P. 1
Nota Sejarah Bab 7 Tingkatan 4

Nota Sejarah Bab 7 Tingkatan 4

3.5

|Views: 6,075|Likes:
Published by Kaisa Yutaka
copy from text book :)
copy from text book :)

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Kaisa Yutaka on Aug 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/22/2014

pdf

text

original

Pengenalan

Asia Tenggara yang terletak di antara China di sebelah timur dan India di sebelah barat menjadikan kedudukannya strategik untuk bedagang. Antara pelabuhan perdagangan yang penting di Asia Tenggara ialah Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Bantam, Cheribon, Makasar, Brunei dan Pattani. Pelabuhan-pelabuhan ini menjalinkan hubungan dengan pelabuhanpelabuhan penting seperti Mocha, Hormuz, Surat, Goa, Colombo, Masulipatam, dan Pondecherry di Lautan Hindi, dan Canton atau Amoy di Laut China Selatan. Angin monsun menjadi faktor utama pertemuan para pedagang di Asia dari pelbagai pelosok kawasan. Selain jalan laut, terdapat juga jalan darat dikenali sebagai Jalan Sutera yang merentang dari wilayah Asia Barat ke Asia Tengah dan seterusnya ke China. Asia Tenggara telah menjadi pelabuhan utama bagi pedagang Melayu, China, India dan Arab sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Apabila Islam telah berkembang di Arab, para pedagang Islam keluar untuk berdagang dan berdakwah di Asia Tenggara.

Kaisa & Omei

Page 1

1. Teori Kedatangan Islam Di Asia Tenggara
Teori Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab Teori dari Semenanjung Arab dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Syed Muhamad Naquib Al-Attas. Buktinya, aktiviti perdagangan menerusi catatan China yang menyatakan orang Arab dan Parsi mempunyai petempatan di Canton pada 300M. Pedagang Arab berdagang secara berterusan terutama setelah kemunculan Islam di Mekah. Sementara menuggu perubahan angin monsun, mereka menetap dan mewujudkan perkampungan di Asia Tenggara. Terdapat juga antara mereka yang mengahwini penduduk tempatan. Menurut catatan China, terdapat sebuah perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada 650 M. Syed Muhama Naquib Al-Attas mengunakan bukti wujudnya persamaan dalam tulisan kesusasteraan di Asia Tenggara dan Arab. Selain itu, itu, adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak yang dipengaruhi oleh budaya Arab. Syed Naquib Al-Attas juga mengatakan bahawa kebanyakan karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab. Teori Islam datang dari China Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi mengemukakan teori kedua yang menyatakan bahawa Islam tersebar ke Asia Tenggara menerusi China. Emanuel Gadinha Eredia memberikan alasan bahawa Khan Fo atau Canton menjadi pusat perdagangan Arab sejak abad ke-9 M. Jalinan hubungan antara peniaga China dan Arab yang erat membolehkan Islam berkembang di Negara China. Seterusnya, peniaga China yang datang ke Asia Tenggara menyebarkan Islam kepada masyarakat tempatan. Manakala, bukti yang dikemukakan oleh S.Q. Fatimi pula ialah berlaku perpindahan beramai-ramai oleh pedagang Islam yang tinggal di China ke Asia Tenggara pada sekitar 876 M. Bukti ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan Batu Bersurat di Terengganu. Selain itu, terdapat juga persamaan unsur seni bina di China dengan seni bina yang terdapat pada masjid-masjid di Nusantara. Di Melaka, unsur seni bina China dapat dilihat pada bentuk bumbung masjid yang kelihatan melentik seperti rumah ibadat China selain pengaruh warna dan seni.

Kaisa & Omei

Page 2

Teori Islam datang dari India Teori yang dikemukakan oleh Snouck Hurgronje, iaitu ahli sejarawan Belanda mengatakan bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi India iaitu dari wilayah Gujerat dan pantai Koromandel sejak abad ke-13 M. Beliau berpendapat hubungan perdagangan antara India dan Asia Tenggara membolehkan pedagang India Islam menyebarkan Islam di rantau ini. Batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan Malik Al-Salih di Pasai mempunyai ciri buatan India. Oleh itu, wajarlah dikatakan Islam telah disebarkan ke Kepulauan Melayu oleh pedagang India. Budaya di Asia Tenggara juga dipengaruhi oleh unsur kebudayaan Hindu menunjukkan terdapat hubungan yang rapat antara kedua-dua Negara sejak dahulu lagi.

Kesimpulannya, para sejarawan bersetuju bahawa kedatangan Islam ke rantau ini dibawa oleh pedagang Islam dari Arab, China dan India. Tambahan pula, berdakwah adalah dituntut oleh Islam. Selain itu juga, usaha awal penyebaran Islam oleh pedagang hanya terhad di kawasan pelabuhan dan di kalangan pedagang sehinggalah akhirnya berkembang sebagai agama yang dianuti oleh masyarakat besar Asia Tenggara.

2. Penyebaran Islam di Asia Tenggara
Perdagangan Islam disebarkan pada awalnya menerusi perdagangan di Asia Tenggara oleh pedagang dari Arab, China dan India yang beragama Islam. Jalinan hubungan perdagangan dengan pelabuhan utama di Asia Tenggara menyenangkan penyebaran agama Islam dilakukan. Pelabuhan ini menjadi pusat kegiatan manusia dari pelbagai tempat serta masyarakat tempatan. Kepercayaan dan amalan selalunya menjadi topik perbualan serta ikutan mereka yang berada di tempat ini. Penduduk tempatan dan pedagang tertarik dengan Islam disebabkan oleh kejujuran dan kemurniaan sikap serta tingkah laku pedagan dari Semenanjung Tanah Arab, China dan India. Perkampungan pedagang Islam ini juga telah menjadi pusat perbincangan tentang agama Islam di kalangan pedagang yang tinggal di situ. Selain berdakwah, pedagang dari Arab, China dan India juga membawa ulama untuk menyebarkan Islam. Islam lebih cepat tersebar apabila

Kaisa & Omei

Page 3

pedagang mengamalkan sifat berhemah dan lemah-lembut semasa menyampaikan ajaran Islam. Sifat mahmudah yang ada pada pedagang ini juga telah dapat menarik lebih ramai penduduk tempatan memeluk Islam. Hal yang demikian menyebabkan ramai para pedagang Islam ini mendapat jawatan syahbandar. Melalui jawatan tersebut Islam dapat tersebar ke seluruh Asia Tenggara. Perkahwinan Selain itu, Islam juga tersebar menerusi perkahwinan. Sultan Melaka, Sultan Mansur Syah dan Sultan Muzafar Syah telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan raja Siak, Kampar, Inderagiri di Sumatera Utara, raja Pahang, dan raja Kedah. Melalui perkahwinan ini, negerinegeri tersebut dapat diislamkan kemudiannya. Perkahwinan biasa pula berlaku antara pedagang dengan penduduk tempatan. Dengan ini, Islam akan tersebar kepada keluarga orang yang dikahwini dan seterusnya Islam akan tersebar pula kepada masyarakat sekeliling. Pengislaman raja dan golongan bangsawan Islam juga tersebar melalui peranan raja dan golongan bangsawan. Masyarakat Asia Tenggara khususnya masyarakat Melayu, amat mentaati golongan pemerintah. Oleh sebab itu, golongan pemerintah mempunyai pengaruh besar terhadap rakyat. Apabila golongan pemerintah memeluk Islam, amalan ini diikuti oleh rakyatnya. Pasai telah menjadi sebuah kerajaan Islam yang kuat melalui pemerintahnya yang memeluk Islam. Kelahiran kerajaan Islam Antara kerajaan awal Asia Tenggara termasuklah kerajaan Perlak, Samudera-Pasai, Melaka, Acheh, Demak, Mataram, Sulu dan Mindanao. Kesemua kerajaan ini telah meluaskan Islam menerusi penguasaan terhadap kawasan baru. Tun Perak yang berasal dari Melaka merupakan tokoh yang memainkan penting dalam penyebaran Islam.Tun Perak telah berjaya menguasai Aru, Rokan, Siak, Kampar, dan Inderagiri yang terletak di persisiran pantai Sumatera Utara. Rakyat-rakyat daripada kawasan-kawasan yang dikuasai mendapat keistimewaan daripada Melaka. Hal yang demikian telah mendorong mereka untuk memeluk Islam. Ulama-ulama telah dihantar ke kawasan tersebut untuk mengajar mereka tentang agama Islam. Kerajaan Johor-Riau yang merupakan warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka berusaha mengembalikan

Kaisa & Omei

Page 4

kegemilangan kerajaan Melaka dan cuba untuk menawan Melaka daripda Portugis bagi menghalang Melaka daripada menjadi pusat penyebaran agama Kristian. Usaha ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada penyebaran agama Islam. Setelah menguasai kerajaan Majapahit, kerajaan Demak juga telah menyebarkan Islam ke seluruh Pulau Jawa. Hal ini telah diikuti oleh kerajaan Pajang dan kerajaan Mataram untuk meluaskan Islam. Acheh menjadi kuasa kuat di Asia Tenggara pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Acheh telah menaungi beberapa negeri kecil di Sumatera Utara dan menakhluki negeri-negeri di Tanah Melayu bagi menghalang penyebaran agama Kristian oleh kuasa barat. Acheh juga telah merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting di bahagian Utara Selat Melaka yang juga digelar Serambi Makkah kerana kebanyakan orang Islam dari Asia Tenggara akan singgah di Acheh dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan haji. Pengislaman sultan Pattani berlaku pada tahun 1457, iaitu pada abad ke-15. Namun begitu, Islam telah berkembang di Pattani sejak abad ke-10 lagi hasil dakwah para pendakwah dan pedagang Islam Arab dan Parsi. Penyebaran Islam sepenuhnya dilakukan di Pattani semasa pemerintahan Sultan Mudzaffar Syah. Di Brunei, Islam telah wujud pada tahun 977 M mengikut catatan China. Islam hanya tersebar luas di Brunei dan di pantai pulau Borneo pada abad ke-15 dan abad ke-16. Salah seorang pendakwah yang telah menyebarkan Islam di wilayah ini ialah Syariff Ali Mufaqih Muqaddam atau Syariff Berkat yang berasal daripada keturunan NabiMuhammad S.A.W. Dengan pengislaman Brunei, wilayah di sekitarnya seperti Kepulauan Sulu dan juga Mindanao telah dapat diislamkan. Namun, bukti kukuh tentang kedatangan Islam ke Champa adalah agak lewat. Bukti tersebut ialah penemuan batu nisan yang bertarikh 1039 M dan sebuah prasasti bertarikh 1025 M yang mencatatkan syarat pembayaran cukai dan hutang. Peranan pusat kebudayaan Pusat kebudayaan di Asia Tenggara telah wujud di Perak, Samudera-Pasai, Riau dan Acheh. Pusat kebudayaan ini bertindak sebagai pusat keilmuan dan pusat penyebaran agama Islam. Di pusat kebudayaan ini terdapat institusi pendidikan dan golongan cerdik pandai. Pada zaman keagungan kerajaan Samudera-Pasai pula, bandar ini telah menjadi pusat penterjemahan di Kepulauan Melayu. Banyak kitab Arab diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pernah mengirimkan kitab al-Dur al-Manzum ke Samudera-Pasai untuk diterjemahkan oleh ulama Pasai. Pada zaman kemuncak keangungan

Kaisa & Omei

Page 5

kerajaan Melayu Melaka, terdapat beberapa buah buku kesusasteraan yang dipengaruhi oleh gaya tulisan Arab seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Nabi Bercukur. Di Acheh, karya puisi seperti syair dapat menarik pembaca untuk menghayati Islam seperti karya Bustanus Salatin. Para ulama juga telah menghasilkan karya tentang pemikirang Islam seperti Hamzah al-Fansuri, Syeikh Nurudin al-Raniri, Syeikh Syamsudin alSumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Usaha-usaha begini telah dilakukan oleh kerajaan JohorRiau yang turut memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan Islam yang penting pada abad ke18. Peranan mubaligh Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad merupakan pendakwah terawal berdakwah di Asia Tenggara. Syarif Amir Sayyid al-Syirazi dan Tajuddin al-Asfahani telah menyebarkan dakwah Islamiah di Pasai. Di Melaka pula terdapat pendakwah seperti Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf. Mereka telah mendirikan masjid, istana dan rumah mereka sebagai tempat untuk mempelajari ilmu pengetahuan Islam. Dengan adanya institusi pendidikan ini, maka muncullah ulama tempatan seperti yang disebutkan, iaitu Hamzah al-Fansuri, Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Wali Songo menjadikan Demak sebagai pusat penggerak dakwah Islamiah. Mereka telah mendirikan sebuah masjid, iaitu Masjid Agung Demak untuk menjadi markas dakwah Islamiah. Keistimewaan Islam Kemurnian ajaran Islam yang mencakupi kesemua bidang kehidupan telah menarik orang ramai menganuti agama Islam. Ini termasuklah konsep Tuhan Yang Maha Esa atau Tauhid, keadilan, hak individu dan masyarakat, kehidupan yang harmoni, menyanjung akhlak mulia, dan mengajurkan konsep kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hal ini telah menyebabkan agama Islam tersebar meluas di Asia Tenggara. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. merupakan agama yang menuntut manusia berfikir secara rasional dan pemikiran ini berjaya diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di Asia Tenggara.

Kaisa & Omei

Page 6

3. Pengaruh Islam di Asia Tenggara
Pemerintahan dan Pentadbiran Selepas kedatangan Islam, institusi kesultanan telah diperkenalkan dan ini diwarisi daripada amalan pemerintah kerajaan Abbasiyah di Baghdad dan kerajaan Turki Uthmaniyah. Sistem pentadbiran Islam meletakkan sultan sebagai ketua Negara, mufti sebagai penasihat sultan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadbiran Negara. Selain itu, terdapat juga pegawai dan petugas seperti kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal, dan penjaga harta wakaf. Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam di Asia Tenggara. Dalam sesebuah kerajaan Islam, sultan merupakan khalifah Allah atau wakil Allah di muka bumi dan mereka haruslah menunaikan amanah yang dikurniakan oleh Allah, iaitu memerintah dengan adil. Selain itu, unsur-unsur Islam diterapkan pada nama Negara seperti Acheh Darus Salam. Nama raja juga menggunakan nama Islam seperti Sultan Mansur Syah dan Sultan Mahmud Syah. Bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri, pemimpin kerajaan Islam Asia Tenggara telah memperkenalkan undang-undang syariah. Walaupun undang-undang ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya namun sedikit sebanyak perubahan dapat dilihat. Di Acheh, terdapat kanun yang mempunyai cirri-ciri sebuah perlembagaan Islam yang dikenali sebagai Kanun Mahkota Alam. Sultan menggunakan semangat Jihad untuk melindungi kesucian Islam daripada serangan Portugis dan Belanda. Semangat Jihad ini diterapkan dalam diri setiap orang Islam melalui penulisan ulama dalam kitab-kitab tertentu. Dalam Islam, jihad bukan sahaja merupakan usaha menentang musuh malah merupakan usaha menentang kemiskinan dan mencapai suatu kehidupan yang sempurna. Sistem Pendidikan Selepas kedatangan Islam, sikap terhadap kepentingan ilmu ditanamkan dalam jiwa kesemua golongan masyarakat. Sikap mementingkan ilmu ini menjadi titik tolak kepada perkembangan pendidikan dan kewujudan institusi pendidikan formal di Asia Tenggara seperti istana, pondok, pesantren, madrasah dan surau.

Kaisa & Omei

Page 7

Bahasa dan Kesusasteraan Kedatangan Islam telah meningkatkan mutu bahasa dan kesusasteraan Melayu. Pengaruh Islam dalam bidang bahasa dapat dikenal pasti dalam aspek tulisan khususnya dengan kewujudan tulisan jawi. Tulisan ini kemudiannya menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan Islam sehingga berupaya mengambil tempat tulisan Palava Dewanagari yang diperkenalkan pada zaman Hindu-Buddha sebelum itu. Seterusnya bahasa Melayu telah berkembang dan menjadi bahasa lingua-franca bagi kawasn kepulauan Melayu yang mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia. Bahasa Melayu juga telah meningkat tarafnya sehingga menjadi bahasa ilmu. Penggunaan bahasa Melayu bukan sahaja terhad dalam bidang ilmu pengetahuan tetapi merangkumi bidang perdagangan. Cara Hidup Setelah Islam bertapak dengan kukuh unsur kepercayaan yang dipengaruhi Hindu-Buddha semakin berunsur hilang. Dengan itu, lahirlah cara hidup yang berorientasikan Islam seperti cara berpakaian. Perubahan juga dapat dilihat apabila Islam dijadikan sebagai µad-din¶ iaitu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh. Nilai-nilai murni dan akhlak mulia juga diamalkan oleh orang Islam. Kesenian Seni seperti seni khat, seni bina, dan seni ukir telah meresap dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara. Seni ini diaplikasikan di batu-batu nisan yang mengadungi ayat-ayat al-Quran dan hukum. Seni-seni ini turut dilukis pada keris, peralatan rumah, tiang, dinding, perabot, tangga, masjid, kubah, mimbar, mihrab dan menara azan. Seni ini berbentuk ayat-ayat al-Quran, hadis, dan catatan tentang sejarah sesebuah pemerintahan tempatan. Ekonomi Institut ekonomi seperti baitulmal telah diperkenalkan di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Syah. Baitulmal ini berfungsi sebagai perbendaharaan Negara dan hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah.

Kaisa & Omei

Page 8

Rumusan
Islam disebarkan di Asia Tenggara melalui pedagang Islam dari Arab, China dan India yang datang untuk berdagang di samping berdakwah. Seterusnya, Islam dapat berkembang dengan cepat menerusi peranan pemerintah dan kerajaan Islam. Pengaruh Islam terutama di Brunei Darussalam dan Malaysia dapat dikesan dalam sistem pemerintahan seperti amalan institusi kesultanan. Selain itu, cara hidup masyarakat Asia Tenggara juga dipengaruhi Islam sepenuhnya dan nilai-nilai murni turut diamalkan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Penyebaran secara menyeluruh di Asia Tenggara telah dilakukan secara aman damai tanpa peperangan. Hal ini mengingatkan kita kepada seruan Nabi Muhammad S.A.W. agar dakwah Islamiah dilakukan dengan bijaksana. Islam mudah berkembang di Asia Tenggara disebabkan sikap terbuka dan tanpa prejudis masyarakat tempatan terhadap Islam.

Kaisa & Omei

Page 9

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->