P. 1
TERCALARKAH IMEJ PROFESION KEGURUAN DEK KESALAHAN SEORANG GURU

TERCALARKAH IMEJ PROFESION KEGURUAN DEK KESALAHAN SEORANG GURU

|Views: 1,172|Likes:
Published by Syishi

More info:

Published by: Syishi on Aug 01, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/02/2013

pdf

text

original

2.

0 TERCALARNYA IMEJ KEGURUAN
Pepatah ada menyebut bahawa kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Pepatah ini sesuai digunakan bagi profesion keguruan pada hari ini. Hal ini demikian kerana, pada hari ini kita dapat lihat imej profesion keguruan kian tercalar teruk di mata masyarakat dek kesalahan yang dilakukan oleh seorang guru. Antara kesalahan ketara yang dilakukan oleh segelintir guru adalah guru mencederakan pelajar, guru melakukan jenayah, kesalahan kepada rakan sejawat, kesalahan dalam proses pengajaran dan pembejaran dan beberapa kesalahan lain lagi yang boleh dianggap serius. 2.1 GURU MENCEDERAKAN PELAJAR Sejak akhir-akhir ini kerap kali kita dihidangkan oleh akhbar-akhbar tentang guru

mencederakan pelajarnya dengan alasan yang tidak munasabah seperti pelajar datang lewat ke sekolah, tidak membawa buku latihan, tidak menyiapkan kerja sekolah dan beberapa kesalahan kecil lagi yang dilakukan oleh pelajar. Kita sedar bahawa guru bertindak demikian adalah kerana ingin mendidik para pelajar dan supaya para pelajar tidak lagi mengulangi perbuatan yang sama. Tetapi perbuatan guru yang mendenda pelajar dengan keterlaluan sehingga mendatangkan kecederaan kepada pelajar tersebut merupakan satu tindakan melampau yang bukan sahaja menyebabkan pelajar trauma untuk ke sekolah malahan turut menimbulkan kemarahan segelintir masyarakat. Apabila masyarakat mula membincangkan isu ini, sudah tentu bukan sahaja imej guru tersebut yang tercalar malahan imej profesion keguruan juga turut menerima tempias yang sama. Keadaan ini menyebabkan ibu bapa takut untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana

2

persepsi mereka terhadap profesion keguruan sudah bertukar menjadi buruk. Mereka bimbang anak-anak mereka akan menjadi mangsa kepada tindakan guru yang melampau. Terdapat beberapa kesalahan guru terhadap pelajar yang dilaporkan oleh media massa dan media elektronik antaranya pada Disember 2005, seorang guru tuisyen, Patricia Barbara Shanta, 54 tahun telah ditahan kerana mendera pelajar dan menyebabkan kecederaan fizikal ke atas pelajar tahun tiga. Sementara itu, seorang guru didakwa kerana telah menendang pinggang seorang pelajar tahun enam sebanyak dua kali. Kejadian ini berlaku pada 2 April 2007 di salah sebuah sekolah di Sik, Kedah. Antara beberapa lagi kejadian yang menunjukkan keganasan yang dilakukan oleh guru adalah apabila muka seorang pelajar berusia dua belas tahun senget apabila ditampar seorang guru. pelajar tersebut ditampar gara-gara ingin mengambil buku di dalam beg sebelum lewat menghadiri perhimpunan. Di Sarawak, 18 Julai 2007, seorang guru wanita dikatakan ingin mendisiplinkan pelajarnya yang membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas dengan merendam mereka beramai-ramai ke dalam kolam. Guru tersebut yang juga merupakan seorang warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan telah mengambil keputusan untuk mendenda pelajar sedemikian akibat tidak tahan lagi dengan sikap pelajar-pelajarnya yang tidak menjaga kebersihan tandas mereka. Sementara di Alor Setar pula, seorang guru perempuan didakwa memukul seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah dengan menggunakan pembersih habuk plastik bertangkai besi kerana murid tersebut tidak membersihkan kelas pada waktu rehat seperti yang ditetapkan dalam jadual tugasan harian.

3

Seorang Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran, Sabah pula digantung kerja selama dua bulan kerana didakwa menampar 22 pelajar tahun empat dari sekolah berkenaan yang tidak menyiapkan kerja sekolah mereka pada 19 Julai 2007. Belum pun reda kes 200 pelajar perempuan direndam dalam kolam ikan di Sibu, tujuh pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama di Baram, Miri pula didakwa dirotan guru sebanyak 10 hingga 20 kali kerana mengotorkan kawasan asrama. Di Alor Gajah, Melaka gara-gara didakwa ponteng kelas, empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah dirotan belakang betis sehingga lebam dan bengkak, selain seorang daripada mereka dituduh mengandung anak luar nikah. Sementara itu, di Johor pula, beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua untuk mencurahkan perasaanya selepas dipukul guru Bahasa Melayu sebagai bukti “penderaan” terhadapnya di sebuah sekolah rendah di Batu Pahat. Bukti ini semakin jelas apabila mata kiri murid itu, mengalami pendarahan beku akibat dipukul guru terbabit. Kes terbaru pula dilaporkan di Muar, iaitu pada 15 Ogos 2009 apabila seorang murid tahun lima didakwa ditumbuk oleh guru gara-gara bergaduh dengan rakannya. Berdasarkan laporan yang dikemukakan di dada-dada akhbar, ini jelas memperlihatkan tindakan guru yang melampau telah mendatangkan kecederaan yang bukan sedikit kepada pelajarnya, malahan berkemungkinan boleh mendatangkan kecederaan kekal. Berikutan kejadian-kejadian ini masyarakat tidak lagi memandang tinggi profesion keguruan. Masyarakat akan beranggapan bahawa semua guru adalah sama. Jadi jelaslah bahawa walaupun tindakan melampau ini dilakukan oleh segelintir guru tetapi keadaan ini boleh mencalarkan imej

profesion keguruan. Hal ini demikian kerana guru merupakan satu profesion yang menjadi
4

perhatian masyarakat umum. Segala tingkah laku dan tindak tanduk guru akan menjadi bualan masyarakat dan oleh yang demikian apabila terdapat seorang guru yang melakukan kesalahan akan menyebabkan profesion keguruan turut menjadi bualan dan kritikan masyarakat.

Disebabkan kesalahan sebilangan kecil guru ini juga masyarakat semakin memandang serong terhadap imej guru. Malahan terdapat ibu bapa yang takut untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana bimbang menjadi mangsa kepada ‘cikgu ganas’. Hal ini demikian kerana, apabila seorang guru yang melakukan kesalahan, masyarakat akan mula tidak mempercayai bukan sahaja guru tersebut malahan guru lain juga akan menerima tempias yang sama. Keadaan ini secara langsung akan mencalarkan imej profesion keguruan di mata masyarakat.

2.2 GURU TERLIBAT DALAM KES JENAYAH Guru merupakan individu yang diamanahkan untuk memberikan pendidikan kepada para pelajar. Didikan yang diberikan bukan sahaja berbentuk akademik malahan dalam bidang kokurikulum juga guru perlu memainkan peranan mereka. Pendidikan yang diberikan oleh guru juga bukanlah semata-mata berbentuk duniawi tetapi juga mendidik para pelajar supaya seimbangkan rohani dan jasmani. Selain memberi pendidikan guru juga merupakan golongan yang bertanggungjawab melahirkan pemimpin agama, negara dan masyarakat. Oleh itu,

menyedari peri pentingnya tanggunggajawab sebagai seorang guru, guru harus memainkan peranan mereka sebaiknya. Namun hari ini, kita dikejutkan dengan kes jenayah yang melibatkan guru. Sememangnya sukar dipercayai guru yang diamanahkan mendidik dan menunjukkan perkara yang betul dan baik kepada para pelajar terlibat dalam kes-kes jenayah seperti rogol,
5

penagihan dadah, rasuah dan sebagainya. Keadaan ini boleh dibuktikan

apabila di Kuala

Lumpur seorang guru antara empat lelaki yang ditahan polis bandar raya kerana terbabit dalam penagihan ganja. Dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, lelaki berusia 20-an itu, yang mengajar di sebuah sekolah di Lembah Klang, didapati positif dalam ujian air kencing bersama beberapa suspek, termasuk seorang pengawal keselamatan. Manakala di Kota Bharu pada 26 April 2007, seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun membuat laporan polis setelah beliau tidak tahan lagi menjadi pemuas nafsu gurunya. Pelajar tersebut mendakwa guru lelaki tersebut telah beberapa kali mencabul kehormatannya, termasuk di sekolah dan di rumah suspek. Apabila keadaan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang guru seperti rogol dan penagihan dadah berlaku masyarakat akan mula memandang serong terhadap profesion keguruan. Kepercayaan mereka akan mula terhakis. Hal ini demikian kerana guru merupakan golongan pendidik yang akan mendidik anak-anak mereka menjadi manusia berguna kepada agama, negara, dan masyarakat. Selain itu guru juga merupakan ejen pembaharuan bagi

masyarakatnya. Dengan perkataan lain guru adalah pembentuk masa depan masyarakat. Jadi apabila guru sendiri yang terlibat dalam kes-kes jenayah akan menyebabkan masyarakat tidak nampak peranan yang dimainkan oleh guru malahan masyarakat akan berfikir bahawa guru akan mendatangkan pengaruh negatif dalam diri anak-anak mereka. Mereka mula mengganggap guru seperti ‘ketam mengajar anak’ iaitu guru itu sendiri tidak elok pekertinya tetapi mengajar anak-anak mereka supaya menjadi manusia yang baik. Keadaan ini sudah pastinya tidak akan berjaya kerana guru sudah semestinya menjadi ‘role model’ kepada para pelajarnya dan segala tindak tanduk guru sudah semestinya menjadi perhatian pelajarnya dan tidak mustahil pelajar akan terikut dengan gejala negatif akibat daripada pengaruh gurunya sendiri.
6

Masyarakat akan mengkritik profesion keguruan. Kesalahan ini walaupun dilakukan oleh seorang guru tetapi masyarakat akan melebalkan semua guru pada tahap yang sama dan

masyarakat akan mula memburuk-burukkan imej profesion keguruan dan mengakibatkan guru yang tidak bersalah juga akan mendapat tempiasnya. Jadi jelaslah bahawa kesalahan yang dilakukan oleh sebilangan kecil guru boleh meletakkan imej profesion keguruan ditahap paling bawah selain tercalarnya imej profession keguruan.

2.3 KESALAHAN TERHADAP RAKAN SEJAWAT Bukan sahaja terlibat dalam kesalahan jenayah dan juga mencederakan pelajar, kesalahan guru boleh dilihat terhadap rakan sejawatannya. Keadaan ini dapat dibuktikan, pada 10 Ogos 2009, Harian Metro melaporkan seorang guru wanita trauma apabila diganggu oleh Guru Besar yang miang di hadapan guru-guru yang lain. Mangsa yang tertekan membuat laporan polis apabila Guru Besar tersebut kerap kali melakukan gangguan seksual terhadapnya. Berdasarkan laporan akhbar ini jelas memperlihatkan kepada kita bahawa tindakan Guru Besar tersebut merupakan sesuatu tindakan yang memualkan dan memalukan. Guru terutamanya Guru Besar merupakan individu yang sepatutnya menunjukkan jalan yang betul kepada guru dibawahnya apabila guru melakukan sesuatu kesalahan. Tetapi apabila Guru Besar sendiri yang melakukan kesalahan sudah tentu persepsi masyarakat terhadap imej profesion keguruan menjadi lebih teruk lagi. Masyarakat akan mengganggap bahawa jika Guru Besar boleh bertindak demikian tidak mustahil guru yang lain boleh melakukan perkara yang lebih teruk lagi. Keadaan ini akan menjadi lebih rumit lagi apabila perkara ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat tetapi juga menjadi bualan pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Apabila ini terjadi sudah pasti para pelajar
7

akan memandang sinis terhadap para guru dan yang lebih ditakutkan apabial rasa hormat pelajar terhadap guru terhakis. Pada masa itu guru tidak boleh lagi memarahi pelajar apabila pelajar tidak menghormati mereka kerana keadaan ini berpunca daripada pihak guru sendiri. Jelas keadaan ini membuktikan bahawa kerana kesalahan seorang guru imej profesion keguruan tercalar.

2.4 KESALAHAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Memang benar, imej profesion keguruan akan tercalar dek kesalahan seorang guru. Apabila seorang guru hanya memandang enteng tugasnya sebagai seorang pendidik, guru tersebut akan mula melakukan tugas mendidik dengan sambil lewa. Keadaan ini mungkin berlaku kerana guru tersebut tidak berminat untuk menjadi seorang guru tetapi tetap dipaksa menjadi guru. Oleh hal yang demikian guru tersebut akan bertindak sesuka hati sama ada memandang ringan tugasnya sebagai guru dengan tidak pergi bertugas misalnya. Apabila keadaan ini berlaku sudah tentu akan menimbulkan ketidakpuas hati dalam kalangan ibu bapa dan beranggapan bahawa guru tersebut hanya ‘makan gaji buta’ dan mengabaikan pengajaran anak-anak mereka. Jadi jelaslah bahawa fenomena ini juga menjadi punca kepada tercalarnya imej profesion keguruan yang selama ini begitu mulia di mata masyarakat. Terdapat juga ibu bapa dan masyarakat yang menunding jari kepada guru apabila anak mereka gagal mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka menganggap guru yang tidak masuk ke kelas menjadi faktor anak mereka gagal mendapat keputusan yang memuaskan. Jadi, walaupun kesalahan seorang guru yang tidak memasuki kelas untuk mengajar, semua guru lain turut terjejas apabila ibu bapa dan masyarakat juga turut menyalahkan mereka.
8

Selain itu terdapat juga guru yang mementingkan pekerjaan lain dan mengabaikan tugas mereka sebagai guru. Contohnya mereka lebih gemar berniaga di sekolah sehingga mereka lalai masuk ke kelas untuk menunaikan tanggungjawab utama mereka. Terdapat juga guru yang lebih mementingkan kelas tuisyen yang mereka adakan daripada mengajar di sekolah. Guru ini akan masuk ke kelas tetapi mengajar sambil lewa sahaja sedangkan di kelas tuisyen mereka boleh mengajar dengan sepenuhnya dan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini demikian berlaku kerana dengan mengadakan kelas tuisyen mereka akan mendapat pulangan yang lumayan berbanding mengajar di sekolah apatah lagi jika di sekolah sama ada mereka masuk ke kelas atau tidak gaji mereka tetap ada. Tindakan yang dilakukan oleh guru ini bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi pembelajaran para pelajar malahan juga boleh meninggalkan imej buruk profesion keguruan. Prestasi pembelajaran para pelajar akan menurun kerana bukan semua para pelajar mampu untuk mengikuti kelas tuisyen. Jadi apabila pelajar yang bergantung kepada pengajaran guru di dalam kelas semata-mata akan ketinggalan jauh apabila guru mengajar sambil lewa sahaja dan hanya mementingkan kebendaan daripada kejayaan para pelajar. Selain itu, selalunya apabila guru berhadapan dengan murid yang lemah, kerapkali guru itu menyalahkan murid itu kerana gagal menguasai pengajarannya. Guru tidak pernah menyoal dirinya sendiri dengan kelemahan murid. Mereka tidak sedar bahawa kelemahan dan kelambatan murid tersebut banyak berpunca daripada mereka. Sikap sambil lewa dan sibuk dengan kerja lain menyebabkan masa pembelajaran dan pengajaran ‘ala kadar’ sahaja. Keadaan ini menyebabkan para pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan sebaiknya dan seterusnya menyebabkan mereka gagal menguasai pelajaran dengan baik. Jadi jelas menunjukkan sikap segelintir guru

9

yang ‘mengambil mudah’ proses pengajaran dan pembelajaran telah mencalarkan imej profesion keguruan di samping menyebabkan prestasi para pelajar merosot.

3.0 FAKTOR GURU MELAKUKAN KESALAHAN
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan guru melakukan kesalahan sehingga boleh menyebabkan imej profesion keguruan tercalar. Antara faktor utama yang dikenalpasti yang mendorong berlakunya kesalahan-kesalahan yang tidak seharusnya berlaku dalam profesion keguruan ialah faktor tekanan kerja, gaji yang tidak setimpal, kurang minat dalam bidang keguruan, faktor pelajar itu sendiri dan sebagainya.

3.1 TEKANAN KERJA Tekanan kerja merupakan faktor yang utama yang menyebabkan guru melakukan kesalahan sama ada kesalahan kecil atau kesalahan besar yang seterusnya boleh mencalarkan imej profesion keguruan. Tugas guru bukanlah satu tugas yang mudah untuk dipikul. Tuntutan kerjaya sebagai guru merupakan tuntutan yang berat lebih-lebih lagi menjadi guru pada zaman teknologi dan dunia tanpa sempadan ini. Tugas sebagai guru bukan sahaja mendidik, mengajar, dan membimbing murid-muridnya, malah lebih daripada itu. Guru mempunyai peranan yang paling besar, khususnya dalam mengawal keseimbangan moral murid-murid. Guru turut mempunyai tanggungjawab dalam mengawasi disiplin murid-murid agar mereka tidak hanyut dalam arus pembangunan kemewahan kebendaan yang begutu deras sekali. Guru tidak boleh

10

membiarkan murid-muridnya tenggelam timbul dalam alam impian, angan-angan, dan khayalan semata-mata . Pembangunan kemewahan yang tumbuh begitu cepat, hanya akan menghasilkan kemusnahan, baik pada alam fizikal dan biologi, bahkan juga pada keruntuhan rohani dan kejiwaan. Manusia merosakkan lautan, bumi dan rimba raya, sewenang-wenangnya. Pencemaran dami pencemaran diwujudkan. Semuanya untuk pembangunan. Hanya material yang diutamakan, sedangkan akhlak, moral, dan kerohanian diabaikan. Di sinilah letaknya tugas dan cabaran bagi guru iaitu untuk mengharmonikan kedua ekstrim iaitu fizikal dan kerohanian. Menyedari betapa pentingnya tugas menjadi seorang guru dan menyebabkan kadangkala guru hilang pertimbangan ketika berhadapan dengan para pelajarnya sehinggakan kesalahan kecil yang dilakukan oleh pelajar boleh menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit dalam diri guru. Jadi situasi ini boleh menyebabkan guru bertindak secara keras terhadap muridnya tanpa disedarinya. Kadangkala kita sedar bahawa guru tidak bermaksud untuk bertindak secara keras sehingga mendatangkan kecederaan kepada pelajarnya. Tetapi disebabkan tekanan demi tekanan yang diberikan kepada guru dan ditambah dengan besarnya peranan dan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak bangsa menyebabkan guru tidak sedar dengan kesalahan yang mereka telah lakukan. Selain daripada bebanan tugas yang besar, guru juga menerima banyak tekanan daripada ibu bapa, masyarakat, kerajaan, pertubuhan, pihak atasan dan juga masalah peribadi. Masyarakat melihat tugas guru adalah mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Guru pula merasa beban kerja terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. Kerja lebih masanya tidak dihargai. Pandangan dan persepsi yang berbeza akan menyebabkan segelintir guru kecewa. Tekanan yang diterima ini menyebabkan guru cepat melenting dan melepaskan kemarahan mereka kepada
11

pelajar. Jadi, benarlah bahawa tekanan kerja juga merupakan faktor terpenting dalam menjadi punca kepada kesalahan yang dilakukan oleh guru yang seterusnya boleh membawa kepada tercalarnya imej profesion keguruan. 3.2 PELAJAR Selain faktor tekanan kerja, faktor yang datang daripada pelajar juga menjadi punca kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh guru. Bukan senang menjadi guru ketika para pelajar lebih banyak terdedah kepada dunia luar yang lebih moden dan canggih. Majoriti guru mengatakan bahawa tahap disiplin pelajar pada hari ini berada di tahap kritikal dan membimbangkan. Kehidupan pelajar pada zaman ini tidak seperti suatu ketika dahulu. Jika pada zaman dahulu rasa hormat para pelajar terhadap guru mereka begitu menebal dan segala arahan yang diberikan oleh guru akan segera dituruti tetapi keadaan ini berlaku sebaliknya pada zaman ini apabila guru tidak lagi dihormati apatah lagi disanjung. Segelintir guru yang berhadapan dengan masalah disiplin mahupun masalah pencapaian akademik murid yang lemah, membuat penilaian bahawa murid perlu dihukum sebagai peringatan, pengajaran dan kesedaran kepada mereka. Mungkin guru tersebut termasuk dalam golongan yang yakin bahawa hukuman fizikal seperti merotan dan mendera akan memberi manfaat . Tetapi akibat daripada tindakan fizikal itu, kecederaan hingga luka dan lebam sudah tentu merisaukan ibu bapa. Mungkin guru berkenaan tidak berniat berbuat demikian hingga murid berkenaan perlu mendapatkan rawatan perubatan, tetapi jika emosi turut memainkan peranan dalam menjalankan hukuman, biasanya kesan negatif yang berlebihan sebegitu akan berlaku.

12

Pada masa lalu memang ramai ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru. Jika guru menghukum murid, murid tidak berani mengadu kepada ibu bapa. Hal ini disebabkan pada masa dahulu ibu bapa lebih memihak kepada guru. Namun pada hari ini kebanyakan ibu bapa adalah berpelajaran tinggi dan mereka mengubah penggunaan kekerasan kepada psikologi. Cara kekerasan kepada mereka adalah kuno dan kolot dan tidak sesuai lagi pada zaman ini. Tetapi hakikatnya, bukanlah mudah untuk meninggalkan cara kekerasan dalam mendidik pelajar. Menurut pakar pendidikan, Prof. Dr. Robiah Sidin, guru sekarang berdepan dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai dan ditambah dengan pelbagai karenah. Ini berbeza dengan murid yang diajar oleh rakan sejawat mereka sedekad dua yang lalu. Ketika itu murid lebih patuh kepada guru. Ahli Sosiologi UKM, Dr. Sarifa Zaleha Syed Hassan pula berkata, punca guru bertindak kasar mungkin kerana hilang kesabaran. Mungkin jika seorang murid yang nakal, guru dapat kawal tetapi kalau terlalu ramai ia boleh menghilangkan kesabaran guru. Menurut beliau “Guru juga manusia biasa, jika terlau tertekan, sesekali kesabaran tidak boleh dikawal”. Keadaan ini jelas memperlihatkan kepada kita bahawa kesalahan yang dilakukan oleh guru seperti mencederakan pelajar juga banyak berpunca daripada pelajar itu sendiri.

3.3 KURANG BERMINAT MENJADI GURU Kurang berminat menjadi guru juga menjadi faktor guru melakukan kesalahan sehingga boleh mencemarkan imej profesion keguruan. Menurut seorang kaunselor Universiti Islam Antarabangsa, Asniza Mamat, salah satu andaian punca guru bertindak ganas terhadap murid ialah guru itu sendiri tidak berminat terhadap profesion keguruan. Menurut beliau apabila
13

seseorang itu tidak berminat akan menyebabkan guru itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan karenah murid. Apabila keadaan ini berlaku sudah tentu mereka tidak mempunyai perasaan sabar dalam diri mereka. Mereka akan mudah merasa marah. Guru juga adalah manusia biasa yang mempunyai emosi seperti orang lain. Kadangkala perasaan marah guru akan sampai ke tahap lupa yang mereka adalah seorang guru dan berhadapan dengan anak orang lain. Menurut Asniza lagi, kebanyakan guru yang dikeluarkan dari maktab atau universiti bukan sebenarnya bercita-cita menjadi seorang guru. Mereka memasuki maktab dan universiti perguruan adalah semata-mata ingin mendapatkan peluang pekerjaan yang mudah dan sudah tentu apabila mereka keluar dari maktab atau universiti nanti peluang pekerjaan sebagai guru sudah terbentang di hadapan mereka. Tidak seperti program lain terpaksa menunggu dua atau tiga tahun bagi mendapatkan pekerjaan tetap. Sikap segelintir bakal guru yang dikeluarkan dari maktab dan universiti inilah yang berpotensi untuk melakukan kesalahan apabila mereka dihantar mengajar ke sekolah-sekolah kelak. Apabila tiada minat dalam diri mereka, mereka akan memandang remeh tugas yang dipikul oleh mereka. Jadi tidak hairanlah apabila berlakunya kes guru ponteng, tidak masuk ke kelas dan lebih mementingkan kerja lain. Guru yang tidak berminat menjadi guru ini akan menjalankan tugas secara sambil lewa, dan secara terpaksa. Keadaan ini akan menyebabkan objektif sekolah terabai dan merugikan banyak pihak. Keadaan menjadi yang lebih malang lagi, apabila semua masyarakat menunding jari kepada guru dan meletakkan seratus peratus kesalahan ke atas bahu guru. Jelaslah di sini bahawa kurangnya minat menjadi seorang guru boleh menyebabkan guru melakukan kesalahan yang seterusnya boleh membawa imej profesion keguruan tercalar teruk terutamanya di mata masyarakat.

14

3.4 GAJI YANG TIDAK SETIMPAL Faktor kesalahan yang dilakukan oleh segelintir guru juga berpunca daripada gaji yang tidak setimpal. Tugas guru merupakan tugas yang rumit. Hal ini demikian kerana guru merupakan pemangkin kepada pembentukan sahsiah pelajar. Tugas guru bukan sahaja tertumpu kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Che Yaakob (1991), guru sekarang banyak dibebani dengan tugas-tugas sampingan yang banyak. Selain daripada tugas akademik, guru juga terpaksa memegang pelbagai jenis jawatan lain sama ada dalam bidang bukan akademik seperti ketua panitia dan jawatankuasa panitia, hal ehwal murid seperti disiplin, kebajikan, kesihatan, rancangan makanan tambahan dan lain-lain lagi yang berkaitan dengannya. Ini belum lagi termasuk dengan tugas-tugas dalam bidang kokurikulum, iaitu sebagai guru pemimpin, guru penasihat, guru rumah sukan, jurulatih sukan dan sebagainya. Tugas akademik pula terbahagi kepada dua kategori, iaitu tugas rutin (harian) dan tugas bermusim(berka1a). Antara yang termasuk dalam tugas rutin (harian) ialah mengajar subjek opsyen dan bukan opsyen, menyediakan rekod mengajar, membuat bahan bantu mengajar dan sebagainya. Tugas akademik bermusim pula ialah menyediakan soalan ujian bulanan dan ujian penggal, memeriksa kertas ujian murid, mengajar kelas tambahan, membuat mesyuarat penitia, dan merekodkan markah murid. Tugas bukan akademik juga terbahagi kepada dua jenis, iaitu tugas harian dan tugas bermusim. Antara yang termasuk dalam tugas harian ialah mencatat kedatangan murid, menyelia dan mencatat rekod Rancangan Makanan Tambahan (RMT), menjalankan aktiviti kokurikulum
15

seperti persatuan dan kelab dan sebagainya. Tugas bukan akademik bermusim pula termasuk menutup daftar kedatangan murid, menghubungi ibu bapa, menyediakan resit, mengurus pinjaman dan pemulangan buku teks, jurulatih sukan untuk pertandingan luar (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah), dan sebagainya. Kajian Shahbudin (1986), Mohd Saudi (1998), dan Muhammad Syukri (1998), mendapati jumlah jam guru bertugas memang berat iaitu purata angtara 36 jam seminggu sehingga 46 jam seminggu. Lambakan tugas yang dibebani kepada guru ini tidak setimpal dengan gaji yang diterima oleh guru. keadaan ini meyebabkan kebanyakan guru rasa terpinggir dan tugas mereka kurang dihargai. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan sesetengah guru berasa kecewa, bimbang dan seringkali bertindak agresif. Gaji yang tidak setimpal dengan bebanan tugas guru ini menyebabkan sesetengah guru membuat kerja ‘part time’ untuk menambah pendapatan seperti mengadakan kelas tuisyen dan sebagainya. Kerja luar yang dilakukan oleh sesetengah guru ini meyebabkan mereka kadangkala mengabaikan tugas utama mereka sebagai pendidik. Jadi jelaslah disini bahawa gaji yang tidak setimbal yang diterima oleh para guru menjadi faktor kepada kesalahan yang dilakukan oleh guru sehingga menyebabkan imej profesion keguruan turut tercalar.

16

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->