjang. 3. 20 . Zaman Roman – status sukan dan kedudukan atlet terus meningkat • • • Penggunaan drug juga tercatat di zaman ini Pelumba kuda perang memberi ramuan yang kuat kepada kuda agar dapat berlari dengan lebih pantas Gladiator juga diberi drug supaya perlawanan mereka menjadi lebih hebat Sukan pada awal abad ke-19 • Selepas suatu penamatan yang singkat sejak 396 AD. saingan di antara para atlet menyebabkan mereka mengambil bahan-bahan yang boleh meningkatkan prestasi seperti ekstrak cendawan.• Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang.3 Sejarah penggunaan dadah dalam sukan Penggunaan dadah terbukti dalam sejarah sukan: Perlawanan awal • Sejak 800BC hadiah menarik. benih tumbuhan dan protein haiwan. • • Aktiviti rekreasi yang tidak teratur – aktiviti bercorak kasual dan perkauman di sesebuah kawasan Kemunculan industrialisasi dan urbanisasi menukar corak permainan dan sukan di kawasan luar bandar. sukan muncul semula pada abad ke-19 di kawasan luar bandar di England dan seterusnya menular ke seluruh dunia.

5 Polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di malaysia Strategi yang diambil bertujuan untuk : • • Pencegahan Pembasmian : o o Salah laku dan penyalahgunaan dadah Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping Ujian doping di luar pertandingan Parameter latihan dan tahap keupayaan 21 • Memantau : o o .Sukan pada abad ke-20 • • • • Aktiviti sukan telah berkembang sehingga menjadi suatu “perniagaan besar” yang merupakan sumber hiburan.4 Sebab sesetengah bahan dan kaedah diharamkan Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu: • Kesihatan .3.Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.3. • • 3.Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan. Undang-Undang . pendapatan dan pekerjaan di seluruh dunia Sukan telah menjadi suatu institusi sosial yang penting dan kejayaan dalam sukan mempunyai nilai yang tinggi Tekanan pada ahli sukan untuk bukan sahaja berjaya tetapi menjadi atlet yang terbaik Menyumbang kepada peningkatan pengambilan drug dan kematian berkaitan drug di kalangan atlet 3.Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul. Etika .

Penggunaannya merupakan satu penipuan. pegawai sukan bertauliah dan pegawai pusat doping. Ini adalah kerana terdapat banyak ubat yang boleh membawa kesan terhadap tahap keupayaan atlit. atlit perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor.7 Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang Senarai bahan-bahan dan kaedah doping yang dilarang.6 Langkah berjaga-jaga Sebelum mengambil sebarang ubat.org/. Berikut adalah jenis dadah dan kesan penggunaannya: Jenis dan deskripsi Agen Anabolik • Kesan-kesan sampingan Steroid anabolik androgenik adalah • • Botak Jerawat Penambahan bulu di muka dan badan Kerosakan hati Bagi lelaki ciri-ciri perempuan lebih terserlah dan sebaliknya. 3. jika ingin menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.3. • Agen ini sering didapati dari pasaran gelap/haram di gimnasium dan kelab kecergasan kerana untuk mendapatkannya perlu mempunyai preskripsi doktor.wada-ama. • • • • Contoh: o Danazol (digunakan bengkak untuk di • mengurangkan Perubahan 'mood' bahagian dada bagi lelaki) 22 . merupakan hormon sintetik testosteron.3. (Senarai komprehensif bahan yang dilarang boleh didapati daripada 'Prohibited List International Standard' pada tahun 2005 atau dengan melayari http://www.3.

meningkatkan • • Potensi untuk menyebabkan mandul Kebanyakan steroid anabolik perlu disuntik. • • • Muka merah dan panas Perut tidak selesa Bengkak • Contoh: o Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan (digunakan payudara dalam dan kanser Tamoksifen rawatan kemandulan) Clomifen (untuk kemandulan) Diuretik dan agen 'samaran' o • Agen samaran berpotensi melindung • • Dahaga Penyahhidrat kehadiran bahan terlarang di dalam air kencing atau sampel lain.o Clenbuterol (agonis beta-2 yang digunakan tumbesaran haiwan). Contohnya: 23 . dalam Salmeterol bentuk dan • Terbutaline sedutan dibenarkan untuk rawatan dan pencegahan serangan asma Agen yang mempunyai aktiviti anti-estrogen • Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan Agen ini digunakan secara haram. seperti pembesaran payudara. oleh itu pengguna terdedah kepada bahaya perkongsian jarum atau jarum yang tidak steril Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan Agonis Beta-2 • Agonis beta-2 sering didapati pada ubatubatan asma • • Tangan mengeletar Pening Berdebar-debar • Hanya Salbutamol. untuk mencegah kesan sampingan yang disebabkan oleh steriod anabolik.

Ini akan menyebabkan peningkatan kelikatan darah dan boleh menyebabkan masalah peredaran darah (angin ahmar. 24 . mempengaruhi kelakuan. hormon korionik gonadotrofin (HCG) dan kortikotrofin.pembesaran tangan. plasma • probenesid dan pengembangJenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan Atlit selalunya menggunakan ubat diuretik untuk mengurangkan berat badan atau menyingkirkan steroid anabolik daripada badan • Contoh diuretik (ubat yang digunakan untuk menyingkirkan cecair badan) ialah furosemida dan amilorida • Contoh pengembang plasma adalah dekstran dan albumin Analog peptid dan hormon glikoprotin • Hormon ini bertindak dengan merangsang pertumbuhan. mengubah kesan sensitiviti terhadap kesakitan dan kemahuan seks. hormon tumbesaran manusia. • Hormon tumbesaran digunakan untuk meningkatkan saiz dan kekuatan otot. • • o • Bahan-bahan yang terkandung dalam Diabetis (kencing manis) Eritropoietin merangsang pembentukan sel darah merah o kumpulan ini adalah eritropoietin (EPO). serangan jantung). kaki dan muka.diuretik. Kesan sampingannya termasuklah: o Akromegali . Masalah otot dan sendi menyebabkan kesukaran menjalankan latihan • Bahan kimia yang mempunyai struktur yang sama dengan hormon ini (atau analog) akan memberi kesan yang sama.

o o beberapa kandungan aktif ramuanJenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan ubat selesema dan ubat demam seperti pseudoephedrin. (dalam kuantiti yang Meningkatkan kadar denyutan jantung Menjejas kebolehan badan untuk mengawal suhu badan.8 • Kaedah-kaedah yang dilarang Menambahkan pertukaran oksigen o Doping darah dan penggunaan produk-produk sintetik yang boleh meningkatkan pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh. Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan • Atlit cenderung menggunakan ubat-ubat sedemikian untuk menahan sakit daripada latihan intensif. 3. atau cubaan mengubah dengan menggunakan bahan-bahan atau kaedah-kaedah yang mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping. • Ini merupakan penahan sakit yang kuat dan kebanyakannya mengandungi bahan yang bukan sahaja untuk sukan.Ubat perangsang • .3. terlarang • Narkotik mempunyai potensi ketagihan. • Kumpulan ini termasuklah o o Kesan sampingan termasuk o Amfetamin Kafein banyak). • Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia o Mengubah. • Contoh: kodein dan morfin. Analgesik Narkotik. • Doping Genetik 25 .

4.0 PENUTUP 26 .o Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan meningkatkan prestasi.

malah sebagai penonton atau penyokong sekalipun. kita tidah boleh mencemari bidang sukan ini dengan melakukan perkara-perkara yang melanggar etika kesukanan. semestinya isu-isu ini tidak timbul. Penggunaan dadah memang tidak membawa faedah kepada para atlet dan sebaliknya membawa kesan yang amat buruk terhadap kesihatan tubuh badan. Rasuah dan perjudian juga amat buruk kerana ia boleh menjejaskan mutu dan nama baik negara. Jika para atlet. Oleh itu. pengurus sukan dan penonton mematuhi etika ini. Para atlet yang mencapai kemenangan dan kejayaan tanpa penggunaan dadah terlarang ini harus menjadi kebanggaan dan dihormati oleh masyarakat dan negara. kita seharusnya mematuhi etika kesukanan yang secara terangterangan melarang daripada melakukan perkara tersebut. Sebagai seorang manusia yang terlibat dalam bidang sukan. Prestasi sebenar atlet tidak dapat ditonjolkan malah bidang sukan akan dipandang serong dan hina oleh penonton dan penyokong. 5. Etika sukan telah menetapkan peraturan-peraturan untuk para atlet dan penonton. jurulatih. pengawai kejohanan. Perkara ini bukanlah baru tetapi masalah ini telah menghantui sejak dari dulu lagi. Bidang sukan mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan terutama dalam menyihatkan tubuh badan dan fizikal kita. perjudian dan keganasan.0 BIBLIOGRAFI 27 .Bidang sukan tidak pernah lari dari masalah penggunaan dadah.

my/pps/tips.usm.my/utusan/arkib.asp? y=2008&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=sukan&pg=su_03.asp? y=2007&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.gov.tms.com/falsehood_and_truth_about/2008/04/rasuah_l agi. Sekolah Kebangsaan Buku Teks KBSR Tahun 4.com.com/2008/05/kelesuan-prestasi-sukan-negara.htm 28 • • • • .Slide 15 http://www.kosmo.15. 2007.cms.my/utusan/arkib. Dewan Bahasa dan Pustaka.my/myhealth/bm/remaja_content. 2007.myhealth.jsp? lang=remaja&sub=0&bhs=may&storyid=1154958258701#1_1 http://interaktif.myhealth.friendster.jsp?id=com.php http://www.jsp? lang=remaja&storymaster=0&storyid=1186637768568&substoryid=1130315964 255 http://www.gov. Sekolah Kebangsaan Buku Teks KBSR Tahun 5.com.my/myhealth/bm/remaja_content. Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan.asp? y=2008&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=sukan&pg=su_03.my/cms/content.utusan.Article_cb2ddc56c0a85062-14d4bcb0-d3f95c87 http://www.utusan.article. SUMBER INTERNET • • • • • • • http://www. Kuala Lumpur.com.kbs.blogspot. Kuala Lumpur.com.my/kosmo/content.my/utusan/archive.html http://hamirdin.htm&arc=hive http://www.com.utusan. • Dzulkifli bin Ismail.gov.htm http://mstar.asp? y=2008&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_03. Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan.my/drug/presentation/Drug%20dan%20Sukan.html http://www.blogs. Dewan Bahasa dan Pustaka.SUMBER BUKU • Borhanudin bin Abdullah.pps#271.htm&arc=hive http://kneeziea.

84/utusan/SpecialCoverage/Sydney2000/index.htm http://202.com.php • • 29 .kbs.com.my/pps/tips.htm http://www1.190.126.kosmo.my/kosmo/content.bharian.gov.asp? dt=20000921&sec=Hello_Sydney&pg=he_04.htm http://interaktif.utusan.my/Misc/EPG/Khamis/Mukadepan/20070719181131/A rticleMukaDepan/ http://www.asp? pr=olimpik_beijing&y=2008&dt=0818&pub=olimpik_beijing&sec=Berita&pg=o l_08.my/utusan/special.• • • http://www.asp? y=2008&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.com.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful