P. 1
Hijrah Dan Pembangunan Insan

Hijrah Dan Pembangunan Insan

|Views: 747|Likes:
Published by maisarahjamil87

More info:

Published by: maisarahjamil87 on Jul 27, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/13/2012

pdf

text

original

Sections

HIJRAH DAN PEMBANGUNAN INSAN

Oleh : Naim Fahmi Hj. Ahmad Tajuddin (Panel Penulis Jakim ) Timbul pertanyaan di hati kita, kenapakah umat Islam kini dianggap mundur? Sedangkan umat-umat lain lebih maju, sekurang-kurangnya dalam negara mereka sendiri. Jawapan kepada pertanyaan ini ialah kejayaan dan kemajuan umat Islam adalah diasaskan atas kekuatan keperibadian umatnya melalui semangat pengorbanan dan perpaduan sepertimana yang telah digambarkan oleh peristiwa Hijrah. Semangat perpaduan dan perjuangan yang telah diasaskan oleh Rasulullah s.a.w itu telah menjadikan umat Islam sebagai suatu umat yang kuat, maju dan juga disegani oleh musuh-musuh Islam. Namun demikian, setelah sekian lama umat Islam menjadi umat contoh, memiliki kekuasaan, pembawa obor tamadun dan kemajuan ilmu pengetahuan, akhirnya mereka mulai lalai dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. Semangat berkorban dan perjuangan untuk menegakkan syiar Islam telah ditukar dengan semangat mementingkan diri sendiri, malas berusaha, mudah putus asa dan bermacammacam lagi. Semangat perjuangan untuk agama telah digantikan dengan perjuangan kepentingan peribadi dan matlamat yang dangkal ibarat fatamorgana. Gejala-gejala ini telah menyebabkan umat Islam mulai mundur. Ini ditambah lagi dengan pelbagai masalah lain yang menekan jiwa umat Islam kini seperti kefahaman Islam yang cetek, penyelewengan akidah, mengasingkan diri dari urusan dunia, gejala sosial, perpecahan keluarga dan sebagainya. Akibatnya satu demi satu kerajaan Islam ditakluki dan dijajah, lantas kegemilangan Islam terus lenyap dan hancur di tangan musuh Islam. Walau bagaimanapun, kini nampaknya telah timbul kesedaran di kalangan umat Islam untuk mengambil berat dan memikirkan tentang masalah yang sedang dihadapi oleh umat Islam yang lain di serata pelosok dunia. Masalah tersebut yang kian hari kian meluas, telah mencabar mereka agar bangkit berusaha dengan cara yang lebih gigih, lebih tekun dan lebih bersungguh-sungguh agar seluruh umat Islam tidak terus ketinggalan dan mundur di dalam usaha untuk mengembalikan segala bentuk kemajuan terhadap agama, bangsa dan juga negara. Dan antara cara ataupun kaedah yang dapat dilaksanakan untuk memastikan objektif-objektif tersebut tercapai ialah melalui pembinaan peribadi muslim. PENGERTIAN HIJRAH Mungkin kita memahami pengertian hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Kefahaman bahawa hijrah Rasulullah s.a.w itu hanyalah semata-mata untuk memperolehi kesenangan dan mengelakkan penderitaan, adalah tidak ubah seperti pendapat orientalis Barat. Antara dakwaan mereka ialah hijrah itu berlaku disebabkan Rasulullah s.a.w tidak lagi popular di kalangan masyarakat Arab Mekah. Maka sebab itulah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah bertujuan untuk mencari peminat. Konsep hijrah seperti itu mungkin benar bagi orang yang ingin mencari jaminan hidup berupa kebendaan yang lebih baik. Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Ilahi. Tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil. Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Ra¶d ayat 11 yang bermaksud: 'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'. Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Pertolongan Allah s.w.t akan tiba apabila umat Islam sanggup membela agama Allah. Ini dibuktikan oleh firman Allah

s.w.t dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud : 'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu'. Allah s.w.t membekalkan kita dengan cukup kelengkapan untuk menjadi manusia yang boleh berdikari dan berikhtiar dalam menentukan arah kehidupan. Kita dibekalkan dengan peralatan yang membolehkan kita memasuki dan merubah segala apa yang ada di sekeliling kita dan juga apa yang ada di dalam minda (pemikiran, persepsi, kesedaran dan emosi). Justeru untuk memastikan perubahan diri manusia, kita perlu meneliti pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah melalui pembangunan jiwa, pembangunan mental dan juga pembangunan fizikal. Pembangunan Jiwa Pembangunan jiwa merupakan suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertakwa. Ianya merupakan unsur yang perlu difahami dan dititikberatkan oleh semua umat. Ketiadaan jiwa yang bertakwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh. Manusia secara umumnya akan menggunakan kecerdasan akal dan juga kekuatan yang ada pada tubuh badannya untuk membina tamadun material. Justeru pembangunan jiwa ini seharusnya diaplikasikan dengan sebaik mungkin untuk memastikan tamadun material yang akan terbina kelak tidak akan sia-sia. Namun untuk memastikan cita-cita tersebut tercapai, jiwa insan perlulah diisi dengan perasaan cintakan Allah dan Rasul serta cinta kepada kehidupan akhirat. Ini seterusnya akan dapat menyedarkan manusia tentang matlamat hidupnya di atas muka bumi ini. Dan di sini seluruh manusia perlu memikul dua tanggungjawab utama iaitu selaku hamba Allah dan selaku khalifah Allah. Sebagai hamba Allah, manusia dikehendaki mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Zariat ayat 56 yang bermaksud : 'Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku'. Mengabdikan diri kepada Allah termasuklah melaksanakan seluruh perintah dan menjauhi segala laranganNya dan juga mengekalkan rasa kehambaan. Sebagai khalifah Allah pula, manusia telah dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan muka bumi Allah ini berpandukan segala hukum-hakam dan syariat Allah dalam segenap aspek kehidupan seperti bidang ekonomi, perubatan, pertanian, sains, teknologi, pendidikan dan sebagainya. Justeru kesedaran terhadap tanggungjawab ini yang lahir dari jiwa seorang mukmin yang sebenar, sudah pasti dapat membawa perubahan kepada ummah dan seterusnya mengembalikan kegemilangan Islam seperti suatu waktu dahulu. Pembangunan Mental Pembangunan insan juga mestilah menitikberatkan pembangunan mental (akal). Akal manusia mestilah diisi dengan pelbagai jenis ilmu yang dianjurkan oleh Islam untuk mempelajarinya. Antara ilmu yang perlu dititikberatkan ialah ilmu berkenaan dengan Fardhu Ain seperti ilmu Tauhid, Feqah dan juga Tasawwuf serta ilmu-ilmu pengetahuan yang lain seperti ilmu Sains dan Geografi. Melalui ilmu tersebut, para pelajar tidak akan sahaja mengenali hakikat sesuatu kejadian berdasarkan kepada sifat tabiinya sahaja, bahkan mereka akan cuba berfikir bahawa di sebalik segala kejadian tersebut, ada Penciptanya iaitu Allah s.w.t. Kesan sampingan yang akan timbul ialah mereka akan berasa takjub atas kekuasaan Allah ini dan seterusnya akan mendorong jiwa mereka untuk tunduk patuh kepada perintah-Nya. Selain daripada pengisian ilmu yang bermanfaat, akal juga haruslah dibangunkan dan dibentuk melalui perbincangan, penyelidikan dan juga pembacaan. Aktiviti-aktiviti lain seperti mengembara dan melancong juga akan dapat menajamkan akal. Sewaktu mengembara, kita tentunya akan memperolehi banyak

pengalaman, pengajaran dan hikmah kejadian alam sejagat. Bermusyawarah dan berbincang juga secara tidak langsung akan dapat menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam kepada akal kita. Di samping itu, Islam juga menganjurkan kita supaya menjaga adab-adab bermusyawarah supaya manfaatnya akan terhasil semaksima mungkin. Hasil perbincangan dan penyelidikan tentang sesuatu perkara seperti muzakarah tentang hukum, sudah tentu dapat dimanfaatkan oleh sekalian muslimin. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl ayat 125 bermaksud : 'Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk'. Pembangunan Fizikal Sekiranya jiwa dan akal sahaja dibangunkan, tetapi fizikal lemah, maka tamadun Islam dan peribadi muslim juga akan terhalang pembinaannya. Kalau diamati, apakah faedah yang dapat diperolehi daripada seorang manusia yang lemah tubuh badannya, tidak bermaya dan lesu? Setiap masa ditimpa dengan pelbagai jenis penyakit. Kita tidak menafikan bahawa sakit itu merupakan ujian dari Allah s.w.t. Namun demikian, seseorang manusia itu tidak boleh menempah maut dengan membiarkan dirinya diselubungi dengan pelbagai jenis penyakit yang mungkin boleh membawa maut. Oleh itu, kita perlu memiliki fizikal yang sihat untuk membina tamadun Islam selaras dengan kehendak Allah s.w.t yang mahukan hamba-Nya menjadi khalifah di muka bumi ini. Tubuh yang sihat akan melahirkan akal yang sihat, seterusnya dapat merancang pelbagai perkara untuk manfaat umat Islam sejagat. Untuk meningkatkan taraf kesihatan diri, kandungan makanan yang diambil perlulah seimbang iaitu memenuhi segala keperluan seperti protein, karbohidrat, garam galian, vitamin dan sebagainya. Makanan yang akan diambil juga mestilah berpunca daripada sumber yang halal dan cara penyediaannya juga mestilah mengikut kehendak syarak. Ini amat bersesuaian dengan maksud firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat 172 : 'Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya' Segala adab makan dan minum yang telah dianjurkan oleh Islam juga perlulah diamalkan. Di samping itu juga, kita perlu melakukan aktiviti senaman untuk membina badan yang sihat dan minda yang cerdas. Setelah memenuhi kesemua aspek yang telah diterangkan tadi, maka kita akan dapat merasakan berlakunya suatu perubahan yang amat ketara di dalam jiwa dan minda kita. Dan di sini sudah tentunya proses pembinaan insan sudah mula tercapai dengan sebaik yang mungkin. Kesan Perubahan Setelah proses pembinaan insan sudah meresap di dalam diri dan minda kita, maka sudah tentulah mudah untuk kita mencurahkan segala sumbangan yang bermanfaat sama ada untuk kebaikan agama, masyarakat dan juga negara. Dari segi agama kesan perubahan kepada penghayatan Islam yang sebenar, sudah tentu dapat mengelakkan sebarang perselisihan ataupun kekeliruan berkenaan perkara-perkara asas dalam agama Islam itu sendiri. Malahan jauh sekali untuk kita mengenepikan golongan ulama yang merupakan pewaris para nabi di dalam hal-hal yang berkaitan dengan ajaran Islam. Di samping itu, generasi yang mantap pembinaan peribadinya akan mampu memainkan peranan untuk mengembangkan penghayatan Islam itu sendiri. Ini secara jelas telah disebut oleh Allah s.w.t di dalam

surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud : 'Kamu (wahai umat Muhammad ) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)'. Proses untuk mengembangkan penghayatan Islam itu boleh dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan juga cara-cara yang formal atau tidak formal untuk memastikan penghayatan Islam itu akan mencapai matlamatnya semaksimum yang mungkin. Suasana ini bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan berdisiplin tetapi ianya juga akan dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai imej yang tinggi, mendapat keberkatan dari Allah s.w.t dan meletakkan Islam di tempat yang selayaknya di atas muka bumi ini. Sumbangan kepada negara juga dapat dicapai dengan menjauhkan sentimen perkauman ataupun perasaan anti pembangunan. Umat yang terbaik ialah umat yang berfikiran secara optimis dengan melihat bahawa setiap pembangunan yang dilaksanakan ada kebaikannya. Namun, pembangunan material dan pembangunan insan mesti dipastikan berjalan seiringan di antara kedua-duanya. Ini penting supaya negara yang wujud kelak berkeadaan aman dan makmur serta terhindar dari segala unsur-unsur yang boleh memusnahkan pembangunan ummah dan negara itu sendiri. Apabila sesebuah masyarakat itu kukuh, maka akan lahir pula tokoh-tokoh yang berwibawa yang menjadi pemimpin bagi setiap kelompok masyarakat. Kesimpulannya, tuntutan penghayatan hijrah dalam erti kata perubahan diri dari segi jiwa, mental dan fizikal kini semakin mendesak. Ini memandangkan kepada suasana sosial yang semakin parah dewasa ini. Umat Islam kini tidak ada pilihan lain selain daripada merealisasikan tuntutan hijrah dalam pengertiannya yang sesuai bagi menjamin kejayaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Pelbagai cara dan pendekatan telah diambil oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memantapkan lagi proses pembinaan insan yang berkualiti dan bertakwa. Namun, apa yang pentingnya ialah inisiatif dalam diri kita untuk mengaplikasikan konsep hijrah itu sendiri. Dan perlu juga diingatkan bahawa segala usaha yang dibuat bagi pembinaan insan yang kamil dari segi jiwa, mental dan fizikal hendaklah berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Ini bersesuaian dengan hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud : 'Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, di mana kamu semua tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul'. (Hadith Riwayat Imam Malik)
Tarikh : 20 September 2005 [Ruzita Binti Mokhtar] Editor : PRO JAKIM [Zakaria Bin Othman] Hits : 10586

kontrak sosial - pelengkap perpaduan dan integrasi nasional
Kontrak sosial ± akhir-akhir ini antara isu panas diperbincangkan. Ianya bersifat sejarah silam yang perlu diulangkaji/dipelajari semula. Perbincangan mengenainya menyentuh persoalan ketuanan Melayu, sebagai bangsa asal yang membentuk kerajaan sebelum

mencapai kemerdekaan. Kontrak sosial ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara dua pihak atau lebih samada secara bertulis atau lisan. Contoh jelas mengenainya ialah Piagam Madinah ± perjanjian antara kaum Muhajirin dan kaum Ansar yang diilhamkan oleh Nabi Muhammad SAW, mengandungi 47 pasal yang dipersetujui dan sekali gus Negara Islam pertama di dunia terbentuk. Di Malaysia, kontrak sosial wujud di antara orang Melayu dengan orang Cina serta India, dan pada hari ini merangkumi kaum Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak. Tujuan kontrak sosial: a. Untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing-masing. b. Memastikan kepentingan majoriti dan minoriti diambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing. c. Memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan d. Memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada jenerasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan. Kontrak sosial merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa perjuangan kemerdekaan ± dalam perlembagaan merupakan penggantian beri memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14 ± 18 berkenaan pemberian kewarganegaraan Tanah Melayu kepada kaum imigran bukan Melayu, dan Perkara 153 ± memberikan hak istimewa kepada rakyat Melayu/bumiputra. Isu ini diperbincangkan, sebab: a. Kurang kefahaman sebilangan rakyat Malaysia mengenainya b. Kurangnya usaha memberikan kefahaman dan penerangan c. Salah faham mengenai konsep ini d. Mungkin pendekatan memberikan penerangan/pefahaman mengenai konsep ini tersasar/salah/tidak tepat Perlembagaan dan kontrak sosial perlu dihormati oleh semua rakyat Malaysia ± yang berbilang kaum, keturunan, agama, kepercayaan dan budaya. Perlu paling saling hormat menghormati. Sejarah Negara tidak boleh direka reka. Justru, semua rakyat mesti memahami dan menghayatinya tanpa mengira apa-apa kecondongan/kelainan/berbeza pendirian, parti politik umpamanya. Konsep Ketuanan Melayu ± tidak sekali-kali membawa konotasi perhubungan µtuan¶ dengan µhamba¶. Ianya wujud kerana hasil gambaran faktor demografi Negara dan kontrak social antara kaum menjelang Negara mencapai kemerdekaan. Isu diperdebat/dikaitkan dengan kontrak social/Ketuanan Melayu ialah Perkara 153 ± memaktubkan hak-hak istimewa orang Melayu, merupakan satu-satu bukti ketuanan Melayu dalam kontak politik realiti di Negara kita. Kaum bukan Melayu sering mempertikaikan kontrak sosial ± padahal perjanjian yang tidak didokumenkan itu dibuat bagi mengiktiraf kewarganegaraan imigran yang berminat selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Kepada bukan Melayu, yang ingin tinggal tetap mereka membuat pengakuan kepada orang Melayu melalui pemimpin Melayu bahawa mereka akan sentiasa sedar dan insaf bahawa orang Melayu adalah penduduk asal Negara ini dan sejak dari sekian lama dulu. Hak keistimewaan orang Melayu yang sering dipersoalkan: a. Agama Islam b. Bahasa Melayu c. Kedudukan raja-raja Melayu d. Adat resam/budaya Melayu e. Tanah rizab Melayu

Gagasan 1Malaysia Kebetulannya pula YAB Perdana Menteri mahukan penerapan konsep 1Malaysia: antara lain hendaklah memupuk perpaduan dalam kepelbagaian ± pendekatannya memerlukan kita lihat semula sejarah pembentukan dan kewujudan Negara bangsa bermula sebelum kerajaan Melayu Melaka sehingga lahir Persekutuan Tanah Melayudan kemudian Malaysia; kesejahteraan dan kemakmuran bersama; dan menghormati dan mengiktiraf hak setiap warganegara ± sesuai dengan setiap peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pelaksanaannya harus tidak sama sekali dikompromikan dengan kepentingan dan kedudukan kaum Melayu apatah lagi menjejaskan akan hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan atau mengubah nasib bahasa Melayu yang termaktub dalam Perkara 152. Sesuai dengan konsep penerimaan, bermaksud walaupun rakyat pelbagai kaum, secara hakikatnya masih belum serasi sepenuhnya antara satu sama lain tetapi mereka mengamalkan toleransi dan menerima yang lain sebagai rakan yang setia. Kita harus menerima pola masyarakat majmuk di Negara kita sebagai satu kekuatan dan menerima kaum lain sebagai rakan setia kita. Dalam kenegaraan, antara yang penting rakyat hendaklah mengetahui peranan pengasas Negara seperti Tunku Ab Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan. Oleh itu, apabila kita tahu sejarah Negara maka kita juga tahu di mana kita berada dan apakah hala tuju Negara di masa hadapan. Berhubung dengan keadilan social, menjelaskan bahawa setiap kaum di Malaysia tanpa mengira latar belakang atau agama diberikan keadialan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang lain. Justru, semua pihak seharusnya tidak membuat sebarang kenyataan yang keterlaluan, yang boleh mencetuskan rasa tidak senang, sehingga boleh menjejaskan perpaduan kaum dan keselamatan Negara. 1Malaysia itu, diwujudkan untuk meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional. Kenyataan yang disuarakan hendaklah tidak keterlaluan dan mesti ada had/batasannya dari segi apa yang boleh disuarakan, seperti yang telah disuarakan oleh Hindraf, sepatutnya mereka menghayati perpaduan nasional sebagai tonggak kejayaan Negara selama ini. Perpaduan kita nikmati sekarang hendaklah berdasarkan tiga paksi utama: konsep penerimaan, prinsip kenegaraan dan konsep keadilan sosial. Menghayati perkara ini, hendaklah ditumpukan segala usaha bagi menggembelingkan perpaduan dengan genarasi muda, dengan melibatkan semua kaum dapat mengimbas semula, selain menanam semangat cintakan tanah air dengan lebih pro aktif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni yang telah sepatutnya sebati dengan masyarakat Malaysia. Harapan adalah melalui 1Malaysia ini, peningkatan kearah penghayatan lebih mendalam mengenai soal perpaduan nasional dan tidak menggunakan konsep ini oleh sesiapa untuk membuat desakan dan tuntutan yang keterlaluan dan tidak munasabah sehingga boleh mencetuskan ancaman kepada keselamatan Negara. Meningkatkan kesedaran rakyat berbilang kaum tentang betapa pentingnya perpaduan Negara dan integrasi nasional dipelihara dan dikekalkan bagi membentuk satu Negara yang harmoni, setabil dan sejahtera. Menyemarakkan semangat patriotik, ketaatan dan perasaan cintakan Negara; membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat berbilang kaum supaya menjadikan elemen sebagai teras dalam setiap tindakan dan interaksi. Ramuan kepada pembentukan 1Malaysia, hendaklah dengan mengutamakan penglibatan warga muda/belia supaya dapat dibajai dan dipupuk dengan konsep perpaduan dan integrasi yang kental. Pendekatan ini sangat mustahak bagi mewujudkan 1Malaysia ± bagi menjamin keutuhan dan kebersatuan negara Malaysia dapat dikekalkan. Bagi mencapai hasrat wawasan ini, sistem pendidikan kita hendaklah mempastikan pengajaran mata pelajaran

sejarah tidak dibuat secara sambil lewa. Ianya memerlukan komitmen tinggi, kental dan berterusan dan mesti dilaksanakan melalui sistem pendidikan nasional yang terancang.
rukunegara Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden: Ikrar Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA Kepercayaan kepada Tuhan Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat. Kedaulatan Undang-Undang Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi

terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Prinsip Ke Lapan KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL oleh: Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Bin Hassan Panel Pemikir Islam Hadhari

1.

PENDAHULUAN

Usaha negara-negara moden pada abad ke-20 untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang pesat, kemajuan teknologi yang membanggakan dan modenisasi masyarakat secara menyeluruh telah berjaya menjadikan negara-negara tersebut terkenal sebagai ³developed´ (maju), ³advanced´ (terkehadapan) atau ³fully industrialised countries´ (negeri-negeri yang telah mencapai kemajuan perindustrian sepenuhnya). Tetapi kemajuan dan modernisasi yang dicapai khususnya oleh negaranegara Barat itu juga telah menghasilkan, pada umumnya, kelunturan nilai-nilai budaya, kelonggaran nilai-nilai moral dan keterasingan nilai-nilai agama. Banyak negara umat Islam yang baru mencapai kemerdekaan politik daripada kongkongan penjajahan Barat turut melaksanakan model pembangunan atau modernisasi negara ala Barat dan natijahnya, antara lain, ialah proses pembaratan budaya tempatan dan pencairan nilai-nilai moral yang merisaukan. Modernisasi sekular yang digembargemburkan sebagai agenda perubahan yang rasional dan teknologikal rupa-rupanya telah menanamkan akar-akar budaya asing atau westernisasi dan sekularisasi yang bertentangan dengan ajaran agama dan sistem moral orang Islam atau orang Timur. Apabila budaya tempatan sudah tidak berdaya lagi menahan arus westernisasi dan sistem moral keagamaan pun menjadi lemah di bawah tekanan dan asakan sistem moral yang liberal, relatif dan agresif, maka negara dan rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa neo-kolonialisme budaya. Pada waktu itu identiti budaya dan keutuhan moral masyarakat kita tidak akan bererti lagi. 2. CABARAN GLOBALISASI DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Memasuki abad ke-21, negara Malaysia dan umat Islam berhadapan pula dengan tiga gelombang besar ± globalisasi, ledakan teknologi maklumat dan ekonomi pengetahuan atau maklumat (knowledge-driven economy). Ketiga-tiga gelombang ini juga bermula dari negara-negara Barat yang kaya dan kuat, dan dalam tata dunia yang baru (³New World Order´) di bawah pimpinan negara Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya, ketiga-tiga gelombang itu merupakan cabaran hebat yang sekaligus membuka peluang-peluang tertentu bagi negara-negara sedang membangun untuk berada dalam arus perdana dalam hubungan antarabangsa. Melalui gelombang globalisasi, pengaruh kekuatan ekonomi negara-negara kaya dan kepentingan korporasi gergasi multinasional dapat menguasai ekonomi dunia di samping menyebar luaskan hegemoni politik kapitalisme antarabangsa. Di bawah dasar liberalisasi dan deregulasi perdagangan antarabangsa pimpinan World Trade Organisation, globalisasi yang didukung oleh kuasa korporat global memberikan peluang besar kepada mereka untuk mengeksploitasi ekonomi negara-negara membangun, termasuk Malaysia. Situasi ini akan mempercepatkan proses homogenisasi budaya secara global di mana negara yang kuat akan mempengaruhi negara yang lemah. Pada waktu itu ciri-ciri luhur dalam budaya Malaysia dan sistem nilai agama dan tradisi yang mendasarinya akan dihimpit dan digugat oleh gagasangagasan atau aliran-aliran kebudayaan asing yang berjiwa materialistik, sekularistik, relativistik, neomodernistik, hedonistik atau permissive (serbaboleh). Aliran-aliran yang ingin melemahkan pengaruh nilai-nilai budaya, agama dan moral tempatan itu dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik tempatan atau antarabangsa yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa mempedulikan isu tanggungjawab sosial atau moral. Pelbagai saluran akan digunakan untuk mencapai matlamat ekonomi dan budaya bebas mereka, termasuk industri-industri pengiklanan, perfileman, fesyen, muzik, hiburan, pelancongan, media cetak, media elektronik dan Internet. Dalam masyarakat yang sarat dengan nilai-nilai kebebasan individu di luar kawalan agama dan pandangan hidup sekularistik, telah muncul di akhir abad ke-20 gerakan-gerakan sosial yang memperjuangkan kebebasan seks, penggunaan marijuana, hak pengguguran anak, kebebasan pelacur-pelacur (yang dikenali sebagai ³sex workers´), perkahwinan sejenis dan hari-hari perayaan golongan ³gay´ yang disambut secara besar-besaran. Satu contoh gerakan yang benar-benar merbahaya dan mencabar budaya manusia bertamadun dan nilai-nilai agama tradisional dan moral yang suci ialah perjuangan masyarakat liberal Barat untuk menjayakan konsepsi keluarga yang tidak lagi terdiri dari lelaki dan perempuan, suami isteri dan anak-anak yang sah. Konsep ini diperjuangkan pertama kali dalam persidangan United Nations Conference on Population and Development di Cairo pada 1994 dan kemudian di Beijing pada tahun 1995. Seiring dengan itu diperjuangkan juga supaya dihalalkan hubungan seks sebelum nikah kerana hal ini sudah menjadi lumrah di negara-negara maju teknologi. Aliran-aliran seperti ini, sama juga dengan aliran-aliran sastera bebas ala Salman Rushdie, bertitik tolak daripada sikap atau keyakinan sebahagian manusia moden bahawa nilai-nilai agama, budaya dan moral sudah lama ketinggalan zaman dan manusia dengan kepintaran dan kehebatan teknologi inteleknya sahaja boleh mendapat makna hidup dan kesejahteraan tanpa bimbingan agama samawi atau moral yang berteraskan ajaran agama. Dengan kemajuan sains dan teknologi yang canggih, isu kejuruteraan genetik dan ³cloning´ tampil dengan pelbagai harapan untuk kemajuan bidang ilmu kedoktoran dan pertanian, tetapi ia juga mengundang beberapa persoalan besar serta kebimbangan yang mempunyai implikasi etika dan budaya yang sangat besar. Bagi sebuah tamadun yang tidak didirikan atas dasar agama, sains dan teknologi sahajalah yang menjadi sumber jawapan tentang baik buruknya sesuatu hasil penemuan sains atau halal haramnya sesuatu teknologi baru. Bagi umat Islam di Malaysia atau di mana sahaja yang berpegang teguh kepada agamanya, ketinggian tamadun tidak boleh dipisahkan daripada keteguhan agama dan keutuhan akhlak. Oleh yang demikian hasil kemajuan sains dan teknologi dalam sesuatu negara atau tamadun yang berteraskan Islam tidak ditolak selagi ianya tidak bercanggah dengan ajaran agama dan nilai-nilai moral yang luhur. Kehebatan kemajuan ilmu sains dan teknologi manusia moden masa kini mungkin merupakan satu daripada faktor yang menyebabkan negara-negara atau masyarakat moden merasa tidak perlu berpegang kepada ajaran agama tradisional atau menghormati sistem-sistem moral tradisional yang

dianggap sudah lapuk dan tidak sesuai dengan kepentingan negara atau politik masing-masing. Di dalam dunia pasca Perang Dingin dan pasca keruntuhan ideologi Komunis, banyak sekali berlaku tindakan-tindakan ketenteraan, politik dan ekonomi negara-negara kuasa besar yang merupakan penindasan, kezaliman dan ketidakadilan terhadap negara-negara kecil bukan Barat termasuk negaranegara orang Islam seperti Bosnia-Herzegovina, Palestin, Afghanistan, Iraq, Libya, Sudan, Iran dan Syria. Tindakan-tindakan unilateral dan tidak berperikemanusiaan itu menunjukkan bahawa dalam tata dunia baru atau politik antarabangsa, ³might is right´ dan keunggulan kuasa ekonomi kapitalisliberal membolehkannya menyebarluaskan pengaruhnya sesuka hati. Pemimpin-pemimpin negara atau parti pemerintah negara yang sedang membangun yang tidak mempunyai integriti moral yang utuh dan tidak berpegang kepada nilai-nilai budaya yang luhur akan mudah dimanipulasi untuk membuka jalan bagi membolehkan kemasukan kepentingan-kepentingan ekonomi, politik dan budaya pihak kuasa besar dalam negara berkenaan. Ini adalah sebahagian daripada cabaran globalisasi dan liberalisasi yang harus ditangani secara bijak oleh pemimpin dan rakyat Malaysia. 3. KEBIMBANGAN TERHADAP KELUNTURAN BUDAYA DAN MORAL

Cabaran terhadap keutuhan budaya dan moral umat daripada ledakan dan gelombang teknologi maklumat dalam era globalisasi kini tidak kurang hebatnya. Internet, umpamanya, membolehkan penggunanya menimba segala jenis ilmu pengetahuan dan maklumat dengan mudah, tetapi pada masa yang sama ia mengandungi banyak sekali maklumat yang bersifat destruktif, tidak bermoral dan bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan etika umat beragama. Pendedahan kanak-kanak, golongan remaja dan orang dewasa kepada bahan-bahan yang bersifat erotik dan lucah di dalamnya boleh menimbulkan sindrom ketagihan yang bakal merosakkan peribadi dan moral para penagihnya. Begitu mudah dan cepat sekali bahan pornografi atau laman ³adult´ berada di depan mata untuk menggugat iman seseorang pengguna hanya dengan beberapa taipan kata kunci pada papan kekunci lalu diklik pada tetikus untuk melakukan ³dosa di hujung jari´. Baru-baru ini masyarakat Malaysia dikejutkan dengan penemuan Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-Kanak betapa kanak-kanak dengan mudah terdedah kepada 1.5 juta laman web lucah. Di samping itu kita diberitahu bahawa wujud 33 juta laman pornografi yang dikunjungi setiap hari oleh pengguna Internet seluruh dunia. Kelonggaran nilai-nilai budaya dan moral di kalangan belia dan muda-mudi beragama Islam yang dicerminkan oleh budaya penagihan dadah, gejala HIV/AIDS, keganasan juvana, vandalisme terhadap kemudahan-kemudahan awam, minuman keras, merokok, merogol, meragut dan melepak menimbulkan kebimbangan yang mendalam tentang masa depan generasi muda, apa lagi kalau keadaan ekonomi negara menjadi lembab dan kadar pengangguran semakin membesar. Dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel baru-baru ini ramai peniaga melakukan penipuan dan tindakan-tindakan tidak beretika untuk meraih keuntungan, sementara ada bank-bank tempatan disyaki memanipulasi pasaran saham. Banyaknya kes-kes penipuan dalam pelbagai bidang pekerjaan di kalangan golongan dewasa sama ada dalam sektor swasta atau awam, menambah kebimbangan masyarakat tentang masa depan Malaysia menuju ke arah status negara maju pada tahun 2020. Untuk mencapai matlamat kesejahteraan sosial dalam sebuah negara Malaysia yang maju, kerajaan dan rakyat harus berganding bahu membenteras gejala sosial yang mengkhuatirkan, termasuk budaya suka berjudi, sindrom ingin cepat kaya, budaya tidak menepati waktu, tabiat suka mengotor, budaya mengejar glamor dan populariti murahan anjuran T.V. dan budaya fitnah memfitnah dalam dunia politik. Ketinggian dan kemajuan tamadun sesuatu bangsa boleh diukur dari segi kualiti manusianya dan pencapaiannya ± merangkumi dimensi-dimensi kebendaan, agama, keintelektualan, sains dan teknologi, kebudayaan, sistem ekonomi, sistem politik, sistem sosial, sistem pertahanan, sistem perundangan dan adat istiadat. Tetapi nilai-nilai kerohanian dan moral bangsalah yang menjadi asas

keutuhan budaya. Dari perspektif Islam, keutuhan budaya dan moral merupakan kriteria penting di dalam menilai makna kemajuan atau tamadun sesuatu bangsa. Undang-undang Tuhan dan undang-undang ciptaan manusia juga bertujuan untuk mencegah perbuatan yang tidak berakhlak atau beretika dan membangun masyarakat yang berakhlak mulia. Dengan adanya warga negara yang berkelakuan dan berinteraksi sesama manusia mengikut lunaslunas budaya yang baik dan nilai-nilai akhlak yang terpuji, masyarakat dan negara akan menikmati keamanan, keharmonian dan kesentosaan. Apabila budaya yang baik dan akhlak yang terpuji luntur, terhakis atau menjadi lemah maka kehidupan masyarakat akan dipenuhi dengan gejala kemungkaran, penipuan, kemaksiatan dan keganasan. Apabila para pemimpin atau golongan berkuasa tidak lagi berpegang kepada budaya yang baik dan akhlak yang terpuji, negara atau tamadun akan menjurus ke arah kehancuran. Inilah yang dapat kita pelajari daripada kajian sejarah naik turunnya tamadun-tamadun besar dunia zaman silam, seperti tamadun Yunani, Mesir, Rom dan China. Kehebatan teknologi, ketenteraan dan kebendaan tidak dapat menyekat proses keruntuhan dalamannya yang bermula dari kerosakankerosakan moral dan etika golongan-golongan atasan, para penguasa dan para pembesar negara. Kerana itulah al-Qur¶an berkali-kali menyeru supaya manusia menjelajah bumi dan mengkaji sejarah tamadun-tamadun zaman silam untuk mengetahui sebab-sebab kehancurannya dan kemusnahannya, lalu mengambil iktibar supaya hal-hal yang sama dapat dihindari dan dijauhi demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat dan tamadun yang muncul kemudian. Kita di Malaysia sudah pasti tidak mahu berada dalam keadaan di mana kemajuan ekonomi dan teknologi negara meningkat dan menyamai negara-negara maju tetapi gejala sosial, kemerosotan akhlak, ketidaksopanan dan ketandusan etika menjunam ke tahap yang parah dan sukar dipulihkan. Itulah sebabnya dalam Wawasan 2020 Malaysia mahu mencapai kemajuan mengikut ³acuan kita sendiri´ dengan mengintegrasi ajaran-ajaran agama, budaya yang baik dan nilai-nilai akhlak yang mulia dan terpuji. 4. KEUTUHAN BUDAYA DAN CABARAN-CABARAN TERHADAPNYA

Pendekatan Islam Hadhari bermatlamat mencapai kemajuan yang menyeluruh, bagi umat Islam dan juga negara Malaysia, termasuk dalam bidang budaya dan moral masyarakat. Oleh kerana ruang lingkup budaya itu luas dan ianya mengalami perubahan dari zaman ke zaman dan dari tempat ke tempat, pemilihan harus dibuat oleh pemimpin masyarakat dan pelaksana dasar ini untuk a) membangun, menyuburkan dan mengutuhkan aspek-aspek dan ciri-ciri budaya yang positif, membina dan bermanfaat, dan b) tidak menggalakkan, meninggalkan atau memberhentikan ciri-ciri budaya yang negatif, merosakkan dan tidak membantu proses pembangunan masyarakat atau negara yang hadhari. Langkah ini menepati prinsip pertama pendekatan Islam Hadhari iaitu ³Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah´ dan juga prinsip yang terkenal di dalam Islam sebagai ³Amar Makruf dan Nahi Munkar´ (menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran). Budaya adalah sesuatu yang berubah mengikut perubahan masa dan tempat. Ada budaya yang menjadi penghalang kepada kemajuan masyarakat dan ada budaya yang membawa kepada kebaikan, kecemerlangan dan ketinggian bangsa dan negara. Budaya yang baik yang perlu kita suburkan sehingga ia menjadi benar-benar utuh dan mewarnai identiti positif umat Islam dan menaikkan imej negara Malaysia ialah budaya yang mengandungi ciri-ciri berikut:4.1 Penghayatan agama yang mantap, konsisten, bijaksana, harmonis, sederhana dan toleran; tidak fanatik, ekstremis atau kasar dalam hubungan dengan penganut agama-agama lain. 4.2 Penguasaan ilmu yang berguna dan pemberian nilai dan kehormatan yang tinggi kepada para ilmuwan, kesarjanaan dan kebijaksanaan; institusi-institusi pendidikan diberi keutamaan dan kebebasan akademik dan penyelidikan di pusat-pusat pengajian tinggi digalakkan; amalan membaca menjadi ciri masyarakat dan perbincangan atau wacana ilmiah disuburkan; ilmu aqli (intellectual knowledge) dan ilmu naqli (revealed knowledge) digabungkan supaya wujud keharmonian antara sains, teknologi dan agama.

4.3 Hormat dan patuh kepada Perlembagaan, undang-undang, peraturan-peraturan, perjanjian, kontrak sosial dan adat resam yang menghargai budi, sikap berterima kasih, sopan santun, bahasa yang beradab dan tingkah laku yang tidak kasar, biadab atau gelojoh. 4.4 Kebebasan and ketelusan institusi kehakiman yang menjamin keadilan dan kesamarataan di hadapan undang-undang atau hukum Tuhan; perlantikan para hakim yang dibuat di atas dasar yang objektif, telus dan adil, terlepas dari sebarang unsur bias, pengaruh kepentingan diri, keluarga atau parti; pengadilan yang tidak dipengaruhi oleh rasuah atau paksaan dari pihak eksekutif; para pelaksana hukuman yang menjalankan tugas dengan adil, cekap dan bermoral. 4.5 Pentadbiran dan pemerintahan yang cekap, amanah, mesra rakyat, mesra alam dan tidak tunduk di bawah pengaruh rasuah, bebas daripada penyalahgunaan kuasa atau kedudukan, bersih dari kronisme, nepotisme atau hubungan sulit dengan kepentingan-kepentingan perdagangan atau industri di dalam atau di luar negara; nilai-nilai dan prinsip integriti diterapkan di dalam setiap lapisan pengurusan, daripada pemimpin yang berada di atas kepada pekerja yang berada di bawah; rasuah dan penyalahgunaan kuasa dianggap bukan sekadar jenayah tetapi sebagai dosa besar di sisi agama. 4.6 Budaya politik yang demokratik, patriotik dan beretika; kuasa politik dianggap sebagai amanah Tuhan dan rakyat, bukan untuk memenuhi kepentingan diri atau keluarga tetapi untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara; parti politik adalah alat dan bukan matlamat, oleh itu perjuangannya tidak sampai terkeluar daripada batas moral atau menjejaskan perpaduan negara, keharmonian antara kaum dan antara agama serta kestabilan politik; kerjasama antara kaum dan perkongsian kuasa berdasarkan kepada prinsip menghormati perbezaan pandangan, menghormati peruntukan Perlembagaan dan menghormati ketetapan-ketetapan negara berkaitan dengan perkara-perkara sensitif seperti kuasa Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu dan hak-hak istimewa kaum Bumiputera; terdapat usaha yang jujur dan berkesan untuk mencegah dan menghapuskan budaya rasuah dalam parti politik yang jelas bertentangan dengan hukum dan nilainilai Islam serta etika. 4.7 Budaya kerja yang menekankan nilai kerajinan, ketekunan dan penjagaan waktu; wujudnya piawaian mutu produk dan produktiviti serta piawaian sistem pengurusan yang cekap dan efektif; wujudnya minda dan sikap yang menentang kemalasan, kecuaian dan ketidakseriusan dalam bekerja; wujudnya kefahaman yang meluas bahawa sebarang kerja yang baik dan berguna untuk kepentingan negara atau masyarakat adalah suatu jenis ibadah dan amal soleh yang mendapat ganjaran daripada Allah di dunia dan di akhirat; wujudnya sistem yang tidak menindas gologan pekerja. 4.8 Kedaulatan Bahasa Kebangsaan dijaga, dipupuk dan dipantau kemajuannya walaupun penguasaan bahasa-bahasa asing seperti Inggeris atau Jepun digalakkan; rakyat berbilang kaum dapat menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan masyarakat majmuk dengan baik di samping bahasa ibunda masing-masing; sikap pragmatisme ekonomi yang mengenepikan Bahasa Kebangsaan perlu dikawal atau dicegah. 4.9 Kegiatan kesusasteraan yang mendukung nilai-nilai murni, positif, membangun minda dan memajukan pemikiran rakyat; kemajuan dalam bidang puisi, novel, cerpen dan drama berjalan selari dengan wawasan kemanusiaan yang beradab dan kesucian agama. 4.10 Kesenian yang mengekalkan keaslian yang murni sambil mencari manifestasi-manifestasi baru dan kreatif tanpa mengorbankan nilai-nilai atau bentuk-bentuk asli yang indah dan bermakna; tidak wujudnya penggiat seni yang hidup di luar batas-batas kesusilaan atau budaya yang beretika. 4.11 Budaya pakaian yang menghormati batas-batas agama dan kesusilaan tradisional; aliran-aliran fesyen yang merupakan tiruan dunia fesyen barat atau timur untuk kepentingan kebendaan perekapereka fesyen yang tidak mengindahkan nilai-nilai moral atau agama tidak digalakkan; bagi orang Islam fesyen-fesyen pakaian yang menepati kehendak agama dan moral umat Islam boleh dipopularkan atau dipasarkan di dalam dan di luar negeri. 4.12 Adat makan minum yang tidak melibatkan perkara-perkara atau perlakuan haram walaupun bentuk-bentuk dan jenis-jenisnya sentiasa berubah mengikut selera pengguna semasa; kecenderungan ke arah ketagihan merokok dan meminum minuman keras di kalangan orang Islam perlu dikawal. 4.13 Budaya hiburan melalui muzik, tarian dan pementasan yang tidak melampaui batas kewajaran yang dibenarkan agama dan moral; kecenderungan pemuda pemudi beragama Islam untuk terlibat dalam budaya hiburan melalui konsert-konsert yang terlalu bebas kerana mengikuti aliran dan gaya baru Barat yang bersifat terlalu liberal dan memberangsang nafsu seks tidak harus dibiarkan merebak dan merosakkan tata susila dan norma-norma umat Islam; stesen-stesen TV milik kerajaan tidak wajar memberi galakan atau ruang dan masa yang istimewa kepada aliran-aliran atau programprogram hiburan yang merendahkan akal budi generasi muda dan secara tidak langsung menggalakkan pergaulan bebas lepas antara lelaki dan perempuan walaupun program-program itu

berhasil membawa keuntungan besar kepada pihak penaja dari luar atau dalam; mengekalkan budaya hiburan yang sederhana lagi mendidik minda dan tidak menjolok mata adalah penting dalam mengejar kemajuan mengikut ³acuan kita sendiri´ dan membenteras gejala sosial yang melanda golongan remaja Malaysia hari ini. 4.14 Tradisi keluarga yang memupuk nilai-nilai murni seperti keibubapaan yang bertanggungjawab, kehormatan dan kesetiaan anak kepada ibu bapa dan orang tua, perhubungan yang mesra antara generasi, ibu bapa yang menunjukkan contoh tauladan yang baik dalam mendidik anak supaya berakhlak mulia sepanjang hayat, rumah tangga yang menjadi tempat perlindungan yang paling selamat, tenteram dan membahagiakan penghuninya; amalan hidup berjiran yang saling menghormati, bekerjasama untuk kesejahteraan sosial tanpa mengira kaum atau agama. 4.15 Adat perkahwinan yang menekankan nilai kesederhanaan dan tuntutan agama supaya ianya tidak dianggap oleh mereka yang ingin berkahwin sebagai suatu masalah besar yang terpaksa dipikul dengan beban hutang berpanjangan; 4.16 Kesenian tradisional atau moden yang tidak bercanggah dengan dasar iman dan akhlak mulia serta menyerlahkan identiti positif sesuatu kaum atau bangsa; kepelbagaian adat dan tradisi pelbagai kaum dan umat beragama dalam masyarakat Malaysia yang berinteraksi secara aman dan harmonis dipertahankan; aktiviti kebudayaan atau kesenian yang mengandungi unsur syirik, khurafat atau tahyul tidak dibenarkan kepada orang-orang yang beragama Islam. 4.17 Kegiatan menarik pelancong dari luar negara yang menonjolkan keunikan tempat-tempat percutian Malaysia, flora dan faunanya, cara hidup dan kebudayaan masing-masing kaum dan lain-lain tanpa merosakkan kesucian agama atau nilai-nilai moral masyarakat tempatan. 4.18 Kegiatan sukan untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat, kuat, berdaya saing dan terkenal dalam bidang-bidang tertentu tanpa meniru kelakuan-kelakuan atau kebiasaan-kebiasaan dari luar negara yang berlawanan dengan nilai-nilai moral masyarakat Malaysia; gelagat penonton tempatan yang tidak bersopan atau tidak menghormati undang-undang atau yang berakhir dengan keganasan jelas bercanggah dengan prinsip sukan yang berdisiplin dan beretika. 4.19 Kepimpinan masyarakat yang menekankan keutamaan memenuhi kepentingan orang ramai dan memberi perkhidmatan kepada rakyat secara amanah, bertanggungjawab dan berakhlak mulia sehingga dihormati dan diiktiraf sebagai orang-orang berkuasa yang mempunyai integriti tinggi sesuai dengan Dasar Integriti Nasional; perhubungan yang harmonis antara kaum, peningkatan semangat patriotik, semangat gotong royong dan perkhidmatan sukarela dari kalangan organisasi bukan kerajaan untuk kepentingan golongan miskin, golongan kurang upaya, golongan tua dan belia-belia bermasalah, serta keprihatinan terhadap kerosakan dan pencemaran alam sekitar harus menjadi agenda utama para pemimpin masyarakat dan wakil rakyat. 4.20 Tradisi menghidupkan bulan puasa di bulan Ramadan oleh umat Islam yang diisi dengan ibadat khusus di masjid-masjid seluruh Malaysia pada waktu malam tanpa menjurus kepada perbelanjaan terlalu besar di waktu siang; persiapan untuk merayakan Hari Raya Aidil Fitri harus dibuat mengikut garis panduan tradisi Islam yang menekankan semangat membantu golongan miskin dan melarat, kegigihan melawan dorongan hawa nafsu dan peningkatan ketakwaan kepada Allah, supaya pengaruh budaya konsumerisme dan komersialisme serta tarikan budaya hiburan, muzik dan tarian menjelang Hari Raya tidak menjejaskan makna sebenar berpuasa dan berhari raya. 4.21 Tradisi ³balik kampung´ menjelang Hari Raya atau cuti-cuti am rakyat Malaysia yang mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengukuhkan persaudaraan serta perpaduan masyarakat kota dan desa; tradisi ini memberikan pendedahan yang penting kepada generasi muda yang lahir di kota-kota besar untuk mengenali kehidupan, budaya dan adab masyarakat luar bandar termasuk peluang menziarahi tanah perkuburan orang-orang tua dan nenek moyang mereka. 4.22 Adab dan akhlak generasi muda yang mempunyai sikap mengenang budi, bersyukur kepada Tuhan dan manusia, tahu menunjukkan kesetiaan, penghormatan dan kelakuan yang bersopan dan berbudi bahasa terhadap ibu bapa, para guru, para pemimpin, orang tua, orang miskin, tetamu di rumah, orang kurang upaya, orang sakit dan anak-anak kecil tanpa mengira kaum atau agama; kekhuatiran para pemimpin dan ibu bapa di Malaysia dewasa ini tentang semakin merosotnya adab dan kesopanan, budi bahasa yang baik, sikap hormat dan bertimbang rasa terhadap orang lain di kalangan generasi muda Malaysia mempunyai asas yang kukuh kerana buktinya banyak dan tidak sukar ditemui. 5. KEUTUHAN MORAL DAN CABARAN-CABARAN TERHADAPNYA

Dalam perjalanan menuju matlamat kemajuan yang diidam-idamkan, masyarakat Malaysia dan umat Islam di dalamnya sedang berhadapan dengan gejala keruntuhan moral yang sungguh mengkhuatirkan. Ramai pemuda Melayu dan Bumiputera terperangkap dalam jeratan budaya penagihan dadah dan HIV/AIDS. Parti-parti politik digugat oleh amalan tak bermoral yang disebut sebagai ³politik wang´. Pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam digugat oleh wabak rasuah dan penyalahgunaan kuasa sehingga kerajaan terpaksa mewujudkan suatu Pelan Integriti Nasional dan sebuah institut untuk mengkaji langkah-langkah pelaksanaan pelan tersebut. Sektor swasta juga tidak terlepas daripada amalan rasuah dan skandal-skandal pengurusan dan kewangan. Pasaran saham digugat oleh manipulasi-manipulasi pihak yang ingin meraih keuntungan secara tidak beretika. Pekerja-pekerja asing diperlakukan sebagai hamba abdi dan pembantu-pembantu rumah diperkosa atau didera. Penderaan seksual sering menimpa pekerja perempuan dan banduan-banduan juga tidak bebas daripada tindakan-tindakan tidak bermoral ke atas mereka. Pembeli-pembeli rumah ditipu oleh pemaju-pemaju dengan pelbagai cara yang tidak beretika. Alam semulajadi musnah akibat diperkosa oleh proses pembangunan dan industri yang mementingkan keuntungan dan mengenepikan nilai-nilai moral dan kemanusiaan. Muda mudi Melayu hebat berpesta tanpa segan silu tetapi lemah dalam bidang ilmu pengetahuan. Perjudian dan pelacuran tidak dapat dibendung. Gejala sumbang mahram menjadi-jadi. Kes pembuangan bayi hasil daripada perhubungan seksual haram bertambah. Murid sekolah sering terlibat dalam vandalisme, keganasan dan amalan buli yang melampau. Pelajarpelajar IPTA dan IPTS terlibat dalam aktiviti seksual di luar kampus untuk menambahkan wang perbelanjaan hidup. Peminjam wang kerajaan malas dan enggan membayar hutang mereka. Pelbagai jenis perbuatan tidak beretika melibatkan pengusaha, pedagang, peniaga dan ahli korporat dilaporkan di akhbar hampir setiap hari. Banyak lagi kes-kes penipuan dan kemungkaran lainnya yang memalukan dapat disenaraikan di sini tetapi ruang tidak mengizinkan. Kesimpulannya ialah kita berhadapan dengan suatu kenyataan yang pahit: bahawa masyarakat Malaysia dewasa ini sedang menghadapi ancaman kemerosotan moral yang semakin meningkat dan dalam kes-kes tertentu semakin parah akibat dari kelunturan nilai-nilai murni dan kegagalan dalam penguatkuasaan undang-undang. Begitu juga dengan kes-kes jenayah mencuri, meragut, merompak, merogol dan membunuh. Keselamatan rumah tangga, kanak-kanak, harta benda, diri manusia dan persekitaran semakin tercabar oleh peningkatan kadar jenayah. Ancaman kemerosotan moral ini memberikan peringatan atau amaran awal yang jelas kepada kita bahawa sekiranya rakyat dan pemerintah tidak dapat meningkatkan keutuhan atau kekuatan moral masyarakat kepada keadaan yang lebih baik, negara akan berhadapan dengan krisis keruntuhan moral yang lebih besar. Beberapa cabaran besar terhadap keutuhan moral dan kekuatan etika masyarakat Malaysia dari perspektif akhlak Islam dapat dirumuskan seperti berikut:5.1 Cabaran daripada Arus Globalisasi, Liberalisasi dan Westernisasi

Arus-arus ini jelas membawa nilai-nilai budaya dan moral yang tidak mementingkan ajaran agama atau tata susila ketimuran yang menghormati tradisi-tradisi yang dianggap mulia. Nilai-nilai dan produk-produk tamadun yang berkaitan dengan seni, hiburan dan gaya hidup yang dibawa masuk ke dalam budaya kita banyak diwarnai oleh faham kebendaan, faham kebebasan individu manusia, faham kebebasan akal yang terlepas daripada bimbingan agama atau wahyu, konsumerisme, dan faham kebebasan sains dan teknologi daripada kawalan etika dan agama. Saluran yang digunakan untuk menyebarkan faham-faham atau trend-trend sekularisasi ini ialah institusi-institusi ekonomi, politik, pendidikan, media massa, industri hiburan, sukan antarabangsa dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Gaya hidup golongan menengah dan golongan belia-beliawanis masyarakat Malaysia menjadi sasaran utama arus globalisasi nilai-nilai sekularisasi dan liberalisasi. Oleh itu kefahaman agama yang betul dan penghayatan nilai-nilai agama dan moral di kalangan golongan muda menjadi satu daripada strategi penting dalam menjaga dan meningkatkan keutuhan moral masyarakat Islam. Di samping itu, cara menyampaikan ajaran agama Islam kepada generasai muda hari ini dan juga golongan menengah Islam mestilah dilakukan dengan mengambilkira cara berfikir, minda dan psikilogi kedua-dua golongan itu. Mereka hendaklah didekati dengan cara yang mesra pelanggan, simpati, sabar, rasional dan tidak memaksa. Guru agama dalam era globalisasi dan

IT ini harus mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang kemajuan sains, teknologi maklumat, kebudayaan, politik antarabangsa dan perkembangan ekonomi serta mempunyai kebolehan berkomunikasi secara bijaksana dengan golongan belia dan kelas menengah.

5.2

Cabaran daripada Penyalahgunaan Internet dan Telefon Bimbit

Pengunaan Internet dan telefon bimbit yang semakin meluas dalam masyarakat Malaysia adalah suatu perkara yang membanggakan selagi para pengguna menjadikan kehebatan teknologi maklumat ini sebagai sumber menambah ilmu pengetahuan dan maklumat, perniagaan maya, komunikasi dan pendidikan maya yang global dan pantas, dan perluasan jaringan kerjasama antarabangsa dalam pelbagai kegiatan yang baik, berguna dan bermanfaat untuk diri, masyarakat, agama dan negara. Yang menjadi masalah kepada budaya dan moral masyarakat Islam ialah aspek negatif dalam Internet dan penyalahgunaan teknologi komunikasi canggih yang semakin meningkat. Sebagaimana yang diketahui umum, Internet juga sarat dengan muatan maklumat dan bahanbahan lucah atau pornografik yang jelas bertentangan dengan ajaran agama atau nilai-nilai moral. Bahan-bahan lucah yang merosakkan nilai-nilai moral itu juga boleh didapati melalui telefon bimbit. Oleh kerana Internet dan telefon bimbit boleh dibawa ke dalam bilik tidur seorang pengguna atau pemuda dan boleh digunakan bila-bila masa secara perseorangan, industri seks haram dan industri perjudian menggunakan Internet dan telefon bimbit untuk menggoda para pengguna, khususnya golongan belia dan generasi muda. Di mana undang-undang manusia ternyata gagal menghalang kemaraan wabak online pornographyatau kebebasan berkomunikasi tanpa etika melalui Internet atau telefon bimbit, pertahanan yang terakhir kepada seorang pengguna Muslim ialah kekuatan imannya, kepatuhannya kepada ajaran agama, nilai-nilai murni dan ketaqwaannya kepada Allah. Dengan telefon bimbit pula semua orang boleh terdedah kepada penyalahgunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengganggu, menggugat, memfitnah, memaki hamun atau membuat panggilan lucah secara berleluasa tanpa si penerima mengetahui dari mana datangnya gangguan-gangguan tersebut. Cabaran moral yang baru daripada penyalahgunaan Internet juga datang daripada peluang-peluang untuk para pelajar dan pensyarah melakukan pelbagai jenis plagiarisme secara mudah. Kegiatan mencuri maklumat atau menerobos benteng-benteng keselamatan maklumat dalam komputer orang lain semata-mata untuk merasa seronok kerana dapat memberi kesusahan kepada orang lain atau untuk mendapat ganjaran kewangan daripada kelakuan jenayah itu merupakan dimensi jenayah yang baru di abad ke-21. Penyalahgunaan teknologi maklumat masa kini menunjukkan betapa terhakisnya nilai-nilai murni dan akhlak dalam pemikiran dan tindak tanduk sebahagian pengamal teknologi canggih ini. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab moral yang berat dalam menasihati dan memantau anak-anak supaya tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang terdapat dalam Internet dan melalui telefon-telefon bimbit. 5.3 Cabaran daripada Industri Hiburan dan Media Massa

Hiburan merupakan sebahagian daripada keperluan tabii manusia yang bertamadun dan setiap budaya mempunyai jenis-jenis hiburan yang tersendiri. Islam mengiktiraf keperluan tabii manusia ini dan membenarkannya dalam batas-batas tertentu. Batas-batas itu ditentukan oleh perintah Ilahi dan bertujuan mengawal hawa nafsu manusia supaya menjadi hamba Allah yang bersopan, beradab dan berakhlak mulia. Pergaulan bebas lepas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, pakaian dan perhiasan diri yang tidak menghormati nilai-nilai agama; muzik, nyanyian atau pementasan tarian

yang bersifat merangsang nafsu berahi (sensate, sexy), yang tidak beradab (vulgar), atau yang mendorong penonton supaya turut sama berhibur secara bebas (permissive), atau menonton VCD yang mengandungi unsur-unsur lucah atau erotik ± semua ini melanggar batas-batas hukum dan etika yang terdapat dalam agama Islam. Pada masa kini industri hiburan tempatan banyak sekali dipengaruhi oleh trend-trend budaya hiburan ala Hollywood atau Bollywood yang bersifat keterlaluan bila diukur dari kacamata agama Islam dan nilai-nilai moral yang murni. Industri hiburan swasta di kota-kota besar juga membenarkan minuman keras digunakan oleh para pelanggan tanpa mempedulikan sama ada mereka itu Muslim atau bukan Muslim. Konsert-konsert anjuran pihak industri swasta sering mengundang para penghibur dari Barat atau Timur yang mendedahkan budaya bebas lepas mereka kepada generasi muda Islam di tanah air kita. Para penghibur tempatan pula suka meniru gaya-gaya baru yang dibawa dari luar. Lambat laun identiti budaya liberal ala Barat atau Bollywood akan menjadi lebih berpengaruh dalam masyarakat Islam di kota. Akhirnya generasi muda Islam tidak lagi tahu menghargai nilai kesederhanaan dan tata susila Islam dalam berhibur sama ada melalui sukan, nyanyian, tarian, teater, filem atau TV. Saluran-saluran hiburan dan media massa yang dimiliki oleh orang Islam atau kerajaan yang berpandukan pendekatan hadhari memikul tanggungjawab moral dalam menghidangkan program atau iklan-iklan hiburan yang tidak melibatkan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai moral. Filem-filem dan program-program TV yang dibanjiri oleh filem-filem Hollywood, Bollywood atau Hong Kong yang membawa mesej keganasan dan keseronokan nafsu merupakan cabaran kepada keutuhan budaya dan moral masyarakat Islam hadhari kerana kandungan mesej dan nilai-nilai yang ditonjolkan itu jelas berlawanan dengan nilai-nilai kesopanan dan ketamadunan dalam pendekatan Islam hadhari. Oleh itu tanggungjawab mengawal dan menapis bahan-bahan hiburan dari luar itu tidak harus diserahkan semata-mata kepada ibu bapa. Tanggungjawab ini perlu dipertingkatkan oleh pihak yang berkuasa di samping menggalakkan industri hiburan yang menampilkan alternatif-alternatif yang lebih sesuai dengan nilai-nilai moral yang suci lagi mendidik ke arah penghayatan suatu tamadun yang sopan dan beretika. Mesej yang kita perolehi hari ini dari industri hiburan antarabangsa ialah kita harus ketepikan segala norma dan nilai yang menyekat kebebasan kita untuk melakukan apa saja yang dapat memberikan keseronokan nafsu kepada kita sama ada dengan dadah, minuman keras, hubungan seksual atau pergaulan bebas yang bersifat erotik. ³Just do it´ menjadi slogan baru untuk kebebasan tanpa batas agama, budaya atau moral. Pendekatan Islam hadhari dalam dunia hiburan dan T.V. harus berhadapan dengan cabaran ini dan pihak yang berkuasa yang beragama Islam tidak boleh menanggapnya sebagai suatu perkara remeh-temeh. 5.4 Cabaran daripada Penyalahgunaan Dadah, Minuman Keras dan HIV/AIDS

Ancaman penyalahgunaan dadah sudah lama menjadi ³Musuh Negara Nombor Satu´ dan peperangan menentang ancaman ini masih terus dilakukan. Tetapi statistik dan data menunjukkan bahawa gejala ini tetap berada pada tahap yang serius meskipun pelbagai cara telah dilakukan untuk mencegah atau mengurangkannya. Tiap tahun ribuan pemuda, kebanyakkannya orang Melayu, menjadi mangsa najis dadah yang kemudiannya mendorong mereka ke arah gaya hidup yang tidak bermoral dan tidak bertamadun. Banyak kegiatan jenayah dan anti-sosial yang lain berpunca daripada atau berkaitan dengan budaya penagihan dadah. Di samping itu amalan minuman keras yang jelas diharamkan oleh Islam didapati mulai menjangkiti golongan remaja Melayu sewaktu mereka berparti dan berpesta di tempat-tempat hiburan di kota-kota besar. Peningkatan gejala HIV/AIDS yang rapat kaitannya dengan penyalahgunaan dadah juga semakin serius dewasa ini sehingga pihak yang berkuasa menganggapnya sudah sampai ke tahap darurat. Sebahagian besar pengidap-pengidap penyakit HIV/AIDS ialah orang Melayu yang terlibat dengan gejala penagihan dadah, termasuk mereka yang berada di dalam Pusat-pusat Serenti. Ini menunjukkan bahawa aktiviti hubungan seks sejenis (homoseks) semakin merebak di kalangan orang

Melayu walaupun masyarakat Melayu, sebagai masyarakat beragama Islam tahu bahawa dadah itu haram dan hubungan homoseksual itu satu dosa besar yang dikutuk sekeras-kerasnya oleh agama Islam. Keadaan darurat ini telah mendorong pihak kerajaan untuk mengambil langkah-langkah yang drastik bagi mengurangkan penyakit sosial yang merbahaya ini. Langkah-langkah drastik yang dicadangkan ini termasuk a) memberikan suntikan methadone sebagai ganti kepada dadah merbahaya, b) memberikan jarum-jarum suntikan secara percuma, dan c) memberikan kondom percuma supaya penyakit AIDS tidak merebak. Langkah-langkah ini apabila dilaksanakan kelak akan dijalankan di bawah pengawasan rapi pihak berkuasa kementerian berkenaan supaya ia mencapai matlamat yang positif. Walau bagaimanapun pengaruh budaya ³gay´ yang menggalakkan dan menghalalkan hubungan seks sejenis semakin berkembang di negara-negara Barat dan perkahwinan sejenis sudahpun diiktiraf sebagai sah dari segi undang-undang negara di Belanda, Belgium dan Sepanyol. Negara Kanada dijangka akan mengikut jejak langkah negara-negara Eropah itu. Sikap yang tegas menentang dan mengharamkan gaya hidup ³gay´ ini di Malaysia perlu mendapat sokongan semua kaum supaya wabak HIV/AIDS dapat dibendung dan keutuhan institusi keluarga dan perkahwinan yang dihormati oleh agama dapat dipertahankan. 5.5 Cabaran daripada Budaya Rasuah, Urus Tadbir Yang Pincang dan Penyalahgunaan Kuasa

Oleh kerana gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa didapati semakin berkembang dan telah menjejaskan imej negara Malaysia, kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional pada tahun 2004 dan mendirikan Institut Integriti Malaysia dalam usaha membenteras amalan-amalan tidak bermoral dan tidak beretika dalam sektor awam dan sektor swasta, di samping meningkatkan budaya pengurusan yang baik dan penyampaian khidmat yang lebih beramanah. Dengan adanya Pelan Integriti Nasional, semua kementerian kerajaan dan institusi-institusi di bawah kementerian termasuk universiti-universiti awam dikehendaki melaksanakan strategi memperkukuhkan budaya integriti dalam institusi masing-masing. Undang-undang yang mencegah amalan-amalan tidak berintegriti, kod-kod etika yang lebih efektif, peraturan-peraturan yang dilaksanakan secara telus dan konsisten, dan pembaikan sistem gaji dan imbuhan yang saksama perlu diperbanyakkan di samping bertambahnya tindakan-tindakan tegas mahkamah atau pihak berkuasa yang bertindak tanpa segan atau takut ke atas mereka yang terlibat dengan jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Orang Islam, sama ada pentadbir, pegawai kerajaan, peniaga, profesional, ahli korporat atau ahli politik tidak sepatutnya menjadi penerima atau pemberi rasuah untuk mendapat sebarang kepentingan peribadi kerana perbuatan itu merupakan satu daripada dosa-dosa besar yang mengundang kecelakaan di dunia dan azab dan kesengsaraan yang pedih di hari kemudian. Rasulullah (S.A.W.) memberi amaran yang keras apabila beliau bersabda, ³Pemberi rasuah dan penerima rasuah, kedua-duanya akan berada dalam api neraka.´ Tetapi kelemahan iman, akhlak dan perasaan tamak boleh mendorong seorang Muslim menjadi alpa lalu ia tunduk kepada desakan hawa nafsu yang bakal menghancurkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh itu contoh yang baik dan tegas yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan pemimpin masyarakat dalam memerangi gejala rasuah dan membudayakan nilai-nilai integriti dalam pentadbiran kerajaan perlu mendapat sokongan semua pihak, kerana pentadbiran dan kerajaan yang dijiwai oleh pendekatan Islam hadhari ialah pentadbiran dan kerajaan yang bersih daripada rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Tekad kerajaan melalui Pelan Tindakan Nasional untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi birokrasi, tadbir urus korporat dan etika perniagaan, pemantapan institusi keluarga dan kualiti hidup adalah serasi dengan kaedah Islam hadhari dan kriteria ketamadunan dari kacamata Islam. Oleh yang demikian masyarakat Islam di Malaysia harus berusaha mencerminkan kekuatan integriti yang diajar oleh agama Islam supaya ia dihormati oleh masyarakat Barat dan Timur. 5.6 Cabaran daripada Budaya Politik Kebencian dan Kefanatikan

Keutuhan budaya dan moral masyarakat Malaysia juga telah mengalami kerosakan dan kelunturan yang teruk akibat daripada budaya politik kepartian yang penuh dengan amalan fitnah memfitnah, rasuah, maki hamun, tuduh menuduh, tipu muslihat, pembohongan, buruk sangka, hasad dengki dan mengumpat. Perbuatan-perbuatan tidak bermoral ini banyak berlaku menjelang pilihanraya dan dalam kempen-kempen parti politik. Ia juga dicerminkan dalam akhbar-akhbar atau penerbitan milik parti-parti. Ahli-ahli parlimen juga tidak terlepas daripada pengunaan bahasa yang tidak beradab di dalam sesi parlimen dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak beretika terhadap anggota-anggota parti lawan. Di sebalik perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral ini ialah perasaan benci dan buruk sangka yang mendalam terhadap individu-individu atau parti lawan, dasardasarnya yang berlainan dan pengikut-pengikutnya yang berfikiran sempit, terlalu emosional dan fanatik. Persaudaraan dan silaturrahmi umat Islam di Malaysia dirosakkan oleh sentimen kebencian yang tebal dan prasangka yang buruk terhadap orang Islam lain yang tidak mengikuti haluan politik yang sama. Budaya hormat-menghormati dan berlapang dada terhadap saudara seagama dan sebangsa telah bertukar kepada budaya permusuhan dan kebencian akibat daripada ketidakmatangan dan kefanatikan berpolitik dalam suatu sistem demokrasi berparlimen yang berlandaskan kepada sistem Inggeris. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang matang, perbezaan ideologi politik tidak menjejaskan hubungan yang baik dan saling hormat menghormati di antara pemimpin-pemimpin atau pengikut-pengikut parti yang berlainan haluan. Pendirian-pendirian yang berbeza disampaikan dan diutarakan dengan cara yang sopan dan bermoral. Persaingan untuk mendapat atau mempertahankan kekuasaan politik tidak dibenarkan membawa kepada permusuhan mendalam yang memutuskan hubungan keagamaan atau kekeluargaan. Ketinggian tamadun dan adab dapat dilihat daripada perdebatan-perdebatan politik di parlimen atau di media massa yang menekankan hujahhujah yang rasional, objektif dan menarik tanpa diwarnai oleh api kebencian atau penggunaan bahasa yang kesat dan kasar. 6. PENGETAHUAN TENTANG KEUTAMAAN AKHLAK YANG MULIA

Satu daripada punca berlakunya keruntuhan nilai-nilai murni dalam masyarakat Islam di Malaysia masa kini ialah kurangnya atau lemahnya pengetahuan umat Islam sendiri tentang kedudukan akhlak dalam agama Islam. Islam difahami dan ditanggapi oleh sebahagian umat sebagai sistem ibadah khusus sahaja merangkumi kelima-lima Rukun Islam. Kesempurnaan beragama dirasakan sudah memadai dengan menunaikan sembahyang lima waktu, zakat, puasa dan haji. Isi alQur¶an dan hadith tentang nilai-nilai akhlak tidak diketahui dan ketinggian akhlak atau budi pekerti pemimpin-pemimpin Islam zaman silam tidak dipelajari. Oleh itu ilmu tentang keutamaan akhlak yang mulia dalam Islam dititikberatkan, perlu diketengahkah dan disebarluaskan dalam masyarakat Islam khususnya dan masyarakat bukan Islam amnya. Kejahilan orang-orang Islam tentang peri pentingnya akhlak yang mulia sebagai matlamat beragama ditambah dengan kejahilan tentang ciri-ciri serta tanggungjawab orang-orang yang beriman (mukmin) membuka jalan-jalan bagi mereka untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran-ajaran moral yang terkandung dalam al-Qur¶an dan Sunnah Nabi Muhammad (s.a.w.). Apabila dorongan dan asakan hawa nafsu menjadi kuat dan fikiran dikalahkan oleh emosi, mereka tidak berupaya mengawal dorongan-dorongan itu, lalu berlakulah tindak tanduk dan perbuatan yang dilarang oleh agama. Kajian-kajian yang telah dibuat di Malaysia tentang beberapa gejala sosial di Malaysia masa kini seperti sumbang mahram, penyalahgunaan dadah dan HIV/AIDS menunjukkan bahawa kejahilan ilmu agama di kalangan belia dan orang dewasa juga merupakan salah satu faktor pendorong ke arah perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral itu.

Al-Qur¶an 7:96, 2:155, 30:41, 28:58-59, 11:117, 46:35. >>seterusnya 6.1 Rukun Islam dan Nilai-Nilai Moral

Hakikat yang kurang diketahui atau difahami oleh sebahagian besar umat Islam ialah bahawa tujuan agama Allah (S.W.T.) diturunkan kepada manusia ialah untuk manusia mencapai kesempurnaan budi pekerti yang mulia. Hakikat ini diterangkan oleh Rasulullah (S.A.W.) dengan jelas dalam sebuah sabdanya yang masyhur: ³Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.´ (Hadith riwayat Malik)

Kenyataan ini menegaskan bahawa tugas besar Nabi Muhammad (S.A.W.) dalam menyebarkan agama Allah tidak lebih dari usaha memperjuangkan dan mengukuhkan tata kelakuan atau moral yang baik yang disebut sebagai ³husn al-khuluq´ (good character). Ini dicapai melalui beberapa ibadah yang telah disyariatkan Islam dan ajaran-ajaran khusus berkenaan dengan pembentukan keperibadian orang-orang yang beriman (Mukmin) dan ciri masyarakat yang berakhlak mulia. Ibadah-ibadah khusus yang diwajibkan Allah (S.W.T.) merupakan program-program latihan rohani dan moral-Nya untuk membiasakan seseorang Muslim agar hidup dengan akhlak yang mulia. Umpamanya, melalui ibadah sembahyang, seseorang itu akan mendapat latihan pembersihan rohaninya sehingga menjauhkan daripada perkara-perkara yang keji dan tak bermoral (fahsyaa¶ dan munkar). Firman Allah (S.W.T.) dalam hal ini bermaksud: ³Dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan munkar.´ (Al-Qur¶an 29:45)

Begitu juga dengan kewajiban menbayar zakat. Tujuan utamanya ialah untuk menanamkan rasa kasihan belas, kasih sayang dan tanggungjawab moral terhadap orang-orang miskin dan menderita dalam masyarakat (Al-Qur¶an 9:103). Ibadah puasa pun bukan sekadar latihan berlapar dan dahaga, tetapi bertujuan mengawal hawa nafsu yang mendorong manusia ke arah perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral. Dalam hal ini Rasulullah (S.A.W.) menegaskan: ³Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan berbohong, sesungguhnya Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makanan maupun minuman [ketika berpuasa].´ (Hadith riwayat AlBukhari)

Tujuan perjalanan suci dalam ibadah haji pula tidak terbatas kepada manasik di Mekah, Arafah dan Mina tetapi untuk mengajar makna pengorbanan kerana Allah (S.W.T.), merendah diri di hadapan Allah (S.W.T.) dan memperkukuhkan rasa persaudaraan dengan semua manusia tanpa mengira warna, keturunan atau bahasa. (Al-Qur¶an 2:197) Para Rasul dipuji oleh Allah (S.W.T.) kerana ketinggian peribadi dan ketinggian akhlak mereka dalam menjalankan tugas berat mereka mendirikan agama-Nya supaya manusia mempunyai kepercayaan yang betul dan akhlak yang mulia. Demikianlah Nabi Muhammad (S.A.W.) mendapat pujian Allah (S.W.T.) seperti maksud ayat berikut: ³Sesungguhnya engkau benar-benar mempunyai budi pekerti yang agung.´ (Al-Qur¶an 68:4)

1. Keutamaan Akhlak Yang Mulia

Hadith-hadith berikut menunjukkan betapa akhlak yang mulia diberi kedudukan yang amat tinggi dalam ajaran Islam kerana ia menandakan kesempurnaan iman dan kematangan beragama: 1. ³Tidak ada sesuatu yang paling berat dalam timbangan orang beriman pada hari kiamat nanti yang melebihi akhlak yang mulia. Sesungguhnya Allah benci orang yang berbuat keji dan berkata kotor. Orang yang berakhlak mulia pasti akan melebihi darjat orang yang menunaikan ibadah puasa dan sembahyang (semata-mata tanpa mempedulikan kebaikan akhlaknya).´ (Hadith riwayat Ahmad)

1. ³Sesungguhnya perbuatan maupun perkataan keji sama sekali bukan termasuk dalam ajaran Islam. Sesungguhnya kualiti Islam orang yang paling baik adalah orang yang paling mulia akhlaknya.´ (Hadith riwayat Al-Tirmidhi) 1. Rasulullah (S.A.W.) pernah ditanya, ³Orang mukmin bagaimanakah yang paling sempurna keimanannya?´ Beliau menjawab, ³Orang yang paling mulia akhlaknya.´ (Hadith riwayat Al-Tabarani)

1. Kepada pertanyaan, ³Anugerah apakah yang terbaik yang diberikan Allah kepada manusia?´ Beliau menjawab, ³Akhlak yang mulia.´ (Hadith riwayat Ibn Hibban) 1. ³Mahukah aku beritahu kamu sekelian, siapakah orang yang paling aku cintai dan paling dekat kedudukannya denganku kelak pada hari kiamat?´ Rasulullah (S.A.W.) mengulangi pertanyaan ini dua atau tiga kali. Para sahabat berkata, ³Ya, wahai Rasulullah.´ Beliau bersabda, ³Orang yang paling mulia akhlaknya di antara kamu.´ (Hadith riwayat Ahmad)

1. ³Kami pernah duduk di sisi Nabi (S.A.W.).... Tidak ada seorangpun di antara kami yang berani memulakan percakapan. Tiba-tiba beliau didatangi oleh beberapa orang yang bertanya, µSiapakah hamba Allah yang paling Dia cintai?¶ Beliau menjawab, µMereka yang paling mulia akhlaknya.¶´ (Hadith riwayat Al-Tabarani) 1. ³Dengan akhlak yang baik seorang hamba akan mampu mencapai derajat yang mulia dan kedudukan yang terhormat di akhirat sekalipun dia lemah dalam hal menjalankan ibadah. Namun dengan akhlak yang buruk, seorang hamba akan mendapat derajat yang sangat rendah di neraka Jahanam.´ (Hadith riwayat Al-Tabarani)

1. ³Kemuliaan seseorang itu tergantung pada kualiti keagamaannya, kewibawaannya, dan kecerdasan akalnya. Namun dia sudah cukup terhormat hanya dengan kemuliaan akhlaknya.´ (Hadith riwayat Ahmad)

Sebenarnya banyak sekali ayat al-Qur¶an dan hadith Nabi yang mengajar manusia dan orang Islam supaya menghayati dan mencontohi nilai-nilai akhlak yang mulia dan menjauhi sifat-sifat yang buruk dan keji seperti bohong, khianat, menipu, zalim, dengki, tamak, angkuh, suka berkelahi, suka mengumpat, suka mencela dan memfitnah, gila kuasa, gila pangkat dan lain-lain penyakit moral yang dikupas secara mendalam oleh ulamak silam yang terkenal seperti Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya¶ cUlum Al-Din. Oleh itu umat Islam perlu memberi perhatian yang lebih mendalam kepada aspek kesucian moral dalam pengajaran, kefahaman dan penghayatan agamanya dan dalam membina keperibadiannya, supaya ia dapat menepati kehendak Allah (S.W.T.), iaitu ³Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia; kamu menyeru kepada kebaikan dan kamu mencegah kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah.´ (Al-Qur¶an 3:110) 7. SIFAT AMANAH SEBAGAI NILAI MORAL YANG UTAMA

Sifat-sifat yang terpuji yang terkandung di dalam konsep akhlak yang mulia seharusnya menjadi sifat-sifat orang yang beriman kepada Allah (S.W.T.). Keimanan, ketaqwaan dan kepatuhan mereka kepada perintah Allah (S.W.T.) dan kepada contoh tauladan Rasulullah (S.A.W.) diikuti dengan ilmu pengetahuan yang mendalam dan proses tarbiah yang efektif menjadikan mereka itu orang-orang yang memiliki sifat-sifat amanah, bersih, cekap, adil, jujur, ikhlas, syukur, sabar, bersopan santun, bertanggungjawab, berdisiplin, pemaaf, suka bekerjasama, suka mengejar ilmu, suka menolong, berlapang dada, toleransi, dan suka berjuang pada jalan Allah. Sifat-sifat atau nilai-nilai moral ini perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci sebagai suatu sistem moral yang saling kait mengait dan saling memperkukuhkan antara satu sama lain. Tetapi oleh kerana ruang tidak mengizinkan untuk berbuat demikian di sini, kita akan memberi fokus kepada sifat atau nilai amanah (honesty, trustworthiness) sahaja kerana ia merupakan satu daripada sifat yang paling penting dalam mencapai tujuan beragama Islam dan ia menjadi asas moral dan rohani kepada banyak cabang akhlak yang mulia seperti sifat bertanggungjawab, berdisiplin, berbudi bahasa, adil, berani, ikhlas dan sabar. 1. Amanah Terhadap Allah (S.W.T.)

Amanah mempunyai makna yang sangat luas. Ruang lingkupnya mencakupi semua gerak geri seseorang dalam menjalankan semua jenis tanggungjawab sebagai hamba Allah (S.W.T.). Di sebalik kelakuan beramanah seseorang ialah sikap bertanggungjawab kepada pihak yang berkuasa di atasnya. Pada seorang mukmin sikap ini ditambah oleh kesedaran yang mendalam bahawa ia akan berhadapan dengan Allah (S.W.T.) di hari kemudian kelak dengan keyakinan yang teguh. Hakikat bertanggungjawab kepada dan di hadapan Allah (S.W.T.) ditegaskan oleh sebuah hadith yang masyhur: ³Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab di atas orang yang kamu pimpin. Pemimpin adalah seorang pemandu dan akan ditanya mengenai rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami merupakan pemimpin di dalam keluarganya dan akan ditanya mengenai keluarganya. Seorang isteri merupakan pemimpin di dalam rumah suaminya dan akan ditanya mengenai tanggungjawabnya. Pembantu rumah merupakan pelindung ke atas harta tuannya dan akan ditanya mengenai tanggungjawabnya.´ (Hadith riwayat al-Bukhari)

Sifat amanah diberi nilai yang amat tinggi oleh Rasulullah (S.A.W.) dalam sabdanya: ³Tidak beriman seseorang yang tidak memiliki sifat amanah dan tidak beragama seseorang yang tidak menepati janji.´ (Hadith riwayat Ahmad)

Ketinggian sifat itu menjadi lebih istimewa kerana Rasulullah (S.A.W.) sendiri diberi gelaran ³AlAmeen´ (orang yang dapat dipercayai atau orang yang bersifat amanah) lama sebelum diangkat menjadi utusan Allah (S.W.T.). Sifat gagah dan amanah juga terdapat pada Nabi Musa yang menyebabkan beliau diambil untuk bekerja dengan seorang tua. Hal ini tergambar dalam ayat alQur¶an yang bermaksud: ³Wahai bapakku, ambillah ia (Musa) sebagai orang yang bekerja pada kita, kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja pada kita ialah orang yang gagah (al-qawi) lagi dapat dipercayai (al-ameen).´ (Al-Qur¶an 28:26)

Di antara manifestasi sifat amanah dalam pengurusan ialah tugas atau sesuatu pekerjaan tidak diberikan kepada orang yang tidak mempunyai kelayakan atau kecekapan menjalankan tugas itu dengan baik dan berkesan, walaupun orang itu meminta supaya diberikan pekerjaan itu kepadanya, atau orang itu mempunyai hubungan yang baik dengan pihak yang berkuasa. Hal ini dapat dilihat dalam keengganan Rasulullah (S.A.W.) memberikan tugas pemerintah suatu kawasan kepada sahabatnya Abu Dharr yang terkenal dengan sifat ketaqwaannya. Beliau berkata: ³Wahai Abu Dharr, sesungguhnya kamu seorang yang lemah, sedangkan tugas (memerintah) itu sebuah amanah. Sesungguhnya, tugas (yang tidak dapat dijalankan dengan baik) itu pada hari kiamat kelak akan menjadi bencana dan penyesalan, kecuali bagi mereka yang melaksanakannya dengan betul dan menunaikan apa yang menjadi tanggungannya.´ (Hadith riwayat Muslim)

Sekiranya sesuatu pekerjaan atau kedudukan atau kontrak diberikan kepada seseorang kerana terpengaruh oleh dorongan hawa nafsu, nepotisme atau kronisme atau kerana mendapat rasuah, perbuatan itu dianggap sebagai suatu pengkhianatan (treachery). Amaran Rasulullah (S.A.W.) dalam hal ini adalah amat tegas: ³Barangsiapa mengangkat seseorang pada satu jawatan berdasarkan pertimbangan kesukuan (atau kekeluargaan), pada hal di kalangan mereka terdapat orang yang lebih diredhai di sisi Allah dibandingkan dengan orang yang diangkat itu, maka dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang-orang mukmin.´ (Hadith riwayat al-Hakim)

Pengkhianatan terhadap amanah wujud dalam pelbagai bentuk dalam masyarakat Malaysia ± memberi rasuah, menerima rasuah, ingkar perintah, kerja sambil lewa, penyalahgunaan kuasa, penipuan, pembohongan, pecah amanah, kegiatan sumbang mahram, penyalahgunaan dadah, hubungan seks sejenis, plagiarisme, penyalahgunaan Internet dan lain-lain perbuatan tak bermoral. Segala anugerah Allah (S.W.T.) kepada manusia termasuk dirinya, akalnya, pancainderanya, ilmunya, hartanya, pangkatnya dan tenaganya merupakan barang amanah yang harus digunakan dengan cara yang betul. Apabila cara yang betul dan bermoral tidak diikuti, malah dicabuli dengan leluasa, maka

akan berlakulah krisis moral yang pada akhirnya akan menghancurkan sebuah negara, bangsa atau tamadun. Sebab itulah Rasulullah memberi peringatan berikut: ³Jika amanah telah diabaikan, maka tunggulah saat kehancuran.´ Lalu ditanya, ³Bagaimana bentuk pengabaian amanah?´ Rasulullah menjawab, ³Jika sebuah urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah datangnya saat kehancuran.´ (Hadith riwayat al-Bukhari)

1. Amanah Terhadap Diri Sendiri

Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Menjaga kebersihan diri, kesihatan diri dan memberikan hak-hak anggota merupakan sebahagian daripada amanah terhadap diri yang ditentukan dalam agama Islam, seperti sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: ³Bahawa untuk badanmu ada haknya yang wajib kamu berikan kepadanya.´ (Hadith riwayat alDaruqutni)

Kebersihan rohaniah dan memelihara anggota daripada digunakan untuk perkara yang dilarang oleh Allah (S.W.T.) menjadi tanggungjawab dan tuntutan yang terkandung dalam pengertian amanah. Mata yang dikurniakan oleh Allah ialah amanah Allah. Ia hendaklah digunakan untuk tujuan yang diredhai Allah (S.W.T.) dengan menghindarkannya daripada melihat perkara yang dilarang. Telinga hendaklah digunakan untuk tujuan yang baik dengan menghindarkannya daripada mendengar perkataan yang terlarang seperti mendengar gosip dan mendengar umpatan. Lidah menjadi amanah Allah. Ia hendaklah dijaga dan dipelihara daripada segala kejahatan. Lidah adalah lebih tajam daripada mata pedang. Jika disalahgunakan ia amat berbahaya kepada diri dan masyarakat. Lidah yang tidak dijaga dan ditundukkan kepada Allah, akan menjadi pembawa fitnah dan alat pengumpat yang merosakkan tujuan hidup dan membinasakan diri. Kerana itu lidah sebagai amanah Allah kepada manusia hendaklah dijaga dan dipelihara dengan menggunakannya untuk tujuan yang diredhai Allah (S.W.T.). 1. Amanah Terhadap Masyarakat dan Perkhidmatan

Setiap orang memerlukan perkhidmatan orang lain dan setiap yang dimiliki oleh seseorang bukanlah pemilikan yang mutlak, tetapi menjadi amanah yang terpaksa diserahkan kepada orang lain apabila tiba masanya. Penyerahan yang berlaku itu merupakan perkhidmatan dalam hubungan kemasyarakatan dan kehidupan yang memerlukan dan bergantungan antara satu dengan yang lain. Amanah terhadap masyarakat mempunyai kaitan rapat dengan tanggungjawab manusia terhadap masyarakatnya yang anggota-anggotanya saling bergantungan dan memerlukan. Apabila pergantungan itu diterjemahkan kepada perkhidmatan, bermakna setiap orang dipertanggungjawabkan untuk memberi perkhidmatan kepada yang lain dalam susunan dan kepentingan yang ditetapkan dalam kehidupan bermasyarakat. Perkhidmatan yang dilaksanakan secara jujur dan ikhlas dalam hubungan manusia bermasyarakat merupakan penghayatan amanah yang besar ertinya dalam hidup dan penghayatan beragama.

Salah satu unit masyarakat yang penting ialah unit keluarga yang terbentuk daripada suami isteri, anak-anak, ibu bapa, mertua, sepupu dan sebagainya. Dalam institusi keluarga terdapat pemimpin dan yang dipimpin, terdapat pergantungan dan saling memerlukan, terdapat tugas dan tanggungjawab. Unsur-unsur kepimpinan, tanggungjawab dan perkhidmatan yang terdapat dalamnya menjadi ciri-ciri amanah. Jika dilaksanakan dengan penuh kesedaran, jujur, ikhlas dan bersungguhsungguh sehingga terlaksana segala tuntutannya, maka berlakulah amanah dan terlaksanalah tuntutan amanah. Dengan perkataan lain, isteri dan anak-anak menjadi amanah yang dipikulkan kepada suami dan ibu bapa. Jika mereka melaksanakan tanggungjawab serta memenuhi tuntutan pergantungan anak-anak dan isteri yang diamanahkan itu, maka suami atau ibu bapa itu menjadi suami dan ibu bapa yang beramanah. Ia dapat melaksanakan segala tuntutan tanggungjawab yang diberikan kepadanya sebagai kepercayaan yang diyakini dapat dipelihara dan dihormati. Isteri dan anak-anak ialah amanah Allah kepada suami dan ibu bapa yang wajib dihormati dan dipenuhi segala tanggungjawab terhadapnya. Kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh para pengikut kepada pemimpin untuk memimpin dan mewakili mereka dalam mengendalikan hak-hak bersama menjadi amanah yang mengandungi kewajipan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Jika pemimpin itu melaksanakan tanggungjawab tersebut sebagai menghargai dan memenuhi tuntutan dan kepercayaan itu dengan jujur dan ikhlas, maka pemimpin itu menjadi pemimpin beramanah yang membawa kebaikan kepada diri dan masyarakatnya. Sekiranya tanggungjawab daripada kepercayaan dan keyakinan itu tidak dilaksanakan sebagaimana yang sepatutnya, ia merupakan pemimpin khianat yang mengakibatkan kerosakan dan kebinasaan kepada diri dan masyarakatnya. Para kakitangan dan pegawai-pegawai Kerajaan dan swasta yang diambil berkhidmat dengan Kerajaan dan syarikat-syarikat atau institusi-institusi, dibayar gaji sebagai upah kepadanya bagi melaksanakan kerja-kerja yang ditetapkan. Dari sudut ini, pegawai dan kakitangan tersebut menjadi pekerja yang dibayar upah. Majikannya berkewajipan membayar upah dan pekerja berkewajipan bekerja seperti yang ditentukan dalam perjanjian antara mereka. Jika upah diambil dan kerja tidak dilaksanakan, pekerja itu telah memungkiri janjinya, mengkhianati amanah yang diberikan dan menipu. Lebih dahsyat lagi, apabila ia menerima rasuah dan merosakkan perjanjian yang ditentukan. Upah yang diterima adalah haram dan hasil rasuah juga adalah haram. Di samping itu, pegawai-pegawai Kerajaan yang berkhidmat kepada rakyat, secara langsung memegang amanah Kerajaan dan rakyat yang memberi mandat kepada Kerajaan itu. Jika upah diterima sepenuhnya, sedangkan perkhidmatan tidak diberikan secara sempurna, ia bukan sahaja menipu dan mengkhianati Kerajaan, tetapi menipu dan mengkhianati masyarakatnya. Ini tidak dikira sama ada Kerajaan itu baik atau tidak baik, fasik atau tidak fasik. Selagi tidak menyuruh melaksanakan kerja maksiat, maka upah yang diterima mestilah dibayar dengan khidmat seperti yang dipersetujui. Selain kewajipan memenuhi syarat perjanjian, seseorang pegawai kerajaan diberikan tanggungjawab dan tugas yang melibatkan hak-hak orang ramai dan rakyat. Ini kerana kerajaan itu memegang amanah Allah (S.W.T.) dan amanah rakyat. Tanggungjawab dan tugas itu merupakan amanah Allah (.S.W.T) dan rakyat yang diserahkan kepada seseorang pegawai untuk melaksanakannya dengan berasaskan syarat-syarat perjanjian yang dipersetujui oleh kerajaan dan pegawai berkenaan. Ini bermakna, seseorang pegawai memegang amanah, di samping bekerja untuk memenuhi syarat-syarat perjanjian yang telah dipersetujui. Lalai menjalankan tugas bukan sahaja mengingkari perjanjian, tetapi juga mengkhianati amanah. Perbuatan ini berlawanan dengan perintah Allah dan Rasul-Nya supaya beramanah. Sedangkan amanah itu menjadi sifat dan ciri keimanan yang amat penting sehinggakan Rasulullah (S.A.W.) pernah bersabda: ³Tiada iman pada orang yang tidak beramanah.´ (Hadith riwayat Ahmad)

Lalai melaksanakan tugas juga melanggar atau mengingkari perjanjian adalah menjadi ciri orang munafiq. Ini kerana salah satu sifat yang disebut oleh Rasulullah (S.A.W.) sebagai tanda bagi orang munafiq adalah mengingkari janji, sama ada berjanji dengan orang Islam atau orang kafir. Rasulullah (S.A.W.) bersabda: ³Tiga perkara yang jika terdapat salah satu daripadanya, bererti terdapat tanda munafiq sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, menunaikan haji, umrah dan mengakui dirinya seorang Islam iaitu apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia memungkirinya dan apabila diamanahkan ia mengkhianatinya.´ (Hadith riwayat Abu al-Syaikh)

Oleh kerana harta benda, sumber alam tabii seperti minyak dan gas, kuasa, pangkat, ilmu pengetahuan, pancaindera, nikmat dan kurnia Allah (S.W.T.) merupakan amanah, seorang mukmin harus menggunakannya dengan cara-cara yang diredhai oleh Pemilik Sebenar (Rabb al-Alameen) supaya kesejahteraan sosial dapat dicapai dan manfaatnya dapat dirasai oleh manusia dan makhluk Allah (S.W.T.) yang lain. Penggunaan nikmat dan anugerah Allah (S.W.T.) ini secara tidak bermoral atau beretika akan dianggap sebagai maksiat, kemungkaran dan pengkhianatan terhadap Allah (S.W.T.) dan Rasul-Nya: ³Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anak itu hanyalah sebagai cobaan. Dan sesungguhnya di sisi Allahlah terdapat pahala yang besar.´ (Al-Qur¶an 8:27-28)

Menepati janji, memenuhi tuntutan sebarang kontrak yang halal walaupun dengan orang yang bukan beragama Islam, tidak menipu atau curang dalam sebarang transaksi kewangan atau perniagaan, tidak cuai atau malas dalam menjalankan tugas yang dipikul dan urus tadbir yang telus, bersih dan cekap juga merupakan cabang-cabang sifat amanah, kerana semuanya berkaitan dengan sikap jujur dan sikap menjaga atau memelihara dengan sebaik-baiknya apa saja yang diterima seseorang sebagai tanggungjawabnya. Allah (S.W.T.) memerintah seperti maksud ayat-ayat berikut: ³Dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya.´ (Al-Qur¶an 17:34)

³Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu, yang menyebabkan tergelincir kakimu sesudah kukuh tegaknya, dan kamu rasakan kemelaratan (di dunia) kerana kamu menghalang (manusia) dari jalan Allah. Dan bagimu azab yang besar.´ (Al-Qur¶an 16:94)

Menjelaskan hutang mengikut apa yang dipersetujui dan dijanjikan adalah sebahagian daripada sifat amanah. Tetapi banyak sekali orang Islam terlibat dalam perangkap hutang piutang dan banyak pula yang mengabaikan pembayaran hutang. Amanah ini wajib ditunaikan dan Allah (S.W.T.) mencintai orang-orang yang membayarnya. Tidak mahu membayar hutang ialah perbuatan berdosa yang terpaksa ditanggung di hari kemudian nanti dengan segala azab dan kesengsaraannya. Sabda Rasulullah (S.A.W.): ³Semua dosa orang mati syahid akan diampuni kecuali masalah hutang piutang.´ (Hadith riwayat Muslim)

1. Sifat Ikhlas

Manifestasi amanah dalam bentuk kerohanian juga boleh dikaitkan dengan sifat ikhlas yang wujud di dalam hati seorang mukmin. Keikhlasan timbul daripada kesedaran rohani bahawa Allah (S.W.T.) sentiasa mengetahui dan melihat apa yang terlintas dan terkandung di dalam hati sanubari seorang mukmin. Hatinya sedar bahawa Allah (S.W.T.) hanya menerima perbuatan yang didorong oleh niat yang baik, bukan oleh niat yang buruk atau oleh hawa nafsu. Nilai moral atau etika sesuatu amal perbuatan, menurut ajaran Islam, sangat bergantung kepada faktor penggeraknya, sama ada ia buat dengan niat ikhlas atau dengan niat tidak ikhlas. Rasulullah (S.A.W.) telah mengingatkan orang Islam supaya membetulkan niat sebelum membuat sesuatu perkara, supaya perbuatan itu dianggap baik dan diterima oleh Allah (S.W.T.): ³Sesungguhnya segala amal perbuatan itu hanya tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya hasil yang akan diraih seseorang juga sangat tergantung pada sesuatu yang ia niati. Barangsiapa hijrahnya diniati untuk Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya akan memperolehi keredhaan Allah dan Rasul-Nya. Namun barangsiapa hijrahnya diniati untuk kepentingan dunia yang hendak diperolehi atau kerana seorang wanita yang hendaki dinikahi, maka hijrahnya pun akan memperolehi apa yang ia niati.´ (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ini bererti bahawa sesuatu pekerjaan yang pada lahirnya bersifat keduniaan, tetapi dilakukan dengan niat yang betul serta ikhlas kerana Allah (S.W.T.), akan dinilai sebagai suatu amal soleh atau ibadah yang diterima oleh Allah (S.W.T.). Sebaliknya sesuatu amalan yang bersifat keagamaan boleh menjadi perbuatan yang tidak diterima oleh Allah (S.W.T.) kerana niatnya tidak jujur. Rasulullah (S.A.W.) bersabda: ³Barangsiapa mendirikan sebuah bangunan tidak secara zalim dan tidak menzalimi orang lain, atau siapa saja yang menanam tumbuhan tidak secara zalim dan tidak menzalimi orang lain, maka ia akan mendapat pahala yang mengalir selama ada makhluk Allah yang memanfaatkannya.´ (Hadith riwayat Ahmad)

Keikhlasan kepada Allah (S.W.T.) adalah syarat terpenting dalam mencapai kesahihan keagamaan seorang Islam sesuai dengan firman Allah (S.W.T.) yang bermaksud: ³Mereka tidak disuruh melainkan menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya sahaja dalam menghayati agama secara lurus...´ (Al-Qur¶an 98:5)

Dengan mengikhlaskan dan memurnikan niat untuk mendapat keredhaan Allah (S.W.T.) sematamata, seseorang akan lebih mudah melawan godaan syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa mencari kelemahan-kelemahannya. Kesedarannya bahawa Allah (S.W.T.) maha berkuasa di atas dirinya dan hanya Allah (S.W.T.) yang dapat menyelamatkannya di dunia dan di akhirat membolehkannya untuk meningkatkan keikhlasannya dari masa ke semasa. Tetapi kelemahan-kelemahan jiwa yang terdiri daripada sifat riak (suka menunjuk-nunjukkan kebaikan diri), inginkan pujian dari pihak lain, mengharapkan pangkat dan anugerah daripada manusia akan menggugat dan seterusnya menghapuskan sifat ikhlas. Apabila sifat ikhlas sudah menjadi lemah atau tersingkir dari hati

manusia, pelbagai bentuk ketidakikhlasan akan berleluasa dan agama pun akan tinggal kulitnya sahaja. Banyak sekali penyakit moral akan muncul bila ketulusan dan kemurnian niat dalam kehidupan beragama sudah luntur, akibat dari pengaruh-pengaruh kemewahan, kebendaan, harta dan takhta. Sabda Rasulullah (S.A.W.): ³Pada akhir zaman nanti umatku akan terbagi menjadi tiga kelompok: kelompok orang-orang yang menyembah Allah dengan tulus ikhlas, kelompok yang menyembah Allah dengan riak, dan kelompok yang menyembah Allah untuk dijadikan alat mencari makan.´ (Hadith riwayat Al-Tabarani)

Hanya kelompok yang mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas yang mendapat kebahagiaan di hari kemudian. 8. SEBAB-SEBAB KEJATUHAN MORAL MANUSIA

Berpandukan al-Qur¶an, kita dapati daripada kisah Nabi Adam (A.S.) bahawa faktor-faktor besar di sebalik kejatuhan Iblis ialah (a) sikap sombongnya kerana ia dijadikan daripada unsur api sedangkan Adam dijadikan daripada unsur tanah; (b) penggunaan lojik semata-mata dalam membuat keputusan apabila ia berkata, ³Aku lebih baik dari dia´; dan (c) ingkar perintah Allah yang mengkehendaki ia sujud kepada Adam. Terkeluarnya Nabi Adam dari tempat tinggal istimewa kepada tempat yang penuh dengan pancaroba di atas bumi disebabkan oleh (d) kegagalannya mengawal diri dari mendekati pohon larangan, dan (e) kerana terpengaruh dengan tipu daya syaitan lalu melanggar larangan Allah (S.W.T.). Manusia juga mempunyai kecenderungan cintakan kesenangan-kesenangan hidup keduniaan (mata¶ al-hayaat al-dunya) sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat yang bermaksud: ³Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada kesenangan-kesenangan yang diperolehi daripada wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda yang bagus, binatangbinatang ternak dan sawah ladang. Itulah yang merupakan kesenangan hidup keduniaan. Dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik.´ (Al-Qur¶an 3:14). Kehidupan keduniaan yang tidak disinari oleh bimbingan wahyu Ilahi digambarkan oleh Allah (S.W.T.) seperti berikut: ³Ketahuilah bahawa kehidupan keduniaan ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengkagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan keampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan keduniaan ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.´ (Al-Qur¶an 57:20)

Menurut ajaran al-Qur¶an, manusia diciptakan Allah (S.W.T.) dalam bentuk yang sebaikbaiknya. Roh suci yang digabungkan dengan jasadnya datangnya daripada Allah (S.W.T.) dan ikatan roh itu dengan Allah (S.W.T.) digambarkan sebagai suatu ³perjanjian´ (covenant) yang berlaku sebelum manusia lahir dalam bentuk jasad: ³Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): µBukankah Aku ini Tuhanmu?¶ Mereka menjawab: µBetul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi...´ (Al-Qur¶an 7:172)

Fitrah manusia yang suci ini mendorong seseorang itu untuk mengerjakan kebaikan dan mentaati Allah (S.W.T.). Tetapi fitrah itu juga dibekali dengan kapasiti untuk cenderung ke arah yang bertentangan dengan fitrah baiknya, lalu berlakulah persaingan dalam diri manusia di antara dua kekuatan dalaman; yang pertama menariknya kepada pengabdian kepada Tuhan, yang kedua menariknya supaya mengikuti hawa nafsu. Fitrah yang baik ini yang digambarkan melalui perkataan ³hati´ (qalb) perlu dijaga dan sentiasa dibersihkan, kerana apabila ia dikotori oleh dorongan hawa nafsu, ia boleh merosakkan integriti rohani dan moral seseorang itu. Ini dijelaskan oleh ayat berikut yang bermaksud: ³Demi jiwa (manusia) serta penyempurnaan ciptaannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu. Dan rugilah orang yang mengotorinya.´

Di bawah pengaruh hawa (passion) atau dorongan Syaitan, jiwa atau hati yang kurang sedar akan tanggungjawabnya kepada allah (S.W.T.), dan yang mempunyai akal fikiran yang tidak diasuh dengan ilmu keagamaan dengan betul, mudah mengalah kepada keinginan yang bertentangan dengan nilai akhlak yang mulia atau nilai etika. Hati yang insaf akan kemahakuasaan dan kemahapengetahuan Allah (S.W.T.) serta mengharapkan balasan baik dari Allah (S.W.T.) dan takut kepada balasan buruk-Nya di dunia atau di akhirat akan menahan diri, pemikirannya dan kelakuannya daripada dikuasai oleh keinginan yang jahat atau buruk. Hati ini tidak mudah digoda oleh tipu daya Syaitan atau harapan-harapan untuk mencapai kesenangan-kesenangan kebendaan atau keduniaan kerana ia sedar bahawa semua itu adalah kesenangan atau kebahagian yang palsu kerana ia dicapai dengan cara yang berlawanan dengan hukum Allah (S.W.T.) dan nilai-nilai moral yang murni. Hati yang insaf ini dimiliki oleh ³orang-orang yang takut akan berdiri kelak di hadapan pengadilan Tuhannya lalu menahan diri mereka dari keinginan hawa nafsu, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka.´ (Al-Qur¶an 79:40-41) Sebagai hamba Allah (S.W.T.) yang faham tanggungjawab dan amanah kepada Allah (S.W.T.), orangorang ini akan terus berusaha dengan gigih dan ikhlas untuk melakukan reformasi diri (tazkiyah alnafs) dan reformasi (islah) masyarakat sesuai dengan misi moral utama umat Islam iaitu ³menyeru kepada kebaikan, menyuruh perbuatan yang makruf dan mencegah perbuatan yang munkar´ (yadcuuna ila¶l-khair wa yacmuruuna bi¶l-macruuf wa yanhauna can il-munkar). Misi agung ini juga diperkuatkan oleh suruhan Nabi Muhammad (S.A.W.) kepada orang Islam supaya, ³Apabila seseorang daripada kamu melihat adanya kemungkaran, hendaklah ia menukarnya dengan tangan (kuasa). Sekiranya ia tidak berdaya, hendaklah ditukarnya dengan lidah (nasihat). Sekiranya ia tidak berdaya juga, hendaklah dengan hatinya (tidak menyetujui perbuatan itu). Itu adalah selemah-lemah keimanan.´ (Hadith riwayat Ahmad)

KESIMPULAN

Kemungkaran-kemungkaran yang wujud dalam masyarakat Malaysia hari ini dalam bentuk jenayah, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, penipuan, manipulasi, penindasan,

kezaliman, ketidakadilan, penyalahgunaan dadah, HIV/AIDS dan lain-lain berpunca dari banyak faktor. Antaranya ialah: 1. kejahilan orang Islam sendiri tentang ilmu pengetahuan agama dan moral; 2. kegagalan manusia mengawal dorongan hawa nafsu atau tipu daya Syaitan; 3. ingin cepat kaya tanpa ilmu yang betul dan usaha yang gigih;

1. ingin mendapat rasa kepuasan segera; 2. ingin mendapat kedudukan atau kuasa atau simbol status dengan cara-cara yang berlawanan dengan peraturan atau undang-undang; 3. malas berusaha dengan gigih atau mencari ilmu dan kemahiran yang berguna; 4. pengaruh persekitaran yang buruk dan tekanan rakan sebaya; 5. pengaruh rumah tangga yang tidak aman atau keluarga yang miskin; 6. latar belakang atau contoh ibu bapa yang membelakangi agama dan tidak tahu mendidik anak; 7. rangsangan nafsu seks daripada bahan-bahan lucah yang tidak dapat dikawal lagi; 8. tertipu dengan pujuk rayu pengedar dadah atau minuman keras supaya mendapat rasa kepuasan yang menyeronokkan; 9. kegagalan pihak yang berkuasa menjalankan undang-undang mencegah jenayah; 10. kelemahan dalam sistem pentadbiran, pengurusan dan penyampaian perkhidmatan; 11. pengaruh kuat budaya bebas lepas dari luar negeri; 12. pengaruh kuat budaya hiburan yang melampaui batas-batas moral atau etika; 13. pengaruh kuat iklan minuman keras, judi dan seks sejenis; 14. pengaruh kuat bahan-bahan lucah dan ganas yang berleluasa dalam pasaran; 15. pengaruh tekanan hidup melarat dan menderita kesempitan ekonomi; 16. lain-lain. Menangani punca-punca dan sebab musabab berlakunya kemerosotan budaya dan moral merupakan tugas semua lapisan masyarakat dari pemimpin atasan kepada pekerja bawahan, dan semua institusi sosial seperti keluarga, tadika, sekolah, maktab, kolej, universiti, media massa dan masyarakat sivil. Sektor awam dan sektor swasta juga memikul tanggungjawab moral dan sosial untuk sama-sama berusaha menegakkan keutuhan budaya dan keutuhan moral dalam rangka memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu ³membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan warganya mempunyai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.´ Usaha memperkukuhkan budaya dan moral masyarakat Malaysia harus berjalan serentak dan bergabung tenaga dengan gerakan pemantapan integriti nasional yang mempunyai matlamat yang sama. Strategi pelaksanaannya melibatkan institusi-institusi keluarga, komuniti, masyarakat sivil, sosiobudaya, agama, ekonomi, politik dan pentadbiran awam. Faktor penentu kejayaan Pelan Integriti Nasional juga merupakan faktor penentu keutuhan budaya dan moral iaitu: 1. Wujudnya semakin ramai pemimpin beragama Islam khususnya yang mencerminkan keutuhan budaya Melayu dan keutuhan moral Islam supaya tahap keyakinan dan kepercayaan rakyat akan meningkat. 2. Wujudnya dasar kerajaan, rancangan yang utuh dan matlamat yang jelas dan tidak bertentangan satu sama lain untuk difahami oleh rakyat, khususnya umat Islam. 3. Keberkesanan pendidikan formal dan tak formal mengenai agama dan moral, melalui pendekatan-pendekatan baru khususnya dalam institusi keluarga, sekolah, I.P.T.A. dan I.P.T.S. 4. Komunikasi dan kempen yang berkesan mengenai peri pentingnya nilai-nilai budaya dan moral melalui media massa dan organisasi-organisasi dakwah dan sukarela. Konsistensi antara mesej dan tindakan harus dijaga. 5. Wujudnya persekitaran budaya, masyarakat, ekonomi dan politik yang kondusif dan benarbenar menyokong keutuhan budaya dan moral dalam negara.

6. Pelaksanaan undang-undang dan kod-kod etika dipertingkatkan untuk menangani jenayah, semua jenis rasuah dan semua jenis penyalahgunaan kuasa. 7. Kuatnya sistem kawalan dan pencegahan dari pihak yang berkuasa dalam negeri terhadap pengaruh negatif aliran budaya bebas (permissive) dan gaya hidup yang tak bermoral yang datangnya melalui filem, T.V., video, Internet dan lain-lain saluran. 8. Penerapan etika-etika Islam dalam perniagaan, pengurusan pentadbiran dan kewangan supaya orang Islam yang berkecimpung atau mahu berkecimpung dalam bidang-bidang tersebut sedar bahawa mereka wajib mengamalkan etika-etika tersebut. 9. Kesediaan individu, pemimpin dan rakyat untuk berubah secara kualitatif ke arah matlamat mewujudkan suatu ³Masyarakat Bermoral´ yang merangkumi bidang politik, pentadbiran, perniagaan, ekonomi, budaya, seni, media massa, sukan, kehakiman, pendidikan dan kekeluargaan.

Berhadapan dengan cabaran-cabaran yang besar dan pengaruh budaya bebas yang berkembang dalam negara masa kini, tidak syak lagi bahawa usaha yang berterusan dan komitmen yang ikhlas daripada pihak kerajaan dan rakyat amat diperlukan untuk meningkatkan mutu integriti moral masyarakat Malaysia supaya matlamat negara maju mengikut ³acuan kita sendiri´ dapat dicapai. Pendekatan Islam Hadhari bertujuan membawa masyarakat Malaysia ke arah itu ± suatu model kemajuan dan pembangunan yang holistik, dalam mana terdapat gabungan dan perimbangan yang wajar antara kemajuan kebendaan dan kemajuan moral, agar tercapai ³kebaikan (hasanah) di dunia dan kebaikan (hasanah) di akhirat.´ Sekiranya kita membiarkan kelonggaran-kelonggaran budaya dan penyakit-penyakit moral ini menjadi lebih tenat, negara kita mungkin akan menerima nasib malang yang pernah menimpa tamaduntamadun besar zaman dahulu seperti tamadun Romawi dan tamadun Islam di Andalusia. Runtuhnya kedua-dua tamadun yang terkenal hebat dari segi pencapaian ilmu, teknologi dan kebendaan itu didahului oleh proses kelunturan nilai-nilai moral yang berleluasa dalam masyarakat. Apabila kekuatan moral dan rohani yang menunjang integriti dan maruah bangsa dan negara lumpuh, musuhmusuh dari luar pun mengambil kesempatan untuk menyerang dan akhirnya berjaya menakluki negara-negara yang sebelum itu terkenal maju dan kuat. Seorang penyair Arab zaman moden yang termasyhur, Ahmad Shauqi Bey (1868-1932) telah mengingatkan umat Islam tentang kenyataan ini dalam sebuah rangkap syairnya yang bermaksud: ³Sesungguhnya bangsa-bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh, Jika akhlak mereka sudah lumpuh mereka pun akan lenyap.´

Kandungan bahagian ini banyak diambil daripada buku Shaikh Muhammad al-Ghazali, Akhlak Seorang Muslim, terjemahan Wawan Djunaedi Soffandi, Jakarta: Mustaqiim, 2001. Untuk mendapat penjelasan panjang lebar, sila rujuk kepada Mohd. Nakhaie Hj. Ahmad, Panduan alQur¶an dan Hadith bagi Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1996). Sila lihat bab ³Amanah´ dalam buku Syaikh Muhammad al-Ghazali, Akhlak Seorang Muslim, op. cit., hal. 83-99. Bahagian ini diambil dan dipetik semuanya daripada Mohd. Nakhaie Hj. Ahmad, Panduan al-Qur¶an dan Hadith Bagi Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam, op. cit., hal. 4-5. Bahagian ini juga diambil semuanya kecuali tiga perenggan yang terakhir daripada sumber yang sama, iaitu Mohd. Nakhaie Hji. Ahmad, op. cit., hal. 5-8.

Bahagian ini banyak diambil daripada Shaikh Muhammad al-Ghazali, op cit., hal. 125-140. Al-Qur¶an 2:35-39, 7:11-25. >>kembali

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN

Latarbelakang Di dalam Perlembagaan Malaysia, Islam ialah agama rasmi Negara dan hak mengendalikan hal ehwal Islam diberikan kepada Raja-raja dan Kerajaan-kerajaan Negeri. Sungguhpun demikian, penganut-penganut agama lain adalah bebas mengamalkan agama masingmasing. Penglibatan Raja-raja, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam bidang ini bermula sebelum merdeka lagi. Antara aktiviti dan program penting yang dikelolakan oleh mereka termasuklah sistem sekolah agama, sistem undang - undang mahkamah syariah, pembinaan surau dan masjid, pungutan dan pengurusan zakat fitrah dan Baitulmal. Dalam tahun-tahun awal selepas kemerdekaan, aktiviti dan program ini telah dipergiat dan ditambah pula dengan perkara-perkara baru, antaranya termasuklah tilawah Al-Quran yang telah mengharumkan nama negara di kalangan negara-negara Islam. Sementara langkah-langkah ini sedang dikelolakan, dunia Islam sejagat telah bangun semula, didorong oleh satu kesedaran baru tentang kemurnian Islam dan peranan yang boleh dan patut dimainkannya dalam hal ehwal negara dan peribadi. Kesedaran baru ini, yang menjadi ketara dalam dekad tujuh puluhan, juga dirasai di Malaysia. Dalam keadaan ini, Kerajaan Persekutuan sendiri telah terdorong untuk meluas dan mengukuhkan programnya mengenai hal ehwal Islam. Sehubungan dengan ini, usaha-usaha baru telah diambil, antaranya termasuklah penubuhan sekolah-sekolah menengah agama berasrama penuh, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, Syarikat Insurans Islam dan pengukuhan Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Selaras dengan usahausaha ini, satu lagi usaha yang dipanggil 'Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran' telah diperkenalkan pada tahun 1985.

Rasional Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah sebahagian daripada pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Rasional Kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai khususnya nilai-nilai Islam ialah: "Dalam usaha untuk memelihara maruah Warganegara Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu identity yang kukuh. Dalam konteks ini, unsur yang terpenting sekali dalam pembentukan identiti Warganegara Malaysia ialah nilai. Ia merupakan satu faktor utama yang boleh memastikan kelahiran sesebuah masyarakat yang disegani. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai nilai kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi mangsa kepada bangsa lain yang sentiasa berusaha mengembangkan nilai-nilainya dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai bangsa yang tidak mempunyai nilai-nilai yang kukuh."

Bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum dan agama dan menjalani cara hidup yang berbeza-beza, pengamalan nilai-nilai yang dapat diterima oleh semua rakyat adalah menjadi asas penting dalam usaha ke arah membentuk identiti dan perpaduan. Tanpa nilai yang universal ini rakyat akan terdorong untuk menerima dan menyanjung nilai-nilai lain yang sangat asing bagi masyarakat Malaysia. Ini akan menyebabkan kesetiaan rakyat Malaysia serta identitinya sebagai satu warganegara akan menjadi kabur dan maruah bangsa tidak dijunjung tinggi dan mungkin mereka akan memperkecil-kecilkan negara dan bangsa sendiri. Dengan itu rakyat Malaysia haruslah mempunyai identitinya sendiri dengan setiap individu, organisasi dan semua sektor yang melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja yang boleh memberikan sumbangan kepada kesejahteraan negara. Urusan-urusan yang dijalankan dengan penuh rapi, teliti, amanah dan rasa bertanggungJawab boleh membawa kepada pembentukan identiti yang diperlukan oleh sesebuah Negara seperti Malaysia ini. Tanpa penerimaan nilai-nilai hidup yang mulia tidak mungkin identiti yang membanggakan dapat dicapai. Sebagaimana yang sedia dimaklumi 'identiti' tidak boleh pisahkan daripada nilai. Persoalannya ialah; "Apakah nilai yang boleh digunakan bagi mengukuhkan sesuatu identiti?" Ramai yang berpendapat masalah nilai lebih sesuai diserahkan kepada individuindividu dan komuniti-komuniti yang berkenaan untuk menentukannya. Tetapi ini tidak akan menyelesaikan masalah, malah ia akan berakhir dengan kekeliruan yang berterusan di dalam masyarakat. Oleh itu adalah sangat wajar sekiranya dijelaskan secara langsung nilai yang perlu diterima dan diterapkan dalam masyarakat. Bagi masyarakat Malaysia adalah tepat sekiranya nilai itu diasaskan kepada kehendak dan pengajaran Islam bagi membentuk sebuah negara yang produktif dan bermoral tinggi. Mungkin pada awalnya ia akan dipersoalkan menerusi kacamata agama atau budaya lain kerana memilih nilai yang diasaskan kepada satu agama sahaja. Tetapi dengan merenung kembali dan memahami negara Malaysia itu sendiri, setiap rakyat akan mendapati dan menyedari bahawa langkah untuk memilih nilai Islam itu adalah langkah yang wajar. Sebaliknya pula mereka yang tidak memahami tentang kedudukan Negara Malaysia dari segi geografi, sejarah, kebudayaan, perlembagaan dan lain-lainnya akan terus mempertikaikan perkara ini. Walaubagaimanapun, setelah melihat secara objektif, maka tidak akan ada satu sebab pun untuk menolak bahawa nilai yang berasaskan kepada agama Islam itu ialah yang paling sesuai untuk membangunkan masyarakat Malaysia umumnya. Nilai-nilai Islam itu boleh menjadi penggerak ke arah membanteras unsur-unsur keburukan yang menjadi musuh utama negara ini seperti fahaman komunis, kemiskinan, rasuah, kecuaian, kejahilan, penyelewengan dan sebagainya yang sentiasa mengancam usaha-usaha perpaduan rakyat dan pembangunan negara. Al-Quran juga telah menamakan agama Islam sebagai agama yang bernilai. Penamaan ini memberikan keyakinan kepada semua orang bahawa kandungan yang terdapat di dalam kitab suci Al-Quran itu adalah merupakan nilai-nilai yang mulia kerana ia merupakan bimbingan-bimbingan (hidayah) yang datang daripada Allah s.w.t. dan ditujukan kepada semua manusia, bukan sahaja kepada yang beragama Islam. Di antara bimbinganbimbingan yang terpenting ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan moral (akhlak). Ini bererti bahawa apa yang dimaksudkan dengan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran ialah bimbingan pembentukan akhlak yang berfaedah dan berfungsi dalam kehidupan setiap rakyat menuju ke arah ketinggian maruah di samping menanam nilai-nilai yang murni dan membina ke dalam sistem pentadbiran negara. Pemilihan pentadbiran negara sebagai komponen yang pertama dalam penerapan nilai-nilai Islam adalah antara lain berasaskan tanggungjawab Kerajaan memastikan kelicinan jentera pentadbiran Kerajaan yang merupakan saluran terpenting dalam pelaksanaan sesuatu

dasar. Kejayaan rancangan-rancangan yang diatur oleh Kerajaan sebahagian besarnya bergantung kepada penjawat-penjawat dalam perkhidmatan awam. Penghayatan nilai-nilai Islam oleh mereka akan menjamin kelancaran dan kecekapan jentera Kerajaan yang besar dan menghindarkan perbuatan rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Bagi menjayakan pentadbiran Kerajaan, nilai-nilai Islam yang diutamakan boleh diamalkan oleh semua rakyat Malaysia, sama ada mereka Islam atau bukan Islam. Menurut YAB. Perdana Menteri, nilai-nilai yang diutamakan untuk pentadbiran yang boleh diterima oleh orang Islam dan bukan Islam ialah amanah kejujuran, tanggungjawab, rajin, ikhlas, tertib, disiplin, mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri, sanggup berkorban, tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral dan berkelakuan baik dan lain-lain.

Objektif Objektif dasar ini adalah seperti berikut:

Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain; Menubuhkan sebuah 'negara bahagia'; Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan; dan Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Berdasarkan kepada objektif-objektif ini adalah jelas bahawa dasar ini bukannya bertujuan mengislamisasikan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, tetapi sebenarnya memupuk amalan nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain juga menitikberatkan amalan nilai-nilai seperti ini.

Nilai-nilai Islam Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah:

Amanah; Tanggungjawab; Ikhlas; Dedikasi; Sederhana;

Tekun; Bersih; Berdisiplin; Bekerjasama; Berbudi Mulia; dan Bersyukur.

Sebelas nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur yang boleh diterima sebagai kunci kepada kejayaan dalam menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam pentadbiran sesebuah negara. Bagaimanakah nilai-nilai Islam ini boleh dihayati? Berikut alah takrif/pandangan mengenai sikap dan budaya kerja berdasarkan nilai-nilai Islam yang ingin diterapkan ke dalam pentadbiran awam.

Amanah

Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya; DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN

Latarbelakang Di dalam Perlembagaan Malaysia, Islam ialah agama rasmi Negara dan hak mengendalikan hal ehwal Islam diberikan kepada Raja-raja dan Kerajaan-kerajaan Negeri. Sungguhpun demikian, penganut-penganut agama lain adalah bebas mengamalkan agama masingmasing. Penglibatan Raja-raja, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam bidang ini bermula sebelum merdeka lagi. Antara aktiviti dan program penting yang dikelolakan oleh mereka termasuklah sistem sekolah agama, sistem undang - undang mahkamah syariah, pembinaan surau dan masjid, pungutan dan pengurusan zakat fitrah dan Baitulmal. Dalam tahun-tahun awal selepas kemerdekaan, aktiviti dan program ini telah dipergiat dan ditambah pula dengan perkara-perkara baru, antaranya termasuklah tilawah Al-Quran yang telah mengharumkan nama negara di kalangan negara-negara Islam. Sementara langkah-langkah ini sedang dikelolakan, dunia Islam sejagat telah bangun semula, didorong oleh satu kesedaran baru tentang kemurnian Islam dan peranan yang boleh dan patut dimainkannya dalam hal ehwal negara dan peribadi. Kesedaran baru ini, yang menjadi ketara dalam dekad tujuh puluhan, juga dirasai di Malaysia. Dalam keadaan ini, Kerajaan Persekutuan sendiri telah terdorong untuk meluas dan mengukuhkan programnya mengenai hal ehwal Islam. Sehubungan dengan ini, usaha-usaha baru telah diambil, antaranya termasuklah penubuhan sekolah-sekolah menengah agama berasrama

penuh, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, Syarikat Insurans Islam dan pengukuhan Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Selaras dengan usahausaha ini, satu lagi usaha yang dipanggil 'Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran' telah diperkenalkan pada tahun 1985.

Rasional Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah sebahagian daripada pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Rasional Kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai khususnya nilai-nilai Islam ialah: "Dalam usaha untuk memelihara maruah Warganegara Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu identity yang kukuh. Dalam konteks ini, unsur yang terpenting sekali dalam pembentukan identiti Warganegara Malaysia ialah nilai. Ia merupakan satu faktor utama yang boleh memastikan kelahiran sesebuah masyarakat yang disegani. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai nilai kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi mangsa kepada bangsa lain yang sentiasa berusaha mengembangkan nilai-nilainya dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai bangsa yang tidak mempunyai nilai-nilai yang kukuh." Bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum dan agama dan menjalani cara hidup yang berbeza-beza, pengamalan nilai-nilai yang dapat diterima oleh semua rakyat adalah menjadi asas penting dalam usaha ke arah membentuk identiti dan perpaduan. Tanpa nilai yang universal ini rakyat akan terdorong untuk menerima dan menyanjung nilai-nilai lain yang sangat asing bagi masyarakat Malaysia. Ini akan menyebabkan kesetiaan rakyat Malaysia serta identitinya sebagai satu warganegara akan menjadi kabur dan maruah bangsa tidak dijunjung tinggi dan mungkin mereka akan memperkecil-kecilkan negara dan bangsa sendiri. Dengan itu rakyat Malaysia haruslah mempunyai identitinya sendiri dengan setiap individu, organisasi dan semua sektor yang melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja yang boleh memberikan sumbangan kepada kesejahteraan negara. Urusan-urusan yang dijalankan dengan penuh rapi, teliti, amanah dan rasa bertanggungJawab boleh membawa kepada pembentukan identiti yang diperlukan oleh sesebuah Negara seperti Malaysia ini. Tanpa penerimaan nilai-nilai hidup yang mulia tidak mungkin identiti yang membanggakan dapat dicapai. Sebagaimana yang sedia dimaklumi 'identiti' tidak boleh pisahkan daripada nilai. Persoalannya ialah; "Apakah nilai yang boleh digunakan bagi mengukuhkan sesuatu identiti?" Ramai yang berpendapat masalah nilai lebih sesuai diserahkan kepada individuindividu dan komuniti-komuniti yang berkenaan untuk menentukannya. Tetapi ini tidak akan menyelesaikan masalah, malah ia akan berakhir dengan kekeliruan yang berterusan di dalam masyarakat. Oleh itu adalah sangat wajar sekiranya dijelaskan secara langsung nilai yang perlu diterima dan diterapkan dalam masyarakat. Bagi masyarakat Malaysia adalah tepat sekiranya nilai itu diasaskan kepada kehendak dan pengajaran Islam bagi membentuk sebuah negara yang produktif dan bermoral tinggi. Mungkin pada awalnya ia akan dipersoalkan menerusi kacamata agama atau budaya lain kerana memilih nilai yang diasaskan kepada satu agama sahaja. Tetapi dengan merenung kembali dan memahami negara Malaysia itu sendiri, setiap rakyat akan mendapati dan menyedari bahawa langkah untuk memilih nilai Islam itu adalah langkah yang wajar. Sebaliknya pula mereka yang tidak memahami tentang kedudukan Negara Malaysia dari segi geografi, sejarah, kebudayaan, perlembagaan dan lain-lainnya akan terus mempertikaikan perkara ini.

Walaubagaimanapun, setelah melihat secara objektif, maka tidak akan ada satu sebab pun untuk menolak bahawa nilai yang berasaskan kepada agama Islam itu ialah yang paling sesuai untuk membangunkan masyarakat Malaysia umumnya. Nilai-nilai Islam itu boleh menjadi penggerak ke arah membanteras unsur-unsur keburukan yang menjadi musuh utama negara ini seperti fahaman komunis, kemiskinan, rasuah, kecuaian, kejahilan, penyelewengan dan sebagainya yang sentiasa mengancam usaha-usaha perpaduan rakyat dan pembangunan negara. Al-Quran juga telah menamakan agama Islam sebagai agama yang bernilai. Penamaan ini memberikan keyakinan kepada semua orang bahawa kandungan yang terdapat di dalam kitab suci Al-Quran itu adalah merupakan nilai-nilai yang mulia kerana ia merupakan bimbingan-bimbingan (hidayah) yang datang daripada Allah s.w.t. dan ditujukan kepada semua manusia, bukan sahaja kepada yang beragama Islam. Di antara bimbinganbimbingan yang terpenting ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan moral (akhlak). Ini bererti bahawa apa yang dimaksudkan dengan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran ialah bimbingan pembentukan akhlak yang berfaedah dan berfungsi dalam kehidupan setiap rakyat menuju ke arah ketinggian maruah di samping menanam nilai-nilai yang murni dan membina ke dalam sistem pentadbiran negara. Pemilihan pentadbiran negara sebagai komponen yang pertama dalam penerapan nilai-nilai Islam adalah antara lain berasaskan tanggungjawab Kerajaan memastikan kelicinan jentera pentadbiran Kerajaan yang merupakan saluran terpenting dalam pelaksanaan sesuatu dasar. Kejayaan rancangan-rancangan yang diatur oleh Kerajaan sebahagian besarnya bergantung kepada penjawat-penjawat dalam perkhidmatan awam. Penghayatan nilai-nilai Islam oleh mereka akan menjamin kelancaran dan kecekapan jentera Kerajaan yang besar dan menghindarkan perbuatan rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Bagi menjayakan pentadbiran Kerajaan, nilai-nilai Islam yang diutamakan boleh diamalkan oleh semua rakyat Malaysia, sama ada mereka Islam atau bukan Islam. Menurut YAB. Perdana Menteri, nilai-nilai yang diutamakan untuk pentadbiran yang boleh diterima oleh orang Islam dan bukan Islam ialah amanah kejujuran, tanggungjawab, rajin, ikhlas, tertib, disiplin, mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri, sanggup berkorban, tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral dan berkelakuan baik dan lain-lain.

Objektif Objektif dasar ini adalah seperti berikut:

Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain; Menubuhkan sebuah 'negara bahagia'; Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan; dan Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Berdasarkan kepada objektif-objektif ini adalah jelas bahawa dasar ini bukannya bertujuan mengislamisasikan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, tetapi sebenarnya memupuk amalan nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain juga menitikberatkan amalan nilai-nilai seperti ini.

Nilai-nilai Islam Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah:

Amanah; Tanggungjawab; Ikhlas; Dedikasi; Sederhana; Tekun; Bersih; Berdisiplin; Bekerjasama; Berbudi Mulia; dan Bersyukur.

Sebelas nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur yang boleh diterima sebagai kunci kepada kejayaan dalam menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam pentadbiran sesebuah negara. Bagaimanakah nilai-nilai Islam ini boleh dihayati? Berikut alah takrif/pandangan mengenai sikap dan budaya kerja berdasarkan nilai-nilai Islam yang ingin diterapkan ke dalam pentadbiran awam.

Amanah

Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya;

NILAI-NILAI ISLAM YANG SEJAGAT YANG DIAPLIKASIKAN DALAM PENTADBIRAN DAN PEMERINTAHAN DI MALAYSIA
Oleh: Prof. Dato¶ Dr. Mohamed Asin Dollah Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)

A. PENDAHULUAN Islam adalah satu agama dan Islam juga adalah satu cara hidup. Dalam Islam, nilai-nilai murni itu dilihat sebagai nilai-nilai yang bersifat sejagat kerana sebahagian besar nilai tersebut juga diterima oleh agama-agama lain sebagai nilai yang baik. Oleh itu, semua nilai yang diperkenalkan oleh Islam itu adalah juga nilai yang hendak diajar oleh agama lain. Semua nilai tersebut berkaitan dengan kehidupan manusia di alam ini dan hubungannya dengan kehidupan selepas mati. Oleh itu, sepatutnya nilai-nilai yangdilaksanakan dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat di negara ini adalah nilai-nilai sejagat yang diterima oleh semua. Oleh itu, sewajarnya tiada pemisahan antara agama dengan cara hidup dan tiada pertentangan antara nilai murni sejagat yang diperkenalkan oleh Islam dengan nilai yang dianjurkan oleh agama lain. B. KESEJAGATAN ISLAM Islam adalah agama fitrah. Kefitrahan Islam disebut oleh Quran dalam ayat ke 30 surah al-Rum yang bermaksud: ³(setelah jelas kesesatan syirik itu) Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) µagama Allah¶ ± iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semuala jadinya) untuk menerimanya; tidak patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui´. Dalam ayat lain pula misalnya ayat 19 surah Al µImran menyebut: ³Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam«´ Oleh itu setelah Allah menyebutkan bahawa manusia seluruh alam dibekalkan dengan agama yang bersifat fitrah, yang sejagat, yang sesuai dengan semua manusia, maka Allah tegaskan pula dengan maksud agama Allah yang fitrah itu ialahagama Islam. Ini diikuti pula dengan satu ketetapan lain yang Allah berikan kepada manusia bahawa ³Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orangorang yang rugi´ Perlunya Hala Tuju Kepada Golongan Belia Islam
Nik Mustapha Bin Nik Hassan Timbalan Ketua Pengarah

05/06/2007 Golongan belia adalah tunggak dan penerus generasi sesebuah masyarakat. Mereka mempunyai upaya yang luar biasa memandangkan dari segi tenaga, mereka sangat kuat dan keupayaan yang cukup jauh untuk mereka membina kekuatan. Di samping itu golongan belia mudah dipengaruhi oleh cara berfikir dan corak hidup

sesebuah masyarakat yang di anggap oleh mereka sebagai masyarakat maju dan berjaya. Asas penilaian tersebut disandarkan kepada kemajuan ekonomi semata-mata. Rata-rata masyarakat tersebut adalah masyarakat luar dimana cara hidup mereka berbudayakan corak hidup hedonisme, iaitu corak hidup yang mengutamakan kepuasan hawa nafsu. Corak hidup demikian memberi keutamaan dan keluasan kebebasan mutlak kepada individu untuk berperanan dalam kehidupan masyarakat. Pendekatan kepada corak kehidupan sedemikain akan mengundang banyak permasalahan kepada kestabilan dan kebajikan masyarakat keseluruhannya. Dalam lingkungan usia yang suka mencuba, belia tanpa asas pandangan hidup yang luhur dan menyakinkan, akan mudah dipengaruhi oleh pemikiran dan budaya hedonisme. Kebebasan hidup tanpa ikatan adalah sesuatu yang dekat dengan minat belia. Yang menjadi kebimbangan ialah corak hidup yang demikian bukan sahaja membinasa upaya dan kehidupan mereka bahkan mereka boleh menjadi golongan masyarakat yang menggugat dan meroboh budaya sebuah masyarakat yang berakhlak dan bertamadun. Bukan sekadar itu, mereka turut pada akhirnya menjadi bebanan kepada keutuhan keseluruhan masyarakat terbabit. Dalam menangani kemungkinan belia Islam dipengaruhi oleh budaya yang membahaya dan boleh membantut kemajuan ummah, beberapa langkah berkesan perlu diberi perhatian dalam membimbing hala tuju belia Islam dalam konteks pembangunan belia di negara ini. Pertama, belia Islam perlu memiliki pandangan hidup yang syumul berkaitan dengan Islam itu sendiri. Pengamatan sedemikian akan mewujudkan belia yang berwawasan serta dapat berperanan secara sesuai dan berdaya maju. Islam hendaklah difahami dan diyakini sebagai sistem penyusunan umat manusia dalam membina sebuah tamadun yang mulia dan tinggi bersesuaian dengan sifatnya yang menepati nilai kemanusiaan sejagat. Islam perlu dihayati bukan sebagai reaksi kepada kemusnahan tamadun sekular semasa, bahkan pada awal lagi ia diutuskan untuk memberi rahmat kepada keseluruhan umat manusia termasuk yang bukan beragama Islam. Prinsip-prinsip Islam dalam menyusun dan membangun masyarakat adalah bersesuaian dengan nilai kemanusiaan yang membolehnya menangani perubahan cara hidup dan ruang tempat yang berbeza. Di atas semangat kebenaran, keadilan dan kasih sayang, pendekatan Islam akan sentiasa sesuai dan berdaya maju. Kefahaman kepada Islam secara mendalam ini perlu diusahakan melalui sistem pendidikan negara. Aspek yang kedua melibatkan pembinaan keutuhan akhlak di kalangan ke semua lapisan masyarakat Islam khususnya belia. Akhlak belia yang tinggi akan menjadi asas kepada perjuangan dan cita-cita hidup mereka ke arah menjayakan keluhuran Islam. Ia melahirkan keikhlasan dan ikatan emosi (emotional attachment) seseorang kepada perjuangan Islam. Akhlak tidak boleh difahami sebagai prilaku individu yang jujur dan lurus semata-mata, ia harus dilihat dalam rangka yang lebih luas yang melibatkan perjuangan ke arah mendaulatkan nilai kebenaran dalam ke semua aspek kegiatan kehidupan. Ia turut meliputi usaha dan peningkatan ibadat untuk menyuci niat dan sikap serta memiliki sifat ehsan kepada saudara manusia yang lain dalam menjalani urusan hidup. Kemuncak kepada penghayatan akhlak ialah anggota masyarakat akan berusaha melaksana nilai dan semangat keadilan dalam penyusunan hidup bermasyarakat dan bernegara. Rata-rata orang Islam memahami dan masih menganggap bahawa memiliki akhlak yang mulia akan membentuk individu menjadi seorang yang lurus dan jujur dalam menerajui hidup dan pekerjaannya dengan tidak banyak menimbulkan keburukan kepada masyrakat. Kefahaman yang demikian menganjurkan kepada individu semoga membina prilakunya

sahaja dan tidak ingin berperanan dalam membaiki dan membangun akhlak masyarakat. Sebagai insan yang bersifat individu sosial, sikap sedemikian tidak menepati peranan seorang Islam yang positif. Umat Islam perlu bersama dalam urusan menyusun masyarakat dengan semangat untuk membina. Pada masa ini, rata-rata akan bersetuju bahawa akhlak belia Islam khususnya di Malaysia perlu ditingkatkan untuk perubahan positif demi memajukan negara. Amalan rasuah, menipu, menindas, mengfitnah dan memiliki beberapa sifat lain yang hina, perlu dikikis dan dihapuskan. Sifat-sifat ini adalah penghalang kepada semua bentuk kemajuan. Arus kebendaan yang begitu ketara melanda masyarakat kita pada masa ini perlu dibimbing moga-moga kejayaan ekonomi sesetengah golongan membawa kepada sumbangan yang membangun kepada kebajikan masyarakat dan bukan ke arah memusnahkan sifat kemuliaan kemanusiaan bermasyarakat. Perpaduan masyarakat akan rapuh jika golongan kaya melupai tanggungjawab sosial yang jelas dituntut oleh Islam. Pada contohnya, prinsip `memperoleh keuntungan melalui tanggungjawab sosial' wajib dihayati oleh golongan korporat Muslim. Ia sangat menepati hasrat akhlak Islam. Golongan korporat Muslim yang berjaya perlu berperanan positif untuk meningkat kebajikan hidup ummah keseluruhannya. Melalui usaha tersebut ia akan memberi teladan yang baik kepada generasi belia mempelajari bahawa asas akhlak tetap sesuai dalam memperolehi kejayaan dalam urusan perniagaan. Akhlak Islam mendidik umatnya bahawa dalam menguasai harta ia harus menganggap harta tersebut hanya sebagai amanah kurniaan Allah. Justeru itu harta yang dimiliki perlu dibelanja dan dilabur demi mendapat keredaan Ilahi. Ia tidak seharusnya menjadi matlamat mengumpul harta sebagai muktamad dalam kehidupannya. Perspektif ini yang membezakan diantara akhlak Islam dengan fahaman sekular. Islam menganjur kepada hak pemilikan dengan disertai kepada tanggungjawab keagamaan kepada kebajikan masyarakat. Belia Islam yang berakhlak oleh itu tidak patut membisu dengan amalan masyarakat yang bercanggah dengan nilai Islam. Amalan rasuah, menyalahguna kuasa dan menindas golongan awam yang miskin perlu dihapuskan. Mereka perlu menangani persoalan tersebut dengan menyertai usaha membina masyarakat dan bukan menjauhkan diri dari membaiki keruntuhan masyarakat. Gelanggang jihad termasuk berusaha membina akhlak masyarakat. Dengan mantapnya akhlak masyarakat negara akan dapat menjayakan agenda pembangunan yang sejati. Dalam era semasa, sama dengan keperluan silam, tamadun manusia perlu kepada pencapaian kemajuan ekonomi masyarakat dan negara yang mantap. Rasulullah S.A.W. begitu bimbang jika kemiskinan melanda masyarakat. Baginda sentiasa mendoa mogamoga cubaan tersebut dijauhi. Usaha untuk memajukan ekonomi ummah perlu berpanjangan. Tambah lagi dalam keadaan semasa adalah menjadi satu tuntutan bagi sesebuah negara khususnya negara Islam seperti Malaysia berusaha untuk memajukan ekonomi negara bukan sekadar untuk menyelesaikan keperluan asasi rakyat tetapi hendaklah berusaha dengan penuh perancangan untuk mencapai taraf ekonomi maju yang mampu membolehkan negara menghayati kemerdekaan pada hakikat sebenar dan seterusnya boleh mempengaruhi perjalanan orde baru dunia. Jika hasrat ini tidak dianggap sebagai suatu tuntutan pada masa ini, keluhuran Islam tidak mungkin dapat dicapai dan dilaksana. Dalam era semasa dimana kuasa ekonomi sangat

penting, pelaksanaan dan penghayatan Islam akan hanya dapat diwujudkan dari kedudukan kekuatan ekonomi umat Islam. Belia yang berakhlak dalam ertikata yang syumul akan berperanan secara positif dan membina dalam mencapai kemajuan negara terbabit. Belia Islam dengan itu wajib menguasai ilmu yang diperlui untuk menguasai kemampuan melaksana apa bentuk tugas dengan sempurna dan cekap. Salah satu jurusan ilmu tersebut ialah ilmu profesional. Menguasai ilmu tersebut akan memungkinkan umat Islam untuk mengurus negara dengan cekap dan cemerlang. Mendidik ummah semoga memiliki pandangan hidup Islam yang berwawasan dan berdaya maju serta menghayati akhlak baik dan menguasai ilmu profesional semoga mampu mengendalikan urusan pentadbiran dan kemampuan membina kemampuan masyarakat, adalah tiga aspek yang sangat mendesak kepada keperluan belia Islam pada masa ini. Mengikut pendekatan pendidikan Islam, ketiga-tiga asas tersebut adalah tiga unsur yang perlu disepadukan dalam sistem pendidikan. Oleh itu sistem pendidikan negara semasa perlu mengambil pendekatan tersebut dengan berkesan dalam mendidik generasi belia. Dalam keadaan persaingan semasa yang hebat, umat Islam harus dapat bersaing dengan masyarakat antarabangsa. Dunia makin bertambah kecil dan peranan sebaran media massa dunia maju mudah mempengaruhi dunia umat Islam. Dari suasana yang sebegini, kegagalan belia Islam menghadapi cabaran semasa akan meruncing kemajuan ummah itu sendiri. Belia Islam yang berwawasan serta berakhlak tinggi dan menguasai ilmu profesional akan mampu membina sebuah tamadun yang utuh.
© 1992 - 2010 INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

Prinsip 5 RAKYAT BERJIWA MERDEKA Oleh PROF DR. SIDEK BABA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA Pendahuluan Fitrah kejadian setiap makhIuk di alam ini memerlukan kebebasan. Kebebasan memberi erti yang amat bermakna bagi kehidupan. Detik pertama kelahiran seorang bayi ke dunia ditandai dengan tangisan seolah-olah membayangkan pekikan kebebasan dari kandungan ibu selama lebih sembilan bulan. Memang fitrah kejadian memberikan manusia erti kemerdekaan. Tetapi kemampuan manusia menghubungkan faktor diri dengan faktor alamiah adalah terbatas terutama yang berkaitan dengan alam ghaib. Upaya penerokaan akal dan pancaindera manusia terhadap perkara-perkara dan benda-benda yang wujud adalah terbatas. Oleh itu, manusia memerlukan petunjuk dari sumber Yang Maha Perkasa. Hanya dengan petunjuk Allah S.W.T. manusia mampu memahami erti diri, erti kehidupan, erti kebebasan dan juga erti kemerdekaan dalam maksud yang sebenarnya. Sebab itu konsep hamba clan khalifah memberikan asas taklif atau tanggungjawab. Melaksanakan taklif memerlukan pedoman dan pertunjuk. Di dalam al-Quran Allah S.W.T. memberikan batasan tentang halal haram, dosa pahala clan baik buruk sesuatu. Sekiranya pedoman ini dijadikan amalan, jiwa merdeka akan sentiasa subur dan selari dengan fitrah insan. Yang menyebabkan makna kemerdekaan dikaburi ialah tingkah laku manusia yang melampaui batas. Al-Quran memberikan asas tentang "perbuatan tangan-tangan manusia yang menyebabkan kerosakan pada alam ini". Manusia yang hidup melalui pedoman alQuran cenderung melakukan sesuatu mengikut keredhaan Allah S.W.T.. Inilah asas yang meletakkan manusia terus berada dalam fitrah clan merdeka.

Memahami konsep Islam tidak sekadar dihubungkan dengan ajaran agama itu sendiri. Islam sebagai "Deen" adalah sesuatu yang hidup bagi sepanjang zaman seperti juga jaminan Allah S.W.T. tentang al-Quran yang akan terus dipelihara sehingga akhir zaman. Aspek lain mengenai Islam ialah penganutnya. Apakah penganut Islam hari ini mewakili zaman atau sedang terpinggir oleh arus perubahan? Kekuatan ajaran itu berada pada umatnya. Sekiranya ajaran Islam itu dihayati sesuai dengan zaman yang pantas berubah, umat Islam tentu berada dalam satu tahap yang clihormati seperti yang pernah berlaku suatu ketika dulu di puncak suatu tamadun yang amat menyumbang kepada Barat dan Timur. Oleh itu, memperkasa umat dengan menggilap dan menghayati nilai-nilai yang Qurani bakal memerdekakan jiwa penganutnya claripada belenggu kejumudan, kebekuan kreativiti, kehampaan intelek clan kecelaruan budaya. Penjajahan pemikiran "al-ghozwul fik-r" yang menimpa umat Islam sejak kejatuhannya ratusan tahun yang lalu memerlukan cara dan penclekatan untuk membebaskannya. Walaupun Malaysia secara politik dan pentadbirannya bebas claripacla kuasa penjajah, namun masih diancam penjajahan bentuk baru seperti hegemoni sistem komunikasi dan telekomunikasi serta penjajahan kebudayaan. Kagum terhadap Barat dan negara-negara bekas penjaja, sindrom kebergantungan kepada Barat dan model kemajuannya sering menjadi ukurtara atau benchmarking untuk kita berstatus maju atau berimej global. Keadaan seperti ini harus diatasi supaya jiwa merdeka harus mampu memberikan cita rasa yang lebih kental dan bermakna supaya jati diri dapat diperkukuhkan, harga diri dapat dipertahankan dan hala tuju pembangunan menepati falsafah Wawasan 2020 iaitu pembangunan yang mapan dan seimbang.

MAKNA KEMERDEKAAN Merdeka mempunyai beberapa pengertian. Mengikut Kamus Dewan (hlm 883), mercleka bermakna " bebas daripacla penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain, lepas claripacla (tebusan, tuntutan, berdiri sendiri, ticlak bergantung kepacla orang lain ). Al-Quran juga mengaitkan kemerdekaan dengan konsep istiqlal dan al-Hurriyyah. Istiqlal membawa makna kemerdekaan, berdaulat, mengangkat, meninggi, menjayakan clan meneruskan sesuatu. Manakala al-Hurriyyah bermaksud kebebasan iaitu bebas claripada nafsu yang jahat. Firman Allah S.W.T. dalam surah an-Nasr bermaksud; "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Muhammad berjaya menguasai nege.ri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat " (Surah an-Nasr: 1-4) Definisi dan maksud al-Quran di atas memberikan kita makna kemerdekaan dan kebebasan dalam ertikata yang luas. Kemerdekaan tidak sekadar pembebasan diri daripacla belenggu penjajahan secara fizikal tetapi mengangkat diri sebagai manusia atau umat yang bermaruah dan ada harga diri. Kemerdekaan Mekah daripada belenggu jahiliyyah adalah lambang kemerdekaan antara yang hak dengan yang batil, antara jahiliyah dengan fitrah, antara asas syirik kepacla asas tauhid. Titik-tolak kemerdekaan Mekah memberi kesan yang amat bermakna kepada umat manusia.

Oleh itu, kemerdekaan dalam fahaman Islam memberikan fokus kepada kemerdekaan akidah kerana menghayati akidah tauhid memberikan tunjangan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia. Hubungan manusia dengan Allah S.W.T. adalah sumber kemerdekaan yang sebenar dan hubungan manusia sesama manusia meletakkan hak individu, keluarga, masyarakat dan negara berada dalam keduclukan yang baik dan menyumbang. Sumber kemerdekaan dengan Allah S.W.T. ialah keimanan dan ketakwaan yang meletakkan manusia dalam batas hamba dan khalifah. Hak individu dalam konteks Islam meletakkan asas kebebasan bersuara, beraktiviti dan bermasyarakat, asal saja ia ticlak melanggar hak orang lain. Hak keluarga ialah tanggungjawab ibu bapa memerdekakan anak-anaknya claripada kejahilan dan menjaclikan diri sebagai contoh atau qudwah supaya anak-anak menjadi orang yang cemerlang dan mampu menyumbang. Hak masyarakat ialah bagaimana potensi dan kelebihan yang ada pada seseorang tidak saja menjadi miliknya tetapi juga menj adi milik masyarakat. Hak negara ialah b agaimana kehadiran kita sebagai warganya menuntut sumbangan dan pengorbanan dalam apa bentuk yang terizin dan termampu supaya kecintaan kepada Allah S.W.T. memberikan kita hikmah cintakan negara. MERDEKA DI LANDASAN TAUHID Mekah memberikan erti yang amat istimewa bagi perjuangan Rasulullah s.a.w. untuk mengembalikan manusia kepada fitrah. Kemerdekaan Mekah terkanclung risalah nubuwwoh yang amat tinggi iaitu pembebasan manusia dari belenggu syirik. Terbebasnya manusia daripacla belenggu syirik ini menjadikan asas akidah berada pada tempatnya yang sebenar dan membentuk tosawwur yang menjalin ikatan antara hamba dan Khaliq, keimanan terhadap Pencipta dan meyakini tentang keperkasaan-Nya, Surah al-1khlas dari ayat 1 hingga 4 memberikan asas yang kukuh tentang aspek ketuhanan yang Maha Esa; "Katakanlah, Dia-lah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yong bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak, tidak pula diperanakkan. Don tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya " Implikasi surah ini membentuk suatu pandangan semesta tentang kekuasaan Allah S.W.T.. la suatu tosawwur yang membentuk asas wehdah dan kesatuan yang amat nyata. Tidak wujud penyengutuan atau menyamakan secara setara antara status Pencipta dan yang dicipta. Bila semuanya kembali kepada Yang Satu, ia memberikan makna yang besar tentang maksud kehambaan yang tinggi. Asas wehdah ini menjadi perkara yang amat pokok dan utama dalam memahami kemerdekaan diri. Asas ini akan memberi arah yang jelas terhadap aspek kepercayaan, pemikiran, ihnu pengetahuan, sains clan teknologi, kebudayaan, kemasyarakatan, pembangunan, kemajuan sistem dan juga negara. Asas ini juga boleh memberikan dokongan yang kukuh terhadap erti jati diri, fahaman patriotik clan proses bina negara. Tanpa asas wehdah manusia akan cenderung kembali kepada faham qaumiah sempit dan konsep rahmah alamiah sukar untuk berkembang kerana sifat kejadian, potensi yang dimiliki, kelainan yang wujud, persamaan yang ada tidak dapat terbentuk atas asas litaarrafu. Asas wehdah ini juga akan memberikan tunjangan terhadap faktor rohaniah yang terpancar dalam amal soleh. Memperkasa faktor duniawi yang memberikan natijah ukhrawi. Melihat faktor benda sebagai sumber yang perlu diuruskan dengan amanah. Benda ialah alat bukannya matlamat. Melihat faktor rahmah dan nikmah sebagai sumber daripada Allah S.W.T. yang perlu ditadbir urus secara ad] wal ihsan. Akhirnya menjadikan kita sebagai umat contoh, umat yang memiliki daya kesatuan yang tinggi (ummatan waahidah), umat terbaik (khaira ummah) dan umat pertengahan (ummatan wasata) yang memiliki kemampuan memimpin dunia dan memimpin umat manusia. Atas landasan inilah Shakib Arsalan dalam kitabnya "Mengapa umat Islam terkebelakang be-rbanding bangsa lain- menekankan kepentingan kerohanian dalam memurnikan jiwa daripada perkara yang merosakkan, mengisi jiwa kepada perkara-perkara Yang baik seperti keimanan dan keyakinan kepada Allah S.W.T., membebaskan jiwa daripada rasa perhambaan dan takut kepada sesama nianusia; dan

memerdekakan diri daripada menjadi hamba kepada nilai dan budaya masyarakat Yang merosakkan seperti fahaman kebendaan dan tipu daya dunia. Faham kehambaan di sini tidak harus dilihat dalam pengertian Yang sempit. Kehambaan di sisi Allah S.W.T. dalarn erti kata Yang luas mernancarkan jiwa merdeka Yang tinggi atas kepatuhan, ketaatan, ketundukan dan keakuran tehadap perkara-perkara yang benar dan hak. Mengakui wujudnya Allah S. WT. melalui tanda-tanda kebesaran-Nya, mengakui kebesaran Allah S.WT. dengan dan nikrnah-Nya yang melimpah ruah-rahmah ,mengakui keperkasaan Allah SWT. yang memberikan kudrat dan takdirNya terhadap kehidupan manusia dan alam ini menyebabkan manusia memiliki sifat patuh, taat, tunduk dan akur. Apa pun sistem yang ingin berjalan dan memberi manfaat yang tinggi, ia mestilah berialan atas patuh, taat, tunduk dan akur. Bintang-bintang, sistem solar, kosmos dan galaksi tidak akan bergerak secara tertib dan teratur melainkan atas landasan sunnah-Nya dan semua itu bergerak atas asas patuh, taat, tunduk dan akur. Kalau tidak, perlanggaran dan kesesakan akan berlaku. la ticlak berlaku kerana sifat Allah S.W.T. itu sendiri Maha Berkuasa dan Maha Perkasa terhadap ciptaan-Nya. Hal yang sama juga perlu ada kepada manusia supaya asas patuh, taat, tunduk dan akur menjadi sumber amalan bagi menundukkan sifat takabbur, sombong, angkuh dan ujub yang menyebabkan manusia terbelenggu dengan nafs alamarah yang bersifat haiwani. Inilah yang menyebabkan berlakunya konflik, persengketaan, permusuhan, peperangan, kesombongan terhadap kuasa dan pangkat, takabbur terhadap ilmu dan kepandaian, angkuh terhadap harta dan kesenangan, ujub terhadap kekayaan dan kemewahan hingga dirinya jadi terbelenggu. Faktor rohaniah harus menjadi landasan membebaskan manusia daripada belenggu yang membelit hati lantaran nafs al-amarah yang jelik. Kekuatan rohaniah yang terpancar dalam bentuk amal Islami bukannya terbatas dalam ritual ke dalam diri (tazkiyah an-nafs) semata-mata, tetapi ia henclaklah terucap dalam kata-kata yang santun dan mendidik, terlihat dalam amal clan perbuatan yang baik dan dirinya mampu menjadi contoh ikutan orang lain. Asas kemerdekaan diri secara rohaniah dan amal ialah pertautan yang tinggi dengan Allah S.W.T. yang dilakukan dengan ibadah clan amal soleh yang ikhlas dan telus supaya kesan kebaikannya dapat dirasakan oleh yang lain. Cabaran utama yang sering dihadapi oleh manusia ialah cabaran hawa nafsu. Nafsu adalah sesuatu yang fitrah bagi manusia, asasnya diibaratkan sebagai kuda liar. Kuda liar kalau tidak dilatih atau dijinakkan akan menyebabkan ia ticlak boleh clikawal. Nafsu juga sedemikian, sekiranya ticlak dilatih dan dijinakkan secara fitrah dengan amalan rohaniah yang baik ia boleh membina nafs al-amarah bisuk iaitu nafsu jelik yang membawa pekerti buruk. Ibarat kuda liar yang dilatih untuk berlari dengan baik, dijinakkan dengan belaian dan urutan yang manja menyebabkan ketaatan kepada tuan atau penunggangnya tinggi. Apa saja yang diperintahkan oleh tuannya akan diikuti dengan baik dan menjadikan kuda itu sebagai kuda yang taat dan patuh. Nafsu manusia juga memerlukan pendekatan yang sedemikian supaya memiliki jiwa hamba yang tinggi. jiwa hamba yang tinggi akan berupaya mengawal dan menjinakkan nafsu serakah yang jelik seperti Firman Allah dalam Surah ali-Imran ayat 14-15 yang bermaksud: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, daripada emas dan perak, kuda pemeliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun kebun tanaman. Semuanya itu ialah ke senangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik baiknya (iaitu syurga). Katakanlah wahai Muhamad: Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu apa yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga yang mengalir di bawahnya sungai sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan atau isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula keredhaan daripada Allah S.WT. Dan (ingatlah), Allah S.WT sentiasa melihat akan hamba-hambaNya ".

MERDEKA DALAM PEMIKIRAN Akal adalah anugerah Allah S.W.T. yang amat bernilai kerana ia membezakan antara haiwan dengan manusia. Allah S.W.T. kurniakan akal membolehkan manusia mengingat, berfikir clan memberikan daya taakulan. AI-Quran menghubungkan akal dengan konsep ulul a]-bob supaya tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T. itu diteliti dan dikaji dan menghubungkannya dengan Pencipta. Alam ini ticlak terjacli dengan sendiri. Manusia pun tidak terjadi dengan sendiri (by nature). Sesetengah orang di Barat membuat tanggapan bahawa alam dan manusia ini terjadi secara kebetulan (by accident). Menghubungkan kejadian dengan agama dianggap sebagai suatu dogma. Asas inilah yang menjadikan ilmu orang-orang Barat bersifat rasional dan empirikal semata-mata. Segala sesuatu diukur dan diambil kesimpulan hanya dirujuk dengan upaya akal saja. Persoalan dalam al-Quran, "Apakah kamu tidak berfikir" yang merujuk kepada orang-orang berakal tentang ketakjuban kejadian-Nya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah S.WT turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu, Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan ". (al-Baqarah: 164) Ayat di atas membawa mesej saintifik. Sains dalam tradisi orang Barat hanya menyangkut tentang kajian mengenai benda dan fenomena. Sains dalam tradisi Islam tidak saja mengkaji tentang benda dan fenomena tetapi hal-hal di sebalik benda dan fenomena iaitu pertanda-pertanda kewujudan dan keperkasaan Allah S.W.T.. Manusia yang diciptakan mengatur sistem lebuh raya yang canggih tetapi perlanggaran dan kesesakan tetap berlaku. Allah S.W.T. jaclikan planet dan sistemnya berputar clan beredar secara teratur dan tertib tentunya membayangkan ada kuasa yang Maha Berkuasa menentukan perjalanan atas sunnah-Nya. Ticlak mungkin planet dan sistemnya bergerak sendiri seperti ticlak mungkin kereta berjalan sendiri, kapalterbang terbang sendiri. Akal yang berfikir tentunya memberikan taakulan bahawa sesuatu yang bergerak ada penggeraknya dan sesuatu yang terjadi ada penjadinya. Asas inilah yang menjadikan kebebasan pemikiran wujud dalam keadaannya yang fitrah. AI-Quran juga memberikan asas tentang perlunya pengembangan pemikiran menerusi anjuran "Apakah kamu tidak merenung" iaitu tidakkah manusia berfikir secara kreatif, reflektif, lateral, kritikal, strategik dan sebagainya. Kemahiran berfikir ini amat penting supaya perspektif tentang sesuatu dilihat secara menyeluruh clan komprehensif. Sesuatu kej adian baik langit dan bumi, manusia dan haiwan, air dan tumbuhtumbuhan mempunyai kaitan antara satu dengan lain. la ibarat suatu sistem kosmos yang memiliki kesalingan dan memiliki hikmah di sebalik kejadiannya. Pengembangan pemikiran secara fitrah menyebabkan manusia menjacli tahu dan berilmu. Ilmu tanpa suluh al-Quran ticlak memberikan jalan berfikir yang terang benderang. AI-Quran sebagai sumber hikmah dipandu oleh jiwa tafakkur membolehkan manusia tahu tentang letak dirinya sebagai hamba dan khalifah clan hubungannya dengan Pencipta untuk memahami maksud faktor-faktor yang nyata dan ghaib yang terdapat dalam alam dan kehidupan ini. AI-Quran juga menganjurkan supaya tradisi tadabbur dikembangkan. Jiwa tadabbur adalah amat penting bagi memerdekakan pemikiran manusia. Rasa ingin tahu, keupayaan menyelidik dan mengkaji memberi ruang kepada manusia mendapatkan data dan maklumat, fakta dan ilmu supaya daripadanya menjadikan manusia lebih dekat dengan Allah S.W.T.. dan menjadikanya yakin terhadap kebesaran-Nya berasaskan pertanda-pertanda jelas dan meyakinkan. Kecemerlangan ilmuan dan ulama' silam berasaskan integrasi fikir dan zikir. Tradisi fikir dan zikir menemukan Ibn Nafiz pakar dalam bidang ilmu Mengurus Diri iaitu keahlian dalam bahasa Arab dan Syariah. Dalam masa yang sama juga mempunyai keablian dalam ilmu. Mengurus Sistem iaitu pakar

dalam bidang perubatan yang berkaitan dengan ilmu perputaran darah (blood circulation). Tradisi ini juga menampilkan tokoh ilmuan seperti Ibn Sina yang hafaz al-Quran di awal umur, menguasai pelbagai bahasa, menekuni bidang ilmu muzik, pakar dalam bidang astronomi atau astrofizik, mahir dalam bidang falsafah, hebat dalam ilmu matematik dan tersohor dalam ilmu perubatan. Hal yang sama juga berlaku kepada al-Hawarizmi pakar dalam bidang matematik, al-Zahrawi pakar dalam ilmu bedah, al-Batani pakar dalam ilmu astrofizik, Ibn Haitam dalam bidang optik, Abbas ibn Firnas dalam bidang enj in terbang clan ramai lagi yang melakukan tradisi todobbur tanpa memutuskan diri dengan Allah S.W.T.. Inilah asas kemerdekaan berfikir yang wujud dalam zaman kegemilangan tamadun yang telah memimpin tamadun umat manusia. Akal manusia juga dibantu oleh pancaindera. Apa yang ditatap, dibaca , ditulis, ditonton, disaksi dan cliperhatikan memberi asas terhadap akal clan kecerdasannya. Apa yang didengar, dihidu, dirasa dan disentuh juga merupakan landasan menghubungkan diri dengan lingkungan luar diri clan persekitaran boleh menyumbang kepada kemakrufan dan faktor sekitar juga boleh menyumbang kepada kemungkaran. Keinsafan bahawa Allah Maha Melihat clan Allah Maha Mengetahui menjadi pedoman bagi manusia menyuburkan jalan berfikir dan perkembangan pancainderanya supaya yang dilillat, didengar, dihidu, dirasa dan disentuh adalah sesuatu yang baik dan menyumbang kepada kebaikan dan kesejahteraan diri clan juga perlakuannya. Oleh itu, pemikiran yang merdeka adalah pemikiran yang terpedoman. Manusia yang fitrah tidak boleh lepas bebas dalam berfikir tanpa adanya pancang ataupun panduan yang membolehkan manusia insaf bahawa sebagai hamba dan khalifah, ia tertakluk kepada ketentuan Allah S.W.T.. Meskipun jalan ikhtiar erbuka untuk manusia, namun faktor naluri clan nafsu-nafsi semata-mata tidak memadai untuk membimbing manusia ke jalan yang betul melainkan kesuburan pemikirannya dibentuk oleh keimanan. clan ketakwaan.

Keimanan dan ketakwaan adalah batasan yang membimbing manusia tentang kebebasan berfikir. Keimanan menghubungkan manusia dengan faktor ghaibiyyat di mana manusia tidak hanya mengembangkan pemikirannya terhadap apa yang dilihat clan bersifat benda tetapi juga percaya apa yang tidak dilihat seperti Allah S.W.T. dan malaikat kerana terclapat tanda-tanda yang nyata tentang kejadian dan kebesaran-Nya yang di luar mampu akal manusia untuk memberikan rasionalnya. Ketakwaan menghubungkan manusia dengan faktor insaf-ketuhanan (God-conciousness) yang tinggi. Keyakinan manusia kepada Allah S.W.T. yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui membentuk manusia supaya berlaku amanah, jujur, adil, tulus, telus dan lain-lain kerana ketakwaan meyakinkan manusia bahawa dalam melakukan sesuatu yang sifatnya ibadah, walaupun bila melakukannya kita tidak melihat Allah S.W.T., tetapi kita yakin Allah S.W.T. melihat kita. Asas inilah yang mempedoman manusia untuk sentiasa berada dalam koadaan fitrah bila melakukan. sesuatu. Orang-orang mukmin dan muttaqin tidak akan erbelenggu oleh sifat pecah amanah atau tidak amanah, kezaliman, penipuan, pura-pura, melakukan eksploitasi atau perkara-perkara seumpamanya kerana ia menjaclikan manusia tidak merdeka dan terbelenggu. Melakukan sesuatu dengan amanah, bercakap sesuatu yang benar, menyampaikan sesuatu dengan jujur, bersikap adil terhadap orang lain, telus dan tulus bila berurusan adalah gambaran orang yang berjiwa merdeka kerana ia menghubungkan dirinya dengan yang Maha Mengetahui iaitu Allah S.W.T.. Dalam melakukan sesuatu ia ticlak berselindung atau monyatakan sesuatu di luar kebenaran kerana sekiranya ia berbuat demikian meskipun manusia tidak tahu tetapi Allah S.W.T. mengetahuinya. Inilah jiwa merdeka yang amat agung yang dimiliki oleh manusia mukmin.

Asas ini sangat penting kerana maksud kebebasan berfikir ialah pertautan akal dengan naql iaitu wahyu. Wahyu memberikan pertunjuk manusia supaya pedoman yang diberi menyebabkan manusia terus berada dalam keadaan fitrah dan tidak melampaui batas. Batasan yang memisahkan yang baik dengan yang buruk, maaruf clan mungkar, hak dan batil, adil dan zalim adalah

persimpangan yang boleh membawa manusia kepada belenggu dan boleh memimpin manusia ke arah kebaikan. Sekiranya manusia memilih jalan yang baik, kemerdekaan yang sebenarnya dirasai tetapi sekiranya manusia memilih jalan yang batil maka manusia tidak memilik dan hidupnya dibelenggu. KONSEP KEBEBASAN BERFIKIR Manusia dikurniakan Allah S.W.T. dengan akal yang membolehkan manusia berfikir. Haiwan clikurniakan nafsu dan naluri yang tidak membolehkannya berfikir seperti manusia. Kesuburan pemikiran manusia memerlukan suasana. Suasana yang merangsang dan menggalakkan berfikir menyebabkan lahirnya maklumat, datangnya ilmu dan ditemui data dan fakta. Daripadanya manusia membina rumusan, hipotesis dan akhirnya teori tentang sesuatu kajian dan perkara. Definisi Kebebasan Berfikir Mengikut Kamus Dewan (1998) halaman. 120, kebebasan bermaksud tidak terhalang (untuk bergerak dan bercakap), tidak terkongkong, tidak terkurung clan lain-lain. Berfikir, dikaitkan keupayaan menggunakan akal (untuk menyelesaikan sesuatu clan lain-lain), mengingat, merenung dan mempertimbangkan. Kebebasan berfikir ialah suatu keadaan idea dan pandangan boleh dikeluarkan dengan bebas tanpa dihalang atau dikongkong oleh orang lain selama mana ia tidak bertentangan dengan hukum agama clan tatasusila masyarakat. Firman Allah S.W.T. dalam surah Sad ayat 29 yang bermaksud: "(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahui Muhammad) kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurma mengambil iktibar.´ Ayat-ayat Allah S.W.T. terkanclung sumber-sumber untuk manusia berfikir. Di dalam al-Quran terdapat kisah-kisah vang berlaku di kalangan para Nabi dan Para Rasul vang terdahulu. Kisah-kisah itu memberikan kita ibrah atau iktibar ataupun teladan supaya apa vang dirakamkan oleh Allah S.W.T. menerusi Kalam-Nya untuk direnung, diteliti dan dikaji oleh manusia tentang sejarah manusia dan kemanusian, sejarah kebangkitan dan keruntuhan, sejarah kepatuhan clan keengkaran, sejarah menjejaki batas kebebasan dan melampauinya. AI-Quran menyebutkan akibat daripada perbuatan manusia yang melampaui batas. Apa yang terkandung dalam kisah-kisah adalah gambaran al-Quran menerusi ayat-ayatNya itu adalah himpunan sejarah manusia terdahulu yang berulang kembali pada hari ini dan bakal berulang kembali pada masa depan. Contohnya, kisah Nabi Lut a.s. berdepan dengan kaumnya yang lari daripada fitrah. Fitrah kejadian lelaki dan perempuan yang memungkinkan proses "kenal mengenal " atas keperluan syarak berlaku bagi membolehkan zuriat berkembang untuk membentuk keluarga clan masyarakat dan akhirnya sistem dan tamadun. Kaum Nabi Lut a.s. memiliki tabiat untuk meminati kaum sejenis. Nabi Lut a.s. berusaha mengajak mereka kembali kepada fitrah. Sebaliknya Nabi Lut a.s. dihina dan dicerca malah diancam. Akhirnya, Allah S.W.T. menurunkan musibah terhadap kaum ini clan mereka dihancurkan dari muka bumi.

Bagi orang-orang yang beriman, pemikiran reflektif yang harus dikembangkan ialah pentingnya kejadian berpasang-pasangan mencari keseimbangannya supaya hikmah di sebalik kejadian dan penciptaan dapat dimanfaatkan dengan betul dan tepat. Pada hari ini kita menyaksikan kebebasan berfikir dan menganut sesuatu fahaman yang lepas bebas dan tidak menjaclikan ayat-ayat Allah S.W.T. menerusi kisah-kisah dan ibrahnya sebagai sumber pembelajaran. Sebaliknya orang-orang Barat clan orang-orang Timur menjaclikan pola "gay" clan "lesbian" sebagai jalan kehidupan yang terbaik. Ia mengulangi kembali apa yang pernah dirakamkan oleh al-Quran. Akhirnya, bayangkan kebebasan berfikir tanpa batas, kebebasan pergaulan tanpa had, kebebasan memperkongsi kehidupan tanpa pedoman menyebabkan musibah baru lahir menghantui umat manusia iaitu AIDS/HIV. Bagi orang-orang Islam kebebasan berfikir tanpa pedoman, kebebasan membuat keputusan dan pendirian tanpa sumber hikmah bakal menjerumuskan manusia kepada amalan melampaui batas yang natijah akhirnya ialah kerosakan clan kebinasaan. Oleh itu, dalam kebebasan berfikir mengikut tradisi slam, ticlak salah kebebasan berfikir dihubungkan dengan kemahiran yang berkaitan dengannya. Berfikir secara kreatif, kritikel, lateral, strategik, analitis, inovatif dan lain-lain adalah kaedah bagaimana sudut maklumat diperoleh, cabang ilmu boleh dikembangkan, jalur keterampilan boleh dipelbagai dan jalan kebenaran bolch ditemui. Sudut mana pun sesuatu perkara menjadi objek pemikiran pada prinsipnya ia bermula dengan suatu kesatuan. Alam ini dijadikan sebagai suatu kesatuan. Melihatnya dari sudut geografi ataupun sainstifik mahupun sosiologi ia tetap bermula dari satu kesatuan. Disiplin pemikiran. dan kajian yang berbeza melengkapkan lagi pengetahuan. manusia dan akhirnya sesuatu itu harus dilihat secara suatu kesatuan yang sifatnya kosmik dan organik.

Pada prinsipnya, sesuatu kejadian itu diciptakan. Manusia menggunakan akal, kemahiran dan keahlian untuk mereka, mengolah dan menggubah sesuatu yang diciptakan untuk menjadi bahan dan alat yang boleh memberi menfaat kepada manusia. Manusia ticlak boleh melakukan ciptaan daripacla perkara yang fidak ada kepada ada. Mengadakan yang tidak ada kepada ada merupakan kerja Allah S.WT.. Meniadakan yang ada kepada tidak ada juga kerja Allah S.W.T. atau dengan izin-Nya. Pada hakikatnya, yang berubah itu ialah bentuk (form) bukannya fitrah sesuatu kejadian itu (substonce). Fitrah sesuatu kejadian tetap tidak berubah. Kalau Allah S.W.T. jadikan faktor-faktor dalam alam ini sifatnya berpasang-pasangan, ia akan tetap berpasang-pasangan sehingga ke Hari Kiamat. Yang pentingnya, bagaimana yang berpasang-pasang itu mencari titik-temu, keserasian dan keseimbangan bagi mewujudkan keharmonian, keamanan, kesejahteraan dan juga kebaikan. Bentuk antara lain ialah yang bersifat alat. Teknologi ialah alat. jenis teknologi yang dihasilkan digunakan untuk beberapa keperluan dan kepentingan. Dalam tradisi Islam, teknologi dilihat sebagai alat tetapi maksud kegunaan teknologi itu membawa kepada matlamat sesuatu. Komputer dan televisyen adalah alat. Sifat alat ialah berubah, cenderung, canggih dan kompleks. Tetapi apakah komputer dan televisyen membawa maklumat yang baik, betul. dan benar ataupun televisyen menyajikan bahan-bahan dan program yang meningkatkan akal budi manusia, bakal menentukan fitrah yang dituntut oleh manusia. Memahami keperluan yang fitrah tentunya memandu manusia berfikir secara kreatif dan inovatif untuk kebaikan manusia juga.

PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF Berfikir adalah salah satu fungsi akal. Berfikir dengan kreatif dan inovatif adalah pengembangan akal bagi menjadikan pemikiran subur dan pelbagai. Al-Quran memberikan asas yang penting tentang konsep tafakkur. Konsep ini mengembangkan kemahiran berfikir supaya pemikiran yang mendalam menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Kreatif dalam berfikir tidak saja memperkayakan persepsi dan hasil pemikiran tetapi ia menjadikan sesaorang inovatif terhadap ilmu dan cara. Ilmu yang kreatif dan inovatif menampilkan sudut pandangan yang pelbagai, dinamik ilmu yang mencakupi pelbagai sudut clan melahirkan keindahan clan kekuatan sehingga ilmu dapat diaplikasikan dalam pelbagai keadaan dan suasana. la menghasilkan keceriaan dan kegirangan sehingga kreativiti menjadi tarikan dan inovativiti merangsang minat dan perhatian. Islam menggalakkan kreativiti dan inovativiti kerana ia memberi manfaat kepada manusia. Oleh itu kecenderungan melakukan kreativiti dalam berfikir, menghasilkan sesuatu, mengembangkan sesuatu yang berfaeclah kepada manusia dan kehidupan amat dianjur oleh Islam. Rasulullah s.a.w. pada zamannya bertemu dengan selcumpulan sahabat yang sedang melakukan proses pendebungaan tamar lalu menyapa dan bertanya mereka tentang apa yang mereka seclang lakukan. Para sahabat menyatakan bahawa usaha itu adalah bermaksud untuk kebaikan. Rasulullah s.aw. menyatakan kepada mereka; "Kamu lebih tahu urusan duniamu". Kisah ini amat menarik untuk dihubungkan dengan persoalan kreativiti. Rasulullah s.a.w. mengiktriraf tentang kelebihan, keahlian dan kreativiti yang mereka lakukan asal saja ia memberi manfaat kepada orang lain. Kalau kita teliti cara bermuamalah yang berlaku ada zaman Nabi Muhammad s.a.w. ialah budaya tukaran barang. Mekanisme pertukaran barang berkembang sehingga dirham dan dinar menjadi alat berlakunya jual-beli. Inovasi ini memberikan kemudahan kepada manusia. Tetapi Rasulullah s.a.w. melakukan jualbeli dengan berpegang kepada prinsip al-Quran iaitu," Berjual belilah di kalangan kamu, tetapi jangan amalkan riba"'. Inilah prinsip jualbeli dalam ajaran supaya manipulasi, diskriminasi, monopoli dan eksploitasi tidak berlaku. Dalam Islam, tradisi tafsir, ta'wil dan penafsiran menjadi asas utama dalam perkembangan ilmu. Ulama'-ulama' tafsir memberikan skop yang kaya dan luas tentang maksud daripada al-Quran. Tafsir itu tidak saja mengukuhkan akidah dan iman tetapi menjadikan umat Islam kreatif dan inovatif dalam menghasilkan karya-karya besar. Ulama' ilmuan tersohor menghasilkan ratusan kitab dan teks ilmu dalam pelbagai bidang. Ibn Nafis yang mempunyai kepakaran dalam bahasa Arab dan ilmu peredaran darah, Ibn Sina yang hafaz al-Quran di awal umur menulis ratusan kitabkitab besar adalah pakar dalam ilmu perubatan, al-Khawarizmi juga hafaz Quran di awal umur dan secara kreatifnya mengembangkan asas angka dengan memperkenalkan konsep sifar, algebra, algorithem, trigonometri dan lain-lain yang memperlihatkan kreativiti yang tinggi. Manakala al- Zahrawi yang mahir dalam bidang keagamaan dan dalam masa yang sama secara kreatif dan inovatif menghasilkan alat bedah ang pelbagai. Kegiatan ini telah menyebabkan tradisi ilmu berkembang berabadabad dan melahirkan tamadun yang menyumbang kepada umat Islam, Barat

dan Timur. Pada hari ini, Barat menguasai bidang ilmu terutama yang berbentuk sains dan teknologi. Tradisi berfikir clan mengkajinya sangat berkembang. Pemikiran mereka amat kreatif dan inovatif terutama dalam menghasilkan i1mu-ilmu alat. Teknologi hari ini dalam pelbagai bentuk dan kecanggihannya menjadi asas penting kemajuan clan kemodenan umat manusia. Oleh itu, amat penting umat Islam membina semula tradisi berfikir yang kreatif dan inovatif supaya jiwa penerokaan lahir, kreativiti berkembang dan penghasilan ilmu juga berkembang. Apa yang dipentingkan dalam tradisi Islam ialah sikap kepenggunaan teknologi yang tidak lari daripada fitrah dan mampu memberi manfaat kepada yang lain. Pada hari ini, umat Islam mengalami kebekuan dalam berfikir. Umat Islam menjadi umat pengguna dan penciplak terhadap tamadun orang lain. Kalau ada hajat untuk berubah tetapi kemampuan ilmu terbatas maka, kreativiti dan inovativiti dalam ilmu amat terbatas juga. Apabila hasrat untuk berubah tinggi tetapi kemampuan untuk berubah kurang maka, umat sering terjebak dalam keterbatasan ilmu dan intelektual. Konsep ulul al-bab adalah tunjangan kepada upaya berfikir, memerhati dan meneliti umat. Proses penaakulan harus berlaku dan pendekatan tadabbur sewajarnya menjacli landasan mengembangkan pemikiran umat dengan menguasai ilmu-ilmu berbanding (comparative knowledge) yang bermanfaat dan menampilkan ilmu-ilmu yang berasaskan sumbersumber al-Quran dan assunnah supaya ia releven dengan perubahan yang sifatnya sezaman. Proses ijtihad perlulah dikembangkan di mana yang berkaitan dan proses tajdidi dan islahi perlu ada dimana yang dirasakan sesuai. Tuntutan hari ini ialah keupayaan menghubungkan tradisi turath dengan metodologi terkini supaya dunia tafsir clan ta'awil berkembang seterusnya natijah pemikiran kreatif dan inovatif jangan sampai menjadikan umat Islam itu terjebak dalam faham liberal atau muclah dipengaruhi dengan pendekatan orientalis. Kebebasan clan kemerdekaan mengkaji, menyelidik dan membuat rumusan dan asas hipotesis dan teori tentang disiplin keilmuan perlu ada tetapi mestilah. dalam acuan kita sendiri. Acuan kita sendiri ticlak mengambil sikap menolak sesuatu yang baik clari Barat dan Timur tetapi dalam masa yang sama umat Islam memiliki upaya menyaring yang tinggi supaya kreativiti yang terhasil dan inovativiti yang berlaku ticlak bercanggah dengan kepentingan syarak supaya faktor pengekalan fitrah insani akan sentiasa diambil kira. Tentunya umat Islam tidak mahu dibelenggu oleh orientasi ilmu cara Barat yang ticlak menjaclikan landasan akidah clan etika Islam sebagai tunjang tasowwurnya. Kreativiti dan inovativiti mereka banyak yang bebas-nilai. Oleh itu, amat penting faktor kreativiti dan inovativiti menjadi lanclasan pengembangan ilmu dan teknologi umat Islam. Ini penting supaya faedah berbanding clapat di manfaatkan, acuan kita sendiri dapat terhasil dan akhirnya tradisi ilmu baru bakal terbentuk hasil adanya integrasi clan proses Islamisasi menjadikan keunggulan ilmu yang fitrah berkembang. la bakal merintis kemajuan dan perubahan secara holistik sifatnya. Kebebasan berfikir secara kreatif dan inovatif akan memberikan sumbangan yang besar dalam membangunkan bangsa, agama dan negara. la perlu dilakukan dengan kaedah yang sesuai mengikut ajaran Islam serta ticlak menclatangkan kemudharatand bencana kepada manusia sejagat seperti yang disebut oleh Allah S.W.T. dalam surah al-Rum ayat 41:

"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatanperbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). PENGUKUHAN JATI DIRI Sifat jati diri adalah amat penting untuk melahirkan insan cemerlang yang mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian. jati diri ialah suatu sifat yang menggambarkan seseorang yang mempunyai akhlak, peribadi, personaliti yang baik, murni, mulia dan sempurna. lati diri terungkap dalam keindahan dan kemantapan berbahasa dan berbudaya dan jati diri juga dihubungkan dengan keteguha.n prinsip dan penghayatan agama. Firman Allah S.W.T. dalam surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud: "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku: sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orangorang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia daripada hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani " Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang membangun jati diri; i) Pengukuhan keimanan dan ketakwaan. Keimanan dan ketakwaan harus difahami clan dihayati dalam erti kata yang luas. Manifestasi iman dan takwa seharusnya terlihat dalam tekad dan azam kepimpinan dan kepengurusan yang "acauntable" mengambil pertimbangan bahawa iman selalunya dipadukan dengan amal soleh, takwa cliperkasakan oleh keinsafan mendalam bahawa Allah S.W.T. pemberi rahmah dan nikmah yang melimpah ruah. Manusia yang beriman dan bertakwalah yang mampu membebaskan manusia daripacla kejahilan yang membelenggu. ii) Penghayatan dan pelaksanaan tuntutan agarna. Tuntutan agama adalah amat luas seluas horizon kehidupan itu sendiri. Islam ialah suatu cara hidup. jiwa merdeka menuntut supaya Islam tidak hanya dilihat sebagai agama ritual saja tetapi manifestasinya wujud dalam pembangunan dan perubahan supaya manusia dapat dibebaskan daripada belenggu kejahilan, kefakiran, kemiskinan, kepinggiran dan mangsa eksploitasi orang lain. iii) Penguasaan i1mu pengetahuan yang sempurna. Antara faktor yang menyebabkan urnat Islam terjajah dan terbelenggu ialah keterpisahan I1mu Mengurus Diri dan 11mu Mengurus Sistem. Tamadun umat pada masa yang lalu memperlihatkan integrasi ulum naqliah dan ulum aqliah yang terbukti menjadi penyumbang kepada kelahiran suatu tamadun. Tradisi pengilmuan dan pendidikan Islam lebih banyak menumpu kepada ilmu-ilmu yang berteraskan akidah dan akhlak sedangkan di Barat ilmu-ilmu sains dan teknologi menjadi keutamaan. Oleh itu, pendekatan integratif amat perlu supaya proses perubahan dan kemajuan mengambil kira faktor nilai dan akhlak, di samping ilmu dan ketrampilan.

iv) Mempunyai daya juang dan sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara. Daya juang atau iihad dalam konteks Islam harus dilihat dalam fahaman yang positif. Nilai-nilai ketamadunan yang ada pada Islam seharusnya mendokong maksud risalah alamiah yang sifatnya merentasi. Kemajuan ilmu dan pendidikan bermaksud menghasilkan insan yang amanah dan adil. Kemajuan sosial dan ekonomi bertujuan mewujudkan pengagihan yang seimbang di kalangan semua. Kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi membina rangkaian persaudaraan dan ukhuuwwah. Sekiranya tahap ini dapat dicapai kesediaan warganya berkorban mengangkat h araka t kemaj uan dan pembangunan adalah tinggi. v) Kesihatan akal dan tubuh badan

Akal yang sihat lahir daripada tubuh badan yang sihat. Kesihatan rohani ticlak akan mampu mengembangkan kekuatan berfikir sekiranya ketangkasan jasmani tidak wujud. Akal yang sihat menyebabkan lahirnya idea-idea bernas ke arah strategi membangun Malaysia sebagai negara contoh berasaskan acuan kita sendiri. vi) Persekitaran yang sihat, bebas daripada sebarang pengaruh ideologi dan budaya yang merosakkan. Jiwa merdeka memiliki kekuatan dalaman dan luar yang mampu menghadapi cabaran dan ujian. Generasi muda harus diberi imuniti atau kekebalan yang mampu membentuk peribadinya yang memiliki peribadi kepeloporan dan dapat membezakan yang mana berfaeclah dan yang mana sebaliknya. Asas ini penting supaya peribadi generasi penerus ibarat ikan di laut masin. Semasin mana persekitarannya, dagingnya tetap tawar. JIWA MERDEKA DAN BINA NEGARA Dalam konteks bina negara, jiwa merdeka amat dituntut. Dengan jiwa merdeka, kita kembali kepada diri dan kembali kepada harga diri. Apabila Melaka menerima Islam, asas kemajuan dan perubahan berlaku dengan baik sekali. Di bawah kepimpinan Bendahara Tun Perak umpamanya, Melaka terserlah dalam hubungan dagang, perkembangan ilmu dan pendidikan, perkembangan Islam dan kestabilan kepimpinan. jiwa merdeka yang ada pada Tun Perak ialah menjadikan amanah dan keadilan sebagai asas kepimpinan bagi mempertahankan jiwa merdeka. Kejatuhan Melaka selepas Tun Perak, berakibat daripada jiwa umara' yang sudah dibelenggu oleh amalan nafsu-nafsi dan kebendaan diletakkan sebagai matlamat bukannya alat. Kisah peminangan Puteri Gunung Ledang adalah gambaran sinis penulis silam tentang jiwa-jiwa dan peribadi-peribadi yang terbelenggu dan menyebabkan kemusnahan sebuah peradaban dan dijajah sehingga ratusan tahun selepas itu. Kemerdekaan yang kita terima adalah rahmat yang amat besar. la menuntut dokongan yang tinggi dan keinsafan yang mendalam bahawa penjajahan boleh datang lagi dan menguasai minda dan budaya kita dalam bentuknya yang berbeza. Oleh itu, mengekalkan jiwa merdeka memerlukan pembangunan diri dan sistem dengan kualiti ilmu dan keterampilan yang mendokong nilai-nilai agama yang bersifat tamadun, nilai-nilai bersama yang tidak bercanggah dengan fitrah dan nilai-nilai sejagat yang selari dengan proses berkenalan

dalam ertikata yang luas. Tanpa nilai-nilai kukuh ini tidak mungkin kita mampu bertahan dengan penerobosan pengaruh sistem maklumat dan komunikasi yang amat agresif, pei-igaruh media cetak dan elektronik yang membentuk minda kita dan pengaruh konsumerismehedonistik yang menebalkan jiwa kebendaan dan fahaman berfoya-foya. jiwa merdeka harus memiliki jati diri yang berasaskan akhlak dan amanah. Kekuatan akhlak yang bertunjangkan karamah insoniah iaitu takwa dan amanah kepimpinan dan kepengikutan menjadi teras utama kestabilan dan kemajuan sesebuah negara. Bangsa dan tamadun yang mempunyai jiwa kepeloporan yang tinggi mampu bertahan menghadapi cabaran dalam lingkungan mahupun cabaran dari luar lingkungan. Malaysia sebagai sebuah negara merdeka tidak dapat mengelak diri daripada mempunyai warga yang mesti berjiwa merdeka. Hanya warga yang berjiwa merdeka mempunyai kejelasan arah tuju perjuangan. Mereka yang masih terbelenggu dengan kekaguman. Barat secara melulu atau ingin mempertahankan amalan. dan budaya diri yang menghambat kemajuan dan perubahan, bakal menjadi beban ke arah mernacu kemajuan dan perubahan. Wasasan 2020 umpamanya meletakkan keseimbangan tasawwur iaitu melihat hala tuju perjuangan dengan pandangan yang tepat dan penglihatan yang seimbang. Sekiranya keseimbangan Visi 2020 dijadikan sandaran membina jiwa merdeka, kita boleh menterjemahkan bahawa tidak akan wujud jiwa merdeka sekiranya faktor duniawi menjadi lebih utama dengan menafikan natijah ukhrawi. Lebih tidak seimbang sekiranya dalam membangunkan kekuatan fizikal kita melupakan kepentingan rohaniah. Dan lebih pincang lagi dalam memanfaatkan faktor-faktor daripada Barat kita melupakan faktor-faktor yang patut digilap daripada tradisi dan tamadun kita sendiri. Jiwa merdeka harus mampu merintis jalan ke arah membangun negara berasaskan acuan kita sendiri. jihad ilmu dan pendidikan sewajarnya menjadi perkara pokok dalam pembinaan dan penyuburan sistem pendidikan khususnya pembangunan modal insan. Usaha kita membangun akan menjadi sia-sia sekiranya dalam membina sikap selektif terhadap amalan daripada Barat, kita tiba-tiba bertukar menjadi penganut dan pemeluk setia tamadun kebendaan dan nafsu-nafsinya. Lebih tidak memberi apa-apa makna sekiranya dalam menghadapi arus globalisasi kita tidak berbuat apa-apa dalam memberikan jalan alternatif ke arah wawasan pembangunan dan kemajuan yang lebih bermakna. justeru, jiwa merdeka harus dipancarkan dalam konteks bina negara yang berasaskan nilainilai murni, terbuka kepada kesediaan menerima amalan baik daripada orang lain, kesediaan memajukan keunggulan tradisi dan budaya sendiri di samping kualiti strategik yang bijak merancang dan melaksana, mendepani karenah zaman yang dinamik berubah. Jiwa merdeka sewajarnya terpancar sepanjang masa supaya warga Malaysia memiliki daya dorong yang tinggi untuk terus maju berasaskan acuan Malaysia iaitu pembangunan benda yang bergerak seimbang dengan pembangunan keinsanan supaya model Malaysia boleh menjadi sumber inspirasi ke arah perubahan dan kemajuan moden umat Islam dan juga urnat manusia. Langkah Malaysia memajukan sektor kewangan dan perbankan Islam umparnanya menjadi contoh yang baik bagaimana kaedah muamalah di Malaysia berasaskan jalan syarak dicontohi oleh banyak negara lain termasuk dari Asia Barat. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia umpamanya menawarkan pelajar-pelajar lebih seratus negara mengenai ilmu yang integratif dan

menjadikan orientasi Islam sebagai landasannya seclang dijadikan model oleh negara lain. SEMANGAT DAN JIWA PATRIOTIK Kasihkan tanahair adalah sebahagian daripacla iman. Kasih Rasulullah s.a.w. kepada bumi Mekah bukanlah didorong oleh fahaman assabiyyah sempit tetapi Mekah memberi makna yang amat besar kepada perjuangan akidah clan perjuangan Islam. Daripada Mekahlah bermulanya hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah yang membawa kepada pembangunan Madinah. Pembebasan Mekah memberi makna yang amat besar terhadap kelangsungan perjuangan Islam. Di Mekah terdapat Kaabah, kiblat umat Islam. Kasih Rasulullah s.a.w. kepada Mekah memberi makna yang amat besar terhadap Islam itu sendiri. Meneliti sejarah negara Malaysia, faktor Islam tidak bolch ditolak ketepi. Walaupun realiti kini kemajmukan masyarakatnya merupakan realiti baru yang seclang terbentuk, namun asas jati diri yang ada pada bangsa Melayu menyebabkan Islam menjadi sesu-atu yang amat penting. Konsep umat Melayu adalah sesuatu yang unik kerana dengan Islam disandarkan kepada suatu bangsa, ia telah membentuk suatu ³ world-view" atau pandangan semesta yang amat luas. Budaya umat Melayu yang dirujuk kepada suatu tamadun besar iaitu Islam telah mengangkat martabat Umat Melayu sebagai sebahagian daripada suatu tamadun yang cemerlang dan amat berpengaruh kepada Barat dan Timur. Mengukuhkan Islam pada diri warga Melayu, ibarat mengukuhkan jati diri Umat Melayu yang menjadi bahagian penting dalam proses sejarah, politik, intelektual dan sosial Malaysia. Sekiranya kekuatan Umat Melayu diwarnai dengan semangat dan iltizam ketamaclunan Islam, kehadirannya di Malaysia bakal memberi warna perubahan dan kemajuan yang lebih bermakna. Warga Umat Melayu yang menjadikan Islam landasan untuk maju dan berubah harus bersikap terbuka kepada aspek-aspek budaya dan tamadun yang berdaya maju dan sesuai daripada warga lain di negara ini. Sekiranya umat Melayu di setiap peringkat memperlihatkan keunggulannya dalam bidang ilmu dan pendidikan, kokeluargaan dan kemasyarakatan, keupayaan mentadbir dan mengurus monyemangati kualiti kekhalifalian, Malaysia bakal terjelma sebagai negara contoh di tengah-tengah pengaruh globalisasi yang amat sengit. Kasihkan Malaysia adalah pancaran semangat patriotik bahawa tanahair ini adalah amanah yang besar untuk dimajukan dan juga dijaga daripada dijajah clan dirosakkan oleh orang lain. Oleh itu, pancaran semangat patriotik, kasihkan Malaysia dan cintakan negara harus terlihat dengan keupayaan warganya untuk memartabatkan ilmu, menguasai teknologi, berfikir secara alamiah, mempunyai kreativiti yang tinggi dan mempunyai upaya strategik untuk mengimbangi rempuhan globalisasi dengan corak pembangunan berasaskan acuan kita sendiri. Satu aspek yang paling utama untuk menampilkan rasa patriotik yang tinggi ialah mencapai tahap cemerlang dalam pembinaan modal insan. Terdapat negara-negara yang memberikan fokus kepada modal insan tanpa mempunyai sumber hasil bumi yang banyak menjadi negara maju dan mampu bersaing dengan negara-negara Barat dan Eropah. Warga Malaysia yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi harus bersedia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, menguasai keterampilan dan teknologi di samping memiliki sistem nilai dan etika yang baik. Sekiranya warga Malaysia terutama daripada kalangan generasi muda merasakan negara ini adalah negaranya, kecintaan kepada negara ini harus

clitunjukkan dengan kesediaan melakukan jihad ilmu, upaya bersaing yang tinggi, kreatif, inovatif dan kompetatif dalam menghadapi cabaran alaf 21 yang amat sengit. Inilah jawapan terbaik bukti kecintaan dan patriotik yang tinggi kerana tanpa penguasaan ilmu dan teknologi, Malaysia akan terus menjadi negara pengguna dan bukamaya menjadi sebahagian negara penyumbang yang boleh dicontohi. Modal insanlah jawapan terbaik bagaimana warga Malaysia merasakan sumbangannya terhadap kemajuan dan pembangunan akan jadi lebih bermakna, dimana setiap warganegara menginsafi bahawa tanpa ilmu dan ketrampilan, tanpa teknologi dan kompetensi, tanpa akhlak dan amanah semangat patriotik hanya akan tinggal sebagai semangat dan tidak mampu diterjemahkan sebagai faktor berkesan dalam proses bina negara. Amerika Syarikat contohnya mempunyai tahap patriotisme yang tinggi di kalangan warganegaranya. Walaupun mereka asalnya datang dari seluruh dunia, namun patriotisme menjadi sesuatu yang amat bernilai di kalangan warganegaranya. Sebab itulah kewatanan juga menuntut sama rasa kesetiaan yang tinggi terhadap negara. Dalam tradisi Negara Islam sandaran terhadap negara dihubungkan dengan rujukan terhadap Allah S.W.T.. Manusia yang dilantik sebagai khalifah mempunyai peranan yang besar supaya negara di mana mereka berada seharusnya mempunyai kesetiaan yang tinggi dan mempunyai azam dan tekad untuk memajukannya supaya negara Malaysia mampu berd iri sama tinggi dengan orang lain dalam acuan keMalaysiaan yang unik.

RAKYAT BERJIWA MERDEKA TERAS PEMBANGUNAN NEGARA Pembangunan negara amat memerlukan rakyat yang mempunyai jiwa yang bebas daripada sebarang ideologi, fahaman dan sikap negatif. Rakyat berjiwa merdeka ialah rakyat yang memiliki semangat dan jiwa yang kuat untuk membangun dan mempertahankan negara dari sebarang ancaman. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah sebanyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (didunia dan diakhirat)". (Surah al-juma'ah: 10) Antara asas pembangunan negara ialah: i) ii) iii) iv) V) Vi) vii) Keteguhan iman dan kekuatan ibadah Penguasaan ilmu clan teknologi Kemantapan Ekonomi Pentadbiran clan pengurusan yang berkesan Tenaga kerja yang berkualiti Kestabilan politik Penggunaan sumber semula jadi dengan baik dan berkesan

viii)

Sistem pertahanan yang kukuh

Peranan rakyat yang berjiwa merdeka dalam pemban-unan negara ialah; i) Masyarakat yang bersatu padu

ii) Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan daya intelektual yang tinggi iii) Taat kepada pemerintah selagi ia tidak bertentangan dengan syarak

iv) Memberi sokongan dan kerjasama kepada sebarang program pembangunan v) Tidak meruntuh dan menghalang usaha pembangunan negara.

KESIMPULAN Rakyat berjiwa merdeka harus difahamkan dalam konteks yang luas. Kemerdekaan politik yang kita terima setelah dijajah memberikan kita taklif atau amanah bagaimana negara kita Malaysia dapat dimajukan dengan mengambil pendekatan yang komprehensif iaitu tidak menolak ilmu dan teknologi malah budaya yang baik yang terdapat di Barat dan di Timur tetapi dalam masa yang sama kita membangunkan perubaban berasaskan Acuan Kita Sendiri. Acuan kita sendiri ialah dengan memperkasa Bahasa Melayu, pencerahan dan pencerdasan kembali budaya. Melayu dan Budaya Malaysia yang mendukung nilai-nilai baik dan murni di samping menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa-bahasa yang lain yang releven dalam kehidupan bangsa Malaysia. Dialog peradaban harus dikembangkan secara bijaksana supaya kita dilatih untuk mengerti makna perbezaan dan maksud persamaan. Asas-asas ini boleh menimbulkan rasa patriotisme yang tinggi dengan setiap warganya merasakan mereka ada peranan untuk menyumbang ke arah pembangunan negara Malaysia yang bersepadu dan sentiasa berlapang dada untuk menerima perbezaan dan kelainan dan cenderung mencari titikpersamaan bagi menclukung kualiti harmoni di semua lapangan. Asas ini kalau dapat dirasakan oleh setiap warganegara, ianya bakal merintis jalan baru ke arah jiwa merdeka yang lebih bermakna. >>kembali

Akhlak belia tentu hala tuju negara
BELIA adalah tonggak dan penerus generasi sesebuah masyarakat. Mereka mempunyai keupayaan luar biasa memandangkan dari segi tenaga, mereka sangat kuat dan keupayaan yang

cukup jauh untuk mereka membina kekuatan. Di samping itu, golongan belia mudah dipengaruhi cara berfikir dan corak hidup sesebuah masyarakat yang di anggap mereka sebagai masyarakat maju dan berjaya. Asas penilaian itu disandarkan kepada kemajuan ekonomi semata-mata. Rata-rata masyarakat terbabit adalah masyarakat luar dimana cara hidup mereka berbudayakan corak hidup µhedonisme¶, iaitu corak hidup yang mengutamakan kepuasan hawa nafsu. Corak hidup demikian memberi keutamaan dan keluasan kebebasan mutlak kepada individu untuk berperanan dalam kehidupan masyarakat. Pendekatan kepada corak kehidupan sedemikian akan mengundang banyak permasalahan kepada kestabilan dan kebajikan masyarakat keseluruhannya. Dalam lingkungan usia yang suka mencuba, belia tanpa asas pandangan hidup yang luhur dan meyakinkan, mudah dipengaruhi oleh pemikiran dan budaya µhedonisme¶. Kebebasan hidup tanpa ikatan adalah sesuatu yang dekat dengan minat belia. Yang menjadi kebimbangan ialah corak hidup sedemikian bukan saja membinasa upaya dan kehidupan mereka, bahkan boleh menjadi golongan masyarakat yang menggugat dan meroboh budaya sebuah masyarakat berakhlak dan bertamadun. Bukan sekadar itu, mereka turut pada akhirnya menjadi bebanan kepada keutuhan keseluruhan masyarakat terbabit. Dalam menangani kemungkinan belia Islam dipengaruhi budaya yang berbahaya dan boleh membantut kemajuan ummah, beberapa langkah berkesan perlu diberi perhatian dalam membimbing hala tuju belia Islam dalam konteks pembangunan belia di negara ini. Pertama, belia Islam perlu memiliki pandangan hidup yang syumul berkaitan dengan Islam itu sendiri. Pengamatan sedemikian akan mewujudkan belia berwawasan serta dapat berperanan secara sesuai dan berdaya maju. Islam hendaklah difahami dan diyakini sebagai sistem penyusunan umat manusia dalam membina sebuah tamadun mulia dan tinggi bersesuaian dengan sifatnya yang menepati nilai kemanusiaan sejagat. Islam perlu dihayati bukan sebagai reaksi kepada kemusnahan tamadun sekular semasa, bahkan pada awal lagi ia diutuskan untuk memberi rahmat kepada keseluruhan umat manusia termasuk yang bukan beragama Islam. Prinsip Islam dalam menyusun dan membangun masyarakat adalah bersesuaian dengan nilai kemanusiaan yang membolehkannya menangani perubahan cara hidup dan ruang tempat yang berbeza. Di atas semangat kebenaran, keadilan dan kasih sayang, pendekatan Islam akan sentiasa sesuai dan berdaya maju. Kefahaman kepada Islam secara mendalam ini perlu diusahakan melalui sistem pendidikan negara. Aspek kedua membabitkan pembinaan keutuhan akhlak di kalangan semua lapisan masyarakat Islam khususnya belia. Akhlak belia yang tinggi akan menjadi asas kepada perjuangan dan citacita hidup mereka ke arah menjayakan keluhuran Islam. Ia melahirkan keikhlasan dan ikatan emosi seseorang kepada perjuangan Islam. Akhlak tidak boleh difahami sebagai perilaku individu yang jujur dan lurus semata-mata, ia harus dilihat dalam rangka lebih luas membabitkan perjuangan ke arah mendaulatkan nilai kebenaran dalam semua aspek kegiatan kehidupan. Ia turut meliputi usaha dan peningkatan ibadat untuk menyuci niat dan sikap serta memiliki sifat ehsan kepada saudara manusia yang lain dalam menjalani urusan hidup. Kemuncak kepada penghayatan akhlak ialah anggota masyarakat akan berusaha melaksana nilai

dan semangat keadilan dalam penyusunan hidup bermasyarakat dan bernegara. Rata-rata orang Islam memahami dan masih menganggap bahawa memiliki akhlak yang mulia akan membentuk individu menjadi seorang yang lurus dan jujur dalam menerajui hidup dan pekerjaannya dengan tidak banyak menimbulkan keburukan kepada masyarakat. Kefahaman yang demikian menganjurkan kepada individu semoga membina perilakunya saja dan tidak ingin berperanan dalam membaiki dan membangun akhlak masyarakat. Sebagai insan yang bersifat individu sosial, sikap sedemikian tidak menepati peranan seorang Islam positif. Umat Islam perlu bersama dalam urusan menyusun masyarakat dengan semangat untuk membina. Pada masa ini, rata-rata akan bersetuju bahawa akhlak belia Islam khususnya di Malaysia perlu ditingkatkan untuk perubahan positif demi memajukan negara. Amalan rasuah, menipu, menindas, memfitnah dan memiliki beberapa sifat lain yang hina, perlu dikikis dan dihapuskan. Sifat ini adalah penghalang kepada semua bentuk kemajuan. Arus kebendaan yang begitu ketara melanda masyarakat kita pada masa ini perlu dibimbing moga kejayaan ekonomi sesetengah golongan membawa kepada sumbangan membangun kebajikan masyarakat dan bukan ke arah memusnahkan sifat kemuliaan kemanusiaan bermasyarakat. Perpaduan masyarakat akan rapuh jika golongan kaya melupai tanggungjawab sosial yang jelas dituntut oleh Islam. Pada contohnya, prinsip µmemperoleh keuntungan melalui tanggungjawab sosial¶ wajib dihayati oleh golongan korporat Muslim. Ia sangat menepati hasrat akhlak Islam. Golongan korporat Muslim yang berjaya perlu berperanan positif untuk meningkat kebajikan hidup ummah keseluruhannya. Melalui usaha itu, ia akan memberi teladan baik kepada generasi belia mempelajari bahawa asas akhlak tetap sesuai dalam memperoleh kejayaan dalam urusan perniagaan. Akhlak Islam mendidik umatnya bahawa dalam menguasai harta ia harus menganggap harta itu hanya sebagai amanah kurniaan Allah. Justeru, harta yang dimiliki perlu dibelanja dan dilabur demi mendapat keredaan Ilahi. Ia tidak seharusnya menjadi matlamat mengumpul harta sebagai muktamad dalam kehidupannya. Perspektif ini yang membezakan antara akhlak Islam dengan fahaman sekular. Islam menganjur kepada hak pemilikan dengan disertai kepada tanggungjawab keagamaan kepada kebajikan masyarakat. Belia Islam yang berakhlak tidak patut membisu dengan amalan masyarakat yang bercanggah dengan nilai Islam. Amalan rasuah, menyalahguna kuasa dan menindas golongan awam yang miskin perlu dihapuskan. Mereka perlu menangani persoalan itu dengan menyertai usaha membina masyarakat dan bukan menjauhkan diri daripada membaiki keruntuhan masyarakat. Gelanggang jihad termasuk berusaha membina akhlak masyarakat. Dengan mantapnya akhlak masyarakat negara akan dapat menjayakan agenda pembangunan yang sejati. Dalam era semasa, sama dengan keperluan silam, tamadun manusia perlu kepada pencapaian kemajuan ekonomi masyarakat dan negara yang mantap. Rasulullah SAW begitu bimbang jika kemiskinan melanda masyarakat. Baginda sentiasa mendoakan moga-moga cubaan itu dijauhi. Usaha untuk memajukan ekonomi ummah perlu berpanjangan. Tambah lagi dalam keadaan semasa adalah menjadi satu tuntutan bagi sesebuah negara khususnya negara Islam seperti Malaysia berusaha untuk memajukan ekonomi negara, bukan sekadar untuk menyelesaikan keperluan asasi rakyat tetapi hendaklah berusaha dengan penuh perancangan untuk mencapai taraf ekonomi maju yang mampu membolehkan negara menghayati kemerdekaan pada hakikat sebenar dan seterusnya boleh mempengaruhi perjalanan orde baru

dunia. Jika hasrat ini tidak dianggap sebagai suatu tuntutan pada masa ini, keluhuran Islam tidak mungkin dapat dicapai dan dilaksana. Dalam era semasa di mana kuasa ekonomi sangat penting, pelaksanaan dan penghayatan Islam akan hanya dapat diwujudkan daripada kedudukan kekuatan ekonomi umat Islam.

PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM TERHADAP ISU-ISU SEMASA
Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Pemikiran Islam Semasa UiTM Kampus Segamat

Oleh: Abdul Halim Ramli[1]

Pendahuluan
Kertas kerja ini cuba mengupas persepsi atau pandangan masyarakat Islam terhadap beberapa isu yang timbul di negara ini. Kertas kerja ini lebih ke arah membetulkan persepsi songsang yang terdapat di dalam pemikiran umat Islam di negara ini di dalam menggarap atau memperkatakan sesuatu isu berhubung dengan Islam. Segala permasalahan yang timbul di kalangan umat Islam sewajarnya dirujuk kepada sumber Islam yang autentik dan bukannya diselesaikan mengikut agak-agakan, sentimen kepartian apatah lagi ledakan emosi. Islam adalah satu agama yang ditegakkan di atas dasar ilmu bukannya fanatisme atau taqlid membuta tuli. Kegawatan yang berlaku di dalam kehidupan umat Islam hari ini berpunca dari kedangkalan ilmu, konflik politik dan kepentingan diri, kumpulan dan sebagainya. Seruan terhadap Islam itupun didirikan di atas dasar ilmu, ajakan berbahas, berdailog dan berdebat dengan cara yang baik agar kebenaran yang hendak ditegakkan benar-benar difaham , dihayati dan diterima dengan hati yang terbuka oleh umat Islam.

Isu-Isu Semasa Umat Islam: Satu Senario
Semenjak Umat Islam di negara ini mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini banyak isu-isu yang mendapat perhatian di kalangan umat Islam. Kalau sebelum merdeka isu-isu yang timbul berkisar kepada perjuangan untuk memerdekaan tanah air, memajukan umat Melayu yang mundur di dalam pelbagai bidang, isu-isu agama

yang melibatkan persoalan bidah, khurafat, pendidikan agama, penghakisan nilai-nilai hidup Islam serta lain-lain isu sosial seperti kedudukan dan peranan wanita di dalam pembangunan negara. Pasca-kemerdekaan memperlihatkan kesungguhan umat Melayu Islam memperkukuhkan lagistatus quo mereka di dalam Tanah air mereka sendiri di dalam pelbagai bidang khususnya penyertaan kaum Melayu dalam sektor ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi. Di dalam masa yang sama kesedaran beragama semakin meningkat di kalangan umat Melayu khususnya apabila lahirnya kesan-kesan negatif modenisasi yang dijalankan. Isu-isu modenisasi sama ada ianya membawa kesan positif atau negatif telah menjadi tumpuan di dalam apa juga agenda sama ada agenda politik, pendidikan, gerakan keagamaan dan sebagainya.

Sistem pendidikan yang diwujudkan oleh penjajahan Ingeris serta diperkukuhkan selepas kemerdekaan Malaysia rupa-rupanya telah membelah pemikiran , pendekatan dan cara bertindak umat Melayu. Sistem pendidikan tersebut sekurang-kurangnya telah menghasilkan dua kelompok umat Melayu, iaitu Melayusekular dan Melayu Islamis. Kedua-dua kelompok inilah yang mencorakkan isu-isu semasa umat Islam mengikut kefahaman dan persepsi kelompok masing-masing. Kadang-kala konfrantasi kedua kelompok ini bukan sahaja dalam bentuk pertentangan idea dan pendekatan malah turut membawa kepada pertentangan fizikal seperti peristiwa Memali, pulau memulau, dan kafir mengkafir.

Persepsi Songsang Umat Islam Terhadap Isu-Isu Semasa

Perkembangan mutakhir memperlihatkan banyak isu-isu yang lahir dan dibahaskan berdasarkan persepsi yang songsang. Antaranya:

1) Islam tidak boleh dicampur adukan dengan politik

Isu tersebut seringkali kita dengar dan membacanya di dada-dada akbar dan media elektronik. Isu tersebut timbul sebahagian besarnya adalah akibat daripada pertentangan idealogi politik parti-parti politik yang terdapat di negara ini dalam usaha mereka untuk mendapatkan pengaruh dan kekuasaan di kalangan masyarakat. Sebenarnya slogan bahawa agama harus dipisahkan daripada politik bukanlah baru di

dunia Islam. Ia berpunca dari fahaman Barat dan kejahilan umat Islam memahami world-view Islam secara menyeluruh. Ada sesetengah pihak cuba melunakan istilah secular dengan memberinya makna yang positif agar ia semacam sesuai dengan Islam. Seperti membahagikan istilah sekular kepada dua, iaitu sekular negatif dan sekular positif. Ada pandangan yang lebih berani lagi dengan mengatakan Islam adalah agama sekular yang memisahkan persoalan politik dari agama . Pandangan tersebut dibuat oleh Shekh Ali Abd al-Raziq yang berasaskan kepada 4 alasan (Lihat:Mohamed S.El-Wa, On the political system of Islamic state, 1984):

i.Bentuk pemerintahan Islam boleh dalam apa juga bentuk sama ada otokrasi, birokrasi, monarki, republik, demokrasi dan lain-lain.

ii. Tugas Nabi hanya mengajak memeluk agama, bukannya untuk mengatur negara atau pemerintah.

iii. Islam agama persatuan.

iv. Rasulullah mengajak umatnya bersatu dan berjaya mempersatukan mereka.

Pandangan di atas telah ditolak dengan hebat oleh ulamak-ulamak Islam seperti Shekh Muhamad al-Khidr Hussein (Mufti Azhar), Prof.Abd Hamid Mutawalli dan lain-lain lagi.Sekiranya pandangan tersebut diterima, seolah tugas Rasulullah adalah sekadar mengajak manusia mentauhidkan Allah dan bukannya mengatur hidup manusia berpadukan hidayah daripada Allah.Pandangan tersebut juga bererti menolak sebahagian besar sirah Rasulullah yang memperlihatkan perjuangannya yang bersungguh-sungguh bagi mewujudkan sebuah negara Islam di Madinah , antaranya melalui hijrahnya ke Madinah dalam rangka mewujudkan sebuah daulah Islamiah.Menurut Prof.Ismail al-Faruqi; the most important aspect of the Hijrah is its creation of the Islamic state , katanya lagi the state is inevitable for Islam. It is absolutely necessary for muslims to fulfill their Islamicity . Ia juga merupakan essensi pengalaman keagamaan Islam yang menuntut pelaksanaan Islam dan mengubah ruang-waktu bagi memenuhi pola ketuhanan (Prof.Ismail al-Faruqi, The Hijrah: The

Necessity of its iqamat, 1983) . Negara Islam menurut Muhammad Iqbal adalah is the expression of Islam s spirituality yang perlu diperluaskan dalam kehidupan umat Islam.Kalau diterima pandangan yang membataskan fungsi agama hanyalah dalam persoalan keagamaan sepertimana interprestasi Shekh Ali Abd Raziq terhadap fungsi pengutusan Nabi Muhammad, samalah Islam dengan agama Kristian yang membataskan peranan Pope mereka dalam persoalan ritual semata-mata atau Pope hanyalah pemerintah dalam kerajaan spiritual.

Ada juga segelintiran masyarakat Melayu menyarankan agar nama Islam tidak boleh digunakan oleh parti-parti politik atau pertubuhan-pertubuhan bagi mengelakkan Islam diperalatkan oleh parti politik tersebut bagi mendapatkan pengaruh di dalam masyarakat. Pandangan tersebut berasaskan hujah bahawa terdapat pertubuhan-pertubuhan di luar negara yang menggunakan Islam melakukan keganasan terhadap orang lain.Disamping itu, ia bertujuan mengelakkan berlakunya perpecahan dan pertelagahan sesama Islam. Pandangan tersebut merupakan pandangan yang bias, prejudis dan tidak berasaskan kepada dalil al-Qur an dan Hadis. Pandangan tersebut hanya sekadar melanjutkan padangan negatif Barat terhadap Islam, kebencian terhadap gerakan Islam dan dibuat atas dasar penilaian rasional dan pengamatan sosiologi semata-mata. Kalau diterima pandangan ini, bukan sahaja pertubuhan politik tidak boleh menggunakan nama Islam, tetapi juga Bank juga tidak boleh dinamakan dengan Bank Islam dan nama orang-orang Melayu juga tidak boleh digunakan nama-nama Islam kerana alasannya ia masih melakukan kejahatan,kemungkaran atau tidak melambangkan hakikat Islam.

Kata nama Islam disandarkan kepada apa juga perbuatan, aktiviti dan gerakan adalah bertujuan untuk memberikan identiti khas dan hala tuju bahawa pekara tersebut dilakukan demi mencapai kehendak Islam mengikut kemampuan manusia. Kita mengakui bahawa terdapat kelemahan di dalam aspek penghayatan dan pelaksanaan Islam bagi pertubuhan yang menggunakan nama Islam. Sepatutnya kelemahan mereka itu harus diperbetulkan melalui semangat musyawarah, kritikan yang membina dan hujah yang rajih, bukannya dengan terus mengharamkan penggunaan nama Islam sepertimana kesilapan besar yang dilakukan oleh Turki di bawah pemerintah Kamal Atartuk dan diteruskan sehingga hari ini. Disamping itu, tidak pernah ada mana-mana ulamak yang mengeluarkan fatwa mengharamkan atau tidak menggalakkan penggunaan nama Islam atas apa juga pekara melainkan dengan jelas pekara tersebut adalah satu kemungkaran. Pandangan tersebut adalah jelas lahir dari kejahilan, kebencian , phobia dan finatik, bukannya berasaskan hujah yang autentik!.

Satu lagi alasan yang dikemukkan bagi golongan yang mahu nama Islam tidak digunakan dalam pertubuhan atau parti politik ialah alasan untuk menjaga kesucian Islam. Sebenarnya kesucian Islam terjaga apabila sistem Islam dinobat dan dilaksanakan di dalam kehidupan umat Islam. Islam hanya benar-benar terjaga kesuciannya apabila ada keazaman yang jitu di kalangan pertubuhan atau gerakan yang benar-benar mahu menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. Tidak ada maknanya kalau sekadar berselogan mahu menjaga kesucian Islam sedangkan segala tindak tanduk, pendekatan yang digunakan jauh dari kehendak ajaran Islam . Golongan yang masih berpegang teguh kepada fahaman sekularisme, sebenarnya mahu bertindak bebas di dalam apa juga tindakan mereka.Agama bagi mereka hanyalah penghalang kepada cita-cita dan nafsu tamak yang ada di dalam diri mereka. Justeru itu, mereka mencari berbagai dalih bagi memperlihatkan Islam sebagai satu agama yang tidak boleh dicampur adukan dengan persoalan politik dan sebagainya. Kalau politik tidak ada di dalam Islam bermakna Allah adalah bersifat jahil kerana menurunkan satu agama yang tidak lengkap dan tidak relaven dengan kehidupan manusia. Hebat sangatkah diri kita sehingga kita sanggup mengatakan Allah itu jahil !!!!. 2) Ulamak , Politik dan Kepimpinan

Ulamak di dalam Islam disebut sebagai pewaris para Nabi. Peranannya bukan sekadar menjadi imam di dalam sembahyang, membaca doa, mengeluarkan fatwa bahkan mereka adalah golongan yang mengambil alih fungsi Nabi sebagai pemimpin masyarakat Islam. Peranan mereka yang menyeluruh dan amat berat tersebut bukannya sesuatu yang baru di dalam sejarah dan tamadun Islam. Namun di dalam masyarakat kita hari ini ada golongan yang tidak menyenangi penglibatan golongan tersebut di dalam kegiatan politik. Mereka lebih suka melihat ulamak mengasingkan diri dari kegiatan politik dengan hanya menumpukan kepada persoalan keagamaan semata-mata. Sikap mereka itu samalah dengan sikap penjajah Barat semasa mereka menjajah dunia Islam dahulu. Ulamak yang hanya membataskan diri mereka dalam hal-hal kerohanian amat disenangi oleh golongan penjajah. Di dalam Islam, persoalan kepimpinan amat penting kerana ia menentukan pelaksanaan Islam sebagai satu sistem. Imam al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam alSultaniyyah menyebutkan adalah wajib melantik ketua negara untuk menggantikan Rasulullah bagi melindungi agama serta mentadbir dunia dengan agama . Tujuan pemerintahan Islam menurut Mohamad S.El-Wa ( On the political system of Islamic state,1984) adalah untuk terciptanya identiti Islam dalam masyarakat. Agar seluruh aspek penghidupan berpijak kepada prinsip-prinsip nilai-nilai Islam.Jelas disini, tugas ketua negara bukan sekadar meningkatkan sosio-ekonomi umat, tetapi yang lebih penting lagi memertabatkan agama sebagai satu sistem yang mengatur seluruh

perjalanan hidup muslim.[2]

Oleh kerana kesinambungan Islam amat bergantung kepada pemimpin, maka Islam menetapkan pemilihan pemimpin tersebut harus memenuhi syarat seperti keadilan, ilmu yang membolehkan iaberijtihad dalam hal-hal yang berlaku serta mengeluarkan hukum, sempurna pancaindera, tidak cacat, mempunyai idea yang boleh memimpin rakyat ,menjaga kepentingan negara dan berketurunan mulia (alMawardi, al-Ahkam al-Sultaniyyah). Golongan yang wajar memikul tanggungjawab tersebut adalah golongan yang soleh seperti fatwa Ibn.Taymiah dalam kitabnya Ro ul ma lam an a immatil a lam, katanya: kaum muslimin setelah memberikan wala (kesetiaan/ketaatan)kepada Allah dan Rasulnya, wajib memberikan wala kepada orang-orang mukmin sebagai ditegaskan oleh al-Qur an, terutamaulamak yang menjadi pewaris para nabi dan dijadikan Allah sebagai bintangbintang penunjuk jalan dikegelapan malam (lihat,Dr.Yusof al-Qardowi, Fiqhul Iktilaf, 1995). Pandangan ini memperjelaskan adalah tidak salah bahkan tepat sekiranya ulamak melibatkan diri dalam kegiatan politik dalam rangka menjalankan amanah Allah. Namun, sekirannya pemimpin yang dilantik itu tidak mencapai taraf sebagai seorang ulamak adalah wajar menjadikan ulamak sebagai penasihat mereka di dalam menjalankan urusan negara seperti mana yang telah dijalankan oleh pemimpin umat Islam waktu silam.

3). Masjid ,Fungsi dan Perpecahan

Salah satu isu yang hangat diperkatakan pada hari ini adalah berlegar tentang persoalan peranan masjid di dalam masyarakat. Terdapat berbagai persepsi umat Islam di negara ini tentang fungsi masjid, antaranya pandangan masjid hanya sekadar tempat beribadah, manakala persoalan politik tidak boleh dibincangkan di dalam masjid. Apakah persepsi tersebut mempunyai asasnya di dalam Islam? . Prof.Ahmad Shalaby telah menggariskan peranan institusi masjid semenjak zaman Rasullulah adalah seperti berikut: ia adalah tempat melakukan ibadat, tempat bermesyuarat, mahkamah menjatuhkan hukuman, institusi pengajian, balai pertemuan, tempat kegiatan kesusteraan, tempat perbincangan mengenai perihal ekonomi dan perdagangan dan tempat memutuskan urusan negara. Sidi Gazalba pula menyimpulkan institusi masjid di dalam |Islam adalah pangkal tolak dan penghujung dari setiap segi kehidupan mereka.Dari keterangan di atas adalah tidak salah idealisme politik dibincangkan di dalam masjid tetapi ia mestilah berasaskan kepada nilai ketakwaan dan masjid tidak

boleh sama sekali mengadakan kegiatan atau aktiviti kemasyarakatan (termasuk politik) yang boleh membawa pepecahan umat Islam (Zakaria Stapa, Fungsi dan kegunaan Masjid simbol perpaduan ummah).

Segala permasalahan umat Islam semasa seperti perbalahan dan perselisihan pendapat harus diselesaikan di dalam masjid melalui semangat syura. Masjid seharusnya menjadi badan bebas yang memantau semua kegiatan umat Islam yang berada dipersekitarannya dan mejadi mekanisme memupuk perpaduan umat Islam. Zakaria Stapa menyimpulkan piawian kegiatan masjid mesti didasarkan kepada tiga asas,iaitu: ketakwaan, perpaduan dan kesucian. Semua aktiviti dibenarkan di masjid sekiranya tiga piawian tersebut tidak dilanggar. Sekirannya masjid hendak dikawal, maka ia hendaklah diasaskan kepada pandangan al-Qur an dan Hadis dan bukannya berasaskan pandangan manusia semata-mata. Menurut Al-Qadi Abu Bakar al-Arabi dalam kitab tafsirnya Ahkam al-Qur a (Lihat Akbar Eklusif, 21-27 Feb, 2000), mengatakan; umat Islam dianggap merobohkan masjid sekirannya mereka menghilangkan fungsinya dan menghalang muslimin untuk melahirkan syiar dan kesatuan pendirian.Pemilihan Imam di dalam masjid mengikut al-Mawardi boleh dilakukan oleh pemerintah atau persetujuan ramai warga masyarakat yang berasaskan kepada syarat-syarat tertentu seperti hendaklah seorang yang Qari danFaqih. Sekiranya terdapat dua orang calon imam, iaitu seorang yang qari tetapi tidak faqih, manakala seorang lagi adalah faqih tetapi tidak qari, maka al-Mawardi memutuskan yang faqih lebih layak dilantik menjadi imam.

4) Wanita , Poligami Dan Gangguan Sexual

Isu poligami dikalangan wanita bukanlah isu baru, malah ia sentiasa menjadi perbincangan pelbagai pihak, khususnya golongan wanita. Isu tersebut telah mendapat perhatian di kalangan pertubuhan wanita seperti Majlis Kebangsaan PertubuhanPertubuhan Wanita Malaysia, Sisters In Islam, Persatuan Peguam-Peguam Wanita Muslim dan lain-lain yang telah menyuarakan dengan lantang kebimbangan mereka terhadap suami yang ingin berpoligami.Isu tersebut menjadi hangat terutama apabila kerajaan Selangor memansuhkan peraturan tandatangan isteri yang sedia ada di dalam borang permohonan jika sesorang suami itu berhasrat untuk berpoligami. Kemudian isu ini dikaitakan dengan bermacam-macam insiden seperti pengabaian tanggungjawab suami terhadap isteri pertama, keadilan, nafkah dan lain-lain (Al-Manar,Jun 1997).

Meskipun poligami merupakan isu kontraversi sepanjang zaman, namun hukum Islam adalah jelas memberikan keizinan kepada kaum lelaki berkahwin sehingga 4 orang isteri (lihat An.Nisa :3). Poligami diizinkan berasaskan tindakan Rasulullah sendiri sama ada berbentuk sunnah amaliah atau taqririah.Bagaimanapun, keizinan itu tertakluk kepada dua syarat lain, iaitu kemampuan material, fizikal dan keadilan antara isteri dari sudut material bukannya melibatkan rohani/emosi. Rasulullah sentiasa berlaku adil di kalangan isterinya dari aspek material tetapi dari aspek emosi beliau lebih mengasihi Aisyah dan Siti Khadijah. Ketika dikritik oleh Ummu Salamah (salah seorang isteri Rasulullah), Rasulullah bersabda: Jangan kamu menyakitiku tentang Aisyah, sesungguhnya wahyu tidak datang kepadaku, dalam keadaan aku berada di dalam selimut seorang wanita melainkan dengan Aisyah . Hanya Allah sahaja mempunyai kecintaan yang mutlak untuk seluruh makhluknya sepertimana doa Rasulullah: Ya Allah, inilah pembahagian terhadap apa yang aku miliki.Janganlah engkau mengambil kira terhadapku sesuatu yang Engkau miliki dan aku tidak miliki (Dr.Sa adduddin al-Sayyid Salih, Strategi musuh menentang Islam(trj.), 1996). Meskipun amalan poligami di kalangan kaum lelaki di negara ini ada bukti yang jelas kelemahannya, namun kita tidak boleh menentang hukum tersebut kerana ia diputuskan oleh Allah sendiri. Poligami yang positif adalah penyelesaian terhadap masalah andartu, ibu tunggal, dan pertambahan bilangan penduduk wanita di negara ini. Zamakhsyari pengarang kitab Tafsir al-Kasyaf menyatakan diantara sebab-sebab Islam mengharuskan berkahwin lebih dari satu adalah unntuk menjaga masyarakat dari jatuh ke lembah perzinaan (Dipetik oleh Dr.Mohammad al-Bahi, Sikap wanita Islam kini (trj.), 1981). Ramai wanita yang sukar mendapat jodoh di kalangan lelaki tempatan telah bertindak mengawini lelaki pendatang sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada diri dan keluarga mereka.

Mutakhir ini gangguan sexual yang dilakukan oleh kaum lelaki terhadap golongan wanita di tempat kerja mendapat perhatian kerajaan sehingga diperkenalkan akta khas gangguan sexsual. Akta tersebut diperkenalkan kerana banyak laporan dikemukkan menunjukkan terdapatnya gangguan sexsual ke atas golongan wanita di tempat kerja atau dimana sahaja mereka berada. Kita memang menyokong undangundang ini, tetapi adalah tidak adil menyalahkan kaum lelaki seratus peratus sebagai sebab utama berlakunya fenomen tersebut. Kaum wanita juga harus dipersalahkan dan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya perlakuan mereka seperti bentuk pakaian yang sexy, suara yang mengoda, perbuatan yang merangsang dan lain-lain lagi yang boleh mendorong kaum lelaki melakukan gangguan seksual. Dengan sebab itu, Islam telah memberikan syarat-syarat tertentu kepada kaum wanita yang ingin berkerja, seperti:

i.

tidak menjejaskan kehormatannya sebagai seorang wanita, isteri yang setia dan ibu yang dimuliakan, apabila berada dengan lelaki di tempat kerja. Tidak menjejaskan kehidupannya dalam rumahtangga sebagai seorang isteri yang mempunyai sifat lemah lembut dan kasih sayang serta tanggungjawab terhadap suami dan anak. Tidak menjejaskan kedudukannya sebagai ibu yang sepatutnya memberi asasasas pelajaran yang baik terhadap anak-anaknya yang masih kecil Tidak mempunyai sikap bahawa bekerja di pejabat-pejabat dan kerja-kerja lain yang ringan sebagai jalan untuk melarikan diri daripada tugas-tugas sebagai suri rumah yang dianggap membosankan.(Lihat,Jurnal Minda Usuluddin, N0.6, Jun 1997).

ii.

iii.

iv.

5) Finatik dan Ekstrimisme

Kedua-dua istilah tersebut seringkali dirujuk kepada gerakan yang bercorak keislaman terutama untuk memperlihatkan tindakan mereka yang tidak bertolak ansur dengan kelompok lain terutama melibatkan persoalan dasar keislaman. Apakah finatisme dan ekstrimisme dalam bentuk ini sesuatu yang dicela oleh Islam?. Al-Qardowi telah memberikan ruang lingkup ekstrimisme adalah dalam bentuk: i. ii. iii. iv. v. finatik terhadap sesuatu pendapat dan menolak pendapat yang lain memaksa orang lain mengikut apa yang tidak diiltizamkan oleh Allah mempraktik hukum bukan pada tempatnya sikap kasar dan keras terjerumus dalam mengkafirkan orang Islam lain.

Manakala Abd Rahman al-Maidani telah memberikan definisi ekstrimisme sebagai melampaui batas-batas hukum Allah dengan meluaskan wazan agama yang telah ditetapkan dengan batas-batas hukum tersebut . Golongan sekularis pula mendifinasikan ekstrimisme sebagai mempraktikkan ajaran agama dan seruan ke arah

perlaksanaan syariat Islam dalam semua bidang (untuk keterangan lanjut lihat,Majalah Pengasuh, Nov.-Dis.,1999). Kesimpulannya, sekirannya seseorang itu melaksanakan cara hidup Islam bukanlah termasuk di dalam kelompok ekstrimisme agama mengikut pandangan ulamak Islam tetapi ia dikelompokkan sebagai ekstrimisme agama kalau mengikut pandangan golongan sekularis.

Apa yang ditentang oleh Islam menurut Yusof al-Qardowi ialah sikap finatik kepada diri, kelompok atau parti. Finatik kepada diri ialah dengan menolak pendapat orang lain, finatik kepada mazhab sampai memaksumkan mazhab atau imam mereka dan finatik kepada kelompok atau parti dengan tidak memperdulikan kebatilan kelompok atau kebenaran kelompok lain. Islam menurut al-Qardowi mengharuskan bersifat adil kepada orang yang dicintai atau kepada orang yang tidak dicintai. Janganlah kemarahan membuatkan ia keluar dariapada kebenaran atau kecintaan menjerumuskan kepada kebatilan. Akhlak untuk keluar dari finatikisme ini adalah dengan melihat kepada perkataan bukannya melihat kepada siapa yang memperkatakan serta berani mengkritik (Lihat Yusof al-Qardowi, Fiqhul Iktilaf, 1995).

Kesimpulan Dari huraian di atas, jelaslah persepsi masyarakat Islam terhadap isu-isu yang melibatkan persoalan keagamaan tidak dilihat dari perspektif ilmu dan Islam secara menyeluruh. Persepsi songsang umat Islam di negara ini berpunca dari kecetakan ilmu keagamaan, pengaruh pemikiran Barat, finatikisme, phobia Islam dan faktor-faktor lain. Apabila timbul sesuatu permasalahan umat Islam, sewajarnya dirujuk kepada ahlinya, bermuzakarah secara baik bukannya menggunakan media massa untuk menghantam golongan yang lain sehingga melebarkan lagi perpecahan masyarakat Islam di negara ini. Allahua¶lam.

KURSUS BINA NEGARA KBN adalah kursus berbentuk latihan menyeluruh (holistik) iaitu sepenuh masa, bersepadu dan seimbang bagi membolehkan para peserta merasai, mengalami, menghayati dan menjiwai nilai-nilai murni yang menjadi asas latihan perubahan sikap.

OBJEKTIF a. Menimbulkan kesedaran dan keinsafan tentang betapa perlunya peserta mengubah sikap dengan menjiwai serta mengamalkan nilai-nilai murni demi kecemerlangan diri, organisasi, masyarakat dan negara. b. Memberi pengetahuan kepada peserta tentang aspirasi serta hasrat pemimpin terhadap masa kini dan masa depan negara. c. Mendedahkan peserta kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang bersepadu dari segi jasmani, fikiran dan rohani demi menjadikan peserta insan yang seimbang. d. Menyedarkan peserta tentang peranan yang boleh dimainkan olehnya dalam mencapai matlamat Wawasan 2020. PENDEKATAN DAN KAEDAH Kursus Bina Negara menggunakan pendekatan bersepadu antara aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek melalui kaedah berikut : a. b. c. d. e. f. g. Penerangan dan penyediaan fikiran (mind setting) Ceramah dan dialog Penghayatan rohani/kuliah Aktiviti didamik kumpulan Latihan jasmani dan sukan Perbarisan dan kawat Kembara

JANGKA MASA KURSUS Jangka masa kursus yang ditetapkan ialah seperti berikut : a. (i) 5 hari 4 malam (pendaftaran pagi/petang). b. (ii)3 hari 2 malam(pendaftaran pagi/petang). Modul 3 hari 2 malam (pendaftaran petang) adalah khas untuk Kursus Bina Negara Kecemerlangan Pelajar. Jangka masa kursus yang diutamakan ialah 5 hari 4 malam (pendaftaran pagi). BILANGAN PESERTA Sebaik-baiknya bilangan peserta kursus ialah 120 orang. Namun begitu bilangan peserta boleh menjangkau ke angka 150 orang tetapi hendaklah tidak kurang daripada 80 orang. TAJUK CERAMAH Sebanyak enam ceramah telah ditetapkan untuk disampaikan mengikut urutan yang berikut: Ceramah I : Pembinaan Bangsa yang Maju Melalui Perubahan Sikap Berteraskan Sistem Nilai. Ceramah II : Dasar-dasar Negara ke Arah Kecemerlangan Bangsa. Ceramah III: Perjuangan dan Ketahanan Bangsa ke Arah Pembinaan Negara yang Bermaruah.

Ceramah IV : Pembangunan Manusia Dari Perspektif Islam. Ceramah V : Wawasan 2020. Ceramah VI : Motivasi. (Bagi Kursus yang mana pesertanya terdiri daripada Bukan Islam tajuk ceramah IV digantikan dengan "Nilai-nilai Murni Mengikut Ajaran Pelbagai Agama") TAJUK KULIAH Sebanyak empat kuliah telah ditetapkan untuk disampaikan mengikut urutan yang berikut : Kuliah Kuliah Kuliah Kuliah I : Islam Sebagai Satu Cara Hidup. II : Konsep Ibadah Dalam Islam. III: Pentingnya Ilmu, Iman Dan Amal Dalam Pembangunan Diri. V : Konsep Al-Falah Dalam Kehidupan Ummah.

Bagi Kursus yang mana pesertanya terdiri daripada Bukan Islam, kuliah moral dengan tajuk-tajuk berikut: Kuliah Kuliah Kuliah Kuliah I : Bersyukur Sebagai Rakyat Malaysia II: Perpaduan Nasional. III: Budaya Kerja Cemerlang. IV : Bersama Membangun.

Setahun di Aras 5: Temubual khas bersama PM
2010/04/05 KUALA LUMPUR: Setahun berlalu bagaikan sekelip mata bagi Datuk Seri Najib Razak setelah mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri yang keenam pada 3 April 2008. Dalam tempoh berkenaan, beliau cuba meletakkan asas dan menyusun strategi bagi

melaksanakan program transformasi untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih maju agar rakyat menikmati taraf kehidupan yang lebih bermutu. Dalam program "Setahun Di Aras 5: Temubual Bersama Perdana Menteri" yang disiarkan oleh BERNAMA TV malam ini, Najib bercakap mengenai harapannya agar rakyat menyokong usaha transformasi yang beliau sedang usahakan. Beliau menjelas lanjut, antara lain, mengenai idea di sebalik Gagasan 1Malaysia, rancangan beliau untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat, mewujudkan iklim pelaburan yang menarik bagi pelabur serta menggalakkan ekonomi berasaskan inovasi. Berikut ialah temubual Perdana Menteri bersama Timbalan Ketua Pengarang Bernama Zulkefli Salleh dan Editor Ekonomi Mikhail Raj Abdullah: Soalan: Assalamuaikum Datuk Seri. Pertama-tamanya setinggi-tinggi tahniah di atas genap tempoh setahun Datuk Seri menjadi Perdana Menteri. Apakah perasaan Datuk Seri sehingga ke tahap ini? Jawapan: Pertamanya saya merasa amat bersyukur bahawa saya telah dapat menjalankan amanah rakyat dalam tempoh selama setahun. Masa setahun ini berlalu terlalu cepat. Saya rasa macam seolah semalam baru saja saya mulakan tugas. Barangkali ini disebabkan bila kita dalam keadaan sangat sibuk sepanjang masa dan banyak program dan perkara yang telah diperkenalkan, dilaksanakan daripada segi dasar, pendekatan baru dan sebagainya, itulah menyebabkan masa berlalu begitu cepat sekali. Tetapi tetapi saya bersyukur bahawa dalam tempoh masa setahun ini, kita telah dapat memperkenalkan banyak inisiatif baru yang boleh nampaknya telah memberi hasil yang memuaskan dan mungkin sedikit sebanyak rakyat bertambah lebih yakin kepada kerajaan. Soalan: Setahun ada 365 hari sahaja tetapi nampaknya Datuk Seri sempat meletakkan asas dan menyusun strategi untuk menentukan hala tuju bagi mencapai wawasan dan matlamat kepimpinan. Tetapi adakah urusan meletakkan asas ini telah selesai pada peringkat ini atau mungkin ada lagi yang belum? Jawapan: Saya fikir sudah memadai daripada segi menentukan dan melakarkan agenda utama kerajaan. Jadi empat tonggak yang saya sebutkan sebelum ini, yang mutakhir ini ialah Model Ekonomi Baru (MEB) sudah lengkap, menjadi

pelengkap kepada agenda utama kerajaan dan selepas ini, kita mesti tumpu kepada pelaksanaan supaya segala yang kita telah perkenalkan itu bukan sahaja dapat dilaksanakan tetapi meresap kesan dan penerimaannya kepada rakyat dan juga kepada pasaran. Soalan: Beberapa bulan selepas Datuk Seri mengambilalih teraju negara, Datuk Seri memperkenalkan Gagasan 1Malaysia, yang pada saya telah mula memperlihatkan kesan yang positif dari segi sudut perpaduan rakyat, memulihkan sokongan kepada kerajaan dan juga membina harapan rakyat terhadap masa depan yang lebih baik. Apakah 1Malaysia ini hanya sekadar slogan politik untuk menarik sokongan rakyat atau lebih daripada itu? Jawapan: Gagasan 1Malaysia lebih daripada itu sebab, kalau kita tak ada prinsip yang menjadi asas, prinsip utama yang menjadi asas kepada sesuatu gagasan itu, maka kita boleh kata mungkin itu satu retorik politik atau pun slogan. Tetapi 1Malaysia ini ada penghuraiannya secara terperinci umpamanya saya sebut tentang bagaimana, pokoknya ialah perubahan daripada segi minda kita di mana bermula dengan soal toleransi, maknanya toleransi bererti kita bertoleransi, menerima pada peringkat minima selepas itu kita terima dengan penerimaan, makna cara kita menerima sesuatu itu sebagai satu yang baik. Yang ketiga, yang paling puncak, yang kemuncak kepada segala-galanya ialah apabila kita dapat meraikan kepelbagaian itu sebagai satu yang aset kepada negara, sebagai satu kekuatan kepada negara dan apatah lagi kalau kita boleh menterjemahkan kepelbagaian itu menjadi sesuatu keuntungan strategik untuk negara kita sama ada dalam konteks dalam negara atau hubungan kita dengan negara-negara lain. Soalan: Tetapi Datuk Seri, adakah slogan 1Malaysia cukup untuk menang balik sokongan rakyat yang merosot pada pilihan raya umum 2008? Jawapan: Saya tidak berhenti setakat 1Malaysia. Saya mengupas apa maksud dan prinsip asas di sebalik 1Malaysia itu. Saya juga kata bahawa 1Malaysia, Rakyat Didahulukan. Jadi apa pun yang kita buat kita mesti meletakkan kepentingan rakyat di atas segala kepentingan yang lain. Yang ketiga ialah untuk menentukan pencapaian, Pencapaian Diutamakan bererti bahawa saya tidak mahu ingin melihat kepada program atau pun pada projek tetapi

keberkesanan, keberhasilan. Hasil itu lebih penting daripada output. Soalan: Datuk Seri, begitu baiknya sambutan terhadap 1Malaysia sehingga saya lihat pihak pembangkang sendiri seolah-olah seperti takut dengan daya penariknya. Ada pula orang mengatakan bahawa Datuk Seri mendapat ilham Gagasan 1Malaysia daripada sebuah negara yang tidak peramah dengan kita iaitu Israel?

Jawapan: Itu satu fitnah sama sekali dan di Parlimen pun, tidak ada apa-apa bukti yang telah dapat didedahkan bahawa kononnya ini adalah satu idea yang datang daripada negara luar, negara Israel atau mana-mana negara. Mereka cuba untuk merosakkan atau mencemar gagasan ini sebab gagasan ini sangat diterima oleh rakyat, peratusannya begitu tinggi. Mereka tak berani serang Gagasan 1Malaysia, mereka tidak dapat mempertikaikan, mereka cuba untuk merosakkan, mencemarnya, mencalarnya melalui kononnya sebagai ada ilham atau idea yang datang dari negara luar. Ini satu fitnah yang tidak benar, tidak berasas sama sekali. Soalan: Jadi kalau begitu, boleh Datuk Seri beritahu sebenarnya dari mana Datuk Seri mendapat ilham untuk membuat gagasan seperti ini? Jawapan: Saya bincang dengan beberapa teman saya sebab saya kata amat penting bagi kita untuk membuat sesuatu usaha baru ke arah perpaduan nasional ini sebagai penyatuan. Jadi saya selalu menjemput pelbagai kumpulan untuk mengadakan (sesi) percambahan fikiran dan apabila saya mengariskan perkara ini, bila kita lakukan brainstorming , percambahan fikiran, timbullah idea Gagasan 1Malaysia ini. Soalan: Setakat sekarang macam manakah kesan, adakah ia berkesan atau Datuk Seri perlukan lagi banyak masa? Jawapan: Daripada segi mengetahui apa dia 1Malaysia ini, boleh dikatakan peratusannya tinggi cuma mereka ingin lebih lagi mengetahui kefahamannya lebih mendalam. Ini tugas kita, sesuatu yang baru tentu makan masa untuk diterangkan, untuk disampaikan supaya ianya dapat diterima dan dihayati oleh rakyat.

Tetapi saya tengok simbol 1Malaysia umpamanya begitu disambut seperti mana yang saya pakai. Begitu popular sekali pin 1Malaysia. Lepas itu banyak juga badan-badan korporat yang telah menggunakan 1Malaysia ini sebagai simbol mereka. Mereka gunakan font 1Malaysia dalam logo korporat masing-masing. Sebutan Salam 1Malaysia umpamanya menjadi kelaziman sekarang dan ada juga perkahwinan 1Malaysia pula. Jadi saya lihat ia sudah menjadi satu gerakan massa. Kejayaan sesuatu gagasan itu jangan menjadikan sesuatu yang merupakan kenyataan kepada kerajaan dan pemimpin sahaja tetapi apabila ia benar-benar meresap dan sampai turun ke peringkat akar umbi sebagai satu gerakan massa, saya fikir itulah tanda-tanda ia mendapat sambutan. Soalan: Apakah halangan kepada pencapaian penuh Gagasan 1Malaysia? Jawapan: Mungkin orang tak faham atau pun masih ada lagi pemikiran yang dalam kelompok masing-masing, dalam silo masing-masing yang memikirkan bahawa kumpulan, kelompok atau kaum masing-masing itu sahaja yang penting tetapi tidak ada usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia. Dan kita sebagai seorang individu mungkin ada juga perasaan prejudis, rasis dan sebagainya seperti ada peristiwa gereja dibakar dan kepala khinzir dicampak dalam perkarangan masjid dan sebagainya. Maknanya ada juga kefahaman yang ekstrem dalam masyarakat kita. Sebab ada kefahaman ekstrem itulah, bererti bahawa kita perlu kepada Gagasan 1Malaysia. Soalan: Kalau dipertandingkan 1Malaysia dengan Middle Malaysia. Siapa akan menang? Jawapan: Saya percaya, tak de banyak orang sebut Middle Malaysia agaknya, hampirhampir dah lenyap sebenarnya, pembangkang pun tak sebut sangat Middle Malaysia. Jadi, jangan tanya pada sayalah mungkin kerana saya jadi pengasas kepada 1Malaysia. Tetapi kalau tanya kepada rakyat kita boleh dapat jawapan sebenarnya. Soalan: Di bawah 1Malaysia ada juga di bawahnya NKRA, GTP, Model Ekonomi Baru. Tetapi dari segi pelaksanaannya kita lihat GTP mungkin pelaksanaannya berjalan lancar tetapi penghayatan di pihak rakyat agak kurang. Jadi hasrat Datuk Seri menjadi transformist, saya rasa rakyat kurang faham. Jadi apa langkah Datuk Seri untuk merakyatkan idea Datuk Seri ini?

Jawapan: Ini merupakan satu perjalanan yang mungkin panjang. Saya percaya kalau kita dapat memperlihatkan kesan-kesan yang positif yang boleh diukur oleh rakyat dan rakyat boleh merasai ada perubahan misalnya bila kita hendak memerangi jenayah umpamanya dan kita tengok kepada perangkaannya, kadar jenayah sudah menurun dan sebenarnya dalam bulan pertama tahun ini berbanding dengan tahun sebelum ini, kadar jenayah, yang dikatakan jenayah jalanan sudah pun menurun kepada 13.7 peratus dan kita telah dapat menugaskan lebih ramai lagi anggota-anggota polis. Sebenarnya sasaran saya ialah supaya lebih 7,000 lagi tambahan anggota polis akan dikerah untuk menjalankan tugas-tugas rondaan. Balai polis bergerak sudah mula kelihatan di merata tempat dan kamera litar tertutup (CCTV) pun akan ditambah dan Rakan Cop, kita ada lebih 300,000 Rakan Cop dan juga, anggota Rela, JPAM dan sebagainya. Jadi bila kita himpunkan segala inisiatif ini dan dalam masa setahun ini, bila kita akan diukur kejayaan kita atau pun sebaliknya pada akhir tahun 2010, apabila kita dapat memperlihatkan kejayaan yang positif, saya percaya, pada masa itulah rakyat akan yakin, rakyat faham tetapi keyakinan rakyat itu bila kita tunjuk kejayaan kita, hasil kita, pada masa itu rakyat akan merasa begitu yakin dengan GTP. Soalan: Datuk Seri, itu dari segi jenayah. Dari segi sistem penyampaian kerajaan, ada kesan tak bagi rakyat luar bandar berurusan dengan jabatan kerajaan, ada tak peningkatan atau penambahbaikan perkhidmatan oleh jabatan-jabatan berkenaan? Jawapan: Saya tekankan luar bandar dalam salah satu daripada NKRA kita ialah untuk meningkatkan prasarana luar bandar iaitu jalan, api, air dan kemudahan perumahan. Kalau kita dapat tunjuk bahawa sejak NKRA dilancarkan, menjelang tahun 2010 berapa banyak jalan telah dibuat? berapa banyak kampung yang telah mendapat bekalan api, air, rumah dan sebagainya dan perangkaan ini kita dedahkan. Orang orang kampung dapat tengok bahawa kalau dulu perkara-perkara ini begitu lama mereka menunggu, tapi akhir-akhir ini mereka dapat kemudahan-kemudahan seperti mana yang saya sebutkan tadi. Kalau ini dapat kita tunjuk kepada rakyat nanti, saya percaya bahawa keyakinan rakyat akan bertambah. Soalan: Tetapi yang saya takut Datuk Seri, sekarang ini pun kita telah bina

jalan-jalan di banyak kampung-kampung. Tetapi di kampung-kampung ini, Barisan Nasional (BN) kalah. Mereka anggap soal bina jalan dan bina itu adalah tanggungjawab kerajaan. Keprihatinan mereka adalah soal hidup... soal makan. Adakah terdapat peningkatan dalam hal ini? Jawapan: Itu sebab saya kata bahawa satu aspek dari segi prasarana, dan ini ada juga kaitan dengan peningkatan dari segi kualiti hidup kita dan juga memudahkan kita dapat akses kepada pasaran. Umpamanya kampung kita dulu tidak ada jalan, sekarang ni ada jalan. Bererti bahawa segala hasil dari kampung kita lebih mudah kita pasarkan, orang luar pun lebih senang untuk membuat kunjungan dan lawatan ke kampung kita. Kita tidak rasa macam seolah-olah kita ni tersisih jauh daripada aliran perdana negara. Itu satu aspek. Yang kedua kita juga sedang memperluaskan jaringan keselamatan sosial di bawah program e-Kasih, 43,000 sudahpun didaftarkan dan mereka akan dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan dan kita ada program latihan nak wujudkan 2,000 lagi usahawan wanita. Itu di bawah program NKRA kita. Di bawah program transformasi ekonomi, kita pun ada usaha dan program untuk menambahkan pendapatan rakyat luar bandar. Soalan: Tadi Datuk Seri sebut ini adalah satu perjalanan. Tetapi jerayawara (roadshow) GTP hanya diadakan di tiga tempat. Macam mana nak yakinkan seluruh rakyat kalau diadakan di Petaling Jaya, Sabah dan Sarawak sahaja, bagaimana dengan Kelantan, Johor? Jawapan: Berperingkat-peringkat kita akan buat sebab pegawai kita ini dalam keadaan terlalu sibuk sekarang. Bukan sahaja perlu kita buat roadshow tetapi kita buat makmal, makmal subsidi umpamanya. Ia makan masa yang lama. Kadang-kadang para pegawai mengadakan perbincangan dan percambahan fikiran sampai malam, sampai pagi. Kita kena bagi tempoh masa. Roadshow kita akan sampai kepada semua negeri. Soalan: Berkenaan dengan rasuah, rakyat rasa susah untuk basmikannya. Bagaimanakah kerajaan hendak menyelesaikan masalah ini? Jawapan: Janji kita ialah supaya dari segi Indeks International Transparency, yang berhubung kait dengan beberapa aspek. Umpamanya apabila saya lancar pada hari semalam portal "MyProcurement" di Kementerian Kewangan, itu

satu langkah ke arah ketelusan yang amat baik sekali sebab hampir semua projek kerajaan dibuat secara tender. Jadi ini dimuatkan ke dalam portal ini jadi rakyat akan dapat mengetahui. Itu juga saya percaya membantu ke arah penarafan kita yang lebih baik lagi. Lepas itu kita dalam proses untuk memperkenalkan Whistleblower (Act). Itu pun satu yang baik. Maknanya sesiapa yang memberi maklumat kepada kerajaan, mereka akan dilindungi oleh kerajaan malah mereka pun boleh dapat ganjaran sekiranya maklumat yang mereka sampaikan itu membawa kepada orang yang bersalah itu diadili dan dijatuhkan hukum. Soalan: Datuk Seri, Allahyarham Tun Abdul Razak, perdana menteri kita yang kedua, banyak melakukan tinjauan mesra ("walkabout") berjalan-jalan turun padang tapi banyaknya ke kawasan pedalaman dan luar bandar. Datuk Seri pun mewarisi sifat Allahyarham tetapi "walkabout" Datuk Seri nampaknya kalau tidak silap saya banyak di bandar daripada di luar bandar. Mungkin pada masa depan Datuk Seri ada rancangan untuk lawat kampung saya? Jawapan: (Ketawa) Ia sebenarnya sama banyak, tetapi sebab keadaan demografi negara kita sudah berubah. Tahun 60-an dan tahun 2010 ini, selepas lebih 40 tahun sudah berlaku banyak perubahan di mana peratusan yang tinggal di bandar lebih daripada di luar bandar. Satu. Yang kedua, saya lebih suka membuat lawatan secara spontan. Jadi lebih mudah buat dalam sekitar kawasan bandar. Tetapi banyak juga kawasan luar bandar yang telah saya lawati. Umpamanya saya pergi ke Sarawak, rumah panjang saya pergi. Bandar kecil di Semunjan pun saya pergi. Kawasan macam Rascom pun saya pergi. Itu memang kawasan luar bandar. Lepas itu kawasan Felda yang saya pergi. Dan di Langkawi bila saya cuti Tahun Baru Cina, waktu cuti pun saya turun tengok perkampungan nelayan dan dapat menyelesaikan masalah mereka. Mungkin pada peringkat awal saya mula di Brickfields, Petaling Street dan Pantai Dalam. Itu di peringkat permulaan. Dan saya bercadang untuk melawat kawasan luar bandar dan juga tempat-tempat yang memerlukan perhatian daripada saya.

Soalan: Datuk Seri, lepas Datuk Seri buat tinjauan mesra (walkabout), jemaah Menteri dan anggota Parlimen BN nampak macam tak buat walkabout. Jawapan: Tidak. Mereka pun buat program masing-masing dan sekarang kita ada program Juara Rakyat dan sebagainya dan banyak lagi program yang kita akan tambah. Kalau mereka buat walkabout, mereka tidak dilapor dalam suratkhabar sebab mereka ahli Parlimen biasa. Tetapi bila Perdana Menteri turun, media akan ikut serta memberi pendedahan yang meluas. Kalau kita nak ukur, itu tidak berapa adil. Jangan ukur dari segi liputan dalam media, lihat dari segi aktiviti mereka yang sebenar. Soalan: Rakyat kadangkala mendakwa mereka banyak walkabout hanya sebelum pilihan raya. Jawapan: (Ketawa) Tidak, tidak benar. Mereka sudah tahu tanggungjawab kita, kalau nak berjaya, nak menang pilihan raya, janganlah bila dekat pilihan raya baru buat sibuk. Rakyat hari ini dah cerdik, rakyat faham. Rakyat boleh menilai kita. Soalan: Bercakap mengenai Menteri dan MP, report card (kad laporan) mereka sudah diterima ke belum? Jawapan: Kita monitor (pantau) apa yang dilakukan oleh mereka. Saya janji untuk buat penilaian terhadap prestasi Menteri, itu dah selesai selepas enam bulan. Wakil-wakil rakyat ini, kita ada ibu pejabat yang akan pantau dan mereka tahu siapa wakil rakyat yang rajin turun padang, balik kawasan, menyelesaikan masalah rakyat dan sebagainya. Soalan: Ada yang fail (gagal) tak Datuk Seri? Jawapan: Biasanya bila ada pilihan raya, ada yang tidak dicalon semula, ada yang dicalon semula. Yang tidak dicalon semula tu, maknanya fail lah (gagal). Soalan: Jadi keseluruhannya baguslah? Jawapan: Keseluruhannya semakin baik saya lihat. Mungkin lepas pilihan raya 2008 tu, mereka tergamam sedikit sebab keputusan itu di luar dugaan, jadi bila dalam keadaan itu, dalam masa setahun itu agak kurang aktiviti, tetapi sekarang ini saya nampak sudah ada peningkatan yang ketara.

Soalan: Dua tiga hari lepas Datuk Seri seolah-olah macam berjanji pendapatan per kapita rakyat akan meningkat 15,000 dolar...semua orang seronok. Tetapi ada juga yang mengatakan macam janji ini terlalu muluk (indah) boleh capai ke sedangkan di Sabah dan Sarawak, kemudahan asas belum ada. Jawapan: Kita kena buat secara serentak. Ini Pendapatan purata (average income). Bila saya sebut average income, ada yang lebih tinggi daripada itu, ada yang lebih rendah daripada itu. Itu maksud average income. Takkan semua akan dapat 15,000. Jadi kita mesti faham. Mana-mana negara pun begitu juga. Ada yang miskin, ada yang kaya. Tetapi kita hendak yang miskin itu jangan terlalu miskin sampai begitu daif. Soalan: Datuk Seri, ada kritikan bahawa kerajaan pusat mengambil sumber Sabah dan Sarawak dan tidak pulang balik untuk pembangunan. Apa komen Datuk Seri? Jawapan: Itu tidak benar. Banyak daripada peruntukan kita lulus untuk Sabah dan Sarawak. Dari segi Perlembagaan, misalnya kawasan minyak itu memang bukan hak negeri tetapi kita bagi balik dalam sumbangan kita kepada kerajaan negeri, lepas itu kita buat peruntukan tambahan di bawah prasarana luar bandar, kebanyakannya untuk Sabah dan Sarawak. Kita dah janji misalnya bekalan api dan air sampai ke 90 peratus daripada sekarang ni dalam 60-65 peratus, nak dilonjakkan kepada 90 peratus menjelang akhir tahun 2012. Ini satu target yang begitu besar sekali sebenarnya. Kita perlu menjayakan objektif ini melalui peruntukan tambahan. Soalan: Mengenai ekonomi, isu ini dekat dengan Datuk Seri, bolehkah Datuk Seri berikan contoh tentang kecekapan sistem penyampaian dalam menjadikan Malaysia satu tempat yang selesa untuk menjalankan perniagaan? Jawapan: Pertamanya, kita telah berjaya mengubah ekonomi dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada suku keempat di mana kita berjaya mencapai 4.5 peratus pertumbuhan dalam jangka masa tiga bulan pada suku terakhir itu. Ini adalah kerana pakej rangsangan bukan sahaja berjalan lancar tetapi telah disampaikan ke akar umbi. Beratus dan beribu projek, kecil dan besar telah dilaksanakan. Ini, saya rasa adalah petunjuk yang jelas dan satu manifestasi kejayaan pentadbiran kerajaan termasuk penjawat awam yang telah bekerja keras untuk

mengagihkan pakej rangsangan. Jadi, memandang ke hadapan, saya percaya dengan penekanan yang kita berikan, bahagian perkhidmatan awam akan menghasilkan keputusan yang baik. Soalan: Dengan reformasi pasaran modal, liberalisasi pasaran dan sebagainya, hanya tiga syarikat dari China yang disenaraikan di sini, mengapakah terdapat sambutan yang kurang memberangsangkan dan menyebabkan pelabur menjauhi pasaran. Serta, ada juga yang berkata garis panduan FIC mengenai pegangan saham Bumiputera telah terlalu lewat? Jawapan: Kita tidak boleh menghakiminya berdasarkan tahun lepas kerana ia adalah tahun yang teruk. Maksud saya, seluruh dunia mengalaminya tahun lepas dan keadaan kita yang tidak sebegitu teruk terjejas adalah, pada pendapat saya, menunjukkan tahap keyakinan terhadap Malaysia dan bahawa tahun ini akan menjadi lebih baik. Kita harus membuat pasaran teruja dengan reformasi kita. Soalan: Tetapi, pada hari pelancaran MEB, pasaran telah ditutup bercampur-campur? Jawapan: Pasaran selalu mengabaikan apa-apa pengumuman yang dibuat, tetapi mereka mahu melihat butir-butir spesifik, penanda aras, tempoh waktu dan peruntukan, insentif. Perkara-perkara inilah yang saya kata akan dibuat secara berperingkat kerana ia adalah pengumuman dan pelaksanaan berperingkat. MEB telah diumumkan pada 31 Mac dan kemudian, kita ada 10 Jun untuk Rancangan Malaysia ke-10. Butiran lanjut juga akan diketahui pada Ogos apabila EPU mengumumkan program transformasi Islam dan Rancangan Malaysia ke-10, dan kemudian pada Oktober apabila saya membentangkan bajet, akan terdapat peruntukan spesifik untuk aktiviti ekonomi utama yang kita mahu galakkan. Soalan: Terdapat beberapa perubahan fikiran dilihat dalam dasar Datuk Seri mengenai GST, dua harga petrol dan undang-undang mengenai kenderaan berusia lebih 15 tahun. Adakah kerajaan mengalah kepada tekanan politik? Jawapan: Sebenarnya, tidak. GST memerlukan sedikit lagi masa untuk sokongan dan kepercayaan masyarakat. Ini adalah kerana pembangkang telah memutar belitkan fakta. Jadi, kita perlu waktu untuk menjelaskan kepada rakyat kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk rakyat pada jangka masa panjang. Kami mahu memastikan

pelaksanaan yang lancar, jadi kami bukan mengambil keputusan untuk menghentikannya, tetapi untuk menangguhkannya sehingga projek itu mendapat lebih penerimaan umum. Mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan perkara lain, kita turut mengambil kira tindak balas orang ramai. Jika kita rasa sesuatu yang ingin dilaksanakan tidak mendapat sokongan penuh, kita bersedia untuk menimbang semula. Maksud saya, mungkin ada pihak berkata kerajaan mengubah fikiran tetapi itu menandakan kami sensitif kepada kemahuan dan keperluan rakyat. Saya selalu kata rakyat didahulukan, bukan? Jadi, rakyat didahulukan. Jika rakyat tidak bersedia untuk menerima sesuatu, kami akan menangguhkannya atau membatalkannya, tetapi ini tidak bermakna kita mengalah kepada tekanan. Ia adalah mengenai kerajaan kepunyaan masyarakat. Saya selalu menekankan perkara itu, ia adalah kerajaan kepunyaan masyarakat. Soalan: Datuk Seri juga tadi menyebut tentang pengstrukturan semula subsidi, dua harga petrol. Adakah ini bermaksud kami akan menikmati subsidi itu buat jangka masa yang agak panjang? Jawapan: Ya, kerajaan telah mengambil keputusan bahawa terdapat cara yang lebih sesuai kerana struktur dua harga adalah terlalu kompleks dan tidak berbaloi. Apabila kita menganalisis data, ia didapati tidak setimpal dengan apa yang harus kita lakukan berbanding apa yang akan kita dapat. Jadi, kerajaan akan tetap mengurangkan subsidi, cuma ia akan dilakukan secara berperingkat dan kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat, ia harus dilaksanakan dengan teratur dan berhati-hati. Soalan: Tetapi ada yang berkata ia akan dilakukan selepas Pilihan Raya Umum? Jawapan: (ketawa) Tentunya akan ada yang sinis dan skeptikal tetapi ia harus dihadapi sebagai cabaran dan kita harus membuktikan yang mereka salah. Soalan: Sekarang adalah waktu yang sukar kerana mereka memenangi empat negeri. Dan dalam membincangkan Rakyat Didahulukan, adakah kerajaan BN bersedia untuk bekerja dengan kerajaan pembangkang untuk membawa pembangunan kepada orang ramai. Bolehkan Datuk Seri memberi contoh di mana kerajaan pusat dan negeri

telah bekerjasama untuk pembangunan masyarakat? Jawapan: Kerajaan persekutuan telah melaksanakan projek di negeri-negeri di mana BN mengalami kekalahan. Sebagai contoh, projek persekutuan seperti sekolah, klinik dan termasuk klinik 1Malaysia yang telah kita bangunkan di negeri yang dimenangi pihak pembangkang. Apabila kita mendapat persetujuan bersama, kita tidak ada masalah untuk melaksanakannya untuk masyarakat dan pada asasnya kami mahu berlaku adil. Maksudnya, peruntukan yang tinggi telah diberikan kepada negeri-negeri yang tidak dikuasai oleh BN. Soalan: Apakah pendapat Datuk Seri mengenai pelaburan terus asing (FDI). Ia jatuh mendadak tahun lepas, jadi apakah pilihan bagi Malaysia? Jawapan: Tahun lepas adalah tahun yang amat teruk yang merupakan satu kejanggalan,jadi kita tidak boleh menggunakan tahun lepas sebagai satu asas untuk berkata kita tidak lagi berdaya saing untuk menarik FDI, tetapi kita harus tahu persekitaran ekonomi telah berubah. Akan terdapat lebih banyak ekonomi baru muncul yang menawarkan kos buruh yang lebih menarik dan rendah daripada kita, dan ada di antaranya merupakan pasaran yang besar. Dunia sekarang berbeza daripada tahun 80-an dan 90-an. Pada tahun 80an, terdapat Perang Dingin dan banyak negara masih belum beralih kepada ekonomi pasaran dan sekarang, kita dapati Malaysia perlu bersaing dengan lebih banyak negara dan mereka akan mendapati China adalah pasaran yang besar dan lebih baik untuk pelaburan. Tetapi saya yakin kita akan dapat menarik bahagian kita dalam FDI tahun ini dan tahun depan. Dan cabarannya ialah untuk kita menjadi lebih berdaya saing, lebih bertindak balas kepada keperluan pelabur asing dan pada masa yang sama tidak melupakan pelabur tempatan kerana model masa hadapan adalah keseimbangan antara FDI dan pelabur tempatan. Jadi, kita harus menghasilkan juara tempatan yang juga boleh menjadi juara serantau dan global kerana itu akan memberikan kekuatan kepada ekonomi. Maksud saya, berbanding dengan satu pelaburan dari satu syarikat antarabangsa, dan satu pelaburan oleh syarikat tempatan, dengan jumlah pelaburan yang sama, tentunya pelaburan oleh syarikat tempatan itu memberikan nilai yang lebih tinggi.

Soalan: Liberalisasi perkhidmatan kewangan. Saya rasa bilangan bank yang datang ke negara ini tidak menggalakkan? Adakah Datuk Seri setuju dengan pendapat ini? Jawapan: Tidak. Saya rasa ini hanyalah permulaan. Kita baru mengumumkan pada setengah tahun kedua tahun lepas dan telah pun memberikan kelulusan kepada bank terbesar dunia. Mereka akan memulakan operasi tidak lama lagi. Akan terdapat satu bank dari India, juga dari Timur Tengah dan lain-lain negara. Angka ini kian meningkat dan ini hanyalah satu permulaan. Kita akan melihat penubuhan bank ini tahun ini dan saya yakin mereka akan mula menjana ekonomi negara dengan mengambil bahagian dalam kemudahan kredit, memberi penerangan kepada bakal pelabur dan menggalakkan pembiayaan dagangan. Soalan: Adakah kita boleh menjadi hab perbankan Islam? Jawapan: Kita adalah pendahulu, kita adalah negara nombor satu di dunia. Sebanyak 60 peratus daripada sukuk dunia dikeluarkan dari Malaysia. Kita mempunyai salah satu perbankan Islam terbaik dunia dan pusat latihan yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia. Kita juga sedang memproses dua bank Islam mega dengan modal berb ayar AS$1 bilion setiap satu, dan BNM akan mengumumkan rancangannya untuk menubuhkan pusat fizikal bagi perbankan Islam. Terdapat banyak perkara menarik akan diumumkan tidak lama lagi. Soalan: Bagaimana dengan hab halal? Brazil, Argentina dan Australia kini dikatakan terkehadapan dalam industri halal. Bagaimana dengan Malaysia? Bolehkah Malaysia menjadi hab? Jawapan: Semua orang boleh mengambil peluang daripada pasaran halal. Pertamanya, kita ada jenama halal, yang dikeluarkan oleh Jakim, dan jenama itu mempunyai integriti dan reputasi. Yang keduanya, kita cuba mempromosi hab halal Malaysia. Tetapi kita tetap ada perkaitan dengan negara lain. Sebagai contoh, jika kita mahu mengeksport makanan, kita adalah pengimport bersih, jadi kita masih perlu bergantung kepada sumber-sumber dari negara lain. Saya percaya industri halal Malaysia akan terus berkembang.

Soalan: Perkara ini berkaitan apabila kita bercakap mengenai daya saing. Ia adalah mengenai pendidikan. Keputusan SPM baru sahaja diumumkan dan ramai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang merungut bahawa mereka tidak akan mendapat tempat untuk belajar dalam bidang yang mereka mahu. Bilakah Datuk Seri jangka kerajaan boleh membekalkan pengajian tinggi yang lebih baik dan percuma Jawapan: Tiada negara di dunia yang membekalkan pengajian tinggi secara percuma. Tetapi, pengajian tinggi di negara kita diberikan subsidi yang tinggi, dari segi kos operasi, hanya 10 peratus dibayar oleh yuran. Yang lain ditaja oleh kerajaan dan ini tidak termasuk perbelanjaan modal. Apabila kita bercakap tentang biasiswa, kita tidak boleh hanya berfikir tentang pelajar yang ke luar negara. Jika kita menghantar pelajar-pelajar terbaik kita ke luar negara, siapa yang akan memenuhi universiti kita di sini? Sesebuah universiti tidak boleh mendapat penarafan tinggi jika pelajar-pelajarnya tidak cemerlang. Kita hanya mampu menghantar beberapa pelajar ke universiti Ivy League, tetapi yang lain harus kekal di sini dan dihantar ke universiti awam dan swasta. Kita ada universiti seperti Monash dan Nottingham di sini dan mereka boleh belajar menjadi doktor di sini dan kelulusan mereka diiktiraf di peringkat antarabangsa. Soalan: Bolehkah kerajaan menyediakan lebih banyak tempat untuk pelajar perubatan? Jawapan: Kita sedang mencuba tetapi kita tidak boleh mengabaikan kualiti. Kita boleh melatih doktor tetapi kita perlukan masa untuk membina keupayaan membangunkan sekolah perubatan yang bagus, dan sekolah perubatan memakan belanja yang tinggi kerana kita harus membina hospital latihan atau sekurangkurangnya sebuah hospital khas untuk doktor pelatih. Ini semua mengambil masa yang panjang. Tetapi dari segi bilangan doktor, bilangannya adalah tinggi buat Malaysia dan cabarannya juga adalah untuk membawa balik mereka yang berkelulusan. Kita melatih mereka, tetapi mereka memilih untuk bekerja di luar negara.

Soalan: Datuk Seri, tadi menyebut tentang Rakyat Didahulukan. Kini terdapat insurans motor pihak ketiga. Terdapat banyak kritikan terhadap BNM. Mereka tidak menyebelahi rakyat, mereka menyebelahi industri. Ia mendatangkan keuntungan, kata mereka. Bolehkah rakyat mendapat komitmen dari Datuk Seri bahawa Datuk Seri akan memberitahu Bank Negara untuk menyebelahi mereka yang berkepentingan, rakyat serta kumpulan pengguna? Jawapan: Industri insurans kenderaan memerlukan reformasi penuh kerana ia perniagaan yang merugikan dari segi premium yang dikutip dan pembayaran. Ia adalah defisit yang serius. Apa yang terjadi ialah peserta menggunakan keuntungan daripada produk insurans yang lain untuk mengsubsidi insurans kenderaan. Tetapi, sungguhpun begitu, jika terdapat perubahan, kerajaan akan berunding dengan semua yang berkepentingan iaitu bukan sahaja syarikat insurans, malahan kumpulan pengguna. Saya akan memberitahu Bank Negara untuk berunding dengan persatuan dan kumpulan pengguna. Soalan: Salah satu ciri MEB ialah Datuk Seri mahu Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. Bagaimanakah kerajaan akan mengimbangkan ekonomi bernilai tinggi dan mengekalkan kos kehidupan yang rendah seperti yang dilihat dari subsidi yang meluas terhadap barangan keperluan? Jawapan: Inilah sebab perlunya peralihan paradigma pada pemikiran kita. Inilah yang dijangka sesuai pada masa itu. Kita mahu menjadi berdaya saing, kita perlu menjadi negara pengeluar berkos rendah. Jadi kita rendahkan kos komoditi dan perkhidmatan. Tetapi, menerusi MEB, kita mahu tekankan bahawa Malaysia adalah negara inovatif. Dan untuk itu kita perlukan kepintaran dan bakat. Kepintaran adalah bakat yang tidak mahu bekerja di Malaysia, dan ini termasuk rakyat Malaysia sendiri. Ya, kita tidak bayar mereka dengan sepatutnya. Gaji dan upah tidak sejajar dengan jangkaan mereka dengan gaji yang mereka boleh dapat di tempat lain. Sebagai contoh, jika mereka bekerja di Timur Tengah, mereka boleh menerima gaji tiga hingga empat kali ganda. Kenapa mereka perlu bekerja di Malaysia? Kita boleh belanjakan beribu-ribu ringgit untuk melatih seorang profesional tetapi sebaik sahaja mereka mendapat kelulusan, mereka ke luar negara. Bukankah itu satu pembaziran buat Malaysia? Kini kita tahu bahawa mengekalkan gaji dan kos yang rendah bukan cara untuk maju ke hadapan. Cara

untuk maju ialah dengan meningkatkan gaji yang akan memberikan rakyat kita pendapatan dan kualiti hidup yang lebih tinggi, dan boleh menarik dan mengekalkan tenaga kerja di dalam negara. Kita juga boleh mendapatkan bakat global, kerana untuk menjadi negara inovatif, kita harus membuatkan bakat global untuk memilih Malaysia. Soalan: Tentang peningkatan gaji, bagaimana tentang gaji 1.2 juta penjawat awam? Jawapan:Gaji mereka akan disemak mengikut perkembangan, dengan syarat produktiviti meningkat. Apa yang penting ialah dengan pengukuhan ekonomi, perolehan kerajaan juga meningkat. Sebab itulah GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya perlukan sokongan 1.2 juta pekerja kerajaan. Jika awak mahu gaji yang lebih tinggi di masa depan, saya harus kukuhkan asas perolehan kerajaan, kerana jika tidak, dari mana saya akan dapat duit untuk membayar penjawat awam? Jawapannya ialah menyokong inisiatif kerajaan kerana kami mahu memberi yang lebih baik kepada semua rakyat kita. Soalan: Salah satu masalah ketika krisis ialah pekerja kita. Kadang kala mereka tidak beretika dan secara tiba-tiba, contohnya, 100 pekerja kilang tekstil dipecat. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka telah bekerja selama 25 tahun dan mereka tiba-tiba kehilangan segala-galanya. Adakah di bawah pentadbiran Datuk Seri terdapat undang-undang yang menyekat majikan daripada memecat pekerja mereka dan jika ia dilakukan, mereka patut diberi ganti rugi dan masa untuk berhenti. Jawapan: Ini adalah di bawah undang-undang buruh kita dan jika undang-undang buruh kita kelihatan tidak adil kepada pasaran, kita akan menyemaknya semula. Seperti jika pekerja tempatan tidak dibayar pada kadar yang boleh menarik mereka untuk bekerja dan jika majikan mahu mengambil pekerja asing kerana mereka boleh membayar kadar upah yang rendah, jadi kita boleh berbuat sesuatu tentangnya. Saya percaya majikan di negara ini harus mencuba sebaik mungkin untuk mengambil pekerja tempatan agar tenaga kerja stabil dan kita tidak terlalu

bergantung kepada pekerja asing. Soalan: Mengenai penggangguran, apakah kadarnya kini? Jawapan: Ia adalah kira-kira 3.6 peratus jadi ia dikira tiada pengangguran. Tiada pengangguran kerana jika dilihat, kita mempunyai 2.2 juta pekerja asing jemputan dan satu juta lagi secara tanpa izin, jadi angka itu, adalah anggaran bijak, tetapi kebanyakan orang akan mengatakan ia adalah angka sebenar. Jadi, apakah maknanya? Maksudnya, terdapat peluang pekerjaan tetapi mengapa rakyat Malaysia tidak mahu bekerja, sama ada di kilang-kilang atau di restoran Nasi Kandar? Rakyat Malaysia tidak mahu kerja-kerja yang berbahaya, kotor atau dipandang rendah. Jadi, untuk menarik rakyat Malaysia bekerja, kita harus mengubah persekitaran tempat kerja dan membayar mereka gaji yang sedikit tinggi. Saya percaya majikan patut berbuat demikian. Kita juga tidak sepatutnya membuatkan pengambilan pekerja asing begitu mudah buat majikan. Jika kita boleh meningkatkan gaji pekerja asing mengikut bilangan pekerja asing yang ingin diambil, ini akan menjadi lebih bermakna dari segi perniagaan dan ekonomi untuk mengambil pekerja tempatan. Soalan: Adakah Datuk Seri menganggap keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor sebagai ukuran (barometer) kepada sokongan terhadap kerajaan sekarang? Jawapan: Dalam sistem ini, tentunya setiap kali terdapat pilihan raya kecil kami mahu memenanginya. Pilihan raya kecil adalah hanya pilihan raya kecil dan petunjuk sebenar adalah pilihanraya umum. Apa sahaja yang kita lakukan boleh menyumbang kepada jangkaan atau psikologi untuk menang. Tetapi ujian sebenar ialah Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Soalan: Perkasa (Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia) berkata masyarakat Melayu patut memiliki 67 peratus kekayaan ekonomi, dan Datuk Seri menyebut tentang menyemak semula polisi afirmatif. Jadi, bagaimanakah kerajaan akan menyelaraskan kedua-dua objektif ini? Jawapan: Saya tidak kata kita akan pinda, hapuskan tindakan afirmatif, saya kata kita patut kekalkan. Apa yang saya katakan ialah kita akan semak pelaksanaannya supaya ia menjadi lebih adil, lebih mesra pasaran, lebih telus

dan lebih berasaskan merit dan keperluan. Sebagai contoh, jika kita mahu menghapuskan kemiskinan, jika kita mahu menangani 40 peratus populasi yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan, kita juga harus menjaga kebajikan bukan Melayu dan bukan Bumiputera juga. Bila kita bercakap tentang Bumiputera ia bukan sahaja mengenai Melayu, ia juga tentang Kadazan, Iban, Bidayuh dan lain-lain, mereka juga Bumiputera dan mereka ada hak yang sama. Apa yang saya cuba katakan ialah kita tidak sepatutnya terlalu taksub dengan satu pandangan tetapi biarlah kita melihat dengan cara yang akan memberikan perasaan bersatu sebagai satu negara dan satu masyarakat, tetapi, tindakan afirmatif tetap kekal kerana kedudukan Bumiputera yang masih tidak mencapai taraf yang sepatutnya yang bermakna kita harus meneruskan tetapi pada masa yang sama memperbetulkan kelemahan. Kelemahan yang jelas kelihatan dalam cara pelaksanaan kita sebelum ini. Soalan: Tetapi, sehingga kini, masih terdapat keraguan tentang tender terbuka. Selalu dibincangkan bahawa tender terbuka, tidak sebenarnya terbuka. Menyentuh tentang ketelusan, adakah Datuk Seri akan mengubah perkara ini di bawah pentadbiran Datuk Seri? Jawapan: Saya ingin beritahu bahawa tender terbuka adalah benar-benar terbuka. Sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian, dan ia akan disiarkan dalam portal Kementerian Kewangan. Orang ramai boleh memeriksa sendiri, contohnya jika anda membida dan anda tidak berjaya, anda boleh tahu siapa yang berjaya dan anda akan tahu harga yang ditawarkan oleh syarikat yang dianugerahkan tender itu. Jadi rakyat boleh mengkritik kerajaan jika mereka rasa proses itu tidak adil. Soalan: Mengenai Kerjasama Trans-Pasifik dengan Amerika Syarikat, kita telah pun mengadakan lapan pusingan rundingan dengan Amerika mengenai Perjanjian Dagangan Bebas (FTA), dan sekarang mereka bercakap tentang TPP. Adakah Malaysia akan menyertainya? Bukankah ia memalukan selepas rundingan sebanyak lapan kali diabaikan? Jawapan: FTA adalah sesuatu yang kompleks. Hinggakan di negara yang telah bersetuju untuk melaksanakan FTA, sebahagian daripada segmen populasi seperti di Korea, mereka mengadakan demonstrasi serius terhadap FTA Korea-Amerika, jadi FTA tidak pernah jelas, ia adalah perjanjian yang kompleks dan mengambil masa untuk

dipersetujui. Kini terdapat perubahan pentadbiran Washington. Jika ini adalah pentadbiran Republican, mereka mungkin akan terus bercakap dengan kita tentang FTA pelbagai hala tetapi pentadbiran baharu ini lebih suka bekerja dalam rangka kerja pelbagai hala dan Malaysia akan menimbangkan untuk menyertai TPP tetapi berdasarkan apa yang kita boleh terima. Inilah yang kita rundingkan. Kita telah bersetuju pada dasarnya untuk menyertai TPP. Jadi, kita kini harus memulakan rundingan serius yang akan mengambil masa yang lama kerana kebanyakan isu sukar untuk diselesaikan. Tetapi saya tidak rasa ia tidak dapat diatasi. Soalan: Adakah Datuk Seri kecewa apabila rakyat, media, parti politik dan semua orang di dalam dan di luar kerajaan menyalahkan Datuk Seri ke atas segala-galanya? Setiap kesilapan dalam negara dan segala masalah, hinggakan masalah tanah runtuh, mereka salahkan Datuk Seri? Jawapan: Saya rasa rakyat tidak berlaku adil. Saya rasa rakyat sedar bahawa ada perkara yang di luar kuasa kita. Ini hanyalah risiko jawatan saya; saya harus menerimanya. Saya rasa ini juga terpakai kepada ketua-ketua kerajaan di seluruh dunia dengan syarat rakyat tidak terlalu tidak munasabah. Jika bola golf mereka tidak memasuki lubang, mereka tidak boleh menyalahkan saya Perdana Menteri. Saya tahu manusia boleh menjadi tidak munasabah tetapi mereka harus tahu ia ada hadnya. Saya cuma lakukan yang terbaik. Saya tidak terlalu bimbang tentang itu. Saya bekerja keras, dan saya bekerja hingga larut malam dan saya serius tentang mengubah negara ini dan waktunya akan tiba apabila rakyat mengadili saya dan saya yakin rakyat Malaysia akan menghakimi saya dengan adil. - Bernama

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->