PENGENALAN

Kaedah : KERAGUAN

KEYAKINAN

TIDAK

HILANG

DENGAN

Huraian Kaedah
Kaedah tersebut bermaksud sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Ia boleh hilang dengan yakin sepertinya juga. Ertinya apabila telah sabit sesuatu perkara atau keadaan yang yakin kemudian dengan tibatiba timbul syak tentang wujud sesuatu yang menghilangkannya , maka perkara yang telah diyakini itulah yang diambilkira hinggalah sabit benarbenar sebab yang menghilangkannya1. Iaitu perkara asas dan yang yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan sebarang syak atau keraguan. Dalam ertikata lain, pada prinsipnya, yakin tidak akan diketepikan hukumnya dengan semata-mata syak. Antara lain ia dibawa dengan lafaz kaedah ; tanggungjawab apabila dibina atas keyakinan ia tidak terlepas kecuali dengan yakin2.

Dalil Kaedah
1. Al-Quran “ Dan kebanyakkan mereka tidak menurut , melainkan suatu sangkaan sahaja (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak sesuatu kebenaran (iktiqad) ” ( Surah Yunus : 36 ) Maka al-haq itu memberi erti hakikat yang sebenar samalah seperti yakin . 2. As-Sunnah Diriwayatkan daripada Abu Hurayrah r.a bahawa beliau berkata baginda Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
1 2

Mustafa Ahmad al-Zarqa’ op.cit., jld.3, hal. 967 Ibrahim Ahmad Mahmud al-Hariri, al-Madkhal Ila al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, hal 78

” Apabila salah seorang kamu merasai sesuatu dalam perutnya kemudian timbul keraguan ke atasnya, adakah telah keluar sesuatu darinya atau tiada , maka janganlah dia keluar dari masjid (jangan berhenti dari sembahyangnya ) sehinggalah dia mendengar suara atau merasai angin keluar “ (Muslim)

Dari Abu Said al-Khudri, beliau berkata baginda Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila salah seorang kamu telah timbul syak dalam solatnya, tidak diketahui lagi berapa (rakaatkah) yang telah dilakukan, tiga atau empat, maka hendaklah buangkan yang syak (ragu-ragu), itu dan tunaikanlah atas apa yang telah diyakini”. (Muslim) Hadis tersebut membawa maksud, jika seseorang itu merasa ragu-ragu di dalam mengerjakan sembahyang dan tidak tahu berapa rakaatkah ia telah sembahyang, iaitu apakah ia telah mengerjakan tiga atau empat rakaat, hendaklah ia menghilangkan keraguan itu dan tetapkanlah dengan apa yang meyakinkan, dengan mengira tiga rakaat sahaja. Untuk itu, apa yang dimaksudkan dengan keyakinan di sini ialah tiga rakaat kerana tiga rakaat itu sebelum empat. Daripada Abd Rahman bin ‘Auf12, sabda Rasulullah s.a.w , “ Sekiranya salah seorang di antara kamu lupa dalam sembahyangnya hingga ia tidak mengetahui ia telah sembahyang satu atau dua rakaat, hendaklah ia kira satu rakaat. Jika ia tidak yakin dia telah sembahyang dua atau tiga rakaat, kiralah dua rakaat. Dan jika ia tidak mengetahui dia telah sembahyang tiga atau empat rakat, kira lah tiga rakaat dan hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam” Kesimpulannya, berdasarkan dalil-dalil hadis dan kaedah tersebut di atas dapat dijelaskan di sini, yang mana segala sesuatu yang telah di dapati meyakinkan itu sama sekali tidak dapat diubah atau dirosakkan oleh sesuatu yang meragukan yang muncul selepasnya. Ia dikecualikan apabila keraguan itu dibina atas keyakinan. Oleh itu , segala perbuatan dan tindakan seseorang hendaklah berdasarkan apa yang diyakini dan keyakinannya. 3. Dalil Akal Maka jelas sekali rasionalnya yakin itu lebih kuat dari syak, kerana pada yakin itu wujud hukuman yang putus (qat’iy) dan pasti maka ia tidak akan tanggal dengan syak sahaja.

12

Ibid

2

al-Zarkasyi dalam kitabnya al-Manthur fi al-Qawa’id membawa dengan lafaz kaedah ( ). walaupun ibarat berlainan . Antaranya ialah : 1. Apa yang pentingnya pengertian dan maksudnya adalah sama hampir atau sama . Ibn Abd al-Barr dalam kitabnya al-Tamhid membawa dengan lafaz kaedah ( ). 2. yakin itu hanya mungkin dapat dilupuskan dengan perkara yang sama taraf dengannya atau yang lebih kuat daripadanya3. al-Khuttabi kitab Ma’alim al-Sunan membawa dengan lafaz kaedah : ( ) Maksudnya : Syak tidak menghimpit yang yakin . Sebagai rumusannya.Kaitan kaedah Sebenarnya kaedah asas tersebut dibawa dengan bentuk lafaz yang berbagai-bagai oleh ulama mujtahid. Maksudnya : Tidak ditinggalkan yang yakin asal wajibnya dengan perkara baru yang diramal atau diandai. 3. 4. Maksudnya : Yang yakin tidak dihilangkan oleh syak dan tidak boleh dihilangkannya melainkan dengan yakin. Hal itu kerana perkara yakin tidak mungkin dilupuskan dengan perkara yang lebih lemah daripadanya. Sebagaimana lafaz kaedah ( ). 5. 3 Ibid 3 . Ibn Abd al-Barr dalam kitab al-Tamhid juga membawa lafaz kaedah : ( ) Maksudnya : Yang syak tidak dipalingkan kepadanya atau tidak diambilkira dan yang yakin diamalkan terhadapnya. Namun begitu. Maksudnya : Apa yang ditetapkan dengan yakin tidak diangkat melainkan dengan yakin. kaedah-kaedah tersebut membawa maksud segala yang telah tetap itu tidak tercabut dengan kedatangan syak terhadapnya .

5 Ibid 4 . sesuatu yang sudah yakin tidak dapat dihilangkan dengan sesuatu syak atau keraguan. Berdasarkan kaedah tersebut. Sebagai contohnya. Rumusan Kaedah Kaedah tersebut dapatlah difahami bahawa seseorang itu dikatakan telah meyakini sesuatu apabila ia berdasarkan bukti iaitu yang mana ditetapkan samada melalui pancaindera ataupun dalil. Sebagai rumusannya . terbentuk daripadanya banyak masalah dan hukum furu’. sekiranya seseorang itu telah meyakini sesuatu perkara dan ditetapkan hukum terhadapnya. Perkara itu selaras dengan kaedah yang dibawa oleh Imam al-Qarafi dalam al-Furuq : ( ) Maksudnya : Bahawa setiap yang diragui padanya dijadikan pada taraf seperti tidak ada yang mana diputuskan dengan tiadanya. kemudian berlaku syak atau keraguan terhadap kehilangan yakin tersebut. sseorang yang dapat merasakan terbatal wudhu’nya atau berhadas dapat diyakini dengan keluar angin daripada duburnya atau terasa pada deria kulitnya atau terdengar pada telinganya atau terhidu baunya melalui hidungnya. keyakinan asal itu masih kekal dan tidak boleh beramal atau berpegang dengan perasaan syak yang baru mendatang tersebut. Di mana Imam as-Suyuti menyatakan bahawa hukum yang terbentuk daripada kaedah tersebut mencapai ¾ daripada hukum fiqh5. Berdasarkan kaedah asas tersebut.

Perkara yang berdasarkan keyakinan diterima sebagai dasar hukum fiqh. • Pengertian oleh al-Raghib al-Asfahani dalam al-Mufradat fi Gharib al-Qur’an ialah tetapnya atau diamnya sesuatu kefahaman beserta tetap hukum. yang mana perbezaan antara ilmu dan yakin ialah ketetapan. Ilmu dan yakin ada sedikit perbezaan. mantap dan tetap serta menepati kenyataan . Syak. Sedangkan yakin dan keyakinan pula ialah diam . Di mana ilmu al-yakin ialah ilmu yang tiada sebarang keraguan lagi. Penjelasan mengenainya menurut pengertian istilah fiqh dan usul fiqh sebagaimana berikut : 1. Zann dan Wahm Berkaitan dengan tanggapan akal dapat dikategorikan dengan beberapa peringkat. • Pengertian Ibn Manzur dalam Lisan al-Arab ialah ilmu dan membuang syak serta hakikat sesuatu perkara dan ia merupakan sebalik syak. Ia dapat dikaitkan dengan lafaz kaedah sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Abd al-Barr dalam kitab al-Tamhid lagi membawa dengan lafaz 6 Ibid 5 . Antara lain. Kesimpulannya. Ia juga merupakan penjelasan tentang ilmu yang tetap teguh dalam hati. yakin ialah keadaan yang tetap teguh dan tenang tenteram seseorang itu terhadap hakikat sesuatu dengan erti kata tidak ada sdikit pun keraguan. • Yakin ialah sesuatu yang pasti berdasarkan kajian dan bukti ( ) . buktinya ialah dikatakan dengan ilmu al-yakin dan tidak dikatakan dengan makrifah al-yakin. tenang jiwa serta perasaan juga lapang hati terhadap apa yang diketahui . Yakin merupakan sifat yang labih tinggi daripada makrifah.Perbezaan Yakin. disebabkan ketetapannya berdasarkan sebab tertentu. apa yang dimaksudkan dengan yakin ialah sesuatu yang manjadi tetap dengan penglihatan atau dengan adanya dalil6. Yakin menurut istilah dapat dijelaskan sebagaimana berikut iaitu : • Pengertian al-Jawhari dalam al-Sihah bermaksud : suatu ilmu dan dilenyapkan syak. Iaitu ilmu ialah pegangan dan iktiqad terhadap sesuatu yang diketahui atas dasar kepercayaan. • Pengertian oleh Abu al-Baqa’ dalam al-Kulliyyat ialah pegangan yang kukuh.

Konteks lain. 4. wahm itu merupakan suatu bayangan atau lintasan pada hati dan diri seseorang yang dikira sebagai sangkaan yang meleset atau sangkaan salah terhadap sesuatu perkara . ( ) Wahm ialah keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana antara keduanya lebih mirip atau cenderung kepada yang lemah atau tidak kukuh. ( ) Ghalabah al-Zann menurut pengertian yang dijelaskan oleh al-‘Allamah Abu Hilal al-Askari ialah penjelasan dan ibarat tentang ketenangan zann . namun tidak mencapai tahap keyakinan dan ghalabah al-zann. Keraguan yang berada pada tahap al-zann harus dibina hukum dan diterima. 3. Konteks lain. Keraguan yang berada pada tingkatan wahm juga tidak diterima dalam hukum fiqh. 2. Dalam konteks lain ia bermaksud keraguan atau perasaan berbelah bagi serta sama banyak antara keyakinan dan keraguan. pihak yang tidak dikukuhkan itu tidak dapat dibuang dan tetap wujud dalam hati dan perasaan . ( ) Syak ialah keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap sesuatu perkara iaitu keraguan itu tidak dapat ditarjihkan mana satu yang lebih kuat.Nadwi al-Qawaid Fiqhiyyah al-kuliyyah 6 . harus diasaskan hukum fiqh berdasarkan ghalabah al-zann ketika tidak ada yakin dan selagi ia berasaskan penelitian dan bukti. Iaitu pengukuhan terhadap salah satu daripada dua perkara dengan pengukuhan mutlak dengan membuang bersamanya pihak yang satu lagi itu. ( ) Zann menurut pengertian yang dijelaskan oleh al-Hamawiy dalam Syarh al-Asybah ialah seseorang yang berada dan berhenti di antara dua perkara yang mana ia dapat mengukuhkan atau dapat tarjihkan salah satu di antara keduanya. Yang juga bermaksud pihak yang dibuang itu tidak kekal dalam iktibar dan pemerhatian. ia membawa maksud berat sangka atau sangkaan yang lebih hampir kepada kebenaran. Keraguan yang berada taraf syak tidak diterima dalam hukum fiqh.kaedah ( ) Maksudnya : Kefarduan-kefarduan tidak diwajibkan melainkan dengan yakin. Sesetengah ulama menyatakan hukum ghalabah al-zann berada pada tingkat yang sama dengan yakin. 5. Selain itu pula ia dikaitkan sebagaimana kaedah ( ) Maksudnya : Sesuatu hukum itu tidak diwajibkan melainkan dengan yakin yang tidak syak padanya7. Apa yang penting. Cumanya . 7 Ali Ahmad al.

menurut pendapat al-Syeikh Abu Hamid al-Isfiraini. namun tidak dapat dipastikan serta tidak dapat dibezakan juga tidak jelas samada wang atau harta yang diambil daripadanya itu sumber yang haram atau halal. Sebagai contoh ialah binatang sembelihan yang di dapati dalam negara yang mana penduduknya bercampur antara Islam dengan Majusi atau Wathani . Lantaran itu . Sebagai contohnya. Yang mana ia menunjukkann keadaan yang jelas harus memakannya . ia boleh bersuci dengan mengguna air tersebut berdasarkan anggapan atau ijtihad bahawa air itu pada asalnya adalah suci dan tidak bernajis. Sebagai contoh seseorang mandapati air yang berada dalam sesuatu bekas telah berubah dan perubahan ada dua kemungkinan. binatang sembelihan di negara tersebut tidak halal. namun makruh hukumnya kerana dibimbangi terjerumus kepada yang haram. Keraguan atau syak yang lahir daripada atau sumber yang haram. syak dapat diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu: 1. Hal tersebut kerana asalnya daripada yang haram atau diragui atau syak berkaitan dengan sembelihan yang halal dimakan. 2. seseorang yang berurusan dengan orang yang mana majoriti sumber pendapatannya daripada sumber yang haram. sehinggalah diyakini manakah binatang sembelihan orang Islam. Walaubagaimanapun. Konteks tersebut. samada yang haram atau harus. 3. 8 Ibid 7 . kecualilah di negara tersebut sembelihannya dilakukan oleh orang Islam. Keraguan yang terbentuk atau lahir daripada asal atau dasar yang harus . berurusan dengannya adalah harus. mereka yang warak lebih suka menjauhinya dengan alasan bimbang terhadap sumber yang haram8. Keraguan atau syak yang tidak dapat dipastikan asal atau sumbernya. iaitu kemungkinan ia disebabkan najis atau disebabkan lama tidak digunakan atau tidak mengalir.Jenis-jenis Syak Berdasarkan syak atau keraguan sebagaimana yang dijelaskan di atas.

Seseorang yang menyapu khuf merasa syak apakah tempoh yang diharuskan masih ada atau telah habis. hukumnya adalah harus menggunakannya. Hukum sembelihan tersebut adalah haram dimakan. 8 . iaitu dikira tempohnya telah tamat. 3. Pengecualian daripada Kaedah Di antara hukum furu’ yang terkecuali daripada kaedah ialah : 1. 3. Seseorang syak samada ia menyapu khuf katika bermukim atau bermusafir. sebaliknya sembahyang sempurna. namun ia syak samada selamat atau tidak di perjalanan. 2. 4. wajib ia menunaikan haji pada tahun tersebut. Seseorang yang musafir syak samada ia telah sampai di tempat ia bermukim atau belum. ia wajib mandi setiap kali hendak mendirikan sembahyang. 2. Seseorang yang menggunakan barang milik orang lain. Sekiranya keraguan itu adalah mirip kepada zann. Maka ia tidak boleh qasar sembahyangnya. Seseorang yang cukup syarat kemampuan serta ingin menunaikan ibadat haji.Hukum Furu’ Di antara hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah . 5. Perempuan istihadah yang tidak dapat membezakan di antara darah istihadah atau haid. Seandainya seseorang itu ragu yang mirip kepada syak berkaitan dengan binatang yang ia sembelih. Seseorang musafir yang takbiratul ihram dengan berniat qasar di belakang imam yang ia tidak mengetahui sama ada imam tersebut musafir atau bermukim. seandainya ia syak bahawa pemiliknya merelakan atau tidak. ia hendaklah mengira ketika menyapu sewaktu bermukim. ia tidak boleh mengambil rukhsah seperti sembahyang qasar dan jama’. ia halal dimakan. hukumnya ia haram menggunakan. iaitu lebih kukuh kepada masih ada hayat mustaqirrah. Sekiranya ia zann dan menduga pemiliknya merelakan. iaitu apakah binatang tersebut masih ada tempoh hidup yang berterusan . ia wajib membasuh kakinya. tidak wajib hukumnya ia menunaikan haji tahun tersebut. khasnya dalam masalah yang berkaitan dengan syak serta zann ialah : 1. iaitu hayat mustaqirrah ( ) atau sudah tidak ada. Sekiaranya ia zann selamat di perjalanan.

14. tetapi ia tidak pasti samada perubahan itu disebabkan najis kencing kucing tersebut atau benda lain. Tayammumnya terbatal. Sekiranya seseorang yang berwudhu’ namun ia syak samada ia telah menyapu kepala atau belum . Imam al-Haramain menyatakan.6. serta ia tidak mengetahui atau tidak ingat bilakah ia bermimpi keluar mani. walaupun yang dilihat itu benar-benar fatamorgana sahaja. 8. Kemudian ia menemui binatang tersebut mati dan ia syak samada binatang itu mati kerana senjatanya atau terjatuh dari atas bukit. Seorang pemburu melepaskan anak panah atau tombak yang mengenai sasaran binatang buruan. Namun selepas itu ia syak samada penyakitnya telah sembuh atau belum. air itu dikira najis. Dalam keadaan ini . namun ia syak samada dia telah mendirikan sembahyang tiga atau empat rakaat . tetapi ia harus mendirikan sembahyang dengan wudhu’ tersebut. 11. sembahyang itu tetap sah. 13. tetapi ia tidak tahu apakah yang ia lihat itu air atau sekadar fatamorgana. Binatang tersebut tidak halal dimakan. Menurut pendapat yang lebih tepat. Orang mustahadah dan berpenyakit dedas yang berwudhu’. 9 . menurut pendapat yang lebih tepat wudhu’ itu dikira sah. tetapi binatang tersebut melarikan diri ke kawasan curam. 10. Seekor kucing kencing dalam air yang mencapai dua kolah. selepas itu seseorang mendapati air tersebut berubah. sekiranya seseorang itu syak atau meragui tentang tamatnya waktu sembahyang Jumaat. Seseorang yang bertayammum serta melihat sesuatu. Menurut pendapat yang lebih tepat. sembahyangnya tidak sah. 9. Seseorang yag terkena najis pada badan atau pakaiannya. ia tidak perlu sembahyang Jumaat. Walaupun asalnya masih ada waktu.. ia hendaklah membasuh atau mandi seluruh badan. 7. ia hendaklah walaupun asalnya tidak ada kewajipan mandi13. 12. Seseorang yang sembahyang zohor atau Asar serta memberi salam keluar dari sembahyang. Seseorang yang melihat mani pada tilam atau pakaian yang mana ia seorang sahaja yang menggunakannya. namun ia tidak pasti di bahagian mana.

Ataupun terdapat keputusan baru atau ketetapan baru seperti dalil yang menguatkannya. begitu juga sekiranya dia yakin bahawa ia berada dalam keadaan berhadath dam kemudian timbul keraguan samada ia masih dalam keadaan berhadath atau taharah. dalam hal ini pengakuan penjual adalah diterima kerana pada asalnya makanan tersebut adalah suci. c) Seseorang yang membeli makanan kemudian mendapati makanan itu mengandungi najis cicak dan berhasrat untuk memulangkan semula kepada penjual. Kaedah “Kekal sesuatu masalah berdasarkan apa yang asal” Huraian Kaedah Kaedah ini bermaksud sesuatu masalah itu kekal keadaannya mengikut apa yang ada sebelumnya sehingga terdapat dalil yang merubahnya. m/s 102 Pengantar syariat Islam. maka ia dianggap sebagai masih dalam keadaan taharah. kemudian timbul syak samada dia dia masih dalam keadaan bersuci ataupun tidak. maka ia dianggap berada dalam keadaan taharah. b) Seseorang yang sedang mandi wajib kemudian timbul syak samada ia telah membasuh bahagaian belakang badan atau tidak. Rumusan Kaedah Kaedah ini hampir sama maksudnya dengan kaedah yang ertinya “perlu dikekalkan keadaan yang telah sedia ada pada mana-mana waktu dan berterusan dalam semua waktu sehinggalah sabit terputusnya atau bertukarnya”5. dalam hal ini. Ia juga bermaksud sesuatu perkara yang telah diyakini tentang keadaannya. ia dianggap sebagai masih belum membasuh bahagian belakang badan kerana pada asalnya ia berhadath dan masih belum membasuh bahagian belakang badan. 4 5 Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.PECAHAN KAEDAH KEDUA Terdapat 13 pecahan kaedah yang termasuk dibawah kaedah “ Keyakinan Tidak Boleh Disingkirkan Dengan Keraguan ” Pecahan-pecahan kaedah yang dimaksudkan ialah : 1. m/s 216 10 . Ia juga bermaksud kekal sesuatu yang berlaku pada masa lampau mengikut ketetapan pada masa lalu samada ia dalam bentuk ketetapan atau penafian4. tidak akan berubah daripada asalnya sehingga terdapat sesuatu yang diyakininya seperti itu juga. Contoh Kaedah a) Seseorang yang yakin taharahnya.

Menggunakan hujah syarak seperti sumpah dan persaksian Contoh Kaedah a) Pencuri yang mengatakan kepada seseorang “ dahulu saya telah mencuri motor awak” lalu tuan punya motor mengatakan “tidak. Tidak boleh dijatuhkan hukuman berdasarkan berdiam itu kerana asalnya ia bebas dari tanggungjawab dan sumpah itu perlu dikembalikan kepada orang yang mendakwa tadi. b) Dalam kes pendakwaan dimana pendakwa gagal untuk menyediakan bukti atau keterangan terhadap apa yang didakwanya. Tarjih itu boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu: i. Merujuk kepada yang asal atau yang zahir. sumpah dan sesuatu yang boleh diterima sebagai persaksian. Kaedah 6 7 Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.2. ii. Dalam hal ini terdakwa perlu bersumpah terhadap apa yang didakwakan kepadanya. namun begitu terdakwa hanya mendiamkan diri. Ini bermaksud seseorang itu pada asalnya bebas daripada tanggungjawab dan apa-apa perkara yang dipertanggungjawabkan keatasnya adalah dirujuk kepada saksi. m/s 108 Ibid 11 . Kecualilah dengan ada yakin atau hujah. Rumusan Kaedah Menurut Ibn Abd al-Barr mengatakan bahawa tanggungjawab atau bebanan itu pada asalnya bebas dan terlepas serta tidak ditetapkan satu pun. 3. awak juga mencuri akseosori kereta saya” penafian pencuri terhadap kehilangan akseosori kereta adalah diterima kerana pada asalnya ia bebas daripada tanggungjawab terhadap akseosori itu.7 Oleh sebab itu apabila berlaku perselisihan atau pertentangan terhadap bebanan itu maka hendaklah dibuat pengukuhan atau tarjih. Kaedah “Asal seseorang itu bebas daripada tanggungjawab” Huraian Kaedah Zimmah itu pada bahasa bermaksud janji serta amanah sementara pada istilah bermaksud sifat atau sesuatu syarat yang dikenakan terhadap seseorang yang menerima tanggungjawab atau kewajipan6.

Faiz menafikannya. Dalam hal ini penafian pengusaha adalah diterima kerana pada asalnya tidak terdapat sebarang keuntungan. Rumusan Kaedah Kaedah ini hampir sama lafaznya dengan “asal pada sifat atau perkara mendatang tiada” dan “sesuatu yang tiada itu mendahului daripada sifat ada”. adalah diragui sedangkan keyakinan sesuatu perkara tidak boleh dihilangkan dengan zan lawannya sahaja. b) Ahmad berhutang dengan Faiz dan Ahmad menyatakan bahawa dia telah melangsaikan hutang tersebut. Kaedah 12 . Ini bermaksud segala sesuatu itu pada asalnya tidak ada. 4.“Asal segala perkara yang baru muncul itu tidak ada” Huraian Kaedah Telah umum diketahui bahawa tiada itu mendahului yang ada. Dalam hal ini penafian Faiz diterima kerana pada asalnya hutang itu tidak ada pelunasan. Sementara benda yang didakwa ada sebelum dibuktikan. pelabur telah mendakwa bahawa terdapat keuntungan daripada projek perniagaan manakala pengusaha perniagaan menafikan bahawa tidak terdapat keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan. Contoh Kaedah a) Dalam perniagaan atas dasar perkongsian untung dan rugi iaitu mudharabah.

anak tersebut meninggal dunia. lelaki tadi tidak dikenakan sebarang diat (gantian) kerana pada asalnya mungkin bayi tadi mati disebabkan oleh faktor lain. bukan disebabkan oleh wakil tadi. m/s 117 13 .“Asal setiap yang berlaku diambil kira masa yang paling hampir” Huraian Kaedah Kaedah ini membawa maksud bahawa apabila berlaku perselisihan dan percanggahan berkaitan dengan tarikh berlaku sesuatu peristiwa atau sesuatu perkara. Kaedah 8 Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh. Dalam hal ini. Ahmad mendapati barang tadi telah rosak. selepas bebarapa hari. Dalam hal ini. Untuk itu apa yang lebih kukuh atau lebih kuat daripada tiap-tiap sesuatu peristiwa atau kejadian itu dinisbahkan dan disandarkan dari sudut kiraan waktunya adalah yang paling hampir atau waktu yang terdekat berlakunya peristiwa itu. Anak tersebut didapati hidup. penafian wakil tadi adalah diterima. d) Kassim menggunakan barang Ahmad. maka wajiblah ia menggantikan semua solat fardhunya sejak kali terakhir ia tidur. 5. namun wakil tadi menafikan. selepas sahaja ia menggunakan barang tersebut. Dalam masalah ini Kassim perlulah menggantikan barang tersebut kerana pada masa terhampir barang tersebut rosak adalah ketika Kassim menggunakannya. Ini kerana kemungkinan barang tersebut rosak disebabkan perkara lain iaitu sepanjang ia berada dengan tuannya. barang tersebut telah didapati rosak. Selepas beberapa hari.8 Contoh Kaedah a) Jika seseorang yang melihat kesan air mani pada pakainannya sedangkan ia tidak pasti bilakah ia telah bermimpi. c) Seorang lelaki telah memukul perut wanita hamil lalu perempuan itu melahirkan anak tersebut. Tuan punya barang telah meminta ganti rugi kepada wakil tadi. b) Seseorang telah menjadi wakil kepada seseorang untuk membelikan sesuatu barang.

Contoh Kaedah a) Apa-apa jenis tumbuhan yang tumbuh di dalam hutan. sedangkan ia raguragu samada burung merpati tersebut miliknya atau milik orang lain. serta tidak ada dalil yang khusus mengatakan bahawa binatang itu haram dimakan. maka ia adalah harus untuk dimakan. ataupun binatang yang hidup di daratan. ataupun mempunyai dalil yang samar-samar. Alasannya kerana asalnya ia diharuskan. c) Seekor burung merpati memasuki sangkar milik seseorang. Menurut pendapat Imam Nawawi. apa-apa yang tidak dinayatakan oleh Allah. Imam Syafi’ie meyatakan bahawa hal ini adalah merujuk kepada hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh al-Bazzar dan al-Tabrani yang bermaksud: “Apa yang dihalalkan oleh Allah adalah halal dan apa yang diharamkan oleh Allah adalah haram dan apa yang tidak dinyatakan. maka hukumnya adalah harus. udara ataupun air. Ini kerana Allah ingin memberi keringan kepada hambaNya. Meskipun begitu.“Asal sesuatu itu adalah harus” Huraian Kaedah Ini adalah kaedah yang telah disediakan oleh Imam Syafi’ie berbeza pula kaedah dengan kaedah yang telah disediakan oleh Imam Hanafi. maka ia dimaafkan. sesuatu yang haram adalah apa yang diharamkan oleh Allah di dalam kitabNya dan apa apa yang tidak dinyatakan maka ia dimaafkan” Rumusan Kaedah Rumusan daripada kaedah ini ialah apa-apa perkara yang telah dinyatakan oleh Allah dalam kitabNya mengenai halalnya. Kaedah 14 . mengenai sesuatu perkara yang tidak mampu dilakukan oleh manusia. 6. Apa-apa yang diharamkan oleh Allah maka hukumnya adalah tetap haram dan tidak boleh diubahkan bentuk hukum yang lain. jika tidak terdapat dalil yang khusus mengenai halal ataupun haram. Maka terimalah kemaafan daripada Allah kerana Allah tidak lupa walau sesuatu pun” Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Abu Majah yang bermaksud : “Sesuatu yang halal adalah apa yang dihalalkan oleh Allah di dalam kitabNya. Tidak mungkin Allah mempunyai sifat pelupa sehingga terlupa untuk menghukumkan sesuatu perkara samada ia adalah halal ataupun haram. pemilik sangkar tersebutlah lebih berhak memanfaatkan burung merpati itu. b) Menurut pendapat Imam al-Subki mengatakan bahawa Zirafah adalah harus dimakan kerana ia tidak bertaring. maka hukumnya adalah halal. samada mengenai halal atau haramnya.

Wakil tersebut membelikan hamba yang disifatkan itu. kemungkinan wakil tadi membeli hamba itu untuknya serta asalnya juga adalah haram. hukum asal pada dasarnya dalam masalah yang berkaitan dengan hubungan sex serta persetubuhan dengan wanita adalah haram. ia tidak dapat mengahwini semua wanita yang tinggal dikampung itu. Orang yang mewakilkan haram untuk menyutubuhi hamba tersebut. walaupun ciri-ciri yang ia kehendaki terdapat pada hamba itu. namun ia tidak dapat mempastikan mana satu wanita yang dimaksudkan itu. c) Jika dinyatakan kepada seseorang lelaki bahawa disebuah kampung tertentu terdapat seorang wanita yang haram dikahwininya. Rumusan Kaedah Apabila berlaku pertentangan diantara hukum harus atau halal dan haram terhadap seorang wanita. Berdasarkan kaedah tersebut.“Asal kemaluan perempuan itu adalah haram” Huraian Kaedah Antara lain kaedah pecahan tersebut membawa maksud. sehinggalah ada sebab tertentu yang jelas menghalalkannya. Iaitu samada melalui akad nikah ataupun pertuanan terhadap hamba. adalah haram dikahwininya berdasarkan hukum asal iaitu haram. 7. namun ia meninggal dunia sebelum sempat ia menyerahkan kepada pewakil. Kaedah 15 . hukum haram itulah yang didahulukan dan dimenangkan. b) Seseorang mewakilkan orang lain supaya membeli hamba perempuan untuknya dengan menyatakan sifat-sifat tertentu. Contoh Kaedah a) Seseorang yang ingin berkahwin dengan perempuan yang tidak diketahui samada ia adalah mahramnya atau ajnabi. Alasannya ialah kerana asalnya adalah haram. sehinggalah ia dapat mempastikan mana satu wanita yang tidak dapat dikahwininya. Alasannya.

Tidak dikira melanggar sumpah sekiranya ia masuk kerumah yang disewa oleh Majid. Selepas itu ia mendakwa yang ia maksudkan atau inginkan ialah pemberian jual beli menurut majazi. Contoh Kaedah a) Seseorang yang bersumpah tidak akan membeli. samada ia menurut istilah percakapan seperti: penggunaan lafaz membunuh ialah menghilangkan atau melenyapkan nyawa atau roh atau sebagainya. Maksudnya ia inginkan ia dibayar harga pada barang itu. ia dikira melanggar sumpah jika mewakilkan kepada orang lain dan akan dikenakan kaffarah. kadangkala majazi dengan hakiki masih ada hubungan. Iaitu apabila diantara kalimah tersebut mempunyai qarinah atau tanda yang menunjukkan kepada erti yang bukan hakiki. Ini kerana rumah sewa tersebut bukan milik mutlak Majid. Ia hendaklah dibawa lafaz itu kepada maknanya yang hakiki terlebih dahulu. pewakaf atau orang yang bersumpah dan lainnya. Menurut pengertian istilah ialah. Kerana asalnya sesuatu ucapan ialah yang hakiki dan hakikat ucapan pemberian atau hibah adalah hak pemilikan tanpa apa-apa tukaran. b) Seseorang yang bersumpah tidak akan masuk kerumah Majid. Kaedah 16 . Justeru itu.“Asal perkataan itu diambil kira maknanya yang hakiki” Huraian Kaedah Kalimah al-haqiqah pada bahasa bermaksud hak terhadap sesuatu apabila ia tetap. Tetapi jika ia mewakilkan kepada orang lain untuk membeli maka ia tidak dikenakan kaffarah kerana ia tidak dinggap sebagai melanggar sumpah. Untuk itu tidak diterima dakwaan dan kata-katanya. 8. berdasarkan kaedah tersebut pengamalan dan perlaksanaan sesuatu ucapan orang yang bercakap itu samada ia bertindak sebagai orang yang melaksanakan akad. Namun begitu jika seseorang itu kebiasaan hidup sehariannya memerintah orang lain atau orang lain yang sentiasa melakukan bagi pihaknya seperti sultan atau pemimpin. c) Sekiranya sseorang memberikan atau hibah barang kepada kawannya sesuatu barang. Kemudian kawan tadi mengambilnya. Namun begitu. Rumusan Kaedah Hakiki adalah sebalik daripada makna majazi. kecualilah kiranya disana terdapat tanda atau pengucap itu maksudkan ialah makna majazi. makna asli yang diberikan kepada sesuatu lafaz ucapan. iaitu pengertian yang tidak jelas atau berbeza daripada pengertian biasa.

ii) Sesungguhnya yang sedia ada semenjak lama yang menyalahi syara’ tidak diiktibarkannya. iaitu daripada sesuatu kaedah yang dikira tetap atau disahkan oleh syara’ tetap adanya seperti sedia kala. Ia antara lain membawa maksud segala sesuatu dan hak penggunaan yang telah ada pada diri seseorang semenjak dahulu atau sedia kala. tidak harus diubahkan perkara yang ada semenjak lama itu daripada hal keadaan tersebut tanpa mendapat keizinan daripada tuan atau pemilik atau orang yang berhak ke atas sesuatu itu. di mana apabila ia adalah perkara lama atau sejak dahulu lagi maka keputusannya hendaklah diraikan menurut asalnya yang lama itu tanpa ada sebarang tambahan. b) Seseorang yang dibenarkan mengairi sawahnya dengan menggunakan terusan yang ada di dalam tanah orang lain yang telah berlaku sejak sekian lama. Dalam keadaan lain. atau pindahan. Contoh kaedah a) Apabila seseorang itu mempunyai hak atau diberikan kebenaran mengguna jalan di hadapan rumah orang lain sejak dari dahulu. kecualilah diubah dengan cara syara’ juga. pemilik tanah tersebut tidak berhak menegahnya walaupun ia tidak mengetahui sejarah asal mulanya. iaitu : i) Sesungguhnya yang sedia ada semenjak lama itu akan berubah apabila terdapat dalil yang menyalahinya.” Huraian kaedah Apa yang dimaksudkan dengan al-Qadim ialah sesuatu yang tidak ada orang mengetahui mengenai awal mulanya sesuatu. Hal ini seandainya perkara yang berlaku dan semenjak lama itu berdasarkan penyaksian dan syara’. Kaedah 17 . kaedah pecahan tersebut dapat dibataskan atau diberikan pengecualian dengan kaedah lain. Rumusan kaedah Kaedah tersebut menjelaskan bahawa apabila berlaku pertentangan dan perselisihan dalam sesuatu perkara. dibiarkan atas kedahuluannya. 9. Hal itu ia dikira sebagai satu dalil atau bukti di mana ia berhak sebagaimana yang ditetapkan oleh syara’. perubahan.“ Apa yang ada semenjak dahulu. Justeru. Tuan tanah tersebut tidak berhak menegah pengairan walaupun ia tidak mengetahui sejarah asal mulanya. pengurangan. bahkan ia dihapuskan apabila terdapat padanya kemudaratan yang keji.

Ikrarnya itu dapat diletakkan pada kedudukan sebagai jual beli. Ia berasal daripada kata-kata Imam as-Syafie’ sendiri yang membawa maksud ikrar itu hendaklah didasarkan kepada keyakinan atau hakikat dan tidak boleh didasarkan kepada syak dan simbolik. juga disokong oleh Imam an-Nawawi. Ia tidak boleh didasarkan kepada syak atau sangkaan sematamata sebab asalnya seseorang itu bebas daripada sebarang tanggungjawab. Dalam keadaan tersebut. ikrarnya diterima. b) Seseorang bapa berikrar terhadap sesuatu barang untuk anaknya. Semua itu dijelaskan oleh Imam al-Harawi mengikut apa yang didasarkan kepada apa yang pernah dinyatakan oleh Imam as-Syafie’. Sekiranya ia membuat ikrar tersebut dalam keadaan memberi keputusan atau kehakiman. “ Apa yang wajib dipegang dalam hal yang berkaitan dengan ikrar ialah keyakinan dan perkara yang maklum atau zann yang kuat. ketika itu ia tidak boleh dipegang lagi. ” Contoh kaedah a) Seseorang hakim telah membuat ikrar atau pengakuan tentang sesuatu. Untuk itu seandainya sesuatu itu didasarkan kepada syak atau majaz yang tidak ada qarinah. Ia juga dapat diletakkan pada hibah atau pemberian. ” Huraian kaedah Sebenarnya kaedah ini adalah sampingan dan ada kaitan dengan kaedah pecahan (asal seseorang itu adalah bebas daripada tanngungjawab) Kaedah itu meluas di kalangan ulama Syafie’. pendapat yang lebih tepat ialah ikrar tersebut diletakkan pada kedudukan atau ditafsirkan… 10. Kaedah 18 . menolak keraguan serta tidak mengambil yang berdasarkan kebiasaan atau dikuasai oleh dugaan. Jika ia berikrar ketika dalam keadaan orang biasa atau bercerita tentang perkara lalu. ia tidak boleh diterima sebagai keputusan. Yang mana ia merupakan sebab kukuh yang menjadikan ia tidak boleh menarik semula kata-katanya supaya ‘membeli’ (menghadiahkan) barang tersebut untuk anaknya.“ Asalnya apa yang menjadi tumpuan iqrar ialah sesungguhnya saya beramal dengan keyakinan. Imam al-Harawi berpendapat. yang merupakan sebab tidak menegah ia menarik semula daripada anaknya itu.

maka ia dikira masih berwuduk atau tidak perlu berwuduk sekali lagi selagi tidak ada tanda meyakinkan wuduknya terbatal. dalam keadaan tersebut tentunya didapati ada dalil yang menunjukkan hilang pemilikannya. hukum tersebut ditetapkan perlaksanaannya selagi tidak ada dalil yang menunjukkan perubahannya. maka harta pemilikannya tidak boleh diwarisi sesuka hati kerana ia dikira masih hidup sebagaimana ia keluar daripada rumah dahulu sehinggalah ada bukti yang menunjukkan kematiannya. untuk urusan berikutnya seperti solat isya’ dengan wuduk solat maghrib. c) Seseorang yang menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sama ada mati atau hidup. Kaedah 19 . Contoh kaedah a) Sekiranya seseorang memiliki atau mendapat hak milik sesuatu melalui cara perwarisan. “ Sesuatu hukum dan dalil yang boeh diamalkan semenjak zaman lampau dan diteruskan perlaksanaanya sampai sekarang sehinggalah ada dalil yang merubahnya. barang tersebut kekal menjadi milik atau berada di tangannya. ” Apa yang dapat difahami daripada kaedah tersebut ialah sesuatu peristiwa atau perbuatan itu yang mana ia ditetapkan hukumnya pada sesuatu masa. 11. Lantaran itu. Justeru. tidak diterima dakwaan atau kata-kata andaian bahawa dikeluarkan barang itu daripada hak miliknya dengan menjual hibah.“ Apa yang ditetapkan berdasarkan masa atau semasa dihukum dengan kekalnya begitu selagi tiada dalil menyalahinya. maka sesuatu yang kekal dalam pemilikannya dihukum dengan luput hak milik. Ini bermakna. Seandainya telah tetap sesuatu itu telah terlepas atau terkeluar daripada hak miliknya. Untuk itu. ” Huraian kaedah Sebenarnya kaedah itu mempunyai kaitan yang kukuh serta hampir sama dengan kaedah (asal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya). Antara lain kaedah itu merupakan suatu kaedah yang seharusnya dipraktikkan sebelum beramal dengan al-Istishab. b) Seseorang yang telah berwuduk.

Namun pengertian hakiki tersebut sukar serta tidak dapat dilaksanakan. Rumusan kaedah Sebagaimana yang dijelaskan. tidak dapat difahami. dan apabila terdapat keuzuran pada hakikat ia berpindah kepada pengertian majaz. atau tidak dapat dilaksanakan.” Walau bagaimanapun dalam keadaan pengertiannya yang hakiki itu tidak dapat dilaksanakan. Selain itu. ” Huraian kaedah Dalam keadaan lain. sukar. Hal tersebut adalah jalan penyelesaian atau ikhtiar untuk melaksanakan sesuatu ungkapan itu. Pada waktu itu perlaksanaanya berpindah kepada pengertian majazi iaitu ia tidak akan makan buah durian. ii) Asal lafaz-lafaz ucapan ialah hakikat ketika dalam bentuk mutlak. 20 . “ Hak pengucapan itu bahawa ia dibawa atau ditanggung terhadap hakikatnya. Contoh kaedah a) Seorang lelaki bersumpah tidak akan memakan pokok durian. Menurut pengertian hakiki dia tidak akan makan batang dan dahannya. dan kadang kala ia bertukar kepada pengertian majaz dengan sebab niat.“ Apabila sesuatu lafaz sukar diertikan secara hakiki. iii) Asal pada ucapan ialah hakikat ketika keadaan mutlak. maka ia dipindahkan kepada pengertian majazi. dan menghindari semampu yang boleh daripada mengabaikannya. dan ia tidak boleh dibawa kepada pengertian majaz melainkan dengan ada dalil. maka pada waktu itu hendaklah ia dibawa kepada pengertian majazi. Kaedah tersebut bermaksud apabila pengertian hakiki itu tertegah. apabila terdapat sesuatu lafaz yang mana pada dasarnya ia seharusnya diamalkan atau dilaksanakan menurut pengertiannya yang hakiki dan itulah kaedah asalnya iaitu. maka ketika itu pengertian dan perlaksanaannya akan berpindah kepada pengertian majazi. setiap pengucapan dan kalimah itu diberi haknya serta pelaksanaanya dari sudut hakikat dan kesahihannya. kaedah ini dapat dikaitkan dengan beberapa lafaz kaedah lain iaitu : i) Asal pada ucapan ialah hakikat.

Ini bermakna bertanyalah wahai bapaku kepada penduduk dan ahli Mesir sana mengenai keadaan sebenar. 21 . bukannya negeri Mesir.Hal tersebut sebagai contohnya ketika anak-anak Nabi Yaakub menyatakan ucapan dan pengakuan mereka di hadapan bapa mereka. Apa yang mereka maksudkan dengan perkataan al-Qaruyah ialah penduduk negeri Mesir. Firman Allah di dalam al-Quran : Dan bertanyalah kepada penduduk negeri ( Mesir ) yang kami telah tinggal padanya dan kepada orang-orang kafirlah yang kami balik bersertanya.

ia dianggap belum melakukannya. Apa yang dikira dan sah ialah haji sahaja kerana kemungkinan ihram umrah yang disertakan dalam ihram haji itu tidak sah. ia mestilah berwuduk kerana pada asalnya ia belum berwuduk. b) Jika seseorang syak sama ada ia telah berwuduk atau belum. d) Seseorang yang syak sama ada telah berihram haji berserta umrah iaitu syak berniat haji Qiran.” Huraian kaedah Kaedah ini antara lain bermaksud sesiapa yang ragu-ragu atau syak apakah dia telah melakukan sesuatu itu atau belum lagi melakukannya maka hukum yang lebih kuat dan kukuh dalam keadaan tersebut ia dikira belum lagi melakukannya. Contoh kaedah a) Jika seseorang syak adakah ia meninggalkan salah satu rukun sewaktu solat atau ibadat wajib lain maka hukumnya ia mestilah mengulangi apa yang disyaki atau dirasakan belum melakukannya. 22 . ia hendaklah melakukan sujud sahwi.12. c) Seseorang yang syak sama ada telah bersujud sahwi atau belum. Kaedah “ Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau belum.

sama ada ia telah menunaikannya kurang atau lebih. dikira yang sedikit kerana ia lebih meyakinkan. ia tidak dapat diubah melainkan dengan ada sesuatu yang juga meyakinkannya. Kaedah “ Sesiapa yang yakin melakukan sesuatu amalan. “ Sesungguhnya apa yang tetap berdasarkan sesuatu yang meyakinkan. atau sedikit. banyak. maka ia hendaklah mengira yang paling sedikit serta membasuh sekali lagi untuk ketiga kalinya. Ia membawa maksud apabila ada keraguan yang muncul selepas seseorang melakukan amalan. Antara lain dalam konteks tersebut dapat dirujuk serta disokong kepada kaedah lain sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam as-Syafie’ dengan lafaz kaedah. namun ragu-ragu tentang sedikit atau banyaknya. Masalah itu hendaklah dikira pada kadar yang kurang atau sedikit kerana yang sedikit jumlahnya itulah yang diyakini.13. 23 . b) Seseorang suami yang syak sama ada telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau lebih maka hendaklah ia mengira yang paling sedikit.” Contoh kaedah a) Seseorang yang syak sama ada ia telah membasuh 2 atau 3x muka. ” Huraian kaedah Kaedah ini sebenarnya merupakan kaedah sampingan atau kaitan dengan kaedah pecahan ke-12 tadi.

Maka sebab itu kaedah ini berserta kaedah yang lainnya amatlah penting untuk dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kerana kita sebagai manusia tidak lari dari dari menghadapi situasi-situasi yang pelbagai. kemudian timbul keraguan samada dia masih dalam keadaan berhadath atau telah bersuci.PENUTUP Kesimpulan daripada tajuk “Al-Yaqinu La Yuzalu Bi Syak”” atau keraguan tidak disingkirkan semata-mata syak ini telah memberi pengetahuan kepada kita bahawa sesuatu perkara yang telah kita yakini keadaannya tidak akan diabaikan semata-mata timbul syak atau keraguan. 24 . Dalam keadaan ini maka ia masih dianggap berhadath. maka sudah tentu syaitan amat mudah untuk mempermainkan keraguannya. Ini kerana syak itu adalah sesuatu yang kita tidak pasti sedangkan yakin itu adalah sesuatu perkara yang kita telah yakini keadaannya. Sebagai contoh seseorang yang yakin dalam keadaan berhadath. Bagi seseorang yang tidak mengetahui keadaan ini ( ilmu ini).

1994 Pustaka Haji Abdul Majid. bab saf al-Nisa’ Ali Ahmad al. Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh Ustaz Ab.Nadwi al-Qawaid Fiqhiyyah al-kuliyyah 3) 4) 5) 6) 25 . al-Madkhal Ila al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah. Muda dan Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin Ibrahim Ahmad Mahmud al-Hariri.RUJUKAN 1) 2) Al-Quran al-Karim Pengantar Syariat Islam Mohd Saleh Haji Ahmad Edisi pertama. Latif b. Abu Daud. Kitab al-solah.

Members : 1. title “ Al-Yakinu La Yuzalu Bi Syak – Keyakinan Tidak Dapat Disingkirkan Dengan Keraguan ” has been done as a group assignment. Qawaidh Fiqh (FIQ 301) was Mrs. Ustazah Siti Azura Nasarudin. The instructor for this subject.NOTE This assignment. Mohd Nazri Zainal Mohamad Ali Jalil Rakbi Che Husin 26 . 3. 2.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful