P. 1
KKBI PED 2009

KKBI PED 2009

|Views: 160|Likes:
Published by cikgu syu

More info:

Published by: cikgu syu on Jul 15, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/03/2013

pdf

text

original

PENGENALAN Kurikulum Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada ‘laluan dalam sesuatu pertandingan’

. Berdasarkan kepada konsep tersebut, perkataan kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan ‘laluan atau laluan-laluan’. Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu ‘apa itu persekolahan’. "Kurikulum adalah suatu pelan bagi pembelajaran" (Taba,1962) .Ahli progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsurunsur seperti kepelbagaian, keperluan kemasyarakatan dan strategi-strategi pengajaran.

Kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan pembelajaran; tahap tanggungjawab yang perlu diambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran; bagaimana dan di mana kurikulum dilaksanakan (Dillard & Laidig, 1998). Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan

PERANANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) telah digubal atas rasional bahawa aktiviti pembelajaran dan pendidikan peringkat rendah merupakan pendidikan asas yang melibatkan tiga kemahiran, iaitu membaca, menulis dan mengira ( 3 M ) . Pendidikan peringkat rendah juga hendaklah menyeluruh perkembangan intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani. KBSR juga dirancangkan untuk memberi setiap murid peluang yang sama untuk mendapat kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan-amalan yang diperlukan. Murid-murid juga diberi peluang dan ruang bagi mengembangkan atau mempertajamkan bakat, minat dan daya kreatif mereka. Mengikut perakuan 57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet pula menyatakan bahawa kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan muridmurid mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekeliling dan perkembangan bidang diri individu yang sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid. Untuk mencapai matlamat di atas, bukanlah satu perkara mudah kerana ia memerlukan kesungguhan, kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu guru dan murid-murid itu sendiri. dan seimbang dari segi

PERANAN GURU DALAM PENTAFSIRAN KURIKULUM Pemilihan bahan –bahan pelajaran untuk mebentuk sesuatu kurikulum yang berkesan adalah bukan satu tugas yang ringan.ini adalah kerana Isi kandungan sesuatu kurikulum sekolah yang utamanya ialah bahan pelajaran. Tanpa bahan pelajaran yang bernas, kurikulum itu tidak berguna dan tidak bermakna. Di sinilah perntingnya peranan seseorang guru dalam mentafsirkan sesuatu kurikulum itu bagi memilih media-media bahan pelajaran yang berkesan untuk membantu pelajarnya.

Berikut adalah kriteria untuk memilih bahan-bahan pelajaran supaya membentuk sesuatu kurikulum yang berkesan : Ditinjau dari sudut falsafah epistemologi: Bahan-bahan pelajaran mestilah sesuai dengan prinsip keseriusan kognitif, iaitu bahanbahan pelajaran yang dipilih hendaklah sah dan tepat tanpa sebarang tafsiran kekaburan dan keraguan

Ditinjau dari sudut falsafah moral : Bahan pelajaran mestilah sesuai dengan nilai moral, iaitu bahan-bahan pelajaran yang dipilih hendakalah mengutamakan unsure pendidikan yang dapat meningkatkan nilai moral seseorang pelajar dan sesuai dengan kehendak masyarakat dewasa ini.

Ditinjau dari sudut perkembangan psikologi : Bahan-bahan pelajaran hendaklah diorganisasi dan disusun mengikut turutan perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak. Contohnya daripada isi pelajaran yang mudah ke yang lebih sukar. Dari yang konkrit ke yang abstrak. Bahan –bahan pelajaran yang dipilih hendaklah disusun berlandaskan organisasi psikologi, logical, dan sistematik.

Ditinjau dari sudut ekonomi dan pragmatisme Bahan-bahan pelajaran yang digunakan hendaklah mempunyai nilai-nilai ekonomi,

praktikal, sesuai dengan keperluan pelajar dan masyarakat yang boleh membawa faedah untuk kehidupan seseorang,. Ia juga mestilah dapat memupuk nilai murni dan tingkah laku positif serta boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran khasnya teknologi maklumat masa kini.

Penelitian dan pentafsiran sukatan pelajaran Sukatan pelajaran membawa makna suatu rancangan pelajaran berkaitan dengan sesuatu matapelajaran tertentu. Sukatan pelajaran disediakan secara rasmi oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan pelajaran ini mengandungi beberapa perkara yang penting seperti unit pembelajaran, objektif, kemahiran-kemahiran yang disusun mengikut tahap. Semua perkara tersebut dihuraikan secara terperinci dalam sebuah Buku Panduan Khas untuk digunakan oleh guru sebagai panduan asas semasa menyediakan rancangan kerjanya. Contohnya, guru prasekolah akan merujuk kepada buku huraian kurikulum prasekolah kebangsaan untuk menyediakan rancangan kerjanya. Disamping itu, guru haruslah membaca dan membuat pentafsiran terhadap kemahirankemahiran yang hendak diajarnya dalam keseluruhan tahun untuk mendapatkan gambaran jelas tentang apa yang hendak diajarkan dalam tahun prasekolah itu.

PERANAN GURU DALAM PERANCANGAN KURIKULUM Perancangan kurikulum meliputi Sang,1996). rancangan pengajaran yang disediakan oleh guru

berdasarkan sukatan pelajaran sesuatu matapelajaran yang diajar, (Mok Soon Tujuan menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk dijadikan panduan asas dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu matapelajaran. Rancangn pengajaran akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih sitematik dan disusun mengikut pemeringkatan yang sesuai seperti dari yang senang ke yang sukar. Rancangan pengajaran meliputi rancangan pengajaran tahunan, rancangan pengajaran semester, rancangan pengajaran mingguan, rancangan pengajaran harian.

Rancangan pengajaran tahunan Disediakan berdasarkan sukatan pelajaran keseluruhan tahun. Mempunyai perkaraperkara seperti nombor rujukan sukatan pelajaran, objektif, tajuk hendaklah ditulis dalam rancangan kerja tahunan. (Rujuk contoh seperti dalam lampiran)

Rancangn Pengajaran Semester/penggal Disediakan berdasarkan rancangan pengajaran tahunan. Mengandungi butir-butir seperti topic pelajaran, kemahiran, penerapan nilai serta strategi pengajaran dan pembelajaran. (rujuk contoh seperti dalam lampiran)

Rancangan Pengajaran Mingguan Disediakn berdasarkan rancangan pengajaran semester/penggal. Mempunyai perkaraperkara seperti matapelajaran, topic, penerapan nilai, kemahiran dan lain-lain lagi. (rujuk contoh seperti dalam lampiran)

Rancangan pengajaran harian Disediakan berdasarkan rancangan pengajaran mingguan. Mempunyai perkara-perkara seperti objektif pelajaran, tema pelajaran, aktiviti-aktiviti pelajaran, waktu pengajaran dan lain-lain lagi. (rujuk contoh seperti dalam lampiran)

Perancangan Persediaan Mengajar untuk pelaksanaan kurikulum Seorang guru perlu mengkaji sukatan pelajaran secara mendalam untuk membuat perancangan persediaan mengajar yang baik. Segala konsep yang ingin disampaikan kepada pelajar haruslah dikuasai oleh guru terlebih dahulu. Kemudian, guru harus menganalisis bahan pelajaran dan seterusnya memilih, memeringkatkan serta menyusun aktiviti pengajaran. Alat bantu mengajar perlu juga perlu digunakan dengan berkesan untuk memudahkan pencapaian objektif pembelajaran. Peruntukan masa untuk pelajaran itu perlu dibahagikan dengan berpatutan supaya setiap langkah penyampaian menjamin penflibatan murid secara aktif serta dapat membuat penilaian dan maklum balas di akhir pengajaran.

Penentuan langkah-langkah pengajaran dan peruntukan masa Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan, sistematik dan mengikut jadual, isi pelajaran yang dipilih dan disusun mengikut langkah-langkah yang sesuai hendaklah dikaitkan dengan masa yang diperuntukkkan. Guru perlu mempertimbangkan beberapa langkah yang patut diperuntukkan bagi isi pelajaran yang hendak disampaikan. Pada asasnya, sesuatu pengajaran menagmbil masa 30 minit yang terdiri daripada set induksi, perkembangan dan penutup. Guru perlu mengambil masa yang lebih panjang dalam bahagian perkembangan.

Komponen persediaan Sebelum memulakan sesi pengajaran, guru perlu mengumpulkan maklumat-maklumat isi pengajaran seperti objektif pelajaran, sumber pengajaran, kemahiran, penerapan nilai, supaya boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna. Maklumat-maklumat ini sangat penting untuk membolehkan guru memilih dan menyediakan bahan bantu mengajar, memeringkatkan isi pengajaran, menentukan strategi pengajaran berdasarkan kebolehan murid.

Komponen perkembangan Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baik akan menjamin

keberkesanan penyampaian proses pengajaran. Untuk melaksanakan langkah-langkah penyampaian yang telah pun dirancang, guru perlu memilih strategi pengajaran yang paling tepat serta kelengkapan bahan bantu mengajar yang ada. Pada asasnya, sumber pengajaran terdiri dari 3 kategori utama iaitu; bahan rujukan, bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan-bahan ini memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan bahan rujukan untuk merancang aktiviti pengajarannya. Bahan pengajaran pula digunakan untuk menyampaikan konsep dengan cara yang lebih berkesan. Guru perlu mengorganisasi sumber pengajaran yang ada mengikut cara-cara seperti : • • menyediakan satu rekod senarai sumber bahan pengajaran, Semua sumber pengajaran perlu disimpan secara berasingan mengikut matapelajaran • Bahan pengajaran seperti gambar, specimen, lukisan hendaklah dipamerkan supaya murid boleh melihat dan membacanya. • Ruang penyimpanan hendaklah disediakan almari, rak atau kotak supaya sumber pengajaran dapat disimpan dengan baik.

Komponen penutup Merupakan bahagian penutup proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh memilih jenis penutup yang sesuai seperti aktiviti susulan, penilaian objektif pelajaran, aktiviti membuat rumusan dan kesimpulan. Semua kaedah ini dapat mengukuhkan lagi pembentukan konsep yang baru diterima oleh murid-murid Hasil penilaian akhir di bahagian penutup ini, akan digunakan untuk pengubahsuaian terhadap waktu peljaran yang berikutnya.

PERANAN GURU DALAM MANGUBAHSUAI DAN MENILAI KURIKULUM Peringkat ini merupakan peringkat akhir dalam proses perkembangan kurikulum. Proses penilaian dibuat serentak dalam masa pelaksanaan KBSR. Tujuan penilaian ini adalah untuk mendapat maklumat tentang pelaksanaan KBSR, dan hasil penilaian digunakan untuk memperbaiki kurikulum tersebut. Sebelum membuat penilaian ini, guru boleh membuat aktiviti susulan. Daripada aktiviti inilah guru boleh menilai proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh mengesan pencapaian objektif pelajarannya dan seterusnya mengubahsuai strategi pengajaran pada sesi yang berikutnya. Satu daripada punca pelajar Melayu lemah adalah disebabkan tabiat mengajar guru yang tidak mampu menarik minat mereka dan banyak berlaku di sekolah-sekolah luar bandar yang pelajarnya 100% Melayu. “Mentaliti dan sikap mengajar di sekolah dibuat sambil lewa padahal sekolah-sekolah di luar bandar inilah yang perlu diberi perhatian lebih disebabkan kemudahan yang serba-serbi kurang.”(Prof.Dr.Aminah Ayob,2003) Senario ‘mentaliti dan sikap mengajar guru-guru yang sambil lewa’ ini tentulah menghalang sesebuah sekolah itu mencapai tahap berkesan malah malang sekali apabila kita gagal menjadi ‘insan cemerlang’ dalam melaksanakan tugas terutama tugas P&P di dalam bilik darjah; gagal mendidik dan meneladan anak didik, yang akhirnya dibuktikan dengan keputusan peperiksaan atau pencapaian kemahiran yang

tidak menyerlah. Inilah apa yang Jemaah Nazir Persekutuan namakan sebagai ‘kelesuan proses pendidikan’ yang wujud di sekolah-sekolah. Guru pada ketika yang sama adalah seorang pelajar. Ia perlu sentiasa belajar untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya bagi menjadi pendidik yang profesional untuk mencapai matlamat pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, sebagai seorang pendidik, seseorang itu perlulah sentiasa menginsafi dirinya dan melihat profesionnya sebagai suatu yang amat berharga.

Sifat dan Ciri-ciri Seorang Guru Yang Perkasa Terhadap Murid: Guru ini menunjukkan • Punyai empati dan komitmen yang tinggi dalam menghargai orang lain (anak didik, ibubapa dan rakan sejawat dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif. • • • • • • Dapat ‘menghubungkan’ mata pelajaran di ajar dengan kehidupan murid-murid Kenal, hormati dan percayai murid-murid. Mengajar murid-murid teknik belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis Boleh menjana idea-idea baru dan menarik untuk murid-murid berfikir mengenainya. Menggalakkan murid-muird bertanyakan soalan mengenai pelajaran. Hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan dan permainan, persembahan muzikal dan kebudayaan.

Terhadap Mengajar: Guru Yang Perkasa • • Sentiasa melakukan refleksi dan kritik-kendiri, iaitu mercu tanda profesionalisme seorang guru. Berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman.

• • • • • • • •

Adil dalam menilai dan menggred. Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Bersemangat dalam mengajar murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran. Seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami dan sangat dihargai para pelajarnya. Sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas murid. Merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyatupadukan mata pelajaran. Secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa ‘baru dan segar’ serta relevan. Menyertai jawatankuasa–jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah atau dirinya sendiri. kepada murid-

Terhadap Disiplin: Guru Yang Perkasa •

Seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar. Seorang yang ‘dahagakan ilmu’; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca, menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; atau mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan.

• • • • •

Juga seorang yang suka ‘belajar’ perkara-perkara di luar bidangnya. Aktif dalam pertubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya. Menjadi ahli kepada komuniti yang belajar. Bina dan mengekalkan perhubungan profesional. Bekerja dalam organisasi sekolah yang luas.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->