P. 1
Contoh Minit Mesyuarat

Contoh Minit Mesyuarat

|Views: 2,852|Likes:
Published by gare92_sweet

More info:

Published by: gare92_sweet on Jul 28, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/12/2013

pdf

text

original

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 3 TAHUN 2010 SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL JUASSEH

Tarikh : 23 Mac 2010 Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Pengetua Kehadiran Pegawai Puan Nor Asikin Binti Md. Shazilli (Pengetua) Encik Sarimen Bin Sapie (GPK Akademik) Puan Zaidah Binti Danial (GPK HEM) Encik Badaruddin Bin Mohd Yusoff (GPK Ko-Kurikulum) Puan Hajah Norizah Binti Nordin (GKMP Bahasa) – Setiausaha Tuan Haji Suhaimi Bin Othman (GKMP Kemanusiaan) Puan Lim Yee Pin (GKMP Sains dan Matematik) Encik Muhammad Zahid Bin Abdullah (GKMP Vokasional) Encik Roslan Bin Abdul Karim (GKMP Teknik) Encik Zakaria Bin Hassan (Kaunselor) Pengerusi dengan rasminya memulakan mesyuarat dengan ucapan salam kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua ke mesyuarat kali pertama 2010. 1. Pengesahan Minit Mesyuarat 1.1. Puan Lim Yee Pin mencadangkan minit mesyuarat yang ke-2 2010 disahkan. Encik Sarimen menyokong pengesahan minit mesyuarat tersebut. 2. Perkara-perkara Berbangkit 2.1. Ada mesyuarat Traineeship Program di SM Vokasional Ampangan pada 24 Mac 2010. Encik Fazrul, Encik Adam dan Encik Zaidi dikehendaki hadir. 2.2 Walaupun belum mendapat kelulusan daripada BPTV – pelajar-pelajar SKM sudah boleh meneruskan pembelajaran Tahap 2. Semua guru SKM Tingkatan 5 harap maklum mengenai hal ini. HEM di sarankan supaya membeli cat untuk mengecat Blok G agar tulisan yang tertera di dinding (kata-kata lucah) dapat dipadamkan.

2.3

2.4 ’ In-House-Training’ perlu dibuat pada hari Sabtu manakala mesyuarat bidang di buat selepas sekolah.

2.5.

Mengenai program memartabatkan Bahasa Melayu semua guru disarankan agar membaca buku seperti membuat ’book review’ atau sinopsis. Pada hujung bulan April setiap guru mesti sudah membaca SATU - ditulis dalam buku rekod. Semasa perhimpunan guru dikehendaki ’cerita’ atau adakan ’executive talk’ mengenainya

3

Agenda Mesyuarat 3.1 Tuan Haji Suhaimi mencadangkan agar fail panitia dikemaskinikan. Pengurusan dikehendaki memantau ketua panitia dan ketua panitia diminta memantau guru di bawah bidang masing-masing. Pengerusi menyarankan rombakan AJK 5S dan jalankan semula aktiviti 5S. Kerja-kerja menurunkan skrin LCD sedang giat dijalankan. Semua LCD diturunkan kerana jumlah yang boleh di guna terlalu terhad. Guru-guru mesti mengikut format RSL. GKMP perlu memantau dan tulis ’remarks’ dengan dakwat merah apabila pemantauan di jalankan. Aktiviti i) Mesyuarat Agong PIBG – 26 Mac 2010 - ibu bapa yang hadir boleh membawa anak-anak mereka balik. Yang lain tidak dibenarkan Lawatan ke GMI (German Malaysian Institut) di Gombak pada hari Sabtu, 27 Mac 2010. Kelab Guru ke PWTC (Pameran Buku Antarabangsa) Perkhemahan Perdana pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad, 16 hingga 18 April 2010. Perancangan mesti dilakukan dengan segera agar aktiviti berjalan dengan lencar. Sekolah akan mengambil hari Isnin sebagai cuti peristiwa. Bazaar Baca – aktiviti komuniti setempat pada 3 April & 4 April 2010 – jemput ketua kampung untuk turut serta – jemput Berita Harian juga Sabtu, 24 April 2010 merupakan tarikh sekolah ganti untuk cuti Hari Raya Puasa.

3.2 3.3. 3.4

ii)

iii)

iv)

v) 3.5

Jadual waktu kelas tambahan Tingkatan 5 perlu dikemaskini. Subjek seperti Sejarah, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam ditiadakan memandangkan tumpuan

mesti di berikan terhadap subjek seperti Matematik, Fizik, Bahasa Inggeris dan sebagainya. TINDAKAN : GPK 1 3.6 Blok G sering tiada elektrik. Apabila ada, tingkat di atas sekali masih tiada. Pengajaran dan pembelajaran terjejas bila merasa terlalu panas dan tidak selesa. Encik Hishamuddin (technician) perlu berbuat sesuatu. Semua program sekolah mesti ada modul. Modul boleh di pamerkan apabila perlu. Mulai sekarang buat modul untuk:1. Jadual Anjal 2. Perkampungan Ilmu 3. Soalan Berfokus – contoh :- 4 sekolah bukukan soalan untuk manfaat pelajar Apabila melakukan pemantauan, GPK dan GKMP boleh mengambil tindakan sendiri dengan bertanya sendiri kepada guru berkenaan atau memberi ’memo’. Pelajar di benarkan makan di dalam kelas semasa guru tiada memandangkan tentunya mereka lapar kerana sesi persekolahan berakhir lewat. Bagi pelajar Tingkatan 5 mereka mesti memiliki penilaian ko-Kurikulum dengan meletakkan butir-butir yang di perlukan. Kehadiran persatuan mesti penuh. Robotik peringkat negeri akan diadakan di Sekolah Menengah Vokasional Juasseh. Mengenai kelas tambahan Tingkatan 5 tumpuan harus diberi terhadap pelajarpelajar yang ’hard core’ – mempunyai markah bawah 20. Mereka akan di beri latihtubi dan latihan secukupnya. Mesyuarat guru kali ke-2 diadakan pada 30 Mac 2010 jam 2 petang. Pelajar balik jam 1.50 petang. Jadual waktu telah dipendekkan. Perkhemahan Perdana (16/3, 17/3, & 18/3) perlu di maklumkan dan diedarkan risalah mengenai aktiviti tentangnya. Mesyuarat Kurikulum diadakan pada 29/3 jam 3.15 petang. Dalam mesyuarat tersebut akan ditentukan GPS 2010. Pencerapan guru mesti bermula dan diteruskan mengikut jadual yang ada Di masa hadapan ’post-mortem’ perlu dijalankan dengan berjumpa dengan pelajar yang kelas mereka tidak menujukkan prestasi yang memberangsangkan. Guru dan pelajar mesti di panggil untuk melonjakkan

3.7

3.8 3.9 3.10

3.11 3.12

3.13 3.14 3.15 3.16 3.17

prestasi. 3.18 Program Elite memerlukan 10 orang lagi pelajar. Kini terdapat 10 orang pelajar. Ada cadangan supaya pengurusan mengambil mereka sebagai anak angkat. Program Bersepadu pada hari Sabtu untuk kumpulan Elite seramai 20 orang di bawah pimpinan Puan Rusnawati Juda. Diadakan mesyuarat kewangan dengan KPT dan kerani kewangan bagi menjelaskan kedudukan kewangan sekolah agar duit dapat digunakan dengan berhemah. Perkampungan Ilmu akan diadakan sebelum dan selepas Ramadhan. Puan Norhayatimah disarankan supaya membuat program tersebut dengan di bantu oleh semua GKMP. Disarankan juga agar melibatkan beberapa bidang dalam sesuatu masa untuk mengelakkan kebosanan. Perasmian UiTM Kampus Kuala Pilah akan diadakan Khamis 25 Mac 2010. 15 orang guru perlu hadir. Ada cadangan agar bilik SAL (Self-Access Learning) di baikpulih. Akhir sekali cadangan agar makanan pada hari Jumaat untuk pelajar lelaki di bungkus (pack).

3.19

3.20

3.21 3.22 3.33

Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 5.15 petang. Disediakan oleh, .................................. . Disahkan oleh, ..............................

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->