Assalamualaikum dan selamat pagi diucapkan kepada guru matapelajaran Bahasa
Malaysia,kelas 3 Topaz iaitu Puan Azihani Binti Hasbullah dan rakan-rakan yang dihormati sekalian.Hari ini,saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Semangat Kejiranan”.
Semangat kejiranan merupakan semangat yang mementingkan hubungan baik
dengan jiran-jiran kita.Akan tetapi,saban hari semangat kejiranan semakin luntur.Sebenarnya,semangat kejiranan patut ditingkatkan kerana membawa beberapa kepentingan kepada semua pihak.
Semangat kejiranan penting dalam masyarakat kerana dapat mewujudkan
masyarakat penyayang.Jiran yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu sentiasa bertegur sapa,hormat-menghormati,dan bertoleransi antara satu sama lain.Jiran-jiran yang mengamalkan semangat kejiranan ini akan saling bantu-membantu.Jesteru itu,wujudlah masyarakat penyayang di kalangan jiran berbilang kaum.
Selain itu,semangat kejiranan dapat mengurangkan kadar jenayah di sekitar
kawasan perumahan.Kawasan perumahan yang mementingkan semangat kejiranan akan membentuk Jawatankuasa Rukun Tertangga.Jawatankuasa Rukun Tetangga akan membuat rondaan dan memantau kegiatan di sekitar kawasan perumahan.Secara tidak langsung,kes- kes jenayah dapat dikurangkan.
Di samping itu,semanagat kejiranan dapat memupuk perpaduan khasnya di
kalangan masyarakat berbilang kaum.Dengan adanya semangat kejiranan,jiran-jiran akan sentiasa kunjung-mengunjungi dalam apa-apa juga majlis yang diadakan.Secara tidak langsung,semangat kejiranan dapat mengeratkan masyarakat berbilang kaum.
Kesimpulannya,semangat kejiranan adalah penting dan patut diamalkan di
mana-mana sahaja.
Demikianlah syarahan saya pada hari ini.Sekian,terima kasih