P. 1
Pemimpin Negara

Pemimpin Negara

|Views: 331|Likes:
Published by Nako Nambua

More info:

Published by: Nako Nambua on Jun 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

11/23/2012

Kepimpinan Negara

:

Persamaan Pemikiran Plato, AI-Farabi dan Ibnu Sina

Dr. Idris Zakaria

"Karnu semua adalah penjaga, kama semua bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Maka al-Imam (Ketua Negara/Pemimpin] yang mengetuai manusia juga penjaga, dan ia bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya ".

- Maksud hadis Rasulullah s.a.w.

P ersoalan kepimpinan dalam falsafah politik bukan suatu perkara baru. Dalam sejarah falsafah, tajuk ini telah dibahas bersama-sama dengan tajuktajuk lain seperti yang ditunjukkan oleh Plato umpamanya dalam The Republic dan The Laws. Di samping berusahamengenal pasti secaraempiris mana satukah bentuk perlembagaan yang baik dan sesuai, Aristotle juga turut membicarakan konsep the best man sebagai pemerintah.

Dr. Idris Zakaria ialall pensyarah oi .Jabatan Usuluddin dan FillsafClJl. Universlti KcbangsClan MCllaysia.

pemilcir. Okto/xr - DiscmiJCf 199(5

Dr. Idris Zakaria

Soal "good ruler" padanya ada kaitan langsung dengan "constitution" yang beliau kenaI pasti sebagai terbaik. Perkara ini juga menyangkut persoalan moral, kualiti pemimpin dan sebagainya (R.G. Mulgan, 1977: 78 - 101).

Antara perkara-perkara asas yang terlibatdi dalam perbineangan falsafah dan konsep kepimpinan ialah persoalan-persoalan konseptual, meliputi erti pemimpin dan kepimpinan, tujuan pemimpin, syarat-syarat pemimpin, kuali ti pemi mpin yang dikehendaki eiri -eiri pihak yang dipimpin, pemimpin dan kuasa, dan hubungan pemimpin dengan rakyat. Nilai dan kualiti kepimpinan yang dikehendaki serta tujuan pimpinan mungkin berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Unsur-unsur sejarah, budaya dan kepercayaan adalah antara ciri-ciri penting yang berfungsi menentukan hal-hal ini. Penekanan tulisan ini akan diberikan kepada teori kepimpinan yang diajukan oleh ahli-ahli falsafah Plato (347 - 427 BC) alFarabi (870-95012M.) dan Ibnu Sina (980-1037M.)

KEPERLLJi\N KEPi\OA. PEMIMPIN

Antara persoalan pokok dalam falsafah politik ialah kewujudan pemimpin. Mengapakah manusia perlu pada pemimpin? Mengapakah pemimpin wujud? Sesungguhnya ini adalah persoalan penting yang membawa kita kepada persoalan kedua: bagaimanakah mereka itu muncul? Ibnu Sina dalam analisisnya tentang perkara ini menumpukan perhatian kepada tabiat (nature) hidup manusia itu sendiri atau rakyat dalam sesebuah negara. Di bahagian akhir dari bukunya al-Shifa' yang bertajuk ilahiyat (metaphysic), Ibnu Sina menjelaskan kenapa rakyat memerlukan kepada pemimpin. Beliau mengambil punca-punca awal kehidupan manusia serta tabiatmereka untuk mengesahkan perlunya kelahiran seorang pemimpin berkalibar untuk menjamin survival rakyat dan negara.

Dengan bertolak dari idea yang sarna seperti Plato dan al-Farabi dua tokoh yang mendahuluinya, Ibnu Sina menegaskan bahawa manusia mustahil boleh hidup dengan baik secara berseorangan iaitu hidup sendirian. Ia memerlukan orang lain yang berperanan timbal-balik (mutual-help) memenuhi keperluan hidup mereka. Dari sini timbul masyarakat,

( 100 1

peltlilclr. Bil. 6

Kepimpinan Negara

perkumpulan, bandar dan negara. Di samping itu kegiatan perniagaan boleh berjalan dan semua orang boleh mendapat manfaatnya. Suasana ini tidak mampu bertahan dengan baik tanpa ada pengawasan undang-undang dan keadilan. U ndang - undang dan keadilan pul a berkehendakkan kepada seorang penjaga dan pengawalnya.

Orang ini mestilah rnernpunyai kebolehan dan keistimewaan melebihi orang lain supaya ia boleh memimpin rakyat dan negara. Bagi Ibnu Sina, hasil penerimaan tradisi dan ajaran Islam, mengutarakan konsep ins ankamil iaitu Nabi atau Rasul sebagai pemimpin unggul. Inilah dia orangnya yang bertugas menjaga dan menjalankan undang-undang supaya rakyat dan perjalanan negara benar-benar berada di atas kehendak undang-undang (Ibrahim Madkur (ed.), 1960; 441. 443).

Plato dalam tradisi intelektual Greek terlebih dahul u membawa gagasan "Mutual-help" dalam teori a "Polis" nya. Sikap saling memenuhi dan tolong-menolong menjadi elemen penting untuk mencapai kesempurnaan. David Melling meringkaskan idea tersebut seperti berikut:

"In the Republic Plato presents a sustained and developed discussion of the nature of the ideal form of social organization in the context ofa debate on the nature of justice. Socrates constructs an account of the origin of the polis. Individual human beings are not self-sufficient; alone, they are unable to fulfil their own needs. Human beings gather in communities, helping each other to satisfy their needs. Theyfreely exchange mutual help to mutual advantage. A settled community of human beings co-operating together to fulfil their needs and to promote their common welfare is what we call a polis.

There are various different jobs which need to be done of the variety of different human needs is to be fulfilled. Human beings need food to eat, clothing to wear, houses to live in. It would be possible for an individual person to spend part of his or her time in producingfood, in making clothes, in building houses.

In a settled community the variety of forms of work essential to the community's economic life should ideally be performed by individuals who specialize in particular kinds of work. The specialist who applies his skills

pe .. 'lcir. Oktober - Dtserabet J 996

[ 101 )

Dr. Idris Zakaria

in afield of activity to which he is particularly suited can develop those skills to ensure his work is of a high standard. A settled community in which individual membe rs special ire in workjor which they are suited wi II provide a better basisfor the fu (film ent of the economic needs of its members than would a community of individuals each of Wh0111 engaged himself in the whole range of tasks required in order to provide him withfood, clothing, and shelter and tofulfil all his other needs.

A polis is a settled community of human beings whose economic functions are differentiated and specialized so that the needs of the members of the community are fulfiled. Such a community could be very small; Socrates argues it would be possible to have a polis of no more than a handful of members, since such a population would be sufficient tofu lfil all the basic economic needs of the community. A farmer to produce food, a tailor and a shoemaker to produce clothing, a builder to build houses, a toolmaker to provide tools, and a merchant to trade and barter would seem to provide all the basic economic functions to allow the basic needs of a community to be met. (David 1. Melling 1987, 75 - 76).

Plato memperjuangkan kehidupan yang baik. Kehidupan ini banyak bergantung kepada ilmu pengetahuan dan amalan keadilan. Tetapi keadilan yang beliau maksudkan bukanlah sarna dengan pengertian dan amalan keadilan undang-undang yang kita ken ali hari ini. Teori keadilan beliau lebih menekankan kepada 'moral-duty" dan amalan 'mutual-help' serta pelaksanaan undang-undang. Dari asas-asas ini negara boleh memberikan kebahagiaan kepada rakyat. (Ernest Barker, 1960, baca bab VIII 'The Republic and its theory of justice'; 168 - 203).

Al-Farabi atau Abu Nasr Muhammad al-Farabi seorang ahli falsafah Islam yang pakar dalam falsafah Greek juga didapati menerima dan meneruskan idea ini. Dalarn buku-buku politiknya yang terkenal Ara' Ahl al-Madinat al-Fadilah (Seterusnya al-Madinat al-Fadilalii dan al-Siyasat al-Madaniyali beliau menekankan idea hidup lengkap-melengkapi ini untuk mencapai kesempurnaan hidup. Ini puncanya kemunculan hidup bermasyarakat dan bernegara. Al-Farabi menerangkan (terjemahan):

( 102 )

pemi.dr. BjJ. 6

Kepimpinan Negara

Setiap seorang daripada manusia itu menurutfitrahnya berkehendakkan kepada masyarakatnya untuk mencapai kesempurnaan yang terbaik. Dia tidak mungkin dapat menyelesaikan semua perkara dengan sendiri. Dia berhajat kepada kaumnya, yang mana tiap-tiap seorang daripada mereka itu boleh menyelesaikan apa saja yang dihajati. Tiap-tiap seorang beginilali keadaannya, yakni perlu kepada sikap tolong-menolong, jika tidak mereka tidak akan mencapai kesempurnaan. Ini terjadi dengan adanya penumpuan masyarakat yang saling bantu-membantu dan dengan itu akan terhimpunlali hasil kepada mereka, iaitu apa yang mereka hajati untuk mencapai kesempurnaan. Daripada perhimpunan itu bertambahlah manusia, hasilnya dapat memakmurkan bumi (dunia ini] yang pada akhirnya terbentuklah sebuah masyarakat yang benar. (al-Farabi, 1968; 117).

Oleh itu, menurut pandangan ketiga-tiga tokoh ini, tabiat hidup manusia itu sendiri yang menjadi asas keperluan kepada kemunculan pemimpin. 1ni dari segi realitinya berlaku sepanjang zaman dan pada semua bangsa manusia. Apa yang mungkin berbeza ialah falsafah kepimpinan mereka; apakah yang mahu diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin mereka dan pendekatan kepada ke arah pencapaian falsafah tersebut.

SlAP/\. Y/\NG Lr\ Y AK MEMERINT AH

Persoalan lain yang juga dijawab oleh falsafah politik ialah siapakah yang layak memerintah atau siapakah yang mesti dilantik sebagai pemimpin. Ada pelbagai kecenderungan dalam hal ini. Jika soal ini terserah pada rakyat dan rakyatlah yang berkuasa memilihnya, ini telah menunjukkan kepada sistem dernokrasi (John Locke). Jika disebut bahawa seseorang mesti memerintah, ini jelas menunjukkan monarki (Thomas Hobbes) (Richard H. Popkin et aI, rep. 1990. 66). Falsafah politik sejak zaman klasik lagi telah cuba menjawabnya. Plato cenderung kepada pewujudan satu kumpulan manusia intelek yang cukup terlatih dan berpengalaman diberi tugas memimpin. Plato sendiri menamakan teorinya ini sebagai aristokrasi. Pandangan ini berdasarkan keyakinannya bahawa hanya intelektual sahaja yang layak memimpin. Penekanan beliau ini tergambar dari istilah Greek

pemilci,. . Oktot)(~r - DisclTl/JCr 199G

( 103 )

Dr. Idris Zakaria

sendiri seperti "ariston" dan "kratos" yang kedua-dua bermaksud "the rule by the best".

Bagi memenuhi gagasan ini, Plato dalam The Republic memberi perhatian kepada sistem pendidikan yang rapi dan teliti (376 - 412 dan 521 - 41 ). Dalam sistemnya pendidikan dianggap sebagai kunci untuk melahirkan pemirnpin-pernimpin negara yang baik dan pembentukan masyarakat yang baik. Pendidikannya disusun bertahap-tahap. Di tahap tinggi hanyalah terbuka untuk mereka yang berkelayakan sahaja untuk mengikutinya iaitu golongan elit yang bakal memerintah negara. Penekanan utama di sini ialah matematik dan falsafah iaitu subjek-subjek yang melatih akal berfikir pengetahuan yang tinggi yang tidak dapat digarap oleh orang kebanyakan. Mereka akan menjadi pencinta i1mu dan kebenaran. Kebenaran inilah yang nantinya menjadi pendesak kepada penglibatannya dalam pelbagai tahap pentadbiran dalam masyarakat dan seterusnya bersedia untuk memegang kuasa tertinggi negara. Plato percaya kumpulan ini tidak akan dapat digoda oleh nafsu untuk menyalahgunakan kuasa demi kepentingan diri. Kekayaan kebendaan tidak dapat menandingi kebenaran dan kebahagiaan (Ernest Barker, 1960, baca bab IX "The Republic and its theory of Education"; 209 - 238).

Al-Farabi menyokong teori aristokrasi ini. Pemimpin dalam teorinya disebutkan sebagai seorang yang berfikiran tinggi, memiliki sifat mulia serta akhlak terpuji dan fizikal yang sempurna. Ia tidak memerlukan bantuan orang lain dalam memimpin, kerana ia sendiri sudah memiliki segala keperluan dan ilmu pengetahuan. Ia disebut oleh al-Farabi sebagai al-Rais al-awwal bagi negara terbaik malah secara global dialah pemimpin yang sebenarnya. Pemimpin ini adalah manusia sempurna - insan al-kamil yang menerima wahyu melalui perantaraan akal-facal (malaikat) (al-Farabi, 1968; 120 - 125.)

Teori ini terlalu unggul. AI-Farabijuga menjelaskan tentang dua belas sifat pemimpin yang baik di bawah tajuk "al-Qawl fi Qisal Rais al-Madinat al-Fadilah', Menurutnya (terjemahan):

( 104 )

pemlldr . Bil. (;

Kepimpinan Negara

1. Hendaklah sempuma tubuh badan dan bertenaga atau berkemampuan supaya ia dapat menjalankan tugasnya dengan mudah.

2. Baik kefahamannya serta dapat menggambarkan setiap sesuatu yang ia lafazkan atau ucapkan, serta tahu apa yang harus dibuat.

3. Baik hafalan (ingatan) tentang sesuatu yang ia telah faham, lihat, dengar atau dapat (idrak). Ia juga bukanlah orang yang pelupa.

4. Bijaksana dan cerdik bila mendengar sesuatu. Walaupun dengan reaksi sahaja ia boleh memahami sesuatu perkara.

5. Dapat membuat penjelasan atau huraian yangjelas berhubung dengan sesuatu ibarat.

6. Sangat suka atau berminat kepada ilmu pengetahuan, senang menerirna iImu, tidak merasa penat dalam menimba ilmu pengetahuan.

7. Hendaklah tidak bersikap buruk, lebih-lebih lagi dalam hal mengenai makan minum dan hubungan kelamin, dan menjauhkan diri daripada permainan yang hanya untuk bersuka-sukaan.

8. Memiliki sifat cintakan kebenaran dan orang yang bersifat kebenaran.

Bencikan pembohongan serta orang-orang yang bersifat demikian.

9. Memiliki jiwa yang besar atau berhemah tinggi hingga dapat mengatasi perkara-perkara yang rendah atau remeh-temeh.

10. Tidak berminat untuk mengumpul wang ringgit (dirham, dinar) dan bentuk-bentuk kekayaan dunia yang lain-lain.

11. Bersikap prokeadilan dan antikezaliman dan penindasan, tidak mudah dipengaruhi oleh perkara-perkara yang buruk, sebaliknya mudah diseru kepada kebaikan, keadilan dan seumpamanya.

pemilcir. Okto[)er - Oisembcr 1996

[ 105 )

Dr. tdrls Zakaria

12. Hendaklah mempunyai keazaman yang kuat dan berani terhadap sesuatu hal yang dirasakan perlu dilakukan dan tidak lernah sernangat at au jiwa. (Idris Zakaria 1986; 124)

Ibnu Sina juga setuju dengan teori kepimpinan Plato dan al-Farabi itu.

Ia percaya pada aristokrasi, kuasa yang dipegang dan diurus oleh seorang pernimpin. Dalam bahagian ilahiyat itu Ibnu Sina mengutarakan konsep "prophet" sebagai pemimpin unggul. Dalam jalinan teorinya, Ibnu Sina telah menghannonikan falsafah politik Greek dengan agamaIslam. Pemimpin ini memiliki "prophetic-power" dan "prophetic intellect" serta keunggulan akhlak. Dengan kebolehan ini, kata Fazlur Rahman "he is able to know all things by himself without the help of instruction by an external source". (Fazlur Rahman 1979; 20). Ibnu Sina tidak menyatakan apa akan terjadijika tidak terdapat orang atau orang-orang yang memiliki kebolehan seperti ini. Apa yang bcliau utarakan ialah bila ketiadaannya, para penggantinya akan mengarnbil alih tugas pimpinan dan berfungsi melaksanakan tugas-tugas yang telah ditetapkan. (Ibrahim Madkur (ed), 1960; 451 - 455).

Dalam sejarah, khasnya masyarakat Islam di abad pertengahan dahuiu perbincangan tentang politik lebih diturnpukan kepada Ketua Negara atau pemimpin dan bukan rakyat. Fungsi mereka sering menjadi perhatian alim ularna dan intelektual Islam di zaman itu. Sarjana-sarjana Islam dari kumpulan juris umpamanya menghubungkan institusi kepimpinan dengan hukum-hakam. Al-Mawardi umpamanya dalarn bukunya al-Ahkam alSultaniyali menyenaraikan sifat-sifat pernirnpin sebagai oerikut:

I. Hendaklah seseorang itu adil dengan ertikata yang sebnarnya dalam sernua tindakan, sama ada pada dirinya at au kepada orang lain.

') Mernpunyai ilmu agama (Islam) yang sempurnahingga melayakkannya berijtihad dalam sesuatu perkara apabila ia perlu berbuat demikian.

3. Hendaklah mempunyai anggota yang sempurna supaya ia dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan lancar.

( 106 I

pemilcir. tu: 6

Kepimpinan Negara

4. Memiliki pancaindera yang sempurna penglihatannya atau pandangannya dan pendengarannya, kerana kecacatan dalam satu daripadanya boleh mengurangkan keupayaannya mengendalikan sesuatu urusan negara.

5. Mempunyai fikiran yang baik supaya ia daoat mengatasi segala masalah rakyat dan mengendalikan kebajikan mereka.

6. Berani berjihad memerangi musuh kerana mahu rnenjamin keselamatan rakyat.

(ldris Zakaria 1986; 124 - 125).

Dalam sejarah pemikiran politik umat Islam itu didapati bukan sahaja kumpulan juris yang memberi fokus kepada persoalan kepimpinan, malahan tulisan-tulisan dalam kumpulan mirror literatur (mirror for prince) juga rnemaparkan idea yang sama. Penulis-penulis seperti Ibnu al-Muqaffa, dalam al-Adab alKabir dan al-Adab al-Saghir bertindak memberi nasihat kepada raja. Asas nasihat tersebut ialah agama dan akhlak (Lambton, 1981, 54 dan al-Fakhuri et aI, 1963; 485 - 487).

Meneliti perbincangan tentang kualiti pemimpin yang dibicarakan di atas, didapati unsur-unsur kelebihan pelbagai dimensi diperlukan. Pertama, kelebihan dalam penggunaan pemikiran yang rasional: kedua kelebihan dalam rohaniyah; ketiga, kelebihan dalam badaniyah. Maksud kelebihan dalam penggunaan pemikiran rasional adalah kelebihan dalam menterapkan pengetahuan untukmencapai matlamat atau cita-cita organisasi, rnasyarakat dan negara yang dipimpin supaya berhasil dengan baik. Kelebihan rohaniyah ialah kelebihan dalam akhlak dan etika yang bersifat tanggungjawab pada tugas yang dibebankan. Apa yang dimaksudkan dengan kelehihan badaniyan pula ialah kesempurnaan anggota badan, kesihatan fizikai dan kernampuan tenaga agar kepimpinan tersebut lebih bersifat dinamis dan berwibawa. J adi perbahasan ten tang sifat kepimpinan yang unggul dan terbaik menampilkan kehendak intergrasi pelbagai kebolehan dan keistimewaan yang tercantum membentuk kekuatan, pengaruh dan karisma.

pemi.cir. Ciktober - t nscrnocr 1996

( 107 )

Dr. Idris Zakaria

Kelebihan-kelebihan di atas menjadi kriteria penting dalam teori kepimpinan Plato, al-Farabi dan Ibnu Sina. Tetapi melihat kepada persoalan praktikal, imej kepimpinan yang ditonjolkan oleh al-Farabi dan Ibnu Sina lebih membayangkan kerasionalannya berbanding dengan Plato. Ini sebenarnya menunjukkan kepada as as peradaban, agama dan pemikiran mereka. Al-Farabi dan Ibnu Sina adalah tokoh-tokoh pemikir Islam dan dalam Islam pemimpin yang unggul dan pernah muncul di alam praktikal ialah para rasul dan nabi. El-Muhamrnady dalam tulisannya "Pernimpin Dalam Islam" menyebut;

Bahawa dalam Islam pemimpin yang tertinggi ialali para rasul dan ambiya 'alayhimus-salatu was-salam '. Pemimpin mereka adalali pimpinan dari Tuhan sendiri yang membawa manusia kepada bimbingan yang sehabishabis sempurna untuk tujuan-tujuan rohaniyali dan juga tujuan kejayaan yang diredai di muka bumi. Pimpinan yang dilaksanakan itu adalah dengan membawa manusia kepada melaksanakan agama dan membina tamadun berdasarkan agama, yakni tamadun yang theokratik (Muhammad Uthman el-Muhammady, 1976; 211).

Perkara ini lebih menonjol lagi apabila kita pergi kepada persoalan praktikal; apakah manusia ideal Plato iaitu Philosopher-King atau manusia ideal yang lain dalam pelbagai bangsa pernah muncul dan berjaya dalam sejarah. KhalifaAbd. al-Hakim dalam perhatiannyamenyebut bahawa tiada pemimpin yang berjaya di tahap amali kecuali Muhammad. Dad Plato hingga ke H.G. Wells katanya, manusia telah mengemukakan teori tentang rancangan-rancangan yang unggul untuk kebahagiaan masyarakat, tetapi semuanya tidak berjaya. Hanya Nabi Muhammad sahaja yang berjaya memberi kehendak pemimpin dan hasrat rakyat tersebut; "Now, it is a historicalfact that of all the great guides of mankind none succeded in the realisation of an ideal state, except the prophet of Islam' (Khalifa Abd. alHakim, 1974; 189).

Dengan bertolak dari segi nature, hakikat dan kejayaan N abi Muhammad s.a.w. selaku pemimpin dunia dan akhirat itu, maka ahli-ahli falsafah Islam bertolak dari sini ketika berteori tentang ketua atau pemimpin negara. Imej

[ 108 J

pemilcir. BiJ. fj

Kepimpinan Negara

Nabi Muhammad s.a.w. itu menjadi inspirasi penting walaupun mereka tahu hal ini tidak mungkin terjadi lagi selepas ketiadaan Nabi Muhammad s.a.w. Ini dijelmakan dalam teori kenabian dalam hubungan dengan ketua negara. Al-Farabi menerangkan konsep kepimpinan anjurannya dengan menggunakan istilah al-rais al-awwal; seperti yang telah diutarakan di atas.

Ibnu Sina juga bertolak dari asas yang sarna meskipun berbeza dari beberapa aspek huraian terhadap konsep tersebut. Dalam ilahiyat (metafizik), Ibnu Sina meletakkan imej kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin unggul yang bertugas membentuk asas kukuh hubungan manusia - Allah dan manusia - manusia. Dialah yang meletak asas survival hidup manusia melalui kepatuhan kepada undang-undang Allah yang dilaksanakan oleh Nabi. Dan segala yang telah dibuat oleh pemimpin unggul ini kemudiannya diteruskan oleh penggantinya.

fYL,\TLA.M/\T Dl\N FUNGSI KEPIMPINAN

Apakah matlamat akhir yang mahu dicapai oleh seseorang pemimpin bagi sebuah negara? Dalam hubungan ini, apajua negara yang dibangunkan dan atas ideologi apa sekalipun ia haruslah mempunyai tujuan. AI-Farabi dan Ibnu Sina membawa idea yang serupa seperti Plato dalam falsafah Greek iaitu "happiness" (kebahagiaan/al-Sa' adah). Walaupun mereka memperjuangkan kebahagiaan khusus untuk golongan ahli falsafah, tetapi dalam konteks politik, mereka juga membicarakan kebahagiaan yang boleh dicapai oleh orang awam. Dalam al-Madinat al-Fadilah khasnya di bawah tajuk "al-Qawi fi al-farq bayna al-iradat wa al-Ikhtiyar wafi al-Sa 'adah" (Perbahasan mengenai perbezaan antara kemahuan dan ikhtiar serta kebahagiaan), al- Farabi menerangkan pengertian kebahagiaan seperti berikut (terjemahan):

Kebahagiaan (al-Sa' adah) adalah suatu yang terbaik yang dituntut oleh setiap manusia kerana kebahagiaan itu sendiri. Tidak ada selain daripadanya untuk dicapai oleh manusia sepanjang masa dan juga tidak ada sesuatu di belakangnya (yang mahu dicapai oleh manusia) yang lebih besar daripada kebahagiaan itu sendiri. (h. 105).

pemilcir. OktotJer - Disern/)cr 1996

[ 109 )

Dr. Idris Zakaria

Ibnu Sina juga mengemukakan gagasan yang serupa iaitu negara menjadi elimen penting bagi manusia berusaha untuk mencapai kebahagiaan. Bagi rakyat, beliau menekankan mustahaknya mereka patuh pada ajaranajaran agarna yang menjadi as as dalam seluruh spektrumkehidupan mereka; politik, ekonomi, peribadatan, sosial, kekeluargaan dan sebagainya. Inilah intisari penting gagasan politiknya yang dipamerkan dalam ilahiyattersebut. Rakyat umum tidak perIu mencipta pelhagai ideologi untuk mencari dan menikmati kebahagiaan, Mereka perlu patuh asas-asas agama yang boleh membawa mereka kepada kebahagiaan. U mpamanya dalam bi dang undangundang. Rakyat mestilah patuh pada un dang-un dang yang telah digubal oleh pimpinan negara yang mana sumbernya adalah agama. Mereka tidak boleh rnembentuk undang-undang sendiri justeru ia akan terdedah kepada pelbagai penafsiran yang akan menimbulkankrisis.

Dalam hal kebahagiaan ini, Ibnu Sina sendiri pun amat besar kecenderungannya terhadap pencapaian kebahagiaan. Persoalan "statecraft" ini menjadi semacam sekundar sahaja, F.E. Peters menjelaskan:

"Ibnu Sina was, for all that, more interested in the conditions of individual happiness than in the some what desperate circumstances of statecraft. He too had read Aristotle and his commentators on the soul, as well as his own Muslim predecessors, and from this emerged a detailed and imaginative Avicennan theory of the intellectual operation of the Iman psyche, whether they had to do 'with the discursive understanding of the philosopher or the intuitive seizure of the prophet".

F.E. Peters, Allah's Commonweath, PP. 5]9-520.

Oleh sebab kebahagiaan menjadi isu asas dalam falsafah Ibnu Sina, maka beliau amat menekankan persoalan kepatuhan kepada undang -undang. Orientasi ini mendominasi lain-lain bidang pekerjaan dan kehidupan. Inilah fungsi besar yang ditanggung oleh pemimpin dan pengganti-penggantinya.

[ I 10 )

pemilcii'. Bil. 6

Kepimpinan Negara

Beliau tidak mernbilang satu persatu lain-lain tugasan seseorang pemimpin. Demikian juga al-Farabi. al-Mawardi lebih menumpukan kepada fungsi undang-undang dan agama (Qamar-ud-Din Khan 1979: 31 - 32) dan tidak menycnaraikan fungsi pentadbiran secara eksklusif. Amiruddin Mohd. Yusof telah menurunkan fungsi-fungsi pemimpin menurut Krech & Crutchfield (1962) yang boleh diringkaskan sebagai berikut:

1. Sebagai Eksekutif

2. Sebagai Perancang

3. Sebagai Pembuat Polisi

4. Sebagai Pakar

5. Sebagai Jurucakap Kelompok

6. Sebagai Pengawal Hubungan Dalam

7. Sebagai Pemberi Ganjaran dan Denda

8. Sebagai Orang Tengah

9. Sebagai Teladan

10 Sebagai Simbol Kelompok

II. Sebagai Ganti Tanggungjawab Individu

12. Sebagai Ahli Ideologi

13. Sebagai Tokoh Bapa

14. Sebagai Biri-biri Hitam (Kesalahan dan kekecewaan yang terpaksa ditanggung dari kesalahan orang lain).

HUBUNGi\N PEy!INIPIN - R;\KY/\T

Banyak sifat utama yang perlu dimiliki oleh sesebuah negara untuk muncul menjadi negara baik dan boleh memberikan kebahagiaan kepada rakyat. Antara kriteria utama dalam hal ini ialah adanya huhungan baik antara pemimpin dan rakyat. Ini juga melibatkan s031 struktur pentadbiran. Ibnu Sina tidak menjelaskan hal ini dalam al-Shifa', al-Siyasa ataupun dalam al-Isyarat wa al-tanbiliat. Tetapi al-Farabi menukilkan hal ini dengan jelas dalam ol-Madinat al-Fadilah. Negara yang balk menurutnya mempunyai hubungan yang baik an tara pernimpin dan rakyat. Bentuk hubungan itu menurutnya sama seperti struktur tubuh badan yang sihat dan

pemikir. Okto/w{ - Discm/)cr 199G

[ 1111

Dr. Idris Zakaria

sempurna anggotanya. Apabila begini, semua anggota sentiasa tolongmenolong dan bekerjasama untuk menyempurnakan kehidupan itu sendiri. Kerjasama yang dijalankan adalah melalui fungsi dan fitrah tiap-tiap anggota. Semua tindakan dan kerjasama itu dikendalikan oleh satu anggota yang menjadi Ketua bagi anggota tubuh badan tadi iaitu Hati (al-Qalb). Hati disifatkan oleh al-Farabi sebagai ketua bagi seluruh anggota badan tadi. Darah dalam badan itu bermula dari hati (jantung) tersebar ke seluruh tubuh, kemudian dihantar kembali untuk pemprosesan dan keluar kembali. Demikianlah hubungan rakyat dan pemimpin, saling berhubungan dan bekerjasama dalam bentuk timbal-balik (al-Farabi, 1968: 31).

Dengan adanya hubungan seperti ini persefahaman dan kemesraan dapat diwujudkan. Rakyat akan dapat dibimbing dengan lebih baik dan berkesan ke arah kebahagiaan.

Rakyat dalam negara mana sekalipun berkehendakkan pad a pemimpin.

Ikhwan al-Safa satu kumpulan ahli-ahli fikir Islamdalam halini menjelaskan:

A ruler was needed to keep discipline, law and order in the country and i:f a ruler was not available there should be a council of the best people to rule and to govern, for otherwise there would be anarchy, bloodshed and chaos (C.A. Qadir, 1988; 57).

PEMIMPIN DAN KLJAS.A

Konsep kuasa sebenarnya wujud setelah lahirnya seorang pemimpin.

Pemimpin dalam apa sahaja bentuk tanggungjawab, apabila dilantik, maka sekali gus lahir kuasa. Tetapi hakikat kuasa pada dasarnya sering dihubungkan dengan raja dan Tuhan (Ramanathan; 1987,41). Perhatian kita di sini lebih ditumpukan pada kuasa pemimpin khasnya pemimpin politik. Kuasa politik seorang pemimpinjuga melibatkan soal pengaruh dan hak mutlak pemimpin dalam membuat apa-apa keputusan. Hal ini melibatkan juga soal keupayaan seseorang pemimpin dalam penyelesaian masalah, melaksanakan sesuatu polisi atau dasar. Maka 'pengaruh' dan 'keupayaan' boleh mengukuhkan kuasa seorang pemimpin. Bila ini wujud pemimpin berkenaan mampu mentadbir organisasi atau negara dengan berkesan.

[ I 12 )

pemilcir. Bil. (j

Kepimpinan Negara

Pada Plato, al-Farabi dan Ibnu Sina, mereka am at menekankan tentang keberkesanan pemimpin utama dalam menangani masalah negara dan rakyat. Dalam falsafah Ibnu Sina umpamanya, pemimpin memiliki kuasa penuh. Rakyat diminta patuh pada pemimpin melalui peruntukan undangundang. Hal ini dibuat oleh kerana pemimpin dalam teorinya tidaklah menggunakan kuasa untuk merealisasikan wawasan politiknya sendiri seperti yang banyak diutarakan oleh penulis-penulis politik dalam tradisi Barat moden. Tetapi kuasa di sini menjadi alat untuk aplikasi kuasa Tuhan. Undang-undang yang dijalankan adalah berdasarkan undang-undang Tuhan. Beliau mentadbir manusia ke jalan kebahagiaan menurut panduan Tuhan. Dan kebahagiaan yang dituju adalah untuk dua alam dunia ini dan akhirat. Syarat mutlak untuk mencapai kebahagiaan ini ialah kepatuhan kepada norma-norma agama dan undang-undang Tuhan. Semua rakyat tidak boleh terlepas daripada dominasi ini. Semua bentuk kehidupan rakyat dalam bidang-bidang ekonomi, politik, pendidikan, kekeluargaan dan sebagainya berpaksikan atas asas ini (Ibnu Sina, 1960, 435 -455).

Pengganti pemimpin juga bertugas menjalankan paradigma dan isi perjuangan yang sarna yang manajelas tidak ada unsur-unsur sekularisma. Kuasa pemimpin tadilah yang menjadi aset penting ke arah pencapaian kebahagiaan rakyat. Rakyat, pemimpin dan negara yang menyeleweng dari aliran dan tugasan di atas maka, semua mereka akan gagal menikmati kebahagiaan. Ini ada disebutkan oleh al-Farabi dalam beberapa kategori negara tidak baik seperti yang disenaraikan dalam al-Madinat al-Fadilah. (AI-Farabi, 1968; 131, Idris Zakaria 1986,96 - 99).

PEMIMPIN DAN PENr\SIH/\T

Pemimpin, wa1au apa peringkat kedudukan dan tanggungjawab seka1ipun ada1ah manusia biasa. Sebagai manusia biasa, ia tidak serba sempurna. Ia pasti memiliki kekurangan atau terdedah kepada pelbagai kesilapan. Plato, al-Farabi dan Ibnu Sina percaya bahawa pemimpin unggul tajaan mereka tidak mempunyai kelemahan dan tidak terdedah kepada kesilapan. Tetapi kita tidak diberi suatu jaminan pasti yang mereka tidak berbuat kesilapan. Persoalan kebenaran dalam falsafah, memang kelihatan

pemilcir. Okto/Jer - Disem/X'r 199G

[ I 13 J

Dr. Idris Zakaria

cukup unggul, tetapi apabila dibawa ke alam praktikal, mungkin akan timbul pelbagai masalah. Cabaran-cabaran, kuasa, pengaruh dan suasana dalam masyarakat mungkin boleh mengubah paksi filosofi itu. Inilah antara beberapa hal mengapa Aristotle, yang juga murid Plato, kemudian mengkritiknya. Persoalan idealistik selalunya berbeza dengan realistik. Aristotle dan Ibnu Sina lebih memihak pada realistik, sedangkan Plato dan al-Farabi lebih menekankan kepada idealistik.

Pengawasan diri dan penilaian baik-buruk juga benar-salah banyak bergantung pada pertimhangan akal-fikiran manusia. Tetapi dalam hal ini Ibnu Sina menjelaskan bahawa akal manusia dalam banyak hal tidak dapat dipertanggungjawabkan. Hal ini terjadi menurut Ibnu Sina disebabkan oleh tiga faktor (terjemahan);

(1) Manusia secara tabiinya tidak berminat untuk mengetahui kekurangan dan kesalahan dirinya sendiri;

(2) Sikap manja terhadap dirinya;

(3) Fikirannyayang tidakmampu be bas dari pengaruh nafsu rendahan apabila ia berfikir tentang dirinya sendiri.

U ntuk mengatasi rnasalah ini, Ibnu Sina memberi kaedah penyelesaian.

Beliau syorkan perlu ada pertolongan sahabat. Sahabat yang baik menurutnya adalah satu keperluan. 1a akan berfungsi seperti "cermin" yang menunjukkan kekurangan sendiri. Dan orang yang paling berhajat kepada peranan sahabat yang baik ialah para raja dan pemimpin. Ini disebabkan oleh tabiat dan kedudukan mereka yang tidak ada pengontrolan luar (not subjected to any external or authority). Mereka juga berada di kedudukan tinggi dalam rnasyarakat, tiada orang yang berani untuk menegur mereka. Oleh itu mereka sentiasa beranggapan bahawa mereka sentiasa berada dalam kebenaran. Semua kekurangan dan kelemahan serta kesilapan tersembunyi dari mereka. Perasaan ini kadangkala akan mempengaruhi mereka hingga bertindak menyalahgunakan kuasa dan amanah. Sebab itulah sahabat yang baik amat diperlukan. Sikap dan keperihatinan sahabat yang baik terhadap

[ I 14 )

pemikir. BiJ. 6

Kepimpinan Negara

kebenaran akan dapat membantu pernimpin dari melakukan kesalahan,

Namun begitu Ibnu Sina menasihatkan pernimpin agar men genal pasti jenis-jenis sahabat. Ada sahabat yang benar-benar baik dan jujur dan ada pula bertindak mengikut pelbagai kepentingan. Ada juga yang takut untuk menasihati pemimpinkerana khuatir kehilangan kepentingan dan kedudukan mereka. Mereka ini kat a Ibnu Sina adalah pengecut dan hipokrit, tidak baik untuk dibuat kawan dan penasihat. Para pemimpin perlu elakjenis sahabat seperti ini. ('Abd al-Munim (ed.) 1982; 88 - 89).

K E 5 1,';1 P U L /\ ;'~

Dalam falsafah politik Plato, al-Farabi dan Ibnu Sina kepimpinan dan politik itu sendiri adalah sebahagian dari skima falsafah umum mereka. Ia diletakkan di dalam kategori falsafah amali atau praktikal yang berfungsi terhadap sosial dan negara.

Pemimpin yang baik adalah pernimpin yang memiliki ilmu pengetahuan, kesedaran yang tinggi serta berpandangan jauh, soleh yang mana semua kebolehan ini lebih dari rakyat. Tetapi pemimpin yang terbaik dalam perkiraan falsafah politik adalah pemimpin yang mampu berusaha supaya rakyat jagaannya dapat menikmati kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah intisari penting kepimpinan politik terutama sekali al-Farabi dan Ibnu Sina.

Gagasan politik rnereka lebih intergrated yakni falsafah dan agama juga akhlak berada da1am satu acuan. Tidak wujud faham sekularisma seperti amalan politik hari ini. Sebab itulah isu kebahagiaan yang digarap tidak sahaja terhad untuk hidup di dunia ini sahaja malah di akhirat juga.

pemikir. Ok/obcr - Disembcr 1996

[ 1 15 J

Dr. Idris Zakaria

RUlUKAN

I. Abdul Qayyum, Surat-surat al-Ghazali (kepada para Penguasa, Ketua Negara dan Ulama sezamannya) (terj.), Singapore, 1983.

2. Abd. aI-Hakim, Khalifa. Islamic Ideologi, Lahore (Pakistan), The Institute of Islamic Culture, Third edition, 1974.

3. Ahmad, Fuad 'Abd. al-Munim (ed.), Maimu' fial-Siyasa Ii Abi Nasr al-Farabi.Ii Abi al-Qarim aI-Husain bin Ali al-Maghribi wa Ii aI-Sheikh al-Rais Ibnu Sinal. Alexandaria Shawal, 1982.

4. Ahmad Kamar "Masalah Kepemimpinan" dalam Jurnal Manusia dan Masyarakat (Man and Society) Persatuan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Bi!. 2,1973.

5. Arniruddin Mohd. Yusof, Kepimpinan (Siri Analisis Psikologi), DBP, K.L., 1990.

6. al-Fakhuri, Hanna, et al: Tarikh al-Falsafah al-' Arabiyah Beirut, 1963.

7. al-Farabi, abu Nasr, Kitab Ara' Ahl al-Madinat al-Fadilah, ed. by Dr. Albert Nasri Nadir, Beirut: Dar al-Mashriq, 1968.

8. , al-Siyasat al-Madaniyah, ed. by Dr. Fauzi Mitri Najjar, Beirut, t.t.

9. Ibnu Sina, al-Shifa' (Ilahiyat) ed. by Dr. Ibrahim Madkur, Qahirah, 1960.

10. Idris Zakaria, Teori Kenegaraan al-Farabi, Penerbit; UK.M. Bangi, 1986.

II. Khan, Qarnar-ud-Din, al-Mawardis Theorv of the State, Delhi, 1979.

12. Lambton, Ann K.S., State and Government in Medieval Islam (An Introduction to the Study of Islamic Political Theory), Oxford, 1991.

13. Melling, David, Understanding PLATO, Oxford Univ. Press; Oxford, New York, 1987.

( I 16 )

pemikir. BiJ. 6

Kepimpinan Negara

14. Muhd. Uthmanel-Muhammady, Peradaban dalam Islam. PustakaAman Press, Kelantan 1976.

15. Mulgan, R.G. Aristotle's Political Theory (An Introduction for students of Political Theory).

Oxford, 1977.

16. Peters, F.E.. Allah's Commonwealth; A History of Islam in the Near East 600-1100 ad .. New York, 1973.

17. Plato, The Republic. Tr. by I.A. Richards, Cambridge: At the Uni, Press 1966.

18. The Laws. Tr. with an Introduction by Trevor 1. Saunders, Penguin Books.

1970.

19. Qadir, C.A., Philosophy and Science in the Islamic World. Routledge; London and New York .. 1988.

pemilcir. OkroiJer - tusemoer 1 D96

[ 117 I

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->